tugasanakae3013-130916052722-phpapp02

21
1 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD AMUS KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK TEOH HOON SZE D20112053667 PUSAT PEMBELAJARAN: EL-C03 (A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING :PN.NORLY BINTI JAMIL TARIKH SERAH: 3 MEI 2013 ISI KANDUNGAN NO. PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenaan 3 Pe!"#"$an #$ea%"& 'aa! #aangan #ana#-#ana# e$gan% ng #e*a'a *engaa!an *$+,e, *en'"'"#an ang '"%e$"!a ,e a# a/a ,"a. B"n ang 'an $a"#an *e$n a%aan %e$,e % e$,e$%a#an +n%+ - +n%+ a#% +e !e$ang,ang *e!"#"$an #$ea%"& #ana#-#ana#. PEMARKAHAN

Upload: andrea-jones

Post on 04-Oct-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

t

TRANSCRIPT

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

1KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD AMUS

KAE 3013

ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAKTAJUK TUGASAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. MATRIK

TEOH HOON SZED20112053667

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-C03 (A122PJJ)NAMA TUTOR E-LEARNING: PN.NORLY BINTI JAMILTARIKH SERAH: 3 MEI 2013

ISI KANDUNGAN

NO.PERKARAMUKA SURAT

1Pengenalan

3

2Definisi Kreativiti

3 - 5

3Kepentingan Kreativiti

5 - 9

4Kreativiti dan Kanak-kanak

9

5Kreativiti Kanak-kanak

10

6Seni Bahasa Pertama Kanak-kanak

11

7Ciri-ciri Kanak-kanak Kreatif

11

8Aktiviti

12 - 20

9Rujukan

21

PENGENALANSetiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ia bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang.Ia berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang.

Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadang kala tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan satu prosedur atau kaedah yang perlu digunakan apabilamelihat, berfikir atau belajar bagi mewujudkan idea.

Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang di lihat atau di alaminya.Ia mungkin menggunakan metafora dan anologi memproses pengalaman tampak untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampakyang baru.

Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta.Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada bentuk barumemerlukan keupayaan membuat metafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. DEFINISI KREATIVITI DAN PEMIKIRAN KANAK-KANAK

Menurut kamus Websters (1976) pemikiran kreatif ialah, The ability to bring something new existence.Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali.Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada kepada ada. Definisi ini seolah-olah melambangkan sesuatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan.Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya.

Kamus dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994). Manakala, Paul Torrance (1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenal pasti perkara-perkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain (Leonard Yong,1994).

Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti.Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.

Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982)menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorangiaitu menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik,melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian,berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji,teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan kreatif :sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dandimensi lain (analogi).

Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai.Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakansesuatu yang biasa.Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.

Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya.Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.KEPENTINGAN KRETIVITI

Pendidikan seni visual dianggap sebagai mata pelajaran sampingan oleh sesetengah ibu bapa. Pandangan negatif ini sebenarnya adalah disebabkan oleh pemahaman cetek daripada sumber rujukan dan maklumat yang tidak tetap terhadap kepentingan mata Pelajaran Seni Visual. Kepentingan pendidikan seni adalah lebih penting dalam merealisasikan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sempurna sepertimana kepentingan mata pelajaran lain. Seni sebenarnya sudah lama memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. Namun, kepentingan itu tidak disedari. Sama ada disedari atau tidak, Pendidikan Seni Visual sudah disemai kepada semua generasi sejak dari awal kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat dewasa. Seni bukan saja mengajar manusia menghayati keindahan, kecantikan atau sebagainya tetapi memupuk nilai-nilai estetika dan nilai-nilai kemuliaan dalam diri manusia. Seni harus dilihat sebagai subjek yang mampu mengubati permasalahan yang berlaku dalam jiwa manusia. Seni memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia dan perubahan masyarakat. Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena pembangunan manusiawi. Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik perlu dikikis. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah kita meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan seni itu sebenarnya telah bermula lebih awal lagi, iaitu di zaman kanak-kanak. Pendidikan yang diberikan itu berlaku secara tidak lansung dan tanpa disedari. Contohnya, ibu bapa telah mendidik anak-anak mereka mengenal alat-alat permainan. Mereka menunjukkan bentuk-bentuk permainan kepada kanak-kanak. Pada alatan permainan tadi, terdapat pelbagai warna dan bereneka jenis rupa bentuknya. Apabila melihatnya, kanak-kanak itu akan meluahkan rasa hatinya. Apakah warna yang disukainya. Jenis-jenis permainan serta apa yang disayanginya. Selain gemar kepada barangan permainan, kanak-kanak juga suka menconteng. Apa sahaja yang boleh digunakan atau yang difikirkan sesuai, akan digunakan untuk menconteng. Kesempatan itu digunakan untuk melahirkan ideanya. Antara peranan Seni Visual dalam pendidikan pertama ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembangan seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkat remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat manipulatif sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur 5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13 tahun. Berdasarkan kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaan mungkin timbul ialah berdasarkan factor persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan. Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik. (Laura Chapman, 1978) Peranan kedua memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar. Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar itu sudah mulai menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik. Pada peringkat ini, sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang. Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965) pada peringkat ini merupakan peringkat yang paling konflik dan genting. Pelajar akan mengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses membesar mereka. Persaingan di kalangan pelajar berlaku peringkat ini. Pelajar yang lemah akan mengalami masalah yang dinyatakan tadi. Sekiranya dibimbing dan diberi penerangan yang betul, kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkabur. Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif. Mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subjek seni itu. Ketiga ialah melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga professional. Jurutera, arkitek, doktor, saintis dan penguam merupakan bidang kerjaya yang amat diperlukan oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita terpaksa mengimport dari luar negara. Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang untuk membentuk satu profesion baru. Menjadi seniman sepenuh masa contohnya. Walaupun negara kita masih baru dalam bidang ini, namun telah terdapat ramai artis yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh masa. Keempat peranan seni visual dengan cara memupuk dan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Pada hari ini melalui sebuah agensi kerajaan, kita melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Antaranya program Tahun Melawat Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Selain daripada itu, ada pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk menarik para pelancong. Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh. Terutama sekali ialah kesan penghayatan masyarakat terhadap aktiviti yang dijalankan itu. Kelima memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat. Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Sebut sahaja keperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan atau tekstil, hamparan tikar mengkuang atau pandan, anyaman kelarai, seni binaan rumah kayu atau kampung dan seterus seni budaya sopan santun dan adat istiadat. Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir dan hamper dilupakan. Tidak banyak lagi generasi hari ini yang mengamalkan menghulurkan tepak sirih apabila menyambut kedatangan tetamu. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus atau mengalami kepupusan. Terdapat banyak contoh yang boleh dijadikan rujukan. Seni kraftangan umpamanya seperti seni anyaman mengkuang dan seni anyaman kelerai. Seni tekat, tembikar dan banyak lagi contoh yang bileh diketengahkan. Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini. Peranan keenam ialah melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih mudah dari mengenali budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika. Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini. Justeru, selain apa yang disebutkan tadi, semua masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan kea rah cita-cita yang murni ini.KREATIVITI DAN KANAK-KANAK Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali dikaitkan dengan kanak-kanak, hal ini kerana kanak-kanak biasanya bermain dengan idea dan mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada individu kanak-kanak ini. Albert Einstien ( Schilpp 1949), pemikir sainstifik terkenal, menyatakan perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak adalah apabila mereka bermain dengan fikiran. E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap paling kreatif pada usia empat tahun. Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar, perkara ini mungkin menarik untuk kita mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang menunjukan kreativiti yang ada pada diri mereka. Apakah sifat-sifat istimewa yang mereka miliki yang boleh membantu kita memahami cara yang unik mereka mengalami dunia? Kebanyakkan pada kanak-kanak yang berusia empat tahun;a) Bebasb) Seronok mempelajari perkara baruc) Sifat ingin tahud) Suka bermain/ keseronokkane) Peserta yang aktifKebanyakkan kanak-kanak, yang baru mengenali dunia ciri-ciri kreativiti mereka lebih terpengaruh dengan keaadaan sekeliling. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini bersifat, mengikut, meniru, apa yang mereka lihat dengan kerap kalinya, terutamanya sifat orang dewasa. Dan sifat kreatif ini kemungkinan akan hilang sekiranya perkara yang ditunjuk oleh ibu bapa berbeza. Namun sekiranya kanak-kanak tersebut sememangnya kreatif, bagaimana dikatakan persekitaran menyokong keupayaan kreativiti kanak-kanak tersebut? Dan bagaimana kreativiti ini dipupuk agar kekal dalam diri kanak-kanak ? mungkin permulaan yang baik untuk membangunkan kesedaran kompleks dalam proses pemikiran kreatif. Kreativiti sangat susah untu kita fahami. Namun perkembangannya boleh dilihat dari peringkat ke satu peringkat ketika usia kanak-kanak.KREATIVITI KANAK-KANAK Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif ( Lowenfeld 1975). Menurut Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai lima bentuk operasi yang terdiri daripada;a) kognitif, yang menerima dan memproses maklumatb) memori, yang menerima dan menyimpan maklumatc) pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khususd) pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah yang selari dengan pemikiran kreatife) penilaian, yang merupakan hsil pertimbangan sesuatu tindakkan.SENI BAHASA PERTAMA KANAK-KANAK Kanak-kanak memerlukan peluang untuk mencipta seni kerana penting untuk pertumbuhan minda mereka. Kanak-kanak in tidak boleh dipisahkan dari kesenian terutama dalam kegiatan harian mereka. Ujian dengan menggunakan karayon memaksa kanak-kanak untuk cuba naik ke satu peringkat ke satu peringkat, hasilnya biasanya akan bertambah baik.Hal ini boleh menjelaskan eksperimen yang menunjukan percubaan makanisme dalaman yang ditunjukan oleh mereka.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERFIKIRAN KREATIF

