tutorial (peranan sejarah)
TRANSCRIPT
Membincangkan sejauhmana mata pelajaran Sejarah dapat memainkan peranan dalam membina
semangat patriotik diri seorang warganegara.
Chong Jia Qian
Low Siu Cheng
Lee Chai Yet
Wendy Inggu
Konsep Semangat Patriotik
• semangat cinta akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta.
• Bill Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk yang boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara.
Konsep Semangat Patriotik
• Secara ringkasnya semangat patriotisme
berkait rapat dengan emosi mempertahankan
kedaulatan negara, institusi politik dan
undang-undang negara daripada dicerobohi
oleh kuasa asing.
• Semangat patriotik dapat membentuk rakyat
Malaysia yang bersatu padu dan harmoni
yang dibina , berdasarkan pengetahuan dan
pemahaman aspek-aspek sejarah negara.
Konsep Semangat Patriotik
• Setiap warganegara perlu dibimbing untuk
menganalisis dan menilai fakta-fakta
sejarah secara rasional.
• Natijah daripada pemahaman dan
penghayatan sejarah negara, seluruh
rakyat dapat membina kekuatan semangat
cinta akan negara.
Peranan Sejarah dalam Pendidikan
• melahirkan warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya dan yang paling penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal lagi kerana diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan perspektif.
Peranan Sejarah dalam Pendidikan
• menghayati dan memahami kerelevenan sejarah dalam kehidupan harian dan kehidupan masa depan. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu sejarah.
Peranan Sejarah dalam Pendidikan
• Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, elemen sejarah yang diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika ini kurang menerapkan ketiga-tiga unsur terbabit. Jadi, kita mahu menekankan perkara ini supaya mata pelajaran Sejarah dapat dihayati dan difahami oleh semua golongan masyarakat, terutama generasi muda.
Peranan Sejarah dalam Pendidikan
• Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar. Ini sekaligus bagi mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula dari peringkat umur rendah.
Peranan Sejarah dalam Pendidikan
• sebagai pemangkin kepada perpaduan.• generasi yang akan meneruskan legasi
agenda perpaduan untuk generasi akan datang maka wajarlah generasi muda hari ini menghargai dan teruskan mengekalkan bibit perpaduan yang telah terbina sekian lama.
Peranan Sejarah dalam Pendidikan
• dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai asal-usul negara.
• memberi kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah sesuatu yang mudah.
• satu platform yang cukup utuh untuk mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu.
Peranan Sejarah dalam Pendidikan
• Penghayatan mata pelajaran Sejarah membolehkan kita
membaca tentang masalah perkauman dan perebutan
kuasa yang berlaku antara pembesar-pembesar pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka telah membuka pintu
kepada penjejahan imperialis-imperialis Barat selama 446
tahun.
• Nasib rakyat peribumi tidak terbela dan mereka hidup
merana. Oleh itu,sudah tentu masyarakat pada zaman ini
tidak menginginkan peristiwa pahit tersebut berulang .
Mereka akan berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa
Malaysia dan bukannya mengikut etnik masing-masing.
Peranan Sejarah dalam Pendidikan
• mempelajari nilai-nilai patriotisme kerana mereka masih dalam proses menuju dewasa. Patriotisme mengajar remaja mendisiplinkan diri.
• Generasi berdisiplin dan prodiktif adalah kemudi pembangunan kepimpinan negra pada masa akan datang (Mahathir dan Belia; dalam Saifuddin:2002).
• Jadi apabila nilai-nilai patriotisme disemai dalam jiwa setiap rakyat Malaysia maka kita tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur asing yang mempamerkan budaya dan acuan lain luar dari ciri-ciri Malaysia.
Peranan Sejarah dalam Pendidikan
• mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme.
• menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif.
• menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka.
Peranan Sejarah dalam Pendidikan
• memberi ikhtibar dan pengajaran kepada kita agar menjadikan sejarah lampau yang melanda negara tidak berulang kembali.
• Jika kita mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang ‘sejarah’ yang telah berlaku, setentunya kita berupaya mengubah ‘sejarah’ yang bakal berlaku.
Peranan Sejarah dalam Pendidikan
• mengetahui kebudayaan dan falsafah hidup rakyat majmuk.
• sedar bahawa pembangunan Malaysia hasil daripada pengorbanan tiga kaum utama.
• Dengan itu persefahaman yang lebih erat dapat dipupuk. Sikap toleransi antara kaum dapat diwujudkan. Semangat kekitaan dapat dilahirkan. Prasangka antara kaum dapat dielakkan.
Peranan Sejarah dalam Pendidikan
• membolehkan kita membuat penilaian, mengetahui sebab, akibat dan kepentingan sesuatu peristiwa, memahami sejarah tamadun awal bangsa kita, melahirkan perasaan jati diri yang tinggi, membentuk keperibadian bangsa, menghargai jasa pemimpin negara yang telah berkhidmat dan berbakti demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara serta memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial.
Sekian, terima kasih.