universiti pertahanan nasional malaysia tatacara...
TRANSCRIPT
1
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA TATACARA ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE - 9 UPNM
1. Tarikh Istiadat Konvokesyen 1.1 Istiadat Konvokesyen Kali ke - 9 UPNM akan diadakan di Dewan Plenari
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) seperti berikut :
TARIKH MASA TEMPAT
14 November 2018 (Rabu)
6.30 pagi hingga selesai
Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC)
1.2 Graduan boleh menyemak dari masa ke semasa bagi sebarang
maklumat terkini berkenaan Istiadat Konvokesyen Kali ke-9 UPNM melalui Laman Web Konvokesyen di capaian http://konvokesyen.upnm.edu.my.
2. Kehadiran Graduan 2.1 Sebagaimana termaktub dalam Acara Konvokesyen UPNM, Ijazah
Tinggi, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma hendaklah biasanya dikurniakan hanya kepada graduan yang hadir di sesuatu Konvokesyen dengan syarat bahawa Senat boleh, dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya sesuatu Ijazah Tinggi, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dikurniakan tanpa hadir.
2.2 Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sidang yang ditetapkan.
2.3 Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Istiadat Konvokesyen
ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri konvokesyen kecuali dengan kelulusan Naib Canselor UPNM.
2
3. Pendaftaran Graduan
3.1 Graduan dikehendaki mendaftar di Dewan Putra B (I) di Concourse
Level, PICC pada jam 7.00 pagi.
3.2 Graduan akan diberikan sekeping “barcode” semasa pendaftaran dan barcode perlu berada dalam keadaan baik.
3.3 Graduan perlu berarak masuk ke dalam dewan mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh Pegawai Bertugas.
3.4 Graduan perlu mematuhi arahan daripada Pegawai Bertugas dari masa ke semasa.
4. Panduan Semasa Menerima Ijazah
4.1 Graduan perlu beratur dalam barisan yang telah ditetapkan.
4.2 Graduan perlu menunggu isyarat yang akan diberikan oleh Pegawai Bertugas.
4.3 Dekan/ Pengarah akan bergerak ke mikrofon di atas pentas.
4.4 Dekan/ Pengarah akan memohon perkenan Tuanku untuk penganugerahan ijazah.
4.5 Graduan bangun berdiri ditempat duduk.
4.6 Tuanku akan perkenan penganugerahan.
4.7 Graduan bergerak mengikut Pepandu.
4.8 Graduan menyerahkan barcode kepada petugas di tepi pentas.
4.9 Graduan pertama akan bergerak naik ke pentas dan berdiri di tempat yang bertanda.
4.10 Dekan akan membaca nama graduan apabila nama tertera di skrin.
4.11 Graduan melangkah untuk menerima ijazah.
3
5. Yuran Graduan
5.1 Graduan sama ada yang akan menghadiri Istiadat Konvokesyen atau
tidak adalah diwajibkan membayar yuran graduan mengikut kadar berikut:
GRADUAN KADAR (RM)
Ijazah Tinggi 150.00
Ijazah Sarjana Muda 150.00
Diploma 150.00
5.2 Bayaran yuran graduan UPNM (Pegawai Kadet dan Awam) boleh dibuat
di Pejabat Bendahari, Aras 1, Bangunan Bistari UPNM bermula pada 17 Oktober 2018 sehingga 2 November 2018.
6. Pinjaman dan Pemulangan Pakaian Akademik 6.1 Graduan hendaklah membayar yuran terlebih dahulu sebelum membuat
pinjaman pakaian akademik. Resit rasmi yang membuktikan bahawa yuran graduan telah dijelaskan perlu dikemukakan semasa meminjam pakaian akademik.
6.2 Pakaian akademik bagi graduan yang akan menghadiri Istiadat Konvokesyen hendaklah dipinjam dari Universiti. Pakaian akademik graduan merangkumi perkara berikut:
6.2.1 Ijazah Tinggi/ Ijazah Sarjana Muda
Sehelai jubah bewarna merah
Sehelai “hood” mengikut program pengajian
Mortar board bewarna hitam
6.2.2 Diploma
Sehelai jubah bewarna merah
Mortar board bewarna hitam
6.3 Graduan diminta memastikan pakaian akademik yang dipinjam dan diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna mengikut program pengajian dan tahap pengijazahan samada Ijazah Tinggi/ Ijazah Sarjana Muda/ Diploma.
6.4 Graduan dilarang meminda/ mengubah suai/ menjahit mana-mana
bahagian pakaian akademik yang dipinjam.
