tumbuhan semulajadi

47
SELAMAT DATANG KE LAMAN PEMBELAJARAN SELAMAT DATANG KE LAMAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN SATU GEOGRAFI TINGKATAN SATU Disediakan oleh: Puan Siti Hajar Abdul Hamid SMK PENDANG

Upload: cthajarsadha

Post on 11-Jun-2015

22.768 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tumbuhan Semulajadi

SELAMAT DATANG KE LAMAN SELAMAT DATANG KE LAMAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN

SATUSATU

Disediakan oleh: Puan Siti Hajar Abdul Hamid

SMK PENDANG

Page 2: Tumbuhan Semulajadi

Objektif Kajian

1.Menyenaraikan jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dan

hidupan liar negara Malaysia

2.Mengenalpasti struktur atau profil tumbuhan semula jadi.

3. Menjelaskan dengan contoh faktor yang mempengaruhi

tumbuh-tumbuhan semula jadi negara Malaysia.

4. Merumus tentang kepentingan semulajadi secara grafik.

Page 3: Tumbuhan Semulajadi

Kandungan

Latar Belakang hutan hujan tropika

Lokasi hutan hujan tropika

Struktur hutan/profil tropika pamah di Malaysia

Ciri-ciri hutan hujan tropika di Malaysia

Kepentingan hutan hujan Tropika

Pengenalan

Latihan Diri

Page 4: Tumbuhan Semulajadi

Latar Belakang

Hutan hujan tropika merupakan salah satu ekosistem yang paling

kompleks di dunia. la merupakan warisan semulajadi yang unik yang

telah berevolusi semenjak berjuta-juta tahun dan merupakan kediaman

kepada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan. la membantu 

memelihara hidupan liar, sumber genetik dan menyediakan eko-habitat

semulajadi kepada flora dan fauna. Hutan menyediakan makanan dan

perlindungan untuk berbagai jenis mamalia, reptilia, amphibia,

ikan, burung dan serangga, yang mana kebanyakannya adalah

penghuni asli di rantau ini.

Page 5: Tumbuhan Semulajadi

Pengenalan

Hutan hujan tropika terletak di garisan lintang khatulistiwa yang suhunya panas dan lembab sepanjang tahun. Ia memerlukan suhu 18-30 °C dan hujan antara 200-300 sentimeter setahun. Hutan ini terletak di Afrika Tengah, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Asia Kepulauan Pasifik.

Page 6: Tumbuhan Semulajadi

Antara sumber hutan yang terpenting ialah :

• Jenis hutan dipterokarp.

• Ada lebih 16 jenis dan 550 species.

• Pusat utamanya ialah di Borneo.

• Lain-lain ialah di Sumatera,

Semenanjung Malaysia, Jawa, Nusa

Tenggara, Filipina, Sulawesi, Maluku,

New Guinea dan Kepulauan Solomon.

Page 7: Tumbuhan Semulajadi

Hutan tropika terdapat di zon tropika di

antara 23°- 27° Utara dan 23° - 27°

Selatan. Pada masa kini kawasan-

kawasan hutan di Semenanjung Malaysia

adalah diwakili oleh hutan hujan tropika

ini selain daripada hutan hujan tropika di

Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan,

Indo-Australia dan Asia Selatan.

Lokasi Hutan Hujan Tropika

Page 8: Tumbuhan Semulajadi

Lokasi Hutan Hujan Tropika Dunia

Page 9: Tumbuhan Semulajadi
Page 10: Tumbuhan Semulajadi

Struktur hutan tanah rendah di

Semenanjung Malaysia adalah satu profil

yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri

daripada pokok-pokok

renjong/emergent, silara

utama/canopy, tumbuhan tingkat

bawah/under storey dan lapisan

bawah/shrub layer, tumbuhan

lantai hutan/forest floor.

.

Struktur/Profil Hutan Hujan Khatulistiwa

Lapisan hutan

Page 11: Tumbuhan Semulajadi
Page 12: Tumbuhan Semulajadi

Pokok-pokok di lapisan renjong dapat mencapai ketinggian

60 hingga 70m. Kebanyakan pokok-pokok ini adalah

daripada famili Dipterokarp dan Leguminosae. Diterokarp

sering dikaitkan dengan kumpulan pokok-pokok balak

komersial di Malaysia seperti balau, cengal, kapur, keruing,

meranti, merawan, tualang dan seraya.

Lapisan Renjong/Emegen

Spesies tualang

Page 13: Tumbuhan Semulajadi

Lapisan silara utama pula terdiri daripada

tumbuh-tumbuhan berbagai famili yang

tingginya antara 20 hingga 40m. Misalnya,

kedondong, kandis, penarahan dan kelat

Lapisan Silara Utama

Page 14: Tumbuhan Semulajadi

. Di tingkat bawah pula, terdapat pokok-

pokok kecil dan palma, seperti rotan yang

hidup subur di bawah silara tersebut.

