ujian amali fardy
TRANSCRIPT
UJIAN AMALI
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN PJM 3102
PISMP SEMESTER 2
1.0 PENGENALAN
Pergerakan asas ialah satu tajuk yang terkandung dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) untuk sekolah rendah. Pergerakan
asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dikakukan.
Memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi
konsep pergerakan tersebut. Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan
permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk meneroka
pergaulan dan membina pemahaman tentang pelbagai jenis pergerakan badan.
Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama
iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan
Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas boleh dibahagikan kepada
tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor
dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan.
Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat dan
tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun dan
pusing-putar tubuh badan itu.
Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor
Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu
lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.
Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang statik atau setempat
dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti buka
tutup, naik turun dan pusing putar badan. Pergerakan ini dilakukan tanpa
menggerakkan dasar menyokong seseorang individu.
1
Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah
untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi
murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku,
mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk
dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi
kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.
Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid sekolah
rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih
bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-
kemahiran asas sukan.
2.0 MATLAMAT
Matlamat aktiviti ini dijalankan adalah untuk meningkakan pengetahuan tentang
pergerakan asas dan meningkatkan daya kreativiti memanipulasikan alatan dan
pergerakan tubuh badan.
3.0 OBJEKTIF
Aktiviti ini brertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
i. Melakukan jenis-jenis pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan
lokomotor yang dipilih dengan lancar dan betul.
ii. Memperolehi kemahiran yang tinggi dalam memanipulasikan peralatan
semasa melakukan pergerakan.
iii. Memahami keperluan mempelajari aktiviti pergerakan asas ini dengan
baik untuk diaplikasikan dalam aktiviti seharian.
iv. Memberi komitmen yang cemerlang dan kerjasama yang baik semasa
melakukan aktiviti pergerakan asas
v. Melahirkan pengalaman untuk membina pelajar yang seimbang dari segi
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.
2
4.0 TARIKH
4 – 6 SEPTEMBER 2010
5.0 MASA
8.00 – 10.00 Pagi
6.0 TEMPAT
Sekitar padang IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah Darul Aman
7.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar PISMP Semester 2 IPG Kampus Darulaman
8.0 PROSEDUR DAN PANDUAN PELAKSANAAN
Stesen Pergerakan Jenis Pergerakan Alatan
1Berjalan Langkah
KecilLokomotor -Gelung-
2Imbangan 3 Tapak
SokonganBukan Lokomotor -tiada-
3 Guling Sisi Lokomotor -Tilam-
4Berlari Tendang
DepanLokomotor -Gelung-
5
Berdiri Tegak Sambil
Mengilas Badan Ke
Kiri & Kanan
Bukan Lokomotor -tiada-
6Berjalan Langkah
Besar SisiLokomotor -Kerusi Panjang-
7 Imbangan Bangau Bukan Lokomotor -Gelung-
8 Gallop Lokomotor -Gelung-
9Meringkuk &
MeregangBukan Lokomotor -tiada-
3
10 Grapevine Lokomotor -Gelung-
11Melompat Sambil
Pusing 180°Bukan Lokomotor -Gelung-
12Merangkak Lutut
Jauh Dari LantaiLokomotor -tiada-
13Baring dan Melentik
Badan ke AtasBukan Lokomotor -tiada-
14Ketinting Sebelah
KakiLokomotor -Kon-
15
Berdiri Tegak, Kaki
Luas, Tangan
Ditegakkan di Atas
Bukan Lokomotor -Gelung-
16Lompat 2 Kaki
Sambil Skip GelungLokomotor -Papan Anjal-
17Imbangan Atas
PunggungBukan Lokomotor -Peti Lombol-
18 Lompat Kucing Lokomotor -Gelung-
19Lompat Sambil
Pusing 360°Bukan Lokomotor -Gelung-
20Imbangan 2 Tapak
SokonganBukan Lokomotor -tiada-
4
Pergerakan 1 : Berjalan Langkah Kecil
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri dalam keadaan sedia. 2. Tangan memegang gelung di bahagian kiri dan
kanan gelung pada arah hadapan badan.3. Kaki dibuka seluas bahu4. Mata pandang ke arah hadapan
Fasa Perlakuan
1. Memulakan pergerakan dengan langkah kaki kanan
2. Kaki melangkah kecil3. Kaki kanan bergerak ke hadapan, tangan
membawa alatan ke sisi kanan badan.4. Kaki kiri bergerak ke hadapan, tangan membawa
alatan ke sisi kiri badan.5. Mata pandang ke hadapan.
