universiti putra malaysia masa pembelajaran...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK DAN PENCAPAIAN PELAJAR PELBAGAI KATEGORI KEAKTIFAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
JULISMAH BINTI JANI
FPP 2000 13
MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK DAN PENCAPAIAN PELAJAR PELBAGAI KA TEGORI KEAKTlFAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
Oleh
JULISMAB DINT! JANI
Tesis yang dikemukakan untuk Memenuhi Syarat bagi Mendapatkan Ijazab Doktor Falsafah
di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
FEBRUARI 2000
Kbas untuk rakan-rakau seperjuangan .•.
Sesungguhnya Pendidikan Jasmani adalah
pendidikan sepanjang hayat.
ii
Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Purra Malaysia sebagai mernenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah.
MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK DAN PENCAPAlAN
PELAJAR PELBAGAI KA TEGORI KEAKTIFAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
oleh
JULISMAH BINTI JANI
Februari 2000
Pengerusi: Siti Rehani Che Hussain, Ph.D.
Fakulti: Pengajian Pendidikan
Pelajar perlu menguasai rnasa pembelajaran akademik. di dal.am proses pengajaran
dan pembelajaran untuk rnemperoleh pencapaian akademik dalam Pendidikan
Jasrnani. Justeru itu, kajian ini ialah untuk menentukan sejauh mana hubungan rnasa
pernbelajaran akademik dan tahap keaktifan pelajar dalam bidang sukan
mernpengaruhi pencapaian pelajar dalam Pendidikan Jasmani.
Serarnai 78 orang pelajar tingkatan satu di ernpat buah sekolah menengah dari zon
Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah subjek di dalam kajian ini.
Subjek terbahagi kepada tiga aras kategori keak:tifan, iaitu pelajar akti( pelajar
sederhana aktif dan pelajar kurang aktif dalam bidang sukan.
U1
Sebanyak 7020 jeda masa pembelajaran akademik bagi ketiga-tiga kategori
keaktifan pelajar dalam bidang sukan dikumpul melalui lima kali pemerhatian
berdasarkan model Masa Pembelajaran Akademik dalarn Pendidikan Jasmani
(MPA-pn yang diubahsuai daripada Siedentop, Tousignant dan Parker (1982).
Manakala 78 data pencapaian pelajar dalam Pendidikan Jasmani dikurnpul melalui
ujian kogniti£ ujian afektif dan ujian psikomotor. Data masa pembelajaran
akademik bagi ketiga-tiga kategori keaktifan pelajar dan data pencapaian pelajar
dalarn Pendidikan Jasrnani dianalisis secara ujian statistik regresi pelbagai.
Keputusan kajian mendapati wujudnya hubungan yang signifikan (Q < .0 I) di antara
masa pembelajaran akademik dan kategori keaktifan pelajar dalam bidang sukan
terhadap pencapaian pelajar dalam Pendidikan Jasmani Hubungan tersebut
menjelaskan 71 peratus ubahan di dalarn pencapaian pelajar adalah dipengaruhi 01eh
pembolehubah masa pembelajaran akademik dan kategori keaktifan pelajar dalarn
bidang sukan.
Dapatan kajian ini rnemberi implikasi bahawa proses pengajaran Pendidikan Jasmani
hendaldah berfokus kepada masa pembelajaran akademik. Justeru itu, guru perlu
memikirkan strategi yang melibatkan pe1ajar bergiat aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran untuk pelajar menguasai pembelajaran akademik dalam
Pendidikan J asrnani.
IV
Abstract of thesis presented to the Senate ofUniversiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirements for the degree of Doctor of Philosophy.
ACADEMIC LEARJ.�ING TIME AND STUDENTS'
ACHIEVEMENT OF MULTIPLE CATEGORIES ACTIVENESS IN PHYSICAL EDUCA nON
By
JULISMAH JANI
February 2000
Chairperson: Siti Rehani Che Hussain, Ph.D.
Faculty: Educational Studies
Students should acquire academic learning time in the teaching and ieaming process
to posses academic achievement in physical education. Thus the purpose of this
study was to find the relationship between the academic learning time and level of
student's activeness in sports with student's achievement in physical education.
