universiti putra malaysia - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/42808/1/fbmk 2014 7r.pdfuniversiti...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SAADAH BINTI HAJI JAFFAR
FBMK 2014 7
APLIKASI SIFAT DAN FOKUS TEORI PENERBITAN DALAM BUKU ILMIAH BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU
© COPYRIG
HT UPM
APLIKASI SIFAT DAN FOKUS TEORI PENERBITAN DALAM
BUKU ILMIAH BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU
Oleh
SAADAH BINTI HAJI JAFFAR
Tesis Ini Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
Sebagai Memenuhi Keperluan Untuk Ijazah Doktor Falsafah
Februari 2014
© COPYRIG
HT UPM
HAK CIPTA
Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, ikon, gambar
dan semua karya seni lain, adalah bahan hak cipta Universiti Putra Malaysia kecuali
dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam tesis ini
dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada pemegang hak cipta. Penggunaan komersil
bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti
Putra Malaysia.
Hak cipta © Universiti Putra Malaysia
© COPYRIG
HT UPM
© COPYRIG
HT UPM
HAK CIPTA
Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo,
ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah bahan hak cipta Universiti Putra
Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan yang
terkandung dalam tesis ini dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada
pemegang hak cipta. Penggunaan komersil bahan hanya boleh dibuat dengan
kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia.
Hak cipta © Universiti Putra Malaysia
© COPYRIG
HT UPM
iii
DEDIKASI
Hamparan jutaan terima kasih seluas langit terbuka buat
Suami dan anak-anak yang dikasihi
Aruah abah dan emak tercinta
Aruah bapak dan emak tersayang
Penyeliaku yang amat komited dan dedikasi
Guru-guru yang bagaikan lilin mencurahkan ilmu dan berbakti
Semua kaum keluarga yang mengerti dan memahami
Semua rakan-rakan yang menyokong
Sekali lagi rakaman jutaan terima kasih yang tidak terungkap
Kepada semua insan yang mencetuskan inspirasi
Sehingga tercapainya cita-cita ini
TEGAR MENGGAPAI IMPIAN
© COPYRIG
HT UPM
iv
Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia
Sebagai memenuhi keperluan untuk mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah
APLIKASI SIFAT DAN FOKUS TEORI PENERBITAN DALAM
BUKU ILMIAH BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU
Oleh
SAADAH BINTI HAJI JAFFAR
Februari 2014
Pengerusi : Profesor Madya Noor Aina Dani, PhD
Fakulti : Bahasa Moden dan Komunikasi
Teori Libertarian dan Teori Tanggungjawab Sosial lazim dikaji dalam konteks
penyiaran dan berita. Aplikasi kedua-dua teori tersebut dalam buku ilmiah
bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu belum dikaji oleh para penyelidik
daripada universiti penyelidikan di Malaysia. Oleh sebab itu, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti aplikasi sifat asas dan fokus Teori Libertarian
dan Teori Tanggungjawab Sosial dalam kandungan buku ilmiah berbahasa
Melayu terbitan universiti penyelidikan di Malaysia. Sebagai tambahan,
penyelidik ingin menilai kecenderungan tugas editor dalam penerbitan buku
ilmiah bahasa Melayu. Seterusnya, penyelidik berhasrat untuk menerapkan satu
model penyuntingan untuk buku ilmiah dalam bahasa Melayu dan
kesusasteraan Melayu mengikut pendekatan kedua-dua teori. Kajian analisis
kandungan digunakan untuk mendapatkan data tentang sifat asas dan fokus
Teori Libertarian dan Teori Tanggungjawab Sosial yang terkandung dalam
lapan buah buku ilmiah terbitan Universiti Sains Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi
Malaysia dan Universiti Malaya. Pemilihan kategori buku ilmiah menekankan
mutu kandungan, kepengarangannya oleh penulis tersohor, ketebalan ataupun
buku yang pernah memenangi pelbagai anugerah pada peringkat universiti
mahupun kebangsaan. Di samping penggunaan kaedah analisis kandungan,
penyelidik turut menjalankan kajian tinjauan dengan penggunaan soal selidik ke
atas sejumlah 130 responden yang pernah menyunting bahan ilmiah bahasa
Melayu dan kesusasteraan Melayu di universiti masing-masing.
