unit 1-pengenalan kepada perlandskapan
TRANSCRIPT
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
1/23
P e r l a n s k a p a n | 1
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA PERLANDSKAPAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda dapat:
Menerangkan maksud landskap dan perlandskapan.
Mengetahui kepentingan landskap dan senibina landskap.
Membincangkan isu-isu semasa dan teknologi terkini yang berkaitan dengan bidang
perlandskapan.
Menyedari kepentingan senibina landskap terhadap persekitaran dan kehidupan.
KANDUNGAN MODUL
Untuk membolehkan pelajar mencapai objektif di atas dan mengikuti modul ini dengan mudah, kandunganmodul ini dibahagikan kepada:
Unit 1.0PengenalanUnit 1.1 Definisi Landskap dan PerlandskapanUnit 1.2 Senibina LandskapUnit 1.3 Hubungkait Pertanian dengan LandskapUnit 1.4 Sejarah/Perkembangan Landskap di Malaysia
Unit 1.5Kepentingan Landskap di MalaysiaUnit 1.6Komponen-komponen Praktis (Practice) dalam Senibina LandskapUnit 1.7 Jenis-jenis LandskapUnit 1.8 Elemen-elemen dalam LandskapUnit 1.9 Kepentingan Landskap Terhadap Alam SekitarUnit 1.10 RumusanUnit 1.11 Rujukan
1.0 PENGENALAN
alam usaha kita untuk mencarta pembangunan ke arah negara berpendapatan tinggi,
pembangunan landskap yang berkualiti serta pemeliharaan sumber semula jadi landskap
merupakan antara kriteria penting dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang diiktiraf
sebagai vibrant and livable di peringkat antarabangsa. Landskap yang indah, menarik dan berfungsi
mengikut tujuan penyediaanya mampu mewujudkan persekitaran hidup yang kondusif untuk rakyat selaras
dengan Misi Nasional Meningkatkan Tahap dan Kemampanan Kualiti hidup.
D
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
2/23
P e r l a n s k a p a n | 2
Penyediaan infrastruktur hijau yang berkesan akan mewujudkan pembangunan bandar yang menarik dan
selesa. Pengekalan ruang-ruang hijau dikawasan perbandaran mampu berfungsi sebagai kawasan
rekreasi dan interaksi sosial dalam melahirkan rakyat yang muhibbah, harmoni, bersatu padu dan sihat
sejahtera. Justeru, kepentingan landskap dalam pembangunan negara perlu diberi penekanan yang
sewajarnya agar pembangunan fizikal negara dapat diimbangi dengan pembangunan landskap yang indah,
berkualiti dan beridentiti.
1.1 DEFINISI LANDSKAP DAN PERLANDSKAPAN
Landskap
Landskap adalah rupa daratan yang meliputi apa sahaja yang dapat dilihat di atas muka bumi
seperti tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang dan sebagainya. Pemandangan di atas daratan(bumi) yang mengandungi unsur-unsur ciptaan Tuhan dan bahan binaan manusia, termasuk
bentuk muka bumi, dan tumbuh-tumbuhan. Contoh landskap ialah seperti pemandangan di
kampung, bandar, pergunungan, persisiran pantai, sungai, hutan rimba, padang pasir dll
pemandangan di atas bumi.
Pelandskapan
Satu proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka bentuk, melaksanakan dan mengurus
landskap untuk keselesaan, keselamatan dan keseronokan manusia di samping mewujudkan
suasana yang indah dan harmoni dengan pefsekitaran semulajadi. Pelandskapan juga merujukkegiatan merancang, merekabentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi,
keselesaan dan keselamatan manusia.
Reka bentuk landskap
Memilih dan menyusun atur elemen landskap seperti tumbuh-tumbuhan, struktur, air, batu batan
dan sebagainya untuk mewujudkan ruang di kawasan luaran (luar bangunan). Reka bentuk
landskap merupakan satu seni mengubah dan menyusun elemen landskap berasaskan prinsip
reka bentuk.
Pereka bentuk landskap
Individu yang mereka bentuk landskap. Seorang pereka bentuk landskap bertanggungjawab untuk
menyarankan idea-idea yang bernas dan bersesuaian untuk sesebuah kawasan pembinaan
landskap.