6.5 Graduan boleh meminjam dan memulangkan pakaian akademik iaitu jubah, hood dan topi (mortar board) mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut:
4
Jadual Pinjaman Pakaian Akademik
GRADUAN TARIKH MASA TEMPAT
Pusat Pengajian Siswazah
5-8 Nov 2018 9.00 pagi – 4.30
petang Pusat Pengajian
Siswazah
Institut Pengajian Eksekutif UPNM
(NIEEd)
12 Nov 2018 (Isnin)
9.30 pagi – 12.00 tengahari
Putra Hall B1, PICC
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan
Pelajar Awam
5 dan 7 Nov 2018 (Isnin & Rabu)
Pegawai Kadet
8 hingga 9 Nov 2018 (Khamis - Jumaat)
9.30 pagi - 4.30 petang
Bahagian Pengurusan Akademik
(BPA), Aras 1, Bangunan
Bistari, UPNM
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan
Pusat Bahasa
5
Jadual Pemulangan Pakaian Akademik
GRADUAN TARIKH MASA TEMPAT
Pusat Pengajian Siswazah
15 - 22 Nov 2018
9.00 pagi – 4.30 petang
Pusat Pengajian Siswazah
Institut Pengajian Eksekutif UPNM
(NIEEd)
14 Nov 2018 (Rabu)
3.00 petang – 5.00 petang
Putra Hall B1, PICC
15 – 16 Nov 2018 (Khamis – Jumaat)
9.00 pagi – 5.00 petang
Institut Pengajian
Eksekutif UPNM (NIEEd), Aras 11, Bangunan Bistari, UPNM
Fakulti Sains dan Teknologi
Pertahanan
15 hingga 23 Nov 2018 (Khamis - Jumaat)
9.30 pagi – 4.30 petang
Bahagian Pengurusan Akademik
(BPA), Aras 1, Bangunan
Bistari, UPNM
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Pengajian dan Pengurusan
Pertahanan
Fakulti Perubatan dan Kesihatan
Pertahanan
Pusat Bahasa
6.6 Graduan adalah dikehendaki mengisi borang peminjaman dan
pemulangan pakaian akademik yang boleh dimuat turun dalam pautan http://konvokesyen.upnm.edu.my.
6.7 Pihak Universiti akan mengenakan bayaran (denda) terhadap mereka yang lewat memulangkan pakaian akademik.
6.8 Denda akan dikenakan selepas tarikh yang dinyatakan di atas dengan
kadar (RM10.00/hari). Bayaran denda hendaklah dibuat di Kaunter Pembayaran Pejabat Bendahari, UPNM dan resit bayaran hendaklah dikemukakan semasa memulangkan pakaian akademik.
6
6.9 Bagi graduan Diploma (LLP TLDM), bayaran denda hendaklah dibuat di Pejabat UPNM Holdings Sdn. Bhd. dan resit bayaran hendaklah dikemukakan semasa memulangkan pakaian akademik.
6.10 Graduan adalah bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau
kehilangan pakaian akademik sepanjang tempoh peminjaman.
6.11 Jika pakaian akademik yang dipinjam itu rosak atau hilang, bayaran denda akan dikenakan. Skrol/Transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut dijelaskan. Kadar denda adalah seperti berikut:
Bil. Perkara Kadar (RM)
P.hD Sarjana Sarjana Muda
Diploma
1. Kelewatan
Memulangkan Jubah (kadar sehari lewat)
10.00/hari 10.00/hari 10.00/hari 10.00/hari
2. Jubah Rosak atau
Hilang 1000.00 1000.00 800.00 800.00
3. Mortar Board (Topi) Rosak atau Hilang
- 100.00 100.00 100.00
4. Hood (Selempang) Rosak atau Hilang
100.00 100.00 100.00 -
5. Beefeather (Bonet) Rosak atau Hilang
200.00 - - -
6. Semua pakaian
akademik Rosak atau Hilang
1,200.00 1,200.00 1,000.00 1,000.00
7
7. Pakaian Semasa Menghadiri Istiadat Konvokesyen
7.1 Istiadat Konvokesyen merupakan satu upacara rasmi. Graduan diingatkan supaya mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan. Para graduan yang tidak mematuhi peraturan pakaian tidak akan dibenarkan untuk memasuki dewan.