Seventy eight form one students from four secondary schools in Pudu zone, in
Federal Territory of Kuala Lumpur were the subjects of the study. The subjects
were grouped into three levels of activeness in sports namely high, medium and low
categories.
v
As rrruch as 7020 of acadennc learrnng tune mtervaIs were gathered through five
senes of observatIons by usmg an Acadermc Learmng TIme - PhYSIcal Educatron
(AL T-PE) modef modified from Sledentop's, TousIgnant's and Parker's (1982)
Seventy elght data on students' achievement m phySICal educatlOn were gathered
through a cogrutIve test, affectIve test and the psychomotor test MultIple
regresSIon was used to analyze the data.
The findmgs delIneate slgmficant <R <.. 01) relanonsrup between acadermc learrung
tune and categones of students' actIveness m sports With students' acruevement m
phySICal educatIon. Seventy one percent of the vanance m students' achIevement IS
due to the vanables on acadennc learnmg tIme and categones of students'
actIveness m sports
The results of the study trnphed that acadermc learnmg ttrne should be the focus m
phySICal educatIon teachmg Hence, phySICal educatIon teachers should thInk of
strategIes that would mcrease students partIcIpatIon ill the learnmg and teachIng
process to acqurre acadennc achIevement m phYSical educatIon.
VI
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Se1awat dan
Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S. A W. Alhamdulillah bersyukur
saya ke hadrat llahi kerana dengan limpah kumia dan rahmatNya dapat jua akhimya
saya menyiapkan tesis ini.
Saya amat terhutang budi dan ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan saya. Teristimewa buat Dr. Siti
Rehani Che Hussain selaku Pengerusi, ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas
keikhlasan dan kegigihan beliau baik dari segi masa dan tenaga dalam membimbing
serta memberi saranan membina supaya tesis ini dapat dipersembahkan denganjelas dan
berkesan. Sikap dan pengetahuan profesional beliau di dalam bidang penyelidikan
sangat saya kagumi dan insyallah saya akan manfaatkan ilmu dan pengalaman dalam
bidang penyelidikan sebaik mungkin di dalam kerjaya saya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Profesor
Madya Dr. Mohd. Majid Konting dan Profesor Dr. Hjh. Noran Fauziah Yaakub yang
tidak kurang di dalam memberikan kritikan yang membina dan keikhlasan membimbing
saya di sepanjang proses menyiapkan tesis ini. Kedua-dua ahJi jawatankuasa penyeliaan
ini telah menyumbangkan ide, sedia mendengar, berasa selesa semasa berbincang dan
cepat di dalam memberikan tindak balas demi menghasilkan tesis yang bennutu. Budi
baik dan jasa daripada semua Ahli Iawatankuasa Penyeliaan saya, amat saya hargai dan
akan saya teladani demi kebaikan profesion pendidikan.
V11
Di samptng itu, ucapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada semua
pengetua, guru dan pelajar yang terlibat secara langsung dengan kajian ini terutama di
Sekolah Menengah Bandar Tun Razak Jalan Cheras, Sekolah Menengah Connaught
Jalan Cheras, Sekolah Menengah Cheras Jalan Tenteram, Sekolah Menengah Sungai
Besi Ialan Sungai Besi, Sekolah Menengah Taman Desa (2), Jalan Kelang Lama dan
Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjong Malim Perak. Ucapan penghargaan ini adalah
di atas kebenaran dan kerjasama yang diberi semasa saya menjalankan kajian ini.
lutaan terima kasih juga ditujukan kepada Yayasan Negeri Iohor dan Syarikat
Canggih-Mewah, Ichor Bahru yang suru membiayai sekadar cuma pengajian saya ini
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga nilainya khas buat ayahbonda dan
keluarga yang sentiasa mendoa agar cita-cita saya memperoleh kejayaan.. Kepada
rakan.-rakan, ucapan ribuan terima kasih kerana memberi sokongan moral dan emosi
untuk saya meneruskan pengajian ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat di dalam memberikan bantuan dalam bentuk apa jua
sekalipun kepada saya.
