undang-undang tort dan undang-undang pentadbiran
DESCRIPTION
menjelaskan dengan terperinci contoh-contoh kes mahkamah mengikut elemen-elemen yang diguna pakai dalam undang-undang Tort (kecuaian guru) dan undang-undang Pentadbiran (salah laku penjawat awam).TRANSCRIPT
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
UNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
1.0) PENGENALAN
Sistem Perundangan Negara merangkumi undang-undang bertulis dan undang-undang tidak
bertulis. Undang-undang bertulis dibahagikan kepada dua iaitu Undang-undang Tort (Law of
Torts) dan Undang-undang pentadbiran (Law of Natural Justice). Law of Natural Justice
terbahagi kepada dua iaitu Audi Alteram Parterm (the Right to be Heard) dan Nemo Judex
Incausa Sua (Rules against Bias). Tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan sejauh
mana aspek perundangan dalam Undang-undang Tort dan Undang-Undang Pentadbiran
diamalkan penjawat awam dalam sistem pendidikan di negara ini berdasarkan kesimpulan
daripada kes-kes yang dibentangkan di bawah ini.
2.0) UNDANG-UNDANG TORT
Perkataan tort dalam bahasa latin yang bermaksud salah. Menurut Abd. Ghani (1985)
Tort merangkumi soal tuntutan dan dakwaan berkaitan dengan kerugian, kecederaan dan
kesakitan. Ia juga merupakan cabang undang-undang sivil yang menentukan tindakan undang-
undang yang boleh diambil ke atas mereka yang telah melakukan perbuatan ataupun kecuaian
bagi mendapatkan gantirugi.
Kecuaian (negligence) adalah salah satu daripada tort. Rogers, W.V.H, (1994) berpendapat
kecuaian atau negligence sebagai torts adalah perlanggaran kewajipan undang-undang berjaga-
jaga oleh defendan yang mengakibatkan kerosakan yang tidak diingini kepada plaintif. Dalam
pendidikan, kecuaian di kategorikan kepada dua iaitu:
[1]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
i) Kecuaian pendidikan adalah berkenaan dengan kegagalan guru mendidik pelajar. Biasanya ia
berkaitan dengan situasi pelajar tidak dapat memahami pelajaran yang diajar oleh guru tersebut
tetapi selalunya dakwaan tentang kecuaian pendidikan amat sukar dibuktikan.
ii) Kecuaian guru melibatkan kemalangan dan kecederaan fizikal yang terjadi kepada pelajar.
Menurut Tie Fat Hee (2004), terdapat empat elemen yang menentukan samaada kecuaian guru
telah berlaku iaitu wujudnya elemen 1) Kewajipan berjaga-jaga (duty of care), 2) Memungkiri
kewajipan berjaga-jaga (breach of duty), 3) Pelajar mengalami kecederaan fizikal (injury to
pupils) dan 4) Terdapat perkaitan diantara kecederaan pelajar dengan tingkahlaku guru
(proximate cause).
Pengetahuan dalam bidang undang-undang pendidikan oleh pihak sekolah iaitu guru dan
pentadbir sekolah amat penting sebagai suatu tindakan berjaga-jaga. Hal ini bermakna pihak
sekolah memegang tangggungjawab sebagai ibubapa “in loco parentis” iaitu perlu melindungi
kesihatan, keselamatan, dan kebajikan murid-muridnya dengan mengambil langkah-langkah
berjaga-jaga untuk mengenal pasti dan seterusnya mengurangkan risiko-risiko yang boleh
dijangka (forseeable risk) daripada berlaku (Waring & Glendon, 1998). Tahap kewajipan
berjaga-jaga adalah tinggi apabila pelajar keluar daripada persekitaran sekolah yang selamat ke
persekitaran luar yang terdedah dengan pelbagai risiko. Kecuaian hanya akan dijadikan isu
utama oleh ibu bapa dan penjaga untuk mengemukakan saman terhadap guru dan pihak sekolah.
