unit histopatologi histopatologi/unit... · patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat. 7....
TRANSCRIPT
UNIT HISTOPATOLOGI
Ketua Unit Dr. Nik Hasimah Nik Yahya Phone +603 2615 5555 extension 5595 Email [email protected]
1. PENGENALAN
Unit Hisptopatologi terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
I. Makmal rutin
II. Makmal khusus (pewarnaan khas, immunohistokimia, makmal histopatologi molekular)
III. Makmal neuromuscular
IV. Makmal molekular
2. LOKASI KAMI
Makmal histopatologi rutin dan khusus ditempatkan di dalam kompleks makmal utama Jabatan
Patologi. Makmal neuromuskular dan molekular ditempatkan di institut neurologi, aras 1.
Rundingan diagnostik bersama pakar histopatologi dijalankan di Pusat Diagnostik Anatomik
Patologi (PDPA), yang berada di Institut dermatologi, bersebelahan dengan Auditorium
Dermatologi.
3. HUBUNGI KAMI
1. Ketua Unit dan Pakar Perunding Patologi (Dr. Nik Hasimah Nik Yahya): 5595
2. Pejabat Histopatologi : 5595
3. Pertanyaan laporan : 5603
4. Pakar Patologi : 5619, 5707, 5704
5. Bilik mikroskopi (Bilik pegawai perubatan dan pegawai saintifik) : 6851
6. Makmal rutin, pencelupan khas dan histopatologi khas : 5605
7. Makmal neuropatologi : 6651
8. Juruteknologi makmal perubatan kanan : 6572
4. PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
1. Ujian histopatologi tisu am (HPE rutin).
2. Irisan beku.
3. Histokimia (Pencelupan khas) - Rujuk kepada Lampiran 1 bagi senarai pewarnaan
khas.
4. Immunohistokimia (IHC) - Rujuk kepada Lampiran 2 bagi senarai antibodi bagi IHC
5. Mikroskopi immunofluorescent (IMF) - Rujuk kepada Lampiran 3 bagi senarai antibodi
untuk IMF
6. Histokimia enzim - rujuk kepada Lampiran 4 bagi senarai enzim untuk histokimia
enzim
7. Autopsi klinikal
8. Histopatologi molekular - rujuk kepada Lampiran 5 bagi senarai molekular.
5. PERKHIDMATAN SUB-KEPAKARAN
1. Patologi pediatrik
2. Neuropatologi
3. Patologi ginjal
4. Patologi neuromuskular
5. Patologi urologi
6. Patologi Ginekologi
7. Patologi ‘Bone and soft tissue’
8. Dermatopatologi
9. Molekular Patologi
Senarai nama pakar perunding patologi dan sub-kepakaran bersama dengan maklumat untuk dihubungi terdapat di Lampiran 6.
6. PERKHIDMATAN DILUAR WAKTU PEJABAT
Seorang Pakar histopatologi akan ditugaskan setiap 24jam bagi irisan beku, patologi pembedahan dan perkhidmatan autopsi klinikal. Beliau boleh dihubungi melalui operator hospital.
7. PERMOHONAN UJIAN HISTOPATOLOGI RUTIN
UJIAN ATAU PERKHIDMATAN HISTOPATOLOGI YANG LAIN 7.1 Ujian Histopatologi rutin
Gunakan borang permohonan berkarbon PER-PAT 301, diisi penuh dengan maklumat klinikal yang berkaitan bagi semua ujian histopatologi. Bagi permohonan segera, borang permohonan perlu ditandakan di bahagian kanan atas.
Makmal histopatologi memerlukan satu set borang bagi setiap permohonan (3 salinan berkarbon). Satu set borang memadai bagi permohonan dengan beberapa spesimen.
