tutorial edu

17
HURAIKAN CIRI-CIRI SEORANG GURU YANG CEMERLANG DAN PROFESIONAL DALAM BIDANGNYA. Berkualiti dari segi intelek Seorang guru haruslah berilmu pengetahuan yang tinggi. Ini kerana guru adalah member dan menyampaikan maklumat kepada pelajar.Cabaran pada hari ini memerlukan guru yang memiliki pelbagai lmu pengetahuan dan kepakaran. Selain daripada itu, guru juga perlu mahir IT.Kemahiran dalam teknologi maklumat ini perlu dikuasai sebagai Pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Perkembangan sains dan teknolgi menyebakan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa.Untuk kekal sebagai guru berkualiti, kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran . Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa menegemaskini kemahiran menggunakan komputer.dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini.Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Upload: mata-kaca

Post on 16-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sfsdf

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial Edu

HURAIKAN CIRI-CIRI SEORANG GURU YANG CEMERLANG DAN

PROFESIONAL DALAM BIDANGNYA.

Berkualiti dari segi intelek Seorang guru haruslah berilmu pengetahuan yang

tinggi. Ini kerana guru adalah member dan menyampaikan maklumat kepada

pelajar.Cabaran pada hari ini memerlukan guru yang memiliki pelbagai lmu

pengetahuan dan kepakaran.  Selain daripada itu, guru juga perlu mahir IT.Kemahiran

dalam teknologi maklumat ini perlu dikuasai sebagai Pemangkin kearah menghasilkan

pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Perkembangan sains dan teknolgi

menyebakan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa.Untuk

kekal sebagai guru berkualiti, kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan

aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran . Usaha ini memerlukan kita untuk

sentiasa menegemaskini kemahiran menggunakan komputer.dengan menghadiri

kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru

yang lebih mahir dalam bidang ini.Kebolehan ini membolehkan kita mengajar

menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya. 

Pengusaan Bahasa Inggeris yang baik juga termasuk dalam ciri-ciri guru yang

berkualiti.Guru perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan

sistem pendidikan negara masa kini memerlukan para guru untuk menguasai bahasa

bahasa inggeris dengan baik. Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk

pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris juga merupakan

satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting kepada setiap

Page 2: Tutorial Edu

orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris kita perlu selalu

menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para

pelajar. Guru juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk

mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu

idea menjadi lebih menarik. Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya kita

menanamkan sikap ingin tahu.

Sifat ingin tahu akan mendorong kita mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia

pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun

kaedah mengajar Kegemaran membaca membolehkan seseorang guru tersebut

sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam

pelbagai bidang memberi keyakinan kepada kita untuk menyampaikam pengajaran

dengan berkesan. Sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti

professional keguruan. Ciri-ciri guru berkualiti juga perlu sentiasa meningkatkan

kemahiran pedagogi.Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap

profesionalisme guru kerana mengajar merupakan “core business” guru terhadap

pelajar.Kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang

mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran

behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori

Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis.

Page 3: Tutorial Edu

Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk

menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Di antara

model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model

Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran

Inkuiri , Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan

mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.

Page 4: Tutorial Edu

JELASKAN NILAI YANG HARUS DIMILIKI OELH SEORANG GURU UNTUK

MENJADI SEORANG GURU YANG BERKUALITI.

Berkualiti dari segi Kerohanian.

Guru juga perlu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di

antara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada

masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin

dan lain-lain. Nilaitara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di

dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan. Guru juga perlu memiliki pegangan

agama yang kukuh.Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara , agama

diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan

seseorang guru itu menjadi bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu , berprinsip

serta amanah. 

 Berkualiti dari segi jasmani

Guru yang berkualiti sentiasa menjaga kesihatan diri.Kesihatan yang baik

adalah penting agar dapat menjalankan tugas sebagai guru yang berkualiti sehingga

tamat tempoh perkhidmatan.Kita hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat bagi

mengekalkan kesihatan yang baik. Tubuh badan yang sihat tanpa penyakit memberi

Page 5: Tutorial Edu

kelebihan kepada kita untuk berkhidmat dengan bertanggungjawab dan berkesan. Kita

juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. tubuh badan yang sihat dan cergas

akan menghasilkan individu yang tajam pemikirannya dan ini akan membantu guru

dalam menjalankan tugas dengan berkesan.