Sesungguhnya hasil tesis ini adalah berkat usahasama, tunjuk ajar dan
sumbangan daripada pelbagai pihak. Segala bantuan dan doa yang ditujukan kepada
saya, semoga mendapat rahmat daripadaNya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa
dan budi baik pihak-pihak yang terlibat dengan kajian ini. Amin.
VJJl
Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pemeriksa bagi lulismah Jani telah mengadakan pemeriksaan akhir pada 3 Februari 2000 untuk menilai tesis Doktor Falsafah beliau yang bertajuk Masa Pembelajaran Akademik dan Pencapaian Pelajar Pelbagai Kategori Keaktifan dalam Pendidikan Jasmani mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan-Peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1981. lawatankuasa Pemeriksa memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahkan ijazah tersebut. Anggota Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut:
AZIMI RJ. BAMZAH� Ph.D,
Profesor MadyalTimbailln Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pengerusi)
SITI RE1IA1'11 CHE HUSSAIN, Ph.D, F akulti Pengajian Pendidikan Universiti Putrd Malaysia
(Abli)
NORAN FAUZIAH Y AAKOB� Ph.D, Profesor IPengamh Unit Teknologi Pusat InoV"dsi Pendidikan Universiti Utar.ll\tlalaysia (Abli)
MOHD. MAJID KONTING, Ph.D,
Profesor Madyd Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putr.l Malaysia
(Ahli)
SALMAH AYOB, Ph.D, Profesor Madya Pusat Pengajian Drou Pendidikan Universiti Sains l\tfalaysia (Pemeriksa Luar)
. GHAZALIMOHAYIDlN,Pb.D, ProfesorfTimbalan Dekan Pusat Pengajian SiswdZab Universiti Putr.llVlalaysia
Tarikb: [. 1 �1 A R 2000 lX
T esis ini teiah diserahkan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah.
x
� �ns A ANG, Ph.D,
Profesor MadydlDekan Pusat Pengajian SiswdZah Universiti Putra Malaysia
Tarikh: 11M AY 2000
Pengakuan
Saya mengaku bahawa tesis ini adaiah hasil kerja saya yang asJi melainkan petikan dan sedutan yang telah diberi penghargaan di dalam tesis. Saya juga mengaku bahawa tesis ini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah lain di Universiti Putra Malaysia atau di institusi-institusi lain.
i�\ '� Tarikh: 28 Februari 2000
Xl
JADUAL KANDIJNGAN �Iuka Surat
DEDIKASI " ABSTRAK 11t ABSTRACT PENGHARGAAl'l SlJRAT PENGESAHAN SURAT PENGAKUAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN
V VlI IX Xl xv XVlI XlX
BAB
II
I PENDAHULUA .. � 1 Masa Pembelajaran Akademik dalam Pendidikan Jasmaru 2
lsu Masa Pembelajaran Akademik dalam Pendidikan Jasmaru 6 Implikasi Masa Pembelajaran Akademik dalam Pendidikan Jasmana 8
Pernyataan Masalah 10 Soalan Kajian 12 Hipotesis Kajian 14
Definisi Operasional 14
Pendidikan Jasmani 15
Masa Pembelajaran Akademik dalam Pendidlkan Jasmaru Kategori Keaktifan Pelajar Pencapaian Pelajar
Batasan Kajian Kepentingan Kajian
SO ROTAN LITERATUR Konseptual Teoritis
Teori-Teori Pembelajaran Model Masa dan Pembelajaran Model Masa Pembelajaran Akademik
XlI
15 19 21 23 25
30 32 32 42 43
III
IV
KllJian Masa Pembelajaran Akademik dan Pencapaian Pelajar dalam Pendidikan Jasmani
Rumusan Sorotan Literatur
METODOLOGI
Rekabentuk Pembolehubah Kerangka Kajian
Instrumentasi KaJian Rintis Alat Ukur Masa Pembelajaran Akademik -
Pendidikan Jasmani Alat Ukur Ujian Kognitif Alat Ukur Ujian Afektif Alat Ukur Ujian Psikomotor
Sampel Kajian Proses Pemilihan T empat Proses Pemilihan Sampel Kaedah Menentukan Saiz Sampel
Proses Mengumpul Data Proses Analisis Data
Statistik Deskriptif Statistik Inferensi
KEPUTUSAN DA.� PERBINCANGAN KAJIAN
Masa Pembelajaran Akademik dan Kategori KeaktIfan Pelajar terhadap Keseluruhan Pencapaian Pelajar daJam Pendidikan
48 66
72
72
73
74
82
83
87
108
110
113 117
117
119 127 129 132 i34
135
138
Jasmaru 138
Masa Kognitif dan Kategori Keaktifan Pelajar dengan Pencapaian Kognitif dalam Pendidikan Jasmani 154
Masa Afekttf dan Kategori Keaktifan Peiajar dengan Pencapaian Mektif dalam Pendidikan Jasmani 161 :Masa Ketepatan Motor dan Kategori Keaktifan Pelajar dengan Pencapalan Psikomotor dalam Pendidikan Jasmani 166
Perbezaan Min di antara Aras Kategori Keaktifan Pelajar dalam Bidang Sukan 174
Rumusan Keputusan Kajian 178
X111
v KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN
Kesimpulan ...................................................... .