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
3/23
P e r l a n s k a p a n | 3
Arkitek landskap
Seorang profesional yang bertauliah dalam bidang seni bina landskap untuk menjalankan kerja
merancang dan mereka bentuk landskap. Tugas seorang arkitek landskap ialah merancang dan
mereka bentuk sesebuah kawasan untuk membentuk ruang luar yang praktikal serta mempunyai
nilai-nilai keselesaan hidup seperti di kawasan perumahan, bangunan komersil, kawasan rekreasi
dan lain-lain. Seorang arkitek landskap juga bertanggungjawab menyelaras dan mengawas
pelaksanaan sesuatu projek dari mula hingga akhir perlaksanaannya.
Kontraktor landskap
Individu yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembinaan landskap dengan
pemantauan Arkitek Landskap atau Pereka Lanskap supaya pembinaan landskap mengikut
spesifikasi pelan yang telah diluluskan .
1.2 SENIBINA LANDSKAP
Kewujudan taman dan seni reka alam sekitar, sama ada di bandar atau di desa menjadi bukti kepada
kemahiran pereka bentuk memperlihatkan rekaan masing-masing. Hasil senibina landskap ini bukan
sahaja menjadi pelengkap dalam kawasan binaan, tetapi menjadi pengikat dan tarikan antara
keseimbangan alam sekitar dengan manusia. Masyarakat secara umumnya mengkaitkan bidang senibina
landskap sebagai:
Mereka-mereka yang terlibat dalam penanaman tumbuh-tumbuhan tukang kebun.
Istilah Arkitek landskap (landscape architect) telah di cipta oleh Frederick Law Olmstead pada tahun
1958. Beliau adalah seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang kejuruteraan dan pertanian.
Bidang kerja arkitek landskap biasanya mempunyai hubung kait dengan bidang-bidang lain seperti
senibina, kejuruteraan, perancang dan juga pengurusan taman. Manakala menurut Hubbard dan Kimball
(1917), Senibina landskap merupakan: Seni halus di mana fungsi utamanya adalah untuk mencipta dan
memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan semulajadi negara.
Garrett Eckbo (1950) pula menyifatkan Senibina landskap adalah sebahagian landskap yang dibentuk oleh
manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk manusia hidup (tidak termasuk pertanian danperhutanan).
Dengan adanya kemahiran seni bina landskap, manusia boleh mencipta misalnya, seni taman dalam
pelbagai bentuk yang cantik dan menarik perhatian kita. Di bandar raya Kuala Lumpur atau di bandar-
bandar besar kita dapat melihat keindahan senibina landskap yang menarik hasil daripada kreativiti pereka
yang membina landskap dan dalam masa yang sama memelihara alam sekitar. Kerajaan juga mahu setiap
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
4/23
P e r l a n s k a p a n | 4
pemaju kawasan perumahan mewujudkan dan membina landskap di kawasan kediaman baru melalui
penanaman, pemilihan pokok dan pemeliharaan yang betul agar nampak lebih cantik dan terpelihara.
Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah mewajibkan aspek landskap diambil kira dalam semua
bentuk pembangunan terutamanya di kawasan perumahan di samping memastikan setiap skim perumahan
disediakan dengan pelan landskap yang sewajarnya.
1.3 HUBUNG KAIT PERTANIAN DENGAN LANDSKAP
Landskap dan pertanian mempunyai perkaitan yang jelas dan penting. Kawasan pertanian dapat
digunakan sebagai kawasan landskap dan sebaliknya. Perkaitan ini mencakupi kehendak serampang dua
mata iaitu:
a) Mendapatkan hasil yang lumayan daripada pengusahaan tanaman ekonomi
b) Memenuhi keperluan menghayati dan menikmati nilai estetika
Jika pada peringkat awal perkembangan landskap, kerja-kerja landskap banyak berasaskan pertanian, kini
perlandskapan telah digabungkan dalam bentuk dan unsur binaan seperti pergola, gazebo, air pancuran
dan perabot-perabot laman yang lain.
