ucapan ihtifal pasti 2016
TRANSCRIPT
Assalamualaikum w.b.t.
. الحمد لله رب العـلـمين والصالة والسالم على أشرف األنبـياء والمرسـلين و على أله وصحـبه 0ِم ِح.ي ِح0ـم3ـن. الر2 . الله. الر2 ِم .س0 ِب
أجـمـعين
Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis,
Yang berbahagia (PERASMI)
Yang dihurmati. (PENGERUSI PASTI CAWANGAN)
Yang dikasihi (SEMUA AJK ULAMA,PEMUDA & MUSLIMAT PAS KWSN, MTD, DAN CWGN)
Yang Berusaha. (SEMUA GURU-GURU PASTI_______________)
Dan seterusnya ibu bapa, anak-anak yang diraikan serta para hadirin yang saya muliakan.
Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul di tempat yang indah ini
bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh Pihak pengurusan PASTI serta
jawatankuasa Hari Ihtifal .
Mewakili jabatan PASTI Kawasan Marang , Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa majlis
ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua Guru-guru serta ahli jawatankuasa PASTI cawangan
kerana memberi komitmen yang tinggi sehingga majlis ini berjaya dilaksanakan.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga kerja PASTI atas
inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis anugerah cemerlang ini. Kita
sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-
anak yang bakal mewarisi masa depan Negara dan Ummah.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saban tahun, pihak PASTI tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan
cemerlang murid-murid dalam bidang tarbiah, kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan
bagi kami, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para waris yang sentiasa meletakkan
kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi agenda pertama dalam kehidupan mereka.
Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak PASTI kawasan Marang ingin merakamkan ucapan
tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para murid yang bakal menerima anugerah malahan ibu
bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan
untuk mereka.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Kita percaya kejayaan yang dicapai ini bukan suatu usaha yang mudah, malah menuntut
pengorbanan dan sumbangan baik dari aspek idea, masa , tenaga dan wang ringgit. Sesungguhnya
kami di pihak sekolah sentiasa berusaha untuk menjadikan PASTI sebagai satu tempat yang terbaik
dalam menimba ilmu akademik, ko-kurikulum dan akhlak murid.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,
Saya pasti bahawa seluruh warga hadirin pada hari ini sedar, bahawa anak-anak yang kita raikan
hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan ibubapa, sekolah, Negara dan
Ummah. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu-bapa sekalian agar dapat sama-sama
berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang
dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan semua
aspek dalamn dan luaran supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan
sama seperti harapan dan impian kita semua ingin menjadikan anak pintar soleh. Bagi kami
besarlah harapan agar pihak ibubapa terus menerus memberi sumbangan walaupun anak kalian
sudah tidak lagi bersama belajar di PASTI ini kerana suruhan Allah “ Tolong menolonglah kamu
dalam perkara kebaikan dan kebajikan dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara
kemungkaran dan keburukan”.
saya juga ingin memaklumkan bahawa PASTI dan juga Dewan Pemuda bersama Ameerah akan
mengadakan satu program Waqaf Uniform dan kelengkapan sekolah, ini bertujuan untuk
membantu 500 anak yatim dan fakir miskin di seluruh parlimen Marang, besarlah harapan kami
agar ibubapa dapat turut sama memberi sumbangan kepada kami.
Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah
dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Ihtifal
PASTI___________ pada hari ini.
Sekian, terima kasih.