ucapan perutusan yang berbahagia tan sri mohamad zabidi

26
UCAPAN PERUTUSAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA MAJLIS TAKLIMAT PENAMBAHBAIKAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN MELALUI PP BIL. 2/2015 27 MAC 2015, 9.15 PAGI DEWAN PUTRA A, PICC

Upload: phamdan

Post on 30-Jan-2017

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

UCAPAN PERUTUSAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

MAJLIS TAKLIMAT

PENAMBAHBAIKAN PERGERAKAN

GAJI TAHUNAN MELALUI

PP BIL. 2/2015

27 MAC 2015, 9.15 PAGI

DEWAN PUTRA A, PICC

Page 2: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

2

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan Salam Transformasi.

Salam “1Malaysia: Rakyat

Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”.

Yang Dihormati Saudara dan Saudari

Pengacara Majlis

Yang Berbahagia Dato’ Jalil Marzuki

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Page 3: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

3

Yang Berusaha Dr. Ahmad Jailani

Muhamed Yunus

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Operasi)

Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Datin-

Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

Pegawai Sumber Manusia Jabatan,

Kementerian, Pejabat-pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan-

badan Berkanun serta semua

yang hadir di majlis Taklimat

Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 2 Tahun 2015 mengenai

Penambahbaikan Kaedah Pemberian

Pergerakan Gaji Tahunan Dalam

Page 4: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

4

Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum-

Maksimum.

Alhamdullillah, bersyukur kita ke

hadrat Allah SWT kerana dengan

limpah izin dan kurnia-Nya jua kita

dapat bersama-sama dalam majlis ini.

SENARIO SEMASA

2. Menurut Majalah HR Asia, Isu 22

2014, kita kini berada dalam zaman

‘VUCA’. ‘VUCA’ di sini merujuk kepada

Volatile - perubahan mendadak,

Uncertain - tidak menentu, Complex -

pelbagai isu yang saling berhubung

Page 5: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

5

kait dan Ambiguous - samar-samar

atau sukar dijangka, zaman yang

menuntut pentadbiran untuk sentiasa

bersedia melaksanakan perubahan-

perubahan demi kesejahteraan rakyat

dan negara.

3. Sebagai contoh tahun lepas,

pelbagai dugaan telah melanda negara

yang memaksa kita untuk menyusun

semula perbelanjaan, seperti musibah

pesawat MH370 yang hilang dari

radar, pesawat MH17 ditembak jatuh

serta kejadian banjir besar di

beberapa negeri di Pantai Timur

seperti Kelantan, Terengganu

Page 6: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

6

dan Pahang. Banjir tersebut

telah mengakibatkan kemusnahan

infrastruktur mencecah hampir RM2.9

billion. Peruntukan tambahan yang

keseluruhannya berjumlah RM3.29

billion telah disalurkan untuk kerja-

kerja baik pulih dan program

kebajikan mangsa banjir.

4. Kita juga terpaksa berhadapan

dengan ketidakstabilan ekonomi dunia

seperti harga minyak yang merudum

lebih 50% dan nilai ringgit yang turun

naik ketika ini. Semua ini telah

memaksa kita untuk meneliti semula

perancangan-perancangan yang telah

Page 7: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

7

dibuat bagi memastikan pertumbuhan

dan ekonomi negara kekal kompetitif.

5. Sesungguhnya Kerajaan sentiasa

peka dan bersedia menghadapi

ketidaktentuan ekonomi yang

disebabkan oleh persekitaran global.

We have to always be prepared for the

worst. Langkah intervensi diambil

untuk memastikan defisit fiskal kekal

di bawah paras 3.5 peratus. Atas

sebab itu, pada 20 Januari 2015 lepas,

Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri telah mengumumkan

beberapa strategi bagi menghadapi

Page 8: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

8

perubahan senario ekonomi dunia

ketika ini.

6. Dalam kita menyusun semula

keutamaan bagi menangani isu dan

cabaran yang memberi kesan kepada

ekonomi negara, ini tidak bermakna

Kerajaan tidak peka dan tidak prihatin

terhadap tuntutan dan keperluan

anggota Perkhidmatan Awam.

Kebajikan penjawat awam sentiasa

menjadi antara keutamaan Kerajaan,

lebih-lebih lagi dalam keadaan kos

sara hidup yang tinggi.

Page 9: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

9

7. Responsif kepada perkara ini,

JPA telah menggariskan Kerangka

Transformasi Sumber Manusia supaya

dapat mengimbangi permintaan dari

penjawat awam, dengan penyampaian

perkhidmatan mengikut kehendak

rakyat. Kerajaan sentiasa menyemak

dasar dan pendekatan yang digunakan

bagi memastikan jentera pentadbiran

negara berada pada tahap yang

terbaik.