1.4 SEJARAH/ PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA
Landskap telah wujud bermula pada zaman batu lagi. Ini adalah berdasarkan kepada bukti penemuan
lukisan-lukisan di gua batu oleh ahli-ahli sejarah. Ahli kaji purba pula sering menemui tinggalan bekas
minyak wangi dan kilang memproses minyak wangi dari kawasan kajian. Di dapati bahawa tumbuhan
digunakan untuk hiasan dan bau-bauan. Taman al-Hambra di Sepanyol yang di bina pada akhir abad ke 11
dan 13 merupakan taman tersohor pada masa itu. Reka bentuk bangunan dan landskap yang lebih
bercirikan Islam.
Perkembangan landskap Malaysia telah bermula sejak awal zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada
abad ke 14 dan abad ke-15. Berdasarkan kepada pengisahan Munsyi Abdullah yang menyatakan bahawa
kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan melayu Melaka dan keindahan taman bunga pada
zaman kesultanan Kelantan abad ke-16 dikenali dengan Tanah Serendah Sekebun Bunga. Hasil daripada
peninggalan penjajah sepertui Portugis, Belanda dan British di Tanah Melayu telah wujudnya sesuatu
landskap kerana mereka yang mula memperkenalkan konsep rekreasi dan kawasan lapang di kawasan
Nyatakan kepentingan hortikultur hiasan dan landskap dalam kehidupan harian dan
persekitaran.
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
5/23
P e r l a n s k a p a n | 5
yang dijajah. Terdapat beberapa peninggalan landskap oleh penjajah yang masih wujud hingga kini adalah
seperti Taman Botani, Pulau Pinang (1884, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur (1910) dan Taman Tasik
Taiping, Perak (1910). Mereka juga yang telah membawa pelbagai tumbuhan-tumbuhan eksotik dari
negara mereka ke Tanah Melayu pada ketika itu.
Pembinaan landskap di kawasan perkampungan orang melayu pada masa dahulu lebih menumpukan
kepada alam semulajadi dan persekitarannya. Bagi mengekalkan keadaan semulajadi, landskap yang di
buat untuk menyediakan kawasan yang lapang semasa mengadakan majlis kenduri. Manakala tumbuh-
tumbuhan yang selalu di tanam dikawasan perkampungan orang melayu adalah seperti kelapa. Ini kerana
kelapa mempunyai banyak kegunaannya di samping di tanam bagi menandakan kelahiran anak disayangi.
Setelah Tanah Melayu mencapai pembangunan negara yang pesat dan lebih dikenali sebagai Malaysia
menyebabkan berlaku perubahan terhadap pembinaan landskap. Landskap di Malaysia ternyata adalah
lebih tersusun dan teratur pada akhir tahun 1970an di mana berlaku kerja-kerja mengindahkan untuk
kawasan kediaman rasmi, jalan-jalan, bangunan-bangunan awam, taman-taman rekreasi dan istana.
Kesedaran ini telah timbul untuk mewujudkan lebih banyak kawasan lapang dan kawasan untuk orangawam. Contohnya seperti Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Permaisuri di Kuala Lumpur.
1.5 KEPENTINGAN LANDSKAP DI MALAYSIA
Landskap sangat penting dlm kehidupan manusia yang membolehkan manusia menjalani kehidupan dgn
lebih selesa dan berharmoni melalui susunan dan gabungan landskap yg menarik. Ia boleh diperolehi
melalui aktiviti-aktiviti pelandskapan iaitu, merancang, merekabentuk, membangun dan menyenggara
sesuatu ruang atau kawasan. Ianya juga dapat dicapai dengan menggunakan elemen-elemen landskap
semulajadi dan binaan manusia.
Perkataan landskap hanya diketahui oleh rakyat Malaysia pada hujung tahun 70an, walaupun telah
mempraktikkan konsep, proses dan prinsip reka bentuk landskap sejak awal sejarah negara lagi. Landskap
sesebuah negara wujud kerana keperluan penduduknya sebagai pengguna yang terdiri daripada pelbagai
bangsa, agama, umur, jantina dan kebudayaan. Penggunaan landskap bergantung kepada keadaan
sekeliling seperti bentuk muka bumi, iklim, tumbuhan, lokasi dan pemandangan kawasan persekitaran.