Kumpulan tumbuhan sementara bagi

lapisan hutan tingkat bawah terdiri

daripada anak-anak pokok dan pokok

muda.

Lapisan Bawah Hutan

Spesies palma

Page 15: Tumbuhan Semulajadi

Di lantai hutan pula terdapat anak-

anak pokok, palma-palma kecil,

tumbuhan renek, paku-pakis,

keladi,saprofit dan herba

Lapisan Lantai Hutan

Keladi hutan

Paku pakis

Page 16: Tumbuhan Semulajadi

Hutan hujan tropika di Malaysia sebahagian besarnya

terdiri dari hutan dipterokarp pamah dan bukit yang

kaya dengan berbagai spesies serta penting kepada

ekonomi dan ekologi negara. Hutan-hutan jenis lain

yang terdapat di sini adalah hutan paya air masin, hutan

paya air tawar, hutan pantai dan hutan gunung.

JENIS HUTAN

Page 17: Tumbuhan Semulajadi

HUTAN DIPTEROKARP PAMAH DAN BUKIT

•Terdapat di kawasan kaki bukit atau tanah rendah•Bersifat malar hijau•Empat lapisan•Pokok seperti cengal, balau, meranti dan keruing•Hidupan liar seperti tapir, gajah, harimau, monyet dan kijang•Contoh : Hutan Simpan Belum

Page 18: Tumbuhan Semulajadi

•Hampir dengan laut

•Pokok bakau dan berembang

•Hidupan liar seperti kera, burung

kerak

•Contoh lokasi: muara Sungai Rajang

HUTAN PAYA AIR MASIN

Page 19: Tumbuhan Semulajadi
Page 20: Tumbuhan Semulajadi

HUTAN PAYA AIR TAWAR

•Kawasan pedalaman yang

ditenggelami air

•Termasuk hutan gambut

•Pokok rumbia, pulai basong,dan

nipah

•Contoh hidupan liar ialah monyet

probascis, katak dan spesies cicak.

•Contoh lokasi: Tasik Bera, Pahang

Page 21: Tumbuhan Semulajadi

HUTAN PAYA AIR TAWAR

•Kawasan pedalaman yang

ditenggelami air

•Termasuk hutan gambut

•Pokok rumbia, pulai basong,dan

nipah

•Contoh hidupan liar ialah monyet

probascis, katak dan spesies cicak.

•Contoh lokasi: Tasik Bera, Pahang

Page 22: Tumbuhan Semulajadi

HUTAN PANTAI

•Kawasan pantai berpasir

•Pokok menjalar (tapak kuda),

mengkuang laut, pokok kelapa dan

pokok ru

•Hidupan liar seperti biawak

•Contoh lokasi: Rantau Abang,

TerengganuPokok ru

Pokok kelapa

Page 23: Tumbuhan Semulajadi
Page 24: Tumbuhan Semulajadi

HUTAN GUNUNG

•Di kawasan melebihi 1200-4000 meter tinggi

•Satu lapisan sahaja pada ketinggian melebihi

1500 m

•Pokok jenis belukar, pokok kerdil, periuk kera,

Rafflesia, lumut,lichen, kulampair dan paku pakis

•Hidupan liar seperti seperti ular, tupai gunung, dan

burung rajawali

•Contoh : Gunung Kinabalu, Sabah

rafflesia

ular

Page 25: Tumbuhan Semulajadi

Profil Tumbuhan Gunung

Page 26: Tumbuhan Semulajadi

Ciri-ciri Hutan Hujan Tropika:

Pokok-pokok di hutan ini adalah dari jenis

malar hijau.

Silara-silara pokok tumbuh secara rapat-rapat

dan padat membentuk kanopi

Lapisan kanopi ini menghalang sebahagian

besar daripada pancaran matahari menembusi

lapisan pokok-pokok dibawahnya.

Kanopi hutan

Page 27: Tumbuhan Semulajadi

Terdapat pokok kayu keras seperti

meranti, cengal, seraya, keruing

dan nyatuh.

Pokok-pokok berdaun lebar,

berbentuk sudur, berbulu dan

berlilin.

berbatang lurus dan tinggi dan

berakar banir.

Akar banir

Batang lurus

Page 28: Tumbuhan Semulajadi

Terdapat juga pokok menumpang

seperti orkid, periuk kera, dan

pokok melilit(menjalar) seperti

rotan.

Terdapat pokok yang mempunyai

akar udara.

Periuk kera

Orkid hutan

Page 29: Tumbuhan Semulajadi

KEPENTINGAN HUTAN SEMULA

JADI DI MALAYSIA

KEPENTINGAN HUTAN SEMULA

JADI DI MALAYSIA

Habitat semulajadi kepada flora dan fauna

Sumber Perhutanan

Kawasan tadahan

Ekosistem

Pembiakan Hidupan Laut

Eko Pelancongan

Perubatan

Pencegahan hakisan

Page 30: Tumbuhan Semulajadi

Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan.

