unit pelajaran 11- alam haiwan invertebrata ii.(1)
TRANSCRIPT
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 1
UNIT PELAJARAN 11
ALAM HAIWAN – INVERTEBRATA II
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Membincangkan tentang haiwan dalam Filum Ctenophora.
2. Menghuraikan ciri-ciri haiwan dalam Filum Platyhelminthes.
3. Menerangkan tentang Filum Aschelminthes.
4. Memahami Filum Acanthocephala.
5. Membanding beza haiwan-haiwan dalam Filum Annelida.
PENGENALAN
Rajah 13.1 Sekumpulan hidupan di dasar laut.
Di dasar laut terdapat jutaan haiwan yang mendiaminya. Sering kali terdapat
hubungan antara haiwan di dasar laut dengan haiwan lain yang berenang atau
terampai di antara dasar dengan permukaan laut. Pada Rajah 13.1 terdapat sekumpulan
hidupan di dasar laut. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada haiwan-haiwan tersebut? Adakah ia
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 2
invertebrata? Betul! Haiwan-haiwan ini adalah invertebrata dan vertebrata. Apakah ciri-ciri
haiwan ini? Adakah kesemuanya daripada filum yang sama? Kenapa anda berkata demikian?
Selepas anda selesai aktiviti di atas, ambil sehelai kertas dan buat refleksi dengan menjawab
soalan-soalan berikut:
Tentukan ciri istimewa yang dimiliki oleh obor-obor?
Adakah terdapat persamaan di antara obor-obor dan cacing pipih?
Apakah ciri yang membolehkan cacing tanah berjaya hidup di darat?
Dapatkah anda menjawab soalan-soalan di atas? Dalam unit pembelajaran ini anda didedahkan
kepada ciri-ciri haiwan-haiwan daripada filum Ctenophora, Platyhelminthes, Aschelminthes,
Acanthocephala dan Annelida. Perbincangan tentang haiwan dalam filum-filum tersebut lebih
tertumpu kepada pengelasan haiwan tersebut dan ciri-cirinya.
ISI KANDUNGAN
i dalam bab yang lalu kita telah berbincang tentang tiga Filum Invertebrata. Dalam
bab ini anda akan diperkenalkan dengan lima lagi filum iaitu Ctenophora,
Platyhelminthes, Aschelminthes, Acanthocephala dan Annelida.
Apakah haiwan-haiwan dalam Filum Ctenophora?
tenophora menurut bahasa Greek bermakna haiwan bersikat (Ktenos = macam sikat;
phoroe = mempunyai). Filum ini merupakan kumpulan invertebrata yang kecil
bilangannya dan mempunyai bentuk badan macam Coelenterata. Invertebrata ini
sering dijumpai di kawasan laut tropika. Ia mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Tidak mempunyai nematosis. Ia mempunyai koloblas.
2. Bergerak dengan otot siliari.
3. Tiada selangan generasi. Ia terdapat dalam bentuk polip atau medusa, tidak kedua-
duanya.
4. Tiada larva planula. Perkembangan melalui peringkat sidipid.
5. Mempunyai tiga lapisan badan (triploblastik) iaitu ektoderma, mesoderma dan
endoderma.
6. Mempunyai simetri jejari dan juga bilateral serta lapan baris sesikat.
Lazimnya filum Ctenophora dibahagikan kepada dua kelas iaitu kelas Tentaculata dan kelas
Nuda (Rajah 13.2)
D
C
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 3
Rajah 13.2. Haiwan dalam filum Ctenophora, kelas Tentaculata (A) dan kelas Nuda (B).
Kelas Tentaculata
Kelas ini merupakan filum Ctenophora yang mempunyai tentakel yang dibahagikan kepada
empat order.
Order Cydippida Haiwan dalam order ini mempunyai dua tentakel yang bercabang dan boleh
dimasukkan ke dalam badan. Tubuhnya berbentuk sfera.
Order Lobata Haiwan yang mempunyai banyak tentakel di bahagian lateral. Bentuk badan
lonjong dan mempunyai empat lapet. Contoh haiwan dalam order ini ialah Deiopea.
Order Cestida Haiwan mempunyai bentuk badan macam reben dan pipih. Mempunyai dua
tentakel utama dan banyak tentakel yang kecil. Contoh haiwan dalam order ini ialah Cestus.
Order Platyctenea Haiwan mempunyai badan pipih dan mempunyai dua tentakel. Sesikat
terdapat pada larva dan tidak pada peringkat dewasa. Contoh haiwan dalam order ini ialah
Coeloplana.
Kelas Nuda
Haiwan Ctenophora dalam kelas Nuda tidak mempunyai tentakel. Kelas ini mempunyai hanya
satu order iaitu Order Beroida. Haiwannya mempunyai badan berbentuk lonjong. Bermulut
lebar dan gulet yang besar. Contoh haiwan dalam order ini ialah Beroe.
Cuba anda jawab soalan-soalan berikut:
Apakah ciri-ciri haiwan dalam filum Ctenophora?
Apakah kelas-kelasnya?
A B
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 4
Bina peta minda yang mengandungi filum, kelas, order dan contoh genus bagi filum
Ctenophora.
Apakah filum Plathyhelminthes?
latyhelminthes menurut bahasa Greek bermakna cacing pipih (Platy = pipih;
helminthes = cacing). Filum ini merupakan salah satu haiwan kumpulan Acelomata
(tanpa selom) dan merangkumi semua jenis cacing yang berbadan pipih sama ada
yang hidup bebas atau sebagai parasit. Spesies yang hidup bebas selalunya dijumpai
di kolam, parit, anak sungai dan di laut. Spesies yang menjadi parasit pula selalunya hidup
sebagai endoparasit dalam tubuh haiwan vertebrata termasuk manusia. Kumpulan ini dikenali
dengan nama trematod (fluk) dan sestod (cacing pita).
Platyhelminthes mempunyai organisasi tubuh yang lebih maju daripada Coelenterata. Oleh
yang demikian walaupun Platyhelminthes mempunyai saluran pencernaan yang seakan-akan
solenterata (berbentuk kantung dan tiada anus) tetapi ia mempunyai farinks yang lengkap
dengan otot dan ususnya pula bercabang-cabang. Sebagaimana yang terdapat pada
solentrata, proses pencernaan selalunya berlaku secara intrasel dan diselenggarakan oleh sel-
sel di dinding salur pencernaan. Walaupun Platyhelminthes tidak mempunyai sistem pernafasan
dan saluran darah tetapi ia mempunyai sistem perkumuhan dalam bentuk sel api. Ia juga
mempunyai organ pembiakan jantan dan betina dan satu sistem saraf yang baik. Kehadiran
struktur-struktur ini menunjukkan bahawa filum ini mempunyai organisasi yang lebih tinggi
daripada solentrata, iaitu peningkatan organisasi daripada peringkat tisu kepada peringkat
organ. Keadaan ini dimungkinkan dengan wujudnya lapisan mesoderma yang tebal di antara
lapisan ektoderma dan endoderma.
