universiti putra malaysia pluralisme agama menurut perspektif al
TRANSCRIPT
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PLURALISME AGAMA MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN
IBRAHIM RIFQI BAFAGIH.
FEM 2005 4
PLUMLISME AGAMA MENURUT PERSPEKTIF ALQUR'AN
OIeh
Tesis Dikemnkakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia, Sebagai Memenuhi Keperluan
Untuk Ijazah Master Sains
Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Master Sains
PLURALISME AGAMA MENURUT PERSPEKTIF ALQUR'AN
Oleh
IBRAHIM RIFQI BAFAGIH
Ogos 2005
Pengerusi : Zaid Ahmad, Ph.D.
Fakulti : Ekologi Manusia
Kajian ini ialah mengenai pluralisme agarna menurut perspektif al-Qur'an. Kajian
ini membahas isu pluralisme agama dengan berdasarkan kepada perspektif al-
Qur'an. Kajian ini bersifat Zrbrary reseach (kajian perpustakaan). Metod yang
digunakan dalam kajian ini ialah rnetod tafsir mawdii 'iy (tematik). Metod ini ialah
mentafsirkan Al-Qur'an dengan menghimpun ayat-ayat al-Qur'an yang berbicara
tentang topik tertentu. Ayat-ayat ini kemudian dikaitkan antara satu dengan
lainnya. Kemudian mengambil kesimpulan tentang masalah tersebut menurut
pandangan al-Qur'an. Kajian ini mendapati bahawa al-Qur'an mengiktiraf
kewujudan beberapa agama yang dianut manusia. Pengiktirafan ini diiringi
dengan pemberian kebebasan terhadap para penganutnya untuk menjalankan
ibadah sesuai dengan ajaran agamanya. Kebebasan ini disertai pula dengan segala
konsekuensi yang akan ditanggungnya sendiri. Dalam ha1 hi, al-Qur'an
menyatakan bahawa agama yang diterima oleh Allah hanyalah agama Islam. Di
sini, al-Qur'an mengajarkan urnat Islam untuk menghargai penganut agama lain
demi menjamin terciptanya suatu hubungan sosial yang positif di dalam
masyarakat. Al-Qur'an memberikan kebebasan kepada kaum Muslim untuk
berinteraksi dengan penganut agama lain. Al-Qur'an memberikan batasan selagi
ha1 tersebut tidak menimbulkan kekeliruan dalam akidah serta keimanan kaum
Muslim. Al-Qur'an juga membatasi selag tidak ada tanda-tanda yang
menunjukkan adanya sikap permusuhan terhadap agama Islam mahupun kaum
Muslim. Istilah yang digunakan oleh al-Qur'an yang mengenai golongan bukan
Muslim dapat dibahagikan kepada kepada 3 golongan, iaitu ah1 al-kitiib, kafir dan
musyrik. Pada umumnya, ayat-ayat al-Qur'an mengenai interaksi sosial terhadap
golongan bukan Muslim dapat dikategorikan kepada 2 kategori. Pertarna, ayat-
ayat yang berkaitan dengan situasi damai. Kedua, ayat-ayat yang berkaitan dengan
situasi perang. Ayat-ayat tersebut mesti ditempatkan sesuai dengan situasinya
masing-masing.
Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirements for the degree of Master of Science
RELIGIOUS PLURALISM ON QUR'ANIC PERSPECTIVE
IBRAHIM RIFQI BAFAGIH
August 2005
Chairman : Zaid Ahmad, Ph.D.
Faculty : Human Ecology
This research is about religious pluralism. This research discusses the religious
pluralism issue based on the perspective of the Qur'an. This research is a library
research. This research uses the tafsir Mawdi3 'iy (thematic) method. This method
is to interprete the Qur'an by compiling some verses from the Qur'an which
talking about a specific topic. Those verses then to be connected by each other.
Then, to get conclusion according to the perspective of the Qur'an concerning the
topic. This research finds that the Qur'an admitted the existence of the religions.