Sebagai seorang guru,guru tresebut harus menonjolkan penampilan diri yang

baik Sebagai seorang guru, kita sentiasa diperhatikan oleh anak didik untuk dijadikan

contoh tauladan. Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah laku kita mestilah

menampakkan ketrampilan dan kewibawaan kita sebagai seorang guru yang berkualiti.

kita perlu sentiasa berpakaian kemas bagi mengekalkan imej saya sebagai seorang

guru yang berkualiti. Kita juga mesti sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku agar

menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Selain daripada itu, guru perlu memiliki

kemahiran bercorak fizikal iaitu Kemahiran berkomunikasi dan kemahiran fizikal

kemahiran komunikasi ialah semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa , masyarakat

dan pihak pengurusan sekolah. Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti

sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri

dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar. 

 Berkualiti dari segi Emosi.

Page 6: Tutorial Edu

Sentiasa menghayati nilai-nilai murni ,norma dan Etika Perkhidmatan.Terdapat

12 nilai murni teras Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia yang juga dikenali

sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan. Guru juga harus mempunyai pemikiran yang

positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi

ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan. 

NYATAKAN APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GURU YANG BERETIKA

DAN BERAKAUNTABILITI.

Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia etika ialah suatu sistem dasar tingkah

laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. setiap badan profesional

mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas

yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut

sebagai KOD ETIKA. justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni

yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing.

Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan

tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu

Page 7: Tutorial Edu

profesion. tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.

setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION

KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti

berikut: tanggungjawab terhadap pelajar; tanggungjawab terhadap ibu bapa;

tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan tanggungjawab terhadap rakan

sejawat dan profesion keguruan

Etika Suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi

sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.  Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan

yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada

ahli-ahli berkenaan.

Kod Etika Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan

tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu

profesion. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.

(a) Tanggungjawab terhadap Pelajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan

pelajar Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit

tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

(b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu

bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi

pendidikan dengan rumah tangga Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi

kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan diri daripada menggunakan atau

dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri

Page 8: Tutorial Edu

daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan

kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

(c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara Menghormati perbezaan

kebudayaan, keturunan dan agama Menggalakkan kerjasama dan persefahaman

antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati

masyarakat tempat kami berkhidmat Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu

ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara

(d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Kegurua n

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh

mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat

Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan Tidak

melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.  

Akauntabiliti Guru ‘ akauntabiliti’ = bertangungjawab kepada seseorang atau

bertangugjawab terhadap sesuatu. Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan

jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang

berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti keguruan

tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. 

akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme

keguruan.   

Kebaikan Akauntabiliti Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan

mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah Pelajar akan

mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar Penekanan pada pencapaian

Page 9: Tutorial Edu

memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru.

Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Kaedah mengajar sejajar dengan

perkembangan kognitif murid-murid. Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang

tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang terkini dan canggih Perhubungan

sosial yang baik . Kawalan disiplin yang berkesan

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Membina satu program perkembangan ko-

kurikulum yang dinamik Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan murid-

murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik Menjalankan tugas yang

diamanahkan oleh pentadbiran sekolah

Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku Melengkapkan diri dengan pelbagai

ilmu pengetahuan Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat

Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana Mengamalkan nilai-nilai murni seperti

ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan

memelihara penampilan diri Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa

lapang mengawal emosi ketika mengajar

 Akauntabiliti Guru terhadap Murid Mengutamakan kebajikan dan keselamatan

murid-murid Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil Ikhlas

dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu

bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran

Akauntabiliti Guru terhadap Profesion Menjadi ahli kesatuan guru elak membuat

sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan elakkan

daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik Selalu

Page 10: Tutorial Edu

bersedia membantu rakan sejawat elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan

negatif atau merbahaya

Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti Tidak menyebarkan ajaran negatif yang

boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopan-santun dan

bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara cergas

dalam kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat

setempat Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat.

