universiti teknologi malaysia · 2018. 9. 25. · pengesahan penyelia “saya/kami* akui bahawa...
TRANSCRIPT
TAHAP KESEDARAN KONTRAKTOR TERHADAP PERUBAHAN
BORANG KONTRAK SETARA DI DALAM PELAKSANAAN BUILDING
INFORMATION MODELLING (BIM)
NURUL HUDA BINTI MAT DAUD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
Nama Penuh : NURUL HUDA BINTI MAT DAUD
Tarikh Lahir : 25 OKTOBER 1993
Tajuk : TAHAP KESEDARAN KONTRAKTOR TERHADAP PERUBAHAN BORANG
KONTRAK SETARA DI DALAM PELAKSANAAN BUILDING INFORMATION
MODELLING (BIM)
Sesi Pengajian : 2016/2017
Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai :
SULIT (Mengandungi maklumat sulit dibawah Rahsia Rasmi 1972)*
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)*
/ TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis ini akan diterbitkan sebagai
akses terbuka dalam talian (teks penuh)
Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian.
Tarikh : 14/06/2017 Tarikh : 14/06/2017
NOTA: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh kerahsiaan atau sekatan.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)”
TAHAP KESEDARAN KONTRAKTOR TERHADAP PERUBAHAN
BORANG KONTRAK SETARA DI DALAM PELAKSANAAN BUILDING
INFORMATION MODELLING (BIM)
NURUL HUDA BINTI MAT DAUD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2017
ii
PENGAKUAN
Saya akui tesis yang bertajuk “Tahap Kesedaran Kontraktor Terhadap
Perubahan Borang Kontrak Setara Di Dalam Pelaksanaan Building Information
Modelling (BIM)” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :
Nama : NURUL HUDA BINTI MAT DAUD
Tarikh : 14/06/2017
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah…
Syukur kepada Allah kerana memberikanku merasai kemanisan linangan air mata kesulitan
untuk menyiapkan thesis ini
Buat Ma Abah
Insan yang paling aku cintai kerana Allah
Terima kasih atas segala peluh keringatmu dalam membesarkan kami
Doa, pengorbanan, kasih sayang dan segalanya
Buat Penyeliaku
Dr Nur Emma, terima kasih kerana mengajarku untuk bersangka baik dan penyelia yang sabar
dalam memberi tunjuk ajar
Tidak lupa buat insan yang banyak membantu dalam menyiapkan thesis ini,
Kak Aimi Sara, insan pertama yang memberi pencerahan mengenai topic thesis ini,
Kepada kak Oja Salleh insan yang sabar terus menerus memberi tunjuk ajar,
Kepada Afiqah Samsuri, sahabat yang banyak membantu, memberi pencerahan dan k omen
yang sangat membantu
Kepada Syahirah Abdullah, sahabat yang juga pemurah memberi pendapat dan pandangan
Kepada sahabat Syifaa, insan yang terus memberi kata-kata semangat dan motivasi untuk terus
bangkit,
Dan juga buat sahabat-sahabat dan insan lain yang mendoakan, yang membantu secara langsung
dan tidak langsung
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Syukur
Alhamdulillah diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah untuk menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penyelia Projek
Sarjana Muda saya iaitu Prof Madya Dr Nur Emma Binti Mustaffa kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan serta sabar demi untuk saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda dengan baik dan tepat.
Akhir kata, terima kasih kepada semua sahabat SBEC yang sama- sama mencari
data demi untuk menyiapkan kajian Projek Sarjana Muda ini dan juga sahabat yang
juga secara langsung atau tidak langsung.
Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Tidak dinafikan industri pembinaan adalah proses yang kompleks yang
melibatkan pelbagai pihak dan disiplin kerja. Pemilihan kaedah pembinaan yang
tepat dapat membantu penyiapan projek pembinaan dengan berkesan dengan isu dan
masalah yang optimum. Building Information Modelling (BIM) ialah sebagai salah
satu proses teknologi pembinaan yang membantu pelbagai pihak mencapai
kelancaran dan keberkesanan proses permulaan sehingga penyiapan projek. Namun,
perubahan teknologi daripada kaedah konvensional kepada teknologi baru juga telah
merubah kontrak pembinaan yang digunakan kepada yang lebih menyokong
perkongsian risiko dan liabiliti dalam kalangan pihak yang
bertanggungjawab.Dengan ini, kajian ini untuk mengkaji tahap kesedaran kontraktor
terhadap perubahan borang kontrak setara di dalam pelaksanaan BIM. Soalan soal
selidik digunakan untuk mengumpul data dan reponden ialah kontraktor G7 yang
beroperasi di negeri Johor dimana seramai 30 responden yang merupakan 14%
daripada sampel yang memberikan maklumbalas. Analisis berdasarkan diskriptif
kekerapan dan analisis min skor menggunakan SPSS 23.0. Dapatan kajian
menunjukkan kontraktor mempunyai kesedaran terhadap perubahan Borang Kontrak
Setara apabila BIM digunakan. Dalam masa yang sama, hanya kontraktor yang tidak
mempunyai kesedaran terhadap hal tersebut adalah terdiri daripada minoriti dari
keseluruhan sampel. Kurang pendedahan mengenai BIM menjadi faktor utama
kontraktor tidak mempunyai pengetahuan dan kesedaran terhadap BIM itu sendiri
dan perubahannya terhadap Borang Kontrak Setara. Ini dapat disimpulkan bahawa
semua pihak samada kerajaan sendiri atau kontraktor perlu memainkan peranan.
vi
ABSTRACT
Construction industry is a complex process that involves many parties and
disciplines. The selection for an appropriate construction methods can help
construction projects to be completed effectively with an optimal issues and
problems. Conventional construction techniques has been discovered could not cater
the problems arise in a complex projects and this has led to the innovation
technology such as BIM to solve the problems identified. However, the changes of
technology from conventional to the new one affected the construction contracts used
because the current contract seems to be bias more on supportive risk-sharing and
liability among responsible parties. Hence, this research aims to identify the
awareness level of contractor towards the changes of standard form for BIM project
implementation. Questionnaire survey has been distributed to G7 contractors in Johor
and only 30 respondent which is 14% out of sample given the feedback. Data was
analysed using descriptive analysis which were frequency distribution as well as
mean score using SPSS 23.0. Finding shows that contractors are aware on the
changes of standard form for projects that implement BIM. At the same time, only
minority out of sample group of the contractors does not aware on the changes with
the main reason are they did not know BIM technology which led to the low
awareness level. In a nutshell, all parties either government or contractors must play
a significant role to encourage the industry players to have some knowledge
regarding this technology in line with the increasing level of complex projects so that
our industry is not left behind. Generally, this can also help Malaysia to keep a good
image of our construction industry.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN ...................................................................................... 1
1.1 Pengenalan .......................................................................................... 1
1.2 Pernyataan Isu dan Masalah ............................................................... 4
1.3 Persoalan Kajian ................................................................................. 8
1.4 Objektif Kajian ................................................................................... 8
1.5 Skop Kajian ........................................................................................ 9
1.6 Kepentingan Kajian ............................................................................ 9
1.7 Metodologi Kajian ............................................................................ 10
1.8 Organisasi Bab ................................................................................. 12
BAB 2 BUILDING INFORMATION MODELLING .................................................
viii
2.1 Pengenalan ........................................................................................ 13
2.1.1 Definisi BIM ............................................................................... 15
2.1.2 Konsep BIM ............................................................................... 17
2.1.3 Objektif BIM .............................................................................. 18
2.1.4 Kepentingan Dan Kelebihan BIM .............................................. 20
2.1.5 Kelemahan dan Cabaran BIM .................................................... 22
2.1.6 Kepentingan Bekerjasama (Kolaborasi) ..................................... 23
2.1.7 Pelaburan untuk penggunaan BIM ............................................. 23
2.1.8 Perlaksanaan BIM ...................................................................... 24
2.1.9 Pengaplikasian BIM dalam Projek Pembinaan .......................... 26
2.1.10 Peralatan BIM ........................................................................... 28
2.1.11 Skop Penggunaan BIM ............................................................. 30
2.2 Definisi Kontrak ............................................................................... 31
2.2.1 Kontrak dalam Pembinaan ......................................................... 32
2.2.2 Akibat dari Perjanjian ................................................................. 34
2.2.3 Perlaksanaan Kontrak ................................................................. 34
2.2.4 Obligasi Kontraktor di dalam Sesuatu Kontrak.......................... 35
2.2.5 Kepentingan Kontrak ................................................................. 36
2.3 Borang Kontrak Setara dalam Sektor Pembinaan ............................ 37
2.3.1 Implikasi Penggunaan Borang Kontrak Setara........................... 39
2.4 Pengenalan Kepada Isu Undang-undang BIM ................................. 41
2.4.1 Isu Undang-undang BIM ............................................................ 41
2.4.1.1 Hak Harta Intelek ................................................................ 41
2.4.1.2 Peruntukan Risiko ............................................................... 44
2.4.1.3 Liabiliti Rekabentuk Profesional ......................................... 45
2.4.1.4 Kesalingfungsian (Interoperability) .................................... 45
2.4.1.5 Pampasan BIM .................................................................... 46
ix
2.4.1.6 Keselamatan Data ................................................................ 47
2.4.1.7 Protokol Proses ICT dan Tanggungjawab ........................... 47
2.4.1.8 Perundangan dan Keutamaan Kehakiman ........................... 48
2.4.1.9 Agensi Sektor Awam ........................................................... 48
2.4.1.10 Syarat-syarat Kontrak ........................................................ 49
2.5 Kontrak BIM/Protokol ..................................................................... 49
2.6 Kesimpulan ....................................................................................... 51
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan ........................................................................................ 52
3.2 Proses Kajian .................................................................................... 53
3.3 Kajian Data ................................................................................... 54
3.4 Rekabentuk Kajian ........................................................................... 55
3.5 Kaedah Pengumpulan Data ........................................................... 55
3.5.1 Data Primer ....................................................................................... 56
3.5.1.1 Borang Soal Selidik ................................................................... 56
3.5.2 Data Skunder ..................................................................................... 57
3.5.2.1 Kajian Literatur .......................................................................... 58
3.6 Kaedah Menganalisis Data ........................................................... 58
3.6.1 Statistik Deskriptif ........................................................................ 59
