universiti putra malaysia perbandingan sahsiah … · universiti putra malaysia siti rabeah masri...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SITI RABEAH MASRI
FBMK 2012 11
PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN
© COPYRIG
HT UPM
PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH
DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN
SITI RABEAH MASRI
MASTER SASTERA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
2012
© COPYRIG
HT UPM
PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL
PILIHAN
Oleh
SITI RABEAH MASRI
Tesis ini Dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti
Putra Malaysia sebagai Memenuhi Keperluan untuk Ijazah Master
Sastera
NOVEMBER 2011
© COPYRIG
HT UPM
ii
DEDIKASI
Untukmu Wanita
Wanita itu cantik
Atas dasar rupanya
Wanita itu cantik
Atas dasar kepintarannya
Wanita itu cantik
Atas dasar keimanannya
Secantik-cantik wanita
Apabila diberikan sesuatu
....Dia bersyukur
Apabila tidak diberikan apa-apa
....Dia bersabar
Apabila melihatnya
....Dia menyenangkan
Apabila kamu menyuruhnya
....Dia mentaati
Jadilah kamu secantik wanita
Penghibur hati....
Penenang jiwa....
© COPYRIG
HT UPM
iii
Abstrak ini dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai
memenuhi keperluan Ijazah Master Sastera
PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL
PILIHAN
Oleh
SITI RABEAH MASRI
NOVEMBER 2011
Pengerusi: Kamariah Kamarudin, PhD
Fakulti: Bahasa Moden dan Komunikasi
Muslimah yang mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah SWT
kurang diperagakan dengan sahsiah dan keperibadian yang sebenar mengikut
pandangan Islam. Walaupun ada terdapat kajian-kajian tentang wanita,
namun dari sudut sahsiah yang memperlihatkan keperibadian Muslimah dari
sudut pandangan Islam masih kurang dilakukan. Justeru, kajian ini dilakukan
untuk melihat keunggulan sahsiah Muslimah dalam novel-novel pilihan, iaitu
Surat-surat Perempuan Johor dan Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani
serta Atas Nama Cinta dan Satu Bumi karya Isa Kamari yang berupaya
membawa nilai-nilai kemurnian Islam untuk meningkatkan sahsiah terpuji
dalam diri khalayak pembaca. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti
sahsiah Muslimah dalam novel-novel pilihan. Seterusnya, menganalisis
sahsiah Muslimah dengan menggunakan Teori Takmilah sebagai landasan
kajian. Hasil kajian terhadap aspek sahsiah Muslimah dari sudut akidah,
sahsiah Muslimah dari sudut ibadah dan sahsiah Muslimah dari sudut akhlak
© COPYRIG
HT UPM
iv
menunjukkan bahawa Muslimah mempunyai keperibadian dan sahsiah yang
unggul kerana berpegang kepada tiga sendi Islam. Sahsiah Muslimah dari
sudut akidah menemukan nilai keimanan dan ketakwaan Muslimah terhadap
Allah SWT. Aspek ibadah pula meliputi nilai-nilai ajaran Islam seperti solat
dan membaca al-Quran. Manakala aspek akhlak pula dominan
memperlihatkan ketinggian sahsiah Muslimah dalam memelihara
hubungannya dengan ibu bapa, diri sendiri dan masyarakat. Hasil kajian
menunjukkan ketiga-tiga aspek ini bertepatan dengan gagasan Teori
Takmilah yang membawa perutusan kebaikan bagi meningkatkan sahsiah
yang terpuji dalam diri khalayak pembaca. Kajian ini juga memperlihatkan
bahawa nilai-nilai kemurnian akhlak Islam yang wujud dalam diri Muslimah
berupaya memartabatkan ketinggian sahsiah dan seterusnya menjadi contoh
teladan kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam kalangan pembaca.
© COPYRIG
HT UPM
v
Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in
fulfilment of the requirement for the degree of Master of Arts
COMPARISON OF MUSLIMAH’S PERSONALITY IN THE
SELECTED NOVELS
By
SITI RABEAH MASRI
NOVEMBER 2011
Chairman : Kamariah Kamarudin, PhD
Faculty: Modern Languages and Communication
Muslimah that have a special position beside Allah SWT exhibited with the
true Islamic personality of Muslimah in literature work. Although there is
studies about Muslimah, however the true Islamic personality of Muslimah
still not very frequently done in literature work. Hence, this study carried out
to see the excellence Muslimah’s personality in the selected novels, namely
Surat-surat Perempuan Johor and Tunggu Teduh Dulu by Faisal Tehrani and
Atas Nama Cinta and Satu Bumi by Isa Kamari that able to bring Islamic
values to increase admirable personality among readers. The objectives of
this study is to identify Muslimah’s personality in the selected novels. Then,
analyzed the Muslimah’s personality using Teori Takmilah as a basis for the
study. The results on Muslimah’s personality from the perspective of faith,
the Muslimah’s personality in terms of religious and moral character shows
that Muslimah have a superior character and personality because upholds the
three core of Islam. This research found that Muslimah’s personality from the
© COPYRIG
HT UPM
vi
perspective of faith discover about faith and piety towards Allah SWT.