Menurut Lowenfeld dan Brittain, kanak-kanak yang kreatif sentiasa bermotivasi, ingin tahu dan berimaginasi untuk mencari dan menemui jawapan, menyoal penyelesaian sedia ada kepada permasalahan, memikirkan semula, menstruktur dan mencari perkaitan baru, menggunakan pemikiran bercapah.

Selain itu, kanak-kanak yang kreatif mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka dapat melihat masalah dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. Mereka lebih berdikari, kadang-kadang tidak mematuhi arahan yang dirasanya tidak betul. Mereka juga mempunyai ingatan yang baik dan suka pada kerja yang mencabar.

Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Biasanya kanak-kanak kreatif mempunyai ciri-ciri seperti perasaan ingin tahu yang tinggi (curios), berdikari (independent), kebebasan bertindak tanpa rasa takut (uninhibited), suka memanipilasikan bahasa (language explosion), suka bermain-main (playful), gemar sesuatu yang mencabar (adventurous) dan suka terlibat secara aktif dalam apa jua aktiviti (acti participants). Kesemua ciri ini memang dimiliki seorang kanak-kanak yang pintar dan kreatif.

Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kalangan kanak-kanak. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MERANGSANG PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAKMenurut Garder (1980), orang dewasa perlu menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa sekatan supaya kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan. Kepentingan menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi meningkatkan daya upaya kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual ruang banyak digunakan dalam seni visual. Untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah dengan mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan seni visual (Gardner (1993).

Untuk memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak, kita boleh mengadakan aktiviti menconteng, melukis, menyanyi, bermain, mewarna, menari dan permainan kata-kata. Aktiviti drama, memasak, bercerita, pakaian beragam, aktiviti visualisasi, numerasi dan literasi, aktiviti mendapat informasi, megenali mesin serta aktiviti penulisan kreatif juga merupakan aktiviti yang sesuai bagi memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak.PENGAJARAN SENI LUKIS KANAK-KANAK

Kreatif kanak-kanak boleh dikenalpasti semasa mereka melaksanakan aktiviti seni visual dan seni persembahan dengan mengambil kira sikap, motivasi, kemampuan dan kemahiran mereka.

Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal juga dapat mengembangkan bakat. Menerusi idea dan imaginasi kanak-kanak dapat menghasilkan apa yang digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Bidang seni lukis dapat memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak kerana proses penghasilan lukisan misalnya dapat menggabungjalinkan emosi, sosial dan nilai estetika. Lukisan merupakan simbolik grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda yang terdapat di sekeliling mereka. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat, iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi imaginasi dan konsepsi.