Fasa Penamat
1. Berdiri dalam keadaan sedia. 2. Tangan memegang gelung di bahagian kiri dan
kanan gelung pada arah hadapan badan.3. Kaki dibuka seluas bahu4. Mata pandang ke arah hadapan
5
Pergerakan 2 : Imbangan 3 Tapak Sokongan
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak dalam keadaan sedia. 2. Tangan berada di sisi.3. Kaki dibuka seluas bahu4. Mata pandang ke arah hadapan
Fasa Perlakuan
1. Badan dibongkokkan ke hadapan2. Sebelah tangan diletakkan di lantai bagi
menyokong beban badan3. Sebelah tangan lagi ditegakkan kea rah atas
badan4. Kaki dikangkangkan bagi mengekalkan kestabilan5. Mata pandang ke lantai.6. Kaki kanan, kaki kiri dan tapak tangan
menghasilkan 3 tapak sokongan
Fasa Penamat
1. Berdiri tegak dalam keadaan selesa. 2. Tangan berada di sisi.3. Kaki dibuka seluas bahu4. Mata pandang ke arah hadapan
6
Pergerakan 3 : Guling Sisi
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri dalam keadaan sedia di bahagian tepi tilam.
2. Kaki dibuka seluas bahu3. Mata pandang ke arah hadapan4. Bersedia untuk melakukan pergerakan
Fasa Perlakuan
1. Duduk di atas tilam dalam keadaan seperti merangkak
2. Kedua-dua belah tangan dan kaki menyokong badan.
3. Jatuhkan badan kea rah kanan dengan bahagian bahu kanan menyentuh tilam terlebih dahulu
4. Gulingkan badan dan luruskan kaki semasa berguling.
5. Guling 1 pusingan ke sisi kanan dan kembali ke kedudukan merangkak.
6. Kedudukan badan semula seperti (1)
Fasa Penamat
1. Berdiri dalam keadaan sedia di bahagian tepi tilam.
2. Kaki dibuka seluas bahu3. Mata pandang ke arah hadapan4. Bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya.
7
Pergerakan 4 : Berlari Tendang Hadapan
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri dalam keadaan sedia. 2. Tangan diluruskan ke belakang badan dan
memegang gelung di bahagian kiri dan kanan.3. Kaki dibuka seluas bahu4. Mata pandang ke arah hadapan
Fasa Perlakuan
1. Memulakan pergerakan dengan langkah kaki kanan
2. Kaki ditendangkan ke hadapan3. Kaki yang ke hadapan perlu diluruskan pada
paras pinggang4. Bertukar-tukar kaki bagi menghasilakan
pergerakan berlari5. Mata pandang ke hadapan.6. Gelung dipegang di bahagian belakang badan
Fasa Penamat
1. Berdiri dalam keadaan selesa. 2. Tangan diluruskan ke belakang badan dan
memegang gelung di bahagian kiri dan kanan.3. Kaki dibuka seluas bahu4. Mata pandang ke arah hadapan
8
Pergerakan 5 :Berdiri Tegak Sambil Mengilas Badan Ke Kiri & Kanan
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak dalam keadaan sedia. 2. Tangan diletakkan di pinggang.3. Kaki dirapatkan.4. Mata pandang ke arah hadapan
Fasa Perlakuan
1. Masih berdiri seperti di Fasa Persediaan2. Kaki dirapatkan.3. Bahagian pinggang ke atas dikilaskan ke arah sisi
kiri.4. Kemudian kilaskan bahagian pinggang ke atas ke
arah sisi kanan.5. Kembali semula menghadap ke hadapan6. Kepala mengikut arah pergerakan badan
Fasa Penamat
1. Berdiri tegak dalam keadaan sedia. 2. Tangan diletakkan di pinggang.3. Kaki dirapatkan.4. Mata pandang ke arah hadapan
9
Pergerakan 6 : Berjalan Langkah Besar Sisi
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak di bahagian hujung atas kerusi 2. Kaki dirapatkan.3. Pegang gelung di bahagian hadapan badan.4. Mata pandang ke arah hadapan
Fasa Perlakuan
1. Mula langkah ke sisi dengan menggunakan kaki kanan
2. Badan kekal menghadap ke bahagian hadapan3. Kaki melangkah dengan langkah yang besar4. Semasa kaki melangkah,tangan memusingkan
gelung seperti sedang mengawal stereng kenderaan.
5. Selang selikan pergerakan gelung mengikut langkah kaki.
6. Setiap langkah dimulakan dengan kaki kanan.
Fasa Penamat
1. Setelah tiba di penghujung lagi sebelah kerusi,kembali berdiri tegak.
2. Kaki dirapatkan3. Gelung di bahagian hadapan badan.4. Mata pandang ke arah hadapan
10
Pergerakan 7 : Imbangan Bangau
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak dalam keadaan sedia. 2. Tangan memegang gelung di bahagian atas
kepala. Memegang gelung di bahagian kiri dan kanan gelung.
3. Mata pandang ke arah hadapan4. Kaki ditegakkan dan dirapatkan
Fasa Perlakuan
1. Kekal seperti dalam keadaan di Fasa Persediaan2. Sebelah kaki di angkat dan dibengkokkan pada
paras pinggang3. Kaki yang menyokong ditegakkan.4. Berdiri di atas bebola kaki5. Badan ditegakkan6. Mata pandang hadapan7. Gelung diputarkan seperti putaran roda
Fasa Penamat
1. Berdiri tegak dalam keadaan selesa. 2. Tangan memegang gelung di bahagian atas
kepala. Memegang gelung di bahagian kiri dan kanan gelung.
3. Mata pandang ke arah hadapan4. Kaki ditegakkan dan dirapatkan
11
Pergerakan 8 : Gallop
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak dalam keadaan sedia. 2. Mata pndg ke hadapan.3. Gelung disangkutkan di badan pada paras dada.4. Tangan memegang gelung di bahagian kiri dan
kanan gelung
Fasa Perlakuan
1. Sebelah kaki dinaikkan tinggi paras pinggang semasa melangkah
2. Kaki yang menyokong dibawa ke arah kaki yang dinaikkan mendarat
3. Berdiri di atas bebola kaki4. Bergerak ke hadapan seolah-olah sedang
menunggang kuda5. Badan ditegakkan6. Mata pandang hadapan7. Gelung diangkat dan dijatuhkan dari atas kepala
ke hadapan.
Fasa Penamat
1. Berdiri tegak dalam keadaan selesa. 2. Mata pndg ke hadapan.3. Gelung disangkutkan di badan pada paras dada.4. Tangan memegang gelung di bahagian kiri dan
kanan gelung
12
Pergerakan 9 : Meringkuk dan Meregang
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak dalam keadaan sedia. 2. Mata pandang ke hadapan.3. Tangan di sisi4. Kaki dibuka seluas bahu
Fasa Perlakuan
Meringkuk1. Duduk di atas lantai2. Lutut kedua-dua belah kaki dibawa
dekat ke badan.3. Badan dibengkokkan ke arah badan4. Betis dibawa dekat ke bahagian
bawah paha5. Mata memandang hadapan6. Tangan memeluk lutut
Meregang1. Kaki dibawa jauh dari badan2. Tangan dibawa lurus ke atas kepala3. Kepala dan kaki dinaikkan4. Kaki diluruskan5. Seolah-olah melakukan imbangan V
Fasa Penamat
1. Berdiri tegak dalam keadaan sedia. 2. Mata pandang ke hadapan.3. Tangan di sisi4. Kaki dibuka seluas bahu
13
Pergerakan 10 : Grapevine
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak dalam keadaan sedia. 2. Badan di dalam bulatan gelung3. Tangan memegang gelung di bahagian sisi
gelung4. Mata pandang ke arah hadapan5. Kaki dibuka seluas bahu atau dirapatkan
Fasa Perlakuan
1. Kedua-dua belah kaki dirapatkan2. Kaki kanan dibuka.3. Kaki kanan disilangkan ke arah hadapan kaki
kiri.4. Kaki kiri dibawa ke arah kaki kanan.5. Kaki kanan dirapatkan kembali ke arah kaki kiri.6. Ulang perlakuan dengan bermula dengan kaki
kiri dibuka.7. Alatan disangkut dipinggang dan digerakkan
mengikut arah lawan kaki yang bergerak.