The adherents of religions are free to perform their religious living according to
their religion. They also be responsible to all the consequences. This is because
Qur'an says that Islam is the only religion accepted by Allah. Here, the Qw'an
teaches all Muslims to show respect towards non-Muslims in order to gain a
positive social interaction in the society. The Qur'an gives a freedom to all
Muslims to interact with another religions believers as long as it's not affected
their faith (in Islam). Also, as long as its void h m any signs of enmities towards
Islam and all Muslims. The Qur'anic terms to identi@ the non-Muslims are
devided into 3 terms, those are: ahl al-kitiib, kafir and mushrik. Generally, the
Qur'anic verses about the social interaction towards non-Muslims can be divided
into 2 categories. First, the verses which connected with the peace situation.
Second, the verses tbat connected with the situation of war. Each verse must be
placed according to its situation.
PENGHARGAAN
Penulis mengucapkan syukur al-hamd li-b-h ke hadrat Allah s.w.t. atas
berakhirnya kajian bertajuk Pluralisme Agama Menurut Perspektif al-Qur'an. Dan
dalam kesempatan hi, Penulis ucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya kepada
Abi dan Ummi tercinta, Husein A. Bafagih dan Naimah Karaman, atas segala
kasih-sayang yang sentiasa diberikan tanpa pernah ada habis-habisnya, semoga
Allah sentiasa merahmati serta memanjangkan urnur dan menjaga keduanya
sebagaimana yang mereka berdua berikan terhadap anak-anaknya, dan hanya
Allah sahajalah yang dapat membalas keduanya dengan pahala yang setimpal.
Dan tak lupa pula penulis ucapkan terima kasih sebesar-besamya kepada abang
dan kakak-kakak tercinta serta orang tersayang yang selalu memberikan dorongan
dan sokongan dalam meraih cita-cita, terutamanya dalam menamatkan Program
Master di Universiti Putra Malaysia ini.
Dan penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli
Jawatan Kuasa Penyeliaan Tesis, yang turut memberikan bimbingan, sehingga
penulis dapat menyelesaikan kajian ini. Dan diucapkan terima kasih pula kepada
semua pihak yang tumt membantu serta terlibat, sama ada secara langsung
mahupun secara tidak langsung, dalam proses menyelesaikan kajian ini.
Semoga kajian ini dapat memberikan manfaat. Penulis tidak menafikan adanya
beberapa kekurangan mahupun kelemahan yang ada dalam kajian ini, dan sangat
berbesar hati sekiranya ada kritikan dan saranan daripada mana-mana pihak yang
bersifat membangun derni kebaikan.
Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pemeriksa bagi Ibrahim Rifqi Bafagh telah mengadakan peperiksaan akhir pada 16 Ogos 2005 untuk menilai tesis Master Sains beliau yang bertajuk "Pluralisme Agama Menurut Perspektif Al-Quran" mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan-peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 198 1. Jawatankuasa Pemeriksa memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah tersebut. Anggota Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut:
Norbaya Ahmad, PhD Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Pengerusi)
Nurdeng Deuraseh, PhD Pens yarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam)
Mohd Azidan Abdul Jabar, PhD Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam)
Wan Mohd Azam Mohd Amin, PhD Profesor Madya Kulliyah Ilmu Wahyu Berteraskan Al-Quran dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pemeriksa Luar)
ProfessorlDeputy Dean School of Graduate Studies Universiti Putra Malaysia
... Vlll
Tesis ini telah diserahkan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Master Sains. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah sebagai berikut:
Zaid Ahmad, PhD Pensy arah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Pengerusi)
Amini Amir AbduBah, PhD Pensy arah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia ( A W
Ma'arof Redzuan, PhD Pens y arah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia ( A W
.I
AINI IDERIS, PBD Profesor/Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia
PERAKUAN
Saya mengakui bahawa tesis ini adalah hasil keja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah &jeIaskan sumbernya. Saya juga mengaku bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan untuk ijazah-ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi-institusi lain.
Tarikh: 29 Ogos 2005
ABSTRAK ABSTRACK PENGHARGAAN PENGESAHAN PERAKUAN KANDUNGAN SENARAI TRANSLITERASI SENARAI GAMBARAJAH
BAB
1. PENDAHULUAN 1.1. Latar Belakang Kajian 1.2. Pennasalahan Kajian 1.3. Skop dan Batasan Kajian 1.4. Objektif Kajian 1.5. Signifikan Kajian 1.6. Rangka Kajian
2. SOROTAN KAJIAN
3. METODOLOGI KAJIAN 3.1. Jenis tafsir mawdii 'iy 3.2. Langkah pelaksanaan tafsir mawdu' 'iy 3.3. Kaedah pengklasifikasian clan pemilihan ayat al-Qur'an
4. AL-QUR'AN DAN PLURALISME 4.1. Kitab Suci al-Qur'an
4.1.1. Fungsi al-Qur'an dalam Kebidupan Sosial 4.1.2. Tipologi Tafsir al-Qur'an
iv vi vii ix X
xii ... Xlll
4.2. Pluralisme Menurut al-qur'an 49 4.2.1. Pengertian Pluralisme dan Trancendent Unity of Religions 55
4.2.1.1 .Pluraliti dan Pluralisme 55 4.2.1.2. The Trancendent Unity of Religions
(Kesatuan Ulung Agama-agama)
4.2.2. Pluralisme Sebagai Hakikat Kebesaran Ilahi 4.2.3. Agama-Agama Dalam d-Qur'an
4.2.3.1.Siibi'in dan Majiis 4.2.3.2.Yahudi 4.2.3.3.Namny / Nqiirii (Kristian) 4.2.3.4.Islam
4.3. Golongan Bukan Muslim Menurut al-Qur'an 4.3.1. Ah1 al-Kitiib 4.3.2. Kafir 4.3.3. Musyrik
5. INTERAKSI SOSIAL KEAGAMAAN MENURUT AL-QUR' AN 106 5.1. Kebebasan dan Toleransi Beragama 109
5.1.1. Larangan Memaki Sembahan Penganut Agama Lain 115 5.1.2. Dasar Toleransi Beragama 116 5.1.3. Dialog dan Jahl menurut al-Qur'an 120
5.2. Qitiil yang Dibolehkan Menurut al-Qur'an 5.2.1. Berperang pada Bulan Haram 5.2.2. Perlakuan terhadap Tawanan Perang 5.2.3. Menjaga Perdamaian secara Internal dan Eksternal 5.2.4. Pahala Berjuang di Jalan All*
LAMPIRAN
BIODATA PENULIS
xii
SENARAI TRANSLITERASI
Huruf konsonan:
Huruf vokal:
fathah
kasrah
dammah
fathah panjang 3 kasrah pnjang 1
dammahpanjang B
# JJ
Tanwin -7 direpresentasikan dengan an, in, un. Transliterasi hanya berlaku terhadap perkataan dan istilah dari bahasa Arab sahaja. Sedangkan yang berasal daripada bahasa yang lain akan ditulis secara italic (tulisan miring). Sedangkan istilah daripada bahasa Arab yang telah masuk menjadi bahasa Melayu, tidak akan ditransliterasikan, rnisalnya perkataan: al-Qur'an, hadith, surah, ayat, kafir, musylrk, dan sebagainya. Huruf tri ' al-marbfi[ah; ) dan 4 ) akan ditransliterasikan menjadi huruf h.
