ucap selamat tinggal

14
Ucap selamat tinggal Ucapan ini digunakan bagi mengucapkan ‘selamat jalan’, membuat kesimpulan ataupun rumusan pada tajuk yang sudah disampaikan. Pengucap perlu memberikan tanda seperti mengemukakan pantun bagi ucapan penamat. Akhir kata, saya berharap kita semua akan terus bersatu padu dan bekerja sebagai satu pasukan atau keluarga yang muhibah untuk membangunkan kecemerlangan bangsa dan negara. Sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang diraikan. Semoga Majlis Khidmat Bakti pada malam ini menjadi kenangan yang manis buat anda semua. Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman; Kalungan budi junjungan kasih. Mesra kenangan sepanjang zaman. Anak negeri mencari tuba, Tuba dicari di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak ’kan lupa, Bagai rambut bersimpul mati Tutup dengan merumuskan idea dalam kandungan

Upload: nur-aishah

Post on 18-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pengucapan awam

TRANSCRIPT

Ucap selamat tinggalUcapan ini digunakan bagi mengucapkan selamat jalan, membuat kesimpulan ataupun rumusan pada tajuk yang sudah disampaikan. Pengucap perlu memberikan tanda seperti mengemukakan pantun bagi ucapan penamat.

Akhir kata, saya berharap kita semua akan terus bersatu padu dan bekerja sebagai satu pasukan atau keluarga yang muhibah untuk membangunkan kecemerlangan bangsa dan negara. Sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang diraikan. Semoga Majlis Khidmat Bakti pada malam ini menjadi kenangan yang manis buat anda semua.

Akar keladi melilit selasih,Selasih tumbuh di hujung taman;Kalungan budi junjungan kasih.Mesra kenangan sepanjang zaman.

Anak negeri mencari tuba,Tuba dicari di Tanjung Jati;Di dalam hati tidak kan lupa,Bagai rambut bersimpul mati

Tutup dengan merumuskan idea dalam kandunganUcapan penutup ini adalah dengan merumuskan idea yang sudah disampaikan dalam ucapan supaya khalayak akan dapat mengintai semula hujah-hujah yang diberikan.

Saudara dan saudari sekalian, sekiranya dulu kemasukan saudara-saudari ke institusi pengajian tinggi awam ini kerana hakikat anda telah diberikan `tongkat' oleh kerajaan melalui sistem kuota yang tersedia sebelum ini, sedarlah bahawa tongkat ini tidak selamanya akan berada dalam genggaman anda. Dan yang pasti, tongkat ini akan tiada gunanya lagi apabila anda melangkah masuk ke alam pekerjaan. Tidak ada lagi bantuan yang boleh diberikan kepada anda selain daripada persediaan yang telah anda sendiri lakukan sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan. Alam pekerjaanlah sebenarnya tempat meritokrasi dalam erti kata yang sebenar dipraktikkan. Alam pekerjaan merupakan satu ruang terbuka dengan akses sama rata diberikan kepada semua individu dan terpulanglah kepada individu tersebut untuk mengguna dan mengaplikasikan ilmu, kemahiran dan kelebihan yang dimiliki untuk bersaing merebut tempat yang terbaik. Sekiranya hari ini kita lalai dan alpa kerana kita merasakan bahawa tongkat yang diberikan oleh kerajaan ini akan bersama- sama dengan kita setiap masa, percayalah bahawa kitalah yang akan pertama sekali kecundang dan kecewa di dalam alam pekerjaan kelak.

Tutup dengan rayuan supaya tindakan diambilPenutup ini digunakan bagi membuat rayuan supaya khalayak bertindak mengikut objektif ataupun apa yang telah disarankan. Khalayak digesa supaya bertindak selaras dengan keinginan pengucap.

Akhir sekali, saya menyeru agar seluruh warga MOA / Jabatan / Agensi bergerak seiring dengan saya. Marilah kita mentransformasi cara kita bekerja dengan lebih cekap dan cepat, cara berinteraksi dengan lebih mesra dan cara kita bertindak sebagai fasilitator kepada pelanggan. Kita sedia mendengar pandangan demi kebaikan organisasi dan tingkatkan amalan turun padang demi merapatkan hubungan di antara Ketua Jabatan dengan pegawainya untuk menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi. Serta bersama saya dalam agenda transformasi MOA 2014 untuk memerangi orang tengah.Meninggalkan tanggapan positifPenutup ini adalah peluang terakhir bagi pengucap meninggalkan kesan positif pada dirinya dan juga khalayak.