Fasa Penamat
1. Berdiri tegak dalam keadaan selesa. 2. Tangan di sisi3. Mata pandang ke arah hadapan4. Kaki dibuka seluas bahu atau dirapatkan
14
Pergerakan 11 : Melompat 2 Kaki dan Pusing 180°
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak dalam keadaan sedia. 2. Tangan diluruskan dan memegang alatan di
bahagian atas kepala.3. Mata pandang ke arah hadapan4. Kaki dibuka seluas bahu
Fasa Perlakuan
1. Lutut dibengkokkan2. Layangkan badan ke udara3. Pusingkan badan 180°4. Mendarat menggunakan kedua-dua belah
kaki5. Lutut dibengkokkan sedikit bagi menyerap
berat6. Berdiri tegak
Fasa Penamat
1. Berdiri tegak dalam keadaan selesa. 2. Tangan diluruskan dan memegang alatan di
bahagian atas kepala.3. Mata pandang ke arah hadapan4. Kaki dibuka seluas bahu5. Alatan diturunkan
15
Pergerakan 12 : Merangkak Lutut Jauh Dari Lantai
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Duduk mencangkung2. Kedua-dua belah tangan menyentuh lantai3. Mata pandang ke arah hadapan4. Lutut dibengkokkan ke arah hadapan
Fasa Perlakuan
1. Kedua-dua belah tangan dibawa ke hadapan2. Kedua-dua belah kaki di bawa ke belakang3. Pastikan lutut tidak menyentuh lantai.4. Kaki kanan dibawa ke hadapan, tangan kiri
dibawa ke hadapan.5. Kaki kiri dibawa ke hadapan, tangan kanan
dibawa ke hadapan.6. Kaki dan tangan bergerak serentak
Fasa Penamat
1. Kembali duduk mencangkung2. Kedua-dua belah tangan menyentuh lantai3. Mata pandang ke arah hadapan4. Lutut dibengkokkan ke arah hadapan
16
Pergerakan 13 : Melentik Badan
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Baringkan badan2. Lutut dinaikkan3. Siku dinaikkan, tapak tangan di atas
lantai
Fasa Perlakuan
1. Tolakkan badan naik ke atas2. Pastikan bahgian pinggang berada pada
tahap paling tinggi.3. Kedua-dua belah tangan dan kaki
menyokong berat badan4. Kaki dan tangan dibuka pada keluasan
yang sama.
Fasa Penamat
1. Baringkan badan kembali2. Lutut dinaikkan3. Tangan boleh diletakkan di sisi dan kaki
boleh diturunkan.
17
Pergerakan 14 : Ketingting Sebelah Kaki
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak2. Kaki dibuka seluas bahu3. Mata pandang arah laluan kon4. Gelung disangkut di bahagian belakang badan
Fasa Perlakuan
1. Bengkokkan sebelah kaki ke belakang2. Mula ketingting selangkah demi selangkah3. Badan dibongkokkan sedikit ke bahagian hadapan
bagi mewujudkan kestabilan4. Ketingting zic zac melalui kon5. Tangan memegang gelung di belakang pada
bahagian sisi gelung.6. Gelung dihayun-hayunkan seolah-olah sedang
terbang7. Tukar kaki yang melangkah dengan kaki yang
membengkok.
Fasa Penamat
1. Berdiri tegak kembali2. Kaki dibuka seluas bahu3. Berdiri membelakangkan kon yang terakhir dilalui.4. Gelung masih di bahagian belakang badan.
18
Pergerakan 15 : Berdiri, Kaki Ditutup & Dibuka Luas
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak2. Tangan memegang gelung di bahagian atas
kepala3. Kaki dibuka seluas bahu4. Mata pandang hadapan
Fasa Perlakuan
1. Kaki dibuka seluas-luasnya2. Badan ditegakkan3. Tangan memegang gelung di bahagian atas
kepala4. Kemudian kaki ditutup rapat5. Ketika kaki dirapatkan, tangan diluruskan ke
hadapan dan gelung dipusing.6. Ulang perbuatan sebanyak 4 atau 5 kali.
Fasa Penamat
1. Berdiri tegak kembali2. Tangan disisi3. Kaki dibuka seluas bahu4. Mata pandang hadapan
19
Pergerakan 16 : Melompat Papan Anjal Dengan 2 kaki
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak di atas bahagian hujung papan anjal
2. Tangan memegang gelung di bahagian atas kepala
3. Kaki dibuka seluas bahu4. Mata pandang hadapan
Fasa Perlakuan
1. Kaki dibengkokkan bagi mengumpul tenaga di bahagian otot kaki
2. Badan dicondongkan ke hadapan untuk merendahkan pusat graviti badan.
3. Tangan memegang gelung di bahagian atas kepala
4. Layangkan badan ke udara kearah hadapan
5. Semasa di udara, turunkan gelung dan masukkan badan di bahagian tengah gelung bermula dari kaki.
6. Bersedia untuk mendarat.7. Bengkokkan lutut bagi menyerap tekanan.8. Mendarat menggunakan kedua-dua belah
kaki.