Justeru itu, kita akan melihat isu-isu berkaitan dengan kecuaian guru yang akan
dibincangkan berdasarkan kes-kes mahkamah yang telah dibicarakan di bawah Undang-Undang
Tort yang mana turut dijadikan rujukan iaitu kajian kes mahkamah Kerajaan Malaysia melawan
Jumat bin Mahmud dan Lain-lain, (1997)2, MLJ 103 dan Kes Chen Soon Lee melawan Chong
[2]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
Voon Pin dan Lain-lain (O.C.J. Lee Hun Hoe J.), (1966)2, MLJ 264 seperti yang dilaporkan
dalam Malayan Law Journal.
2.1) KES KECUAIAN : PENYELIAAN KELAS (BILIK DARJAH)Kerajaan Malaysia melawan Jumat bin Mahmud dan Lain-lain, (1997) 2 MLJ 103
FAKTA KES:
Kes kecuaian yang dibincangkan ini berkaitan dengan penyeliaan dalam bilik darjah. Dalam kes
ini, plaintif seorang pelajar berumur 11 tahun bersekolah di Sekolah Dato’ Kelana Maarof
Seremban, dalam darjah lima tercedera kerana tercucuk pensil yang tajam dipegang oleh
kawannya bernama Azmi. Azmi seorang pelajar yang nakal dan sering mengganggu rakan-
rakannya di dalam kelas. Di sebabkan kenakalannya dan tiada pengawasan guru maka dia telah
mencucuk pin di peha planitif menyebabkannya bertindak balas dengan berpusing ke belakang
lalu mata kanannya bertembung dengan bahagian pensil yang tajam. Mata itu terpaksa
dikeluarkan kerana kecederaan serius. Kejadian itu berlaku tanpa pengetahuan guru kelas
tersebut, Puan Kenny.
KEPUTUSAN MAHKAMAH:
Penghakiman Mahkamah Tinggi telah memihak kepada plaintif berdasarkan hujah bahawa
plaintif mungkin tidak akan mengalami kecederaan serius jika guru yang berada di kelas pada
masa itu memberi perhatian khusus kepada tingkah laku nakal pelajar terbabit. Guru tersebut
telah dianggap tidak amanah dengan tugas menjaga kelas kerana tidak menyelia dengan
sepatutnya. Beliau telah cuai kerana tidak memberi perhatian kepada murid yang berkeliaran di
belakang kelas. Hakim menjelaskan undang-undang dianggap tidak liabiliti yang tegas ke atas
[3]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
guru apabila pelajar-pelajarnya cuai dalam undang-undang tort. Undang-undang hanya
memerlukan bukti yang menunjukkan guru gagal mengambil langkah yang munasabah
mengawasi muridnya daripada kecederaan yang sepatutnya dapat dielakkan. Walau
bagaimanapun Kerajaan Malaysia telah membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dan Hakim
telah memihak kepada defendan.
PERBINCANGAN KES:EMPAT ELEMEN UTAMA KESALAHAN CUAI
Merujuk kepada Undang-Undang Tort dalam pendidikan, kes ini merupakan kategori kecuaian
guru maka ia boleh dibuktikan dengan menggunakan empat elemen yang telah dibincangkan
sebelum ini iaitu:
1. Kewajipan berjaga-jaga (Duty to take care)
Merujuk kepada elemen ini, defendan dikehendaki mematuhi satu tahap tingkahlaku
tertentu supaya keselamatan pelajar dikekalkan. Berdasarkan senario kes di atas,
Defendan merupakan orang yang terdekat dengan plaintif dan sedang mengendalikan
kelas plaintif pada waktu tersebut. Semasa kejadian, defendan pertama Puan Kenny telah
memberi latihan kepada murid-murid namun pada masa yang sama defendan berada di
meja guru membuat kerja sendiri. Ini bererti tidak wujud kewajipan berjaga-jaga oleh
kerana defendan tidak menyelia murid-murid dengan baik sewaktu aktiviti pembelajaran
berjalan.