Soalan .................................................. .
Rekabentuk ............................................. .
Analisis Data ............................................. .
Dapatan ................................................. . Kesimpulan dan Implikasi ............................ .
Cadangan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
RUJUKAN
LAMPIRAN
VITA
LAMPIRAN A: Alat Ukur Masa Pembelajaran Akademik-Pendidikan Jasmani
LAMPIRAN B:
LAMPIRAN B-1: LAMPIRAN B-2:
LAMPIRAN B-3: LAMPIRAN B-4: LAMPIRAN B-5: LAMPIRAN B-6:
LAMPIRAN C: LAMPIRAN D: LAMPIRAN E: LAMPIRAN F:
LAMPIRAN F -1 :
LAMPIRAN F-2:
LAMPIRAN G:
Alat Ukur Ujian Pencapaian Pendidikan Jasmani ...................... .
Ujian Kognitif ............................. .
Skema Jawapan Ujian Kognitif Permainan Bola Tampar Kemahiran Menyangga Ujian Afektif .............................. .
Skema Penilaian Ujian Afektif .......... . Ujian Psikomotor ......................... .
Rekod Ujian Kemahiran Menyangga (Bola Tampar) .............................. .
Jadual Penentu Saiz Sampel ............. .
Borang Pemilihan Kategori Pelajar ladual Taburan Nombor Rawak ........ .
Surat-Surat Kebenaran Menjalankan Kajian ...................................... .
Surat Kebenaran dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Semakan Audit ........................... .
XIV
182 182 183 184 185 186 188 189
196
204
204
207 208
211 212 215 216
218 219 220 222
223
224
225 226
229
SENARAI JADUAL
Jadual
1 Statistik BiJangan Pelajar Setiap Kelas
2 Saiz Sampel Kajian mengikut Kategori
3 Contoh Rekod Hasil Pemerhatian dalam Lembaran Jeda Berkod
4 Min Masa Pembelajaran Akademik dan Keseiuruhan Pencapaian bagi Kesemua Kategori Keaktifan
Mub Surat
121
129
134
Pelajar dalam Pendidikan Jasmani . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 139
5 Analisis Regresi Pelbagai Masa Pembelajaran Akademik dan Kategori Keaktifan Pelajar dengan Pencapaian Keseluruhan (N=78) . . . . . . . . . . . . . . . . . . 140
6 Koefisi Regresi Pelbagai Masa Pembelajaran Akademik dan Kategori Keaktifan Pelajar terhadap Keseluruhan Pencapaian Peiajar dalam Pendidikan Jasmani 141
7 Min Masa Pembelajaran Akademik dan Pencapaian Pelajar dalam Pendidikan Jasmani mengikut Kategori Keaktifan Pelajar dalam Bidang Sukan . . . . .. . . . . . . . . . . . . . 152
8 Analisis Regresi Pelbagai Masa Kognitif dan Kategori
9
10
Keaktifan Pelajar dengan Pencapaian Kognitif (N=78) . . 155
Koefisi Regresi Pelbagai Masa Kognitif dan Kategori Keaktifan Pelajar terhadap Pencapaian Kognitif Pelajar dalam Pendidikan Jasmani . . _ _ _ _ _ _ _ . _ _ _ . _ . _ _ _ _ _
Analisis Regresi Pelbagai Masa Mektif dan Kategori Keaktifan Pelajar dengan Pencapaian Mektif (N=78)
xv
156
161
11
12
13
14
Koefisi Regresi Pelbagai Masa Afektif dan Kategori Keaktifan Pelajar terhadap Pencapaian Afektif Pelajar dalam Pendidikan Jasmani _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Analisis Regresi PeIbagai Masa Ketepatan Motor dan Kategori Keaktifan Pelajar dengan Pencapaian Psikomotor (N=78)
Koefisi Regresi Pelbagai Masa Ketepatan Motor dan Kategori Keaktifan Pelajar terhadap Pencapaian Psikomotor Pelajar dalam Pendidikan Jasmani _ _ _ _ _ _ _ _ _
Ringkasan Keseluruhan Keputusan Analisis Regresi dan Ujian Pelbagai Perbandingan antara Min
xvi
162
166
i67
179
SENARAl RAJAH
Rajah Mulot Surat
1 Model Teori Pembelajaran Gagne: Proses tindak balas pembelajaran yang berlaku di dalam sistem saraf melalui deria-deria seseorang, basil daripada rangsangan persekitaran (Gagne, 1985). . . . . . . . . . . . . . 33
2 Kerangka Teori: Hubungan di antara masa pembelajaran akadernik dengan kategori keaktifan pelajar dalam bidang sukan terbadap pencapaian pelajar dalam Pendidikan Jasmani. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 71
3 Kerangka Kajian: Hubungan di antara pembolehubah proses dan kategori keaktifan pelajar dengan pembolehubah basil melalui kaedah pemerhatian berdasarkan ubahsuaian daripada model masa dan pembelajaran . . . . . . . . . . . . . . . 75
4 Proses melaksanakan kajian tentang masa pembelajaran akadernik dan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Jasmani. '" ... '" ............... '" ... '" ...... ... ... ..... 77
5 Proses pemilihan sampel kajian bermula dari menentukan jenis sekolah, diikuti dengan kriteria pemilihan sekolah, kriteria pemilihan pelajar dan subjek kajian. 119
6 Titik taburan regresi masa pembelajaran akadernik dan kategori keaktifan pelajar dalam bidang sukan ke atas keseluruhan pencapaian pelajar daJam Pendidikan Jasmani. . .................................... , 144
XVII
Rajah
7
8
9
Carta bar perarus masa kognitif dan pencapaian kognitif pelajar dalam Pendidikan Jasmani mengikut kategori keaktifan pelajar dalam bidang sukan. . . . . , . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Cana bar peratus masa afektif dan pencapaian afektif peJajar dalam Pendidikan Jasmani mengikut kategori keaktifan pelajar dalam bidang sukan. .,. ' " . . . . . . . . . . . . . ... . . ' " . . . ' " . . . . . . . . . . . . ' " . . . . .
Cana bar peratus masa ketepatan motor dan pencapaian psikomotor pelajar dalam Pendidikan Jasmani mengikut kategori keaktifan pelajar dalam bidang sukan. . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . .
XVlll
Muka Surat
158
164
169
AAHPER
ALT-PE
ANCOVA
ANOVA
ASUOI
BTES
lOA
KBSM
KPM
MPA
MPA-PJ
PJK
P&P
SPSS
SENARAI SINGKATAN
"American Alliance Healt� Physical Education
and Recreation"
"Academic Learning Time-Physical Education"
"Analysis of covariance"
"Analysis of variance"
"Arizona State University Observation [nstrunIent"
''Beginning Teacher Evaluation Study"
"Interobserver Agreement"
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Masa Pembelajaran Akademik
Masa Pembelajaran Akademik-Pendidikan Jasrnani
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pengajaran dan Pembelajaran
"Statistical Package for Social Sciences"
XIX
BABI
PENDAHULUAN
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku individu hasil daripada proses
dalaman yang melibatkan sistem saraf bertindak balas terhadap pengalaman, latihan
atau interaksi individu dengan persekitarannya (Gagne, 1985). Melalui proses
pembelajaran, individu dapat rnenguasai pengetahuan, meningkatkan kefahaman,
membina kecekapan kemahiran, membentuk sikap dan memupuk nilai-nilai yang
diingini masyarakat. Tujuan pembelajaran tersebut selaras dengan Matlamat
Pendidikan di l\fa.Iaysia yang mana proses pembelajaran adalah untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 1992).