7.2 Irisan Beku
Temu janji dan perbincangan bersama pakar patologi pembedahan diperlukan sekurang-kurangnya sehari sebelum hari pembedahan bagi semua permohonan ujian irisan beku. Satu set borang permohonan perlu diisikan dan perlu dihartar makmal histopatologi bagi tujuan notifikasi. Borang permohonan bagi ujian irisan beku (HKL/JP/HI/AK-05-02) boleh didapati di pejabat histopatologi. (Lampiran 7 - A) Sekiranya permohonan irisan beku dibatalkan, sila maklumkan kepada pegawai perubatan / pakar patologi di talian 6851 atau 5603. Semua kes yang memerlukan ujian irisan beku perlu diutamakan dalam senarai pembedahan supaya ujian dapat dilakukan didalam waktu pejabat.
7.3 Autopsi klinikal
Autopsi klinikal atau bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca kematian kes-kes kematian yang bukan medico-legal. Perkhidmatan ini ditawarkan bagi pesakit-pesakit yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sahaja. Prosedur yang perlu diikuti
1. Doktor yang buat permohonan perlu mendapatkan kebenaran ahli keluarga terdekat. Gunakan Borang Keizinan Bedah Siasat Mayat Klinikal (Autopsi Klinikal HKL/JP/HI-BP- 02). Borang ini boleh didapatkan dari kaunter bilik mayat dijabatan forensik, Hospital Kuala Lumpur.
2. Sekiranya ahli keluarga terdekat tidak dapat dihubungi, pengarah hospital dan seorang pakar perubatan am perlu menandatangani borang keizinan.
3. Bagi pendatang asing yang ahli keluarga terdekat tidak dapat dihubungi, keizinan perlu didapatkan dari pegawai dari kedutaan negara yang berkaitan.
4. Pegawai perubatan yang buat permohonan untuk bedah siasat perlu berurusan terus dengan pegawai perubatan atau pakar histopatologi atas panggilan.
5. Bedah siasat biasanya dilakukan di dalam waktu pejabat. permohonan diluar waktu pejabat boleh dilakukan sekiranya diperlukan.
6. Talian 6851 atau 5603 boleh digunakan untuk menghubungi pegawai perubatan atau pakar patologi bagi permohonan bedah siasat waktu pejabat.
7. Bagi permohonan diluar waktu pejabat, pegawai perubatan atau pakar patologi boleh dihubungi melalui telefon. Jadual tugas dan nombor telefon pegawai perubatan atau pakar patologi bertugas boleh didapati di kaunter bilik mayat, jabatan forensik (ext. 6695) atau melalui operator.
8. Ringkasan klinikal bersama dengan nota-nota kes dan borang keizinan perlu dihantar ker pegawai perubatan atau pakar patologi bertugas.
9. Pakar klinikal yang membuat permohonan bedah siasat perlu hadir bersama ketika bedah siasat dilakukan.
7.4 Perkhidmatan histopatologi khusus / rujukan
Unit histopatologi menawarkan perkhidmatan khusus dalam bidang-bidang yang dinyatakan diatas. Rujukan bagi pendapat kedua atau pakar dialu-alukan.
I. Bagi rundingan:
Klient (pakar patologi atau pakar klinikal) boleh berhubung terus dengan pakar patologi khusus dalam bidang berkaitan.
II. Rujukan bagi pendapat pakar atau pendapat kedua
Bagi pesakit-pesakit HKL, doktor yang buat permohonan perlu melengkapkan borang permohonan seperti biasa dan hantar ke makmal histopatologi bersama dengan spesimen (tisu terbenam dalam paraffin, diwarnakan dan/atau tidak diwarnakan). Tisu terbenam dalam paraffin adalah lebih sesuai sekiranya ujian atau pewarnaan tambahan diperlukan.
Bagi kes-kes diluar hospital, spesimen bersama dengan surat rujukan perlu dihantar ke makmal histopatologi. permohonan perlu ditujukan kepada pakar patologi yang spesifik, bergantung kepada jenis kepakaran. Nombor fax untuk menghantar kembali laporan perlu di sertakan oleh doktor yang buat permohonan.
Kes-kes rujukan am dan sub-kepakaran selain daripada yang disenaraikan akan dikendalikan oleh pakar histopatologi atas panggilan pada hari berkenaan.