Lowenfeld (1947), sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatan-peralatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh.

Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni lukis, pengetahuan teknik-teknik seni halus serta kemahiran memanipulasikan ciri-ciri lukisan dan seni dpat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis serta imej artistik yang dihasilkan dlam kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta lebih mendalam dan berstruktur dari segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan bahan perantara untuk kanak-kanak mengembangkan kreativiti. Pengetahuan ini memerlukan penganalisisan, kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan maklumat secara kognitif. Keupayaan kognitif dapat ditingkatkan melalui keupayaan individu untuk membentuk dan mencipta, memahami dan menginterpretasikan hasil atau karya seni.

Proses aktiviti seni dapat membantu kanak-kanak untuk mereka cipta sesuatu dengan menggunakan idea. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai dan membuat keputusan daripada proses aktiviti seni yang dilaksanakan. Kanak-kanak menggunakan semua deria apabila belajar dan menunjukkan ekspresi seni. Kanak-kanak meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal untuk memberi makna dan meluahkan perasaan. Seni lukis jika diberikan perhatian boleh memperkembangkan kebolehan kreativiti semulajadi kanak-kanak kerana proses penghasilan lukisan misalnya dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai estetika. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat, iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi imaginasi dan konsepsi.

Lukisan teknik pensel boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknik gosokan dan teknik garisan selari. Garisan merupakan satu tanda jelas yang dibuat menggunakan peralatan lukisan di atas satu permukaan. Aplikasi pelbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Pelbagai teknik yang boleh dilakukan bagi membantu kanak-kanak menghasilkan garisan yang baik seperti teknik koyakan, tampalan, gosokkan dan kolaj.

June King McFee pula menyatakan bahawa kreativiti itu adalah sebgai satu keupayaan seseroang mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea yang baru. Seni merupakan salah satu cara terbaik untuk mengekspresi diri. Mengecat, melukis, mewarna dan menulis merupakan bentuk-bentuk luahan yang kukuh untuk pelbagai emosi yang anak anda rasai atau alami di dalam aktiviti hariannya. Membenarkan kanak-kanak mengecat atau melukis secara bebas boleh membantu membuka mindanya. Ini adalah komponen penting dalam perkembangan seorang kanak-kanak, dan kanak-kanak sering membentuk fikiran dan idea menerusi lukisan mereka, walaupun hanya melukis objek atau bentuk-bentuk yang tidak berkaitan. PENGAJARAN MUZIK, LAGU DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK KANAK-KANAK

Muzik ialah satu cabang seni dan aspek yang penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak. Muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun dapat mempertingkatkan kemahiran muzikal dan juga kreativiti kanak-kanak. Setiap aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mengikut mud.

Oleh itu, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran lagu atau pantun atau sajak untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar. Guru juga hendaklah memberi insentif kepada pelajar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan supaya daya kreativiti pelajar dipelihara dan dikekalkan.

Pengajaran lagu, pantun atau sajak boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah seperti:

a. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak fasa demi fasa.

b. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak lengkap

c. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak daripada rakaman.

PENGAJARAN KRAFTANGAN KANAK-KANAK

Apabila bermain kanak-kanak menggunakan daya imginasi mereka. Menurut Piaget dan Vgotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya. Mereka juga perlu diberi peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam aktiviti bermain. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan murid-murid menjalankan aktiviti seperti melukis, menconteng, membuat kolaj, 'sandplay' dan sebagainya

Aktiviti kraftangan juga memberi peluang kepada kanak-kanak mengaplikasikan teknik aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak adalah seperti ikatan dan celupan, capan, titisan, renjisan, pericikan, lukisan, catan , cetakan, tiupan, resis, guntingan, pualaman, lipatan dan kolaj. Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak adalah seperti lukisan, kolaj, stensilan, montaj, catan, resis, gosokan, cetakan, percikan, mozek, gurisan dan capan. Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak adalah seperti topeng, boneka, origamni, mobail, stabil, model dan diorama.

Contohnya, kolaj adalah kraf 2D yang boleh dibuat dengan menggunakan perca kain, kertas warna, keratin akhbar, kepingan besi, dan bahan-bahan alam seperti rempah ratus, daun dan ranting. Kolaj mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Membuat kolaj memerlukan kesabaran dan ketelitian serta memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkannya.