Page 11: Tutorial Edu

SESUNGGUHNYA GURU MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM MEMENUHI HASRAT

PENDIDIKAN NEGARA DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI. JELASKAN

BAGAIMANA PERANAN GURU DALAM MELAHIRKAN GENERASI CEMERLANG DAN UNGGUL

DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA.

Guru bolehlah dilabelkan sebagai golongan manusia yang berperanan

untuk mendidik generasi masa depan. Antara kerjaya yang sering dikaitkan

dengan aspek pendidikan meliputi guru sekolah, pensyarah, dan guru tadika.

Media massa ada juga membuat beberapa program yang menyentuh masalah

yang dihadapi oleh guru dan cara-cara untuk mengatasi cabaran tersebut dengan

panjang lebar. Namun, guru mempunyai peranan yang besar dalam melahirkan

satu generasi pelajar yang cemerlang.

Tugas utama guru ialah mereka menjadi orang pertama yang menyalurkan

ilmu pengetahuan kepada pelajar di sekolah. Pihak guru telah diberi latihan untuk

memastikan mereka berupaya untuk mendidik anak bangsa dengan ilmu yang

diperlukan mengikut tahap umur dan peperiksaan yang dihadapi itu. Setiap guru

hendaklah meneroka teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar

mereka untuk memastikan semuanya memahami ilmu yang diberikan itu.

Sesungguhnya, peranan guru adalah untuk mendidik anak bangsa tanpa

mengenal erti penat dan pilih kasih.

Malah, golongan pendidikan ini juga berperanan untuk memberikan kasih

sayang kepada pelajar mereka. Kebanyakan pelajar yang mengalami masalah

Page 12: Tutorial Edu

disebabkan oleh diri mereka kekurangan kasih sayang terutama daripada ibu

bapa mereka yang sibuk bekerja itu. Guru yang bijak ialah mereka yang boleh

memberikan kasih sayang ini kepada pelajar mereka lalu golongan muda ini

berasa diri mereka dihargai dan tidak terbabit dalam gejala negatif pula. Jelaslah,

kasih sayang yang diluahkan oleh pihak guru ini boleh menghalang pelajar kita

daripada terbabit dalam kgiatan yang tidak sihat pula.

Selain itu, pelajar sering melihat guru mereka sebagai contoh teladan yang

positif. Guru yang dilihat sebagai baik, berkelakuan sopan dan berjaya dalam

pelajaran akan dijadikan idola oleh seseorang pelajar itu. Pada mata pelajar, guru

seperti ini berupaya untuk memberikan mereka semangat untuk berjaya dalam

hidup lalu menjadi seorang insan yang berguna di dunia ini sama seperti guru

mereka itu. Bayangkan jika semua pelajar kita menggunakan guru mereka

sebagai sumber inspirasi untuk meneruskan kehidupan di dunia ini?

Akhirnya sekali, guru juga berperanan sebagai golongan yang memberikan

nasihat berguna kepada pelajar. Sebagai lapisan masyarakat yang sudah lama

mengharungi kehidupan, guru boleh memberikan maklumat tentang erti

kehidupan yang penuh cabaran ini. Semua nasihat yang diberikan itu pasti

berguna buat pelajar yang sedang bergelora menongkah arus kehidupan yang

penuh cabaran terutama tekanan peperiksaan yang meruncing itu. Lantaran itu,

tugas memberi nasihat ini menjadikan guru golongan terpenting dalam

kehidupan masyarakat pelajar kita.

Page 13: Tutorial Edu

Kesimpulannya, semua peranan guru tadi sudah diketahui umum tetapi

masih banyak yang perlu dilakukan oleh pihak pendidik kita itu. Mereka

hendaklah bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memahirkan diri dengan

pelbagai teknik pembelajaran terbaru supaya pelajaran mereka lebih senang

difahami oleh pelajar. Pada masa yang sama, pelajar hendaklah memberikan

kerjasama yang baik kepada guru ketika mereka berada di kawasan sekolah pula.

Bak kata orang tua-tua "usaha tangga kejayaan" memberikan kita satu peringatan

bahawa kejayaan dalam sebarang bidang memerlukan usaha yang gigih untuk

mendapatkannya.