Merujuk kepada konsep pembelajaran di atas, rnata pelajaran Pendidikan
Jasmani perlu dilaksanakan dalam konteks pendidikan yang berkesan. Surat pekeliling
ikhtisas Bilangan 2511998 rnemaklumkan bahawa rnata pelajaran Pendidikan Jasmani
adalah rnata pelajaran teras dan perlu dilaksanakan seperti yang diperuntukan dalam
Akta Pendidikan 1996. Pelaksanaan mata peJajaran tersebut hendaklah berlandaskan
kepada pelajar menjaJankan aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Jasmani melalui pergerakan fizikal.
1
2
Dengan ini, proses pengajaran Pendidikan Jasmani seharusnya tertumpu kepada
penguasaan pelajar terhadap pembelajaran akademik 8agi memenuhi keperiuan
tersebut masa pembelajaran akdemik yang maksimum perlu diperuntukan di sepanjang
sesi pelajaran Pendidikan Jasmani. Surat pekeliling ikhtisas Bilangan 25/1998
memaklumkan bahawa peruntukan masa bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani di
sekolah menengah adalah sebanyak 60 waktu setahun dan setiap waktu adalah
sebanyak 40 minit. Masa yang diperuntukan dalam jadual waktu Pendidikan Jasmaru di
sekolah menengah hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya dengan masa pembelajaran
akademik
l\tJasa Pembelajaran Akademik daJam Pendidikan Jasmani
Masa pembelajaran akademik ialah kadar masa pelajar mencapai kejayaan
semasa melaksanakan tugasan belajar dalam Pendidikan Jasmani (Berliner, 1987).
Kriteria kejayaan dalam tugasan belajar adalah seperti tingkah laku pelajar melakukan
pergerakan-pergerakan motor dengan teknik yang betul dalam kemahiran SUka..l1,
mendengar, memerhati dan mengambil bahagian dalam aktiviti tatman, berkebolehan
untuk mereka cipta dan meneroka pergerakan-pergerakan di dalam Pendidikan
Pergerakan atau dapat memberikan jawapan dan penerangan terhadap soalan-soalan
yang berkaitan dengan kemahiran sukan.
3
Manakala tugasan belajar dalam Pendidikan Jasmani bennaksud pelajar
melakukan aktiviti kandungan pengajaran seperti memanas atau menyejukkan badan,
latihan kemahiran atau pennainan kecil yang disediakan guru untuk menguasai
pembelajaran dari aspek kogniti:r, afektif dan psikomotor. Pelajar melakukan aktiviti
kandungan pengajaran untuk menguasai pembelajaran kognitif sepeni menunjukkan
tingkah laku menyusun strategi permainan dan mengaplikasikan undang-undang dalam
pennainan. Pelajar menguasai pembelajaran afektif dengan menunjukkan tingkah laku
bersosial seperti berinteraksi sesama kawan dalam kumpulan dan bekerjasama semasa
aktiviti bennain dijalankan. Pelajar turnt diberi tugasan belajar untuk melakukan latihan
kemahiran secara latih tubi, mengadakan aktiviti latih main dan aktiviti latihan
kecergasan ke arah mencapai pembeJajaran psikomotor.
Menurut Krasner dan Ullman (1992), hasil daripada kejayaan dalam tugasan
belajar melibatkan pelajar berasa puas, seronok dan bermotivasi untuk berusaha melaku
dan melaksanakan tugasan tersebut dengan baik. Fungsi kejayaan adalah sebagai
ganjaran atau peneguhan bagi menentukan darjah kepuasan yang dirasai pelajar.