2. Memungkiri kewajipan berjaga-jaga (Breach of duty)
Semasa kejadian, defendan berada di kelas dan kelas yang dikendalikan itu merupakan
sebuah kelas biasa tetapi masih memerlukan pengawasan kerana terdapat segelintir
[4]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
murid-murid yang nakal. Ini kerana kecuaian mengawasi murid yang nakal boleh
menyebabkan kecederaan yang tidak boleh diramal. Ini telah menunjukkan bukti yang
kukuh bahawa defendan cuai dalam penyeliaannya terhadap murid-murid di dalam kelas
kerana tiada penyeliaan sewaktu murid melakukan tugasan yang diberi.
3. Pelajar mengalami kecederaan fizikal (Injury to pupils)
Semasa aktiviti kelas tersebut dijalankan, satu kejadian telah berlaku menyebabkan mata
kanan plaintif telah tercedera tercucuk pensel tajam akibat perbuatan nakal kawannya.
Lanjutan daripada pembedahan yang telah dijalankan, mata kanan plaintif yang rosak
telah dikeluarkan dan menjadi buta.
4. Terdapat perkaitan diantara kecederaan pelajar dengan tingkahlaku guru
(Proximate cause)
Dalam kejadian ini plaintif dapat menimbulkan kecuaian terhadap defendan. Ini kerana
mengikut undang-undang common law, defendan (Puan Kenny) dikehendaki membuat
penyeliaan yang munasabah (reasonable degree of supervision) ke atas murid-murid di
bawah jagaannya sewaktu kelas berjalan. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan beliau didakwa jika murid tercedera akibat kecuaiannya.
KESIMPULAN KES:
Merujuk kepada kes yang dibincangkan di atas, kita dapati samada defendan pertama
mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif dan jika demikian dalam keadaan kes ini,
samada kecederaan tersebut disebabkan oleh kecuaian defendan pertama dalam menyelia dan
mengendalikan kelas. Selain itu, seberapa banyak penyeliaan yang perlu diberikan oleh seorang
[5]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
guru dalam sebuah bilik darjah untuk melindungi murid-muridnya daripada kecederaan.
Mahkamah biasanya akan menilai samada guru tersebut boleh menjangkakan risiko kecederaan
tersebut dan adakah kecederaan itu boleh dielakkan. Biasanya mahkamah akan menilai
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berdasarkan: arahan (instruction), amaran
(warning) dan penyeliaan (supervision).
2.2) KES KECUAIAN: PENYELIAAN AKTIVITI KOKURIKULUMChen Soon Lee lawan Chong Voon Pin dan Lain-lain (O.C.J. Lee Hun
Hoe J.) (1966)2, MLJ 264
FAKTA KES:
Senario kes seterusnya berkenaan kecuaian guru ketika penyeliaan aktiviti kokurikulum. Pada
hari Ahad, 6 Disember 1964 defendan iaitu seorang Pengetua Sekolah Chung San, Riam Road,
Miri, Sarawak bersama tujuh orang guru telah mengiringi 53 orang pelajar untuk aktiviti
perkelahan di tepi pantai di Tanjong Lobang. Mangsa Piek Leng, bermain bola bersama rakan-
rakannya didalam air yang cetek. Pada masa yang sama terdapat ombak besar di kawasan
berdekatan mangsa dan rakan-rakannya lalu menyebabkan mereka jatuh dan tenggelam. Guru-
guru dan pelajar lelaki cuba menyelamatkan mereka dan didapati seorang daripada mereka
hilang. Akhirnya mangsa tersebut dijumpai dan diberi rawatan kecemasan tetapi tidak dapat
diselamatkan. Waris mangsa menuntut ganti rugi atas alasan bahawa defendan bertindak cuai.
KEPUTUSAN MAHKAMAH:
Hakim Mahkamah Tinggi Miri, Yang Arif Lee Hun Hoe telah memihak kepada defendan
berdasarkan hujah bahawa Pengetua dan guru-guru yang berada bersama pelajar-pelajar tersebut
[6]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
telah mengambil langkah-langkah pengawasan yang rapi (beyond reasonable care) pada masa
itu. Justeru itu, tuduhan kecuaian tersebut ditolak oleh mahkamah.
PERBINCANGAN KES:EMPAT ELEMEN UTAMA KESALAHAN CUAI
Kes ini juga dibincangkan di bawah undang-undang tort, dan ia boleh dibuktikan menggunakan
empat elemen yang telah dibincangkan:
1. Kewajipan berjaga-jaga (Duty to take care)
Merujuk kepada kes ini, defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga kerana defendan
mempunyai kewajipan menjaga pelajar-pelajarnya. Ini dibuktikan dengan adanya
pembahagian kumpulan pelajar kepada tiga kumpulan yang diselia oleh Pengetua dan
guru-guru yang bererti bahawa defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap
plaintif dan telah bertindak secara munasabah bagi menjaga keselamatan murid.
2. Memungkiri kewajipan berjaga-jaga (Breach of duty)
Dalam perbicaraan ini tidak dapat dibuktikan bahawa defendan pertama melanggar
tanggungjawab terhadap pelajar-pelajarnya. Semasa kejadian, defendan dan guru-guru
berada didalam air dan telah membahagikan pelajar-pelajar mereka kepada tiga
kumpulan. Setiap kumpulan diselia oleh dua orang guru bagi mengawasi aktiviti tersebut.
Permainan bola dalam air yang dikendalikan oleh defendan diselia dengan rapi. Selain itu
defendan juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberi arahan dan
memastikan pelajar-pelajar tidak bergerak ke kawasan perairan yang dalam. Oleh itu,
defendan telah menunjukkan bukti yang kukuh bahawa defendan telah menjalankan
[7]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
tanggungjawabnya kerana penyeliaan berterusan sudah diberikan sepanjang aktiviti
permainan tersebut.
3. Pelajar mengalami kecederaan fizikal (Injury to pupils)
Dalam kes ini ada menyatakan semasa permainan tersebut dijalankan, berlakunya ombak
besar berdekatan tempat aktiviti mangsa dan rakannya dan tenggelam lalu hilang di
hanyut ombak. Walau bagaimanapun semasa kejadian, defendan telah mengambil
tanggungjawab bertindak mengawasi pelajar-pelajar sementara guru-guru dan pelajar
lelaki mencari dan menyelamatkan mangsa dan rakannya dengan segera. Mangsa
akhirnya dijumpai dan diberi rawatan kecemasan namun gagal diselamatkan.
4. Terdapat perkaitan diantara kecederaan pelajar dengan tingkahlaku guru
(Proximate cause)
Dalam kejadian ini plaintif tidak dapat membuktikan berlakunya kecuaian kerana
defendan telah memberikan arahan yang jelas kepada pelajar-pelajar berkenaan aktiviti
yang dijalankan. Defendan dan guru-guru juga telah mengambil langkah berjaga-jaga
yang sewajarnya dengan membuat penyeliaan yang rapi ketika aktiviti tersebut dijalankan
mahupun mengambil tindakan segera ketika berlakunya kejadian tersebut.
KESIMPULAN KES:
Berdasarkan kes diatas, pengetua bertanggungjawab untuk memastikan guru-guru tidak cuai
dalam penyeliaan aktiviti-aktiviti pelajar semasa lawatan diadakan. Segala langkah pencegahan
mesti diambil bagi memastikan mereka dilindungi. Di samping itu, Pengetua harus memastikan
guru-guru dan pelajar sekolahnya mematuhi segala undang-undang dan peraturan (Schools
[8]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
(Tours) Regulations, 1957; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000; Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.1/1995) berhubung dengan lawatan bagi melindungi pihak sekolah daripada dakwaan dan
tuduhan dibawa ke mahkamah sekiranya berlaku kemalangan.
