ulumul quran

18
ULUMUL QURAN - PENGENALAN ULUM AL QURAN, PERINGKAT PENURUNAN AL QURAN, PERBEZAAN AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI, SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL QURAN, I’JAZ AL QURAN, ASBABUN NUZUL, DHABTUL QURAN ULUMUL QURAN 2.1 PENGENALAN ULUM AL QURAN Ulum : Pengetahuan Al-Quran : Bacaan Istilah Al-Quran : Kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Nas Ulum Al-Quran : Satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang Al- Quran dan perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan, penulisan dan pengumpulan, asbab nuzul, Al-Makki Wal-Madani, Nasikh Mansukh NAMA-NAMA AL QURAN Al-Kitab –Sebuah Kitab. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Alif Lam Mim, inilah kitab (Al-Quran) yang tidak ada sebarang syak padanya” ( Al-Baqarah: 1-2) Al-Furqan – Pemisah Antara Yang Hak Dan Batil. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Maha berkat tuhan yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambanya (Muhammad) untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam” (Al-Furqan:1) Az-Zikru – Peringatan. Berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud “Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Az-Zikru ( Al- Quran) dan kamilah yang menjaganya” (Al-Hijr : 9)

Upload: fiqah

Post on 18-Dec-2015

254 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ulum

TRANSCRIPT

ULUMUL QURAN - PENGENALAN ULUM AL QURAN, PERINGKAT PENURUNAN AL QURAN, PERBEZAAN AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI, SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL QURAN, IJAZ AL QURAN, ASBABUN NUZUL, DHABTUL QURAN

ULUMUL QURAN 2.1 PENGENALAN ULUM AL QURAN

Ulum : Pengetahuan Al-Quran : BacaanIstilah Al-Quran : Kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-NasUlum Al-Quran : Satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan, penulisan dan pengumpulan, asbab nuzul, Al-Makki Wal-Madani, Nasikh Mansukh

NAMA-NAMA AL QURAN Al-Kitab Sebuah Kitab. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud Alif Lam Mim, inilah kitab (Al-Quran) yang tidak ada sebarang syak padanya ( Al-Baqarah: 1-2) Al-Furqan Pemisah Antara Yang Hak Dan Batil. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud Maha berkat tuhan yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambanya (Muhammad) untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam (Al-Furqan:1) Az-Zikru Peringatan. Berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Az-Zikru ( Al-Quran) dan kamilah yang menjaganya (Al-Hijr : 9) At-Tanzil Penurunan. Berdasarkan firman Allas swt yang bermaksud Dan sesungguhnya Al-Quran diturunkan oleh Allah Tuhan sekelian alam (As-Syuara: 192)

PERBEZAAN AL QURAN DENGAN KITAB SAMAWI YANG LAIN

AL-QURANKITAB SAMAWI YANG LAINIsi kandungannya meliputi seluruh aspek Aqidah, Syariah dan AkhlakTidak meliputi seluruh aspek kehidupanDiriwayatkan secara mutawatir dan selamat dari kemungkinan tersilapTidak diriwayatkan secara mutawatir dan terdedah kepada penyelewengan dan kesilapanAjarannya sesuai pada bila-bila masa dan tempat sehingga hari kiamatSesuai pada masa dan kawasan tertentu sahajaUntuk kegunaan seluruh umat manusiaUntuk umat tertentu sahajaDijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga hari kiamatTidak ada jaminan kekal dan selamat

