tutorial jwp soalan

9
NOTA / TUGASAN MINGGU 2 SIRI 2 TUGASAN 1 SOALAN KEFAHAMAN BERDASARKAN JURNAL PERLAKSANAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN (PBL DAN POPBL) BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR 1. Menurut Stephen Brookfield, apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran berasaskan pengajaran sebenar ? - Menurut Stephen Brookfield maksud bagi pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar ialah Pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar terbahagi kepada dua jenis yang berbeza. Pertama ialah pembelajaran yang dilalui oleh pelajar dalam keadaan di mana mereka telah diberikan peluang untuk memperoleh dan mengaplikasikan ilmu, kemahiran dan perasaan dalam satu situasi yang sebenar dan bersesuaian. Manakala, yang kedua pula ialah pembelajaran yang berlaku hasil daripada penglibatan terus dengan pengalaman kehidupan. 2. Jelaskan perbezaan pembelajaran berbentuk kognitif dengan pembelajaran berasaskan pengalaman ? - Perbezaan antara pembelajaran berbentuk kognitif dengan pembelajaran berasaskan pengalaman ialah pembelajaran berbentuk kognitif lebih kepada pembelajaran ilmu akademik seperti mempelajari kosa kata atau jadual darab bahagi. Sementara pembelajaran berasaskan pengalaman lebih tertumpu kepada ilmu aplikasi seperti belajar enjin untuk memperbaiki sebuah kereta.

Upload: muhammad-faiz-rahim

Post on 12-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial Jwp Soalan

NOTA / TUGASAN MINGGU 2 SIRI 2

TUGASAN 1

SOALAN KEFAHAMAN BERDASARKAN JURNAL PERLAKSANAAN PENDEKATAN

PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN (PBL DAN POPBL) BAGI

MENINGKATKAN KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR

1. Menurut Stephen Brookfield, apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran

berasaskan pengajaran sebenar ?

- Menurut Stephen Brookfield maksud bagi pembelajaran berasaskan pengalaman

sebenar ialah Pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar terbahagi kepada dua

jenis yang berbeza. Pertama ialah pembelajaran yang dilalui oleh pelajar dalam

keadaan di mana mereka telah diberikan peluang untuk memperoleh dan

mengaplikasikan ilmu, kemahiran dan perasaan dalam satu situasi yang sebenar

dan bersesuaian. Manakala, yang kedua pula ialah pembelajaran yang berlaku hasil

daripada penglibatan terus dengan pengalaman kehidupan.

2. Jelaskan perbezaan pembelajaran berbentuk kognitif dengan pembelajaran

berasaskan pengalaman ?

- Perbezaan antara pembelajaran berbentuk kognitif dengan pembelajaran

berasaskan pengalaman ialah pembelajaran berbentuk kognitif lebih kepada

pembelajaran ilmu akademik seperti mempelajari kosa kata atau jadual darab

bahagi. Sementara pembelajaran berasaskan pengalaman lebih tertumpu kepada

ilmu aplikasi seperti belajar enjin untuk memperbaiki sebuah kereta.

3. PBM merupakan singkatan - Pembelajaran Berasaskan Pengalaman.

4. PBL merupakan singkatan – Problem Based Learning.

5. PBMBP merupakan singkatan – Pembelajaran Berasaskan Masalah Berorientasikan

Projek.

6. POPBL merupakan singkatan – Project Oriented Problem Based Learning.

Page 2: Tutorial Jwp Soalan

7. Apakah perkaitan antara PBMBP dengan PBM.

- PBMBP dan PBM merupakan merupakan cabang Pembelajaran Berasaskan

Pengalaman dan ianya merupakan satu cara atau kaedah bagaimana pelajar dapat

didedahkan dengan pengalaman sebenar dalam kehidupan dan alam pekerjaan

mereka yang akan datang.

8. Jelaskan dapatan tinjauan awal PBMBP setelah dilaksanakan dalam subjek-subjek

kemanusiaan di UTHM.

- Pelajar memberikan komen yang positif terhadap pendekatan PBM ini.

- PBM banyak memberikan kesan positif terhadap proses pembelajaran pelajar.

- Mengetahui ciri-ciri utama pendekatan PBM.

- Mengetahui beberapa kemahiran insaniah penting yang dapat diperoleh oleh pelajar

setelah mengikuti proses pembelajaran menggunakan pendekatan PBM.

- PBM didapati mempunyai ciri-ciri mencabar, berguna, berkesan, menyeronokan,

tidak membebankan, tidak membosankan serta memberi banyak pengalaman

kepada pelajar.

9. Nyatakan lapan kemahiran insaniah yang diperoleh melalui pendekatan PBM.

1. Kemahiran bersosial.

2. Kemahiran kerja berpasukan.

3. Kemahiran menyelesaikan masalah.

4. Kemahiran menguruskan jiwa.

5. Kemahiran etika dan moral.

6. Kemahiran komunikasi.

7. Kemahiran pembelajaran berterusan.

8. Kemahiran kepimpinan.

9. Kemahiran mengurus krisis.

10. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

11. Kemahiran menguruskan teknologi.

12. Kemahiran menguruskan maklumat..

13. Kemahiran keusahawana.

Page 3: Tutorial Jwp Soalan

10. Berdasarkan pembacaan dan kefahaman anda menerusi kajian di atas, apakah

pernanan anda sebagai seorang guru yang boleh diaplikasikan bagi menjadikan

sejarah daripada dilabel sebagai “Dry Subject”.