Tingkah laku peJajar yang terdorong ke arah melaksanakan sesuatu tugasan belajar
dengan jayanya mempunyai kecenderungan untuk mencapai pembelajaran dalam
kemahiran yang dipelajarinya.
Kajian Siedentop, Birdwell dan Metzler, (1979); Siedentop, Tousignant dan
Parker (1982); Silverman (1993); Lacy, LaMaster dan Tommaney (1996) mendapati
bahawa masa pembelajaran akademik mempunyai hubungan yang signifikan dengan
4
pencapaian pelajar dalam Pendidikan Jasmani. Kajian-kajian tersebut menggunakan
[onnat pemerhatian "Academic Learning Time-Physical Education Version Ir' yang di
pelopori dari kajian Siedentop, Tousignant dan Parker (1982).
Silve� Devillier dan Ramirez (1991) pula mengatakan bahawa masa
pembelajaran akademik adalah kriteria pembolehubah yang bertanggungjawab
(akauntabiliti) serta dapat memberikan jawapan terhadap penguasaan pembelajaran
akademik seseorang pelajar dalam Pendidikan Jasmani.
Menurut Silverman (1993) masa pembelajaran akademik menggambarkan satu
pengukuran masa terhadap pembelajaran seseorang pelajar. Pembelajaran tersebut
bergantung kepada keperluan dan kebolehan pelaj ar meiaksanakan tugasan yang
menepati objektif pembelajaran. Keperluan dan kebolehan pelajar mempunyai
hubungan di dalam menentukan penguasaan pembe1ajaran dan pencapaian pelajar di
dalam pelajarannya (Silverman, 1993). Kadar penguasaan pembelajaran berbeza dari
seseorang pelajar ke seseorang pelajar yang lain. Pelajar yang aktif meluangkan masa
dalam tugasan belajar mengikut keperluan dan kebolehannya, dapat menguasai tugasan
belajar dengan jayanya (Deary dan Stough, 1996). Pelajar yang aktif dan benninat
terhadap tugasan belajar memperoleh kadar masa pembelajaran akademik yang tinggi
berbanding pelajar yang kurang aktif dan kurang berminat di dalam tugasan belajarnya
(Cousineau dan Luke, 1990). Kajian Anderson, Brubaker, Alleman-Brooks dan Duffy
(1985) mendapati peJajar yang kurang aktif dalam bidang sukan merasakan sesuatu
tugasan belajar yang diikuti adalah di luar kemampuannya. Pelajar tersebut tidak
s
berjaya melaksanakan sesuatu tugasan belajar yang dapat memenuhi objektif
pembelajaran. Sebaliknya, pelajar yang aktif dalam bidang sukan dapat melaksanakan
tugasan belajar dengan jayanya.
Beauchamp, Darst dan Thompson (1990) mendapati masa pembelajaran
akademik adalah petunjuk sarna ada sesuatu program pengajaran pembelajaran yang
dirancangkan guru dapat memenuhi kehendak dan kebolehan pelajar. Perkara ini dapat
dilihat melalui tingkah laku pelajar sarna ada pelajar berjaya melakukan tugasan belajar
yang menepati objektif pembelajaran dan berdasarkan kadar masa pembelajaran
akademik yang dikuasai pelajar di sepanjang sesi pelajaran Pendidikan Jasmam.
Petunjuk tersebut turut menentukan sarna ada sesuatu program itu berkualiti atau tidak.
Merujuk kepada kajian-kajian yang tersebut di atas, pengaJaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menegah di Malaysia seharusnya
memberi penekanan terhadap masa pembelajaran akademik kepada pelajar. Guru perlu
merancang strategi pengajaran ke arah meningkatkan pembelajaran di samping
memotivasikan peiajar untuk rnelakukan sesuatu tugasan belajar dengan jayanya.
Tugasan be1ajar hendaklah bermakna dan bersesuaian dengan kebolehan dan minat
pelajar (Siedentop, Mand dan Taggarta, 1986).
Dalarn melaksanakan kandungan pengajaran, guru perlu memperuntukkan masa
pembelajaran akademik supaya pelajar dapat melaksanakan tugasan belajar ke arah
mencapai pembelajaran dalarn Pendidikan Jasmam. Pelajar perlu diberi peluang dan