... Xlll
Garnbarajah 1 :
Garnbarajah 2:
Gambarajah 3:
SENARAI GAMBARAJAH
Teori the trancendent unity of religions (kesatuan dung agama-agama) 59
Pemahaman terbadap istilah Isliim (Islam)
Cakupan makna ah1 al-kitiib
BAB 1
PENDAHULUAN
Al-Qur'an adalah Kitab Suci yang di dalamnya berisikan berbagai tema dan
berbagai pembicaraan, tetapi pembicaran al-Qur'an terhadap suatu masalah sangat
unik, tidak tersusun secara sistematis, seperti halnya buku-buku ilmu pengetahuan
yang dikarang oleh manusia. Di samping itu, al-Qur'an juga sangat jarang
menyajikan suatu masalah secara terperinci dan detad. Pembicaraan al-Qur'an
terhadap suatu masalah pada umurnnya bersifat global (tidak detail), parsial (tidak
utuh) dan seringkali menampilkan suatu masalah dalam prinsipprinsip utarnanya
saj a. '
Dalam satu ayat al-Qur'an disebutkan :
"... dan Kami turunkan kepadamu al-Kitiib (al-Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu ... " (Surah al-N&l : 89).
Tetapi kerana al-Qur'an tidak mengandungi perincian-perincian permasalahan,
maka tugas tersebut diberikan kepada sunnah Nabi pada waktu tertentu, dan
kepada aka1 kaum Muslim pada waktu yang lain. Oleh kerana itu, ti& hairan jika
banyak lafaz al-Qur'an yang memerlukan penjelasan dan penafsiran terutama
kerana ia banyak menggunakan susunan kalimat yang ringkas yang menyatukan
Cawidu, Konsep Kufr &lam af-Qur 'an, 199 1 : 5.
makna-makna yang banyak dalam lafaz-lafaz yang ~ediki t .~ Itulah sebabnya
manusia memerlukan tafsir sehingga dapat memahami al-Qur'an dengan baik dan
mengamalkmya dengan baik pula.3
Al-Qur'an mengungkapkan berbagai hal, dan dari sekian banyak tema yang
terdapat di dalam al-Qur'an, di antaranya ialah tema yang menyangkut masalah
kemajmukan atau pluralisme, seperti kemajmukan etnik, kaurn, suku bangsa dan
bahasa. Selain itu, al-Qur'an juga menyebutkan beberapa agama yang menjadi
anutan manusia, misalnya agama Islam disebutkan dalam surah al-Mii'idah ayat 3,
Ali 'ImrBn ayat ke 19 dan 85. Agama Yahudi, NqrTny, Slibi'in serta Majiis
disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat ke 62, al-M17idah ayat ke 69 dan al-Hajj
ayat ke 17.
Pluralisme merupakan aturan Tuhan yang tidak mungkm berubah, sehingga tidak
mungkm dilawan atau diingkari. Manusia diciptakan berbangsa-bangsa dan
beraneka ragam agar mereka bekerja sama. Dengan demikian, pluralisme perlu
diterima dengan positif-optimis dan berbuat sebaik mungkm berdasarkan
kenyataan itu4
Tujuan Islam adalah untuk mengintegrasikan perbezaan tersebut menuju kesatuan
melalui prinsip-prinsip suci yang terdapat dalarn al-Qur'an, yang menerangkan
latar belakang serta tujuan keanekaragarnan kaurn dm agarna. Tuhan menciptakan
Al-Qardgwy, Kayja Nata 'dmal Ma 'a d-Qur'rtn al-Kan'm,
A-Qardgwy, Kaufa Nata Zmal Ma 'a d-Qur'iin al-Karfm,
Burhaxi, Islam D i m i s , 2001 : 5.