i. Kaedah Analisis Kekerapan .......................................................... 59
ii. Kaedah Analisis Min Skor ............................................................ 61
3.7 Rumusan ........................................................................................... 63
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan ........................................................................................ 64
4.2 Maklumbalas yang Diterima ............................................................ 65
4.3 Latar Belakang Responden ............................................................... 65
x
4.4 Mengenalpasti Tahap Kesedaran Pihak Kontraktor Terhadap
Perubahan Borang Kontrak Setara Bagi Projek Yang Mengaplikasikan
BIM .................................................................................................... 67
4.4.1 Pindaan Terhadap Peruntukan Sedia Ada Borang Kontrak Setara
67
4.5 Bahagian Soalan Sokongan Kepada Objektif Kajian ....................... 69
4.5.1 Pengetahuan Responden Mengenai BIM ................................... 69
4.5.2 Tahap Pengetahuan Terhadap BIM ............................................ 71
4.5.3 Kehadiran ke Seminar atau Bengkel Berkenaan BIM ................ 72
4.5.4 Pengaplikasian BIM untuk Projek Responden ........................... 74
4.5.5 Jenis Kategori Projek yang Mengaplikasikan BIM .................... 75
4.5.6 Perolehan untuk Projek yang Mengaplikasikan BIM ................. 76
4.5.7 Jenis Borang Kontrak Setara yang Menggunakan BIM ............. 77
4.5.8 Format Borang Kontrak Setara yang Digunakan ....................... 79
4.6 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Undang-undang yang
Timbul Apabila BIM Dilaksanakan ................................................... 80
4.6.1 Hak Harta Intelek ....................................................................... 80
4.6.2 Peruntukan Risiko ..................................................................... 82
4.6.3 Liabiliti Rekabentuk Profesional ............................................... 83
4.6.4 Kesalingfungsian (Interoperability) ........................................... 84
4.6.5 Pampasan BIM ........................................................................... 85
4.6.6 Keselamatan Data ...................................................................... 87
4.6.7 Protokol Proses ICT .................................................................. 88
4.6.8 Perundangan dan Kehakiman .................................................... 89
4.6.9 Agensi Sektor Awam ................................................................. 90
4.6.10 Syarat-syarat Kontrak ............................................................... 91
4.7 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Kepentingan Peruntukan-
peruntukan Apabila BIM Dilaksanakan ............................................. 92
xi
4.8 Seksyen Soalan Bahagian Umum Mengenai Pendapat Responden . 95
4.8.1 Faktor BIM tidak Diaplikasikan dalam Kalangan Kontraktor ... 96
4.8.2 Adakah Penggiat Industri di Malaysia Mempunyai Kesedaran
Terhadap Perubahan Borang Kontrak Setara Apabila BIM
Dilaksanakan .............................................................................. 97
4.8.3 Pemilihan Kontraktor Terhadap Kaedah Tradisional atau BIM 99
4.8.4 Pandangan Kontraktor Samada BIM Perlu Diwujudkan Borang
Kontrak Khusus atau Sekadar Dokumen Tanbahan ................. 100
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan ...................................................................................... 102
5.2 Rumusan Hasil Kajian .................................................................... 103
5.2.1 Mengenalpasti Tahap Kesedaran Pihak Kontraktor terhadap
Perubahan Borang Kontrak Setara di Dalam Projek yang
Mengaplikasikan BIM .............................................................. 103
5.3 Masalah yang Dihadapi .................................................................. 104
5.4 Cadangan dan Penyelidikan Lanjutan ............................................ 104
RUJUKAN
xii
SENARAI JADUAL
NO
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
Jadual 2.1 :Perlaksanaan BIM dalam projek pembinaan 6
Jadual3.1 :Pengukuran analisis kekerapan 9
Jadual3.2 :Peringkat skala likert bagi kefahaman kontraktor 61
Jadual4.1 :Maklumbalas responden 63
Jadual4.2 :Pengalaman kerja 65
Jadual4.3 :Adakah perlunya pindaan terhadap peruntukan Borang Kontrak Setara
sedia ada 67
Jadual 4.4 :Building Information Modelling 68
Jadual 4.5 : Tahap Pengetahuan BIM 70
Jadual 4.6 :Kehadiran Seminar atau Bengkel BIM 71
Jadual 4.7 :Pengaplikasian BIM untuk Projek 73
Jadual 4.8 :Jenis Projek yang Mengaplikasikan BIM 74
Jadual 4.9 :Kaedah Perolehan yang Digunakan yang Menggunakan BIM 76
Jadual 4.10 :Jenis Borang Kontrak Setara yang Mengaplikasikan BIM 77
xiii
Jadual 4.11 :Format Borang Kontrak Setara 78
Jadual 4.12 :Hak Harta Intelek 80
Jadual 4.13 :Peruntukan Risiko 81
Jadual 4.14 :Liabiliti Rekabentuk Profesional 82
Jadual 4.15 :Kesalingfungsian 83
Jadual 4.16 :Pampasan BIM 85
Jadual 4.17 :Keselamatan Data 86
Jadual 4.18 :Protokol Proses ICT 88
Jadual 4.19 :Perundangan & Kehakiman 89
Jadual 4.20 :Agensi Sektor Awam 91
Jadual 4.21 :Syarat-syarat Kontrak 92
Jadual 4.22 :Pengetahuan Responden Mengenai Peruntukan-peruntukan yang
Dipinda Apabila BIM Dilaksanakan 94
Jadual 4.23 :Faktor yang Menyebabkan Kontraktor Tidak Mengaplikasikan BIM 98
Jadual 4.24 :Kesedaran Kontraktor Terhadap Perubahan Borang Kontrak Setara
Sedia Ada Apabila BIM Dilaksanakan 99
Jadual 4.25 : Pemilihan Kontraktor Terhadap Kaedah BIM 100
Jadual 4.26 :Adakah Perlu Diwujudkan Borang Kontrak Setara yang Khusus atau
Dokumen Tambahan 101
xiv
SENARAI RAJAH
NO
RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT
Rajah 2.1Alat BIM yang dicadangkan oleh JKR 29
Rajah 3.1 Proses kajian 52
Rajah 3.2Senarai Populasi Kontraktor Gred 7 di Negeri Johor 53
Rajah 3.3Saiz Sampel daripada Bilangan Populasi 53
Rajah 4.1Pengalaman Kerja Responden 65
Rajah 4.2Pendapat Responden Mengenai Pindaan Terhadap Peruntukan Sedia Ada
Borang Kontrak Setara 67
Rajah 4.3Pengetahuan Mengenai BIM 69
Rajah 2.4Tahap Pengetahuan Responden Terhadap BIM 70
Rajah 4.5Kehadiran Responden ke Seminar atau Bengkel berkenaan BIM 72
Rajah 4.6Pengaplikasian BIM 73
Rajah 4.7Jenis Projek yang Mengaplikasikan BIM 74
xv
Rajah 4.8Kaedah Perolehan yang Digunakan untuk Projek yang Menggunakan BIM
76
Rajah 4.9Jenis Borang Kontrak Setara bagi Projek yang Mengaplikasikan BIM 77
Rajah 4.10Format Borang Kontrak Setara yang Digunakan untuk Projek yang
Mengaplikasikan BIM 79
Rajah 4.11Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Hak Harta Intelek 80
Rajah 4.12Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Peruntukan Risiko 81
Rajah 4.13Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Liabiliti Rekabentuk
Profesional
Rajah 4.14Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Kesalingfungsian 84
Rajah 4.15Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Pampasan BIM 85
Rajah 4.16Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Keselamatan Data 87
Rajah 4.17Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Protokol Proses ICT 88
Rajah 4.18Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Perundangan dan
Kehakiman 90
Rajah 4.19Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Agensi Sektor Awam 91
Rajah 4.20Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Syarat-syarat Kontrak 93
Rajah 4.21Faktor yang Menyebabkan Kontraktor Tidak Mengaplikasikan BIM 98
Rajah 4.22Kesedaran Kontraktor Terhadap Perubahan yang akan Berlaku Terhadap
Borang Kontrak Setara Sekiranya BIM Dilaksanakan 99
Rajah 4.23 Jawapan Kontraktor terhadap Pemilihan Kaedah Tradisional atau BIM
100
Rajah 4.24 Pandangan Kontraktor Samada BIM Perlu Diwujudkan Borang Kontrak
atau Tidak 102
xvi
SENARAI SINGKATAN
BIM - Building Information Modelling
CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia
PAM - Pertubuhan Arkitek Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A
Borang Soal Selidik
117
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Industri pembinaan merupakan salah satu faktor terbesar yang menyumbang
kepada ekonomi negara Malaysia. Industri pembinaan terus menyokong
pembangunan sosial dengan menyediakan infrastruktur asas (Sundaraj, 2006), dan
pada tahun 2005, permintaan terhadap projek infrastruktur meningkat samada
daripada kerajaan atau swasta yang secara langsung memberi pulangan kepada
ekonomi negara (Sundaraj, 2006). Beberapa masalah seperti kelewatan, tapak bina
kotor, risiko bahaya di tapak bina, kualiti kerja yang rendah dan kemalangan di tapak
bina contohnya projek Supermarket Jaya di Petaling Jaya, Selangor (BERNAMA,
2009), memberi impak negatif kepada industri dan menjadi lambang kelemahan
industri pembinaan di Malaysia.
2
Walaubagaimanapun, masalah tersebut dapat diatasi dengan penggunaan
komunikasi teknologi maklumat (ICT) sebagai jalan penyelesaiannya. Penggunaan
ICT dalam projek pembinaan membantu mengurus projek dengan berkesan dan
produktif (Sebastian, 2011). ICT memperkenalkan Building Information
Modelling(BIM) atau di dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Informasi
Permodelan Bangunan sebagai alat untuk mengurus keberkesanan projek pembinaan
(Sundaraj, 2011).
Keberkesanan projek pembinaan dapat mengelak daripada berlakunya
masalah semasa fasa sebelum pembinaan, semasa pembinaan dan selepas pembinaan
(NCCER, 2008). Kemajuan komputer bermula pada tahun 1980 apabila arkitek mula
menggunakan komputer untuk merekabentuk (CAD) bangunan yang sebelumnya
hanya menggunakan „T-squares‟ dan pensil (Levy, 2012). Apabila zaman semakin
moden seiring dengan bangunan dan rekabentuk yang semakin kompleks
menyebabkan suatu perubahan diperlukan untuk memenuhi kehendak yang semakin
mendesak.Bagi mereka yang berada dalam industri pembinaan seperti arkitek,
jurutera dan pengurus pembinaan pasti pernah mendengar mengenai BIM. BIM telah
mula mendapat perhatian daripada pihak yang terlibat dalam industri pembinaan di
seluruh dunia (Robinson, 2007).
BIM telah digunakan di banyak negara antaranya Amerika, Australia,
Denmark, Norway, Finland dan Singapura (Ahmad Latiffi et al., 2013; Wong et al.,
2009; dan Furneaux et al., 2008). Di Malaysia, BIM telah diperkenalkan oleh
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak awal 2007 (Ahmad Latiffi et al., 2013 dan
PWD, 2013). Namun, perisian BIM sudah mulai ada pada tahun 2002 lagi (Ahmad
Tarmizi et al., 2012). BIM memberi kecekapan kepada rekabentuk bangunan, malah
juga menyediakan penyelesaian kepada pertikaian (Peter dan Nigel, 2014) serta
pengaplikasian yang bermula daripada peringkat merancang sehinggalah pengurusan
fasiliti bangunan menyediakan persembahan rekabentuk yang mempunyai kos yang
3
berkesan dan penggunaan tenaga yang optimum untuk sesuatu projek pembinaan
(Kivits dan Furneaux, 2013).
Isu kelewatan penyerahan projek tidak dapat dipisahkan dengan industri
pembinaan dan menjadi isu utama yang dihadapi serta merupakan berita yang tidak
disenangi pelanggan, ini dapat dilihat melalui Projek Pembinaan Hospital Shah
Alam, Projek Pembinaan Fakulti Pergigian UITM Sungai Buloh dan Projek
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) (JKR, 2011). Maka, BIM berpotensi
menyelesaikan masalah yang dihadapi ini (CREAM, 2014), serta memperbaiki dan
meningkatkan kebolehbinaan rekabentuk bangunan dan konflik antara pihak yang
terlibat (CREAM 2014, Ahmad Latiffi et al. 2013 dan PWD 2011).
Apabila BIM diaplikasikan dengan betul, ia boleh menjimatkan kos melalui
kitaran hayat bangunan bermula dengan rekabentuk, proses pembinaan dan
penyelenggaraan selain meningkatkan kecekapan samada projek kerajaan ataupun
swasta. Proses BIM berpotensi mengurangkan ketidaktepatan dan berlaku konflik
maklumat yang memberi kesan kepada pengurangan kepada perubahan kerja, dan
kelewatan (Peter dan Nigel, 2014). Ini kerana bangunan tersebut dibina secara maya
terlebih dahulu sebelum ia dibina secara fizikal.