8. Namun demikian, segala tuntutan

yang dikemukakan perlu dikaji dengan

terperinci dengan mengambil kira

kemampuan kewangan negara. Dalam

Page 10: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

10

masa yang sama, keprihatinan

Kerajaan ini adalah seiring dengan

pengharapan agar penjawat awam

terus mengekal dan membina ciri-ciri

kecemerlangan berpaksikan integriti.

9. Salah satu perkara yang

dititikberatkan supaya penjawat

awam sentiasa progresif dalam

melaksanakan tugas-tugas yang

diamanahkan ialah dengan

memastikan dasar gaji, elaun dan

kemudahan kepada penjawat awam

sentiasa relevan dari semasa ke

semasa.

Page 11: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

11

10. Hasil keprihatinan Kerajaan yang

sentiasa menambah baik dasar

disokong lagi dengan kecenderungan

positif rakyat yang memilih untuk

bekerja dengan Perkhidmatan Awam

disebabkan faedah-faedah saraan

seperti gaji dan elaun, di samping

kemudahan cuti dan perubatan.

SEJARAH GAJI PERKHIDMATAN

AWAM

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

Page 12: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

12

11. Kita telah melalui pelbagai

transisi struktur gaji sejak tahun 1919

di bawah Suruhanjaya Gaji Bucknil

sehingga kini. Antara struktur gaji

yang terakhir diguna pakai ialah

jadual gaji matriks yang mula

diperkenalkan di bawah Sistem

Saraan Baru 1992, di mana terdapat

matagaji tetap yang ditentukan

melalui tangga dan peringkat gaji.

Struktur ini diguna pakai sehingga

tahun 2011. Kemudian struktur gaji

dipinda kepada struktur Gaji Minimum-

Maksimum dan terpakai sehingga kini.

Page 13: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

13

12. Dari segi penambahbaikan gaji

pula, kalau dilihat dalam tempoh 15

tahun ke belakang, iaitu pada tahun

2000, Kerajaan telah memberi

pelarasan gaji kepada seluruh

penjawat awam dengan kenaikan

sebanyak 10%. Pada 1 Januari 2002,

sekali lagi kerajaan telah memberi

pelarasan gaji dengan kenaikan

sebanyak 10%.

13. Pada penghujung tahun yang

sama, Kerajaan telah membuat satu

semakan menyeluruh terhadap sistem

saraan dengan memberi kenaikan gaji

sebanyak RM110 kepada Kumpulan

Page 14: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

14

Pengurusan Tertinggi, RM65 kepada

Kumpulan Pengurusan dan

Profesional, dan RM15 kepada

Kumpulan Sokongan.

14. Lima tahun selepas itu, berkuat

kuasa mulai 1 Julai 2007, Kerajaan

sekali lagi memberi kenaikan gaji

sebanyak 7% kepada Kumpulan

Pengurusan Tertinggi, 15% kepada

Kumpulan Pengurusan dan

Profesional, 25% kepada Kumpulan

Sokongan I, dan 35% kepada

Kumpulan Sokongan II. Pada tarikh

yang sama juga, kerajaan telah

menambah baik struktur Pergerakan

Page 15: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

15

Gaji Tahunan bagi Kumpulan

Pengurusan Tertinggi.

15. Pada tahun 2012, Kerajaan telah

membuat penambahbaikan dari segi

struktur gaji dan memberi kenaikan

sebanyak 13% kepada penjawat awam

dalam Kumpulan Pengurusan dan

Profesional dan Kumpulan Pelaksana

serta amaun Kenaikan Gaji Tahunan

dijajarkan semula dan ditambah baik

dengan julat antara RM80 hingga

RM320. Bagi Kumpulan Pengurusan

Tertinggi kenaikan gaji diberi antara

7% hingga 9% dengan

Page 16: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

16

penambahbaikan terhadap pemberian

Kenaikan Gaji Tahunan.

16. Kemudian, berkuat kuasa mulai 1

Januari 2013, Kerajaan telah memberi

penambahan terhadap amaun gaji

maksimum iaitu sebanyak Dua

Kenaikan Gaji Tahunan. Pada 1 Julai

2013, semua penjawat awam

mendapat pemberian kenaikan gaji

sebanyak Satu Kenaikan Gaji

Tahunan, di samping Kenaikan Gaji

Tahunan yang biasa diterima setiap

tahun. Dan pada 1 November 2013,

amaun gaji maksimum Kumpulan

Pengurusan dan Profesional dan

Page 17: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

17

Kumpulan Pelaksana ditambah baik

lagi dengan penambahan tiga lagi

Kenaikan Gaji Tahunan pada gaji

maksimum.

17. Oleh itu, dalam tempoh 15 tahun

ke belakang ini, Kerajaan telah

melaksanakan sekurang-kurangnya

lapan kali penambahbaikan ke atas

gaji penjawat awam.

