undang-undang malaysia - sme corporation malaysia · menjadi sebahagian daripada industri...
TRANSCRIPT
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
AKTA xxx
AKTA PEMBANGUNAN
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
KEBANGSAAN 2016
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
2
RANG UNDANG-UNDANG
b e r n a m a
Suatu Akta untuk membuat peruntukan yang merangkumi fungsi, garis panduan,
pembangunan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Perusahaan Kecil dan
Sederhana di Malaysia.
[ NOMBOR RUJUKAN ]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk Ringkas dan Mula Berkuatkuasa
Seksyen 1
1. (1) Akta ini boleh dinamakan Akta Pembangunan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Kebangsaan 2016.
(2) Akta ini akan mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan
oleh Menteri melalui pemberitahuan di dalam Warta, dan Menteri
boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa
Akta ini.
Tafsiran
Seksyen 2
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang
lain-
“Agensi” atau “Agensi-agensi” ertinya Kerajaan Persekutuan, mana-mana
Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan dan mana-mana Kementerian,
jabatan, pejabat, agensi-agensi yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang
Malaysia, badan berkanun, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa,
lembaga, majlis atau badan lain yang diperbadankan atau tidak
diperbadankan dengan fungsi dan kuasa yang berbeza;
“Dana” ertinya Dana Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Sekyen 12;
Tajuk Ringkas
Tarikh
Berkuatkuasa
Tafsiran
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
3
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan/atau wakil Kerajaan yang
diwakili oleh Agensi dan/atau institusi berkenaan yang terpilih di dalam
Kerajaan Malaysia;
“Keusahawanan” ertinya aktiviti sebagai seorang usahawan, yang
merangkumi perspektif ekonomi, sosiologi, psikologi dan pengurusan yang
berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan;
“Majlis” ertinya Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Maklumat palsu” ertinya maklumat yang tidak benar yang diberikan
dengan sengaja sama ada secara lisan ataupun bertulis;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab
bagi perdagangan dan pembangunan industri;
“Organisasi” ertinya sebuah persatuan, syarikat atau Perbadanan yang
ditubuhkan untuk menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil
dan sederhana di Malaysia;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Kebangsaan;
“Penyelaras” ertinya Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 1995 atau Akta 539;
“Perusahaan” ertinya perusahaan kecil dan sederhana mengikut definisi
seperti yang ditentukan oleh Majlis;
“Pihak Berkuasa” atau “Pihak Berkuasa Tempatan” ertinya agensi-agensi
Kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan dan diberikan kuasa untuk
mentadbir sesuatu kawasan atau kepakaran;
“Pihak Berkaitan” ertinya individu atau kumpulan yang berkepentingan dan
menjadi sebahagian daripada industri perusahaan kecil dan sederhana di
Malaysia termasuk mana-mana agensi yang berkaitan di Malaysia;
“Sektor swasta” ertinya pihak ketiga dalam suatu perekonomian yang
dimiliki oleh pemegang saham atau individu termasuk syarikat
berkaitan/milik Kerajaan;
*Berdasarkan
Dewan Bahasa
dan Pustaka
*mengikut
definisi PKS seperti yang
ditentukan oleh
Majlis (Sila Rujuk
Lampiran di
belakang)
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
4
BAHAGIAN II
MAJLIS
Penubuhan Majlis
Seksyen 3
3. (1) Suatu badan yang dikenali sebagai ‘Majlis Pembangunan Perusahaan
Kecil dan Sederhana Kebangsaan’ ditubuhkan.
(2) Matlamat Majlis adalah untuk memastikan pembangunan perusahaan
kecil dan sederhana dan keusahawanan dilaksanakan secara menyeluruh
dan terselaras, merentasi semua sektor ekonomi.
Keanggotaan Majlis
Seksyen 4
4. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a) Perdana Menteri sebagai Pengerusi;
(b) Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dan
pembangunan industry;
(c) Menteri Kewangan;
(d) Menteri yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri
asas tani, atau wakilnya;
(e) Menteri yang bertanggungjawab bagi sumber manusia, atau
wakilnya;
(f) Menteri yang bertanggungjawab bagi sains, teknologi dan
inovasi, atau wakilnya;
(g) Menteri yang bertanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan
wilayah, atau wakilnya;
(h) Menteri yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi, atau
wakilnya;
(i) Menteri yang bertanggungjawab bagi pelancongan, atau
wakilnya;
(j) Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam
negeri, koperasi dan kepenggunaan , atau wakilnya;
(k) Menteri yang bertanggungjawab bagi perusahaan perladangan
dan komoditi, atau wakilnya;
(l) Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan
tempatan, atau wakilnya;
(m) Menteri yang bertanggungjawab bagi pembangunan wanita,
keluarga dan masyarakat, atau wakilnya;
(n) Menteri yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan; atau
wakilnya;
(o) Seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang
bertanggungjawab berkenaan ekonommi, atau wakilnya;
Penubuhan
Majlis
(Pindaan
perlu dibuat
kepada Seksyen 2A
Akta 539)
Keanggotaan Majlis
(Pindaan
perlu dibuat kepada
Seksyen 2B
Akta 539)
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
5
(p) Menteri Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab bagi
pembangunan perindustrian di Sabah, atau wakilnya;
(q) Menteri Kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab bagi
pembangunan perindustrian di Sarawak, atau wakilnya;
(r) Ketua Setiausaha Negara, atau wakilnya;
(s) Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri, atau wakilnya; dan
(t) Gabenor Bank Negara Malaysia, atau wakilnya.
(2) Sebagai tambahan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1),
Pengerusi boleh melantik orang yang berikut sebagai anggota Majlis;
(a) Seorang wakil daripada persatuan yang berkaitan dengan
perusahaan kecil dan sederhana;
(b) Seorang wakil daripada sektor pembuatan;
(c) Seorang wakil daripada sektor perkhidmatan;
(d) Seorang wakil daripada sektor pertanian; dan
(e) Apa-apa bilangan orang lain.
(3) Anggota yang disebut dalam perenggan (2) (a), (b), (c), (d) dan (e)-
(a) Hendaklah dilantik oleh Pengerusi bagi tempoh yang tidak
melebihi dua tahun; dan
(b) Adalah layak untuk dilantik semula selepas habis tempoh
jawatannya.
Fungsi Majlis
Seksyen 5
5. (1) Majlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a) Untuk menggalakkan pembangunan keseluruhan perusahaan
kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi sebagai
penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi domestik;
(b) untuk mempertimbang dan meluluskan dasar dan strategi
umum untuk memudahkan pembangunan keseluruhan
perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor
ekonomi;
(c) untuk memusat penyelarasan, memantau dan menilai inisiatif
kementerian dan agensi Kerajaan bagi memastikan pelaksanaan
dasar pembangunan dan pelan tindakan yang berkesan bagi
menyokong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana
merentasi semua sektor ekonomi;
(d) untuk menggalakkan penyertaan dan peranan sektor swasta
dalam menyokong pembangunan keseluruhan perusahaan kecil
dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi; dan
(e) untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang diberikan kepada
Majlis di bawah Akta ini.
Keanggotaan
tambahan
(Pindaan
perlu dibuat
kepada Seksyen 2B
Akta 539)
Tempoh
lantikan Anggota
Majlis
(Pindaan perlu dibuat
kepada
Seksyen 2B Akta 539)
Fungsi Majlis
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
6
(2) Majlis boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada
Penyelaras yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Penyelaras hendaklah
melaksanakan dan menguatkuasakan arahan itu.
(3) Majlis boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan
dengan atau berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam
subseksyen (1) dan membuat semua yang perlu atau suai manfaat untuk menjalankan
fungsinya di bawah Akta ini.
(4) Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Kekerapan Mesyuarat dan Korum
Seksyen 6
6. (1) Majlis hendaklah mengadakan mesyuaratnya tidak kurang daripada dua
kali setahun.
(2) Di dalam mesyuarat, kehadiran yang diperlukan adalah tidak kurang
daripada separuh daripada jumlah bilangan ahli untuk membentuk suatu korum.
Urus Setia Majlis dan Setiausaha
Seksyen 7
7. (1) Penyelaras yang dilantik di bawah Seksyen 8 bertindak sebagai Urus
Setia kepada Majlis.
(2) Ketua Pegawai Eksekutif Penyelaras hendaklah menjadi Setiausaha
kepada Majlis.
BAHAGIAN III
PENYELARAS & KUASA PENYELARAS
Penyelaras
Seksyen 8
8. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia atau “SME Corp.
Malaysia” yang telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 1995 [Akta 539] adalah Perbadanan berkanun yang dilantik oleh
Kerajaan untuk menyelaras dan melaksanakan pelan tindakan yang terkandung di
dalam Akta ini, membangunkan dan memastikan kelangsungan pertumbuhan
perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan di Malaysia.
Kekerapan
Mesyuarat
Korum
Sekretariat
Majlis
Badan Penyelaras
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
7
Kuasa Penyelaras
Seksyen 9
9. Selain daripada kuasa-kuasa yang dipertanggungjawab kepada Penyelaras
melalui Akta Perbadanan Penyelaras, Penyelaras hendaklah mempunyai kuasa:
(a) untuk merangka dan mencadangkan dasar dan strategi pembangunan
keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor
ekonomi;
(b) untuk menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan initiatif dan
program sokongan bagi mengalakkan pembangunan perusahaan kecil
dan sederhana serta keusahawanan oleh Kementerian dan agensi yang
berkaitan;
(c) untuk menjalankan, menggalakkan dan menyelaraskan penyelidikan
berhubung dengan apa-apa aspek pembangunan perusahaan kecil dan
sederhana dan keusahawanan; dan
(d) untuk melaporkan mengenai keberkesanan program PKS, melaksana
pelan tindakan dasar dan strategi pembangunan perusahaan kecil dan
sederhana serta keusahawanan seperti yang diputuskan oleh Majlis;
(e) untuk mendapatkan dan menghimpun data serta maklumat berkaitan
dengan perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan daripada
Kementerian, agensi, mana-mana badan kerajaan lain, persatuan dan
badan perniagaan termasuk institusi kewangan dan mana-mana badan
swasta lain dari semasa dan ke semasa untuk tujuan rekod dan kajian;
(f) untuk mendapatkan dan menghimpun data serta maklumat berkenaan
perusahaan kecil dan sederhana yang menerima kemudahan dan bantuan
sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan daripada
Kementerian, Agensi dan mana-mana badan kerajaan lain;
(g) untuk menilai dan melaporkan pelaksanaan dan keberkesanan
penggunaan dana berkaitan pembangunan perusahaan kecil dan
sederhana dan keusahawanan oleh Kementerian dan agensi yang
berkaitan;
(h) untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan menguatkuasakan
arahan Majlis.
Tanggungjawab Kementerian, Agensi, Pertubuhan atau Pihak Berkaitan
Seksyen 10
10. (1) Kementerian, Agensi, Pertubuhan atau pihak yang berkaitan dengan
perusahaan kecil dan sederhana digalakkan memberi sokongan penuh dan kerjasama
Kuasa Penyelaras
Sokongan
daripada
pihak berkaitan
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
8
dengan Penyelaras untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada perusahaan
kecil dan sederhana dan keusahawanan.
(2) Kementerian, Agensi, Pertubuhan atau pihak yang berkaitan dengan
perusahaan kecil dan sederhana digalakkan memberi sokongan penuh dan bantuan
kepada perusahaan dan keusahawanan untuk memastikan bahawa pertumbuhan
perusahaan tidak terhad.
Tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri
Seksyen 11
11. Pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa negeri perlu bekerjasama dalam
memastikan perkembangan perusahaan adalah selari dengan pembangunan alam
sekitar, persekitaran ekonomi serta keadaan sosial.
BAHAGIAN IV
DANA PEMBANGUNAN PERUSAHAAN KECIL DAN
SEDERHANA KEBANGSAAN
Dana
Seksyen 12
12. Bagi maksud Akta ini, Penyelaras hendaklah memantau keperluan dan
penggunaan kumpulan wang untuk perusahaan dan keusahawanan oleh Kerajaan
yang dikenali sebagai "Dana Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Kebangsaan”.
Sumber Dana
Seksyen 13
13. (1) Dana hendaklah terdiri daripada peruntukan daripada Kerajaan dan/atau
sumbangan daripada pihak swasta dari semasa ke semasa.
(2) Kerajaan akan menyediakan peruntukan tahunan untuk pembangunan
perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan.
(3) Penyelaras akan berkongsi maklumat berkenaan penggunaan dana
dan keberkesanan program yang dilaksanakan dengan wakil kerajaan yang
mengendalikan perancangan ekonomi dan juga kewangan Kerajaan.
(4) Kerajaan melalui wakil yang mengendalikan perancangan kewangan
Kerajaan akan bekerjasama dengan Penyelaras apabila cadangan perbelanjaan Dana
dibuat setiap tahun.
Pihak
Berkuasa Tempatan
Dana
Sumber Dana
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
9
Tujuan Dana
Seksyen 14
14. Dana hendaklah dibelanjakan dengan tujuan khusus untuk melaksanakan
program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan dan
lain-lain perbelanjaan yang diluluskan oleh Kerajaan.
BAHAGIAN V
PERANAN KERAJAAN TERHADAP PEMBANGUNAN
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
Kuasa Untuk Mengumpul Maklumat
Seksyen 15
15. (1) Jika bagi maksud melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta
ini, jika Penyelaras menghendaki maklumat, pernyataan, statistik, penyata atau
dokumen berkaitan daripada mana-mana perusahaan kecil dan sederhana, atas apa-
apa perkara yang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan perusahaan itu,
perusahaan tersebut hendaklah mengemukakan maklumat tersebut kepada
Penyelaras, Agensi dan/atau institusi berkenaan yang mewakili Kerajaan termasuk
Jabatan Perangkaan Malaysia melalui undang-undang yang digunapakai. Penyelaras
dibenarkan untuk bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia dan/atau
Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan/atau pihak berkuasa lain yang berkaitan untuk
menjalankan peranan dan juga dalam mendapatkan serta mengumpul data tentang
perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan di bawah Seksyen ini;
(2) Penyelaras dan/atau wakil Kerajaan yang mengendalikan perangkaan
akan menjalankan kajian, kaji selidik, maklumbalas dan menghimpunkan data
daripada perusahaan kecil dan sederhana dari semasa ke semasa untuk pemerhatian
dan tujuan rekod;
(3) Apa-apa maklumat yang diperolehi oleh Penyelaras di bawah Seksyen
ini hendaklah dianggap sebagai maklumat rahsia di antara Penyelaras dan
perusahaan kecil dan sederhana; dan
(4) Walau apa pun maksud subseksyen (1), Penyelaras boleh menyiarkan
apa-apa maklumat yang diperolehi daripada perusahaan kecil dan sederhana menurut
subseksyen (2) di dalam bentuk ringkasan atau rumusan maklumat yang dinyatakan
dengan sebegitu cara sehingga tidak membolehkan maklumat yang berhubungan
dengan mana-mana perusahaan kecil dan sederhana khususnya boleh dikenal pasti
daripadanya.
Tujuan Dana
Kuasa untuk
mengumpul maklumat
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
10
Pembangunan Kreativiti Perusahaan Kecil dan Sederhana
Seksyen 16
16. Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan menggalakkan
pembangunan perusahaan kecil dan sederhana serta mengenengahkan dan
menyokong perusahaan kecil dan sederhana ke arah mewujudkan perusahaan yang
kreatif dan inovatif serta perusahaan di dalam bidang pertumbuhan baru dari semasa
ke semasa.
Kemudahan dan Bantuan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana
Seksyen 17
17. (1) Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan menyediakan
kemudahan bagi perusahaan kecil dan sederhana dan keusahawanan untuk
mempromosikan perusahaan termasuk produk dan perkhidmatan yang dihasilkan
oleh perusahaan kecil dan sederhana.
(2) Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan membantu
dan memberi nasihat, maklumat, panel penasihat, latihan, bantuan kewangan,
kemudahan dan lain-lain kemudahan yang berkaitan untuk perusahaan kecil dan
sederhana yang akan dan baru sahaja memulakan perniagaan.
(3) Kerajaan melalui agensi-agensinya dan Penyelaras akan mempromosi
dan memperkenalkan penyelidikan, pembangunan dan teknologi terkini kepada
perusahaan kecil dan sederhana bagi meningkatkan produktiviti yang menjurus
kepada perkembangan perusahaan.
Peluang Perolehan Kerajaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana
Seksyen 18
18. (1) Kerajaan akan memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan
peluang perolehan kerajaan untuk perusahaan kecil dan sederhana.
(2) Kerajaan di pelbagai peringkat dan syarikat milik kerajaan hendaklah
membantu perusahaan kecil dan sederhana untuk memperoleh peluang perniagaan
melalui pengumuman awam untuk sebarang perolehan dan projek Kerajaan.
Dasar Pembayaran Seragam
Seksyen 19
19. (1) Kerajaan melalui agensi-agensinya akan memberikan obligasi
pembayaran yang seragam untuk transaksi komersil di antara Kerajaan, sepertimana
diwakili oleh Kementerian dan Agensi serta pihak ketiga yang merangkumi
Pembangunan
Kreatif
Promosi
Bantuan kepada
Perusahaan
Dasar Perolehan
Dasar Pembayaran
Seragam
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
11
perusahaan kecil dan sederhana di mana semua terma pembayaran secara tunai dan
kredit hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
(2) Bagi transaksi komersil di antara sektor swasta yang merangkumi
perusahaan kecil dan sederhana, semua terma pembayaran secara tunai dan kredit
hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat puluh lima (45) hari.
Penyelarasan dengan Institusi Kewangan & Institusi Jaminan Kredit
Seksyen 20
20. Dalam usaha untuk memenuhi keperluan modal bagi perusahaan kecil dan
sederhana, Kerajaan, dengan rundingan dan rujukan kepada Bank Negara Malaysia,
hendaklah berbincang dengan institusi kewangan dan institusi jaminan kredit untuk
meningkatkan fungsi masing-masing di dalam menyediakan pembiayaan dan
jaminan kepada perusahaan kecil dan sederhana.
BAHAGIAN VI
INISIATIF UNTUK
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
Penglibatan Sektor Swasta Dalam Menyediakan Sokongan Kepada Perusahaan
Kecil dan Sederhana
Seksyen 21
21. Sektor swasta digalakkan untuk menyediakan kepada PKS sokongan
termasuk:-
(i) khidmat nasihat, maklumat, latihan, bantuan kewangan dan lain-lain
kemudahan yang berkaitan demi meningkatkan pertumbuhan dan jangka hayat
perusahaan kecil dan sederhana; dan
(ii) penyelidikan, pembangunan dan pemindahan teknologi terkini kepada
perusahaan kecil dan sederhana bagi memastikan perkembangan perusahaan selaras
dengan pembangunan dan inovasi terkini.
BAHAGIAN VII
AM
Peraturan-Peraturan
Seksyen 22
22. Kerajaan boleh, di atas nasihat Penyelaras, membuat peraturan-peraturan
sebagaimana perlu atau sesuai untuk mengukuhkan pelaksanaan peruntukan-
Penyelarasan
kemudahan kewangan
Penglibatan
Sektor
Swasta
Arahan Am
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
12
peruntukan di dalam Akta ini, menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta
ini atau mana-mana peruntukannya, atau untuk , lebih baik atau lebih mudah lagi
daripada peruntukan-peruntukan Akta ini.
LAMPIRAN
Definisi PKS
Sumber : www.smecorp.gov.my
RAHSIA Deraf Ke-5 Setakat 15 Mac 2016
13