Penyelidikan ini menghasilkan beberapa penemuan yang utama. Pengesahan
hipotesis kajian yang pertama menunjukkan memang terdapat aplikasi sifat asas
teori penerbitan dalam buku ilmiah bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu
terbitan universiti penyelidikan di Malaysia. Hipotesis kajian yang kedua
© COPYRIG
HT UPM
v
menunjukkan bahawa fokus Teori Libertarian lebih banyak digunakan oleh
penulis buku ilmiah bahasa Melayu. Mengikut dapatan kajian ini, tahap
pencapaian tugas editor lebih banyak dalam kategori terbaik berbanding tahap
yang lebih rendah. Data yang diperoleh daripada soal selidik membolehkan
penyelidik menghasilkan satu instrumen pengukuran mutu untuk buku bahasa
Melayu dan kesusasteraan Melayu. Bertitik-tolak daripada gabungan Teori
Libertarian dan Teori Tanggungjawab Sosial, penyelidik mengemukakan satu
pendekatan baharu, iaitu Pendekatan 3W 1H. Penerangan rinci pendekatan ini
dipaparkan mengikut format fokus dan struktur Model Dinamik. Model ini
menggabungjalinkan fasa Sistem Dinamik yang berasaskan carta alir proses
penyuntingan buku Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasil kajian ini berguna kepada para penulis buku dan editor kerana instrumen
dan model yang dihasilkan oleh penyelidik dapat meringankan beban tugas
mereka. Teori Libertarian lebih dominan dan menjadi pilihan para penulis buku
dan editor. Teori tersebut mencerminkan kecenderungan penulis buku dan
editor untuk berkongsi idea. Sifat asas dan fokus teori yang terkandung dalam
setiap buku ilmiah yang dianalisis oleh penyelidik boleh digunakan untuk
menjalinkan plot sesebuah buku ilmiah. Dalam pada itu, Instrumen Pengukuran
Mutu Buku Ilmiah berfungsi sebagai penentu ukur penerbitan bagi buku ilmiah
yang berkualiti. Dari aspek penyuntingan, Model Dinamik dan fasa-fasa dalam
Sistem Dinamik memudahkan para editor membezakan bahan penyuntingan
teks, sama ada yang umum, kreatif, teks sains atau sains dan teknologi.
© COPYRIG
HT UPM
vi
Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in
fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy
THE APPLICATION OF BASIC PROPOSITION AND FOCUS OF THE
PUBLICATION THEORY IN LANGUAGE AND MALAY
LITERATURE
By
SAADAH BINTI HAJI JAFFAR
Februari 2014
Chair : Profesor Madya Noor Aina Dani, PhD
Faculty : Bahasa Moden dan Komunikasi
Libertarian Theory and Social Responsibility Theory had been constantly
reviewed within the context of broadcasting and news. The application of the
two theories in Malay Language and Malay literature academic books had not
been studied by researchers from research university in Malaysia. Therefore,
this study aimed to identify the application of basic proposition and focus of the
Libertarian Theory and Social Responsibility Theory encapsulated in the Malay
language academic books published by research university in Malaysia. In
addition, the researcher wanted to assess the editor’s inclination task in
publishing Malay language academic books. Further more, the researcher
intended to produce an editing model for academic book in Malay Language
and Malay literature based on the two theoretical approaches. Content analysis
study was used to obtain the basic proposition and focus of the Libertarian
Theory and Social Responsibility Theory encapsulated inside eight academic
books published by Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia and
Universiti Malaya. The selection category of academic book emphasized the
content quality, authorship by distinguished writer, thickness or book which
had won numerous award at the university or national level. Apart from using
content analysis, the researcher also undertook a survey with the use of
questionnaire on 130 respondents whom had edited Malay language and Malay
Literature academic materials at their respective university.
The research findings are useful to book writers and editors as both the
instrument and model produced by the researcher are able to ease their
workloads. Libertarian Theory is more dominant and being the choice of book
writers and editors. The theory reflects book writers and editors inclination to
© COPYRIG
HT UPM
vii
share ideas. Fundamental attribute and focus of the theory encapsulated in each
academic book which has been analyzed by the researcher can be used to forge
the plot of an academic book. Meanwhile, the Academic Book Quality
Measurement Instrument serves as a publication calibration for academic book
with quality. In terms of editing, the Dynamics Model and phases in the
Dynamic System facilitate editors in distinguishing text editing materials, be it
general, creative, science text or science and technology.