Saya ingin mengingatkan kepada mahasiswa untuk mengamalkan sikap positif dan tekad yang padu untuk berjaya. Mahasiswa perlu merasakan betapa bertuahnya terpilih untuk melanjutkan pengajian di UiTM. Nasihat saya kepada semua, anda berusaha bersungguh-sungguh untuk memikul tanggungjawab secara kolektif bersama warga Universiti untuk menaikkan nama Universiti ke peringkat yang lebih tinggi. Singkirkan segala sikap negatif, sambil lewa, malas dan suka bertangguh. Tingkah laku dan amalan ini tidak sesuai untuk dipraktikkan dalam budaya kecemerlangan. Di samping itu, hayati keseronokan dan kepayahan ketika mengutip ilmu pengetahuan ketika mahasiswa masih bergelar pelajar. Segala-galanya bermula disini, dengan kenangan dan cabaran yang menuntut banyak pengorbanan dan kecekalan, sekaligus membentuk personaliti dan kebolehan pelajar baru.

Tutup dengan visi ataupun pandangan masa depanDalam penutup jenis ini, pengucap membayangkan kesan positif sekiranya khalayak akur kepada tuntutan dalam ucapannya.

Demi masa depan generasi dan negara, kita mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk sama-sama membina sebuah negara dan bangsa yang berintegriti. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan akan terus berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing untuk kebaikan diri dan seterusnya organisasi tempat kerja tuan-tuan dan puan-puan. Saya percaya Konvensyen Integriti Nasional Agensi Penguatkuasaan 2012 ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang hadir khususnya melalui penglibatan dalam bengkel-bengkel dan juga pelaksanaan resolusi di peringkat agensi. Semoga rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada semua agensi penguatkuasaan melalui perkhidmatan terbaik yang mereka perolehi.

Penutup ulangan pendahuluanPenutup jenis ini mengulangi perkara yang sudah disampaikan dalam pendahuluan. Pengulangan pendahuluan dalam bahagian penutup memperlihatkan hal itu penting hingga perlu ditegaskan semula.

Para hadirin yang dihormati sekalian, Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pegawai dan agensi Jabatan Perdana Menteri yang telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013. Adalah penting setiap komitmen dan pencapaian cemerlang bukan hanya diteruskan malah sentiasa dipertingkatkan, agar dengan kesungguhan berkenaan dapat mendukung usaha Kerajaan ke arah kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat. Selaras dengan tema Hari Pekerja 2014 iaitu Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi, marilah kita bersama-samalah menjadi tunjang bagi membina sebuah perkhidmatan awam yang lebih dinamik, cemerlang dan gemilang Penutup terdekatBagi penutup jenis ini, penulis atau pengucap manfaatkan bahan daripada perenggan sebelumnya.

Sesungguhnya, tidak terhitung jasa dan bakti guru kepada bangsa dan negara. Justeru, saya bagi pihak kerajaan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru dan semua insan yang bergelar pendidik, baik yang berada di sekolah, di institut pendidikan guru, di kolej-kolej matrikulasi, di institusi pengajian tinggi, di institusi-institusi latihan atau di mana jua anda berada, samada yang masih berkhidmat atau telah bersara. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala sumbangan dan pengorbanan anda semua dalam menggalas amanah mulia mendidik anak bangsa dan mengangkat martabat nusa. Kepada guru-guru pesan saya, sayangilah murid anda, dan kepada murid nasihat saya, hormatilah dan hargailah jasa guru anda.

Penegasan semula tujuanPenutup jenis ini menegaskan semula tujuan ucapan tersebut kepada khalayak pada penutup ucapan ucapan tersebut.

Hadirin dan hadirat sekalian, Secara ringkasnya tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan Tutup dengan mengulangi idea pusatPenutup jenis ini menggunakan cara dengan mengulangi idea pusat atau idea utama yang sudah dibentangkan. Langkah ini boleh mengingatkan khalayak berkenaan idea-idea itu. Di samping itu, penutup jenis ini juga membolehkan pengucap merumuskan ucapan dan menyimpulkan isi penting yang disampaikan dalam teks.

Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua masyarakat haruslah bekerjasama bergabung tenaga bagi membanteras dan mencegah saupaya gejala pembuangan bayi ini tidak menular ke tahap yang lebih serius. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu menangani pergaulan bebas dalam kalangan remaja dengan tindakan awal kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Masyarakat perlu sedar bahawa bayi ini merupakan Anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada hambanya untuk bertanggungjawab dan menjaga malah sebaliknya bagi pasangan kekasih yang telah terlanjur,bayi yang akan dilahirkan itu menjadi satu beban kerana mereka tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diusia yang masih muda iaitu usia remaja.Penutup anekdotPenggunaan anekdot dalam penutup, iaitu cerita dalam cerita , keseluruhannya ataupun dengan memecahkannya.

Sebagai penutup saya ada satu lagi cerita atau enekdot lama, yang sering diceritakan oleh penceramah-penceramah motivasi di kebanyakan forum. Ceritanya ialah mengenai seorang tukang rumah dan majikannya, seorang pemaju perumahan. Kalau ada sesiapa yang pernah mendengarnya sebelum ini, saya harap bersabar. Cerita ini cuma cerita ringan sahaja untuk renungan, tetapi saya nak ulang tayang memberitahu tuan-tuan/puan-puan sebab saya rasa ada nilai-nilai tertentu yang berkait dengan tugas-tugas kita di JAKIM.

Seorang tukang rumah telah lama berkerja dengan dengan seorang pemaju perumahan. Suatu hari dia memberitahu majikannya yang dia ingin bersara setelah berbelas tahun bekerja dengan majikannya. Majikannya dengan rasa berat hati bersetuju dengan permintaan tukang rumah tersebut. Tetapi sebelum bersara, majikannya meminta tukang rumah itu menyiapkan satu lagi projek iaitu membina sebuah rumah. Projek ini adalah projek terakhir bagi tukang rumah itu. Majikannya meminta tukang rumah itu membina rumah berkenaan mengikut budibicara tukang rumah itu sendiri sebab dia adalah seorang tukang yang mahir dan berpengalaman.

Tukang rumah itu sebenarnya adalah seorang yang tidak jujur. Dia menggunakan bahan-bahan binaan yang tidak berkualiti, dan pembinaanya juga dibuat secara kasar. Baginya, asalkan rumah itu siap sudah cukup baginya. Dia berfikir lebih cepat rumah itu siap, lebih cepat dia dapat bersara. Pokoknya dia memang membina sebuah rumah yang tidak berkualiti.

Sebaik sahaja rumah berkenaan siap termasuk sistem wiring letrik dan air paip, tukang rumah itu menemui majikanya dan menyerahkan kunci rumah yang tidak berkualiti itu kepada majikannnya. Majikannya mengucapkan terima kasih kepadanya. Majikannya bagaimanapun menyerahkan balik kunci rumah itu kepada tukang rumah itu. Katanya rumah tersebut adalah hadiahnya kepada tukang rumah itu, sebagai membalas jasanya bekerja dengannya selama ini.

Saya rasa tidak perlulah kita cakapkan apakah pengajaran dari cerita ini. Saya yakin semua yang ada dalam dewan ini jelas dengan mesej yang tersirat.

Penutup semula jadiPenutup semula jadi dilakukan dengan membiarkan ucapan itu berakhir dengan natural.

Semenjak hari itu, Razak tidak berani lagi melawan cakap ibunya. Dia berasa begitu insaf dengan peristiwa yang berlaku kepada rakannya yang mati lemas di lombong lama itu akibat tidak mendengar asihat ibunya. Razak amat menyesal kerana tidak mendengar tidak mendengar nasihat ibunya yang menegahnya daripada menghampiri lombong lama itu. Namun segala-galanya telah berlaku, tragedi yang berlaku kepada rakannya itu bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Penutup pernyataan langsungPenutup ini juga dikenali sebagai penutup penilaian. Bahagian penutup ini terdiri daripada beberapa ayat atau pemikiran akhir berkenaan persoalan yang disampaikan tanpa mengulangi kata-kata dalam mana-mana bahagian ucapan.

Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini. Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.