2.2 PENURUNAN AL QURAN

Penurunan Pertama : Dari Allah SWT ke al-Lauh al-MahfuzPenurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikanketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawasegala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benarbenar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah alBuruj yang berbunyi, . (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syairatau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya, (Lagi yangterpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz. (al-Buruj:21-22)HIKMAHNYAmerupakan kemuliaan bagi al-Quran itu sendiri kerana tempat tersebut merupakan semulia-mulia tempat di sisi Allah. Peringkat ini juga perlu kerana peringkat itu menyempurnakan kewujudan Luh Mahfuz iaitu tempat bagi segala perancangan yang wujud di alam ini dan al-Quran adalah termasuk di dalam perancangan Allah ke dunia ini. Penurunan peringkat ini adalah secara sekaligus.Penurunan kedua : Penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke BaitulIzzah di langit dunia:Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah swt:Maksudnya : Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar.(Surah al-Qadar:1)Begitu juga dengan firman Allah dalam ayat berikut :Maksudnya : Sesungguhnya Kami menurunkan ia pada malam yang berkat, sesungguhnya Kami pemberi peringatan kepada manusia.(Surah ad-Dukhan:3)Dalam firman Allah yang lain di dalam ayat yang berikut :Maksudnya : Bulan (puasa) yang diturunkan di dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu dan membezakan antara yang hak dan yang batil. (Surah al-Baqarah:185)Penurunan Ketiga : Dari Baitul Izzah kepada Rasulullah s.a.w secaraBeransur-ansur selama 22,23,24 atau 25 tahunDalil bagi peringkat ini adalah firman Allah dalam ayatyang berikut :Maksudnya : Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia dengan cara perlahan-lahan dan Kami turunkannya sedikit-sedikit. (Surah al-Isra:106)Firman Allah lagi dalam al-Quran :Maksudnya : Diturunkan oleh Roh Suci (Jibril a.s). Ke dalam hati engkau (Ya Muhammad) supaya engkau memberi peringatan.(Surah as-Syuara:194)Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut :Maksudnya : Kami turunkan kepada engkau (Ya Muhammad) Kitab (al-Quran) untk menerangkan bagi tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat serta khabar gembira bagi orang islam.(Surah an-Nahl:89)Hikmah Penurunan Secara Berperingkat-peringkat Dapat membezakan Kitab al-Quran dengan Kitab-kitab Allah terdahulu. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sementara yang lain secara sekaligus. Mengagungkan Kitab al-Quran iaitu kedatangannya disebar kepada seluruh penghuni alam dari langit sampailah ke bumi. Menambahkan keyakinan kepada seluruh makhluk bahawa al-Quran sebagai kitab yang terakhir itu adalah dari Allah dan bukan ciptaan Nabi Muhammad atau sebagainya. Penurunan secara yang demikian sesungguhnya juga memuliakan kerasulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai penutup segala Nabi.

PERBEZAAN AL QURAN DENGAN KITAB SAMAWI YANG LAIN

AL-QURANKITAB SAMAWI YANG LAINIsi kandungannya meliputi seluruh aspek Aqidah, Syariah dan AkhlakTidak meliputi seluruh aspek kehidupanDiriwayatkan secara mutawatir dan selamat dari kemungkinan tersilapTidak diriwayatkan secara mutawatir dan terdedah kepada penyelewengan dan kesilapanAjarannya sesuai pada bila-bila masa dan tempat sehingga hari kiamatSesuai pada masa dan kawasan tertentu sahajaUntuk kegunaan seluruh umat manusiaUntuk umat tertentu sahajaDijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga hari kiamatTidak ada jaminan kekal dan selamat

3.3 AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

AYAT MAKKIAYAT MADANI(TEMPAT)Ayat dan surah yang diturunkan di mekah dan kawasan sekitarnya seperti mina, arafah samada sebelum atau selepas hijrah.Ayat atau surah yang diturunkan di madinah dan di kawasan sekitarnya seperti di badar dan uhud samada sebelum atau selepas hijrah.(KUMPULAN SASARAN) ayat dan surah yang ditujukan kepada penduduk mekah dan kawasan sekitarnya.(KUMPULAN SASARAN) ayat atau surah yang ditujukan kepada penduduk madinah dan kawasan sekitarnya.(MASA) ialah ayat dan surah yang diturunkan sebelum hijrah Rasullullah S.A.W ke Madinah(MASA)ayat atau surah yang diturunkan selepas hijrah..al-Baqarah 2)Ali Imran 3)an-Nisa 4)al-Maidah 5)al-Anfal 6)at-Taubah 7)an-Nur 8)al-Ahzab 9)Muhammad10)al-Fathu 11)al-Hujurat 12)al-Hadid13)al-Mujadalah 14)al-Hasyr15)al-Mumtahanah 16)al-Jumuah17)al-Munafiqun 18)at-Thalaq 19)at-Tahrim 20)an-Nashr. 1) al-Araf 2)al-Ala 3)al-Adiyat 4)al-Ahqaf 5)al-Alaq 6)al-Anam 7)al-Anbiya 8)an-Nisa 9)al-Ankabut 10)al-Asyr 11)al-Balad 12)al-Buruj 13)ad-Dhuha 14)ad-Dukhan 15)al-Fajr 16)al-Fathir 17)al-Fill 18)al-Furqan 19)al-Ghasyiyah 20)al-Hajj 21)as-Sajdah 22)al-Haqqah 23)al-Hijr 24)HudCIRI-CIRI AYAT MAKKIYYAHMemantapkan akidah dengan memerangi habis habisan syirik dan penyembahan berhala yang dilakukan oleh penduduk Mekah.Menggalakkan manusia supaya merenung diri dan alam sejagat untuk melihat bukti bukti kebenaran Al-Quran supaya mereka mengakui keesaan Allah, hari kiamat dan keadilan pembalasan Allah.Membanteras budaya jahiliah seperti membunuh, suka bergaduh, dan berperang.Menjelaskan tentang prinsip prinsip akhlak Al-Quran dan hak hak social dalam islam.Menceritakan kisah kisah rasul dan umat umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan teladan yang perlu diikuti.Menggunakan ayat yang ringkas dan padatCIRI-CIRI AYAT MADANIYYAH1. Menjelaskan dengan terperinci soal hukum hukum syara, umpamanya dalam bidang ibadah, muamalat, perniagaan, hukum hudud, hukum sivil, jenayah, peraturan peraturan perang, peraturan bermasyarakat dan hak individu. Contohnya yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah, Al-Maidah dan Al-Fath.2. Menyeru ahli kitab (yahudi dan nasrani) supaya mereka menerima islam dan mengajak mereka berbincang tentang akidah yang benar. Ini kerana mereka telah memesongkan kebenaran dengan mengubah dan meminda kitab kitab Allah yang diturunkan kepada mereka.3. Terdapat dalam ayat yang memberi keizinan berperang dan berjihad dengan menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengannya.4. Ayat dan surah madani lebih terperinci kerana penduduk Madinah tidak sama dengan penduduk Mekah dari segi penguasaan bahasa. Mereka ebih sesuai diberi penjelasan dan penerangan yang jelas dan teliti.FAEDAH DAN KEPENTINGAN MENGETAHUI AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