Boneka adalah objek-objek yang diukur untuk mewakili watak-watak cerita. Aktiviti boneka boleh mempertingkatkan kemahiran intrapersonal, kreativiti, bahasa, daya pemikiran dan kemahiran interpersonal kanak-kanak. Boneka boleh dibuat dalam pelbagai cara dan kanak-kanak boleh melakonkan watak menggunakan hasil karya masing-masing.

PENGAJARAN TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK

Kreativiti semula jadi bagi kanak-kanak ialah bergerak mengikut kehendak dan irama muzik. Aktiviti-aktiviti gerakan yangdilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik.

Aktiviti pergerakan kreatifmenggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti tubuh badan, ruang, masa dan daya. Aktiviti pergerakan kreatif dapat meningkatkan estetika, kreativiti dan imaginasi kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti gerakan, menginterpretasikan idea dan mengapreasiasi estetika. Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif dapat membantu kanak-kanak mengenal tiap-tiap bahagian tubuh badan mereka sendiri. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ketahanan mereka, mengeksplorasi dan menggunakan ruang dengan bijak, menghargai dan membahagikan masa mengikut keutamaan. a) Elemen Tubuh Badan

Elemen tubuh badan merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki dan tangan. Kanak-kanak boleh menggunakan imaginasi dan keativiti masing-masing untuk mereka cipta gerak geri dengan menggunakan elemen tubuh badan.

Contoh gerak geri pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai tangan. Daripada gerak geri yang dihasilkan, kanak-kanak boleh meneka maksud gerakan menilai estetika yang ada pada gerakan. Penggunaan tubuh badan adalah melatih kanak-kanak menjelajahi ruang persembahan secara kreatif.b) Elemen ruang

Elemen ruang dalam pergerakan kreatif merangkumi ruang diri, aras dan arah. Ruang am dalam pergerakan kreatif untuk kanak-kanak merujuk kepada ruang pentas, padang atau bilik untuk melakukan aktiviti pergerakan. Ruang diri dalam pergerakan kreatif merujuk kepada ruang yang digunakan oleh kanak-kanak untuk melakukan aktiviti pergerakan. Aras dalam pergerakan kreatif merangkumi aras rendah, sederhana dan tinggi. Arah dalam pergerakan kreatif merangkumi arah ke depan, ke belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas.

Proses pergerakan kreatif yang menggunakan elemen ruang dapat melatih imaginasi dan kreativiti kanak-kanak terhadap elemen ruang dalam pergerakan dan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual secara kreatif.

c) Elemen masa

Elemen masa dalam pergerakan kreatif marangkumi tempo, rentak, pola beritma, aksen dan jangka masa. Tempo merujuk kepada kalajuan muzik atau pergerakan yang perlahan atau cepat; rentak merujuk kepada ukuran masa tanpa mengira masa dalam pergerakan kreatif; pola ritma merujuk kepada kronologi pergerakan atau bunyi dalam jangka masa yang berubah; aksen merujuk kepada suatu pergerakan yang lebih kuat daripada pergerakan sebelum atau selepasnya manakala jangka masa merujuk kepada pendek atau panjang setiap rentak pergerakan.

Pengiraan rentak dan tempo dalam pergerakan kreatif kanak-kanak dapat mempertingkatkan kecerdasan logikal kanak-kanak. Kanak-kanak dapat memahami kiraan rentak dan tempo dan seterusnya dapat membilang nombor dengan betul.

d) Elemen daya

Elemen daya atau tenaga dalam pergerakan kreatif merangkumi pergerakan perkusif, pergerakan pendular, pergerakan staccato, pergerakan bergetar, pergerak meruntuh dan pergerakan kawal-lambat. Pergerakan perkusif dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang bertenaga kuat dilepaskan dalam satu tempoh yang singkat; pergerakan pendular dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan secara berayun; pergerakan staccato merujuk kepada pergerakan yang bersifat terputus-putus, cepat dan ringan; pergerakan bergetar dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang menggigil; pergerakan meruntuh dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang lemah dan tidak bertenaga manakala pergerakan kawal-lambat merujuk kepada pergerakan yang dikekalkan dalam tempo yang panjang dalam aktiviti pergerakan kreatif.