Landskap berkait rapat dengan cara hidup orang Melayu, Cina dan India. Ini boleh dilihat melalui cara
pemilihan tanaman di sekeliling kawasan rumah. Contohnya : Di kawasan rumah orang Melayu banyak
ditanam dengan tanaman bauan, ulaman, herba dan ubatan. Antaranya canangium odoratum (kenanga),
Jasminum sambac(Melur), Vallaris glabra(kesidang), cosmos violaceace(ulam raja), Cymbopogon nardus(serai), Languas galanga(lengkuas), Curcuma domestica(kunyit) dan lawsonia inermis(inai).
Justeru itu, Jabatan Landskap Negara telah ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai jabatan yang
bertanggungjawab khusus terhadap perlandskapan seluruh negara. Jabatan ini bertanggungjawab
memastikan wujudnya keseimbangan. Antara pembangunan dengan alam sekitar berasaskan dasar dan
perundangan yang telah digubal. Jabatan ini juga menyediakan program latihan, penyelidikan dan
perkembangan landskap.
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
6/23
P e r l a n s k a p a n | 6
Penubuhan badan professional Institute of Landscape Architect Malaysia (ILAM) pula berperanan untuk
memberi kefahaman kepada masyarakat di Malaysia tentang fungsi dan nilai estetika seni bina landskap
serta keperluan rancangan untuk meningkatkan mutu kehidupan manusia melalu perlandskapan yang baik
dan berfungsi. Jabatan- jabatan kerajaan yang lain seperti Kementerian Alam Sekitar, pihak berkuasa
tempatan dan Jabatan kerja raya turut berperanan dalam bidang masing-masing berkaitan dengan
perlandskapan.
1.6 KOMPONEN-KOMPONEN PRAKTIS (PRACTICE) DALAM SENIBINA LANDSKAP
MODEN
Perancangan dan penilaian landskap
Merujuk kepada perancangan dan penilaian awal sebelum memulakan sesebuah projek
pembangunan landskap
Perancangan tapak
Aktiviti merancang dan menilai aspek-aspek penting seperti kekuatan,kelemahan,ancaman dan
peluang pada tapak. Memahami tapak dengan lebih terperinci sebelum merekabentuk
Rekabentuk landskap
Merekabentuk dengan mengambilkira aspek-aspek penting semasa kajian tapak dilakukan supaya
menepati kehendak pengguna dan bersesuaian dengan keadaan semasa tapak.
1.7 JENIS-JENIS LANDSKAP
Terdapat dua jenis landskap yang digunakan disesuatu kawasan iaitu menggunakan;
Landskap lembut (semulajadi) atau juga dikenali sebagai soft landscape yang melibatkan
penggunaan elemen-elemen semulajadi seperti tumbuhan dan air.
Manakala penggunaan jenis landskap kejur (buatan manusia) atau hard landscape pula
melibatkan elemen-elemen buatan dan keras seperti batu, kayu, lampu dan wakaf.
Kedua-dua jenis landskap ini memainkan peranan penting dalam membina sesebuah landskap agar ianya
tidak terlalu kejur dan tidak terlalu lembut. Oleh yang demikian kedua-dua jenis landskap akan digunakan
untuk menghasilkan pemandangan yang menarik dan indah dipandang. Sebagai contoh, landskap
bangunan-bangunan konkrit akan dilengkapkan dengan elemen-elemen semulajadi seperti tumbuh-
tumbuhan renek dan penutup bumi serta pancuran air agar pemandangan landskap bangunan tidak terlalu
kejur.
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
7/23
P e r l a n s k a p a n | 7
1.8 ELEMEN-ELEMEN DALAM LANDSKAP
Elemen dalam landskap merupakan sumber utama yang digunakan dalam reka bentuk landskap. Elemen-
elemen landskap merupakan sumber utama yang digunakan dalam reka bentuk landskap. Elemen
landskap mampu mempengaruhi reka bentuk keseluruhan ruang kawasan. Elemen ini dapat memberi
pernyataan perasaan dan daya tumpuan kepada landskap. Pemilihan elemen untuk ruang perlu diteliti
supaya elemen yang dipilih sesuai dengan kawasan, bentuk dan warna. Empat elemen asas dalam
landskap ialah:
1.
Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan landskap terdiri daripada pelbagai jenis dan spesies.la ditanam bagi
memberikan fungsi khusus di dalam landskap. Tanaman adalah elemen utama dalam landskap
Terdapat pelbagai jenis tanaman dan nilai kegunaan. Di antara fungsi fungsi tanaman adalah
seperti: .
i. Melembutkan seni bina yang keras seperti bangunan.
Dari segi aspek senibina tanaman berperanan membahagikan kawasan mengikut
aktiviti tertentu, menunjuk dan mengarah pergerakan, menghadang pemandangan
yang tidak elok dan memberi ruang privasi. Dalam reka bentuk landskap,
tanaman yang digunakan secara teliti boleh bertindak sebagai penunjuk arah,
penanda dan petunjuk persimpangan.
ii Mengindahkan kawasan dengan bentuk, warna dan tekstur yang menarik.
- Tumbuh-tumbuhan landskap banyak mempunyai nilai-nilai estetika melalui
ciri-ciri khusus yang ada padanya seperti bentuk, warna dan tekstur yang
menarik. Mewujudkan persekitaran yang harmoni dengan alam.
iv. Menghalang pandangan yang tidak dikehendaki.v. Mengawal pergerakan pengguna dalam kawasan landskap.
vi. Mengawal suhu dan iklim mikro sesuatu tempat.
vii. Mengawal hakisan dan meningkatkan kesuburan tanah
2.
Air
Kewujudan air dalam sesuatu kawasan landskap dapat melembutkan suasana, menyejukkan
persekitaran, menghasilkan bunyi dan untuk tujuan rekreasi seperti bersampan dan memancing.
Air juga dapat meningkatkan kecantikan kawasan persekitaran. la diperkenalkan dalam landskap
dalam bentuk kolam, air terjun dan air pancutan.
3.
Topografi
Topografi ialah bentuk muka bumi bagi sesuatu kawasan landskap. Di peringkat makro ia
merangkumii bukit-bukau, lembah, dataran dan sebagainya. la mempengaruhi iklim, taburan
tumbuhan dan hidupan yang berhabitat di atasnya. Di peringkat mikro dan landskap buatan
manusia, rupa bumi meliputi busut-busut buatan kecil, batas-batas tanaman, kolam-kolam kecil
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
8/23
P e r l a n s k a p a n | 8
dan sebagainya. Rupa bumi dibentuk bagi menampakkan keadaan lebih semulajadi dan juga untuk
memberikan saliran yang lebih sempurna kepada tanaman.
4.
Struktur dan binaan
Struktur dan binaan merupakan elemen yang keras atau kejur, padu dan bersifat tetap dalam
sesuatu kawasan landskap. Struktur-struktur dan binaan-binaan yang biasa didapati di dalam
kawasan landskap adalah seperti wakaf, siar kaki, kerusi dan lampu taman, capan tanda, pergola,
pintu gerbang, binaan simen ferro dan sebagainya.
1.9 KEPENTINGAN LANDSKAP TERHADAP ALAM SEKITAR
Pembangunan landskap yang terancang dan teliti akan memberi impak positif pada alam sekitar yang
mana secara tidak langsung akan mengurangkan pencemaran dan meningkatkan kualiti alam sekitar.
Pembangunan landskap yang lestari akan memberi fungsi yang baik pada persekitaran dan kehidupan
manusia seperti;
Kesan bunyi bising
Penanaman pokok- pokok secara padat berdekatan jalan raya dan lebuh raya akan bertindak
sebagai zon penampan daripada bunyi bising yang dihasilkan oleh kenderaan . Zon penampan ini
akan mengurangkan kesan bunyi secara terus dari kenderaan.
Sebelum:
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
9/23
P e r l a n s k a p a n | 9
Selepas:
Contoh pokok yang digunakan:
Pengawalan pencemaran alam sekitar
Dalam proses pembangunan yang pesat, terdapat beberapa kesan negatif seperti habuk serta
bunyi bising, pencemaran udara, hakisan tanah, serta pemandangan yang tidak menarik .
Penanaman pokok- pokok akan menyerap dan mengawal habuk daripada tersebar ke kawasan
penempatan.
Baphia nitidaEugenia oleina Duranta erecta
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
10/23
P e r l a n s k a p a n | 10
Sebelum:
Selepas:
Penanaman pokok- pokok secara padat juga dapat mengurangkan pencemaran udara secara meluas.Penanaman pokok juga membantu mengurangkan permasalahan pemanasan global dan peningkatan
suhu persekitaran.