Platyhelminthes mempunyai ciri-ciri berikut iaitu mempunyai tiga lapisan tubuh (triploblastik):
ektoderma, mesoderma dan endoderma. Ia bersimetri bilateral; pipih macam daun. Salur
pencernaannya tidak sempurna; hanya satu bukaan keluar; tidak ada anus. Haiwan ini tidak
ada sistem edaran darah. Mereka selalunya hermafrodit. Ia mempunyai sel-sel api sebagai
alat perkumuhan. Ia hidup bebas dan ada juga beberapa daripadanya yang hidup sebagai
ektoparasit dan endoparasit.
Haiwan dalam filum ini terbahagi kepada tiga kelas penting iaitu kelas-kelas Turbellaria,
Trematoda dan Cestoda (Rajah 13.3).
P
A
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 5
Kelas 13.3. Haiwan-haiwan dalam kelas-kelas daripada filum Platyhelminthes, Turbellaria (A),
Trematoda (B) dan Cestoda (C).
Kelas Turbellaria
Kelas Turbellaria merangkumi lebih kurang 1500 spesies cacing pipih yang hidup bebas di air
tawar dan di air masin. Kelas ini mempunyai ciri-ciri berikut iaitu ia mempunyai badan yang
lembut, pipih dan bersilium. Epidermisnya mempunyai sel yang boleh merembeskan mukus.
Salur pencernaannya tidak sempurna; tanpa anus. Tidak mempunyai pelekat mahupun
proglotid. Bahagian anterior dipanggil ‘kepala’. Ia hidup bebas dan mempunyai
protonefridium (sel api) sebagai organ kumuh. Haiwan dalam kelas ini dapat dibahagikan
kepada lima order utama iaitu Acoela, Rhabdocoela, Tricladida, Polycladida dan
Temnocephalida.
Order Acoela merupakan Turbellaria yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu ia tidak mempunyai
farinks yang berotot. Haiwan ini tidak mempunyai usus dan ini digantikan dengan sel-sel
endoderma. Ia juga tidak mempunyai oviduktus, yolka dan kelenjar lain. Bersaiz kecil dan
kebanyakannya marin. Contoh haiwan dalam order ini ialah Convulata.
Order Rhabdocoela merupakan Turbellaria yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu ia bersaiz
kecil dan mempunyai salur makanan yang ringkas. Ususnya seperti kantung. Farinksnya
beraneka bentuk dan mulutnya terletak di bahagian anterior. Contoh haiwan dalam order ini
ialah Vortex.
Order Tricladida merupakan Turbellaria yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu ia mempunyai
usus yang mempunyai tiga cabang utama. Farinksnya berbentuk lurus dan mulutnya terletak di
tengah-tengah badan. Contoh haiwan-haiwan dalam order ini ialah Planaria, Dugesia,
Procerodes dan Bipalium.
Order Polycladida merupakan Turbellaria yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu kesemua
haiwan adalah marin dan mempunyai larva macam plankton (larva Muller). Ia berbentuk macam
daun dan mempunyai usus yang bercabang-cabang. Haiwan ini mempunyai farinks yang
berotot. Mulut terletak di bahagian posterior badan. Contoh haiwan dalam order ini ialah
Leptoplana.
B A C
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 6
Order Temnocephalida merupakan Turbellaria yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu ia
dijumpai di air tawar dan hidup sebagai ektokomensal pada Krustasea. Ia mempunyai pelekat
posterior dan tentakel di bahagian anterior atas mulut. Contoh haiwan dalam order ini ialah
Temnocephala.
Kelas Trematoda
Cacing trematod, juga dikenali dengan nama fluk. Ia kecil, pipih, tidak bersegmen dan
kesemuanya hidup sebagai parasit haiwan vertebrat. Umumnya kelas ini dibahagikan kepada
dua kumpulan iaitu trematod digenetik dan trematod monogenetik. Fluk digenetik lebih penting
kerana kumpulan ini selalunya parasit kepada manusia dan haiwan ternakan.
Haiwan Trematoda mempunyai lapan ciri utama iaitu tubuh badannya berbentuk pipih tanpa
segmen yang juga disebut fluk. Haiwannya mempunyai mulut, farinks dan sekum. Organ
pelekatnya berbentuk bulat. Ia merupakan haiwan hermafrodit kecuali Schistosome. Haiwan
merupakan ektoparasit dan endoparasit. Kitar hidupnya sama ada ringkas atau kompleks dan
selalunya melalui satu atau dua peringkat larva. Ia tidak mempunyai rongga badan dan
oviparous. Haiwan Trematoda mempunyai tiga order penting iaitu order-order Aspidobothrea,
Monogenea dan Digenea.
Order Aspidobothrea merupakan kumpulan Trematod yang tidak mempunyai pelekat oral,
tetapi mempunyai pelekat ventral yang besar dan berlekuk-lekuk disebut alveolus. Kitar hidup
tidak rumit dan selalunya menjadi ektoparasit Moluska. Contoh haiwan dalam order ini ialah
Aspidogaster.
Order Monogenea merupakan kumpulan Trematod yang merupakan ektoparasit utama pada
ikan dan kadangkala penyu atau amfibia. Tiap-tiap spesies menjadi parasit kepada perumah
yang spesifik dan mempunyai kitar hidup yang tidak rumit. Cacing ini selalunya tidak
mempunyai pelekat oral. Walau bagaimanapun ia mempunyai pelekat berbentuk cakera yang
besar bercangkuk di bahagian posteriornya. Alat ini dipanggil opistafor. Contoh haiwan-haiwan
dalam order ini ialah Gyrodactylus, Monocotyle, Polystoma dan Diplozoon.
Order Digenea mengandungi pelbagai cacing trematod yang menjadi parasit kepada manusia
dan haiwan ternakan. Mempunyai kitar hidup yang memerlukan dua atau lebih perumah
perantara. Oleh sebab Digenea penting daripada segi kesihatan awam dan ekonomi, maka ciri-
ciri asas cacing ini dibincangkan dengan terperinci. Jadual 13.1 pula menunjukkan spesies-
spesies yang menghabitat manusia.
Morfologi Trematod Digenea merupakan trematod yang selalunya berukuran kira-kira 2 -15
mm panjang tetapi sesetengahnya seperti Fasciola gigantica boleh mencapai 80 mm panjang.
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 7
Jadual 13.1. menunjukkan spesies-spesies Trematoda penting yang menghabitat manusia.
