ucapan majlis perpisahan gb

2
Teks Ucapan Majlis Perpisahan Mantan Guru Besar PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Encik Jalal bin Taib, Mantan Guru Besar SKBB, Yang Berusaha Encik __________________ _________, Guru Besar SKBB dan dif -dif kehormat masuk ke tapak perhimpunan. Majlis dimulakan dengan nyayian Asma Ul Husna. Semua guru dan murid diminta berdiri dan bersama   sama menyanyikan Asma Ul Husna. (Nyanyian)  _____________ ________________ Terima kasih atas nyayian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Lenggang bertapak seni memandang Silat sendeng menyusun jari Salam sembah selamat datang Sudi tuan ke majlis kami. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Yang Berbahagia Encik Jalal bin Taib, Mantan Guru Besar SK Batang Benar Yang Berusaha, En Baharom bin Alias Guru Besar SK Batang Benar Yang Dihormati lagi dikasihi, Barisan pentadbir, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. DOA

Upload: norhanimahmahadi

Post on 11-Oct-2015

102 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

untuk pengacara majlis

TRANSCRIPT

Teks Ucapan Majlis Perpisahan Mantan Guru Besar

PENGUMUMAN KETIBAANMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Encik Jalal bin Taib, Mantan Guru Besar SKBB, Yang Berusaha Encik ___________________________, Guru Besar SKBB dan dif-dif kehormat masuk ke tapak perhimpunan.Majlis dimulakan dengan nyayian Asma Ul Husna. Semua guru dan murid diminta berdiri dan bersama sama menyanyikan Asma Ul Husna.(Nyanyian)_________________________________________________________________________Terima kasih atas nyayian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.Lenggang bertapak seni memandangSilat sendeng menyusun jariSalam sembah selamat datangSudi tuan ke majlis kami.

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang BerbahagiaEncik Jalal bin Taib,Mantan Guru Besar SK Batang Benar

Yang Berusaha,En Baharom bin AliasGuru Besar SK Batang Benar

Yang Dihormati lagi dikasihi, Barisan pentadbir, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.DOABagi menambah keberkatan Majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh AL-Fadzil Ust. Sheikh Abdul Munir Sheikh Abd Rahim. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (doa)Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadiMajlis pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan ___________________________________ untuk menyampaikan sedikit ucapan bagi mewakili semua murid SKBB. Dengan hormatnya dipersilakan.

Pergi ke kedai membeli gulaGula di bawa berhati-hatiYang diraikan kami mempersilaUcapan diberi kita hayati.Tanpa membuang masa, dijemput Yang Berbahagia En. Jalal bin Taib utk menyampaikan ucapan perpisan di majlis yang mulia ini. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. (ucapan)Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi

SIMBOLIKSeterusnya, marilah bersama-sama kita saksikan simbolik penyerahan tugas yang akan dilaksanakan oleh Mantan Guru Besar kita, Encik Jalal bin Taib kepada Tuan Guru Besar kita yang baru iaitu En. Baharom bin Alias. Saksikan.

Demikianlah berakhirnya simbolik penyerahan tugas itu tadi. Maka dengan ini, majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Baharom bin Alias untuk menyampaikan sepatah dua kata.(ucapan)

Terima kasih atas ucapan itu tadi. Majlis kita sudah sampai dipenghujung. Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan, Encik Shamsuddin bin Abdullah bagi mengiringi En. Baharom bin Alias untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Encik Jalal bin Taib, sebagai tanda penghargaan dan ingatan mesra daripada warga SK Batang Benar. Majlis mempersilakan. (baca list plak)BERSALAMANBerakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Seterusnya adalah sesi bersalaman antara mantan guru besar dan warga SKBB. Diminta AJK disiplin dan kawalan murid menyusun atur perbarisan murid. Sekian.