While, aspects of religious worship encompasses the values of Islam such as
prayer and reading the Quran. On the other hand, morality aspect is dominant
to show the height personality in maintaning relationship with parent, oneself
and society. Result research showed this all three aspect is consistent with
Teori Takmilah which brought good message to increase personality that is
admirable among readers. This also showed that Islamic values that exists in
Muslimah’s personality able to unravel a highly personality and consequently
become paragon to good values formation among reader.
© COPYRIG
HT UPM
vii
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya telah memberi
keizinan dan kekuatan kepada pengkaji untuk menyempurnakan tesis ini.
Sesungguhnya segala kesempurnaan adalah milik-Nya dan segala kekurangan adalah
daripada sifat pengkaji sendiri.
Pada kesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak membantu pengkaji
untuk menyiapkan tesis ini, terutamanya Dr. Kamariah Kamarudin dan Dr. Pabiyah
Hajimaming yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat malah
perangsang semangat untuk pengkaji menyelesaikan tesis ini dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi dan semua yang telah mencurahkan ilmu
pengetahuan dan tunjuk ajar kepada pengkaji sepanjang pengajian di Universiti
Putra Malaysia yang tercinta ini. Segala ilmu yang dicurahkan akan digunakan
sebaik mungkin demi masa depan diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.
Sekalung budi juga ditujukan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung seperti Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra
Malaysia, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat
Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara
Malaysia, dan Perpustakaan Pendeta Za’aba, Universiti Malaya atas segala bantuan
dan maklumat yang diperoleh.
Buat teman-teman yang tercinta, jasa baik kalian telah mengajar diri ini tentang
metafora kehidupan. Kesabaran dan kecekalan kalian dalam memaknakan erti
persahabatan ini akan sentiasa segar dalam ingatan. Terima kasih akan segala
kenangan ini. Akhir kalam, semoga apa yang tertulis ini dapat menjadi ilmu yang
bermanfaat untuk pembaca kelak. Sesungguhnya segala kebaikan itu datangnya
daripada Allah dan sesuatu keburukan itu adalah daripada sifat-sifat makhluk
kejadiannya. Sekian, terima kasih.
© COPYRIG
HT UPM
viii
Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Pemeriksa telah berjumpa
pada 2 Disember 2011 untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi Siti Rabeah
Binti Masri untuk menilai tesis Master Sastera beliau yang bertajuk “Sahsiah
Muslimah dalam Novel-novel Pilihan” mengikut Akta Universiti Pertanian
Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia
(Ijazah Lanjutan) 1981. Jawatankuasa Pemeriksa tersebut telah
memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah berkenaan.
Ahli Pemeriksa Jawatankuasa adalah seperti berikut:
Adi Yasran bin Abdul Aziz, PhD
Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Pengerusi)
Arba’ie Sujud, PhD
Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Pemeriksa Dalam)
Samsina Abd. Rahman, PhD
Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Pemeriksa Dalam)
Mawar Safei, PhD
Pensyarah
Pusat Pengajian Bahasa
Universiti Malaysia Sarawak
(Pemeriksa Luar)
_______________________
Seow Heng Fong, PhD
Profesor dan Timbalan
Dekan (Tesis)
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
Tarikh:
© COPYRIG
HT UPM
ix
Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah
diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk Ijazah Master Sastera.
Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:
Kamariah Kamarudin, PhD
Pensyarah Kanan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Pengerusi)
Pabiyah Hajimaming, PhD
Pensyarah Kanan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Ahli)
__________________________
BUJANG BIN KIM HUAT, PhD
Profesor dan Dekan
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
Tarikh:
© COPYRIG
HT UPM
x
PERAKUAN
Saya mengakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan
petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya
juga memperakui bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan serentak dengan
ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau institusi lain.
_________________________
SITI RABEAH BINTI MASRI
Tarikh:
© COPYRIG
HT UPM
xi
SENARAI KANDUNGAN
Muka surat
HALAMAN JUDUL i
DEDIKASI ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT v
PENGHARGAAN vii
PENGESAHAN ix
PERAKUAN x
SENARAI RAJAH xiii
BAB
I PENDAHULUAN
Pengenalan 1
Pernyataan Masalah 5
Objektif Kajian 7
Metodologi Kajian 7
Kepentingan Kajian 8
Batasan Kajian 10
Definisi Konsep dan Operasional 11
Sahsiah 12
Muslimah 15
Akidah 14
Ibadah 15
Akhlak 16
II SOROTAN KAJIAN
Sorotan Wanita 19
Sorotan Teori Takmilah 37
III METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kepustakaan 47
Kaedah Analisis Teks 48
Sejarah Teori Takmilah 48
Falsafah, Teori dan Prinsip Takmilah 50
© COPYRIG
HT UPM
xii
IV PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-
NOVEL PILIHAN
Pengenalan 69
Sahsiah Muslimah Dari Sudut Akidah 70
Keimanan 72
Ketakwaan 79
Sahsiah Muslimah Dari Sudut Ibadah 88
Solat 90
Membaca Al-Quran 96
Sahsiah Muslimah Dari Sudut Akhlak 105
Akhlak Terhadap Ibu Bapa 107
Akhlak Terhadap Diri Sendiri 115
Akhlak terhadap Masyarakat 122
Kesimpulan 138
V KESIMPULAN 139
Kesimpulan 139
Penutup 147
NOTA HUJUNG 149
RUJUKAN 159
BIODATA PELAJAR 165