agama, bangsa, serta bentuk-bentuk perbezaan yang lain adalah untuk melihat
dengan jelas siapa diantara mereka yang menghargai kekuasaan tertinggi Tuhan
serta memahami tujuan-Nya dari antara mereka yang mengabaikan-Nya. Lagipun,
Allah mampu untuk menciptakan (manusia dalam) satu bangsa5
Meskipun sebenarnya semua agama mengajarkan perdamaian dan tidak ada
satupun agamst yang menyuruh umatnya untuk bergaduh ataupun berperang, tetapi
dalam fenomena sosial, tampaknya umat beragama seringkali terlibat secara
fuikal dalam berbagai pertikaian yang te rjadi di antara urnat beragama. Fenomena
ini nampaknya berlanjut sampai masa kini. Di Bosnia, umat-mat Ortodoks,
Katolik, dan Islam saling membunuh. Di Irlandia Utara, urnat Katolik dan m a t
Protestan saling bermusuhan, di Timur Tengah, ketiga cucu Nabi Ibrahim - umat
Yahudi, Na~riiny dan Islam - saling menggunakan bahasa kekerasan. Di Sudan,
senjata adalah alat komunikasi antara m a t Islam dan umat Kristian. Di Kashmir,
pengikut agama Hindu dan umat Muhammad saling bermusuhan. Di Sri Lanka,
kaum Buddha dan kelompok Hindu d i n g bertengkar. Di Armenia - Azerbaijan,
umat Nasrliny dan m a t Islam saling berlumba untuk berkwsa dengan cara
destruktif (bersifat merosakkan). Kesemuanya ini terjadi di hadapan rnata. Yang
sangat menyayat hati adalah agama dijadikan elemen utama dalam mesin
penghancuran manusia - suatu kenyataan yang sangat batentangan dengan ajaran
semua agama di atas permukaan bumi
Aslan, Religious PIwaIim m Christian and Islamic PhiIosop& 1998 : 189.
6 Alwi Shihab, Islam ZnRlusif, 1999 : 40.
Dengan harapan supaya dapat te rjalin interaksi positif diantara umat beragama,
maka fenomena di atas telah menjadi salah satu alasan yang menjadikan
pemikiran mengenai isu pluralisme agama terus be rjalan dan dikembangkan. Dan
tak ketinggalan juga di kalangan umat Islam, pemikiran ini cuba untuk terus
dikembangkan meskipun di dalarnnya terdapat pro dan kontra pemikiran. Dan
ketika pemikiran pluralisme agama ini dikaitkan dengan al-Qur'an, maka setiap
kelompok yang pro dan yang kontra di kalangan m a t Islam adalah juga
mempunyai sandaran masing-masing daripada al-Qur'an mengenai pernibran
pluralisme agama.
Pada beberapa tempat di dalam al-qur'an, ayat-ayat yang terkandung di dalamnya
yang berkaitan dengan isu pluralisme agama, seakan-akan menampakkan adanya
suatu "percanggahan7' di antara satu ayat dengan lainnya, terutamanya ayat-ayat
al-Qur'an yang berkaitan dengan sikap dan cara berinteraksi dengan golongan
bukan Muslim. Hal sebegini terjadi adalah disebabkan kandungan ayat dalam al-
Qur'an pada beberapa tempat terdapat ayat-ayat yang dapat disebut sebagai "ayat-
ayat ramah" terhadap umat penganut agama mahupun akidah selain Islam, iaitu
golongan bukan Muslim. Ayat-ayat tersebut antam lain disebutkm dalarn surah al-
Ms'idah : 69, 48, surah al-Baqarah : 62, 82, 148, 256, surah al-shara : 8, surah
Yfinus : 99.
Dan pada ayat-ayat lainnya pula, terdapat juga beberapa ayat yang memberikan
kesan adanya sikap keras dan tegas terhadap golongan bukan Muslim, dan ayat-
ayat ini dapat disebut sebagai "ayat-ayat tegas". Ayat-ayat tersebut antara lain
dalam surah &Fa* : 29, surah Iili 'Itmiin : 85, surah Ali ' M n : 19, surah al-
Baqarah : 120, surah al-Mii'idah : 3, surah al-Nisii' : 144, surah al-Tawbah : 5 dan
29.
Sepintas lalu, sebahagian dari "ayat-ayat tegas" ini ada yang menggambarkan
adanya sikap permusuhan terhadap golongan bukan Muslim.