Bagi kes-kes yang pernah dilaporkan sebelumnya, laporan lama harus disertakan.
8. PENGUMPULAN DAN BEKAS SPESIMEN
Semua spesimen untuk ujian histopatologi rutin perlu diawetkan didalam Neutral buffered formaline (NBF) dan disimpan dalam bekas sesuai yang kalis bocor dan bersih. Bekas yang digunakan harus mempunyai pembukaan yang luas dan penutup jenis putar untuk mengelakkan kebocoran. Isipadu formalin yang digunakan mestilah sekurang-kurangnya 10 kali ganda isipadu spesimen untuk diawet. Elakan dari mengunakan bekas yang kecil untuk spesimen yang besar. Ini akan menyebabkan mengubah betuk spesimen dan tidak diawet dengan sempurna.Semua bekas spesimen harus menpunyai maklumat identifikasi yang sama seperti dalam borang permohonan. Secara ideal, beberapa spesimen kecil seperti spesimen biopsi gastrointestinal harus ‘ditetapkan’ diatas kertas turas dan dimasukkan ke dalam formalin dengan segera. Spesimen-spesimen dari bahagian anatomi yang berlainan harus dihantar dalam bekas-bekas berasingan dan disenaraikan dalam borang permohonan dengan jelas. Bagi kes-kes yang memerlukan kepastian ‘adequacy of surgical excision’ margin spesimen perlu ditandakan dengan tepat mengunakan sutures atau dalam gambarajah yang mewakili spesimen yang dihantar. Spesimen bagi irisan beku harus dihantar dalam bekas yang bersih tanpa pengawet. Spesimen bagi ujian histokimia enzim (acetyl cholinesterase) harus dihantar segera dalam bekas tertutup tanpa pengawet dan dilembabkan dengan normal saline untuk mengelak spesimen dari menjadi kering.
8.1 Biopsi otot (muscle biopsy)
Semua permohonan untuk ujian muscle biopsy perlu diaturkan bersama pakar patologi atau juruteknologi makmal (MLT) melalui talian 5605 sekurang-kurangnya sehari sebelum prosedur (biasanya otot biceps atau quadriceps memadai bagi kebanyakan kes). Maklumat-maklumagt penting yang perlu disertakan adalah seperti berikut:
Creatinine kinase
Lactate dehydrogenase (LDH)
Maklumat untuk menghubungi doktor yang merawat / nombor fax hospital
Sejarah salasilah keluarga dengan penyakit yang sama
Bagi biopsi terbuka (open biopsy):
Asingkan sekurang-kurangnya satu silinder mengandungi tisu otot berukuran 1.0x0.5x0.5cm dimana ukuran lebih kecil mewakili keratan rentas otot.
Untuk pemprosesan secara optimum, spesimen otot perlu dibungkus dalam kertas aluminum dan dihantar dalam bekas bersih yang kering dan kedap udara.
Bekas spesimen harus dihantar bersama ais atau ais jel (jangan gunakan ais kering).
Jangan ikat tisu otot untuk meregangkannya dan jangan letakan tisu otot diatas gauze.
Makmal akan terima spesimen sehingga 4 jam selepas sampel diambil. Diingatkan bahawa keputusan optimum diperoleh dari sampel yang dihantar secepat mungkin. Spesimen harus dihantar ker makmal histopatologi (pintu 6) 8.2 Renal Biopsy
Dinasihatkan agar perancangan lebih awal dilakukan bersama pakar patologi bagi permohonan-permohonan yang diperlukan dengan sangat segera. Dicadangkan dua spesimen dihantar bagi setiap permohonan ujian histopatologi (I.e tisu diawet dalam formalin untuk light microscope biasa dan satu lagi tisu tidak diawet untuk pencelupan immunofluorescent.
Renal biopsy untuk pencelupan immunofluorescence:
Sila ambil sekurang-kurangnya 3mm tisu teras yang segar
Spesimen harus dihantar segera dalam bekas bersih yang kedap udara
Sekiranya spesimen tidah dapat dihantar segera ke makmal, tisu segar harus diletakan
dalam phosphate buffer , dibungkus dengan baik dan dihantar dalam ais atau ais jel
Jangan letakan tisu atas gauze
9. PENGHANTARAN SPEISMEN HISTOPATOLOGI
Spesimen bagi ujian histopatologi rutin harus direndam dalam formalin dan dihantar ke kaunter penerimaan spesimen umum, tingkap 5. Tisu spesimen yang tidak diawet untuk tujuan pencelupan immunofluorescence dan histokimia enzim bagi biopsi otot harus dihantar segera ke makmal histopatologi. Tisu segar harus dibungkus dengan baik dan dihantar bersama ais atau ais kering sekiranya spesimen tidak dapat sampai ke makmal segera (terutamanya spesimen dari hospital lain). Bagi irisan beku, spesimen harus dihantar segera ke makmal histopatologi (Pintu 6) sebaik sahaja diambil dan doktor berkenaan akan tunggu untuk laporan ujian. Biopsi otot harus hantar ke makmal histopatologi (Pintu 6)
10. LAPORAN HISTOPATOLOGI
Laporan ujian histopatologi yang dilabel ‘segera’ akan boleh didapatkan dalam masa seminggu selepasspesimen diterima di makmal (kecuali kes-kes yang memerlukan pencelupan lanjut, pendapat kedua dan sebagainya)
Nota: Sila tinggalkan nama dan nombor telefon doktor yang membuat permohonan ujian bagi memaklumkan keputusan yang sampai lebih awal. Keputusan irisan beku akan dilaporkan kepada parkar bedah berkaitan melalui telefon atau melalui doktor yang membawa spesimen ke makmal dalam 1 jam. 10.1 Pertanyaan Berkenaan Laporan
Laporan HPE boleh disemak melalu sistem maklumat makmal (LIS) Doctor2U dari klinik atau wad masing-masing. Untuk peminta selain daripada HKL, laporan telah dihantar melalui email kepada jabatan masing-masing. Pemintaan untuk laporan salinan bagi tahun sebelum 2020 harus mengisi borang PERMOHONAN MENDAPATKAN SALINAN LAPORAN HPE UNIT HISTOPATOLOGI (HKL/JP/HI-BP-04) (Lampiran 7 – B)
11. SPESIMEN SELEPAS WASKTU PEJABAT
Semua spesimen untuk ujian histopatologi yang diambil selepas waktu pejabat harus diawetkan seperti biasa (dalam formalin) di dewan bedah atau wad pada suhu bilik. Spesimen perlu dihantar ke ke kaunter penerimaan spesimen umum pada waktu pejabat dan antara 900am hingga 1200 tengah hari pada hari sabtu.
12. PERSIDANGAN PATOLOGI KLINIKAL ANTARA JABATAN
Unit histopatologi akan mengadakan persidangan patologi klinikal clinicopathology conference (CPC) bersama jabatan-jabatan klinikal utama yang lain setiap bulan. Jadual persidangan akan dikeluarkan setiap awal tahun. Jabatan-jabatan klinikal yang terbabit perlu menghantar senarai nama-nama pesakit untuk diperbincangkan ke unit histopatologi sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh persidangan. Pertanyaan berkenaan persidangan patologi klinikal harus ditujukan kepada pegawai perubatan yang bertanggungjawab atau pakar patologi melalui talian 6851/5603.
13. MENGAMBIL KELUAR BLOK PARAFFIN ATAU SLAID KELUAR DARI UNIT HISTOPATOLOGI
Semua blik paraffin dan slaid pesakit diarkibkan di unit histopatologi.
Bagi sebab-sebab yang munasabah, bahan-bahan diagnostik (blok paraffin/slaid) dibenarkan dibawa keluar dari unit histopatologi. Beraturan berikut perlu digunapakai: i. permohonan untuk meminjam bahan-bahan diagnostic perlu dibuat oleh pakar.
ii. Pakar berkenaan perlu mengisi borang PERMOHONAN PEMINJAMAN /
PENGAMBILAN BAHAN DIAGNOSTIK UNIT HISTOPATOLOGI (HKL/JP/HI-BP-01)
(Lampiran 7 - C) yang boleh diperoleh dari makmal histopatologi.
iii. Borang yang telah dilengkapkan dengan penuh harus dihantar ke pejabat unit histopatologi
dan bahan berkenaan boleh diambil 3 hari bekerja dari tarikh penghantaran borang
permohonan ke pejabat.
iv. Blok paraffin dan slaid harus dipulangkan ke pejabat unit histopatologi dalam masa
sebulan.
14. MENGAMBIL KELUAR TISU DARI UNIT HISTOPATOLOGI
Semua spesimen yang dihantar ke unit histopatologi akan disimpandi makmal histopatologi sehingga 3 bulan selepas laporan rasmi dikeluarkan. Unit histopatologi membenarkan pesakit untuk mengambil kembali tisu, organ atau anggota badan atas permohonan. SIla ikuti langkah-langkah dibawah:
i. Pesakit atau keluarga terdekat perlu membuat permohonan rasmi dengan
melengkapkan borang PERMOHONAN PENGAMBILAN SPECIMEN / TISU UNIT
HISTOPATOLOGI (HKL/JP/HI-BP-02) (Lampiran 7 - D).
ii. Borang ini boleh didapati dari pejabat unit histopatologi.
iii. Borang yang telah dilengkapkan harus dihantar ker pejabat unit histopatologi.
iv. Tisu, organ atau anggota badan akan dibenarkan untuk diambil hanya selepas pakar
patologi menyiapkan laopran.
15. PERMOHONAN MENDAPAT GAMBAR MIKROSKOP DARI UNIT HISTOPATOLOGI
Gambar-gambar mikroskopik biasanya tidak diarkibkan secara rutin. Walau bagaimanapin, permohonan untuk mendapakan gambar-gambar mikroskop boleh dibuat oleh doktor pakar atau melalui pengesahan doktor pakar. I. Bagi tujuan pembentangan:
a) Doktor yang membuat permohoan harus menghubungi pakar patologi yang bertanggungjawab
b) Permohonan boleh dibuat mengunakan borang PERMOHONAN MENDAPATKAN GAMBAR HISTOPATOLOGI (HKL/JP/HI-BP-03) (Lampiran 7 - E). Borang ini boleh
didapati di makmal histopatologi. Borang yang lengkap harus dihantar kembali ke pajabat makmal histopatologi.
II. Bagi tujuan penerbitan: a) Doktor yang membuat permohoan harus menghubungi pakar patologi yang
bertanggungjawab dan borang permohonan harus dilengkapkan b) Abtrak penerbitan harus disertakan dan pakar patologi yang berkaitan harus
dinamakan sebagai ‘Co-author’ Gambar-gambar mikroskopik boleh didapati dalam dua minggu dari tarikh penghantaran borang. Hanya salinan ‘soft copy’ akan dikeluarkan dan pemohon harus menyediakan cakera padat untuk mendapatkan gambar-gambar yang dimohon dari unit histopatologi.
16. PENYELIDIKAN
Projek penyelidikan atau kajian bersama unit histopatologi amat dialu-alukan.
Projek penyelidikan atau kajian bersama unit histopatologi harus mendapatkan
pengesahan dari ketua jabatan Patologi.
Salinan kertas cadangan untuk penyelidikan harus dikemukakan seorang pakar patologi
dari unit histopatologi akan dinamakan sebagai ‘collaborator’ atau ‘co-researcher’.
Pakar pemyelidik akan membantu penyelidik untuk mendapatkan bahan-bahan kajian yang
diperlukan dari unit histopatologi
Semau slaid yang diarkibkan boleh dipinjam dan digunakan didalam unit sahaja.
Sekiranya blok paraffin diperlukan untuk ujian selanjutnya, ‘sectioning’ harus dilakukan di
stesen yang dikhaskan didalam unit.
Sebarang bahan yang diarkibkan tidak boleh dibawa keluar dari unit histopatologi
Lampiran 1
SENARAI PEWARNAAN KHAS
1. Alcian Blue
2. Congo Red
3. Cresyl Fast Violet
4. Fouchet (Bile)
5. Giemsa
6. Gomori Trichrome
7. Gram
8. Grocott-Gomori Methena Silver (GMS)
9. Leder Giemsa
10. Luxol Fast Blue
11. Masson Fontana
12. Masson Tichrome
13. Martius Scarlet Blue
14. Melanin Bleach
15. Mucicarmine
16. Oil Red O (Fat)
17. Orcein
18. PAAG
19. Periodic acid Schiff (PAS)
20. PAS / Alcian Blue
21. PAS + D
22. PAS + D/ Alcian Blue
23. Perl Prussian Stain
24. PTAH
25. Reticulin (Gordon/Sweet)
26. Rubeanic acid
27. Schmorl's reaction
28. Toluidine blue
29. Van Gieson
30. Von Kossa
31. Verhoeff Elastic Van Gieson (EVG)
32. Wade Fite
33. Warthin Starry
34. Ziehl-Neelson
LAMPIRAN 2
SENARAI ANTIBODI BAGI IMMUNOHISTOKIMIA
1. ABCB11 (BSEP)
2. ABCB4 (MDR3)
3. ACTH
4. AFP
5. ALK cl: DSF3
6. ALK PROTEIN
7. Alpha 1 ANTITRYPSIN
8. AMACR
9. AMYLOID A
10. AR1D1A
11. ATRX
12. B-CATENIN
13. BCL2
14. BCL6
15. Ber-EP4
16. BRAHYCURY
17. BRG1
18. C1q
19. C3c – IP
20. C4D
21. CA 125
22. CALCITONIN
23. CALDESMON
24. CALRETININ
25. CARBONIC ANHYDRASE IX (CA IX)
26. CD 1 – ALPHA
27. CD 10
28. CD 117
29. CD 138
30. CD 15
31. CD 163
32. CD 2
33. CD 20
34. CD 21
35. CD 23
36. CD 3
37. CD 30
38. CD 31
39. CD 34
40. CD 4
41. CD 43
42. CD 5
43. CD 56
44. CD 61
45. CD 68
46. CD 7
47. CD 79
48. CD 8
49. CDX2
50. CEA
51. CHROMOGRANIN A
52. CK 19
53. CK 20
54. CK 5/6
52.CK 7
53.CK AE1/AE3
55.CMV
56.C-MYC
57.CYCLIN D1
58.D2-40
59.DESMIN
60.DOG 1
61.EBER PROBE
62. E-CADHERIN
63. EMA
64. ER
65. ERG
66. F8
67. Fli 1
68. FSH
69. GATA3
70. GFAP
71. GH
72. GLUT 1
73. Glycophorin A
74. GLYPICAN-3
75. HBs Ag
76. HCG
77. HEPATOCYTE
78. HER-2
79. HHV-8
80. Histone H3
81. HLA-ABC Ag
82. HMB45
83. HMW CK
84. HPL
85. IDH-1
86. IDH-2
87. INHIBIN
88. INI-1
89. KAPPA
90. KI 67
91. LAMBDA
92. LCA
93. LH
94. LYSOZYME
95. MAMMAGLOBIN
96. MDM2
97. MELAN A
98. MIC 2
99. MLH 1
100. MPO
101. MSH 2
102. MSH 6
103. MUC 2
104. MUC4
105. MUC6
106. MUM 1
107. Myo D1
108. MYOGENIN
109. MYOGLOBIN
110. NAPSIN A
111. NB84
112. Neu N
113. NF
114. NKX2.2
115. NSE
116. P16
117. P40
118. P53
119. P63
120. PAN CK
121. PAX 5
122. PAX 8
123. PLAP
124. PMS2
125. POLE
126. PR
127. PROLACTIN
128. PSA
129. S100
130. SALL4
131. SAT B2
132. SDHB
133. SMA
134. SMAD4
135. SOX 10
128. STAT 6
129. SV40
130. SYNAPTOPHYSIN
131. Tdt
132. TFE 3
133. Thyroglobulin
134. TIA-1
135. TLE 1
136. Toxoplasma Gondii
137. TSH
138. TTF1
139. VIMENTIN
140. WILM'S TUMOUR 1
141. YAP1
LAMPIRAN 3
SENARAI ANTIBODI UNTUK IMMUNOFLUORESCENT
1. IgG
2. IgA
3. IgM
4. C3
5. C1q
6. Fibrinogen
LAMPIRAN 4
SENARAI ENZIM UNTUK HISTOKIMIA ENZIM
A/ RECTAL BIOPSY UNTUK PENYAKIT HIRCHSPRUNG’S Acetylcholinesterase B/ MUSCLE BIOPSY UNTUK NEUROMUSCULAR DISORDER 1. Acid phosphatase
2. Alkaline phosphatase
3. AT Pase (pH 4.3 TO 10.9)
4. Cytochrome Oxidase
5. Cytochrome Oxidase /Succinate dehydrogenase 6. NADH-TR 7. Succinate dehydrogenase
LAMPIRAN 5
SENARAI MOLEKULAR
1. HER-2 DDISH
2. EBER ISH
3. NMYC FISH
4. ETV6
5. EWSR1
LAMPIRAN 6
SENARAI PAKAR PERUNDINGAN HISTOPATOLOGI DAN SUBKEPAKARAN
Nama Pakar Bidang Subkepakaran Email Address Tel Ext.
No.
Dr. Arni Talib Head Of Department
Paediatric Pathology [email protected] 5594
Dr. Nik Hasimah Nik Yahya Head Of Unit
Renal Pathology [email protected] 5595
Datin Dr. Fauziah Kassim Neuropathology [email protected] 5623
Dr. Suryati Mohd Yusoff Neuromuscular Pathology [email protected] 7586
Dr. Zanariah Alias General Histopathology & Cytology
[email protected] 5619
Dr. Razmin Ghazali Gynaecological Pathology [email protected] 5243
Dr. Noraini Mohd. Dusa Bone And Soft Tissue Pathology
[email protected] 5704
Dr. Rosna Yunus Urological Pathology [email protected] 5619
Dr. Norhayati Omar Molecular Pathology [email protected] 7586
Dr. Hemlata Kumari Gnanasegaram
Transplant Renal Pathology [email protected] 5244
Dr. Zuliatul Faizah Baharom Training in Dermatopathology [email protected] 7586
Dr. Sellymiah Adzman Perinatal Pathology [email protected] 5707
Dr. Subasri Armon General Histopathology & Cytology
[email protected] 5244
Dr. Siah Hui Hui General Histopathology & Cytology
[email protected] 5707
Dr. Serena Diane Santhana Dass
Molecular Pathology [email protected] 5244
Dr. Nur Dini Jalaludin General Histopathology & Cytology
[email protected] 5707
Dr. Asmawiza Awang General Histopathology & Cytology
[email protected] 5243
Nota: Maklumkan bahawa semua Pakar Histopatologi telah pindah ke PUSAT
DIAGNOSTIC PATOLOGI ANATOMIK (PDPA) di lokasi aras 1, sebelah Auditorium
Dermatologi, blok institut Dermatologi.
LAMPIRAN 7 - A
BORANG PERMINTAAN FROZEN SECTION
LAMPIRAN 7 - B
PERMOHONAN MENDAPATKAN SALINAN LAPORAN HPE UNIT
HISTOPATOLOGI
LAMPIRAN 7 - C
PERMOHONAN PEMINJAMAN / PENGAMBILAN BAHAN DIAGNOSTIK
UNIT HISTOPATOLOGI
LAMPIRAN 7 – D (1)
PERMOHONAN PENGAMBILAN SPECIMEN / TISU UNIT
HISTOPATOLOGI
LAMPIRAN 7 – D (2)
PERMOHONAN PENGAMBILAN SPECIMEN / TISU UNIT
HISTOPATOLOGI
LAMPIRAN 7 – E
PERMOHONAN MENDAPATKAN GAMBAR HISTOPATOLOGI