Revolusi teknologi, secara digital dan alam maya telah merubah banyak
industri, merubah cara hidup masyarakat dan negara. Lebih 20 tahun yang lepas
masyarakat hanya dapat mendengar muzik hanya dengan membeli kaset di kedai,
namun sekarang sehingga kepada proses pembinaan semuanya telah berubah kepada
teknologi yang begitu pantas selaju peredaran zaman. Sebelum ini, penyediaan
dokumen untuk sesuatu projek pembinaan seperti lukisan, penjadualan dan
perancangan serta spesifikasi ditulis dan disimpan secara salinan keras
4
„hardcopy‟. Namun, hari ini, semuanya telah berubah kepada digital daripada
model BIM yang tidak memerlukan kepada penyimpanan secara manual yang
mempunyai kelemahan seperti hilang dalam simpanan atau tidak dijumpai, juga yang
mengambil masa untuk dicari dan sebagainya.
BIM bukan sahaja meningkatkan kelancaran penyiapan projek dan ekonomi
malah ia berpotensi memperbaiki hubungan antara penggiat dalam industri
pembinaan, daripada kontrak tradisional yang berdasarkan kepada hak dan
tanggungjawab tetapi lebih kepada perkongsian tanggungan dan risiko kerana adanya
kolaborasi penuh setiap ahli yang terlibat seperti majikan, arkitek, jurutera,
perunding dan kontraktor (Peter dan Nigel, 2014).
1.2 Pernyataan Isu dan Masalah
BIM menggunakan digital untuk menyatukan atau menggabungkan
(integrated) rekabentuk dan pembinaan pihak-pihak yang terlibat daripada model dua
dimensi (2D) kepada tiga dimensi (3D) dimana kos dan penjadualan boleh
diaplikasikan untuk empat (4D) dan lima dimensi (5D). BIM ialah alat yang
memudahklan kolaborasi rekabentuk, namun, idea ahli yang terlibat telah
menimbulkan isu kontrak. Penggunaan model BIM memerlukan kontrak untuk
menyokong perkongsian risiko dan liabiliti dalam kalangan pihak yang
bertanggungjawab (Gregory, 2011). Kontrak yang digunakan sekarang untuk projek
konvensional tidak dapat menampung isu kontrak yang wujud selepas penggunaan
BIM, kerana itu, kontrak yang ada sekarang perlu dibuat penambahan ke atasnya
atau mewujudkan satu kontrak yang khusus untuk BIM (Koko, 2012).
5
Idea perlaksanaan BIM di Malaysia diperkenalkan oleh Pengarah Jabatan
Kerja Raya pada awal tahun 2007 kerana kerajaan sedar BIM berpotensi
mengurangkan kos pembinaan dan mengelakkan masalah pada fasa perancangan lagi
selain berperanan memastikan kolaborasi semua pihak yang terlibat seperti arkitek,
jurutera, kontraktor dan pengurus projek (Ahmad Latiffi et al.,2013; dan Furneaux et
al., 2008).
BIM bukan sahaja sebagai garis panduan yang memudahkan perjalanan
pembinaan bangunan, malah BIM juga dilihat dapat memperbaiki proses pembinaan
di peringkat akhir oleh kontraktor, meningkatkan kefahaman pemilik dalam
penyelesaian reka bentuk serta memperbaiki kualiti dan fungsi serta reka bentuk
terakhir oleh jurutera. Seterusnya, sistemnya juga dapat menyediakan dokumen
pembinaan yang lebih baik serta mampu memperbaiki proses pembinaan dan logistik
dengan lebih baik (Eastman et al., 2011).
Melalui satu aktiviti Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) yang
dilancarkan pada 10 September 2015 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak. Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi utama
Kementerian Kerja Raya sedang berusaha mentransformasikan industri pembinaan
dengan penggunaan sistem dan teknologi terkini seperti BIM secara meluas dalam
sektor pembinaan. Ini adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-11
(RMK11) adalah pelaksanaan komprehensif untuk mewujudkan industri pembinaan
yang berterusan di negara ini dan mampu bersaing di arena antarabangsa. Kontraktor
harus menjelmakan syarat kontrak di dalam tender kepada bentuk fisikal, memenuhi
syarat kontrak dan yang akan memberikan kepuasan kepada penerima fasiliti. Setiap
spesifikasi yang dinyatakan dalam kontrak, seperti mutu kerja pembinaan,
mengurangkan berlakunya kecacatan dan sebagainya.
6
Dalam RMK-11, dalam dokumen perancangan strategi ada menyatakan
dengan kewujudan platform penggunaan BIM, maka penggunaan ICT dalam seluruh
rantaian nilai pembinaan akan dipertingkatkan. Ia adalah untuk meningkatkan
penggunaan BIM dan mengurangkan kebergantungan kepada buruh kurang mahir
serta secara langsung mengurangkan halangan terhadap penggunaan teknologi dalam
kalangan penggiat industri (RMK-11).
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sepanjang
tahun 2016 telah melancarkan seminar untuk meningkatkan lagi kefahaman dan
minat penggiat industri pembinaan Malaysia terhadap BIM demi memacu teknologi
kearah pembinaan mampan. Seminar tersebut untuk memperkenalkan penggunaan
BIM kepada pihak penguasa tempatan, pemaju, jururunding dan kontraktor serta
kaedah adaptasi yang berkesan dengan kos yang efektif (CIDB, 2016). Malah, sejak
2013 kerajaan sudah mula mempromosikan penggunaan BIM dalam industri
pembinaan seperti kerajaan mengadakan seminar, konferen dan sebagainya untuk
meningkatkan minat penggiat industri terhadap pengaplikasiannya (CREAM, 2014).
Menurut Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim, BIM
adalah teknologi yang sangat berkesan dalam mengelakkan pembaziran terhadap
projek pembinaan dan pengurusan bangunan sekaligus sekiranya diaplikasikan BIM
mampu memberi penjimatan sehingga ratusan juta ringgit kepada kerajaan.
Buktinya, projek pertama yang menggunakan teknologi BIM pada tahun
2010 ialah Institut Kanser Negara (IKN) (Ahmad Tarmizi et al., 2012; CREAM,
2014) membawa kejayaan apabila pembinaan IKN yang siap lebih awal daripada
jadual asal (Judin, 2014) dan diikuti projek Kompleks Pentadbiran Suruhanjaya
7
Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam, Selangor (Ahmad Latiffi et al.,
2013 dan JKR, 2013).
Menurut Pengarah Eksekutif Brunsfield Corporation Sdn Bhd, Mohamad
Hassan Zakaria, BIM merupakan antara sistem ideal yang perlu dipraktikkan,
menerusinya memudahkan mengenal pasti risiko berkaitan projek, membolehkan
syarikat mengaplikasikan BIPD (Body Injury and Property Damage) secara lebih
holistik.
BIM telah mendapat pengikhtarafan antarabangsa sebagai cara untuk
meningkatkan kecekapan (McGraw Hill, 2014a) dan mengurangkan kelewatan dan
pertikaian di dalam industri pembinaan (BSI, 2013).
Namun, menurut Lowe dan Muncey (2009), timbul pelbagai isu dan
persoalan mengenai hubungan kontraktual dan undang-undang terhadap pelaksanaan
BIM. Antaranya, apakah risiko berkongsi digital model dengan pihak lain? Apakah
risiko yang mungkin timbul daripada penggunaan perisian? Bagaimana pula hak
harta intelek dijamin? Apakah kesan kepada perubahan terhadap serahan projek?
8
1.3 Persoalan Kajian
Berdasarkan penyataan masalah yang dijelaskan mengenai kepentingan
kontrak dalam pelaksanaan BIM. Persoalan kajian telah dikeluarkan iaitu:-
i. Adakah kontraktor sedar berlakunya perubahan terhadap Borang Kontrak
Setara yang digunakan bagi projek yang mengaplikasikan BIM?
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian yang dijalankan ialah :
i. Mengenalpasti tahap kesedaran pihak kontraktor terhadap perubahan Borang
Kontrak Setara bagi projek yang mengaplikasikan BIM.
9
1.5 Skop Kajian
Kajian yang dijalankan tertumpu kepada kontraktor Gred 7 yang beroperasi
di negeri Johor. Kajian ini dijalankan terhadap sebilangan sampel daripada jumlah
populasi kontraktor Gred 7 untuk kategori pembinaan kejuruteraan awam dan
bangunan. Responden yang terlibat ialah pihak yang bekerja dengan kontraktor G7
samada pengurus projek, jurutera tapak, penyelia tapak atau jurukur bahan di tapak
projek pembinaan.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mencari alternatif terhadap isu dalam industri
pembinaan di Malaysia masa kini yang menjadi semakin pesat dan seperti cendawan
tumbuh setelah hujan. Maka, imej negara perlu dijaga apabila isu kelewatan,
pembaziran, kualiti dan kos serta pertikaian menjadi barah dalam industri. BIM
merupakan alternatif kerajaan untuk mempertingkatkan dan memperbaiki kelemahan
yang dihadapi oleh industri pembinaan. Apabila BIM dilaksanakan atau
diaplikasikan tanpa ilmu, maka masalah akan berterusan. Walaubagaimanapun, BIM
telah berjaya diaplikasikan untuk beberapa projek kerajaan, namun, bagaimana
kefahaman pihak yang mengaplikasikan BIM mengenai kontrak iaitu penggunaan
Borang Kontrak Setara. Apakah Borang Kontrak Setara yang digunakan bagi projek
yang mengaplikasikan BIM? Jadi, kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap
kesedaran pihak kontraktor terhadap perubahan Borang Kontrak Setara yang
mengaplikasikan BIM dalam projek pembinaan.
10
1.7 Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap kesedaran pihak
kontraktor terhadap perubahan Borang Kontrak Setara bagi projek yang
mengaplikasikan BIM dengan beberapa kaedah yang boleh diambil untuk
menjalankan kajian ini.
Metodologi kajian juga dikenali sebagai kaedah dalam pengumpulan data dan
teknik-teknik menganalisis data yang digunakan untuk membantu mencapai objektif
kajian. Bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan, terdapat enam peringkat
dalam proses kajian ini iaitu:-
i. Peringkat Pertama- Kajian Awal
Pada peringkat pertama, perbincangan awal merupakan salah satu
proses yang penting untuk menjalankan kajian. Dalam perbincangan inilah
timbulnya isu permasalahan sekaligus terjawab objektif kajian yang ingin
dijalankan. Proses perbincangan ini bersama penyelia dan bersama rakan-
rakan.
ii. Peringkat Kedua-Kajian Literatur
Kajian literatur adalah bertujuan untuk mengumpul data-data yang
berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Sumber kajian literatur daripada
buku-buku, jurnal, artikel, statistik, laporan kerajaan, kajian lepas dan
maklumat yang relevan.
11
iii. Peringkat Ketiga-Penyediaan Metodologi Kajian
Metodologi kajian ialah kaedah yang dikenalpasti untuk digunakan
bagi mendapatkan data-data yang ingin diperolehi. Data-data yang berkaitan
dengan penulisan kajian akan dikenalpasti bagi memenuhi objektif yang telah
ditetapkan dalam kajian.
iv. Peringkat Keempat-Pengumpulan Data
Antara langkah yang boleh diambil dalam peringkat keempat ini ialah
melalui borang soal selidik.
a. Borang Soal Selidik
Kaedah borang soal selidik boleh diagihkan dengan cepat, mudah dan
meliputi kawasan yang luas terutamanya jika soalan dibentuk dengan teratur
dan teliti (Mohd Sheffie, 1987).
v. Peringkat Kelima-Analisis dan Rumusan
Pada peringkat ini, di mana semua data-data dan maklumat yang
diperolehi akan dianalisis serta disusun untuk mendapatkan bentuk maklumat
yang akan digunakan untuk tujuan penulisan.
vi. Peringkat Keenam- Kesimpulan dan Cadangan
Kesimpulan kajian akan dibuat berdasarkan hasil daripada analisis
data-data yang diperolehi. Cadangan kajian akan diberikan untuk kajian
seterusnya.