Adanya "ayat-ayat ramah" dan "ayat-ayat tegas" tadi telah mengundang reaksi
yang berbeza-beza di antara umat Islam &lam menanggapi isu pluralisme agama.
Ada kelompok yang lebih "bersikap terbuka" dan menerima realiti pluralisme
agama. Kelompok ini lebih menitikberatkan kepada "ayat-ayat ramah" chi al-
Qur'an, dan kelompok ini dapat disebut sebagai aliran inklusivis. Kalangan
inklusivis meyakini bahawa agama mereka mengandungi kebenaran yang mesti
diikuti jika ingin memperolehi keselamatan. Meskipun demikian, mereka tetap
mengalmi jalan keselamatan pada agama lain, kerana rahrnat Allah terdapat di
mana sahaja? Pada perkembanganya, dari aliran inklusivis ini telah timbul satu
kelompok pemikiran yang berpandangan lebih tehuka lagi berbanding dengan
kaum inklusivis, kelompok ini dikenali sebagai kelompok pluralis. Kelompok
pemhm ini meyakini bahawa setiap agama merupakan jalan keselamatan itu
sendiri. Tidak boleh ada dakwaan bahawa j a b keselamatan dalam agama lain
hanya sebagai pelengkap dari keselamatan agama sendiri, sebagaimana yang
masih diyakini kalangan inklusivis.
- -- - . _ _ - - Madjid, &.at, Fiqih Lintas Agama, 2004 : 2206.
Teologi inklusif dalam Islam dikembangkan oleh indwidu-individu seperti
Muhammad ' Abduh (1 849- l9O5), RasGd Rid5 (1 865-1 935), al-~abaflaba'l
(1892-1981), dan Muhammad JawBd Mughtuyyah. Mereka ini mendasarkan
pandangan-pandangan inklusifnya pada ayat-ayat al-Qur'an seperti pada surah al-
Baqarah ayat 62 dan surah al-MB7idah ayat ke 69, iaitu ayat-ayat yang
menjanjikan keselmtan kepada penganut agama Nu+riiny, Yahudi dan ~Bbi'fn ,
yang percaya kepada keesaan Tuhan, pengadilan Hari Akhir, d m berbuat
kebaikan (arnal saleh). Sementara itu, Frithjof Schuon (1 907- 1 W8), Syed
Hosssein Nasr ( l a b 1933), dan Faziur Rahrnan (1 9 19-1988) mewakili pandangan
pluralis dalam Islam. Sebagai contoh, Fazlur Rahrnan, berpegang pada surah al-
MBYidah ayat ke 48 yang menegaskan mengenai segi-segi positif perbezaan
agama. Menurut Rahman (1919-1988), kenyataan al-Qur'an pada surah al-
Baqarah ayat ke 148 dan surah al-M17idah ayat ke 48 sangat jelas supaya setiap
pemeluk agama saling berlumba dalarn berbuat kebaikan, bukan saling
bermusuhan. Dan, kelak di akhirat Tuhan akan menjelaskan mengenai perbezaan-
perbe- itu.' Sementara itu, Frithjof Schuon (1907-1998) berpendapat bahawa
semua agama itu sebenamya mempunyai titik kesamaan pada peringkat
trancendent (ulung), iaitu menuju Tuhan, dan pandangannya ini lebih dikenali
sebagai the truncendent unity of religions (kesatuan ulung agama-agama).9 Dari
pemikiran Schuon ini kemudian timbul pemahaman yang secara tidak langsung
8 Madjid, et.al., Fiqih Lintas Agama, 22004 : 207.
Schuon, The Trancednt Unity ofReligions, 1984 : xii.
menyatakan bahawa semua agarna adalah sama, dan perbezaan itu hanya tarnpak
dalam ibadah ritual sahaja.