18. Dalam masa mempertimbangkan

cadangan-cadangan penambahbaikan

gaji, elaun dan kemudahan seperti ini,

Kerajaan juga mengambil kira

Page 18: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

18

kemampuan kewangan negara serta

komitmen-komitmen lain.

PENAMBAHBAIKAN PERGERAKAN

GAJI TAHUNAN

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

19. Oleh kerana keadaan zaman yang

‘VUCA’ ini, pendekatan penyusunan

semula keutamaan sumber manusia

adalah dengan berkiblatkan misi

untuk memangkin ekonomi dan

kestabilan keselamatan negara. Salah

satu langkah ialah menjadikan

Page 19: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

19

penjawat awam lebih berdaya saing

untuk lebih berproduktiviti.

20. Pegawai-pegawai yang telah

berpengalaman lama dalam sektor

awam dianggap penting dalam

penjanaan semula ekonomi negara.

Jadi, golongan ini perlu diberi

perhatian supaya kita dapat

mengekalkan kepakaran, kemahiran

dan motivasi mereka dalam memberi

perkhidmatan.

21. Justeru itu, Kerajaan telah

membuat satu keputusan

transformatif yang akan melakarkan

Page 20: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

20

sejarah baru dalam sistem saraan.

Penjawat awam tidak lagi terikat

dengan gaji maksimum seperti

pelaksanaan semasa, tetapi boleh

diberi kenaikan gaji yang secara

langsung dapat meningkatkan

motivasi, seterusnya produktiviti

penyampaian perkhidmatan.

22. Terdapat lima kelompok penjawat

awam, terutama mereka yang telah

mencapai gaji maksimum, yang akan

diberi Pergerakan Gaji Tahunan

dengan kadar tetap tiga peratus

daripada gaji maksimum skim

perkhidmatan masing-masing. Perkara

Page 21: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

21

ini telah diumumkan sendiri oleh Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri

dalam Majlis Perdana Perkhidmatan

Awam ke 13 yang lalu.

23. JPA telah memperhalusi syarat-

syarat dan peraturan pelaksanaan

pemberian Pergerakan Gaji Tahunan

ini dan dengan itu, akhirnya Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015

diterbitkan bagi membantu

melancarkan pelaksanaan dasar

Pergerakan Gaji Tahunan yang

ditambah baik ini. Pihak Cuepacs juga

telah dilibatkan dalam merangka

pekeliling ini melalui perbincangan

Page 22: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

22

pada 6 November 2014. Ini selaras

dengan komitmen kita bagi

melaksanakan ‘engagement’ dengan

pihak-pihak berkepentingan, dalam

sesuatu penggubalan dasar baru.

24. Dengan mengambil pendekatan

turun padang, maka kita adakan

majlis ini untuk menyampaikan

kaedah pelaksanaan, peraturan dan

syarat Pergerakan Gaji Tahunan yang

ditambah baik ini sebentar lagi supaya

pihak Ketua Jabatan dapat memahami

sepenuhnya, dan dengan itu dapat

melaksanakannya dengan berkesan.

Page 23: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

23

25. Pelaksanaan Pergerakan Gaji

Tahunan yang ditambah baik ini tidak

akan dapat dilaksanakan dengan

lancar sekiranya Kerajaan tidak

mendapat sokongan padu daripada

pihak Sumber Manusia Kementerian

dan Jabatan. Pihak Sumber Manusia

Kementerian dan Jabatan pula

haruslah bertindak sebagai fasilitator

bagi membantu memberi penerangan

kepada penjawat-penjawat awam

yang lain.

26. Dalam masa yang sama, kita

perlu memastikan produktiviti

dikekalkan atau ditambah baik,

Page 24: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

24

walaupun peruntukan perbelanjaan

dikurangkan. Inilah masanya untuk

semua penjawat awam membuktikan

bahawa dalam kita berhadapan

dengan limited resources, kita masih

mampu memberikan yang terbaik bagi

memastikan misi untuk menjadi

negara maju tidak terjejas walau

sedikit pun.

PENUTUP

27. Akhir kata, saya yakin dan

percaya bahawa dengan

penambahbaikan Pergerakan Gaji

Tahunan berasaskan kadar tetap tiga

Page 25: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

25

peratus daripada gaji maksimum ini,

penjawat awam mampu melonjakkan

prestasi yang lebih baik, mempunyai

iltizam yang teguh bagi melaksanakan

tanggungjawab yang murni untuk

menjayakan pelan transformasi ke

arah negara berpendapatan tinggi dan

maju, berdaya tahan dan berdaya

saing, dan mencapai hasrat Wawasan

2020.

28. Tanpa melengahkan masa, saya

serahkan kepada pengacara majlis

untuk agenda seterusnya.

Page 26: Ucapan Perutusan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

26

Sekian. Wabillahitaufiq Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

Terima kasih.