unit2_teknologi worksyop 1

54
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 1 UNIT 2-1 Memahami Kepentingan menggunakan alat-alat tangan dalam kerja mengegas. Di akhir unit ini anda dapat : Menanda/menyusun tanda(marking out/layout). Menyatakan penakrifan menyusun tanda. Menyatakan langkah langkah menyusun tanda termasuk penyediaan bahan kerja. Menerangkan kebaikan mengunakan pelbagai alat/cecair menanda. Menerangkan kegunaan alat-alat menyusun tanda saperti penggarit, penebuk pusat , tolok pembahagi, plat permukaan dan sebagainya UNIT 2

Upload: apechranger

Post on 28-Jun-2015

5.088 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 1

UNIT 2-1

������

�����������������

���������

Memahami Kepentingan menggunakan alat-alat tangan dalam kerja mengegas.

���������� � �

Di akhir unit ini anda dapat :

� Menanda/menyusun tanda(marking out/layout). � Menyatakan penakrifan menyusun tanda.

� Menyatakan langkah langkah menyusun tanda

termasuk penyediaan bahan kerja.

� Menerangkan kebaikan mengunakan pelbagai alat/cecair menanda.

� Menerangkan kegunaan alat-alat menyusun

tanda saperti penggarit, penebuk pusat , tolok pembahagi, plat permukaan dan sebagainya

UNIT 2

Page 2: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 2

UNIT 2-2

� Menerangkan cara-cara menggunakan alat-alat menyusun tanda untuk mendapakan kepersegian tepat dan keratan, menggarit bulatan dan garisan lengkuk, garisan tengah dan mencari pusat sebatang bongkah bulat.

� Menamakan jenis-jenis alat menguji � Menggunaakan alat-alat menguji saperti sesiku

L dan bar selari � Melakar dan menamakan bahagian–bahagian

gergaji besi. � Menyatakan tujuan menggunakan gergaji besi,

lejang pemotong, hulu gergaji besi dan cara menggunakan gergaji besi.

� Menyatakan jenis bahan gergaji besi, istilah G.S.I. (t.p.i.), jarak gigi dan kuak mata bilah gergaji besi.

� Menerangkan cara-cara mengantikan bilah mata gergaji.

� Menyatakan sebab-sebab mata gergaji patah � Menyatakan langkah-langkah keselamatan dan

mencegah kemalangan semasa menggergaji. � Melakar dan menamakan bahagian-bahagian

kikir � Mendifinasi istilah potongan(cut) gred mata

tepian selamat � Menerangkan berbagai jenis dan bentuk kikir

serta kegunaannya. � Menyatakan lejang memotong,cara memegang

kikir, cara mengikir,mengikir lintang dan mengikir tarik serta kebaikannya.

� Menyatakan istilah pinning(celah mata gergaji tersumbat)dan keburukan menggunakan kikir berpinning. Juga cara mengelak ‘pinning’pada kikir

� Menyatakan langkah-langkah kesselamatan semasa mengikir

Page 3: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 3

UNIT 2-3

ALAT-ALAT TANGAN

2.O PENGENALAN:

Dalam kerja mengegas pelajar mestilah faham dan mahir mengunakan

peralatan tangan untuk menghasikan kerja yang bermutu dan ukuran

yang tepat

2.1 MENANDA DAN MENYUSUN TANDA

Dalam memilih alat-alat menanda dan mengukur ditentukan kepada

ketepatan yang di kehendaki. Sekiranya ukuran-ukuran dalam lukisan

tidak di beri dalam titik perpuluhan maka bolihlah dianggap bahawa

penandaan tidak memerlukan alat yang gitu.

2.2 TAKRIFAN MENYUSUN TANDA

Dalam bidang kejuruteraan, istilah menanda bermaksud membuat

tanda di atas permukaan logam yang akan dimesin atau digegas ini

termasuklah menanda garisan, bulatan lengkok, jarak dan juga pusat.

Tanda yang dibuat digunakan sebagai panduan hendak memesin atau

mengegas. Dengan menanda kita kita dapat mengetahui berapa banyak

kerja yang perlu dibuang atau dipotong. Butir-butir dan spesifikasi

tandaan biasanya didapati dan dipindakan daipada lukisan atau cetakan

biru keatas permukaan bendakerja dengan menggunakan berbagai alat

mengukur atau menguji.

INPUT

Page 4: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 4

UNIT 2-4

2.2 LANGKAH MENYUSUN TANDA DAN PEYEDIAN BAHAN KERJA

Dalam menjalankan kerja menyusun tanda dan penyedian bahan

kerja, alat pengukur dan penanda hendaklah di guanakan dengan

betul :

2.3.1 . PENGGARIT:

i. Mata penggarit mestilah di

condongkan berhampiran dengan

tepi pembaris (Raj.2.1a dan2.1b)

ii. Penggarit mestilah dicondongkan

mengikut arah garisan saperti yang

di tunjukan oleh anak panah dalam

rajah yang sama.

iii. Gariskan dengan teguh bagi

mendapatkan garisan yang jelas

2.3.2 Jenis-jenis penebuk pusat

i. Penebuk pusat biasa (Raj.2.2)

ii. Penebuk pusat automatik (Raj.2.3)

Raj.2.2. (Penebuk Pusat Biasa)

Page 5: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 5

UNIT 2-5

Raj.2.4(Penebuk Pusat Automatik)