1) Pengetahuan mengenainya memudahkan seseorang itu membuat tafsiran ke atas satu-satu ayat secara tepat dan pasti. Sekiranya tidak maka kemungkinan besar ia akan membuat suatu tafsiran yang tidak tepat atau mungkin salah dan tidak memenuhi kehendak Allah s.w.t. 2) Dengan pengetahuan tersebut membolehkan kita mengenali dan memahami secara pasti sejarah perundangan Islam dari awal hingga akhir. Ini akan menambah keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.3) Pengetahuan mengenainya akan membolehkan kita menentukan ayat-ayat Nasikh dan Mansukh. Ini membantu kita dalam menentukan sesuatu hukum.4) Kepastian mengetahui bab ini akan menambah keyakinan kepada al-Quran dan agama Islam itu sendiri kerana ketelitian umatnya demi kesejahteraan umat seluruhnya.5) Untuk mengetahui dan menghargai betapa gigih dan tekunnya ulama Islam dalam mengkaji al-Quran serta ilmu-ilmunya untuk kepentingan umat Islam.

4.4 SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL QURAN

ZAMAN RASULULLAHPengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah SAW berlaku dengan dua cara:Pertama : al Jam'u fis Sudur- Para sahabat menghafalnya secara langsung setiap kali Rasulullah SAW menerima wahyu- Hal ini boleh dilakukan oleh mereka dengan mudah kerana berkaitrapat dengan budaya orang arab yang menjaga Turast (peninggalan nenek moyang mereka di antaranya berupa syair atau cerita) dengan media hafalan dan mereka sangat terkenal dengan kekuatan daya hafalannya.Kedua : al Jam'u fis Suthur- Iaitu merupakan wahyu yang turun kepada Rasulullah SAW ketika beliau berumur 40 tahun (12 tahun sebelum hijrah ke madinah)- Kemudian wahyu terus menerus turun selama 23 tahun berikutnya dimana Rasulullah. SAW setiap kali turun wahyu kepadanya baginda selalu membacakannya kepada para sahabat secara langsung dan menyuruh mereka untuk menuliskannya dan melarang para sahabat untuk menulis hadis-hadis beliau kerana khuatir akan bercampur dengan Al-Quran- Rasul SAW bersabda "Janganlah kalian menulis sesuatu dariku kecuali Al-Quran, barangsiapa yang menulis sesuatu dariku selain Al-Quran maka hendaklah ia menghapusnya " (Hadis dikeluarkan oleh Muslim (pada Bab Zuhud hal 8) dan Ahmad (hal 1) Al-quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf disebabkan oleh beberapa faktor iaitu;Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal al-quran) dan qurra(pembaca al-quran)Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasakh dan mansukh (hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu)Ayat al-quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansurSetiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwaZAMAN SAHABAT