7.2 Para Graduan yang menghadiri Istiadat Konvokesyen hendaklah
berpakaian seperti di dalam gambarajah berikut;
7.2.1 Graduan - Pegawai Kadet
- ‘Service Dress’ (Kadet)
7.2.2 Graduan – Lain-lain Pangkat TLDM
- Pakaian Istiadat LLP TLDM (Pakaian No.1)
8
7.2.3 Graduan Lelaki (Awam)
- Baju kemeja lengan panjang berwarna putih/krim
- Seluar panjang berwarna hitam
- Kasut kulit bertutup berwarna hitam
- Stokin berwarna hitam
- Memakai kot berwarna hitam
- Memakai tali leher UPNM
- Rambut pendek dan kemas
9
7.2.4 Graduan Wanita (Awam)
- Baju kurung/baju kebaya berwarna biru tua
- Kasut bertutup berwarna hitam bertumit (1 inci sahaja)
- Tudung kepala berwarna biru muda
- Graduan yang tidak memakai tudung kepala perlu memastikan
rambut diikat kemas
- Tidak dibenarkan memakai niqab @ purdah dan sarung
tangan
7.3 Istiadat Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi. Graduan
diingatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti yang
dinyatakan di atas. Graduan yang tidak mematuhi peraturan
pakaian tidak akan dibenarkan untuk memasuki Dewan
Konvokesyen.
8. Kad Jemputan
8.1 Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti.
8.2 Setiap graduan akan diberikan satu kad jemputan yang mengandungi
dua pas masuk ke dalam dewan untuk dua orang tetamu sahaja bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
10
9. Taklimat dan Raptai 9.1 Para graduan wajib menghadiri taklimat dan raptai supaya lebih
memahami acara yang akan dijalankan pada Istiadat Konvokesyen nanti. Oleh kerana majlis ini akan dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agong maka graduan harus menitik beratkan tatacara berpakaian serta penampilan diri semasa majlis raptai dan juga hari sebenar berlangsung.
9.2 Majlis taklimat dan raptai yang akan diadakan adalah satu acara rasmi
yang dihadiri oleh pegawai dan pihak Pengurusan Universiti. Graduan diingatkan supaya berpakaian kemas (kemeja lengan panjang dan seluar slack berwarna hitam, baju kurung/ kebaya atau baju kebangsaan berwarna biru) semasa menghadiri majlis tersebut. Pakaian seperti seluar jeans, selipar dan baju tidak berkolar tidak dibenarkan. Para graduan yang tidak mematuhi peraturan berpakaian tidak akan dibenarkan untuk menyertai dan akan dihalang dari menghadiri raptai Istiadat Konvokesyen.
9.3 Graduan diminta hadir ke majlis raptai mengikut tarikh dan masa
yang telah ditetapkan seperti berikut:
9.4 Pihak Universiti boleh menghalang mana-mana graduan yang tidak menghadiri taklimat dan raptai daripada menyertai Istiadat Konvokesyen Kali Ke-9 UPNM.
10. Tatacara Pemakaian Semasa Taklimat dan Raptai Konvokesyen
Pelajar awam perlu mematuhi tatacara pemakaian seperti di bawah semasa majlis raptai Graduan:
10.1 Graduan Lelaki (Awam)
Baju kemeja panjang berwarna putih/krim
Seluar panjang dan seluar jeans tidak dibenarkan
Kasut kulit bertutup berwarna hitam
Stokin berwarna hitam
Memakai kot berwarna hitam
Memakai tali leher UPNM
Rambut pendek dan kemas
TARIKH MASA TEMPAT ACARA
12 November 2018 (Isnin)
10.30 pagi sehingga selesai
PICC
Taklimat Graduan Raptai Pendaftar/
Raptai TNC
13 November 2018 (Selasa)
7.00 pagi sehingga selesai Raptai Penuh Naib
Canselor
11
10.2 Graduan Perempuan (Awam)
Baju kurung/kebaya berwarna biru tua
Tudung kepala berwarna biru muda
Kasut bertutup dan bertumit 1 inci sahaja
Graduan yang tidak bertudung perlu memastikan rambut diikat kemas
10.3 Semua pelajar perlu berpakaian lengkap seperti di para 5 (5.2.1, 5.2.2
5.2.3 dan 5.2.4) semasa Raptai Timbalan Naib Canselor dan Naib
Canselor mengikut jadual yang telah ditetapkan.
11. Perarakan Graduan pada Istiadat Konvokesyen
11.1 Graduan yang hadir hendaklah berkumpul di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selewat-lewatnya jam 6.30 pagi. Perarakan graduan akan bermula pada jam 8.00 pagi.
11.2 Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang
ditetapkan. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menuju ke Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), graduan diminta mematuhi arahan-arahan yang diberikan kelak oleh pegawai-pegawai yang bertugas.
11.3 Graduan yang lewat tidak akan dibenarkan masuk untuk menyertai
Istiadat Konvokesyen. 11.4 Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan daripada
pegawai bertugas semasa istiadat berlangsung.