This research yielded a number of primary findings. The first research
hypothesis validation indicated a definite application of publication theory’s
basic proposition encapsulated in the Malay language and Malay Literature
academic books published by research university in Malaysia. The second
research hypothesis showed the focus in Libertarian Theory were more widely
used by Malay language academic book writers. According to the findings of
this study, the level of editors duty performance were a lot more in the best
category than the lower levels. The data obtained from questionnaire enabled
the researcher to produce a quality measurement instrument for Malay
Language and Malay literature books. Arising from a combination of
Libertarian Theory and Social Responsibility Theory, the researcher proposed a
new approach, namely 3W 1H Approach. The detailed description of this
approach was shown according to Dynamic Model focus and structure format.
This model incorporated Dynamic System phases based on Universiti
Kebangsaan Malaysia editing process flow chart.
The research findings are useful to book writers and editors as both the
instrument and model produced by the researcher are able to ease their
workloads. Libertarian Theory is more dominant and being the choice of book
writers and editors. The theory reflects book writers and editors inclination to
share ideas. The theory’s basic proposition and focus encapsulated in each
academic book which has been analyzed by the researcher can be used to forge
the plot of an academic book. Meanwhile, the Academic Book Quality
Measurement Instrument serves as a calibration for the publication of academic
book with quality. In terms of editing, the Dynamics Model and phases in the
Dynamic System facilitate editors in distinguishing text editing materials, be it
general, creative, science text or science and technology.
© COPYRIG
HT UPM
viii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah
kurnia dan hidayah-Nya kerana penyelidik dapat menyiapkan penulisan tesis
ini. Penghasilannya dapat dijalankan dengan sempurna berkat penyeliaan yang
sangat baik daripada Profesor Madya Dr. Noor Aina bte Dani daripada Jabatan
Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra
Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung kasih yang tidak terhingga
ditujukan kepadanya yang bertindak selaku penyelia utama, juga kepada
Profesor Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz dan Profesor Madya Dr. Raja
Masittah Raja Ariffin (selaku ahli jawatankuasa) kerana banyak berkorban
waktu dengan tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, tunjuk ajar,
teguran keilmuan, nasihat membina dan galakan serta sentiasa melahirkan idea
yang bernas dalam membantu penyelidik menyiapkan tesis ini sebermula dari
awal kajian sehingga ke peringkat akhir.
Penyelidik juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah
dan kakitangan sokongan dan rakan seperjuangan di Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Tidak lupa
juga penghargaan ditujukan kepada YBhg. Profesor Dr. Kamaruddin M. Said
(mantan Ketua Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia), YBhg. Profesor
Dato’ Dr. Roslan Abd. Shukor (Ketua, Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia), dan rakan-rakan seperjuangan di bawah naungan Majlis Penerbitan
Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang banyak memberi kerjasama, peluang dan
ruang kepada penyelidik bagi meneruskan perjuangan sewaktu menghabiskan
penulisan ini dalam kekangan batas waktu yang sukar untuk ditafsirkan.
Sekalung terima kasih juga buat semua teman di Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia yang memahami jerih payah penyelidik dalam mencari
secangkir ilmu di menara gading ini. Segala cabaran dan rintangan diharungi
dengan sabar dan tabah demi menggapai sebuah impian.
Akhir sekali, kejayaan tesis ini juga ditujukan khas buat suami yang dikasihi,
Datuk Dr. Haji Mohammed Saffari bin Haji Mohammed Haspani yang sanggup
berkorban apa sahaja, sentiasa menjadi pendorong dan pembakar keazaman
kepada perjuangan ini. Buat semua ahli keluarga besar saya juga hamparan
selautan terima kasih nan tidak terhingga khususnya buat allahyarham ayahanda
Haji Jaffar Esa dan bonda tercinta, allahyarhamah Hajah Sapiah Dol yang
sebelum ini sentiasa tidak jemu-jemu memanjatkan restu dan doa untuk
penyelidik meneruskan perjuangan bagi menggapai impian ini. Begitu juga
buat kedua allahyarham ayahanda bonda mertuaku Haji Mohammad Haspani
bin Ehsan dan Hajah Sarigah Sardi yang sebelum ini sempat mengenali dan
menerimaku sebagai anak menantunya yang seadanya. Untuk permata hati
belahan jantungku, Dr. Mohd. Naqqib dan Nurul Nadia yang sentiasa memberi
sokongan dan menjadi sumber inspirasi dalam meneruskan perjuangan ini.
Silalah telusuri jejak-jejak yang telah dibina ini kerana kembara hidup kalian
© COPYRIG
HT UPM
ix
masih jauh ke hadapan dan warnailah dengan bunga-bunga kejayaan. Anakanda
berdua sentiasa sahaja menjadikan ayahanda bonda sebagai sumber inspirasi
terbaik dalam kehidupan mereka dalam menelusuri tapak-tapak kehidupan yang
kian mencabar ini. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada
Allah SWT dan yang buruk itu daripada kekurangan diri penyelidik sendiri.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan ganjaran kepada kita semua. Amin.