Nyatakan pokok atau tumbuhan yang digunakan untuk mengawal pencemaran alam
sekitar dan ciri-cirinya.
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
11/23
P e r l a n s k a p a n | 11
Sebelum:
Selepas:
Nyatakan ciri-ciri penting pokok yang boleh ditanam untuk membantu mengurangkan
pencemaran dan meningkatkan kualiti udara dan alam sekitar.
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
12/23
P e r l a n s k a p a n | 12
Mengawal kebisingan dan asap dari kawasan industri
Pokok- pokok berfungsi sebagai penampan kepada pencemaran bising dan asap kawasan
perindustrian daripada terus ke persekitaran kawasan aktiviti bandar yang lain.
Sebelum:
Selepas:
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
13/23
P e r l a n s k a p a n | 13
Mengawal hakisan tanah
Kaedah perlandskapan yang mesra alam dapat membantu mengawal masalah hakisan dengan lebih
baik berbanding kaedah konvensional yang tidak mengambilkira aspek tumbuhan hijau di dalam
rekabentuk. Penanaman pokok di lereng- lereng bukit menguatkan cerun dan boleh membantu
mengawal runtuhan tanah.
Sebelum:
Selepas:
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
14/23
P e r l a n s k a p a n | 14
Mengadang pemandangan yang tidak menarik
Penanaman pokok- pokok utama dan renek akan dapat berfungsi sebagai pengadang kepada
kawasan- kawasan yang tidak menarik seperti kawasan- kawasan perumahan tidak terancang dan
kawasan pembuangan sampah.
Sebelum:
Selepas:
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
15/23
P e r l a n s k a p a n | 15
Mengawal dan memelihara tebing sungai semulajadi
Penanaman pokok- pokok yang bersesuaian dapat menguatkan ketahanan tebing sungai daripadaruntuh melalui sistem perakaran tumbuh- tumbuhan. Pemilihan tanaman yang tepat dapatmeningkatkan keadaan tebing sungai dalam tempoh masa yang lebih lama berbanding
penyelesaian yang hanya menggunakan elemen-elemen kejur.
Sebelum:
Selepas:
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
16/23
P e r l a n s k a p a n | 16
Mengawal silauan kenderaan dari arah berlawanan
Penanaman pokok- pokok utama dan renek di pembahagi jalan akan mengurangkan silauan
kenderaan yang bergerak dari kedua- dua hala.
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
17/23
P e r l a n s k a p a n | 17
Kejuruteraan
LATIHAN
1. Mengapa wujudnya perbezaan suhu antara kawasan bandar dengan kawasan luarbandar?___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
2.
Huraikan kemungkinan-kemungkinan fizikal yang terjadi di bandar akibat kejadian pulau haba bandar._____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
3. Apakah kesan-kesan terhadap alam sekitar jika kita tidak menggunakan pendekatan rekabentuk lestari
dalam pembangunan?
__________________________________________________________________________________
Memberi teduhan,
Mengawal suhu
Mengurangkan silau
Mengelakkan hakisan Mengawal pencemaran udara,bunyi
Menghalang angin
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
18/23
P e r l a n s k a p a n | 18
Perlindungan daripada iklim mikro.
Kebiasaannya persekitaran bandar lebih panas daripada persekitaran luar bandar. Penanaman
pokok dengan kuantiti yang banyak boleh mengubah iklim mikro di sesuatu tempat. Dengan
terdapatya landskap yang bersesuaian, ia dapat membantu;
Memberi perlindungan daripada hujan
Silara pokok akan memberi perlindungan kepada pengguna
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
19/23
P e r l a n s k a p a n | 19
Mengurangkan sinaran matahari
Penanaman pokok- pokok tepi jalan raya akan mengurangkan pancaran matahari
secara terus dan memberi teduhan kepada pengguna.
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
20/23
P e r l a n s k a p a n | 20
Merendahkan suhu di kawasan Bandar
Penanaman pokok- pokok boleh membantu mengurangkan iklim mikro sesebuah bandar.