12
1.8 Organisasi Bab
Bab 1 – Pengenalan
Bab pertama ialah bab pengenalan yang merangkumi isu kajian, objektif,
kepentingan dan skop kajian serta yang berkaitan. Dalam bab ini juga menghuraikan
secara umum mengenai BIM, kepentingannya dan mengenai isu kontrak yang timbul
dan berlaku perubahan kontrak iaitu Borang Kontrak Setara terhadap industri
pembinaan khususnya pihak yang mengaplikasikan teknologi baru seperti BIM.
Bab 2 – Kajian Literatur
Bab ke 2 pula akan menyentuh mengenai kajian lepas bagi mencari jawapan
kepada objektif kajian yang perlu dihurai dengan lebih lanjut dan tepat.
Bab 3 – Metodologi Kajian
Bab ke 3 menerangkan tentang kaedah kajian yang dilaksanakan, strategi
pnyelidikan yang dijalankan, kaedah pengumpulan data dan analisis dibuat terhadap
dapatan.
Bab 4 – Analisis Data
Manakala Bab ke 4 akan membincangkan tentang hasil analisis dapatan data.
Bab 5 – Cadangan dan Kesimpulan
Terakhir, kesimpulan dan cadangan terhadap kaji selidik yang dijalankan
akan dinyatakan di dalam Bab 5.
13
BAB 2
BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM)
2.1 Pengenalan
Seperti sedia maklum, dalam setiap projek pembinaan, kecekapan dan
ketepatan dari segi waktu, kualiti dan kos sangat sinonim dan tidak dapat dipisahkan.
Semakin moden sesebuah zaman, semakin kompleks pembinaan bangunan atau
infrastruktur khususnya, maka semakin majulah teknologi. Begitu jugalah dengan
teknologi BIM masa kini yang diaplikasikan kepada projek pembinaan. BIM bukan
sesuatu yang baru dalam industri pembinaan malah sudah diperkenalkan pada awal
tahun 2007 lagi (Ahmad Latiffi et al., 2013 dan JKR, 2013).
Kebanyakan projek pembinaan di Malaysia yang menggunakan kaedah
pembinaan tradisional, sinonim dengan isu melakukan kerja yang sama berulang
14
kali, kelewatan, kos yang meningkat, kelemahan dari segi kordinasi dan komunikasi
(Nawi et al. 2014). Menurut Nawi (2014) juga, salah satu penyelesaian dalam
merekabentuk dan pembinaan untuk meminimumkan jurang itu ialah dengan
mengambil langkah atau pendekatan menyatukan atau menggabungkan (integrated).
Menurut Latiffi et al. (2013), BIM berpotensi untuk mengurangkan kos dan
mengelakkan masalah pada peringkat merekabentuk dalam fasa perancangan. BIM
ialah satu platform teknologi maklumat (IT) yang memberi kelebihan kepada proses
perancangan, rekabentuk, pembinaan dan operasi bangunan dalam dimensi 3D untuk
menggalakkan kolaborasi dan penyatuan antara pihak di dalam senario industri
pembinaan.
Kelemahan dari segi pra-perancangan projek dan ketidakjelasan proses
pembinaan oleh klien membolehkan kepada salah tafsir dan salah faham terhadap
keputusan yang dihasilkan (Kestle, 2009). Fenomena inilah yang melanda proses
perolehan secara tradisional apabila klien melantik perunding bagi pihaknya untuk
menghasilkan rekabentuk, dan kontraktor memantau proses fasa pembinaan.
Maka, BIM menawarkan penyelesaian kepada masalah pengurusan dan
komunikasi dengan penyelesaian penyatuan (integrated) kepada masalah yang
dihadapi oleh kaedah tradisional ini. Teknologi BIM juga sebagai kunci kepada
penggiat industri untuk menjalinkan komunikasi yang berkesan sebelum pembinaan
bermula (CREAM, 2014). Tambahan lagi, BIM semakin meningkat penggunaannya
untuk projek pembinaan yang kompleks dengan kaedah teknologi maklumat yang
disokong untuk suatu projek pembinaan di Malaysia (Latiffi et al. 2013).
Penulisan dalam bab ini adalah berdasarkan kajian literatur dari pelbagai
sumber yang terdiri daripada buku, artikel, jurnal, konferens dan yang berkaitan. Bab
15
ini membincangkan mengenai pengenalan kepada BIM itu sendiri dan untuk
menjawab objektif kajian iaitu mengkaji kesedaran kontraktor terhadap perubahan
Borang Kontrak Setara bagi projek yang mengaplikasikan BIM.
2.1.1 Definisi BIM
Menurut Parrott dan Bomba (2010), dalam Institut Arkitek Amerika (AIA),
BIM boleh diringkaskan sebagai maklumat projek yang digital, mempunyai
hubungan ruang dan saiz, boleh diukur, dan maklumat senang untuk diakses.
Menurut Sofyan (2015), BIM juga teknologi yang mengumpulkan data
sepanjang kitaran hayat bangunan bermula dari pembinaan sehingga penyiapan dan
runtuhan. Proses yang melibatkan hubungan antara ruang, kuantiti dan kualiti setiap
komponen yang memberi kemudahan terhadap kerja membaik pulih serta
pemantauan operasi dalam bangunan.
BIM adalah satu model digital bangunan yang mengandungi pelbagai
maklumat geometri, fungsi, ciri atau parameter yang dihasilkan melalui beberapa
perisian berkaitan dan juga yang boleh divisualisasikan secara fizikal 3D (Azhan,
2016).
16
BIM ialah proses aset terperinci dalam bentuk digital yang akan direka dan
dibina (Joyce dan Houghton, 2014). BIM ialah kemudahan ciri-ciri dari segi fungsi
dan fizikal yang dalam bentuk digital, perkongsian sumber maklumat mengenai
kemudahannya yang membolehkan membuat keputusan semasa kitaran hayat
bangunan (National Institute of Building Science, 2007:p.22).
BIM juga ialah suatu set polisi, proses dan teknologi yang menghasilkan
kaedah pengurusan rekabentuk bangunan dan data projek dalam bentuk digital
melalui kos kitaran hayat bangunan (Succar 2009:p.357 dan Penttila, 2006).
Olatunji (2012), pula berpendapat BIM boleh dikenalpasti sebagai sistem
digital yang memudahkan pengumpulan data yang membolehkan keperluan
pengguna di analisis untuk menghasilkan maklumat dan membuat keputusan
terhadap perkara kos serta penambahbaikan proses penyiapan dan penyerahan
projek. Manakala, dari perspektif rekabentuk pula ialah keutamaan dalam
kebersamaan yang melibatkan kumpulan pekerja, bahan dan proses yang melangkau
pelbagai bidang ilmu.
Menurut National Institute of Building Science (2014), juga mengatakan BIM
ialah pendekatan baru yang membolehkan maklumat rekabentuk, pembinaan dan
operasi dicapai dan digunakan.
Berdasarkan buku Handbook BIM, menurut Eastman (2008), BIM sejenis
teknologi parametrik 3D, perubahan objek automatik akan berubah apabila
perubahan dibuat terhadap objek. Sebagai contoh, pintu akan automatik sesuai
17
dipadankan dengan dinding, plug lampu akan automatik ditempatkan sesuai di
sebelah pintu, saiz dinding akan di ubah sesuai dengan siling atau bumbung.
Menurut Eastman et al. (2011) lagi, BIM adalah penambahbaikan dari segi
perancangan, rekabentuk, pembinaan, operasi dan proses penyelenggaraan yang
mempunyai semua maklumat berkaitan dalam bentuk format melalui kitaran hayat
bangunan.
Berdasarkan definisi-definisi yang dijelaskan di atas, BIM dapat dirumuskan
sebagai satu sistem yang menyatupadukan fasa kitaran hayat projek bermula dari
peringkat perancangan atau konseptual, rekabentuk, pembinaan, operasi, pembaikan
dan pembuangan. BIM juga satu kaedah digital yang lebih banyak membantu dari
segi masa, kualiti dan kos industri pembinaan khususnya di Malaysia, iaitu cepat dan
lebih tepat, lebih berkualiti rekabentuk sesuatu bangunan dan lebih menjimatkan
kerana pertindihan yang berlaku dapat dikesan sekaligus mengelak berlakunya
pembaziran.
2.1.2 Konsep BIM
BIM telah diperkenalkan sejak 1970 oleh Professor Charles M. Eastman
(Eastman et al., 2008 dan Forbes at al., 2011). Perlaksanaan BIM semakin mendapat
perhatian di beberapa Negara seperti United Kingdom (UK), Australia, Hong Kong,
Denmark, Norway, Finland dan Singapura (Furneaux et al., 2008 dan NIBS, 2007)
18
dan negara pertama yang mengaplikasinya ialah Amerika Syarikat (USA) (NIBS,
2007). Penggunaan BIM akan meningkat dan pulangan yang positif akan diperolehi
serta menyediakan komunikasi dan kolaborasi antara pihak yang terlibat dengan
berkesan (Young et al., 2009).
Walaupun BIM akan digunakan secara meluas dalam industri pembinaan,
tetapi kemahiran dan ilmu akan menentukan keberkesanan penggunaan BIM
(Hartmann dan Fischer, 2008; Gu dan London, 2010; Wong et al., 2011).
Menurut Succar (2009), terdapat 3 peringkat dalam pelaksanaan BIM;
1) Peringkat pertama- permodelan berdasarkan objek (object-based)
2) Peringkat kedua- kerjasama berdasarkan model (model-based)
3) Peringkat ketiga- integrasi berdasarkan sistem rangkaian/jaringan (network-based)
2.1.3 Objektif BIM
Ekoran pertikaian menjadi semakin barah dalam industri pembinaan (Cheung
dan Pang, 2013; NBS, 2013b), untuk membawa perubahan positif, UK telah
mengenalpasti suatu set objektif strategi (Cabinet Office, 2011) iaitu salah satunya
ialah BIM.
19
BIM telah mendapat pengikhtirafan antarabangsa sebagai cara untuk
meningkatkan kecekapan (McGraw Hill, 2014a) dan mengurangkan bilangan
kelewatan serta pertikaian dalam industri pembinaan (BSI, 2013).
Oleh sebab itu, kerajaan menggalakkan penggiat industri melaksanakan BIM
untuk projek pembinaan kerana BIM berpotensi besar menyelesaikan masalah dalam
projek pembinaan. BIM juga boleh menghalang pertikaian antara ahli terlibat,
menghasilkan kuantiti yang tepat untuk setiap struktur bangunan, dan mengurangkan
kos pembinaan serta kelewatan penyiapan projek (JKR, 2013). BIM ialah cara
bekerjasama (HMG, 2012) yang boleh meningkatkan perlaksanaan projek
(Greenwood dan Wu, 2012) dan menghasilkan hasil yang baik dari segi perancangan,
rekabentuk dan proses pembinaan (AGC, 2006: p.3).