Menurut teori Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti. Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengunkapkan perasaan melalui muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan. Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan. Aktiviti tarian dan pergerakan kreati yang dilaksanakan oleh guru dapat menggalakkan kanak-kanak menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Contohnya, kanak-kanak dapat bergerak mengiringi muzik, sensitif dengan rentak muzik serta kecerdasan kinestik kanak-kanak dapat dipertingkatkan.

Guru boleh melaksanakan aktiviti pergerakan kreatif kanak-kanak dengan menggunakan pergerakan kreatif berdasarkan simbol dan teknik pergerakan kreatif berdasarkan cerita. Muzik dan props dapat memberi rangsangan kepada kanak-kanak dalam pergerakan kreatif. Muzik dapat memberi mood dan emosi seperti gembira, sedih, marah dan takut semasa aktiviti pergerakan kreatif. Irama dan rentak muzik yang pelbagai dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk melakukan aktiviti pergerakan kreatif. Props yang boleh digunakan dalam aktiviti pergerakan kreatif seperti reben, bola, dan gelung melatih kanak-kanak menumpukan perhatian dan membentuk pola-pola pada pergerakan yang kreatif.

Selain menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak, tarian kebudayaan yang pelbagai di Malaysia seperti tarian kuda kepang, zapin, tarian joget, tarian singa, tarian naga, tarian bharatna natyam, tarian buluh, tarian ngajat solo dan sebagainya dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

AKTIVITI BERMAINBermain ialah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi dan sejak mereka bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri.

Bermain dapat membantu kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan isi dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Melalui bermain, kanak-kanak dapat memupuk rasa kegembiraan di yang boleh mempengaruhi kanak-kanak terbabit untuk berimaginasi, berkongsi, bergaul, berfantasi, berkomunikasi, bersosial dan berfikir di dalam pembelajaran.

Satu permainan yang menyeronok dapat memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak ialah permainan lego. Untuk menyiapkan sesuatu model lego, kita amat memerlukan daya pemikiran dan imaginasi yang maksima. Secara jelasnya, kanak-kanakakan cuba mengimaginasi bentuk model dengan idea mereka sendiri sebelum membuatnya dengan sempurna. Dalam proses menyiapkan model ini keupayaan kognitif yang digunakan oleh kanak-kanak ini amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan atau bongkah yang cuba dibina tidak seperti yang mereka mahu, mereka akan cuba lagi untuk membuatnya banyak kali sehingga mereka selesai melengkapkan model tersebut dengan betul. Jelasnya melalui permainan lego, kanak-kanak bukan sahaja dapat mencipta daya kreatif mereka sendiri tetapi juga dapat memperkembangkan lagi kemahiran kognitif .

RUJUKAN

1. Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran, Petaling Jaya: L.C. L.

2. Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran, Petaling Jaya: L.C. L.3. AINON & ABDULLAH, (1994). PEMIKIRAN REKA CIPTA, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

4. AINON MOHD ABDULLAH HASSAN,(1997). SENI BERFIKIR KREATIF, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

5. LEONARD M S YONG, (1993). KREATIVITI KEARAH MEMBENTUK MASYARAKAT KREATIF. arenabuku sdn bhd. Kuala Lumpur.

6. Joan Bouza koster, (2001). Growing Artists Teaching Art to Young ChildrenMaimunah Osman, ( 2005). PEMIKIRAN KREATIF. Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur.

7. Mohd. Azhar Abd. Hamid Othman A. Kassim Muhammed Fauzi Othman, (2005). CIPTAAN IDEA BARU, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

8. Rebecca T. Isbell & Shirley C. Raines, (2003). Creativity and the Arts with Young Children.

9. ROBERT SCHIRRMACHER, (1998). ART AND CREATIVE DEVELOPMENT FOR YOUNG CHILDREN, Delmar Publishers an internasional Thomsom Publishing Compony.

10. Robert W. Olson , (1980) . Seni Berfikir Kreatif, P.T Gelora Aksara Pratama.

11. YEW KAM KEONG, (2002). Bebaskan Kreativiti Anda, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.PEMARKAHAN

Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia.

Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.