© COPYRIG
HT UPM
x
Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Peperiksaan Tesis telah
berjumpa pada 26 Februari 2014 untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi
Saadah binti Haji Jaffar untuk menilai tesis beliau yang bertajuk “Aplikasi Sifat
dan Fokus Teori Penerbitan dalam Buku Ilmiah Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu” mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan
Perlembagaan Universiti Putra Malaysia [P.U.(A) 106] 15 Mac 1998.
Jawatankuasa tersebut telah memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi
ijazah Doktor Falsafah.
Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Tesis adalah seperti berikut:
Hashim bin Haji Musa, PhD
Profesor
Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Pengerusi)
Che Ibrahim bin Salleh, PhD
Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Pemeriksa Dalam)
Abdul Rashid bin Daing Melebek, PhD
Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Pemeriksa Dalam)
Noriah Mohamed, PhD
Profesor
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia
(Pemeriksa Luar)
___________________________
NORITAH OMAR, PhD
Profesor Madya dan Timbalan Dekan
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
Tarikh: 21 April 2014
© COPYRIG
HT UPM
xi
Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah
diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah.
Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:
Noor Aina bte Dani, PhD
Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Pengerusi)
Adi Yasran bin Abdul Aziz, PhD
Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Ahli)
Raja Masittah bte Raja Ariffin, PhD
Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Ahli)
______________________________
BUJANG BIN KIM HUAT, PhD
Profesor dan Dekan
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
Tarikh:
© COPYRIG
HT UPM
xii
Perakuan pelajar siswazah
Saya memperakui bahawa:
tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli;
setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan
jelas;
tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan
serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra
Malaysia atau di institusi lain;
hak milik intelek dan hak cipta tesis ini adalah hak milik mutlak
Universiti Putra Malaysia, mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra
Malaysia (Penyelidikan) 2012;
kebenaran bertulis daripada penyelia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini
diterbitkan (dalam bentuk bertulis, cetakan atau elektronik) termasuk
buku, jurnal, modul, prosiding, tulisan popular, kertas seminar,
manuskrip, poster, laporan, nota kuliah, modul, prosiding, tulisan popular,
kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota kuliah, modul
pembelajaran atau material laian seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-
Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012;
tiada plagiat atau pemalsuan/fabrikasi data dalam tesis ini, dan integriti
ilmiah telah dipatuhi mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia
(Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-Kaedah
Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012. Tesis telah diimbaskan
dengan perisian pengesanan plagiat.
Tandatangan: ___________________________ Tarikh: 28 Mei 2014
Nama dan No. Matrik: Saadah Hj. Jaffar (GS24459)
© COPYRIG
HT UPM
xiii
Perakuan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan:
Dengan ini, diperakukan bahawa:
penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah dibawah seliaan kami;
tanggungjawab penyeliaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Universiti
Putra Malaysia (Graduate Studies) Rules 2003 (Revision 2012-2013) telah
dipatuhi.