KHALIFAH ABU BAKAR AS SIDDIQ Pada zamannya telah berlaku beberapa peperangan antaranya ialah peperangan al-Yamamah (11 Hijrah) Dalam peperangan tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran (huffaz) telah gugur syahid iaitu seramai 700 orang Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai Qurra' yang gugur syahid Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain Mereka mengumpulnya dari pelepah kurma, tulang-tulang, dari batu-batu tipis, serta dari hafalan para sahabat Pengumpulan tidak hanya berdasarkan hafalan para huffaz,tetapi ianya juga dikumpulkan terlebih dahulu apa yang tertulis di hadapan Rasulullah Lembaran tersebut tidak diterima melainkan setelah disaksikan & dipaparkan di hadapan 2 org saksi yg menyatakan bahawa ia ditulis di hadapan Rasulullah Tidak selembar pun diambil kecuali memenuhi 2 syarat; Harus diperoleh secara tertulis dari salah seorang sahabat Harus dihafal oleh salah seorang dari kalangan para sahabat Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat, lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab r.a

KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya: 1- Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a 2 - Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan Abu Darda' r.a. 3 - Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-Khattab, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit,Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha' ari r.a. 4 - Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud, Saiyidina Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a. Apabila berlaku penentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya. Pada peringkat awal,jawatankuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri (setiap naskah dihantar ke Kota Basrah,Kufah,Syam,Madinah & Makkah) Kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dani dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah hanya digunakan jika timbul perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Al-Quran,membetulkan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan di atas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat Mashaf Uthmani yang asli dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad s.a.w selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie.ZAMAN TABIEN Pada mulanya al-quran dibaca tanpa sebarang tanda atau titik Disebabkan perkembangan Islam pada masa itu, maka ramai orang telah memeluk islam yang bukan bebangsa arab dan tidak bertutur dengannya Hal ini menyebabkan kesulitan kepada orang selain arab untuk membaca dan memahami al-quran Maka Muawiyah bin Abi Sufian telah menugaskan Abu Aswad Ad-Du a li untuk meletakkan tanda bacaan dari segi tatabahasa pada setiap kalimah dalam bentuk titik untuk menghindari kesalahan dalam pembacaan Abdul Malik bin Marwan pula menugaskan Hajjaj bin Yusuf untuk meletakkan titik lain sebagai pembeza antara satu huruf dengan huruf lain contohnya seperti beza pada huruf baa dan taa, bentuk huruf yang sama tetapi sebutan yang berbeza Kemudian diletakkan baris atau tanda bacaan seperti baris fathah(atas), dhommah(hadapan), kasrah(bawah) dan sukun(mati) mengikut cara pembarisan yang telah dilakukan oleh Khalil bin Ahmad Al-FarahidiZAMAN TABI TABIEN Penambahbaikan telah dibuat oleh al-Khalil bin ahmad al-Farahidi (791 H) terhadap kaedah yang dibuat Abu Aswad Ad-Duali. Antara penambahbaikan : Fathah : tanda sempang di atas huruf,kasrah : tanda sempang di bawah huruf,dhammah : huruf wau kecil di atas huruf,tanwin : iaitu tanda tambahan yang serupasukun : kepala ha kecilhamzah : kepala ain di atas dan di bawah hurufmad : huruf alif, ya dan wau di belakang sesuatu huruf Pada abad ke-9 Masihi, berlaku penambahbaikan tanda seperti tanda saktah, waqaf, juzu, rubu, hizb dan sebagainya Penandaan nama-nama surah dan bilangan ayat diperkenalkan Khat raihani, thuluth dan nasakh banyak mempengaruhi penulisan al-Quran.