11.5 Graduan dan tetamu tidak dibenarkan meninggalkan dewan sehingga istiadat selesai.
12. Pengangkutan atau Shuttle
12.1 UPNM menyediakan pengangkutan atau shuttle di Putrajaya Sentral
sahaja untuk membawa graduan ke Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
12.2 Graduan yang memerlukan pengangkutan diminta untuk menghubungi
pihak BPA untuk mendapatkan pengesahan jadual ketibaan di Putrajaya Sentral.
12
13. Peraturan Masuk Dewan bagi Tetamu Graduan atau Ibu Bapa.
13.1 Pakaian Kebangsaan/ ’Lounge Suit’/ Batik (Lengan Panjang) dan bersongkok bagi Bapa atau tetamu lelaki.
13.2 Baju Kurung Moden / Baju Kebaya / Baju Kebangsaan beserta tudung
kepala dan selendang bagi Ibu atau tetamu wanita. 13.3 Kasut hitam bertutup bagi Ibu bapa dan tetamu graduan. Selipar atau
sandal tidak dibenarkan.
13.4 Tetamu graduan hanya dibenarkan memasuki Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) melalui pintu-pintu yang telah ditetapkan oleh Pegawai bertugas.
13.5 Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam
dewan. 13.6 Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau berada dalam mod senyap
sepanjang istiadat berlangsung. 13.7 Para tetamu tidak dibenarkan merakan gambar/ video sepanjang istiadat
berlangsung. 13.8 Merokok, membawa makanan dan minuman ke dalam dewan adalah
tidak dibenarkan.
14. Cara Pengurniaan
14.1 Kedudukan barisan dan susunan graduan sepanjang istiadat berlangsung akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa/ Urus Setia/ Petugas/ Pepandu Graduan.
14.2 Graduan akan menerima skrol masing-masing secara individu di atas
pentas daripada Canselor atau Pro-Canselor atau Naib Canselor.
15. Pengambilan Skrol/ Transkrip 15.1 Graduan boleh mengambil skrol/transkrip Ijazah Doktor Falsafah/
Sarjana/ Sarjana Muda/ Diploma masing-masing sebaik sahaja sidang konvokesyen mereka selesai tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan seperti di bawah:
(a) Graduan terdahulu perlu memulangkan pakaian akademik yang
dipinjam dari Universiti. Borang permohonan skrol/transkrip hanya akan diedarkan kepada graduan yang telah memulangkan pakaian akademik bagi urusan pengambilan skrol/transkrip.
13
(b) Skrol/transkrip boleh diambil mengikut ketetapan seperti berikut:
(c) G
raduan yang masih berhutang dengan UPNM hendaklah menjelaskan hutang sebelum skrol/transkrip dapat dikeluarkan. Resit/surat pengesahan yang menyatakan hutang telah dijelaskan perlu dikepilkan bersama sebagai bukti pembayaran.
(d) Sekiranya graduan tidak dapat hadir untuk mengambil sendiri
skrol/transkrip, mereka boleh melantik seorang wakil untuk mengambil skrol/transkrip bagi pihak mereka. Graduan hendaklah memberi surat kuasa yang menyatakan nama dan nombor kad pengenalan wakil yang dilantik. Surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada alamat berikut:
Ijazah Sarjana Muda – Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik, UPNM
Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana – Dekan, Pusat Pengajian Siswazah, UPNM
Diploma – Pengarah, Institut Pengajian Eksekutif UPNM, NIEEd
(e) Syarat-syarat di atas (a hingga c) juga perlu dipenuhi sebelum
skrol/transkrip diserahkan kepada wakil. (f) Pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia tidak
bertanggungjawab sekiranya skrol/transkrip yang dituntut oleh graduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak.
GRADUAN TARIKH MASA TEMPAT
Ijazah Doktor Falsafah/ Sarjana
26 November 2018 (Isnin)
9.00 pagi hingga 4.30 petang
Pusat Pengajian Siswazah
Ijazah Sarjana Muda
26 November 2018 (Isnin)
8.00 pagi hingga
5.00 petang
Bahagian Pengurusan Akademik
Diploma 26 November 2018 (Isnin)
8.00 pagi hingga 5.00 petang
Institut Pengajian
Eksekutif UPNM (NIEEd)
14
KERJASAMA GRADUAN MEMATUHI ATURCARA DAN MAKLUMAT KONVOKESYEN INI ADALAH DIHARAPKAN BAGI MEMASTIKAN ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-9 UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA DAPAT BERJALAN DENGAN LANCAR. SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) 03-9051 3400 samb 3454/ 3553/ 4601 ATAU 4602
Pusat Pengajian Siswazah (PPS) 03-90513400 samb 3003/ 3516 ATAU 3517
Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) 03-90513400 samb 7621001