tugasan wajib modul 5.docx

8
TUGASAN WAJIB MODUL 5 Tidak dapat dinafikan sekolah dan masyarakat adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan. Wujudnya sekolah kerana adanya masyarakat. Dalam kelompok masyarakat pula terbentuk pelbagai organisasi dan agensi yang masing-masing mempunyai peranan yang berbeza. Hubungan seumpama ini telah terbina sejak sekian lama dan berterusan seiring dangan perkembangan pendidikan masa kini. Pergerakan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan tidak akan laju tanpa adanya sokongan dari jentera lain iaitu agensi dan organisasi dalam masyarakat tersebut. Hubungan sekolah dengan pihak agensi setempat dan komuniti luar akan membina jalinan dan jaringan yang akan membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak. Biasanya pihak sekolah memerlukan khidmat agensi atau organisasi luar untuk mendapatkan sokongan dana atau khidmat pakar untuk melaksanakan program. Agensi luar pula memerlukan bantuan sekolah dari segi penglibatan murid dan guru dalam pelaksanaan program mereka. Antara agensi atau organisasi yang biasanya mempunyai hubungan atau kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan pihak sekolah ialah : 1. Jabatan Bomba dan penyelamat

Upload: ain-nsf

Post on 23-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan wajib modul 5.docx

TUGASAN WAJIB MODUL 5

Tidak dapat dinafikan sekolah dan masyarakat adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan.

Wujudnya sekolah kerana adanya masyarakat. Dalam kelompok masyarakat pula terbentuk

pelbagai organisasi dan agensi yang masing-masing mempunyai peranan yang berbeza.

Hubungan seumpama ini telah terbina sejak sekian lama dan berterusan seiring dangan

perkembangan pendidikan masa kini.

Pergerakan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan tidak akan laju tanpa adanya

sokongan dari jentera lain iaitu agensi dan organisasi dalam masyarakat tersebut. Hubungan

sekolah dengan pihak agensi setempat dan komuniti luar akan membina jalinan dan jaringan

yang akan membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak. Biasanya pihak sekolah

memerlukan khidmat agensi atau organisasi luar untuk mendapatkan sokongan dana atau

khidmat pakar untuk melaksanakan program. Agensi luar pula memerlukan bantuan sekolah

dari segi penglibatan murid dan guru dalam pelaksanaan program mereka.

Antara agensi atau organisasi yang biasanya mempunyai hubungan atau kaitan secara

langsung dan tidak langsung dengan pihak sekolah ialah :

1. Jabatan Bomba dan penyelamat

2. Jabatan Polis

3. Jabatan Kesihatan

4. Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK )

5. Perpustakaan Daerah / Negeri

6. Bank

7. Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)/ Penglibatan Ibubapa Komuniti ( PIBK )

8. Pejabat Pendidikan Daerah

Page 2: tugasan wajib modul 5.docx

Kesemua agensi dan organisasi yang disenaraikan di atas mempunyai fungsi masing-masing

yang boleh membantu pihak sekolah kea rah kemenjadian murid bergantung kepada program

yang dirancang oleh sekolah itu sendiri.

Program yang boleh dibuat di sekolah ialah program yang mensasarkan penglibatan murid,

guru dan ibubapa dengan objektif menggalakan minat membaca dalam kalangan kumpulan

sasar. Program ini dinamakan sebagai “ Semarak Ilmu “ anjuran bersama Pusat Sumber

Sekolah dan PIBG. Berdasarkan objektif utama program, tentunya agensi yang sesuai dan

tepat sebagai ‘ rakan kongsi’ dalam pelaksanaan program ini ialah Perpustakaan Daerah yang

kebetulan jarak antara sekolah dan perpustakaan hanya mengambil masa 15 minit perjalanan

menggunakan kereta.

Sebagai pemimpin sekolah, guru besar perlu bijak membina serta mengaplikasikan konsep

hubungan sesama manusia dalam perancangan dan pelaksanaan program. Seperti yang

dinyatakan Program Semarak Ilmu ini adalah anjuran sekolah dan PIBG. Dalam hal ini ,

bermula dari pra perancangan telah wujudnya komunikasi antara kedua pihak. Komunikasi

antara pentadbir dan semua guru berlaku dalam mesyuarat Pusat Sumber Sekolah di mana

cadangan yang dikemukakan dipersetujui oleh semua pihak termasukkan pembentukan AJK

pelaksana. Seterusnya berlaku komunikasi antara pihak sekolah dan ibubapa dalam

mesyuarat khas program dengan penjelasan tujuan dan objektif oleh guru besar yang mana

dipersetujui oleh semua ibubapa. Akhirnya komunikasi berlaku antara penganjur dengan

Perpustakaan Daerah untuk mendapatkan khidmat bantuan serta kerjasama dalam

pelaksanaan ‘ Program semarak Ilmu’.