Demikian pula sebaliknya, ada kelompok yang dapat dikatakan bersikap sebagai
" h a n g terbuka" dalam menanggapi isu pluralisme agama hi, dan kelompok ini
lebih cendemg untuk memfokuskan din pada "ayat-ayat tegas", dm kelompok
ini dapat disebut sebagai aliran eksklusivis. Dalam memandang agama orang lain,
kelompok ini sering kali menggunakan standard-standard penilaian yang
dibuatnya sendiri untuk menghukumi dan menghakimi agama lain. Secara
teologis, misalnya, mereka beranggapan bahawa hanya agamanyalah yang paling
tulen berasal dari Tuhan, sementara agama yang lain tak lebih dari sebuah
konstruksi (binaan) manusia, atau mungkm juga berasal dari Tuhan tapi telah
mengalami perubahan dan pemalsuan oleh manusia sendiri. Mereka memiliki
kecenderungan membenarkan agamanya, sambil menyalahkan yang lain. Memuji
agama diri sendiri seraya memburukkan agama yang lain. Agama orang lain
dipandang bukan sebagai jalan keselamatan yang paling sempurna. Mereka
mendasarkan pandangan-pandangannya itu pada beberapa ayat di dalarn al-
Qur'an. 10
Pemahaman ajaran Islam yang eksklusif secara ekstrem mempunyai peluang yang
cukup besar bagi terciptanya pennasalahan baru, dan memberikan ruang yang
besar bagi terciptanya kelompok-kelompok ekstrimis tertentu yang
mengeksploitasi nama Islam dan simbol-simbol Islam bagi kepentingan satu
. -
lo Ghazali, Problematih Quranik Phralisme Agama, Media Indonesia, 6 Ogos 2004.
pihak. Hal ini telah banyak berlaku dalam beberapa fenomena sosial, dan contoh
yang paling nyata dari kegiatan ini ialah berlakunya beberapa aksi kekerasan,
keganasan mahupun aksi terorisme di berbagai penjuru dunia. Dalam ha1 ini
tentunya agama Islam baik secara langsung ataupun tidak langsung akan
dilabelkan dengan berbagai aksi kekerasan, keganasan, terorisme dan sebagainya.
Maka, disebabkan ha1 yang sedemikian ini telah menimbulkan pencemaran imej
Islam yang sebenar dan melahirkan pandangan yang keliru serta berlakunya salah
faharn di kalangan bukan Muslim terhadap agama Islam serta m a t Islam, dan
pada masa yang sarna juga akan melahirkan rasa ketakutan dan bahkan perasaan
benci terhadap Islam dan m a t Islam. Hal sernacam ini lebih dikenali dengan
istilah Islamophobia, yang secara teknikal mempunyai erti "prasangka,
permusuhan, dm rasa benci terhadap Islam dm kaum ~uslim"'' Jadi, tirnbulnya
Islamophobia yang tengah melanda kalangan bukan Muslim, terutarnanya di
dunia Barat saat ini, sebenarnya adalah juga disebabkan oleh segelintir umat Islam
sendiri. Dan ibarat kata pepatah lama, "kerana setitik nila, rosaklah susu
1.2. Pennasalahan Kajian
Harapan daripada gagasan pluralisme agama adalah supaya dapat membina
hubungan yang h m o n i di antara umat beragama, sebab itulah selalu dikaitkan
dengan kerukunan dan toleransi antara umat beragama. Arus perkembangan
" Seidaq Muslim 's Guide to lslamophobia, 2004 : 1.
pemikiran pluralisme agama di dalam dunia Islam ternyata telah membawa
permasalahan tersendiri, di mana umat Islam telah di hadapkan kepada
kebingungan di antara pro-kontra pemikiran pluralisme agama ini. Di satu sisi,
aliran kaum inklusif-pluralis lebih open-minded (bersikap terbuka) menerima
pandangan baru berkaitan dengan gagasan pluralisme agama, adapun kaum
eksklusivis adalah bersikap sebaliknya, tetapi masing-masing tetap mempunyai
landasan daripada al-Qur'an.