Galakan daripada kerajaan terhadap pengaplikasian dan pembangunan BIM
dalam industri pembinaan sendiri sejajar dengan visi yang dinyatakan dalam
Construction Industry Master Plan (CIMP), di mana untuk menghasilkan kelas
industri pembinaan yang berinovatif dan berpengetahuan terhadap penyelesaian
global (CREAM 2014, Enegbuma 2013 dan Sundaraj 2007).
20
2.1.4 Kepentingan Dan Kelebihan BIM
Lima kelebihan utama perlaksanaan BIM dalam industri pembinaan boleh
dilihat pada setiap fasa pembinaan (JKR, 2013; Cho et al., 2011; dan Furneaux et al,
2008). Antaranya;
1. Aspek rekabentuk
2. Aspek bajet
3. Aspek komunikasi
4. Aspek dokumentasi
5. Aspek penjadualan
Menurut Azhan (2016), antara faedah BIM ialah;
1. Rekabentuk model dapat dipersembahkan secara 3D.
2. Kolaborasi dan koordinasi dengan lebih berkesan terhadap rekabentuk
bangunan dan konflik pada peringkat awal dapat dikurangkan.
3. Dapat menghasilkan anggaran kos awalan projek melalui integrasi di antara
model dan kos.
4. Pemilik bangunan dapat menggunakan informasi model setelah pembinaan
siap untuk tujuan operasi dan penyelenggaraan bangunan.
5. Meningkatkan tahap sistem penyampaian projek berintegrasi.
21
Menurut Joyce dan Houghton (2014), penggunaan teknologi BIM
meminimumkan masa pembinaan, mengelak berlakunya pembaziran, menggalakkan
atau memupuk pengurusan dan penyelenggaraan yang cekap, meningkatkan
kesihatan dan keselamatan semasa pembinaan, penyelenggaraan, meningkatkan nilai
serta menyumbang kepada target pengurangan penggunaan karbon yang merbahaya.
Selain itu, kelebihan BIM yang lain ialah proses yang lebih efektif dan cepat
dimana maklumat senang dikongsi dan ditambah baik nilainya dan digunakan.
Rekabentuk yang lebih baik, pengawalan kos kitaran hayat, penghasilan kualiti yang
baik, digital produk data, perkhidmatan pelanggan yang baik serta data kitaran hayat
iaitu keperluan, reka bentuk, pembinaan dan operasi boleh digunakan untuk
pengurusan fasiliti (Salman 2016).
BIM ialah teknologi baru yang telah lama diperkenalkan yang dilihat sebagai
jaminan kepada industri pembinaan untuk rekabentuk maya yang membenarkan
pihak terlibat terjamin dari segi kos yang berkesan serta kecekapan pembinaan
(Richard dan Jason, 2009).
Kebaikan untuk kedua-dua pihak sektor awam dan swasta terutamanya dalam
aspek risiko, pengurangan kos, meminimumkan bahan buangan, pemendekkan
tempoh projek dan kelancaran penyiapan dan penyerahan (Derek, 2013).
22
2.1.5 Kelemahan dan Cabaran BIM
Data BIM tunggal atau model BIM digunakanbersama perisian dan alatan
yang lain. Teknologi menjanjikan BIM mempunyai asas idea kesalingfungsian dan
integrasi maklumat sepenuhnya yang dibenarkan oleh ICT dan keseragaman
(Paavola, 2014). Namun, menurut Volk et al., (2014), melihat kesalingfungsian dan
sistem integrasi sebagai cabaran besar yang berpanjangan bagi BIM.
Cabaran seterusnya ialah, BIM dan transformasi kerjasama. Sebahagian BIM
rhetoricialah membenarkan teknologi yang bersepadu dan memerlukan cara integrasi
untuk berkerjasama (Paavola, 2014). Sebahagian pemerhati, menyimpulkan
peningkatan penggunaan BIM tidak menyebabkan perubahan kualitatif kepada asas
cara disiplin bekerjadalam projek pembinaan. Neff (2010), menyimpulkan dalam
kajiannya mengenai BIM ialah “ walaupun penggunaan BIM bermula 2007 lagi,
amalan kerja yang menyokong peningkatan kerjasama dan perkongsian maklumat
merentasi sempadan organisasi dan disiplin perlahan muncul. Beberapa kajian
menunjukkan bahawa struktur yang berpecah belah menyumbang sikap permusuhan
yang tidak membentuk kepercayaan kerjasama (Bishop, 2009). Organisasi dan isu
undang-undang seolah olah menjadi halangan utama untuk kerjasama lanjutan
(Dossick, 2010). Forgues dan Koskela (2009), melaporkan bagaimana perpecahan
yang mengecewakan penubuhan sebuah pasukan bersepadu dalam projek Kanada.
Usaha untuk menyelesaikan masalah ini ialah pembangunan kontrak hubungan
pelbagai pihak berdasarkan perkongsian risiko dan keuntungan (Lahdenpera, 2012).
Penggunaan BIM semasa kitaran hayat penuh bangunan ialah mimpi yang
jauh daripada realiti sebenar. Salah satu cabaran utama dalam pembangunan BIM
seolah-olah bahawa penggunaan BIM dan kemaskini terakhir semasa fasa
pembinaan. Walaupun terdapat minat yang semakin meningkat dalam penggunaan
23
BIM dalam pengurusan kemudahan, ia masih tidak jelas bagaimana BIM boleh
realistik digunakan dalam pengurusan kemudahan, dan ada data empirikal sedikit
mengenai topik ini (Becerik-Gerber, 2012). Pengkaji tidak mempunyai kepercayaan
dalam model BIM, kerana beliau menganggap bahawa subkontraktor mungkin
menyimpang daripada model reka bentuk, dan perubahan ini tidak dibawa ke model.
Beliau meragui samada pihak yang terlibat semasa projek mempunyai keupayaan
yang mencukupi, masa atau motif untuk mengemaskini model ke model yang seperti
yang terbina. Bukti berdasarkan penyelidikan yang sangat sedikit pada peningkatan
produktiviti pelaksanaan BIM (Gray, 2013). Berdasarkan kajian, Becerik-Gerber dan
Rice (2010), membuat kesimpulan bahawa kebanyakan responden menyatakan
bahawa ia adalah terlalu awal untuk menentukan nilai BIM, kerana industri ini masih
di awal peringkat penggunaan BIM.
2.1.6 Kepentingan Bekerjasama (Kolaborasi)
Menurut Barrat (2004), kolaborasi antara ahli terlibat memerlukan beberapa
perkara. Antaranya, kolaborasi budaya, saling memberi kepercayaan, perubahan
maklumat, alat dan teknologi, dan strategi perancangan. Pembangunan teknologi dan
alat menyokong untuk menghadapi permintaan yang unik dan kompleks (Grudin,
1994).
2.1.7 Pelaburan untuk penggunaan BIM
24
BIM ialah proses di mana ia disokong oleh ‘software’ dan ‘hardware’yang
memerlukan pelaburan dari segi masa dan wang.
Pembelian, penyelenggaraan dan penambahbaikan perisian untuk menyokong
penggunaan BIM lebih mahal berbanding pakej konvensional CAD (Stowe et
al.,2014).
2.1.8 Perlaksanaan BIM
Pengaplikasian BIM dalam projek pembinaan ialah sebagai contoh terbaik
dan matang (Eastman et al., 2008).
Tocoman Proffesional Services, Finland mendakwa lebih 200 projek yang
menggunakan BIM menghasilkan lebih baik infrastruktur dengan kepuasan
pelanggan/klien.
Perlaksanaan BIM dilihat lebih sesuai untuk projek yang berisiko tinggi dan
kompleks (JKR, 2011) dimana perlaksanaannya terhadap kontraktor tempatan yang
Gred 1 (G1) sehingga Gred 6 (G6) belum bersedia untuk mengambil langkah positif
ini untuk mengaplikasikan BIM dalam projek pembinaan. Hal ini kerana, pelaburan
25
pada permulaan yang memerlukan kos yang tinggi untuk membeli alat BIM seperti
Revit Arkitek, Revit Struktur dan Navis serta penggunaan teknologi maklumat yang
menyukarkan bagi mereka (JKR, 2011).
Untuk menangani isu tersebut, kerajaan Malaysia memperuntukkan geran
kepada pelajar pra-siswazah dan organisasi atau individu untuk menerima latihan
mengenai panduan penggunaan alat BIM yang disediakan oleh Multimedia Super
Coridor (MSC) (Utusan Malaysia, 2012).
BIM digunakan untuk tujuan (Salman 2016):-
1) Maya : menggunakan perisian 3D untuk meningkatkan produktiviti dalam
rekabentuk pembinaan bangunan.
2) Struktur/ lukisan : menyenangkan menghasilkan lukisan pelbagai sistem
bangunan.
3) Anggaran kos : anggaran kos dipaparkan melalui perisian BIM. Kuantiti bahan
automatik berubah apabila model bangunan berubah.
4) Urutan/susunan pembinaan : susunan jadual yang efektif untuk semua komponen
bangunan.
26
5) Konfliks, gangguan dan pelanggaran : BIM dibina menggunakan perisian 3D,
semua sistem automatik disemak apabila berlaku gangguan pemasangan komponen
bangunan.
6) Analisis forensik : mudah dikenalpasti apabila mempunyai potensi kegagalan,
kebocoran, peralihan plan dan sebagainya.
2.1.9 Pengaplikasian BIM dalam Projek Pembinaan
Pengaplikasian BIM dalam projek pembinaan memberi banyak manfaat
selain meningkatkan keberkesanan komunikasi antara ahli yang terlibat dalam
industri dan mempercepatkan keputusan rekabentuk (Cho et al.,2011). Tambahan
lagi, penggunaan BIM juga dapat mengurangkan penggunaan tempoh masa dan kos
pembinaan semasa peringkat rekabentuk kerana pertindihan dapat dikenalpasti (JKR,
2013).
Menurut Derek (2013), dalam pengaplikasian BIM untuk projek pembinaan,
beberapa langkah perlu diambil. Amalan kerja perlu diubah dan dilatih untuk
menggunakan sistem dengan berkesan. Hubungan pihak yang terlibat dalam kaedah
pembinaan tradisional/ konvensional) diganti dimana, jurutera struktur, jurutera
mekanikal dan elektrikal , arkitek, dan kontraktor perlu mengetahui impak daripada
idea yang disumbangkan kepada model, yang bermaksud perlu memahami setiap
kerja ahli yang terlibat. Kolaborasi dan perkongsian maklumat adalah faktor kritikal
kejayaan pengaplikasian BIM dalam sesuatu projek pembinaan (Derek, 2013).
27
Menurut Derek (2013) lagi, terdapat dua faktor terpenting yang memberi
impak yang besar apabila pertukaran data:
1. Semasa kontrak bangunan dianugerahkan, apabila model rekabentuk diberikan
kepada kontraktor yang mempunyai tanggungjawab untuk memiliki dan
membinanya.
2. Semasa projek telah siap, apabila aset dimodelkan, yang mempunyai semua
informasi bangunan yang diperlukan untuk mengoperasikan bangunan, diserahkan
semula kepada klien oleh kontraktor.
BIM diaplikasikan kepada setiap fasa pembinaan, iaitu fasa sebelum
pembinaan, semasa pembinaan dan selepas pembinaan (CREAM, 2012; JKR, 2011;
dan Furneaux et al., 2008).