Spesies Habitat pada
perumah
Telur Jenis Moluska
(siput)
Perumah
perantara
Taburan
Fluk hati
Fasciola hepatica
Clonorchis sinensis
Salur hempedu
Salur hempedu
Salur pankreas
Najis (Tinja)
Najis (Tinja)
Lymnaea
Bithynia
Rumput
Ikan
Terutamanya di
negeri-negeri temperat
seperti China, Jepun
dan Asia Tenggara
Fluk paru-paru
Paragonimus westermani
Paru-paru
Air ludah
Melania
Krustasea
China, Jepun, Afrika
Barat, Asia Tenggara,
Ecuador
Fluk usus
Fasciolopsis buksi
Heterophyes heterophyes
Metagonimus yokogawi
Gastrodiscoides hominis
Usus kecil
Usus kecil
Usus kecil
Usus kecil
Najis (Tinja)
Najis (Tinja)
Najis (Tinja)
Najis (Tinja)
Segmentina
Pironella
Melania
Helicorbis
Tumbuhan
Ikan
Ikan
-
China, Asia Tenggara
Mesir, China, Jepun,
Asia Tenggara
China, Jepun, Asia
Tenggara
Asia Tenggara
Fluk Darah
Schistosoma
hematobium
S. mansoni
S. japonicum
Pundi air kencing
Mesenteri
Mesenteri
Urin
Najis (Tinja)
Najis (Tinja)
Bulinus
Biomphalaria
Oncomelania
-
-
-
Afrika, Timur Tengah
Afrika, Amerika
Tengah dan Amerika
Selatan
China, Jepun, Asia
Tenggara
Struktur luar Haiwan mempunyai badan yang pipih dan selalunya berbentuk lonjong. Ada juga
yang berbentuk sfera atau silinder. Kutikelnya selalu bersisik. Selalunya mempunyai dua
pelekat, satu di mulut (pelekat oral) dan satu lagi di bahagian ventral disebut asetabulum
(pelekat ventral).
Struktur dalam Haiwan tidak mempunyai rongga dalam dan ruang dipenuhi oleh sel-sel
parenkima. Saluran pencernaan mempunyai mulut, farinks, esofagus tetapi tanpa anus.
Kadang-kadang salur pencernaan ini bercabang-cabang yang dipanggil sekum.
Sistem perkumuhan Haiwan Trematoda yang mempunyai organ pengumpul yang istimewa
dengan tubul yang menjalar ke parenkima. Setiap tubul berakhir di sel api. Sistem ini terbuka
keluar dengan adanya liang posterior.
Sistem pembiakan Haiwan mempunyai sistem pembiakan yang kompleks dan hermafrodit
kecuali Schistosome.
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 8
Alat pembiakan jantan Mempunyai sepasang testis yang selalunya berbentuk bulat. Mempunyai
sepasang vas deferens. Vas deferens bersatu dan menjalar ke kantung sirus yang
mengandungi sirus, berbentuk macam zakar dan digunakan semasa kopulasi.
Alat pembiakan betina Mempunyai satu ovari dan oviduktusnya pendek. Reseptakulum seminis
merupakan tempat spermatozoa disimpan. Terdapat saluran Laurer dan mempunyai kelenjar
vitelin. Ootaip dikelilingi oleh kelenjar Mehlis. Ovum yang telah bersenyawa akan masuk ke
ootaip sebelum ke uterus yang merupakan tempat menyimpan telur.
Kelas Cestoda
Kelas Cestoda merupakan kumpulan cacing helmin yang kesemuanya hidup sebagai
endoparasit haiwan vertebrat. Kumpulan ini berbadan panjang, pipih, bersegmen macam reben
atau pita rakaman. Oleh yang demikian cacing ini juga dikenali dengan nama cacing pita.
Kumpulan ini penting daripada segi ekonomi dan kesihatan awam kerana ia adalah parasit
kepada manusia dan haiwan ternakan. Kelas Cestoda mempunyai beberapa ciri iaitu berbadan
pipih, kelihatan seperti pita dan berukuran kira-kira 1 m hingga 12 m panjang. Badannya tanpa
epidermis, silium, mulut dan salur pencernaan. Badan bersegmen disebut proglotid atau
strobilum. Mempunyai tiga bahagian badan iaitu skoleks, leher dan strobilum atau proglotid.
Skoleks mempunyai pelekat dan cangkuk. Organ pembiakannya adalah hermafrodit. Jadual
13.2 membincangkan tentang spesies-spesies yang memudaratkan manusia.
Cuba anda lakukan aktiviti dan jawab soalan-soalan berikut:
Bezakan di antara ketiga-tiga kelas dalam filum Platyhelminthes berdasarkan ciri yang
haiwan ada.
Adakah haiwan-haiwan ini mudah dijumpai?
Pilih satu ciri yang membolehkan endoparasit Platyhelminthes beradaptasi dengan
jayanya. Berdasarkan ciri tersebut, cadangkan bagaimana manusia boleh
menyingkirkan endoparasit tersebut?
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 9
Jadual 13.2. Spesies-spesies Cestoda manusia yang penting.
Cestoda Skoleks Testis Uterus Kitar hidup Sebaran
Taenia saginata
Taenia solium
Pelekat; tanpa
cangkuk
Pelekat mempunyai 2
baris cangkuk
300-400
150-200
Lebih daripada
13 cabang
Kurang daripada
13 cabang
Manusia Lembu
Manusia Babi
Kosmopolitan
Diphyllobothrium
latum
Tanpa pelekat dan
cangkuk, skoleks
mempunyai dua alur
Lebih
daripada
300
Berlingkar roset
Manusia Cyclops
Ikan
Karnivor
Negeri
sederhana
sejuk
Echinococcus
granulosus
Echinococcus
multilocularis
Pelekat mempunyai
dua baris cangkuk
yang kecil
Pelekat mempunyai
dua baris cangkuk
yang kecil
35-65
15-30
Macam karung
Macam karung
Kambing Anjing
Manusia
Roden Musang
Manusia
Kosmopolitan
Kosmopolitan
Hymenolepis nana
Hymenolepis
diminuta
Pelekat – 1 baris
cangkuk
Pelekat – tanpa
cangkuk
3
3
Berbentuk
karung
Berbentuk
karung
Manusia Manusia
Roden Arthropoda
Roden Manusia
Negeri-negeri
Tropika dan
Subtropika
Kosmopolitan
Bina peta minda yang mengandungi filum, kelas, order dan contoh genus bagi filum
Platyhelminthes.
Apakah yang terdapat pada haiwan dalam filum Aschelminthes?
ilum ini merupakan invertebrata yang mempunyai pseudoselom, bersimetri bilateral
dan mempunyai saluran pencernaan yang sempurna. Walau bagaimanapun, haiwan
dalam filum ini tidak mempunyai apa-apa sistem pernafasan atau peredaran darah dan
ia juga tidak mempunyai pengsegmenan yang sempurna. Jantinanya berbeza iaitu ada
jantan dan betina dan proses perkumuhan dilakukan oleh protonefridium.
F
B
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 10
Filum ini selalunya dibahagikan kepada lima kelas. Lima kelas ini terdapat dalam dua Subfilum
iaitu Trochelminthes dan Nemathelminthes (Rajah 13.4).
Rajah 13.4. Lima kelas dalam filum Aschelminthes, Gastrotricha (A), Rotifera (B), Kinoryncha
(C), Nematoda (D) dan Nematomorpha (E).
Subfilum Trochelminthes
Subfilum ini mempunyai lima ciri utama iaitu haiwannya mikroskopik (kecil). Haiwan mempunyai
silium dan kaki yang bercabang dua. Pembiakannya secara partenogenesis. Mempunyai
protonefridium. Haiwan menghabitat persekitaran marin atau di air tawar. Haiwan dibahagikan
kepada tiga kelas iaitu Gastrotricha, Rotifera dan Kinoryncha.
Subfilum Nemathelminthes
Lima ciri utama haiwan dalam Subfilum ini ialah haiwannya mempunyai badan berbentuk
silinder. Badannya tidak mempunyai segmen. Dinding badan hanya mempunyai otot membujur.
Haiwan ini tidak mempunyai sel api. Kebanyakan haiwan hidup secara parasit. Haiwan
dibahagikan kepada dua kelas iaitu Nematoda dan Nematomorpha.
A
D
C B
E
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 11
Kelas Rotifera
Rotifera mempunyai pelbagai rupa bentuk badan bergantung pada jenis lorikanya. Rotifera
selalunya dijumpai di air tawar, walaupun ada beberapa spesies yang menghuni di air masin.
Ada juga yang hidup secara parasit. Kumpulan ini merupakan kumpulan Metazoa yang paling
kecil. Bentuknya yang beraneka dan berwarna-warni menjadikan kumpulan ini sangat cantik
dilihat melalui mikroskop.
Ciri-ciri haiwan dalam kelas Rotifera adalah haiwannya mempunyai pseudoselom. Bersaiz kecil,
beraneka bentuk dan akuatik. Ia mempunyai ‘cakera trokos’ atau ‘korona’ yang boleh dihulur
dan ditarik keluar pada bahagian anterior badan. Bahagian posteriornya mempunyai ‘kaki’ yang
bercabang dua. Ia bergerak dengan silium dan otot. Farinksnya mempunyai struktur pengunyah
yang disebut mastaks. Haiwan ini berkutikel. Dari segi organ pembiakan, individu mempunyai
seks yang berbeza, ada jantan dan betina. Yang betina lebih besar daripada yang jantan.
Partenogenesis selalu berlaku. Ia mempunyai sel api untuk perkumuhan. Contoh haiwan bagi
kelas ini ialah Rotifera.
Kelas Gastrotricha
Gastrotricha merupakan kumpulan haiwan invertebrata pseudoselom yang ditemui di air masin
(marin) dan air tawar. Badannya panjang, pipih dan mempunyai kepala, leher dan badan.
Ciri-ciri haiwan dalam kelas ini adalah akuatik, sama ada marin atau air tawar. Badannya tidak
bersegmen dan berbentuk cacing. Ia tidak mempunyai struktur istimewa di bahagian anterior
Bahagian posteriornya selalu bercabang dua. Badannya dipenuhi dengan barisan-barisan
silium. Ia mempunyai sel api untuk perkumuhan. Individu sama ada hermafrodit atau betina
partenogenetik. Contoh haiwan bagi kelas ini ialah Chaetonotus.
Kelas Kinorhyncha
Kumpulan ini hanya didapati menghabitat di air masin dan selalunya dijumpai terbenam di pasir
dan lumpur di tepi-tepi pantai. Haiwannya kecil dan badannya mempunyai segmen yang tidak
sempurna.
Kinorhyncha mempunyai ciri-ciri berikut iaitu ia marin, kecil dan berbentuk macam silinder.
Badannya tanpa silium. Mempunyai kepala yang berduri dan boleh dihulur dan ditarik ke dalam.
Bahagian posteriornya berduri. Mempunyai kutikel yang terbina daripada kitin. Badannya
mempunyai 13 atau 14 segmen. Setiap individu mempunyai seks berbeza iaitu ada jantan dan
betina. Contoh haiwan bagi kelas ini ialah Echinoderella.
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 12
Kelas Nematomorpha
Cacing dalam kelas ini berbentuk seperti cacing nematod tetapi kecil dan mempunyai badan
yang panjang dan berlingkar-lingkar. Nematomorpha dewasa selalunya hidup bebas sementara
peringkat larva parasit kepada serangga seperti larva pepatung, kumbang dan belalang.
Nematomorpha mempunyai ciri-ciri berikut iaitu badannya kecil, panjang dan macam silinder.
Bahagian posterior dan anteriornya tidak mempunyai apa-apa struktur istimewa seperti yang
terdapat pada cacing nematod. Epidermis mempunyai kutikel yang elastik tetapi tanpa garis-
garis lateral. Haiwan ini tidak mempunyai sistem perkumuhan. Seksnya berbeza di antara
individu yang berbeza. Sistem sarafnya terdiri daripada himpunan cecincin di esofagus dan satu
saraf tunjang ventral. Contoh haiwan bagi kelas ini ialah Gordius (cacing bulu kuda).
Kelas Nematoda
Kelas Nematoda merupakan cacing yang paling besar yang terdapat dalam kumpulan
invertebrata pseudoselom. kumpulan invertebrata pseudoselomat. Kebanyakannya hidup bebas
di air dan di tanah tanih. Sebilangannya menjadi parasit kepada haiwan dan juga tumbuhan.
Dari segi individu, nematod merupakan kedua paling banyak selepas serangga. Dianggarkan
bahawa 15 cm permukaan tanah boleh mengandungi berjuta-juta nematod; sebiji epal yang
sedang reput telah ditemui mengandungi kira-kira 90 000 cacing gelang pelbagai spesies.
Mungkin satu hari nanti nematod boleh menggantikan serangga sebagai haiwan yang
terbanyak dan terhandal di dunia ini. Mengikut evolusi, nematod berada di antara
Platyhelminthes dan Moluska dari segi kepelbagaian dan bilangannya.
Ciri-ciri Nematoda ialah ia mempunyai bentuk badan macam silinder dan tidak bersegmen. Ia
mempunyai saiz yang berbeza. Badannya diselaputi oleh kutikel. Mempunyai kepala, ekor,
rongga badan, sistem saraf dan sistem pembiakan. Mempunyai saluran pencernaan yang
sempurna iaitu mulut, esofagus, usus, rektum dan anus. Esofagus selalunya bermacam-macam
bentuk, sementara gigi atau seumpamanya terdapat di mulut. Mulut selalu berbentuk bulat dan
sesetengah nematod ada mempunyai ‘bibir’. Jantinanya berbeza, ada jantina dan betina. Pada
amnya bertelur, manakala ada pula yang vivipari atau berkembang secara partenogenesis.
Mempunyai peringkat telur, larva dan dewasa. Larva membesar dengan menyalin kulit;
peringkat infektif masuk ke dalam badan manusia secara aktif, iaitu tertelan atau dimasukkan
oleh vektor. Semasa peringkat dewasa atau di dalam perumah tetap, parasit nematod tidak
bertambah bilangannya.
Sistem Pembiakan
Cacing nematod jantan mempunyai alat pembiakan seperti testis, vas deferens, seminal
vesikel, duktus ejakulator dan spikul. Saluran pembiakan ini juga selalunya bersambung dengan
usus di bahagian anus yang dipanggil kloaka. Jadual 13.3 menunjukkan spesies Nematoda
yang menghabitat manusia.
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 13
Jadual 13.3. Spesies Nematoda manusia yang penting.
Spesies Cara
Jangkitan
Habitat pada
Perumah
Taburan
Onchocerca volvulus
Wuchereria bancrofti
Brugia malayi
Loa-loa
Dipetalonema perstans
Mansonella ozzardi
Dirofilaria dan spesies-
spesies haiwan lain
Simulium
Culex
Anopheles
Mansonia
Chrysops
Culicoides
Culicoides
Nyamuk
Kutaneus
Limfa
Limfa
Subkutaneus
Peritoneum
Peritoneum
Subkutaneus
Jantung
Afrika, Yaman, Selatan Asia, Amerika
Selatan, Kepulauan Pasifik, Asia
Tenggara
Afrika, Yaman, Selatan Asia, Amerika
Selatan, Kepulauan Pasifik, Asia
Tenggara
Afrika, Yaman, Selatan Asia, Amerika
Selatan, Kepulauan Pasifik, Asia
Tenggara
Afrika (hutan tropika)
Afrika, Amerika Selatan
Amerika Selatan, India Barat
Afrika, Amerika, Asia
Dracunculus
medinensis
Angiostrongylus
cantonensis
Trichinella spiralis
Anisakis
Ancylostoma
duodenale
Necator americanus
Krustases Cyclops
(mulut)
Siput, Krustasea
Sista dalam
daging (mulut)
Ikan (mulut)
Mulut (Larva L3)
Kulit (Larva L3)
Kulit (Larva L3)
Subkutaneus
Otak
Usus keil
Usus
Usus kecil
Usus kecil
Afrika, Timur Tengah, Asia
Kepulauan Pasifik
Kosmopolitan
Eropah, Jepun
Asia, Afrika
Afrika, Asia, Amerika, Kepulauan
Pasifik
Strongyloides
stercoralis
Ascaris lumbricoides
Trichuris trichiura
Enterobius vermicularis
Trichostrongylus sp.
Kulit (Larva L3)
Mulut (telur)
Mulut (telur)
Mulut (telur)
Mulut (telur)
Usus kecil
Perut dan usus
kecil
Sekum
Usus besar
Usus kecil
Afrika, Asia, Amerika, Kepulauan
Pasifik
Kosmopolitan
Kosmopolitan
Kosmopolitan
Asia, Timur Tengah, Afrika
Ancylostoma sp.
(migrasi larva di
integumen)
Toxocara
(migrasi larva di visera)
Kulit
Mulut
Hati, mata, otak
Afrika, Amerika, Asia, Kepulauan
Pasifik
Kosmopolitan
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 14
Nematod betina pula mempunyai ovari, oviduktus, seminis reseptikulum, uterus, vagina dan
vulva. Cara cacing betina melahirkan anak juga berbeza:
a) Vivipar (Viviparous) : Melahirkan larva, seperti W. bancrofti dan T. spiralis.
b) Ovipar (Oviparous) : Bertelur, seperti A. lumbricoides dan T. trichura.
c) Ovovivipar (Ovo-viviparous): Menghasilkan telur yang mengandungi larva yang
serta-merta menetas, seperti S. stercoralis.
Kelas Nematoda dibahagikan kepada dua subkelas, Adenophorea dan Secernenrea dan tiga
order berikut iaitu order-order Enoplida, Rhabditida dan Spirurida.
Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:
Dapatkah anda sebutkan ciri-ciri haiwan Aschelminthes?
Bezakan haiwan dalam kelas Rotifera dan kelas Nematoda?
Bolehkah anda nyatakan kepentingan ekonomi filum Aschelminthes?
Bina peta minda yang mengandungi filum, Subfilum dan kelas bagi filum
Aschelminthes.
Bagaimana haiwan dalam filum Acanthocephala berbeza daripada
haiwan lain?
umpulan cacing ini merupakan parasit usus vertebrata. Cacing ini juga disebut ‘cacing
kepala berduri’ dan mempunyai probosis yang berduri dan boleh dihulur keluar. Larva
cacing ini selalunya memerlukan artropod (serangga dan krustasia) sebagai perumah
perantaranya.
Cacing ini mempunyai ciri-ciri berikut iaitu berbadan kecil, panjang dan macam silinder.
Bahagian anteriornya mempunyai probosis yang boleh dimasukkan atau dihulurkan keluar.
Probosis ini dilengkapi dengan duri. Bahagian posteriornya tumpul dan mengandungi struktur-
struktur genital. Haiwannya tidak mempunyai saluran pencernaan dan epidermisnya diselaputi
oleh kutikel. Sistem perkumuhan berbentuk macam sel api. Haiwan dalam filum ini tidak
mempunyai silium dan bergerak dengan otot. Individu mempunyai seks yang berbeza, ada
jantan dan betina. Larva selalunya menjadi parasit kepada artropod sementara cacing dewasa
menghuni di saluran-saluran pencernaan haiwan vertebrata.
Terdapat tiga order dalam filum ini iaitu order-order Archiacanthocephala, Palaeacanthocephala
dan Eoacanthocephala (Rajah 13.5).
K
C
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 15
Rajah 13.5. Haiwan-haiwan daripada order Archiacanthocephala (A), Palaeacanthocephala (B)
dan Eoacanthocephala (C).
Order Archiacanthocephala
Kumpulan ini mempunyai probosis yang kecil dengan cangkuk-cangkuknya berbaris membulat.
Ia mempunyai alat perkumuhan. Selalunya menjadi parasit kepada burung dan mamalia.
Misalnya, Macracanthorhynchus hirudinaceus (parasit babi) dan Moniliformis moniliformis
(parasit mamalia kecil).
Order Palaeacanthocephala
Cangkuk di probosis berbaris bulat diselangi dengan baris radial. Tidak mempunyai alat
perkumuhan dan selalunya menjadi parasit kepada ikan, amfibia, burung akuatik dan mamalia
laut. Perumah pertama adalah krustasia. Misalnya ialah Acanthocephalus yang menjadi parasit
kepada ikan dan amfibia. Echinorhynchus salvelini yang menjadi parasit kepada ikan trout.
Order Eoacanthocephala
Cangkuk di probosis berbentuk radial, tanpa alat perkumuhan. Menjadi parasit kepada ikan dan
reptilia. Perumah pertama adalah artropod akuatik. Misal Neochinorhynchus dijumpai dalam
penyu.
Cuba anda jawab soalan-soalan berikut:
Apakah ciri-ciri haiwan dalam filum Acanthocephala?
Bagaimanakah anda membezakan haiwan dalam filum ini dengan Platyhelminthes?
Pada pendapat anda, ciri apakah yang membuatkan Acanthocephala berjaya?
Bina peta minda yang mengandungi filum dan order bagi filum Acanthocephala.
D
A B C
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 16
Apakah yang terdapat pada haiwan dalam filum Annelida?
nnelida merupakan filum yang menurut bahasa Greek bermakna berbentuk cincin
(Annulus = cincin; eidos = bentuk). Filum ini merupakan salah satu kumpulan haiwan
yang mempunyai selom yang sebenar, iaitu selom yang diselaputi oleh mesoderma
yang mempunyai epitelium (Rajah 13.2). Pada haiwan yang lebih maju seperti filum
Arthropoda, Mollusca dan Vertebrata, fungsi selom adalah sebagai alat hidrostatik, rangka dan
ruang perivisera pupus dan digantikan dengan sistem darah dan sistem rangka.
Rajah 13.2 menunjukkan keratan melintang Coelenterata (A), Platyhelminthes (B), Nematoda
(C) dan Annelida (D) menunjukkan kedudukan rongga badan (selom).
Rajah 13.2 menunjukkan kedudukan rongga badan pelbagai jenis cacing iaitu (A) menunjukkan
Coelenterata tanpa rongga badan. Pada haiwan ini hanya terdapat dua lapisan germa. (B)
menunjukkan Platyhelminthes mempunyai badan jenis aselom. Badannya tanpa rongga,
lapisan antara ektoderma dan endoderma dipenuhi oleh mesoderma. (C) merupakan bentuk
badan Nematoda yang mempunyai badan jenis pseudoselom. Ia mempunyai rongga tubuh
tetapi tidak diselaputi sepenuhnya oleh lapisan mesoderma. Annelida (D) mempunyai badan
berselom. Rongga badannya sempurna dan diselaputi sepenuhnya oleh lapisan mesoderma.
Satu perkara yang menarik mengenai cacing annelid ialah tubuh cacing ini dibahagi-bahagikan
kepada beberapa septum. Septum-septum ini bermula daripada dinding usus hingga ke
epidermis. Setiap septum mempunyai struktur yang sama dengan septum yang lain. Oleh yang
demikian organ-organ seperti sistem saraf, salur darah, tisu otot dan organ perkumuhan
terdapat pada setiap segmen. Pengsegmenan sedemikian rupa disebut pengsegmenan
metamerik.
Annelid merupakan kumpulan yang besar dan dijumpai di darat dan di laut. Kumpulan ini
selalunya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu ia adalah simetri bilateral dan tubuhnya berbentuk
silinder. Badannya mempunyai pengsegmenan metamerik. Terdapat segmen praoral yang
disebut prostomium. Salur pencernaan merupakan satu tiub yang lurus dan berakhir dengan
anus. Mempunyai sistem saraf yang sempurna iaitu ia bermula dengan ganglion praoral,
bercantum dengan ganglion di esofagus dan berhubung pula dengan saraf tunjang bahagian
ventral. Epidermis mempunyai kutikel. Terdapat apendej yang disebut setae pada setiap
segmen Oligochaeta. Kelas Polychaeta mempunyai tentakel di kepala dan setae pada bahagian
parapodium lateral. Kelas Hirudinea tidak mempunyai setae.
A
Ektoderma
Mesoderma
Endoderma
pseudoselom lumen
lumen
A B C D
rongga
gastrovaskular
selom
lumen
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 17
Filum ini mempunyai selom sebenar iaitu ruang di antara salur pencernaan dan dinding badan.
Dinding badan mempunyai otot bulat di bahagian luar dan otot membujur di bahagian dalam. Ia
mempunyai sistem peredaran darah yang tertutup. Pernafasannya berlaku melalui epidermis
atau insang. Ia mempunyai nefridium pada setiap segmen untuk proses perkumuhan. Seks
terpisah atau hermafrodit. Larvanya selalu berbentuk trokofor. Filum ini dibahagikan kepada
tiga kelas iaitu kelas-kelas Polychaeta, Oligochaeta dan Hirudinea (Rajah 13.6).
Rajah 13.6. Kelas Polychaeta (A), Oligochaeta (B) dan Hirudinea (C).
Kelas Polychaeta
Kelas ini merupakan annelid yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu ia mempunyai bahagian
kepala yang jelas dan bertentakel, mata, antena dan sepasang palpa. Setiap segmen
mempunyai sepasang parapodium. Mempunyai farinks yang boleh dihulur keluar dan
mempunyai sepasang rahang yang berkitin. Kesemuanya marin. Mempunyai tiga order iaitu
order-order Errantia, Sedentaria dan Myzostomaria.
Order Errantia merupakan polikit yang berenang-renang di tepi pantai dan mempunyai
parapodium yang berasikular. Contoh haiwan dalam order ini ialah Nereis.
Order Sedentaria mempunyai haiwan-haiwan yang hidup di dalam lubang dan jarang-jarang
sekali keluar berenang-renang dan merayau-rayau. Mempunyai parapodium kecil tanpa asikular
dan tidak mempunyai rahang. Segmen badan berbeza dan seluruh badan boleh dibahagikan
kepada bahagian-bahagian tertentu. Ia mempunyai brankium di bahagian anterior badan.
Mempunyai lima famili yang dikenali dengan Chaetopteridae, Terebellidae, Arenicolidae,
Sabellidae dan Serpulidae. Antara contoh haiwan dalam famili-famili ini masing-masing ialah
Chaetoptera, Terebella, Arenicola, Sabella microphthalma dan Hydroides hexagonus.
Order Myzostomaria merupakan Polychaeta yang mempunyai badan yang istimewa yang
telah diubahsuai untuk hidup sebagai parasit Echinodermata. Badannya bulat, pipih dan pada
badan luarnya tidak kelihatan pengsegmenan. Lima pasang parapodium berasikular dan
cangkuk terdapat pada bahagian ventral. Sepuluh pasang siri juga terdapat di tepi badan. Di
A B C
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 18
antara parapodium terdapat empat pasang pelekat misalnya Myzostoma cubanum yang
selalunya menjadi parasit kepada krinoid.
Kelas Oligochaeta
Kelas ini merangkumi cacing tanah dan beberapa spesies annelid air tawar. Cacing ini
memainkan peranan penting untuk kesuburan tanah. Oleh yang demikian kumpulan ini amat
berguna dalam pertanian.
Ciri-ciri Oligochaeta termasuklah tidak mempunyai ‘kepala’ mahupun parapodium. Mempunyai
setae pada setiap segmen. Mempunyai ‘prostomium’ yang kecil dan berbentuk seperti kon.
Mempunyai selom yang luas dan dibahagi-bahagikan oleh septum. Tidak mempunyai pelekat.
Ia adalah hermafrodit dan mempunyai klitelum (boleh merembeskan kokon) yang jelas.
Mempunyai tiga order iaitu order-order Plesiopora, Prosophora dan Opisthopora.
Order Plesiopora merupakan Oligochaeta yang kecil dan kebanyakannya berhabitat akuatik.
Mempunyai sistem perkumuhan berbentuk mikronefrostom dan vas deferentia terdapat di
segmen selepas testis. Mempunyai empat famili yang dikenali dengan Aeolosomatidae,
Naididae, Tubificidae dan Enchytraeidae. Antara contoh haiwan dalam famili-famili ini masing-
masing ialah Aeolosoma hemprichi, Nias elinguis, Tubifex tubifex dan Enchytraeus albidus.
Order Prosophora merupakan Oligochaeta yang mempunyai bukaan vas deferentia pada
segmen yang sama dengan testis. Mempunyai dua famili yang dikenali dengan Lumbriculidae
dan Brachiobdellidae. Antara contoh haiwan dalam famili Lumbriculidae ialah Lumbriculus
variegatus.
Order Opisthopora merupakan cacing-cacing tanah yang bukaan vas deferentianya terletak di
segmen selepas testis. Ia selalunya besar dan membiak secara seksual. Terdapat dua famili
iaitu Lumbricidae dan Megascolecidae. Antara contoh haiwan dalam famili-famili ini masing-
masing ialah Lumbricus terrestris dan Pheretima.
Kelas Hirudinea
Kelas ini merupakan haiwan yang merangkumi lintah dan pacat. Kebanyakan hidup sebagai
parasit, menghisap darah vertebrata dan invertebrata. Lintah menghisap darah dengan
menggunakan pelekat dan gigi yang terdapat di mulut. Ia juga mengeluarkan hirudin (enzim)
yang boleh menghalang darah daripada beku.
Kelas ini mempunyai ciri-ciri berikut iaitu tidak mempunyai parapodium. kecil kerana kehadiran
tisu botrioidol. Selalunya mempunyai dua pelekat, satu di mulut, anterior dan satu di posterior.
Tubuhnya pipih seperti Platyhelminthes tetapi mempunyai bilangan segmen yang khusus.
Setiap segmen selalunya dibahagikan kepada bahagian anuli yang tertentu. Oleh yang
demikian terdapat kira-kira 1-14 anuli per segmen sebenar. Misalnya Hirudo mempunyai lima
anuli per segmen sementara Glossiphonia hanya tiga. Selalunya haiwan tidak mempunyai
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 19
setae. Merupakan haiwan hermafrodit. Mempunyai empat order iaitu order-order
Acanthobdellida, Rhynchobdellida, Gnathobdellida dan Erpobdellida
Order Acanthobdellida mempunyai haiwan yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu tidak
mempunyai pelekat anterior. Probosisnya pendek. Setae terdapat di segmen bahagian anterior.
Merupakan ektoparasit pada ikan. Contohnya ialah Acantobdella.
Order Rhynchobdellida mempunyai dua pelekat. Ia tidak mempunyai setae. Probosis boleh
dihulur ke luar dan tidak mempunyai rahang. Mempunyai 3-4 anuli per segmen. Terdapat di air
tawar dan di laut. Terbahagi kepada dua famili iaitu Piscicolidae dan Glossiphoniidae. Antara
contoh haiwan dalam famili-famili ini masing-masing ialah Pontobdella muricata dan
Glossiphonia.
Order Gnathobdellida merupakan lintah. Ia mempunyai rahang dan gigi. Ia tidak berprobosis
dan berdarah merah. Terdapat di air tawar dan di darat. Ektoparasit haiwan vertebrata.
Terbahagi kepada dua famili iaitu Hirudinidae dan Haemadipsidae. Antara contoh haiwan dalam
famili Hirudinidae ialah Hirudo medicinalis.
Order Erpobdellida tidak mempunyai pelekat anterior. Ia tidak berprobosis dan mulutnya tidak
mempunyai rahang. Ia tidak menghisap darah dan adalah pemangsa kepada invertebrata kecil.
Contohnya ialah Erpobdella punctata. Spesies ini selalu dijumpai di lopak-lopak, perigi datau
anak sungai.
Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:
Dapatkah anda sebutkan ciri-ciri haiwan Annelida?
Bezakan haiwan dalam kelas Polychaeta dan kelas Oligochaeta?
Bolehkah anda nyatakan kepentingan ekonomi filum Hirudinea?
Bina peta minda yang mengandungi filum, kelas, order dan contoh genus bagi filum
Annelida.
Pilih satu jenis cacing dan cuba anda kenal pasti filumnya. Tuliskan ciri-ciri yang
terdapat padanya yang menyebabkan anda mengkategorikannya sebagai filum
tersebut.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
E
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 20
Baiklah, di dalam Unit Pelajaran 13 ini anda telah didedahkan kepada lima Filum Invertebrata.
Anda telah didedahkan kepada filum Ctenophora serta empat filum cacing iaitu filum
Platyhelminthes, Aschelminthes, Acanthocephala dan Annelida.
Apakah ciri-ciri yang terdapat pada labah-labah dan serangga? Adakah ia dari filum
yang sama? Ciri-ciri ini akan anda pelajari dalam unit seterusnya. Selamat berjaya!
RINGKASAN
1. Ctenophora bermaksud haiwan bersikat. Haiwan ini sering dijumpai di kawasan laut
tropika yang mempunyai koloblas serta bergerak dengan otot siliari.
2. Badan haiwan ini mempunyai tiga lapisan badan dan bersimetri.
3. Platyhelminthes adalah haiwan acelomata yang merangkumi semua jenis cacing yang
berbadan pipih.
4. Spesies yang menjadi parasit pula selalunya hidup sebagai endoparasit dalam tubuh
haiwan.
5. Haiwan dalam kumpulan ini mempunyai saluran pencernaan yang mempunyai farinks
yang lengkap dengan otot dan ususnya pula bercabang-cabang.
6. Platyhelminthes tidak mempunyai sistem pernafasan dan saluran darah tetapi ia
mempunyai sistem perkumuhan dalam bentuk sel api.
7. Ia juga mempunyai organ pembiakan jantan dan betina dan satu sistem saraf yang baik.
8. Aschelminthes adalah invertebrata yang mempunyai pseudoselom, bersimetri bilateral
dan mempunyai saluran pencernaan yang sempurna.
9. Haiwan dalam filum ini tidak mempunyai apa-apa sistem pernafasan atau peredaran
darah dan ia juga tidak mempunyai pengsegmenan yang sempurna.
10. Jantinanya berbeza iaitu ada jantan dan betina dan proses perkumuhan dilakukan oleh
protonefridium.
11. Acanthocephala adalah cacing yang merupakan parasit usus vertebrata. Cacing ini juga
disebut ‘cacing kepala berduri’ dan mempunyai probosis yang berduri dan boleh dihulur
keluar.
12. Larva cacing ini selalunya memerlukan artropod (serangga dan krustasia) sebagai
perumah perantaranya.
13. Annelida cacing berbentuk cincin. Filum ini merupakan salah satu kumpulan haiwan
yang mempunyai selom yang sebenar.
14. Tubuh cacing ini dibahagi-bahagikan kepada beberapa septum. Setiap septum
mempunyai struktur yang sama dengan septum yang lain seperti sistem saraf, salur
darah, tisu otot dan organ perkumuhan pada setiap segmen. Pengsegmenan ini disebut
pengsegmenan metamerik.
15. Annelid mempunyai tubuh bersimetri bilateral dan berbentuk silinder.
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 21
PETA KONSEP DAGN JAWAPAN
Ctenophora
Tentaculata
Cydippida (Pleurobranchia)
Lobata (Deiopea)
A
Nuda
Platyhelminthes
Turbellaria
B
Cestoda
Trematoda
Platyctenea (Coeloplana)
Cestida (Cestus)
Beroida (Beroe)
Acoela (Convulata)
Rhabdocoela (Vortex)
Tricladida (Dugesia, Procerodes, Bipalium)
Polycladida (Leptoplana)
Temnocephalida (Temnocephala)
Aspidobothrea (Aspidogaster)
Monogenea (Gyrodactylus, Polystoma)
Digenea (Fasciola, Clonorchis)
Amphinidea
Gyrocotylidea
Biporophyllidea
Cylophyllidea
Pseudophyllidea
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 22
C
Aschelminthes
Subfilum Trochelminthes
Kelas Gastrotricha
Kelas Rotifera
Kelas Kinorhyncha
Kelas Nematoda
Kelas Nematomorpha
Subfilum Nemathelminthes
D
Filum Acanthocephala
Order Archiacanthocephala
Order Palaeacanthocephala
Order Eoacanthocephala
E
Annelida
Polycheata
Errantia (Nereis)
Sedentaria (Sabella)
Myzostomaria (Myzostoma)
Ochligocheata
Plesiopora (Tubifex)
Prosopora (Lumbriculus)
Opisthopora (Lumbricus)
Hirudinea
Acanthobdellida (Acanthobdella)
Rhynchobdellida (Glossiphonia)
Gnathobdellida (Hirudo)
Erpobdellida (Erpobdella)
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 23
KATA KUNCI
1. Ctenophora 19. protonefridium
2. sikat 20. pelekat oral
3. koloblas 21. asetabulum
4. otot siliari 22. Aschelminthes
5. polip 23. pseudoselom
6. medusa 24. partenogenesis
7. sidipid 25. korona
8. triploblastik 26. kutikel
9. simetri jejari 27. Acanthocephala
10. simetri bilateral 28. probosis
11. tentakel 29. Annelida
12. lateral 30. septum
13. gulet 31. pengsegmenan metamerik
14. Platyhelminthes 32. apendej
15. cacing pipih 33. setae
16. acelomata 34. nefridium
17. hermafrodit 35. trokofor
18. proglotid 36. parapodium
PENILAIAN KENDIRI
1. Terangkan secara umum ciri-ciri haiwan dalam filum Ctenophora. Seterusnya jelaskan
ciri khas untuk haiwan dalam filum ini beradaptasi.
2. Bincangkan ciri-ciri haiwan dalam filum Platyhelminthes. Bagaimana ciri-ciri ini
disesuaikan dengan persekitaran?
3. Apakah ciri khas yang dipunyai oleh haiwan dalam filum Aschelminthes? Bagaimana
ciri-ciri ini berbeza dalam kelas yang berbeza?
4. Bagaimana haiwan dalam filum Acantocephala berbeza dengan filum Aschelminthes?
5. Adakah haiwan-haiwan dalam filum Annelida berbeza dalam setiap kelas? Bincangkan.
B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 24
RUJUKAN
Arbain Kadri (1990). Invertebrata: Panduan Berilustrasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Audesirk, T., & Audersirk, G. (2010). Biology Life on Earth: Prentice Hall.
Alters, S., & Alters, B. (2006). Biology Understanding Life. USA: John Wiley and Sons, Inc.
Johnson, G. B (2009). The Living World. New York: McGraw Hill Higher Education.
Starr, C., Evers, A., and Starr, L. (2007). Basic concepts in biology (6th Ed.) Singapore:
Thompson/Brooks/Cole
Sumber foto:
http://firateha.blogspot.com/2010/05/keindahan-dasar-laut.html
http://eol.org/pages/2966959/overview
http://www.enciclopedino.it/FamInve.asp?Ordine=Ctenophora
http://sciencealive-flatworms.blogspot.com/2011/09/class-turbellaria_28.html
http://biodidac.bio.uottawa.ca/thumbnails/filedet.htm?File_name=Trem054p&File_type=gif
http://earthk2010art.blogspot.com/2010/07/blog-post_11.html
http://www.science.uva.nl/library/Animalia/Gastrotricha.html
http://tolweb.org/Rotifera/2480
http://www.mesa.edu.au/phyla/default.asp
http://tolweb.org/Nematoda/2472
http://en.wikipedia.org/wiki/Nematomorpha
http://nl.wikipedia.org/wiki/Bestand:Macracanthorhynchus_hirudinaceus_adult_BAM1.jpg
http://www.biolib.cz/en/taxonsubtaxa/id20059/
http://www.usca.edu/biogeo/zelmer/parasit/pseudocoel/
http://erixnarutosaiyan.blogspot.com/2012/04/hewan-hewan-avertebrata-invertebrata.html
http://www.biokids.umich.edu/critters/1845/Oligochaeta/pictures/
http://academics.smcvt.edu/vermont_rivers/river%20sites/troublesomebrook.htm