Astetika
Fungsi tanaman boleh dikaitkan dengan peningkatan nilai- nilai estetik dan pengindahan sesuatu
tempat. Ciri- ciri menarik pada batang, daun dan bunga yang berbeza dari segi rupa bentuk, saiz,
bau dan warna akan dapat berfungsi sebagai daya penarik dan mempertingkatkan estetik sesuatu
ruang kawasan Bandar. Kawasan rekreasi yang dilandskap dengan baik boleh meningkatkan
sumber rekreasi dan taraf kehidupan masyarakat.
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
21/23
P e r l a n s k a p a n | 21
Mengurangkan kekerasan turapan dan struktur
Membingkai pemandangan menarik
Memberi tumpuan
Menghubungkan elemen landskap dalam satu rekabentuk
Fizikal
Sumber makanan
Habitat kepada flora dan fauna
Sumber kepada bahan pembinaan
Sumber kepada perubatan
Ekologi dan kehidupan fauna
Melalui penanaman, aspek semulajadi dan pembangunan fizikal akan dapat diseimbangkan. Di
samping itu, penanaman pokok yang sesuai juga boleh menarik kehidupan fauna ke sesuatu tempat
dan ini akan mewujudkan satu sistem ekologi yang stabil.
Memberi tumpuan
Membingkaipemandanganmenarik
Mengurangkan kekerasan turapandan struktur
Memberi tumpuan
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
22/23
P e r l a n s k a p a n | 22
Mengekalkan sistem ekologi tempatan
Pengekalan bahan- bahan tanaman daripada dimusnahkan oleh aktiviti pembangunan
yang pesat akan dapat mengekalkan sistem ekologi yang stabil bagi fauna dan flora.
Mengekalkan pokok- pokok paya bakau
Pengekalan pokok- pokok paya bakau dapat mewujudkan habitat kepada hidupan liar dan
mengekalkan ekologi setempat.
1.10 RUMUSAN
Kepentingan Landskap Terhadap Kehidupan
1. Kepentingan dari sudut ekonomi
2. Kepentingan kepada alam sekitar
3. Kepentingan estetika
Ekonomi Perniagaan nurseri: membekalkan pelbagai jenis pokok hiasan, bahan tanaman,
medium dan bekas penanaman, peralatan perkebunan, baja dan racun kimia.Kedai bunga : menerima tempahan bunga dan menjual bunga -bunga segarKontraktor landskap : terlibat dalam kerja melukis pelan, mereka bentuk landskap,penanaman,pembinaan struktur dan penyenggaraan.Menggalakkan aktiviti pelancongan
Alam Sekitar Mengawal hakisan tanahMengawal suhu persekitaranMengawal pencemaran alamImbangan ekologi dan kehidupan fauna
Estetika Menarik dan dapat meningkatkan nilai estetika sesuatu kawasanMerangsang ketenangan jiwa
Mempertingkatkan taraf hidup kerana kawasan landskap dapat mendatangkankebaikan dari sudut kesihatan
Apakah kepentingan landskap pada alam sekitar?
Apakah teknologi terkini yang boleh diaplikasi dalam senibina landskap?
-
7/21/2019 Unit 1-Pengenalan Kepada Perlandskapan
23/23
P e r l a n s k a p a n | 23
1.11 RUJUKAN
Rujukan Utama:
Ingels,J. (2009). Landscaping Principles and Practices. Michigan: Cengage Learning.
Rujukan Tambahan:
Booth,N.K &Hiss,J.E. (2011). Residential Landscape Architecture: Design Process for the Private
Residence(6thed.). New Jersey:Prentice Hall.
Ingels,J. (2009). Ornamental Horticulture. New York: State University of New York.
Callaway,D. J. &Callaway M. B. (2009). Breeding Ornamental Plants. Oregon: Timber Press,
Incorporated.
Mohamad,A. (2009). Pokok-pokok untuk tanaman bandar. Kuala Lumpur:Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia.
Shry,C. &Reiley,E. (2010). Introductory Horticulture. Michigan: Cengage Learning.
http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.goodreads.com/author/show/39522.Norman_K_Boothhttp://www.goodreads.com/author/show/39521.James_E_Hisshttp://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.goodreads.com/author/show/39521.James_E_Hisshttp://www.goodreads.com/author/show/39522.Norman_K_Boothhttp://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor: