unit 6 format piramid terbalik

19
Unit 6 Format Piramid Terbalik 1

Upload: keran

Post on 06-Jan-2016

126 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Unit 6 Format Piramid Terbalik. Judul Berita ( Headline ). Baris Tanggal. Teras Berita (Lead/Intro ). Tubuh Berita ( News Bodys ). 1 . Judul Berita (Headline) a) Berfungsi menolong pembaca yang ingin mengetahui kejadian di sekelilingnya . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

Unit 6

Format Piramid Terbalik

1

Page 2: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

2

Judul Berita (Headline)

Baris Tanggal

Teras Berita (Lead/Intro)

Tubuh Berita (News Bodys)

Page 3: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

1. Judul Berita (Headline)

a) Berfungsi menolong pembaca yang ingin mengetahui

kejadian di sekelilingnya.

b) Dengan teknik grafik, judul berita dapat ditonjolkan

sehingga menarik orang untuk membaca. Ini adalah kerana

sifat manusia yang sibuk sehingga banyak pembaca yang

hanya membaca judul berita.

3

Page 4: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

2. Baris Tanggal (Dateline)

Laporan berita dimulakan dengan penyataan tempat dan tarikh

berita itu berlaku.

Contoh:

Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia nama tempat ditulis dengan huruf besar. Contohnya: KUALA LUMPUR 3 Mei –

Berita Harian. Kuala Lumpur:

Kosmo. KOTA BHARU-

Harian Metro. SHAH ALAM:

NST. KUALA LUMPUR:

The Sun. PETALING JAYA (Oct 16, 2012):

4

Page 5: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

3. Teras Berita /Pendulu/Lead

- Lead adalah perenggan pertama sesebuah berita & merupakan

ciri yang terpenting.

- A. Samad Ismail berpendapat pendulu boleh disifatkan sebagai

pintu sebuah rumah, ia mengajak pembaca masuk ke dalam bilik

demi bilik hingga ke seluruh rumah & orang yang menjadi

pembimbing pembaca tadi ialah pemberita.

- Mulakan intro dengan Who dan What.

- Pemilihan pendulu berpandukan fakta penting & luar biasa.

5

Page 6: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

Mansor Ahmad Saman berpendapat bagi menghasilkan pendulu yang baik:-

- ayat yang digunakan mestilah tidak melebihi 25 perkataan.

- 2-3 baris ayat sudah memadai bagi menghasilkan pendulu yang baik.

Contoh:-

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Sekumpulan penjenayah memecah masuk sebuah syarikat pembinaan milik Datuk Lee Chong Wei di Bandar Puteri

Puchong dekat sini dan turut mencuri gambar praperkahwinan jaguh badminton negara itu dengan teman wanitanya, Wong Mew Choo.

6

Page 7: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

Tujuan Pendulu:

1. Untuk menarik perhatian pembaca

2. Memudahkan pembaca

7

Page 8: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

Jenis-jenis Pendulu (Berita Berat)

1. PENDULU TRADISIONAL @ PIRAMID TERBALIK

- Intro tradisional adalah pendulu yang ditulis secara piramid

terbalik.

- Fakta paling penting kejadian atau peristiwa atau kejadian

diletakkan paling atas diikuti dengan fakta-fakta penting yang

lain, fakta sokongan & maklumat-maklumat mendokong berita.

- Kebanyakan intro lazimnya menguatkan elemen siapa & apa.

8

Page 9: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

-Di kalangan siapa ada yang penting dan ada yang tidak begitu

penting. Kalau dia dikenali, kedudukannya @ jawatannya tidak

perlu disebut dalam intro.

Contoh 1 (libatkan orang yang terkenal)

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pakatan pembangkang terutama Pas supaya mengetepikan

perbezaan politik untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membantu pendaftaran pemilih

9

Page 10: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

tetapi nama tidak dikenali hanya akan menjadi intro dalam

musibah seperti kemalangan jalan raya, atau terlibat dalam

jenayah

Contoh 2 (libatkan orang yang tidak terkenal)

JOHOR BAHRU 15 Okt. - Seorang pengetua sekolah agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini dengan 14 pertuduhan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan

suapan berjumlah RM1,120,462.40 .