Fasa Penamat
1. Berdiri di atas kedua-dua belah kaki bagi mengekalkan kestabilan.
2. Berdiri tegak3. Pandang hadapan4. Gelung dipegang di bahagian hadapan
badan.
20
Pergerakan 17 : Imbangan Atas Punggung
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Duduk di atas peti lombol2. Kaki diluruskan3. Badan ditegakkan4. Badan dan kaki berada dalam
kedudukan 90°5. Gelung diletakkan di bahagian kaki.
Fasa Perlakuan
1. Sangkutkan gelung di bahagian leher dan hujung kaki
2. Angkat kedua-kedua belah kaki naik ke atas
3. Badan dicondongkan sedikit kea rah belakang
4. Kaki dirapatkan5. Pastikan hanya bahagian punggung
sahaja yang menyentuh permukaan peti lombol.
6. Lakukan imbangan atas punggung selama 7-10 saat.
Fasa Penamat
21
1. Kaki diluruskan kembali2. Badan ditegakkan3. Kaki diturunkan semula4. Badan dan kaki berada dalam
kedudukan 90°5. Gelung diletakkan di bahagian kaki.
Pergerakan 18 : Lompat Kucing
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak2. Menghadap hadapan3. Kedua-dua kaki dibuka seluas bahu
Fasa Perlakuan
1. Kaki kanan dibawa satu langkah ke hadapan2. Kaki kiri diangkat pada paras pinggang3. Ketika kaki kiri hendak mencecah tanah, kaki
kanan dinaikkan dan diturunkan selari dengan kaki kiri
4. Buat perbuatan ini dengan pantas.5. Ulang perbuatan ini dimulakan dengan kaki kiri
pula dibawa satu langkah ke hadapan.6. Alatan disangkutkan oleh lengan di bahagian
belakang badan.7. Gelung dihayunkan semasa perlakuan ini
dilakukan.
22
Fasa Penamat
1. Berdiri tegak kembali2. Menghadap hadapan3. Kedua-dua kaki dibuka seluas bahu
Pergerakan 19 : Lompat 2 kaki 360°
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Berdiri tegak dalam keadaan sedia. 2. Tangan memegang gelung di bahagian hadapan
badan dengan 1 tangan memegang di bahagian atas dan 1 tangan memegang di bahagian bawah.
3. Mata pandang ke arah hadapan4. Kaki dibuka seluas bahu
Fasa Perlakuan
1. Lutut dibengkokkan2. Layangkan badan ke udara3. Pusingkan badan 360°4. Mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki5. Lutut dibengkokkan sedikit bagi menyerap berat6. Berdiri tegak
23
Fasa Penamat
1. Berdiri tegak dalam keadaan selesa. 2. Tangan memegang alatan di bahagian hadapan
badan.3. Mata pandang ke arah hadapan4. Kaki dibuka seluas bahu5. Alatan diturunkan.
24
Pergerakan 20 : Imbangan 2 tapak sokongan
Gambar Butiran Pergerakan
Fasa Persediaan
1. Duduk mencangkung2. Kedua-dua belah tangan menyentuh lantai3. Mata pandang ke arah hadapan4. Lutut dibengkokkan ke arah hadapan
Fasa Perlakuan
1. Kedua-dua belah tangan dibawa ke hadapan
2. Kedua-dua belah kaki di bawa ke belakang3. Kaki diluruskan.4. Pastikan lutut tidak menyentuh lantai.5. Kaki kanan diluruskan ke belakang tanpa
menyentuh lantai.6. Tangan kiri diluruskan ke hadapan7. Mata pandang ke hadapan
Fasa Penamat
1. Kembali duduk mencangkung2. Kedua-dua belah tangan menyentuh lantai3. Mata pandang ke arah hadapan4. Lutut dibengkokkan ke arah hadapan
25
9.0 PELAN KEDUDUKAN PERGERAKAN
Lihat lampiran 1
10.0 ALATAN
i. Gelung
ii. Tilam
iii. Kerusi Panjang
iv. Kon
v. Peti Lombol
vi. Papan Anjal
11.0 RUMUSAN
Aktiviti pergerakan asas ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan dan
pencetus kepada pelajar-pelajar untuk melakukan lebih banyak aktiviti yang
berfaedah dalam kehidupan seharian mereka. Kejayaan aktiviti ini akan
memberikan kesedaran dan impak yang positif ke dalam diri pelajar tentang
kesan-kesan ke atas pergerakan yang dilakukan.
26