Tandatangan: ________________________________
Noor Aina bte Dani, PhD Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan)
Tandatangan: ________________________________
Adi Yasran bin Abdul Aziz, PhD
Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Ahli Jawatankuasa Penyeliaan)
Tandatangan: ________________________________
Raja Masittah bte Raja Ariffin, PhD
Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Ahli Jawatankuasa Penyeliaan)
© COPYRIG
HT UPM
xiv
JADUAL KANDUNGAN
Muka Surat
DEDIKASI iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT vi
PENGHARGAAN viii
PERAKUAN x
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xix
BAB
I PENDAHULUAN 1
Latar Belakang Kajian 1
Pengenalan Teori 1
Pengenalan tentang Bahan Ilmiah 1
Sejarah Penerbitan Ilmiah di Malaysia 2
Teori Libertarian 4
Teori Tanggungjawab Sosial 5
Sebab-Musabab Penyelidik Menggunakan Teori
Libertarian dan Teori Tanggungjawab Sosial 5
Pernyataan Masalah 6
Persoalan Kajian 8
Hipotesis Kajian 9
Objektif Kajian 9
Kepentingan Kajian 9
Skop Kajian 12
Definisi Operasional 12
Sifat Teori 12
Fokus Teori 12
Penerbitan Bahan Ilmiah Bahasa Melayu 12
Penerbitan Bahan Ilmiah Kesusasteraan Melayu 12
Universiti Penyelidikan di Malaysia 13
Rumusan 13
II SOROTAN KAJIAN 14
Sorotan Kajian tentang Aplikasi Teori Libertarian dan Teori
Tanggungjawab Sosial 14
Sorotan Kajian tentang Keperluan kepada Teori Komunikasi
berasaskan Konteks Sosial, Budaya dan Agama 21
Sorotan Kajian tentang Penerbitan Buku Ilmiah dan Pengajian
Tinggi Bahasa Melayu 22
Sorotan Kajian tentang Model Sistem Dinamik 26
Sorotan Kajian tentang Tugas Editor 28
Sorotan Kajian tentang Tatacara Penyuntingan Buku Ilmiah 31
© COPYRIG
HT UPM
xv
Sorotan Kajian tentang Penerbitan dan Penulisan Buku Ilmiah 34
Sorotan Kajian tentang Penulisan Karya Kreatif 52
Sorotan Kajian Mengenai Instrumen Pengukuran
Mutu Jurnal Ilmiah Malaysia 55
Rumusan 58
III METODOLOGI 60
Reka Bentuk Kajian 60
Kerangka Teori 60
Teori Libertarian dan Teori Tanggungjawab Sosial 60
Kerangka Konsepsi 69
Tempat Kajian 69
Populasi dan Persampelan 69
Responden 69
Kaedah Kajian 69
Kaedah Tinjauan 69
Kaedah Penyuntingan Bahasa untuk Bahan Ilmiah
dalam Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu 70
Kaedah Analisis Kandungan 71
Pemboleh Ubah Kajian 71
Pemboleh Ubah Bebas 71
Penerbitan Bahan Ilmiah Bahasa Melayu dan
Kesusasteraan Melayu 71
Pemboleh Ubah Bersandar 71
Sifat Asas Teori Libertarian dan Teori
Tanggungjawab Sosial 71
Penerbitan Bahan Ilmiah Bahasa Melayu dan
Kesusasteraan Melayu di Universiti
Penyelidikan Malaysia 71
Fokus Penerbitan Bahan Ilmiah Bahasa Melayu dan
Kesusasteraan Melayu di Universiti Penyelidikan
Malaysia 72
Item Teori Libertarian 72
Item Teori Tanggungjawab Sosial 72
Alat Kajian 72
Buku 72
Borang Soal Selidik 73
Soal Selidik untuk Editor 73
Soal Selidik untuk Pengarang 73
Buku Catatan 77
Carta Alir Proses Editorial Penerbit UKM 77
Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian 78
Tatacara Kajian 78
Kajian Rintis 78
Kajian Sebenar 79
Penganalisisan Data 79
© COPYRIG
HT UPM
xvi
Objektif 1: Mengenal Pasti Sifat Asas Teori Penerbitan
dalam Kandungan Buku Ilmiah Bahasa
Melayu dan Kesusasteraan Melayu Terbitan
Universiti Penyelidikan di Malaysia 80
Objektif 2: Menganalisis Penggunaan Fokus Teori
Libertarian dan Teori Tanggungjawab Sosial
dalam Buku Ilmiah Berbahasa Melayu
Terbitan Universiti Penyelidikan di Malaysia 81
Objektif 3: Mengolah Kecenderungan Tugas Editor dalam
Penerbitan Buku Ilmiah Berbahasa Melayu 81
Objektif 4: Menerapkan Model Penyuntingan Buku Ilmiah
dalam Bahasa Melayu dan Kesusasteraan
Melayu mengikut Pendekatan Kedua-dua Teori 84
Rumusan 84