2.3.3 PENEBUK PUSAT.

Membuat tanda tekan(cucuk) yang halus pada garisan

tandaan(raj.2.4)supaya tandaan tidak hilang walau pun garisan yang

dibuat itu terpadam. Penebuk pusat juga digunakan sebagai

penanda lubang pusat gerudi. Apabila hendak membuat lubang.

pusat yang di tandakan perlu di ketuk perlahan –lahan terlebih

dahulu, apabila telah pasti kedudukan nya tepat bolihlah diketuk

lebih kuat supaya lubang nya lebih dalam. Lihat ( Raj 2.4a)

Page 6: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 6

UNIT 2-6

Raj. 2.4a

2.3.4 PENEBUK CEMAT

Penebuk cemat berbeza daripada penebuk

cucuk atau penebuk pusat dari segi bentuk

hujungnya, iaitu ada yang berbentuk tirus

dan ada yang berbentuk selari lurus.(Raj.2.5)

Page 7: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 7

UNIT 2-7

Rajah 2.5 Perbezaan antara penebuk cemat dan penebuk cucuk

2. 3.5. SESIKU L

Sesiku L merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang

dan mengukur sudut 90 darjah sama ada di dalam atau di luar.

Bahagian badan sesiku lebih tebal dan pendek daripada bahagian

mata.

Penggunaan sesiku L

i. Menguji ketepatan sudut tepat

iaitu 90 darjah pada sebelah luar atau dalam (Raj.2.6)

ii.Membuat garisan tegak dan selari

pada tepi benda kerja yang rata (Raj.27)

iii Mengeset benda kerja supaya tegak untuk kerja melulas

ataupun untuk mengulir benang sekeru. (Raj.2.8)

Rajah 2.6. Mengukur ketepatan Sudut.

Page 8: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 8

UNIT 2-8

Rajah 2.8. Meneset benda kerja supaya tegak

2.3.6 JANGKA TOLOK

Jangka tolok mempunyai dua batang penggarit keluli yang di

keraskan. Hujung matanya tajam dan pada pangkalnya pula

terdapat pegas yang disangga dengan tuas untuk membolihkan

ianya dilaraskan dengan mudah

Kegunaan Jangka tolok

i. membuat lengkok dan bulatan

ii. mengukur dan menguji jarak

Jenis-jenis tolok

i. Jangka tolok bercantum pegas

Jangka tolok ini lazim digunakan (Raj.2.9)

Page 9: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 9

UNIT 2-9

2.3.6 . JANGKA TOLOK SUKU BULAT

Jangka tolok ini lebih tegap.

Digunakan untuk kerja-kerja

kepingan logam (Raj.2.10)

Rajah 2.10 Jangka tolok suku bulat

2.3.8 JANGKA TOLOK BERGABUNG

Bentuk nya hampir sama dengan jangka tolok kecuali pada bahagian

hujung kakinya terdapat cuk kecil yang membolehkan ianya

dipasangkan dengan berbagai-bagai bentuk mata yang betujuan

untuk mempelbagaikan lagi pengunaannya (Raj.2.11)

Batu asah halus digunakan untuk menajamkan mata yang sudah

tumpul (Raj. 2.12)

Page 10: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 10

UNIT 2-10

Raj.2.11 (Jangka tolok Bergagung)

Raj. 2.12( Menajamkan mata jangka tolok)

Page 11: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 11

UNIT 2-11

2.3.9. JANGKARIT

Terdiri dari satu batang lurus dan panjang. Dua kepala penggarit

yang boleh digerakanpada batang rusuk memegang matanya. Salah

satu daripada kepala dilengkapkan dengan nat halus supaya mudah

dianjakan (Raj.2.13)

Raj.2.13 Jangkarit

Kegunaan Jangkarit

i. Menanda bulatan atau lengkok yang besar (Raj. 2.13)

ii. Membahagi garisan dan menanda garisan selari.

Page 12: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 12

UNIT 2-12

2.3.10. SESIKU BERGABUNG

Sesiku bergabung merupakan kombinasi empat alat yang

dipasangkan pada pembaris (Raj. 2.15)

i. Pembaris keluli

ii. Kepala sesiku

iii. Kepala jangka sudut

iv. Kepala Pusat

Rajah 2..15 Seaiku Bergabung

2.3.11. PLAT SUDUT

Plat sudut berbentuk L diperbuat daripada besi tuangan atau keluli

yang dikeraskan (Raj 2.16) Saiznya 75mm-300mm panjang.

Kegunaannya

Untuk menyokong benda kerja supaya kedudukannya kukuh

Semasa menanda. Benda kerja biasanya diikat atau diapit pada

Plat sudut ini (Raj. 2.17)

(Raj.2.18)menunjukan bagaimana plat sudut digunakan pada piring

pelarik.

Page 13: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 13

UNIT 2-13

Rajah2.16 Plat sudut

Raj. 218. Plat sudut digunakan Raj.217. Plat sudut digunakan

di piring larek. Memegang benda kerja.

2.3.12. TOLOK PERMUKAAN

Tolok permukaan digunakan bersama-sama dengan plat permukaan

untuk menandakan garisan. Iaterdiri daripada tiga bahagian

(Raj.2.19)

a. Tapak

b. Turus

c. Penggarit

Page 14: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 14

UNIT 2-14

Rajah 2.9 Tolok Permukaan

Kegunaan Tolok permukaan

i. Menanda garisn selari di atas plat permukaan atau meja

penanda(Raj.2.20)

Page 15: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 15

UNIT 2-15

i.Rajah 2.20 Membuat garisan selari

ii. Rajah 2.22 Menguji kesejajaran atau penjajaran.

iii. Rajah 2.23.M enguji atau melaras benda kerja bulat

Page 16: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 16

UNIT 2-16

Rajah 2.23 Mencari pusat bulatan dihujung bendakerja

2.3.14. SESIKU SERONG

Dibuat daripada keluli berkarbon semua permukaan serta tepinya

dicanai.,matanya boleh dikilas

Kegunaan sesiku serong

Untuk menanda garisan bersudut dan menguji ketepatan tepi serong

(Rajah 2.24)

Rajah 2.24. Sesiku Serong

2.3.14. TOLOK JEJARI DAN TOLOK KEMBI

Terdiri daripada kepingan keluli yangmempunyai jejari dan terdapat

dalam berbagai-bagai saiz. Kepingan-kepingan tolok ini terdapat

dalam berbagai bagai saiz (Gambar Foto 2.1)

Page 17: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 17

UNIT 2-17

Gambar foto 2.1. Tolok Jejari dan tolok Kembi

Raj.2.25 menunjukan permukaan melengkong di uji dengan tolok

jejari

2.3.15. TOLOK PERENGGANG

Merupakan bilah-bilah keluli nipis yang di-jambak dalam

rumah(Raj.2.26)

Page 18: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 18

UNIT 2-18

Kegunaan Tolok Perenggang

i. mengambil ukuran yang kecil pada lurah

ii. Untuk menetukan gegas dalam pemasangan komponen-

komponen mesin

iii. Di-dalam bengkel auto, ia digunakan untuk menentukan telusan

pada injap dan pada palam pencucuh

iv. Untuk menetukan ruang kecil diantara mata peraut dengan

bendakerja

2. 3.17 BONGKAH VEE

Diperbuat dari besi tuangan atau keluli yang di keraskan. Terdiri dari

dua jenis: (Raj. 2.28)

i. Bongkah Vee kecil

ii . Bongkah Vee Besar

Page 19: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 19

UNIT 2-19

Rajah 2.28 . Bongkah Vee

Kegunaan Bongkah Vee dan Pengapit.

Untuk memegang dan meyokong serta menanda benda kerja bulat

semasa menanda atau meggerudi (Raj.2.27, Raj.2.28 dan

Rajah 2.27. da 2.28 Kegunaan bongkah Vee

dengan pengapit

2.3.18. PENGAPIT ALAT TUKANG

Terdiri dari dua penganpitn yang di pegang duasekeru

pelaras.Kegunaannya sama dengan pengapit.(Raj.2.30)

Page 20: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 20

UNIT 2-20

Rajah 2.30. . Pengapit Alat Tukang

2.3.19 BILAH SELARI

Untuk menyokong dan melapek benda kerja supaya rata kedudukan-

nya di- atas meja atau mesin.(Raj. 2.31)

Rajah 2.31. Bilah selari

2.3.20 MEDIA PENANDA

Ia-lah bahan yang disapukan diatas permukaan benda kerja sama

ada kasar atau pun licin yang telah di tandakan

Page 21: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 21

UNIT 2-21

Kegunaan dan jenis Media Penanda.

i. Kapor tulis - sesuai untuk di gosokkan di atas permukaan benda

kerja yang kasar

ii Larutan kuprik sulfik - merupakan media terbaik, ia menghasilkan

satu lapisan berwarna kuning tembaga dan larutan ini tidak

menjadikan permukaan logam berkarat

iv. Plumbum putih dan turpentine

v Kapur cair dicampur dengan air - Sprit bermetil bolih

mempercepatkan larutan ini menjadi kering

vi Warana-warna penanda - Bolih di dapati dengan mudah di kedai,

digunakan dengan cara di sapu atau di sembur

vii. Varnish - sesuai disapukan ddi atas permukaan logam kilat atau

di mesin. Varnish boleh kering dengan cepat

2.3.21 MEJA PENANDA

Meja penanda (Raj.2.32) diperbuat daripada besi tuang saiznya

antara 300mm x 1m hingga 6mmx1m.Permukaan nya dicanai rata.

Kegunaannya

i. Untuk menguji keselarian dan jajaran komponen yang telah

dimesin.

ii. Untuk menanda bendakerja yang besar seperti kelongsong engkol.

Meja mesin, turus dan barangan fabrikasi yang lain

Rajah 2.32 Meja penanda

Page 22: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 22

UNIT 2-22

2.3.22 PLAT PERMUKAAN

Plat ini diperbuat dari besi tuang , granik atau seramik

Yang bermutu tinggi

Kegunaan nya untuk kerja-kerja penandaan yang gitu . Bahagian

bawah plat permukaan adalah bertulang untuk mengelakan daripada

meleding (Raj.2.33a & 2.33b)

Rajah 2.33a dan Rajah 2.3b. Plat permukaan

2.3.23 JANGKA SUDUT VERNIAR (Raj.2.34)

Kegunaannya:

i. Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan bolih di baca

sehingga kepada 5 darjah atau ½ “

ii Untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut

Page 23: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 23

UNIT 2-23

Rajah 2.34. Jangka sudt Veniar

2.3.24. TOLOK DAIL

Tolok dail mempunyai senggatan-senggatan tentukuran(calibration)

untuk menujukkan jumlah ralat bagi sesuatu saiz atau penjajat yang

di uji. Tolok dail terdapat dalam ukuran metric dan Imperial . Bacaan

boleh di buat dalam dua arah.

Kegunaan tolok dail

i. Menguji penjajaran sesuatu komponen dengan tepat

ii. Menempatkan benda kerja yang hendak dimesin dengan tepat

iii. Menguji dengan pantas benda-kerja yang berukuran serba sama

Page 24: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 24

UNIT 2-24

�������������

������� ���������

������ ������ ��� � � �� �� �� ��� � �� ��

��������������������

���� � �� ���� ������� �� ������ �� � � ��

�� �� ��� � �� �� �� �� �� � � � ������ � ��

�� �� � �� ����� �����

������������������

Gunanya untuk mengukur sudut dengan tepat dan untuk menanda dan mengukur sudut

Page 25: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 25

UNIT 2-25

AKTIVITI 2A

2.1 Nyatakan takrifan menyusun tanda.

2.2 Lukiskan gambarajah Sesiku bergabung dan namakan bahagian-

bahagiannya.

2.3

Alat Menyusun tanda/menguji Kegunaan

1. Sesiku L

.i.

ii.

2. Jangka tolok

i.

ii..

3. Tolok Perenggang

i.

ii.

2.4 Namakan 2 (Dua) jenis media penanda.

2.5 Apakah jenis tolok yang biasa di gunakan dalam kerja kepingan

logam.

Page 26: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 26

UNIT 2-26

MAKLUMBALAS 2A

2.1 Menyusun tanda bermaksud membuat tanda di atas permukaan

logam yang akan dimesin atau digegas ini termasuklah menanda

garisan, bulatan. lengkok, jarak dan juga pusat .

2.2

Alat menyusun

tanda/menguji

Kegunaan

1. Sesiku L i. Menguji ketepatan sudut iaitu 90 darjah

pada sebelah luar atau dalam

ii. Membuat garisan tegak dan selari pada

tepi bendakerja yang rata

2) Jangka tolok i. Membuat lengkong atau bulatan

ii. Mengukur dan menguji jarak

3) Tolok Perenggang i. Mengambil ukuran yang kecil pada lurah

ii. Untuk menentukan ruang mata peraut

dengan benda kerja

2.3 i. Kapor tulis :

ii. Larutan Kuprik Asid

2.4 Tolok Suku bulat

Page 27: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 27

UNIT 2-27

2.4.0 GERGAJI BESI

Rajah. 2.4.0 Bahagian-bahagian Gergaji Besi

i. Bingkai

ii. Hulu

iii. Nat pelaras

iv. Mata

Gunanya untuk memotong logam.

Apakah kegunaan Gergaji Besi?

INPUT

Page 28: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 28

UNIT 2-28

2.4.1 Bingkai.

Terdapat 2 jenis

i. Bingkai tetap

ii. Bingkai boleh laras

2.4.2 Hulu

Terdapat dua jenis

i. Hulu pistol

ii Hulu lurus

2.4.3 Nat pelaras

Nat pelaras membolehkan mata gergaji boleh ditegangkan

2.4.4 Mata gergaji

Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi,keluli tahan lasak, keluli

aloy tungsten dan keluli aloi molidenum. Pemiliham mata gergaji

tertakluk kepada jenis bahan yang hendak di potong dan ketebalan

logam. G.S.I.ialah bilangan mata gergaji dalam seinci.Mata gergaji

terkuak kiri dan kanan bertujuan supaya mata gergaji tidak tersepit

semasa kerja memotong dijalankan.Rajah dibawah menunjukan jenis

kuak mata gergaji(Raj. 2.3.1, 2.3.2 dan 2.3.4)

Rajah 2.3.1, .2.3.2 dan 2.3.4. Kuak mata Gergaji

Page 29: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 29

UNIT 2-29

Bahan yang

hendak

dipotong

Jarak gigi

(mm)

Lebar

gigi(mm)

Tebal gigi(mm)

Keluli lembut 1.8 13-16 0.63-0.80

Besi tuang 1.4 13 0.63

Tembaga paip 1.2 13 0.63

Kepingan

logam

0.8 13 0.63

Jadual 2.3.1. Kesesuaian dan jarak gigi(mata)gergaji untuk memotong

bahan-bahan tertentu

2.4.5 Pengunaan Gergaji

Perkara yang berikut perlu diberi perhatian semasa memotong

logam dengan menggunakan gergaji besi.

i. Pasangkan mata gergaji dengan betul. Arah mata gergaji

mestilah menghadap ke arah pemotongan (Raj. 2.4.1)

ii. Pegang logam yang hendak dipotong dengan betul (Raj. 2.4.2)

iii. Mula-mula potong dengan perlahan-lahan( Raj.2.4.3) Gunakan

ibu jari sebagai panduan dan mulakan untuk memotong, apabila

sudah kelihatan tanda, lakukan sorongan yang panjang dan tetap.

Kelajuan memotong untuk gergaji lebih kurang 40 sorongan seminit.

iv. Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang

tergantung dengan sebelah tangan.

v. Semasa memotong, tekan dan tolak pada bingkai. Apabila

berundur, angkat gergaji sedikit tetapi jangan ditarik ini akan

menumpulkan mata gergaji.

Page 30: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 30

UNIT 2-30

2.4.6. Penjagaan gergaji

i. Pilih mata gergaji yang sesuai untuk logan yang tertentu ii.logam yang hendak dipotong hendak lah di pegang dengan kuat. iii.Gunakan mata boleh lentur pada bahagian-bahagian yang rumit iv. Kelajuan memotong mestilah sesuai. Kelajuan pemotongan yang salah boleh menyebabkan gergaji patah. v. Semasa mengergaji tekanan pada benda kerja mestilah sesuai dengan bahan yang dipotong. Mata gergaji boleh patah jika tekanan terlalu kuat digunakan semasa memotong. vi. Semasa memasang mata gergaji tegangkan mata gergaji dengan betul, jangan terlalu tegang atau terlalu kendur, tegangan yang salah boleh juga menyebabkan mata gergaji patah.

������ ������ ��� � � �� �� �� ��� � �� ��

�������� ��������� ��� � �� � ��� �� ����� �� ���

��� �� � � �� �� �� ��� � �� �� �� �� ��

� � �������� �� �� �� � �� ����� �����

������������������

Page 31: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 31

UNIT 2-31

AKTIVITI 2B

2.5 Nyatakan Kegunaan gergaji besi.

2.6 Lukiskan gambarajah gegaji besi da namakan bahagian-bahabian nyai.

2.7 Nyatakan dua jenis bingkai gergaji besi

2.8 Isikan tempat kosong dengan maklumat yang betul

Bahan yang

dipotong

Jarak gigi(mm) Lebar gigi (mm) Tebal gigi (mm)

Keluli lembut 13-16

Besi tuangan 0.63

Tembaga

paip

1.2

Kepimgam

logam

0.8 0.63

2.9 Nyatakan 2 (Dua) sebab mengapa mata gergaji boleh patah

2.10 Nyatakan 3 (Tiga) jenis kuak mata gergaji.

Page 32: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 32

UNIT 2-32

MAKLUMBALAS 2B

2.5 Nyatakan Kegunaan gergaji besi.

Gergaji besi di gunakan untuk memotong logam kepada saiz

tertentu dan juga memotong bahagian –bahagin logam yang nipis

2.6 Lukiskan gambarajah gergaji besi dan namakan bahagian-

bahabian nya.

2.7 Nyatakan dua jenis bingkai gergaji besi

i. Bingkai tetap

ii.Bingkai boleh laras

2.8 Isikan tempat kosong dengan maklumat yang betul

2.9

Bahan

yang

dipotong

Jarak gigi(mm) Lebar gigi

(mm)

Tebal gigi

(mm)

Keluli

lembut

1.8 13-16 0.63-0.80

Besi

tuangan

1.4 13 0.63

Tembaga

paip

1.2 13 0.63

Kepingam

logam

0.8 13 0.63

Page 33: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 33

UNIT 2-33

2.10 Nyatakan 2 (Dua) sebab mengapa mata gergaji boleh patah

i.Kelajuan memotong yang salah

ii.Benda kerja yang dipotong tidak di ikat dengan kuat

2.11 Nyatakan 3 (Tiga) jenis kuak mata gergaji.

i.Kuak pencakar ii. Kuak berombak iii. Kuak berselang

Page 34: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 34

UNIT 2-34

2.5.0 KIKIR DAN KERJA MENGIKIR

2.5.1. Pengkelasan Kikir

Kikir berbeza dari segi panjang. Bentuk, jenis potongan gigi dan

kasar atau halus matanya

Panjang kikir - diukur dari hujung hingga ke bahunya(Raj.2.4.1)

Bentuk kikir - Kikir yang biasa digunakan berbentuk

segiempat sama, segitiga tirus, separuh bulat dan bulat.

2.5.2 Bahagian-bahagian kikir Rajah 2.4.1

Bahagian-bahagian kikir Rajah 2.4.1

2.5.2 Jenis potongan gigi (Raj.2.4.2)

i. Gigi selari

����������������������������� ��������

�������������� ������������� ������

���� �� ������� ������������

� ������������ ��������� �

�������������� � � ��� �

���� ��

INPUT

Page 35: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 35

UNIT 2-35

ii. Gigi bersilang

iii.Gigi lengkong

iv.Gigi Parut

i. Kasar atau halusnya gigi bergantung pada berapa rapat gigi

tersebut dipotong pada permukaan kikir. Gred kehalusan gigi kikir

boleh dikelaskan paling kasar, kasar, sederhana halus dan sangat

halus.

Gred Panjang Kikir(mm)

2.5.3. Jenis-kikir kikir

Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dengan

permukaan yang licin pemilihan kikir mestilah dibuat dengan cermat..

Kikir yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan:

i. Kikr pipih tirus viii. Kikir bentuk pisau

ii. Kikir pipih kasar

iii. Kikir belah rotan

iv. Kikir bulat

v. Kikir segiempat sama

vi. Kikir segitiga

vii. Kikir pipih nipis

Page 36: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 36

UNIT 2-36

2.5.4. Kikir pipih tirus (Raj. 2.4.2)

Kegunaan nya untuk kerja am. Giginya terdiri dari kasar,

serderhana, halus dan sangat halus. Pada satu permukaan kikir,

giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus dikedua-dua

tepi kikir Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan

satu pertiga panjangnya ke hujung berbentuk tirus

Rajah 2.4.2. Kikir pipih tirus

2.5.5. Kikir pipih kasar (Raj. 2.4.3)

Digunakan untuk penyudahan rata.Salah satu daripada tepinya tidak

ada gigi dan di sebut sebagai tepi selamat Tepi selamat digunakan

semasa mengikir penjuru dalam. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar

hingga tersangat halus

Rajah 2.4.3. Kikir pipih Kasar

2.5.6. Kikir belah rotan (Raj. 2.4.4.)

Digunakan untuk meyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap..

Gigi pada permukaan rata bentuk silang wajik dan gigi pada

permukaan melengkong berbentuk silang. Gred gigi kikir ini terdiri

dari kasar, halus dan sangat halus

Rajah 2.4.4. Kikir belah rotan

Page 37: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 37

UNIT 2-37

2.5.7 Kikir bulat (Raj. 2.4.5.)

kikir ini juga disebut kikir ekor tikus digunakan untuk membesarkan

lubang yang berbentuk bulat dan melengkong. Gred gigi kikir ini

terdiri dari kasar hingga sangat halus

Rajah 2.4.5. Kikir Bulat

2.5.8. Kikir Segiempatsama (Raj. 2.4.6.)

Digunakan untuk membesarkan lubang segiempatsama secara

kasar. Kikir ini boleh mengikir lurah atau alur. Gred gigi kikir ini

terdiri dari kasar dan sangat halus

Rajah 2.4.6. Kikir Segiempat sama

2.5.9 Kikir segitiga (Raj. 2.4.6.)

Kikir ini digunakan untuk mengikir segitiga yang tajam. Ianya

digunakan juga untuk membersihkan penpenjuru yang bersudut.

Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingg sangat halus

Rajah 2.4.6. Kikir segitiga

2.5.10 Kikir Pipih Nipis (Raj. 2.4.7.)

Digunakan untuk mengikir di celah-celah yang nipis saperti untuk

memotong celah alur kunci. Tirus dihujung, tebalnya sama pada

keseluruhan panjangnya. Kikir ini terdapat pada panjang yang terhad

iaitu 100mm, 150mm dan 200mm.

Page 38: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 38

UNIT 2-38

Rajah 2.4.7. Kikir Pipih nipis

2.5.11 .Kikir bentuk pisau (Raj. 2.4.8)

Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang

terdapat mata gergaji dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama

saperti pisau dengan bersudut 15 darjah. Grednya pula terdiri

daripada kasar hingga sangat halus

Rajah 2.4.8. Kikir bentuk pisau

2.5.12 Kikir Jarum ( Gambar foto 2.4.1)

Kikir ini terdapat dalam satu set. Satu set biasanya mengandungi

antara 4 hingga 12 jenis kikir. Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-

kerja penyudahan selepas sesautu benda kerja siap dimesin. Ianya

juga digunakan oleh tukang pembuat jam dan tukan pembuat

acuanGrednya dikelaskan daripada 00., 0, 1, 2 hingga 6. Gred no.6

ialah yang paling halus. Saiznya iaitu 100mm, 140mm dan 160mm

Gambar foto 2.4.1 Kikir Jarum

Page 39: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 39

UNIT 2-39

Gaya mengikir

M engikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Seseorang jurugegas

bukan sahaja boleh mengikir dengan tepat tetapi boleh membuat

pemasangan benda kerja dengan menggunakan alat tangan. Semasa

mengikir , perkara berikut perlu diambil perhatian:

i. Gaya mengikir yang betul adalah penting semasa mengikir.

Semasa berdiri kaki mestilah renggang. Kaki kiri kehadapandan kaki

kanan terletak lebih kurang 45 cm hingga 50cm kebelakang (Gambar

foto 2.6.1)

ii. Tinggi bendakerja mestilah sesuai supaya kerja mengikir dapat

dilakukan dengan berkesan.

iii. Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dari gerakkan tangan dan badan saperti dalam (gambar foto 2.4.1). Tekanan dikenakan keatas kikir semasa kikir itu disorong kehadapan. semasa kikir ditarik kebelakang tekanan tidak diperlukan. Gigi kikir dibentuk hanya untuk memotong kehadapan sahaja. Jika tekanan dikenakan semasa kikir ditarik kebelakang, mata kikir akan jadi tumpul.

v. Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda kerja serta jenis benda kerja . Gambar foto 2.4.1 adalah menunjukan cara dan gaya memegang kikir.

Gambar foto 2.4.1. Cara dan gaya memegang kikir

Page 40: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 40

UNIT 2-40

Rajah kaedah-kedah mengikir

2.6.1 Mengikir Rata (Raj. 2.6.1) Semasa mengikir permukaan yang dikikir hendaklah sentiasa dilitupi kikir. Dengan cara ini bendakerja dapat dikikir dengan rata Rajah 2.6.1. Mengikir rata

Rajah 2.6.1. Mengikir rata

2.6.2 Mengikir Melintang ( Raj. 2.6.2) Mengikir melintang dilakukan sekali sekala untuk menentukan

permukaan yang dikikir itu rata atau tidak.

Rajah 2.6.2. Mengikir melintang

Page 41: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 41

UNIT 2-41

2.6.3 Mengikir tarik (Raj. 2.6.3)

Cara ini digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya

kelihatan licin dan cantik. Cara ini juga digunakan untuk mengikir

logam yang nipis. Semasa mengikir tekanan pada kedua-dua tangan

hendaklah sama dan stabil.

Rajah 2.6.3. Mengikir Tarik

2.6.4 Mengikir penjuru bulat (2.6.3)

Penjuru bulat boleh dikikir berpadukan langkah-langkah yang

ditujukkan dalam rajah 2.6.3. Mula-mula kikir kasar melintang dan

kemudian kikir bahagian pepenjuru yang bulat pula

Rajah 2.6.3. Mengikir penjuru bulat

Page 42: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 42

UNIT 2-42

2.6.5. Mengikir permukaan melengkong (Raj.2.6.4)

Permukaan yang melenkong boleh dikikir dengan kikir separoh bulat

Rajah 2.6.4 Mengikir permukaan melengkong

2.7.0 Langkah Keselamatan /penjagaan kikir

i. Sebelum mengikir pastikan hulu kikir dipasang dengan hulu yang

sesuai

ii. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi

yang melekat dicelah mata kikir boleh merosakan mata kikir dan

bendakerja jika dibiarkan tanpa dibersihkan

iii. Selepas mengunakkan kikir, kikir hendaklah dibersihkan dan

diletakkan dirak yang khas setiap satu di simpan berasingan

iv. Jangan gunakan kikir selain mengikir

v. Gunakan kikir yang bersesuai dengan bahan yang hendak dikikir.

Kikir yang lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras

vi. Elakkan kikir dari terkena air atau minyak . Jika terkena air ia

mudah berkarat dan jika terkena minyak ia akan mudah tergelinjir

semasa mengikir

vii. Gunakan berus kikir untuk membersihkan kikir

viii. Gunakan kikir yang kasar terlebih dahulu dan siapkan dengan

kikir yang halus

Page 43: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 43

UNIT 2-43

2.7.1 “Pinning” bermaksud gigi kikir yang tersumbat oleh habuk besi jika

tidak dibersihkan, bukan saja kelancaran mengikir tergangu tetapi

akan mencalarkan permukaan logam yang dikikir.Untuk mengelakan

gigi kikir tersumbat, sapukan kapor pada kikir itu atau turpentine

tetapi kaedah ini tidak sesuai apabila hendak mengikir besi tuangan

atau loyang kerana gigi kikir tidak boleh mengigit bahan kerja itu

��������������� � � �� �� ����� ��� ��

����������������������

��� � �� � ��� �� ����� �� ��� ��� ��

� � �� �� ����� ��� ���� �� ��� � �

������� �� �� �� � �� ����� ����������

������������������

Page 44: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 44

UNIT 2-44

AKTIVITI 2C

2.12 Nyatakan 5 jenis kikir

2.13 Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagiannya

2.13 Lukis dan namakan(4) jenis mata kikir

2.15 Apakah kegunaan kikir pipih kasar

2.16 Apakah yang dimaksudkan dengan mengikir tarek.

2.17. Isikan ruangan yang kosong

Cara dan gaya mengikir Kerja yang dijalankan

1. Mengikir berat

2.

2. untuk mengikir kerja-kerja dengan jitu

3. Mengikir rata

Page 45: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 45

UNIT 2-45

MAKLUM BALAS 2C

2.12 Nyatakan 5 jenis kikir i. Kikir pipih kasar ii. Kikirsegiempat sama iii. kikirSegitiga iv.kikir

bulat v. kikir bentuk pisau

2.13 Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagiannya

2.14. Lukis dan namakan(4) jenis mata kikir

Kikir Bulat

Kikir Segitiga

Page 46: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 46

UNIT 2-46

Kikir mata

Kikir Segiempat

2.15 Apakah kegunaan kikir pipih kasar

Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata

2.16 Apakah yang dimaksudkan dengan mengikir tarek.

Mengikir tarek ialah mengikir untuk kerja penyudaahan untuk

mendapatkan permukaan yang licin

2.17. Isikan ruangan yang kosong

Cara dan gaya mengikir Kerja yang dijalankan

1. Mengikir berat

1.Untuk membuang logam yang

banyak daripada benda kerja

2.Mengikir Jitu 2. Untuk mengikir kerja-kerja dengan jitu

4. Mengikir rata

3Untuk mengikir rata

Page 47: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 47

UNIT 2-47

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan 2 (DUA) Jenis media penada yang di gunakan dalam bengkel

kejuruteraan.

2 . Apakah alat yang digunakan untuk membuat bulatan yang besar

3 . Padankan jenis alat didalam jadual ini dengan kegunaannya.

Jenis Alat Kegunaan

1) Tolok Jejari i. Mengambil ukuran yang kecil pada lurah

ii.Untuk menentukan Gegas dalam

pemasangan mesin

2) Sesiku Serong Digunakan untuk menguji permukaan

melengkong

3)Tolok Perenggang Untuk menguji ketepatan tepi serong dan

garisan bersudut.

4. Dengan bantuan gambarajah terangkan secara ringkas apakah alat-alat

dibawah dan kegunaannya :

i. Tolok permukaan

ii. Plat sudut

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

Page 48: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 48

UNIT 2-48

5. Apakah perbezaan antara penebuk pusat dan penebuk cemat

6. Terangkan 2 kegunaan sesiku L

7. Lukiskan gambarajah jangka sudut Vanier namakan bahagiannya

8. Namakan 3 bahagian tolok bergabung

9. Apakah kelebihan hulu gergaji jenis pistol jika dibandingkan dengan hulu

gergaji berbentuk lurus

10. Lakar dan namakan tiga jenis bentuk dan kuak mata gergaji

11. Terangkan 3 perkara yang perlu diingat semasa mengunakan gergaji besi

12. Berikan 3 sebab mata gergaji patah.

13. Bagaimanakah kikir dikelaskan

14. Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagiannya

15. Sebutkan empat jenis gigi kikir

16. Apakah jenis kikir yang sesuai untuk mengasah mata gergaji

17. Dengan bantuan gambarajah terangakan cara untuk megikir penjuru bulat

18. Apakah kikir yang sesuai digunakan untuk mengikir permukaan yang

melengkong

Page 49: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 49

UNIT 2-49

19. Apakah yang dimaksudkan dengan “pinning”

20. Sebutkan lima langkah penjagaan kikir

���������

��� � ��� �� ��� � � � ������� �� ��

���� ��� � ��� � � ������ � �����������

��� � ��� �� � � �� �� � � � �

� ���� � � ����������� ���� �� � � ��

�� � � � ���������

Page 50: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 50

UNIT 2-50

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan 2 (DUA) Jenis media penada yang di gunakan dalam bengkel

kejuruteraan.

i. Plumbum puteh dan turpentine

ii. Kapor tulis

2. Apakah alat yang digunakan untuk membuat bulatan yang besar

Jangkarit

3. Padankan jenis alat di dalam jadual ini dengan kegunaannya.

Jenis Alat Kegunaan

1) Tolok Jejari i. Mengambil ukuran yang kecil pada lurah

ii.Untuk menetukan Gegas dalam

pemasangan mesin

2) Sesiku Serong Digunakan untuk menguji permukaan

melengkong

3)Tolok Perenggang Untuk menuji ketepata tepi serong dan

garisan bersudut.

4. Dengan bantuan gambarajah terangkan alat-alat dibawah dan

kegunaannya :

Plat permukaan

Plat sudut

Page 51: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 51

UNIT 2-51

i. Plat permukaan sebuah meja yang digunakan dalam kerja-kerja

pengukuran

ii.Plat sudut ialah satu alat berbentuk L yang digunakan untuk

menyokong bendakerja dalam kerja-kerja pengukuran/menanda.

5. Apakah perbezaan antara penebuk pusat dan penebuk cemat

Penebuk pusat ialah satu alat yang digunakan untuk membuat

tanda sementara penebuk cemat untuk mengeluarkan cemat dan

menaggalkan ribet

6. Terangkan 2 kegunaan sesiku L

i. Menguji ketepatan sudut

ii. Melaras benda kerja supaya tegak

Page 52: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 52

UNIT 2-52

7. Lukiskan gambarajah Jangka sudut venier dan namakan bahagiannya

8. Namakan 3 bahagian tolok bergabung

i. Tapak.

ii. Turus

iii. Penggarit

9. Apakah kelebihan hulu gergaji jenis pistol jika dibandingkan dengan

hulu gergaji berbentuk lurus.

Hulu gergaji besi jenis pistol lebih kuat jika dibandingkan dengan

hulu jenis lurus

10. Lakar dan namakan tiga jenis bentuk dan kuak mata gergaji

11. Terangkan 3 perkara yang perlu diingat semasa mengunakan gergaji besi

i.Ikat mata gergaji dengan ketegangan yang sesuai

ii. Logam yang hendak digergaji hendaklah diikat dengan kuat

iii. Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang tergantung

sebelah tangan

Page 53: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 53

UNIT 2-53

12. Berikan 3 sebab mata gergaji patah.

i. Mata gergaji diikat terlalu kuat

ii.Pemilihan mata gergaji yang salah

iii.Mengenakan tekanan yang kuat semasa memotong

13. Bagaimanakah kikir dikelaskan

Pengkelasan kikir dibuat dengan menentukan panjang, bentuk, jenis

potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi.

14. Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagian nya

15. Sebutkan empat jenis gigi kikir

16. Apakah jenis kikir yang sesuai untuk mengasah mata gergaji

Kikir yang sesuai untuk mengasah mata gergaji ialah kikir bentuk

pisau

17. Dengan bantuan gambarajah terangakan cara untuk megikir penjuru bulat

Page 54: unit2_Teknologi Worksyop 1

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 54

UNIT 2-54

18. Apakah kikir yang sesuai digunakan untuk mengikir permukaan yang

Melengkung.

Kikir yang digunakan untuk mengikir permukaan melengkong

ialah kikir separuh bulat

19. Apakah yang dimaksudkan dengan “pinning”

“Pinning” ialah gigi kikir yang tersumbat disebabkan oleh

habuk besi

20. Sebutkan lima langkah penjagaan kikir

i.Gunakan kikir yang kasar dahulu dan habiskan dengan kikir

yang halus

ii. Buangkan semua serpihan logan yang terlekat pada

permukaan kikir dengan menggunakan berus kikir

iii. Elakkan kikir dari terjatuh kerana ini akan merosakkan gigi

kikir

iv. Jangan gunakan kikir sebagai pengumpel untuk membuka

tin atau digunakkan sebagai pengetuk

v. Bersihkan kikir sebelum dan selepas menggunakannya

��� ���� ��

����� �� ������ ��

�����������

� � ����� ��� ������ ���� ������