10

Page 11: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

2. INTRO SATU @ DUA BUTIR @ LEBIH

Intro @ pendulu boleh memuatkan satu @ dua butir @ lebih. Sebaik-baiknya intro hendaklah satu butiran. Dengan itu mudah untuk difahami.

Contoh intro 1 butir:

SHAH ALAM 16 Okt. - Mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon bakal menyambung pelajarannya ke peringkat sijil kemahiran di Pusat Latihan Perindustrian dan

Pemulihan (PLPP).

11

Page 12: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

Contoh intro 2 butir:

IPOH 15 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengambil ketetapan untuk menyokong serta membantu memenangkan Barisan Nasional (BN) pada

Pilihan Raya Umum Ke-13.

12

Page 13: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

Contoh intro 3@ lebih butir:

KOTA BHARU - Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan Darul Naim (kelate.net) menyifatkan kehilangan dua tonggak utama Red Warriors, Mohammad Ghaddar

dan Norfarhan Mohammad tidak menjejaskan persiapan.

13

Page 14: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

Jenis-jenis Pendulu (Berita Berterusan dan Berita Susulan)

Intronya hendaklah memberi perkembangan terbaharu

mengenai kejadian itu dan pada waktu yang sama dimuatkan

latar belakang kejadian itu. Ada dua jenis intro:-

1. Intro memikat

2. Intro naratif

14

Page 15: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

1. Intro Memikat

Mengaitkan isu yang diperkatakan dengan pembaca. Sering ditulis menggunakan teknik rencana.

Contoh:

KOTA BHARU - HIDUNG anda selalu tersumbat akibat selesema. Hingus anda berwarna kuning dan pekat. Anda juga sering batuk serta berasa penat dan pening. Malah, pipi, sekitar mata, tulang atas gigi dan dahi sering berasa gatal.

15

Page 16: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

2. Intro naratif

Gaya naratif memulakan intro dengan penuh drama dengan

tumpuan diberi kepada karektor utamanya.Intro ini terdapat

dalam berita jenayah atau mahkamah.

Contoh:

SHAH ALAM: Seorang suami yang berdrama sedih berikutan kematian isterinya serta mahu berita kematian itu tidak

dihebahkan, ditahan polis selepas bedah siasat mayat wanita itu mendapati lehernya mempunyai kesan lebam.

16

Page 17: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

2. Tubuh Berita

Terdapat maklumat penting di bahagian ini. Namun ia tidak sepenting bahagian pendulu. Ia merupakan huaian, rincian berita dari maklumat yang terdapat di bahagian pendahuluan.

Contoh:

SHAH ALAM 15 Okt. - Seorang lelaki yang membuat laporan isterinya mati akibat terjatuh di bilik mandi rumah mereka di Apartmen Kiambang, Taman Bukit Subang di sini Sabtu lalu, ditahan polis selepas pihak hospital menemui kesan lebam di leher mayat wanita itu.

Lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai tiga orang anak berusia 10 bulan, 6 dan 7 tahun itu ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pukul 4 petang semalam.

17

Page 18: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

3. Penutup Berita

Menempatkan maklumat yang tidak berapa penting dengan badan berita. Hanya untuk menyokong bahagian badan dan pendulu.

Contoh:

SHAH ALAM 15 Okt. - Seorang lelaki yang membuat laporan isterinya mati akibat terjatuh di bilik mandi rumah mereka di Apartmen Kiambang, Taman Bukit Subang di sini Sabtu lalu, ditahan polis selepas pihak hospital menemui kesan lebam di leher mayat wanita itu.

Lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai tiga orang anak berusia 10 bulan, 6 dan 7 tahun itu ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pukul 4 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek memaklumkan yang isterinya terjatuh di dalam bilik air ketika membawa wanita itu ke Hospital Sungai Buloh dekat sini.

18

Page 19: Unit 6  Format  Piramid Terbalik

4. Tubuh Berita

1.Laporan berita harus bersifat menyeluruh.

2.Ketertiban mengikuti gaya menulis berita.

3.Tepat di dalam penggunaan bahasa dan tatabahasa.

4.Gaya penulisan harus hidup, punyai makna, warna, dan

imaginasi.

19