IV KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 85
Profil Responden Kajian 85
Persembahan Dapatan 87
Objektif 1: Mengenal Pasti Sifat Asas Teori
Penerbitan dalam Kandungan Buku
Ilmiah Bahasa Melayu dan
Kesusasteraan Melayu Terbitan
Universiti Penyelidikan di Malaysia 88
Penerbitan Bahan Ilmiah Bahasa Melayu 90
Penerbitan Bahan Ilmiah Kesusasteraan Melayu 94
Hipotesis Kajian 97
Objektif 2: Menganalisis Penggunaan Fokus Teori
Libertarian dan Teori Tanggungjawab
Sosial dalam Buku Ilmiah Berbahasa
Melayu Terbitan Universiti
Penyelidikan di Malaysia 99
Analisis Penggunaan Fokus Teori Libertarian dalam
Penerbitan Bahan Ilmiah Berbahasa Melayu 100
Penerangan tentang Fokus Teori Libetarian 106
Analisis Penggunaan Fokus Teori Tanggungjawab
Sosial dalam Penerbitan Bahan Ilmiah
Berbahasa Melayu 118
Penerangan tentang Fokus Teori Tanggungjawab
Sosial 123
Hipotesis Kajian 147
Objektif 3: Mengolah Kecenderungan Tugas Editor
dalam Penerbitan Buku Ilmiah Berbahasa
Melayu 148
Bahagian A: Maklumat Demografi Responden 148
Bahagian B: Kajian tentang Pendapat Responden
terhadap Fokus Teori Tanggungjawab
Sosial 149
© COPYRIG
HT UPM
xvii
Bahagian C: Kajian tentang Pendapat Fokus Teori
Libertarian 150
Analisis Kajian tentang Tugas Editor 153
Bahagian A: Maklumat Demografi Responden 153
Bahagian B: Analisis Kajian tentang Tugas Editor 154
Analisis Pencapaian Tugas Editor 163
Objektif 4: Menerapkan Model Penyuntingan Buku
Ilmiah dalam Bahasa Melayu dan
Kesusasteraan Melayu mengikut
Pendekatan Kedua-dua Teori 164
Fasa Penstrukturan Masalah 167
Fasa Pemodelan Dinamik 168
Membangunkan Sistem Pelan atau Gambaran
Keseluruhan 168
Aplikasi Instrumen Pengukuran Mutu Buku Ilmiah
dalam Buku Bahasa Melayu 184
Aplikasi Instrumen Pengukuran Mutu Buku Ilmiah
dalam Buku Kesusasteraan Melayu 199
Rasional Teori dengan Dapatan Kajian 207
Penerbitan Bahan Ilmiah Bahasa Melayu 208
Penerbitan Bahan Ilmiah Kesusasteraan Melayu 209
Implikasi Kajian 210
Rumusan 210
V RUMUSAN DAN CADANGAN 211
Rumusan
Objektif 1: Mengenal Pasti Sifat Asas Teori
Penerbitan dalam Kandungan Buku
Ilmiah Bahasa Melayu dan
Kesusasteraan Melayu Terbitan
Universiti Penyelidikan
di Malaysia 211
Objektif 2: Menganalisis Penggunaan Fokus Teori
Libertarian dan Teori Tanggungjawab
Sosial dalam Buku Ilmiah Berbahasa
Melayu Terbitan Universiti Penyelidikan
di Malaysia 212
Objektif 3: Mengolah Kecenderungan Tugas Editor
dalam Penerbitan Buku Ilmiah Berbahasa
Melayu 212
Objektif 4: Menerapkan Model Penyuntingan Buku
Ilmiah dalam Bahasa Melayu dan
Kesusasteraan Melayu mengikut
Pendekatan Kedua-dua Teori 214
© COPYRIG
HT UPM
xviii
Buku Ilmiah Bahasa Melayu 215
Buku Ilmiah Kesusasteraan Melayu 215
Cadangan 216
Cadangan Mempertingkatkan Penulisan Bahan Ilmiah
Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu di
Penerbit Universiti, Institusi Pengajian Tinggi
di Malaysia 216
Cadangan Memperluaskan Jaringan Penerbitan Bahan
Ilmiah Bahasa Melayu dan Kesusasteraan
Melayu antara Penerbit Universiti dengan
Penerbit Swasta 217
Cadangan Mempertingkat Pemahaman Penerbitan
Buku Ilmiah 218
Cadangan Penyelidikan Selanjutnya 218
Rumusan 219
BIBLIOGRAFI 220
LAMPIRAN
A Fasa dan Langkah-langkah Aplikasi Sistem
Dinamik dan Proses Pemodelan 228
B Indeks Buku Pembangunan Jurnal Ilmiah Malaysia
1847-2007 tulisan Prof. Dr. Roosfa bin Hashim 229
C Indeks Buku Novel Intertekstual Melayu tulisan Prof. Madya
Dr. Mawar Safei 239
D Indeks Buku Undang-undang Kesultanan Melayu dalam
Perbandingan tulisan Prof.Madya Dr. Jelani Harun 244
E Kekerapan Editor dalam Setiap Kategori 250
F Soal Selidik Kajian tentang Tugas Pengarang/Penilai Manuskrip 251
G Soal Selidik Kajian tentang Tugas Editor 254
BIODATA PELAJAR 257
SENARAI PENERBITAN 259