3.0) UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ KEADILAN ASASI (LAW OF NATURAL
JUSTICE)
Tajuk ini memberi fokus terhadap perbincangan beberapa buah kes salahlaku penjawat
awam yang pernah didakwa di mahkamah bagi memberi pendedahan berkenaan pengetahuan
aspek perundangan pendidikan dalam kalangan guru-guru dan pentadbir. Ini kerana guru-guru
dan pentadbir memainkan peranan utama dalam mengawal setiap tindakan mereka supaya tidak
tergelincir dari garisan undang-undang etika penjawat awam yang telah ditetapkan oleh
kementerian. Perbincangan kes tersebut turut merangkumi prinsip-prinsip keadilan asasi seperti
Audi Alteram Parterm (the Right to be Heard) dan Nemo Judex Incausa Sua (Rules against Bias)
yang perlu dipatuhi oleh badan- badan yang menghakimi kes tersebut.
3.1) Prinsip Pertama iaitu Audi Alteram Parterm (The Right To Be Heard)
Ia merangkumi ciri-ciri yang berikut:
(a) Keperluan notis pemberitahuan tentang kesalahan yang dihadapi oleh pekerja yang berkenaan;
(b) Keperluan diberi peluang membuat representasi jawapan atau berhujah atas kesnya dalam masa yang munasabah. Peluang membuat representasi ini sama ada secara lisan atau tulisan;
(c) Hak menyoal saksi dan hak diwakili oleh peguam;
(d) Hak diberitahu keputusan dan hak dinyatakan alasan keputusan;
(c) Pertimbangan kes terdahulu dan prinsip "pembebasan dahulu" (autrefois acquit), "sabitan dahulu" (autretois comvict), dan res judicata;
(f) Hak merayu dan dengar semula
[9]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
3.2) Prinsip Kedua Iaitu Nemo Judex Incausa Sua (Rules Against Bias)
Ia merupakan sesuatu keputusan yang dibuat hendaklah bebas daripada berat sebelah dan
prasangka yang mungkin terjadi kerana dua sebab iaitu:
(i) kerana pihak-pihak ada kepentingan, atau
(ii) pembuat keputusan (iaitu pihak yang mengadili kes) mewakili institusi yang mengingini
objektif tertentu ada perhubungan/pertalian tertentu, dan yang seumpamanya.
Seterusnya kita melihat kes-kes mahkamah yang telah dibicarakan di bawah undang-
undang pentadbiran yang mana turut dijadikan rujukan iaitu kajian kes mahkamah Tan Tek Seng
melawan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Lain-lain, (1996)1, MLJ 261 dan Yunus M
Haniff melawan Majlis Institut Teknologi MARA (1997).
3.3) KES PENTADBIRAN: PECAH AMANAHTan Tek Seng melawan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Lain-lain, (1996)1, MLJ 261
FAKTA KES:
Dalam kes ini, perayu merupakan guru penolong kanan di sebuah sekolah rendah di Johor.
Beliau telah diamanahkan oleh Jabatan pendidikan Johor dengan jumlah RM3179 yang
merupakan gaji yang belum dibayar kepada pekebun sekolah yang sudah tidak bekerja beberapa
bulan. Apabila jabatan tersebut meminta supaya wang tersebut dipulangkan, perayu memberitahu
bahawa wang tersebut telah dikirim kepada mereka tetapi sebenarnya perayu masih lagi
menyimpan wang tersebut. Walau bagaimanapun, akhirnya perayu telah mengirim wang tersebut
kepada jabatan tersebut. Justeru itu, perayu telah dituduh atas dua tuduhan pecah amanah
jenayah oleh seorang awam dibawah seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan telah
ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah Johor.
[10]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
KEPUTUSAN MAHKAMAH:
Mahkamah Sesyen telah memutuskan menyabitkan plaintif dan menjatuhkan hukuman penjara
selama enam bulan.
PERBINCANGAN KES
DUA PRINSIP UTAMA YANG DIGUNAPAKAI:
Kes ini merujuk kepada salahlaku penjawat awam di bawah Undang-undang Keadilan Asasi
yang mana perlu mematuhi dua prinsip utama iaitu prinsip hak untuk didengar dan prinsip tidak
berat sebelah.
1) Prinsip Audi Alteram Parterm (hak untuk didengar)
a) Ia menyatakan orang yang berkenaan perlu diberi peluang untuk menyatakan kesnya dalam
perbicaraan. Berdasarkan kes di atas, plaintif telah diberi hak untuk diberitahu kesalahan yang
dilakukan iaitu menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam.
b) Di samping itu, plaintif telah diberi tempoh sekurang-kurangnya 14 hari untuk membela diri.
Walau bagaimanapun, plaintif tidak mengemukakan representasi secara bertulis atau lisan
kepada pihak Suruhanjaya. Oleh itu, pihak tersebut menganggap plaintif tidak mahu membela
diri dan Suruhanjaya telah bertindak berdasarkan maklumat yang ada padanya.
c) Plaintif juga telah diberi hak iaitu dimaklumkan secara bertulis bahawa plaintif dikenakan
hukuman tatatertib buang kerja kerana telah menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam iaitu
kesalahan di bawah Perintah Am 4(2)(d) Perintah-Perintah Am (Kelakuan Tatatertib) (Bab D)
1980.
d) Selain itu, plaintif turut diberi hak untuk merayu agar dipertimbangkan semula kesnya.
[11]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
2) Prinsip Nemo Judex Incausa Sua (tidak berat sebelah)
Keputusan Hakim mahkamah tersebut mendapati tidak wujud situasi berat sebelah kerana tiada
pihak yang terlibat mempunyai kepentingan kewangan atau bukan kewangan.
KESIMPULAN KES:
Kita dapati dalam kes tersebut, prinsip-prinsip hak keadilan asasi telah dipatuhi dan memberi
peluang munasabah kepada plaintif untuk dibicarakan menurut Perkara 135(2) Perlembagaan
Persekutuan.
3.4) KES PENTADBIRAN : BERCUTI TANPA KELULUSANYunus M Haniff melawan Majlis Institut Teknologi MARA (1997)
FAKTA KES:
Merujuk kepada kes berkenaan, pemohon merupakan pensyarah yang bertugas di Institut
Teknologi MARA dan telah pergi bercuti ke Bangladesh walaupun diberitahu untuk tidak
berbuat demikian. Prosiding tatatertib telah dimulakan dan ini menyebabkan pengurangan gaji
pemohon dan menurunkan pangkat beliau selama dua tahun. Pemohon telah mengambil tindakan
perintah certiorari bagi membatalkan keputusan majikan itu atas alasan bahawa: (i) Terdapat
konflik kepentingan (conflict of interest) sebagai pengadu dan pengerusi itu adalah orang yang
sama yang membuat pengaduan serta keputusan hasil prosiding telah berat sebelah. (ii) Kaedah-
kaedah hak keadilan asasi tidak dikenakan kepada beliau, iaitu, hak untuk didengar dan peraturan
terhadap berat sebelah. (iii) Keputusan prosiding tatatertib tidak menyatakan sebab-sebab bagi
keputusannya yang telah pergi bercuti di Bangladesh tanpa kebenaran berbuat demikian.
[12]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
KEPUTUSAN MAHKAMAH:
Hakim menyatakan pemohon mempunyai hak untuk didengar dengan adil, dan jika terdapat
pelanggaran prinsip-prinsip hak asasi keadilan, ianya memerlukan semakan kehakiman dibuat di
akhir perbicaraan. Hak asasi keadilan memerlukan bahawa orang yang dipertuduh dengan
membuat keputusan harus bertindak dengan adil. Justeru itu, setelah mengambil kira kesemua
faktor dan prinsip-prinsip keadilan yang telah diguna pakai, maka Mahkamah Tinggi Melaka
telah menolak permohonan saman pemohon berdasarkan keputusan yang dicapai untuk satu
perbicaraan yang adil dalam kuasa yang terletak hak di bawah Perkara 121 (1) Perlembagaan
Persekutuan 13.
PERBINCANGAN KES
DUA PRINSIP UTAMA YANG DIGUNAPAKAI:
Kita ingin melihat sejauh mana kes ini dibicarakan berdasarkan Undang-undang Keadilan Asasi
yang mana ia perlu mematuhi dua prinsip utama iaitu prinsip hak untuk didengari dan prinsip
tidak berat sebelah.
1) Prinsip Audi Alteram Parterm (hak untuk didengar)
a) Prinsip ini menyatakan orang yang berkenaan perlu diberi peluang untuk menyatakan kesnya
dalam perbicaraan. Berdasarkan kes di atas, pemohon telah menjawab semua tuduhan yang
dibuat terhadapnya, dengan itu memenuhi hak untuk didengar. seperti yang termaktub dalam
Perkara 135 (2) Perlembagaan Persekutuan, termasuk peluang untuk menafikan rasa bersalah
beliau, peluang untuk membela diri dan membuat representasi mengenai apa-apa hukuman yang
dicadangkan. Walau bagaimanapun, pemohon tidak meminta dokumen mahupun bagi
[13]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
pendengaran lisan walaupun dalam hak untuk didengar tidak semestinya pemohon perlu
mendengar secara lisan.
b) Pemohon juga menyatakan keputusan prosiding tatatertib tidak menyatakan sebab-sebab bagi
keputusannya.yang telah pergi bercuti di Bangladesh tanpa kebenaran berbuat demikian. Di
bawah undang-undang biasa, badan-badan menghakimi tidak bertanggungjawab untuk
memberikan alasan bagi keputusan mereka berdasarkan peruntukan s. 4 (2) Perintah-Perintah
Am Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) Bab D yang telah ditetapkan.
c) Pemohon telah bekerja selama 12 tahun dengan ITM, dan berpura-pura tidak tahu tentang
akibat perbuatannya itu boleh memberi kesan kepada tindakan tatatertib terhadapnya. Sebagai
penjawat awam yang telah lama berkhidmat, pemohon sememangya telah didedahkan dengan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (1993) & Pindaan 2002. Ini
menunjukkan pemohon sengaja memberi alasan bagi membebaskan dirinya daripada tindakan
disiplin tersebut.
2) Prinsip Nemo Judex Incausa Sua (tidak berat sebelah)
a) Pengadu dalam kes ini adalah "Timbalan Pengetua" dengan Encik Arshad bin Hashim sebagai
pengerusi Lembaga Disiplin. Oleh itu, adalah tidak berasas untuk menegaskan bahawa pengadu
adalah orang yang sama.
b) Hakikat bahawa pemohon pernah dibuang kerja menunjukkan bahawa lembaga itu telah
bertindak dengan lebih teliti dan berhati-hati dalam membincangkan fakta-fakta kes berkenaan
beliau. Sehubungan dengan itu, tuduhan wujudnya berat sebelah dalam prosiding tatatertib
adalah tidak berasas.
[14]
SGDU6043ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKANUNDANG-UNDANG TORT DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN/ASASI KEADILAN
KESIMPULAN KES:
Kes ini telah dibicarakan dengan adil menurut Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan dan
juga peruntukan s. 4 (2) Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) Bab D. Ini
menunjukkan, segala tindakan yang dibuat oleh penjawat awam mesti berdasarkan amalan etika
penjawat awam dan mereka sewajarnya mengetahui kesan tindakan yang akan di kenakan
sekiranya melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
4.0) RUMUSAN
Isu-isu yang berkaitan dengan kecuaian di sekolah perlu diberi perhatian serius dengan
mengambil langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan segala bentuk penyalahgunaan
kuasa dan penyelewengan supaya pihak sekolah dapat dilindungi dari dakwaan sivil atau
jenayah. Pengetua atau Guru Besar selaku pentadbir sekolah perlu memastikan bahawa segala
tindakan disiplin yang dikenakan ke atas salah laku murid dilakukan mengikut peraturan yang
telah ditetapkan. Ini bertujuan menjamin keselamatan murid-murid di sekolah dari aspek fizikal,
mental, emosi dan rohani dalam usaha mewujudkan sekolah selamat. Selain itu, selaku penjawat
awam dalam bidang pendidikan, seharusnya mengetahui etika dan peraturan yang telah
digariskan dalam perlembagaan mahupun akta dan peraturan semasa bagi mengelakkan risiko
dan tindakan tatatertib dikenakan ke atas mereka.
[15]