Gagasan pluralisme agama akan menimbulkan masalah pada kaum Muslim yang
kurang berpengetahuan dalam penguasaan ilmu agama Islam, sebab kebanyakan
dari mereka hanya akan menjadi muqallid (pengikut) sahaja terhadap sesuatu
fahaman atau pemikiran. Fahaman trancedent unity of religions (kesatuan ulung
agama-agama) akan membenian ruang cukup besar untuk timbulnya keraguan
keyakinan seseorang dalam mengimani agama (Islam).
Dan di pihak lain pula, urnat Islam juga perlu sekali untuk membersihkan imej
agama Islam dari berbagai pencemaran yang juga dilakukan oleh pemeluknya
sendiri. Imej Islam seakan-akan selalu identik dengan ekstremisme, terorisme, dan
berbagai aksi kekerasan dan keganasan lainnya yang kemudian melahirkan
Islamophobia di kalangan bukan Muslim.
1.3. Skop dan Batasan Kajian
Pembahasan utama dalam kajian ini ialah perspektif al-Qur'an mengenai
pluralisme, khususnya yang menyangkut masalah pluralisme agama. Di sini
penulis akan mengkaji dan menganalisis ayat-ayat dalam al-Qur'an yang berbicara
mengenai pluralisme agama, serta turut membahas juga ayat-ayat lain yang
berkaitan dengan masalah tersebut.
1.4. Objektif Kajian
1. Mengenalpasti perspektif al-Qur'an mengenai pluralisme agama
2. Mengenalpasti agama-agarna manusia yang disebutkan di dalam a1-Qur'an.
3. Menganalisis kandungan al-Qurtan mengenai pembahagian manusia
berdasarkan anutan kepercayaan ataupun agama yang dianuti.
4. Menganalisis kandungan al-Qur'an rnengenai inkraksi s o d di antara
umat beragama.
5. Menganalisis batasan-batasan yang ditentukan oleh al-Qur'an di dalam
berinteraksi sosial di antara umat beragama.
b. Menjawab permasalahan yang timbul berkaitan isu pluralisme agama
daiam masyarakat majmuk dengan kembali kepada al-Qur'an yang
merupakan kitab suci dan sumber hukum pertama &lam Islam, serta
sebagai pedoman manusia dalam menjalani kehidupannya. Dalam hal ini,
al-Qur'an memerlukan suatu penjelasan dan penafsiran sehingga dapat
difahami semua kandungan yang terdapat di dalamnya serta dapat
diamalkan oleh umat manusia, khususnya umat Islam.
c. Memberi sumbangan berupa suatu rumusan mengenai sikap keberagamaan
m a t Islam yang berlandaskan pada nilai-nilai al-Qur'an terhadap
kelompok atau golongan masyarakat lain. Hal ini adalah cukup penting
demi menjaga serta memelihara integrasi struktur masyarakat.
d. Menjadikan al-Qur'an sebagai sumber dalam mencari penyelesaian terbaik
bagi menjawab permasalahan yang timbul berkaitan dengan pluralisme
agama.
e. Memperluas khazanah kajian dalam bidang agarna, khususnya berkaitan
dengan masalah pluralisme agama serta interaksi sosial keagamaan.
1.6. Rangka Kajian
Kajian ini akan dibahagikan ke dalam 5 Bab. Bab pertama berisi latar belakang
kajian, permasalahan kajian, skop dan batasan kajian, objektif kajian, signifikan
kajian dan metodologi kajian. Metodologi kajian ini terbahagikan kepada
beberapa sub bab, iaitu mengenai jenis tafsir rnawdG6iy, langkah pelaksanaan
tafsir mawdii'iy, dan kaedah pengklasifikasian dan pemilihan ayat al-Qur'an.
Bahagian akhir bab pertama ini ialah rangka kajian.
Bab kedua adalah sorotan kajian terhadap beberapa literatur yang berkaitan
dengan tema pluralisme agama.