- Antara peranan yang boleh diaplikasikan ialah guru perlu menyediakan persekitaran

pembelajaran yang positif untuk pembelajaran.

- Memperjelaskan objektif pembelajaran kepada pelajar.

- Menyusun dan membolehkan sumber pembelajaran diperoleh oleh pelajar.

- Melaksanakan pelbagai aktiviti dalam pengajaran seperti berlakon, bercerita,

simulasi, main pernanan dan sebagainya

- Menggunakan bahan-bahan pengajaran yang menarik seperti tayangan video,

penggunaan audio, grafik, animasi dan sebagainya.

Page 4: Tutorial Jwp Soalan

TUGASAN 2

2.0 KONSEP PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

2.1 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

A. Penyiasatan Menggunakan Driving Question

- Membina dan merancang ‘Driving Question’

- Soalan terbuka yang dapat menjawab mengikut masa dan sumber.

- Menjurus kepada disiplin, subjek dan topik.

- Membawa kepada dilema dunia sebenar dan pelajar merasa seronok belajar.

- Selaras dgn kurikulum dan mencakupi kandungan.

Contoh soalan Sejarah;

- Adakah kebebasan dan demokrasi tersebar ke serata dunia?

- Mengapakah Inggeris sangat berminat menguasai Tanah Melayu?

- Bagaimanakah keamanan boleh diwujudkan di Timur Tengah?

B. Pembelajaran Kendiri

- Satu kaedah di mana pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan melalui

pemusatan murid dan menekankan kepada kolaborasi antara guru dan murid

sepanjang projek berlangsung.

- Kaedah ini juga sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori

ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai

pemberi ilmu.

- Melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia

sebenar.

- Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

- Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.

Page 5: Tutorial Jwp Soalan

- Pelajar berasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri.

- Guru sebagai fasilitator.

- Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan.

- Proses pembelajaran dihargai sama juga dengan projek.

- Pembelajaran merentasi kurikulum.

- Mewujudkan suasana yang dinamik iaitu interaktif dalam sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran.

- Banyak peluang dan ruang bagi murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

- Pelajar didedahkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang berguna dalam

usaha mereka menjadi murid yang aktif dan progresif.

C. Pengintegrasian Pengetahuan dengan Aktiviti

- Pembelajaran bermakna.

- Pengintegrasian ini banyak memberikan faedah kepada pelajar.

- Bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk

mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

- Pelajar digalakkan menyertai sepenuhnya secara aktif dalam aktiviti tanpa ada

sebarang pengeculian.

- Dengan melibatkan diri secara aktif dalam dengan sepenuhnya tidak secara

langsung mempertingkatkan konsep kendiri iaitu membuar penilaian, pandangan,

tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

- Melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta

menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

D. Proses yang bersistematik

- Memberi tugasan mengikut kurikulum

- Tugasan perlu mengaambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.

- Menentukan jadual kerja.

- Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.

- Penilaian perojek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.

- Guru perlu memberikan bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.

Page 6: Tutorial Jwp Soalan

- Penilaian berterusan iaitu sepanjang aktiviti berlangsung.

- Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.

- Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek.

- Memastikan pelajar membauat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang

pelaksanaan projek.

E. Pencarian dan Penemuan Maklumat

- Penyoalan dan penyediaan masalah yang boleh diselesaikan (Questioning and

formulating solvable problems).

- Membuat refleksi dan membina pengetahuan daripada data (Reflecting on, and

constructing knowledge from data).

- Berkolaborasi dan menukar maklumat untuk mencari jawapan (Collaborating and

exchanging information while seeking solutions).

- Membina konsep dan perkaitan daripada data empirikal (Developing concepts and

relationships from empirical data).

- Apabila murid mencari maklumat sendiri akan meningkatkan keyakinan diri pelajar.

- Meningkatkan kemahiran sosial murid.

- Murid biasa berkerjsama dan berkolaborasi semasa membuat kerja.

F. Penilaian Projek

- Menilai pelajar dari segi kreativiti,kemahiran merancang, integrasi pengetahuan,

kebolehan membuat tugasan bersama orang lain, pelajar menunjukkan kebolehan

mengkaji / membentuk sesuatu, melaksana dan menghasilkan sesuatu, pelajar

mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

Dengan itu, penilaian projek ini dapat:

- mengukur proses metakognitif dan sikap pelajar

- memperoleh skor yang diberi berdasarkan kritirea spesifik

- membantu pelajar mengesan bidang kelebihan dan menggunakannya sebaik

mungkin.

Page 7: Tutorial Jwp Soalan

Jenis-jenis penilaian projek.

- Latihan dan soalan ’open ended’ untuk pelajar hasilkan secara lisan dan bertulis

(main peranan)

- Extended tasks assignment-menulis puisi, menerangkan keputusan ujikaji, membina

model.

- Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi

- Tugasan prestasi-drama, lakonan, persembahan.