‘Program Semarak Ilmu’ mensasarkan tiga kelompok iaitu murid, guru dan ibubapa yang akan

dilaksanakan selama tiga hari bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan pengisian program

seperti berikut :

Page 3: tugasan wajib modul 5.docx

i. Perasmian Program oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN )

ii. Pembangunan Profesionalisme Guru- ‘ Book Riview’

iii. Ceramah ‘ Kepentingan membaca dalam semua peringkat dan tips galakan anak-anak

membaca ‘

iv. Pertandingan membaca dan becerita Tahap 1 dan Tahap 2

v. Sehari bersama NILAM ( semua murid )

vi. Pertandingan menulis sinopsis ( untuk murid tahap 2 )

vii. Perpustakaan bergerak

viii. Penyampaian hadiah

Dalam proses pelaksanaan, kerja sepasukan amat diperlukan. Pasukan yang mantap adalah

tiket kejayaan sesebuah program. Dalam hal ini, gabungan pasukan guru dan ibubapa akan

bergerak dengan satu matlamat yang jelas dan dilakukan dengan cara bergotong royong

bermula dari membersihkan kawasan sekolah, persediaan dewan, mendapatkan dana dan

penyediaan jamuan. Konsep kerja sepasukan ini akan terserlah dengan adanya penglibatan

penuh semua guru dan ibubapa, saling bantu membantu dan ada kesepaduan kerjasama.

Setiap ahli berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan. KPM sendiri menekankan

tentang kepimpinan guru dan pembentukan kerja sepasukan. Menurut Saari Sungib ( 1991)

dan Chin Pek Lian ( 2004), apabila sesuatu kumpulan melaksanakan tugas bersama-sama,

ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama

yang dinamakan sebagai pasukan kerja.

Dalam pada itu, peranan guru besar sebagai tonggak utama di sekolah adalah sangat besar

dalam menggerakkan pasukan kerja. Konsep kepimpinan melalui tauladan perlu ditonjolkan

agar pasukan bergerak dengan penuh semangat. Penerapan ciri-ciri serta nilai- nilai utama

operasi kerja sepasukan seperti persamaan matlamat, kerjasama, tolak ansur, saling

mempercayai, berkongsi idea, berkongsi tanggung jawab serta bantu membantu perlu

Page 4: tugasan wajib modul 5.docx

dilakukan dengan bijak. Jestru sebagai pemimpin, guru besar perlu bijak membawa pasukan

menuju matlamat yang dirancang.

Pengisian ‘Program Semarak Ilmu’ juga menekan penglibatan guru dalam membangunkan

kapasiti. Dalam hal ini aktiviti yang dirancang lebih kepada tumpuan untuk pembangunan

profesionlisme guru melalui slot book review. Pihak Perpustakaan Daerah akan membuka

kaunter khas pinjaman buku untuk guru-guru melalui program perpustakaan bergerak ke

sekolah. Guru-guru diberi peluang mendaftar sebagai ahli perpustakaan secara percuma dan

boleh meminjam sebanyak dua buah buku setiap seorang. Guru-guru diberi kebebasan

memilih buku-buku berbentuk ilmiah untuk dibaca dan dibentangkan dalam slot ‘book review’

selama 10 minit setiap seorang. Jadual dan tentatif untuk slot book review akan disediakan

oleh setiausaha LADAP sekolah. Sebagai penerapan konsep ‘kepimpinan melalui tauladan’

guru besar dan semua penolong kanan terlibat sama dalam pembentangan ini dan guru

besar adalah peserta pertama sebagai suntikan motivasi kepada semua guru.

Pengisian slot ceramah dengan tajuk ‘ Kepentingan membaca dalam semua peringkat dan

tips galakan anak-anak membaca ‘ difokuskan kepada ibubapa dan ahli komuniti luar.

Ceramah disampaikan oleh Ketua Perpustakaan Daerah. Dalam hal ini, komunikasi juga

memainkan peranan dalam menjayakan program. Selain dari cara berkomunikasi guru besar

Page 5: tugasan wajib modul 5.docx

dengan ibubapa agar hadir beramai-ramai ke majlis ceramah, cara komunikasi penceramah

dalam penyampaian isi ceramah kepada peserta juga akan diambil kira. Dalam hal ini

komunikasi berkesan sangat memainkan peranan. Penyampaian yang berkesan akan

memberi kesan kepada pendengar. Oleh itu, sebagai pemimpin dan ketua kepada

penganjuran program , guru besar sepatutnya akan mengawasi perkara ini agar matlamat

yang dipersetujui kan tercapai.

Semasa pelaksanaan Program Semarak Ilmu selama 3 hari, banyak perkara tentang majlis

ini yang perlu diambil kira. Ini terutamanya semasa majlis perasmian program yang

melibatkan ‘ orang besar, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan setempat.

Bermula dengan perancangan, persediaan dan pelaksanaan semuanya dilaksanakan

melalui perbincangan, kesepakatan dan kerjasama sepasukan. Untuk melancarkan lagi

perjalanan majlis agihan tugas dibuat termasukkan perlantikan ‘ event manager’ yang

berperanan penting dalam memastikan majlis pada hari itu berjalan lancar. Protokol dan

etiket perlu dipatuhi. Selain dari event manager peranan pengacara majlis juga sangat

penting dalam mengawal perjalanan majlis. Semua jawatankuasa yang dilantik perlu

memainkan peranan termasuklah penyambut tetamu yang akan mengiringi dan seterusnya

mempersilakan tetamu-tetamu kehormat duduk mengikut susunan tempat duduk.

Salah satu lagi perkara yang terpenting bagi menjamin kejayaan sesuatu majlis ialah

menyediakan atur cara pentadbiran. Ini merupakan dokumen panduan kepada event

manager dan semua ajk petugas.

Kesimpulannya, dalam membantu sekolah kea rah kemenjadian murid, sekolah boleh

mendapatkan khidmat dari mana-man agensi yang berkaitan. Dalam pada itu, pemimpin

sekolah perlu ada kemahiran dan pengetahuan dalam hubungan sesama manusia agar

kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada jalinan hubungan tersebut.

Page 6: tugasan wajib modul 5.docx