ucapan perasmi

5
BISMILLAH HIR ROH MAN NIR ROHIM... Assalamualaikum WBT Terima kasih saudara pengerusi majlis Yang dihormati, En Mumin Sumaa Wakil Ketua Anak Negeri En Rasidi Bin Jumil Pengerusi JKK Kg Menawo Ulu En Sahibin Warimin Ketua Cawangan UMNO Dif-dif Jemputan Barisan Penasihat JKKK Kg Menawo ulu Barisan ahli Jawatan kuasa Pelaksana Program Pertamanya marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT diatas segala nikmat yang telah dan sedang kita nikmati bersama,dan semoga nikmat yang kita nikmati ini akan terus kekal bersama kita.Insya Allah... Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian, Saya secara peribadi merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh penduduk kampung Menawo ini khususnya kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan program 2 dalam satu ini iaitu Program hari Penghargaan khusus buat warga kampung dan program MEMBARA back to school anjuran UMNO bahagian Pensiangan dibawah program biro Pendidikan UMNO bahagian Pensiangan pada kali ini. Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda

Upload: sammy

Post on 01-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ucapan

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SASANDUKON,

BISMILLAH HIR ROH MAN NIR ROHIM...

Assalamualaikum WBT

Terima kasih saudara pengerusi majlis

Yang dihormati,

En Mumin Sumaa Wakil Ketua Anak Negeri

En Rasidi Bin Jumil Pengerusi JKK Kg Menawo Ulu

En Sahibin Warimin Ketua Cawangan UMNO

Dif-dif Jemputan

Barisan Penasihat JKKK Kg Menawo ulu

Barisan ahli Jawatan kuasa Pelaksana Program

Pertamanya marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT diatas segala nikmat yang telah dan sedang kita nikmati bersama,dan semoga nikmat yang kita nikmati ini akan terus kekal bersama kita.Insya Allah...

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian,

Saya secara peribadi merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh penduduk kampung Menawo ini khususnya kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan program 2 dalam satu ini iaitu Program hari Penghargaan khusus buat warga kampung dan program MEMBARA back to school anjuran UMNO bahagian Pensiangan dibawah program biro Pendidikan UMNO bahagian Pensiangan pada kali ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekelian...

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan,program MEMBARA ini adalah merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia,yang dulunya di kenali sebagai program Juara Rakyat.Program ini telah kita laksanakan bermula dari awal tahun ini diseluruh negara dan begitu juga dengan kawasan Pearlimen Pensiangan.Antara lain matlamat utama program MEMBARA ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat diseluruh pelosok tanah air dan juga merupakan salah satu aktiviti yang membolehkan Pemimpin dapat bersua dengan rakyat di kawasan masing-masing. Alhamdulillah,setakat ini nampaknya program MEMBARA ini telah berjaya kita laksanakan hampir seluruh kawasan Parlimen Pensiangan hasil daripada kerjasama seluruh peringakat kepimpinan UMNO Pensiangan sama ada dari Pemuda,Wanita mahupun Puteri UMNO.

Untuk program MEMBARA kali ini,kita telah memilih tema BACK TO SCHOOL. Ini sangat sesuai kerana hanya dalam masa kira-kira 2 minggu sahaja lagi seisi persekolahan tahun 2015 akan bermula.Oleh itu kita telah memilih tema ini berdasarkan keperluan semasa dan jenis bantuan juga merupakan batuan peralatan sekolah seperti beg sekolah,buku dan alatan menulis bagi anak-anak kita nanti.Walaupun bantuan ini dilihat sedikit daripada keperluan yang sebenar,namun saya percaya ianya akan dapat meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan keperluan sekolah seumpama ini. Selain daripada itu,bantuan ini terpaksa kita hadkan dengan hanya beberapa penerima yang layak sahaja dan kita terpaksa berkongsi bantuan ini dengan beberapa buah kampung yang lain.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian..

Menyentuh tentang program hari penghargaan kampung ini,secara peribadi saya sangat bersetuju dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas usaha yang telah dilaksanakan oleh barisan JKKK kg menawo ulu.Saya difahamkan juga bahawa,program ini adalah kesinambungan bagi program Hari Kecemerlanag Akedemik yang telah dilaksanakan pada bulan Jun yang lalu.Secara peribadi saya melihat aktiviti ini sebagai satu majlis yang sangat baik kerana kita berusaha untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan penghargaan kepada penduduk kampung yang layak secara keseluruhannya.Saya yakin dan percaya bahawa dengan adanya penghargaan seperti ini akan menjadikan pelajar-pelajar kita dan ibu bapa khususnya agar dapat menumpukan sepenuh usaha untuk memberi pendidikan yang terbaik buat anak-anak.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati..

Selain daripada itu,saya juga turut difahamkan oleh pihak JKKK bahawa program ini juga merupakan program penutupan ataupun program yang terakhir bagi badan JKKK pada tahun ini.Saya berharap agar usaha ini akan terus dilaksanakan setiap tahun atau dengan erti kata yang lain jadikanlah majlis seperti ini sebagai aktiviti tahunan badan JKKK.Saya juga berharap agar seluruh warga kampung Menawo ulu ini akan terus memberikan kerjasama yang padu kepada Pengerusi JKKK kerana kekuatan kepimpinan sesebuah kampung itu terletak pada keteguhan dan kesepaduan penduduk kampung seluruhnya.Percayalah tuan-tuan bahawa tanpa sokongan yang padu dari tuan-tuan tidak mungkin akan menjadikan sesebuah kampung itu berjaya ditadbir dengan baik.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian..

Sebelum saya mengakhiri ucapan perasmian penutupan hari penghargaan kampung menawo ulu dan program MEMBARA ini,sekali lagi saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana menjemput saya dan saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semau barisan kepimpinan kampung kerana berjaya melaksanakan majlis seperti ini.Saya juga mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada ibu bapa khususnya agar berusahalah sebaik dan sehabis mungkin dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak anda.Kerana sesungguhnya dengan ilmu pengetahauan yang mantap Insya Allah akan dapat melahirkan genarasi yang cemerlang di dunia dan Akhirat.Pada anak-anak dan ibu bapa yang bakal di berikan penghargaan pada kali ini saya ucapkan syabas dan tahniah.Bagi anak-anak yang terpilih mendapat bantuan keperluan sekolah,gunakanlah bantuan itu dengan sebaiknya dan berusahalah sehingga ketahap yang boleh membanggakan ibu bapa,kampung,agama,bangsa dan negara.Semoga segala usaha kita ini akan mendapat Rahmat dan Keberkatan serta di Redhai Allah SWT.

Dengan penuh rasa Tawaduk dan dengan lafaz yang mulia BISSMILLAH HIR ROH MAN NIR ROHIM saya merasmikan MAJLIS HARI ANUGERAH GDW KAMPUNG MENAWO ULU DAN PROGRAM MEMBARA BACK TO SCHOOL..

Sekian ASSALAMUALAIKUM WBT......

Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda