ujian diagnostik pengamatan penglihatan
TRANSCRIPT
PKP 3104
Tutorial: 26 Julai 2012
Disediakan oleh:Thia
Becca
Strategi Mengatasi Masalah Pengamatan
Latih Tubi
Terapi
Ulangan
TEKNIK LATIH - TUBI
• Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
• Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya.
• Ia sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa Melayu.
• Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
• Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
• Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
I. Sebutan (accent) • menyebut patah-patah perkataan atau
sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
II. Tatabahasa (grammar) • penggunaan bahasa yang tepat mengikut
hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
III. Perbendaharaan kata (vocabulary) • meluaskannya dengan penggunaan imbuhan
yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
IV. Kefasihan (fluency) • menggunakan perkataan dan lain-lain dengan
cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
V. Kefahaman (comprehension) • latihan memahami soalan dan memberikan
jawapan yang wajar.• Teknik ini dikenali juga dengan teknik
menghafaz. • Antara kelemahan teknik ini ialah ia
menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
• Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
Kaedah Terapi
• Maksud: Membantu murid bergerak balas terhadap aktiviti satu kemahiran
• Kepentingan terapi:i. Tingkat daya pengamatanii. Merangsang murid bertindak balas positifiii. Murid dapat menguasai kemahiran
psikomotor
Jenis Terapi
FisioKuda
Cara Kerja
Pertuturan
Muzik dn Pergerakan
KreatifSeniAir/
Hidro
Pasir
Main
Alternatif
Teknik Pengulangan
• Sesuatu pengetahuan atau kemahiran , setelah dipelajari hendaklah diulang-ulang bagi menjamin kekekalan pembelajaran.
• Dengan itu, konsep –konsep yang dipelajari haruslah diulang kaji dari semasa ke semasa.
Definisi UD
• UD bermaksud satu ujian untuk mencari, mengenal pasti dan mengesan kesukaran-kesukaran serta kekuatan-kekuatan seseorang murid secara terperinci dan teliti dalam kemahiran-kemahiran asas mata pelajaran BM.
Objektif Pembinaan UD
i. Bantu guru menganalisis kelemahan murid dalam sesuatu m/p atau kemahiran.
ii. Guru dapat mengetahui sebab-sebab kelemahan tersebut berlaku.
iii. Guru dapat melihat kekuatan murid dalam aspek akademik.
Ujian Diagnostik Pengamatan Penglihatan
Masalah Pengamatan
Pertalian jarak atau kedekatan
• Objek-objek yang dekat dalam rajah dianggap sebagai 1 set.
• Hasil pengamatan ialah gelas yang retak.
• Bahagian A dan bahagian B adalah daripada objek yang sama.
• Sebaliknya, jika kedua-dua bahagian gelas ini dipisahkan dengan jauh, ia dianggap sebagai 2 objek yang berasingan.
• Bahagian B tidak dianggap sebagai sebahagian daripada bahagian A.
• Atas dasar kemiripan inilah abjad-abjad dalam perkataan diamati sebagai sebahagian daripada perkataan.
• A, d, I dan k adalah dalam satu set atau kumpulan; begitulah seterusnya.
• Jika pengamatan cacat, ada kemungkinan kemiripan pengamatannya juga cacat. Oleh itu, ayat tersebut boleh diamati sebagai
Keserupaan
• Contoh: Pengamatan Penglihatan (Cacat)
Kesemuanya dianggap sama.
Pengamatan cacat:
Sepuluh eker perueng pergi perjelen-jelen. Seeker lari puleng tinggel hanya sempilen.
Contoh:
• Sepuluh ekor beruang pergi berjalan-jalan. Seekor lari pulang, tinggal hanya sembilan.
Jika A dan E, B dan P DIANGGAP SAMA, sudah pasti ini akan menimbulkan masalah membaca.
• Kadang-kadang ejaan turut bercelaru:
Perkataan sekolah dianggap selekoh, selokah dan lain-lain.
• Perkataan yang mempunyai huruf yang tertinggal masih dianggap sama seperti:
• Posisi dalam huruf:
Lengkapan atau liputan
• Berlaku apabila orang mengamati satu kontur yang lengkap daripada satu rajah yang putus-putus.
• Bahagian yang hilang dalam rajah akan diisi dengan pengamatan.
• Pengamatan mungkin akan mengganggu pemaknaan.
• Walaupun beberapa bahagian hilang, kontur masih diamati dengan lengkap iaitu 4 segi tiga dalam 1 segitiga.
• Ini diaggap sebagai bulatan:
• Masalah lengkapan ini boleh mencelarukan murid yang mengamati:
• Begitu juga dengan cara melengkapkan perkataan apabila suku kata ma selalu dianggap diakhiri kan. Seseorang guru boleh menguji muridnya dengan mengarahkan mereka melengkapkan ayat seperti berikut:
• Ramai murid akan melengkapkan dengan kan, walhal ia boleh dilengkapkan dengan:
• Kemiripan ini akan menjadi masalah apabila murid membaca ayat yang berikut:
Sebagai
Yang menjadi tanda tanya, adakah murid tersebut tidak boleh membaca?
Pegamatan/pergerakan bersama
• Kemiripan ini dalam pengamatan tidaklah begitu mencelarukan murid dalam mencapai kemahiran ini.
• Mungkin tangan guru yang berdekatan dengan murid, yang bergerak untuk menggaru kepala dianggap oleh murid hendak memukulnya.
• Perkara ini sama juga dengan cara kita mengamati lampu iklan bergerak.
• Apa yang berlaku sebenarnya ialah pergerakan lampu-lampu tersebut dihasilkan oleh lampu yang menyala secara bergilir-gilir sehingga memperlihatkan ilusi pergerakan.
Bentuk mengatasi latar
• Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan, mereka akan mengalami kesukaran untuk mentafsir rajah berikut:
• Mungkin kanak-kanak ini mengamati rajah ini sebagai 1 susunan 8 rajah segi tiga tepat. Mereka mungkin akan menyalin seperti:
• Sepatutnya kanak-kanak akan mengamati bentuk diamond di celah-celah dua garisan tegak yang selari.
• Bentuk diamond ini digelar good figure sungguhpun rajah ini juga mengandungi huruf W di atas dan huruf M dibawah.
• Kemiripan pengamatan ini akan menjadikan kanak-kanak celaru dengan rajah-rajah yang digunakan dalam pembelajaran matematik seperti rajah-rajah yang berikut dianggap “berlubang” dan tidak berisi.
• Ataupun sebaliknya, rajah-rajah yang wujud itu dianggap berisi, dan dengan itu, huruf A dianggap sebagai segi tiga yang berkaki dan lain-lain lagi. Kanak-kanak ini akan mengalami masalah menyalin huruf.
Kesinambungan atau turutan
• Unsur-unsur dalam rajah biasanya diamati sebagai satu set jika unsur-unsur itu disusun berkesinambungan atau berturutan seperti rajah berikut:
• Kemiripan ini akan menjadikan sesetengah kanak-kanak tercelaru dengan latihan seperti yang berikut kerana mereka tidak nampak corak turutan bentuk seperti tadi.
• Sepatutnya soalan digubal begini:
• Barulah mereka senang menjawab:
Kesimpulan
• Keenam-enam kemiripan pengamatan ini boleh mencelarukan pengamatan murid-murid.
• Fenomena-fenomena salah pengamatan termasuklah gangguan maya atau ilusi, rayan (mengigau) atau halusinasi dan pendayaan atau delusi boleh menjejaskan pencapaian kemahiran bertutur, membaca, menulis atau mengira.
Sekian, terima kasih