Jadual 2.1 : Perlaksanaan BIM dalam projek pembinaan
Fasa Peringkat
Kegunaan
BIM
Sebelum
Pembinaan
Perancangan Mengenalpasti susunan jadual atau isu fasa
Rekabentuk
Menghasilkan komunikasi yang baik dan
keputusan rekabentuk yang cepat
Pertindihan dikesan dan dianalisis
Meningkatkan keberkesanan rekabentuk
Penjadualan
Membolehkan pengurus projek dan
kontraktor melihat perjalanan susunan kerja,
peralatan, bahan dan kemajuan terhadap
logistik dan tempoh masa yang ditetapkan
28
Fasa Peringkat
Kegunaan
BIM
Anggaran
Membolehkan proses pengiraan terus
daripada model 3D
Analisis
Tapak Mengurangkan kos perobohan dan utiliti
Semasa
Pembinaan Pembinaan
Membolehkan proses pembinaan dijalankan
termasuk jalan keluar masuk, laluan trafik,
jentera dan bahan di tapak
Menyediakan aliran wang keluar dan
kawalan kos yang baik
Membolehkan kerja pada masa, susunan
sumber yang teratur dan pengurusan tapak
bina yang baik
Selepas
Pembinaan
Operasi/
Pengurusan
fasiliti
Pengurusan fasiliti yang proaktif
Menyediakan jadual penyelenggaraan dan
sejarah penyelenggaraan
(Sumber: CREAM 2012)
2.1.10 Peralatan BIM
BIM diperkenalkan dengan banyak fungsi dan jenis. Setiap alat untuk BIM
mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu untuk mengurus aktiviti yang berlainan
dalam projek pembinaan. Antaranya ialah Revit, Tekla, Bentley, Autodesk, Vico dan
Cost X (CREAM, 2012). Pemilihan peralatan BIM berdasarkan empat perkara iaitu
kebolehan komunikasi, ketepatan, kebolehgunaan dan kebolehpercayaan pertukaran
data (JKR, 2013).
29
Kebolehan komunikasi boleh dilihat melalui proses BIM mengenalpasti kunci
proses dan tanggugjawab dan peranan setiap ahli yang terlibat (MSC, 2013).
Ketepatan semasa proses pengiraan kuantiti boleh mengurangkan bilangan kesilapan
yang berkaitan dengan pengukuran semasa proses anggaran (Nassar, 2012).
Dari aspek kebolehgunaan, alat BIM seperti Revit Arkitek and Revit Struktur
boleh untuk merealisasikan proses pembinaan melalui simulasi 4D dan mengesan
pertindihan (Autodesk, 2013). Tambahan, ini disokong dengan kejayaan projek
seperti USA, UK, Hong Kong dan Australia (Furneaux, 2008). Pertukaran data
antara arkitek dan jurutera struktur mesti disahkan sebelum model dibangunkan dan
memudahkan proses rekabentuk elektrik dan mekanikal, anggaran dan proses
pembinaan (Autodesk, 2008).
Alat yang disebut di atas adalah sebagai jalan perlaksanaan untuk kerajaan
Malaysia dan telah diiktiraf secara rasmi oleh JKR pada 25 Februari 2010 (JKR,
2013). Revit ialah alatan yang dicadangkan oleh JKR sebagai alat yang boleh
diaplikasikan dalam projek pembinaan dimana terdapat Revit Arkitek, Revit
Struktur, dan Revit Mekanikal dan Elektrikal (M&E) (Ahmad Latiffi et al. 2013,
JKR 2013).
30
Rajah 2.1: Alat BIM yang dicadangkan oleh JKR
(Sumber: JKR, 2013)
2.1.11 Skop Penggunaan BIM
Menurut Azhan (2016), antara skop penggunaan BIM adalah seperti berikut;
Penggiat industri Alat BIM
1
2
3
4
5
6
Arkitek
Jurutera
Mekanikal
Jurutera
Elektrikal
Pengurus Projek
Jurukur Bahan Cost-X
Navisworks
Revit MEP
Revit MEP
Revit Struktur
Revit Arkitek
Jurutera Struktur
31
1. Pemodelan tapak sedia ada
2. Analisis tapak
3. Pengaturan ruang
4. Analisis kejuruteraan struktur
5. Penyediaan rekabentuk
6. Kajian semula rekabentuk
7. Anggaran kos
8. Perancangan fasa pembinaan
2.2 Definisi Kontrak
Dokumen kontrak ialah satu dokumen perjanjian di antara dua pihak atau
lebih samada pihak klien atau majikan bersama dengan pihak kontraktor untuk
melaksanakan sesuatu projek secara lisan atau bertulis untuk waktu tertentu, syarat-
syarat tertentu, hak dan tanggungjawab pihak yang berkontrak dan dikuatkuasakan
oleh undang-undang.
32
2.2.1 Kontrak dalam Pembinaan
Projek pembinaan ialah aktiviti penghasilan produk yang mempunyai
pelbagai dimensi. Salah satu daripada dimensinya ialah dari aspek perniaagaan.
Perniagaan dunia hari ini mempunyai hubungan kontraktual, dan aspek perniagaan
dalam pembinaan memerlukan hubungan kontraktual antara semua pihak
diwujudkan. Peranan utama yang dimainkan dalam kontrak dirujuk kepada
kontraktor.
Fungsi dokumen kontrak ialah sebagai alat pengurusan dalam mengawal
mutu kualiti kerja dan sumber perundangan jika mutu kualiti ini tidak tercapai
(Atiyah, 1986). Oleh itu, kontrak perjanjian yang ditandatangani mestilah dibaca dan
difahami oleh pihak yang menerima perjanjian tersebut supaya tidak berlaku
pertikaian kemudian hari. Perjanjian yang dilaksanakan mestilah munasabah dan
diakui oleh undang-undang untuk dilakukan. Kontrak akan mengikat pihak-pihak
yang terlibat apabila dia telah menandatangani dokumen yang mengandungi terma-
terma kontrak walaupun dia tidak membacanya ataupun tidak memahami secara jelas
kontrak tersebut. Persoalan yang timbul dalam berkontrak:
1. Siapa pihak yang berkontrak?
2. Apa perjanjian yang dipersetujui?
3. Aspek lain perjanjian kontrak.
Badan undang-undang ditubuhkan untuk pelbagai aspek hubungan
kontraktual. Hal ini kerana, isu tersebut sentiasa berlaku dalam situasi pembinaan,
33
bahasa kontrak dalam industri pembinaan dan pelbagai borang kontrak seragam telah
diwujudkan.
Setiap transaksi perniagaan mempunyai format seragamnya yang tersendiri
begitu juga dalam industri pembinaan, ia dikenali sebagai format kontrak seragam
pembinaan dimana didalamnya terdapat terma-terma dan syarat-syarat yang pihak-
pihak yang terlibat dalam pembinaan perlu patuhi.
Setiap projek pembinaan memerlukan ahli kumpulan yang unik untuk
merancang, merekabentuk dan memastikan projek berjalan baik. Skop peranan dan
tanggungjawab setiap ahli yang terlibat bergantung kepada bagaimana tindakan dan
kerja dalam setiap peringkat kerja. Umumnya, tanggungjawab pihak terlibat telah
dinyatakan dalam borang perjanjian antara klien dan kontraktor.
Kontrak Swasta: Kontrak tidak terikat kepada prosedur yang ditetapkan oleh
kementerian kewangan yang lazimnya melibatkan kontraktor dan kliennya ialah
sector swasta sendiri. Contohnya, Borang Kontrak PAM, IEM, dan CIDB.
Manakala, kontrak awam melibatkan JKR sebagai pelaksana, pelanggan dan
pengguna serta kontraktor. JKR sebagai pemula dan pengguna akhir iaitu sebagai
penasihat teknikal, merancang, merekabentuk, membina dan menyelenggarakan.
Contohnya, format seragamnya ialah Borang JKR 203.
34
Namun, terdapat kelemahan dalam borang seragam kontrak dimana ia hanya
sesuai untuk pengurusan kontrak pembinaan secara konvensional. Penggunaannya
tidak sesuai yang melibatkan inovasi-inovasi baru. Ia juga menutup peluang pihak-
pihak dalam industri pembinaan memperkenalkan inovasi-inovasi baru dalam
pengurusan kontrak. Lantaran itu, pindaan terhadapnya perlu dibuat untuk bahagian
yang khusus yang tidak terdapat dalam kontrak sebelum ini. Namun, apa yang
penting, semua pihak yang berkontrak perlu faham mengenai fasal-fasal yang
terkandung di dalam setiap dokumen kontrak agar tidak mendatangkan masalah di
kemudian hari (Abdul Aziz).
2.2.2 Akibat dari Perjanjian
1. Perjanjian mengikat para pihak yang berkontrak.
2. Perjanjian tidak dapat dibatalkan sepihak.
3. Perjanjian harus dilaksanakan dengan iktikad yang baik.
2.2.3 Perlaksanaan Kontrak
Perlaksanaan tanggungjawab yang sempurna seperti yang terkandung di
dalam kontrak akan membolehkan sesuatu kontrak akan tamat dengan sendirinya.
35
Perlaksanaan kontrak adalah tanggungjawab yang boleh dikuatkuasakan melalui
saluran undang-undang. Apabila tanggungjawab kontrak sudah dilaksanakan dengan
sempurna, hubungan dari sudut undang-undang kontrak sudah dianggap selesai
antara pihak yang berkontrak.
2.2.4 Obligasi Kontraktor di dalam Sesuatu Kontrak
Menurut Ezad (2010), obligasi kontraktor berdasarkan kaedah perolehan
tersebut:
1. Kontrak Tradisional : Obligasi untuk membina sahaja
2. Kontrak Reka dan Bina : Obligasi untuk merekabentuk dan membina sesuatu
projek pembinaan.
3. Kontrak Pengurusan : Obligasi untuk mengurus sahaja.
Di dalam kontrak tradisional, perunding rekabentuk menyediakan rekabentuk
bangunan serta kontraktor hanya membina sahaja menurut apa yang ternyata di
dalam dokumen kontrak. Tanggungjawab kegagalan bangunan bergantung kepada
jenis kegagalan tersebut. Sekiranya bangunan tersebut berpunca daripada kecuaian
rekabentuk, tindakan akan diambil terhadap pereka bentuk. Manakala, sekiranya
berpunca daripada mutu kerja yang tidak sempurna dan baik, majikan akan
36
mengambil tindakan terhadap kontraktor. Keberkesanan bergantung kepada
rekabentuk bangunan yang dihasilkan oleh perekabentuk.
Tanggungjawab pelaksanaan projek dikongsi oleh pemilik, kontraktor dan
perekabentuk dan memerlukan komunikasi dan penyelarasan yang berkesan dimana
kaedah konvensional atau tradisional dilaksanakan. Manakala, kaedah reka dan
binapada konsepnya menawarkan kelebihan dari segi kawalan terhadap tempoh
pelaksanaan, integrasi disntara pereka dan pembina yang meningkatkan perhubungan
serta pasukan projek reka dan bina mempunyai insentif untuk mengawal kos secara
keseluruhan dan keputusan boleh dibuat lebih cepat (JKR, 2007).
Berbeza dengan kontrak yang mengaplikasikan BIM kerana semua pihak
dalam projek tersebut akan terlibat dan bertanggungjawab atas semua input atau idea
yang dicadangkan. Hubungan kontraktual antara pihak yang berkolaborasi dalam
satu pusat (one center) iaitu BIM.
2.2.5 Kepentingan Kontrak
Kontrak perjanjian ialah dokumen perjanjian yang sangat penting yang
menentukan skop kerja dan mengikat majikan atau klien dengan pelaksanaan kerja
kontraktor dan pembayaran. Ia sangat penting untuk kontraktor memahami skop
kerja yang terkandung dalam kontrak perjanjian, penyiapan kerja seperti dalam
jadual dan sebagainya (Juan, 2016).