PERKARAZaman rasulullahZaman sahabatZaman tabienZaman tabi tabienKaedah pengumpulanKaedah hafazan lebih ditekankanKaedah penulisan dicadangkan Khalifah Umar kepada Khalifah Abu BakarPenulisan mashaf Rasm Usmani diperkenalkanPenyalinan dan kaedah penulisan terhadap mushaf Rasm Usmani dipertingkatkanPenambahbaikanterhadap penulisan berkembang seiring dengan pembukuan ilmu-ilmu al-QuranTokoh ulamaAbdullah bin Masud Muaz bin Jabal Zaid bin Sabit Abu DardaKulafa rashidin Zaidbin Sabit Ubai bin Kaab Muawiah bin Abi SufianNasr bin Asim Yahya Bin Yakmur Hajjaj bin Yusof as-Saqafi Ubaidillah ibnu ZiyadAbu Aswad ad-Duali. al-Khalil bin ahmad al-FarahidiPerkembangan penulisanBelum ditulis, dibukukan dan disusun dalam mashaf tertentuZaid bin thabit disuruh membukukan al quran dalam satu mashafLahirnya mashaf uthmani pada zaman khalifah uthmanSalinan mashaf uthmani ditingkatkan dan disebarkan ke seluruh wilayah islamMashaf uthmani dikemas kiniBerkembang penulisan ayat al quran melalui khat yang pelbagai jenis dan maknaPunca, masalah dan keadaanTiada masalah wujud berkaitan al quranBertambah orang bukan arab memeluk islamRamai huffaz mati syahidBertambah orang bukan arab memeluk islamTerdapat masalah dalam bacaan, bahasa dan sebutan kalaimah alquranSemangat dan ijtihad ulamk tinggi dalam perkembangan ilmu

6.6 IJAZ AL QURAN Kata ijaz diambil dari kata kerja ajaza-ijaza yang bererti melemahkan atau menjadikan tidak mampu. Ini sejalan dengan firman Allah SWT yang berbunyi. (: 31 maksudnya:Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini (QS. Al Maidah (5): 31) Menurut bahasa ijaz diambil dari kata yang bererti melemahkan musuh. Dengan kata lain mengalahkan. Ijazul Qur'an bererti mengalahkan al-Qur'an terhadap musuh Nabi yaitu orang-orang kafir yang ada di Mekah. Kerana orang kufur menganggap al-Qur'an buatan Muhammad pdahal tidak, maka turunlah wahyu yang meluruskan kejadian ini. Menurut istilah ijazul Qur'an adalah lemahnya manusia dalam menghadapi tantangan al-Qur'an dengan cara membuat karangannya yang seperti al-Qur'an. bisa menyingkap maMenurut istilah ialah Mukjizat adalah sesuatu yang luar biasa yang keluar dari para Nabi dan Rasul yang diberikan oleh Allah, yang tidak bisa dipelajari manusia.sa lalu.CIRI CIRI IJAZ AL QURANMenghairankan orang yang mengkajinyaTidak pernah jemu membacaKata-kata didalamnya tidak mampu diciptaHukumnya lengkapInteraksi allah kepada manusiaBahasanya tinggiMengandungi unsur estetika

7.7 ASBABUN NUZULPengertian asbabun nuzul dari sudut bahasa adalah sebab-sebab turunnya ayat al-Quran kepada nabi.Dari segi istilah, asbabun nuzul membawa maksud apa-apa peristiwa yang berlaku yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat, atau pemberian jawapan terhadap sebabnya, atau untuk menerangkan tentang hukumnya pada masa berlakunya peristiwa itu atau sebagai menjawab pertanyaan yang diajukan kepada Rasulullah. Lalu turunlah ayat bagi menjelaskan perkara tersebut. HIKMAH ASBABUN NUZUL Menunjukkan al quran benar-benar daripada allah Saranan mengetahui al quran dengan tepat Mengkhususkan hukum yang terkandung dalam al-Quran Memudahkan untuk menghafal dan memahami ayat al quran Mengetahui makna serta rahsia yang terkandung dalam al-Quran. Mengelakkan keraguan dalam mentafsirkannya. Mengetahui dengan tepat hikmah di sebalik penurunan wahyu-wahyu Allah.

8.8 DHABTUL QURANSuatu ilmu yang memberi tanda kepada huruf-huruf Al-Quran dari segi harakah(baris), sukun(tanda mati), syaddah(sabdu), mad(panjang).Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah; Harakah ,Sukun ,Syaddah ,Mad,HamzahKEPENTINGAN DHABTUL QURAN Menghilangkan keraguan dan kesamaran pada huruf-huruf al-Quran supaya tidak bertukar huruf yang bersabdu atau tidak, yang mana mati dan berbaris Dapat mengenal hukum tajwid Dapat membaca al-Quran dengan betul dan tepatIlmu yang membahaskan tanda atau lambang bagi membunyikan sesuatu huruf atau bacaan.dari segi betuk huruf, Irab baris dua, fathah, dhammah, kasrah, tanda sukun, tanda sabdu, tanda panjang..Antara lambang bacaan yang terpenting terbahagi kepada 2 kategori: 1. lambang untuk huruf berbeza 2. lambang atau tanda perubahan bunyi baris