Penutup kejutanPenutup kejutan adalah penutup yang membiarkan khalayaknya tidak dapat menduga bagaimana pengucap atau penulis menutup. Pembaca atau pendengar tersentak dan terkejut dengan penutup ucapan ataupun cerita tersebut.Aryani kini sudah berada di depan rumahnya. Ia melihat Ayahnya masih membaca surat khabar di ruang tamu. Mamanya sedang menonton televisyen di dalam biliknya. Aryani menangis. Kedua orang tuanya tidak ada yang mengetahui bahwa anak gadisnya itu sudah menjelma menjadi seekor kupu-kupu. Dengan perasaan terluka ia memasuki halaman rumahnya dan terbang menghampiri jendela kamarnya. Tetapi, di dalam kamarnya ia melihat dirinya sedang bermain boneka yang tiba-tiba saja langsung menatap ke arahnya. Ia melihat dirinya menunjuk-nunjuk ke arahnya, sambil berteriak.Kupu-kupu!Cerita ini ditutup dengan sebuah kejutan bagi pembacanya. Aryani yang telah menjelma kupu-kupu ternyata melihat dirinya masih berada dalam kamarnya. Lalu apakah yang sebenarnya terjadi dan siapakah yang asli, ataukah hanya sebuah fantasi? Kita terkejut dan rasa teruja dengan penutup cerita ini. Kelebihan teknik ini adalah jalinan cerita sebelum penutup akan terasa lebih kuat dengan penutup kejutan seperti ini. Penutup kata-kata nasihatPenutup ini menggunakan kata-kata nasihat yang terakhir kepada khalayak. Nasihat tersebut disampaikan secara langsung tanpa berselindung.

Amanat saya untuk anak-anak, `usah tanya apakah yang negara berikan kepada anak-anak, sebaliknya tanyalah diri sendiri apakah sumbangan yang mampu anak- anak berikan kepada negara'. Saya sering mendoakan kejayaan sentiasa bersama rakyat Malaysia. Kepada anak- anak, rebutlah peluang yang sudah terhidang di depan mata. Gunakannya sebaik mungkin kerana lazimnya peluang itu datang sekali. Jangan cepat lupa diri kerana ingatlah, kejayaan tidak datang bergolek. Usaha yang gigih, komitmen yang tinggi dan yang lebih penting kejayaan anak-anak tidak akan dicapai tanpa sokongan pelbagai pihak. Oleh itu, gunakan peluang yang diberi dengan sebaik mungkin dan bersyukurlah dan berterima kasih atas nikmat yang didapati. Saya akhiri ucapan saya dengan "Majulah Sukan Untuk Negara".

Penutup soalanDalam penutup jenis ini, pengucap atau penulis menggemukakan soalan dalam bahagian penutup. Soalan akan menyebabkan khalayak berfikir pada isu yang pengucap atau penulis bangkitkan dalam teks ataupun ucapan.

Hadirin sekalian,Sukalah saya berpesan kepada semua agar konsep 1 Malaysia tidak hanya meniti di bibir sahaja tetapi tidak difahami dan diamalkan. Satu perkara yang lebih penting ialah kesetiaan kepada negara hendaklah mengatasi kesetiaan kepada kelompok sendiri sahaja. Kepada negara yang manakah lagi yang perlu kita tumpahkan taat dan setia kita jika bukan di bumi yang kita pijak ini? Semua kaum perlu menganggap bahawa kita adalah bangsa Malaysia iaitu segala-galanya perlu dikongsi bersamaPenutup petikanPenutup petikan menggunakan petikan berdasarkan pendapat tokoh terkenal dan dimasukkan ke dalam bahagian penutup. Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat disangkal membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati serta diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang sejarawan Barat ada berkata bahawa sejarah pasti akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas, sebelum nasi menjadi bubur semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air terus lestari dan difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan 2020 dalam konteks pembentukan generasi madani yang besahsiah murni.Langkah konkritDalam penutup ini, penulis atau pengucap menyatakan langkah ataupun tindakan yang penulis atau pengucap mahu khalayak lakukan.Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.Penutup ucap tahniah dan syabasUcapan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur ataupun pemenang dan sebagainya dimuatkan dalam bahagian penutup jenis ini. Tuan-tuan dan Puan-puan, Para hadirin sekalian, Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Malam Kemuncak Sambutan Kemerdekaan Nasional 2010. Saya difahamkan mereka telah membuat persiapan dan persediaan yang begitu rapi sejak beberapa minggu yang lepas. Mari kita berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka. Sesungguhnya, kerjasama baik yang telah ditunjukkan ini juga boleh diterjemahkan dalam program-program akan datang, lebih-lebih lagi dalam memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai ini.