37
Menurut Juan (2016), kontrak perjanjian mestilah:-
1. Dalam bentuk tulisan
2. Mengandungi maklumat mengenai produk dan perkhidmatan
3. Dokumen yang jelas dan faham oleh kedua-dua belah pihak
4. Mengandungi polisi pembatalan dan penamatan kerja
5. Mempunyai terma kewangan yang jelas
2.3 Borang Kontrak Setara dalam Sektor Pembinaan
Borang kontrak setara ialah piawaian yang dicetak yang dibentuk oleh badan-
badan yang tertentu. Borang kontrak mengandungi syarat-syarat tertentu yang
melibatkan pihak tertentu dan tiada rundingan mengenainya. Dalam kontrak
pembinaan, perjanjian bertulis akan dilaksanakan bagi mengikat pihak-pihak yang
berkontrak untuk mengenalpasti hubungan dan tanggungjawab (Zaghloul and
Hartman, 2003). Perjanjian dalam kontrak penting untuk memastikan pihak
berkontrak mematuhi peranan dan peraturan (Semple et al., 1994).
Kelebihan penggunaan borang kontrak setara ialah menyebarkan risiko sama
rata kepada majikan dan kontraktor (Nazib, 2010). Manakala, kelemahannya ialah
mengandungi syarat-syarat yang susah untuk difahami dimana tafsiran oleh pihak-
pihak boleh menimbulkan pertikaian (Nazib, 2010).
38
Borang kontrak setara yang digunakan di luar Negara ialah seperti JCT 1998
(Joint Contracts Tribunal) untuk kerja-kerja bangunan bagi sector swasta dan pihak
berkuasa tempatan di UK. ICE 1979 (Pindaan 1985) (Institution of Civil Engineers)
untuk kerja-kerja kejuruteraan sivil, sector swasta/ persendirian atau lain-lain
majikan. Manakala, FIDIC 1973 (Federation Internationale des Ingenieurs Conseils)
untuk kerja-kerja kejuruteraan sivil.
Borang kontrak setara yang digunakan di Malaysia pula ialah PAM 2006
(Pindaan 1998) (Pertubuhan Arkitek Malaysia) untuk kerja-kerja bangunan sector
swasta. Apabila pihak tertentu bersetuju untuk menggunakan PAM, pihak tersebut
mesti bersetuju mengenai 38 fasal yang terkandung dalam borang kontrak setara
tersebut. JKR 203/203A (Jabatan Kerja Raya) untuk kerja-kerja sivil dan bangunan
bagi sector awam. Manakala, CIDB 2000 (Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia) untuk kerja-kerja bangunan bagi sector awam dan swasta
(Rosli, 2009).
Secara kesimpulannya, Borang Kontrak Setara yang digunakan di Malaysia ialah:-
A) Projek Sektor Awam: Bangunan dan Kerja Kejuruteraan
i. JKR 203A (semakan 10/83)- BQ merupakan sebahagian daripada kontrak
ii. JKR 203 (semakan 10/83)- kontrak berasaskan Lukisan dan Spesifikasi
iii. JKR 203N (semakan 10/83)- digunakan untuk sub-kontraktor dinamakan
iv. JKR 203P (semakan 10/83)- digunakan untuk pembekal dinamakan
B) Projek Sektor Swasta-kerja bangunan
39
i. PAM 2006 (dengan kuantiti)
ii. PAM 2006 (tanpa kuantiti)
C) Projek Sektor Swasta- kerja kejuruteraan- IEM
D) Kerja bangunan, kerja kejuruteraan dan Reka & Bina- CIDB
2.3.1 Implikasi Penggunaan Borang Kontrak Setara
Menurut Pettit et al. (2012), terdapat banyak kebaikan penggunaan borang
kontrak setara yang dapat dirumuskan, iaitu:
i. Boleh digunakan untuk pelbagai jenis projek dan memenuhi kehendak klien.
ii. Penggunaannya menjadi adat dan amalan industri.
iii. Isi kandungan yang mudah difahami oleh semua pihak yang terlibat dan telah
diuji sekian lama.
iv. Peruntukan risiko yang adil antara pihak.
v. Dapat menyelesaikan kesukaran penafsiran kerana terma yang digunakan mudah
difahami.
vi. Kebiasaan dengan klausa-klausa boleh memperbaiki komunikasi dan kecekapan
pentadbiran kontrak dengan klien, kontraktor dan perunding kontrak.
iv. Penyediaan borang baru memakan masa kerana borang sedia ada telah tersedia
dan kos untuk menderaf dapat dijimatkan yang dapat digunakan berulang-ulang kali.
40
Keburukan atau batasannya menurut Barnes (2007) ialah, penggunaan
Borang Kontrak Setara ini digunakan meluas tetapi jarang sepenuhnya dapat
digunakan untuk keadaan tertentu. Akibatnya, Borang Kontrak Setara selalu
diubahsuai oleh klien mengikut kehendak mereka. Faktor berlakunya ubahsuai ini
untuk kepuasan klien terhadap peruntukan risiko dan pelbagai sistem penyampaian
projek baru telah mengubah banyak klausa yang terdapat dalam Borang Kontrak
Setara (Shnookal dan Charrett, 2010).
Kesan daripada berlakunya ubahsuai mengikut kehendak sebelah pihak
sahaja boleh membawa kepada masalah yang tidak diingini dan meletakkan pihak
yang terlibat dalam keadaan yang lebih buruk (pettit, 2012). mengikut kajian kes di
vietnam, menunjukkan terdapat banyak masalah yang timbul apabila borang kontrak
fidic diubahsuai untuk menampung kehendak klien (chen et al. 2013). menurut chen
et al., (2013), juga kebiasaannya, perubahan kepada peruntukan risiko dalam borang
kontrak setara telah menyebabkan kontraktor terpaksa menanggung risiko yang lebih
tinggi.
Menurut kajian kes di Australia, banyak pertikaian berlaku dalam pembinaan
bermula daripada ketidakseragaman dan percanggahan antara perubahan dan kontrak
dokumen yang sedia ada (Shnookal dan Charrett, 2010). Menurut Sweet (1989) pula,
perubahan kepada Borang Kontrak Setara memerlukan kepakaran teknikal mengenai
borang kontrak jika dibandingkan dengan pengetahuan peguam. Perubahan Borang
Kontrak Setara seharusnya dilakukan hanya untuk ciri-ciri projek dan tidak
seharusnya digunakan untuk peruntukan risiko (Koksal, 2011).
41
2.4 Pengenalan Kepada Isu Undang-undang BIM
Isu undang-undang yang dihadapi dalam perlaksanaan BIM mempunyai
halangan dan mendapat perhatian luas dalam industri pembinaan (Ashcraft, 2008:
Larson dan Golden, 2007). Pemahaman yang kurang mengenai hubungan undang-
undang kontrak di antara pihak-pihak dalam penggunaan BIM menjadi risiko ketara
untuk industri pembinaan khususnya bagi ahli pasukan rekabentuk (Rogers et al.,
2015). McAdam (2010) menyatakan bahawa isu undang-undang wujud sebagai
elemen yang tidak sesuai untuk perolehan BIM kerana berlakunya perubahan dalam
persekitaran kerja, pengurusan data dan peranan pihak yang terlibat bagi
melengkapkan penggunaan penuh BIM dalam industri. Perubahan terhadap isu
undang-undang hak cipta, kontrak dan insurans telah memberikan kesan kepada
perubahan hubungan dan kekaburan peranan dan hubungan pihak yang terlibat dalam
projek, yang pasti mempengaruhi kedudukan kontrak dan undang-undang semasa
(Gibbs et al. 2015). Borang kontrak perlu menangani cabaran undang-undang yang
berkaitan dengan metodologi BIM, proses dan pelaksanaan teknologi untuk
membolehkan pelaksanaan BIM (Manderson, 2015).
2.4.1 Isu Undang-undang BIM
2.4.1.1 Hak Harta Intelek
Harta intelek adalah hasil ciptaan minda atau daya intelektual dalam reka
cipta, simbol, nama dan reka bentuk yang digunakan dalam perdagangan.
Komponennya membabitkan paten, cap dagangan, rekabentuk perindustrian,
42
petunjuk geografi, dan hak cipta (Azizi, 2011). Hak harta intelek membolehkan
pemilik untuk memilih pihak yang boleh mengakses dan menggunakan harta mereka
dan untuk melindunginya dari penggunaan yang tidak dibenarkan (Oelsner, 2003).
Dengan adanya BIM, perlindungan hakcipta dan hak harta intelek seharusnya
dipertimbangkan semula (Burges, 2014). Menurut Burges (2014) lagi, penggunaan
BIM yang melibatkan model bersepadu yang boleh diakses dan mungkin digunakan
oleh semua ahli pasukan projek berpotensi untuk menimbulkan kebimbangan seperti
pemilikan hakcipta mengenai model bersepadu secara keseluruhan dan bahagian-
bahagian komponennya. Dua elemen yang menjadi halangan terhadap isu hak harta
intelek apabila BIM diaplikasikan ialah pemilikan model BIM dan lapisan hak harta
intelek. Kedua, penggunaan model BIM untuk membaikpulih dan kerja-kerja
tambahan oleh perunding pihak ketiga. Sekiranya, pemilikan model BIM dikekalkan
kepada pengguna atau majikan, adakah pangkalan data model boleh digunakan untuk
kegunaan membaikpulih atau membuat kerja tambahan terhadap bangunan oleh
pihak ketiga yang berbeza tanpa kebenaran? Keduanya, mungkin mereka mempunyai
kebimbangan untuk menerima tanggungjawab model BIM dimana idea rekabentuk
yang disumbangkan oleh pelbagai pihak dan pengguna (Eugenie, 2011). Menurut
Rosenberg (2007), untuk mengelakkan percanggahan pendapat mengenai isu-isu hak
cipta, penyelesaian terbaik adalah untuk ditetapkan dalam dokumen kontrak hak dan
tanggungjawab pemilikan.
CIC BIM Protocol membuat beberapa perubahan terhadap bagaimana hak
harta intelek dicipta oleh syarikat yang bekerja dalam projek dan bagaimana harta
hak intelek dan apa-apa bahan pihak ketiga secara berlesen. Protocol ini menjadikan
ia lebih mudah bagi syarikat untuk mendapatkan hak untuk menggunakan bahan
dalam keadaan tertentu dan menjadikannya lebih sukar bagi mengekalkan kawalan
mutlak hak harta intelek mereka (Pinsent, 2013).
43
Borang Kontrak Setara JKR 203, klausa 64.0 menyatakan kontraktor
seharusnya bertanggungjawab menanggung rugi Kerajaan ke atas pelanggaran
terhadap apa-apa hak paten, rekabentuk atau hak cipta. Manakala, dalam PAM 2006,
klausa 7.0 meletakkan beban kepada kontraktor untuk memberikan pampasan kepada
majikan terhadap apa-apa tuntutan, atau gantirugi yang mungkin timbul daripada
salahguna apa-apa hak harta intelek. Kontraktor sebenarnya tidak terlibat dalam
pemilihan bahanbina, komponen atau kaedah kerja yang dipilih oleh majikan melalui
konsultan berdasarkan klausa 1, kontraktor hanya bertanggungjawab untuk
melaksanakan kerja sebagaimana dalam kontrak.