Habitat semulajadi kepada flora dan fauna

Page 31: Tumbuhan Semulajadi

Sumber Perhutanan

Hutan membekalkan pelbagai sumber seperti kayu balak, bahan mentah untuk industri, sumber makanan, dan lain-lain.

Sumber kayu- kayan hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan taburan berbagai spesies pokok balak komersial negara seperti merbau, cengal, nyatoh dan keruing yang bernilai tinggi.

Kepelbagaian flora memberi potensi luas untuk kemajuan industri negara yang berasaskan kayu.

Page 32: Tumbuhan Semulajadi

Hutan juga adalah gedung penuh dengan pokok-

pokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan..

Contohnya ubat anti-Malaria dan kuinin.

Kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan hutan

hujan tropika mengandungi nilai-nilai perubatan

terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar,

pucuk, daun dan ubi.

Perubatan

Tongkat Ali

Kacip fatimah

Page 33: Tumbuhan Semulajadi

Hutan bertindak sebagai kawasan

tadahan air dalam memelihara kualiti

alam sekitar dengan menyerap dan

menapis air hujan sebelum

menyalurkannya ke sungai-sungai.

Dengan itu, ia dapat memastikan

bahawa bekalan air di negara kita

tidak terputus sepanjang tahun.

Kawasan Tadahan

Empangan dibina untuk mengempang airbagi kegunaan domestik dan pertanian

Page 34: Tumbuhan Semulajadi

Info

Sudut Info

Kekurangan pancaran matahari

menyebabkan hutan mengalami

suhu yang agak rendah, gelap,

dan lapisan bawah jarang..

Page 35: Tumbuhan Semulajadi

Ujian

Jawab semua soalan .

1. Apakah jenis tumbuhan semula jadi yang mungkin ditemui di kawasan ketinggian 4000 meter dari aras laut?

A. Hutan pokok tirusB. Lumut dan lichenC. Hutan belukarD. Hutan pokok renek

Page 36: Tumbuhan Semulajadi

2. Apakah jenis hutan yang paling luas di Malaysia.

A. Hutan pantaiB. Hutan gunungC. Hutan payaD. Hutan Dipterokarp

Page 37: Tumbuhan Semulajadi

Hutan paya bakau

Akar ceracak yang

keluar dari lumpur

3. Tujuan akar seperti di atas ialah

A. Memudahkan pokok bernafasB. Melebatkan daunC. Mencari air jauh ke dalam tanahD. Mengeluarkan makanan untuk pokok

Page 38: Tumbuhan Semulajadi

4. Tumbuhan manakah yang mungkin ditemui di lapisan lantai hutan?

A. SaprofitB. Pokok painC. kulampairD. meranti

Page 39: Tumbuhan Semulajadi

5. Lapisan renjong banyak ditumbuhi spesies pokok seperti

A. SerayaB. RumbiaC. KandisD. Paku pakis

Page 40: Tumbuhan Semulajadi

6. Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri hutan hujan tropika.

I. Bersifat dirian tulen II. Daun berbentuk sudurIII. Berakar banir IV. Batang lendair

A. I dan IIB. II dan IIIC. I dan III D. III dan IV

Page 41: Tumbuhan Semulajadi

7.Antara berikut manakah benar tentang peranan hutan di Malaysia.

I. Sumber karbon dioksidaII. Sumber ubat-ubatanIII. Kawasan tadahan IV. Sumber balak

A. I,II dan IIIB. I,II dan IVC. I,III dan IVD. II,III dan IV

Page 42: Tumbuhan Semulajadi

8, Yang manakah antara berikut spesies kayu balak yang dikemersialkan?

I. BakauII. CengalIII. MerantiIV. Api-api

A. I dan IIB. II dan IIIC. I dan IIID. III dan IV

Page 43: Tumbuhan Semulajadi

9. Manakah Antara berikut spesies hidupan liar yang terdapat di hutan dipterokarp pamah?

I. HarimauII. KucingIII. KijangIV. Ayam

A, I dan IIB. II dan IIIC. I dan IIID. III dan IV

Page 44: Tumbuhan Semulajadi

10. Terdapat di sekitar muara sungai Perak dan sungai Bernam .

“Kawasan ini rendah dan sentiasa ditenggelami air semasa air pasang”

Maklumat di atas menerangkan tentang jenis tumbuhan semula jadi

A. Hutan paya air tawarB. Hutan hujan tropikaC. Hutan paya air masinD. Hutan pantai

Page 45: Tumbuhan Semulajadi

Tahniah

Jawapan Anda Betul

Page 46: Tumbuhan Semulajadi

Harap Maaf

Jawapan Anda salah

Page 47: Tumbuhan Semulajadi

Sekian Terima Kasih