Sistem rekabentuk tradisional mendapati sebahagian daripada percanggahan
boleh dikenal pasti di antara pihak perekabentuk. Peraturan yang sedia ada terhadap
tanggungjawab akan membuat sokongan terhadap kegagalan dalam menyediakan
perkhidmatan professional mereka. Sebaliknya, dalam BIM, isunya ialah siapa yang
akan menjadi pemilik kepada model penyiapan projek. Biasanya, maklumat yang
disumbangkan olek pihak-pihak yang pelbagai pada peringkat reka bentuk untuk
konsep seni bina sebagai hasilnya penyumbang mahu memiliki model tersebut
(Arensman dan Ozbek, 2012: Larson dan Golden, 2007). Secara konvensional,
perekabentuk mempunyai hak terhadap memberi kebenaran pihak lain untuk
menggunakan model mereka. Prinsip undang-undang semasa adalah jelas
menyatakan bahawa sesiapa yang mencipta model yang memilikinya (Larson dan
Golden, 2007). Furneaux dan Kivvits (2008), dan Eadie et al. (2015), mencadangkan
bahawa pemilikan model dan harta intelek hendaklah dialamatkan dengan baik
dalam konteks undang-undang oleh kerajaan ekoran pemilikan hak harta intelek yang
dihasilkan dalam proses BIM tidak ditangani dengan betul.
44
2.4.1.2 Peruntukan Risiko
Tujuan perjanjian kontrak pembinaan ialah untuk membahagi hak, tugas,
tanggungjawab dan risiko antara pihak (Aurelija et al., 2013). Risiko tertentu wujud
dalam semua projek pembinaan. Pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan dan
keberjayaan penyiapan projek membawa risiko yang lebih besar serta memainkan
peranan yang lebih penting. Pemilik dan kontraktor ialah pihak yang menangani
kontrak untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan. Peralihan risiko kepada salah satu
pihak dalam perjanjian kontrak pembinaan adalah tidak saksama dan tidak
munasabah (Aurelija et al. 2013). Borang Kontrak Setara menyatakan kontraktor
adalah bertanggungjawab untuk semua keadaan yang wujud di tapak bina (Linda,
2015). Selalunya, majikan cenderung untuk memperuntukkan lebih banyak risiko
kepada kontraktor dan dia menerima risiko seminimum yang mungkin (Aurelija et
al., 2013). Penggunaan BIM telah merubah hubungan pihak-pihak dengan ketara dan
menyumbang campuran risiko dan tanggungjawab pihak yang terlibat. Manderson et
al. (2015), menentukan bahawa risiko semula jadi kepada perekabentuk ialah untuk
memperincikan projek BIM dan memindahkan model digital tertentu untuk kegunaan
kontraktor dalam fasa pembinaan. Sistem undang-undang semasa umum menentukan
tanggungjawab pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab, namun peranan,
risiko dan tanggungjawab mungkin tidak wujud dalam projek BIM (Arensman dan
Ozbek, 2012).
Menurut Patrick (2007), mendapati borang kontrak:-
Risiko tidak diperuntukkan sebaik mungkin ke atas pihak yang terlibat untuk
mengurusnya.
Klausa risiko dalam borang kontrak berbeza-beza yang dinyatakan.
Risiko dipindah kepada perunding dan kontraktor yang mustahil untuk
mereka mengurusnya.
Pertikaian dan tuntutan meningkat daripada perubahan peruntukan risiko.
45
2.4.1.3 Liabiliti Rekabentuk Profesional
Liabiliti rekabentuk professional juga dikenali sebagai pampasan insuran
profesional diatas kerugian yang disebabkan kecuaian dan sebagainya, adalah mejadi
satu kebimbangan utama untuk professional rekabentuk yang terlibat dengan BIM,
terutamanya persekitaran kerjasama. Secara tidak langsung, profesional ini menjadi
bertanggungan bagi sumbangan rekabentuk bukan profesional, termasuk perubahan
automatik oleh perisian. Juga, sesetengah bidang kuasa mandat yang dilesenkan
profesional itu adalah menjadi orang yang mengawal proses rekabentuk. Oleh itu,
delegasi rekabentuk kepada bukan profesional, subkontraktor dan kesan perisian
secara automatik mengemaskini keperluan rekabentuk perlu dipertimbangkan.
Kesesuaian insurans tanggung rugi profesional yang merangkumi risiko BIM amat
disyorkan (Rezgui, Beach dan Rana et al. 2013).
2.4.1.4 Kesalingfungsian (Interoperability)
Kesalingfungsian dapat dihuraikan di peringkat teknikal dan aliran kerja.
Disebabkan oleh kebimbangan sektor pembinaan berkenaan dengan keserasian
perisian yang terhad, kebolehfungsian dianggap sebagai isu undang-undang utama.
Penting untuk mencapai kesalingfungsian yang menerangkan proses untuk
pemindahan data antara pihak berkepentingan projek dan memberikan
tanggungjawab untuk mengurus, memantau dan mengaudit proses (Jensen dan
Johannesson et al., 2013). Kesimpulannya, semua pihak yang berkepentingan kepada
projek tersebut mestilah mempunyai platform atau perisian yang sama untuk
membolehkan pihaknya dapat mengakses maklumat model BIM tersebut. Sebagai
contoh, pihak kontraktor mempunyai perisian Microsoft Project, maka, pihak klien
46
juga mestilah mempunyai perisaan Microsoft Project juga supaya dapat membaca
atau melihat perancangan dan penjadualan projek yang telah dilakukan.
2.4.1.5 Pampasan BIM
Keupayaan pihak untuk menuntut semula kos yang berkaitan dengan
teknologi BIM seperti pembelian perisian, perkakasan dan latihan (Manderson et al.
2015) sepatutnya mendapat pampasan (Arensman dan Ozbek, 2012). Ia juga
mengenalpasti keperluan pelbagai pihak mendapat pampasan yang adil atas usaha
tambahan dan risiko yang telah diperkenalkan BIM ke dalam proses rekabentuk
(Manderson et al. 2015). Menurut Manderson (2015) lagi, contohnya, peningkatan
penelitian terhadap model meningkatkan pendedahan kepada liabiliti bagi kesilapan
rekabentuk. Model pembayaran semasa adalah berdasarkan kepada pengeluaran
lukisan dua dimensi yang menunjukkan niat berbanding kemudahan digital yang
realistic (Arensman dan Ozbek, 2012; Ashcraft, 2008; Wheatley dan Brown, 2007).
Kesimpulannya, klien memberi insentif kepada perundingnya yang menggunakan
aplikasi BIM kerana pembelian perisian yang mahal dan sebagainya. Akibatnya,
pembelian perisian, perkakasannya melibatkan jumlah yang besar yang
menyebabkan terdapat sesetengah pihak tidak mahu melabur.
47
2.4.1.6 Keselamatan Data
Peralihan kepada e-komunikasi telah mencetuskan kebimbangan mengenai
tahap perlindungan dan keselamatan data projek. Sebagai contoh, memastikan data
dilindungi daripada rasuah, kerugian dan manipulasi, memperincikan sekatan ke atas
perkongsian data dan akses memerlukan tahap insurans untuk melindungi kerugian
kewangan yang mungkin berkaitan dengan keselamatan data (Sweet dan Schneler et
al., 2013).
2.4.1.7 Protokol Proses ICT dan Tanggungjawab
Pelaksanaan BIM memerlukan dua tahap bahasa, satu untuk menerangkan
pelaksaan sebenar teknikal dan satu yang memperincikan proses kontrak seperti
aliran kerja peringkat tinggi. Sebagai contoh, menerangkan proses perubahan
pengurusan dan peristiwa penting dan menggariskan pelbagai tanggungjawab dan
protokol untuk memastikan proses integrasi BIM diurus dengan cekap. Ini termasuk
struktur komunikasi yang jelas untuk mengesahkan keperluan dan perubahan projek
(Beach dan Rana et al., 2013).
48
2.4.1.8 Perundangan dan Keutamaan Kehakiman
Sektor pembinaan Australia sangat dikawal selia melalui gabungan
Persekutuan dan Negeri Akta dan Peraturan-peraturan yang dikenakan terhadap
semua aspek proses pembinaan (Bailey dan Bell, 2011). Kontrak perlu membenarkan
e-kontrak dan e-komunikasi yang akan memastikan projek berlaku dalam
persekitaran yang digital. Isu-isu lain yang memerlukan pertimbangan termasuk
priviti, dimana kontrak tidak boleh mengenakan kewajipan atau hak kepada mana-
mana orang di luar pihak yang terlibat dalam kontrak. Di samping itu, tahap
pergantungan pihak ketiga atau keupayaan untuk orang lain bergantung pada
maklumat yang terkandung dalam model yang bukan pihak yang berkontrak perlu
ditangani dalam kontrak. Bagi projek sector awam pula, butiran maklumat projek
yang akan diarkibkan dalam format yang boleh diakses dengan mudah perlu
dipertimbangkan apabila meminta apa-apa dokumentasi „as-built‟ daripada
kontraktor (Sebastian et al., 2010).
2.4.1.9 Agensi Sektor Awam
Kawalan perundangan biasanya memerlukan penyerahan dokumen projek
untuk pelbagai Agensi Awam untuk diluluskan. Ramai daripada agensi-agensi ini
tidak bersedia untuk memproses model digital, oleh itu pelan hardcopy untuk
semakan dan kelulusan diperlukan. Agensi menggunakan dokumen yang dicop
sebagai rujukan untuk pemeriksaan pematuhan semasa pembinaan dan mungkin
terdapat percanggahan di antara model digital, pelan dan urutan sebenar kerja-kerja
(Allen dan Helms et al., 2006).
49
2.4.1.10 Syarat-syarat Kontrak
Untuk membolehkan pelaksanaan BIM dalam suasana yang kondusif,
beberapa perubahan yang perlu kepada syarat-syarat kontrak yang memberi tumpuan
kepada jenis hubungan kontrak, serahan pemodelan, kerjasama dalam e-alam sekitar
dan langkah-langkah punitif yang sesuai untuk ketaklaksanaan. Persekitaran
kerjasama dianggap hubungan kontrak yang paling berfaedah untuk melaksanakan
BIM di mana pihak yang berkepentingan boleh memasukkan maklumat dalam situasi
yang tidak bertentangan. Kontrak itu perlu jelas menyuarakan serahan pemodelan.
Status e-kontrak perlu menyediakan butiran siapa yang boleh membuat perubahan
dan meluluskan maklumat digital. Akhirnya, pelbagai langkah punitif boleh
dimasukkan ke dalam syarat sebagai akibat pihak yang berkepentingan tidak
mematuhi obligasi kontrak (Hurtado dan O‟Connor et al., 2008).
2.5 Kontrak BIM/Protokol
BIM Protokol telah dihasilkan oleh Construction Industry Council (CIC),
mula diterbitkan pada Februari 2013 sebagai sebahagian Strategi Kerajaan UK.
Protokol ini biasa digunakan sebagai kontrak pembinaan yang mengaplikasikan BIM
untuk projek pembinaan. Protokol ini bertujuan sebagai kontrak antara majikan dan
ahli projek. Objektif utama protokol ini untuk membolehkan penghasilan BIM
dengan kaedah yang biasa untuk setiap peringkat projek. Selain itu, objektif protokol
ini juga menyokong keberkesanan kolaborasi kerja antara pihak. Semua pihak yang
terlibat harus terlibat dengan penggunaan, penghasilan dan penyerahan model dalam
50
projek. Protokol ini mengenalpasti BIM yang perlu dihasilkan oleh ahli projek dan
meletakkan spesifik obligasi, liabiliti dan keterbatasan terhadap penggunaan model.
BIM telah meraih persoalan kontrak dan undang-undang termasuklah
tanggungjawab dan liabiliti iaitu, risiko daripada berkongsi model digital dan
bagaimana hak harta intelek di pelihara (Lowe dan Muncey, 2009). Lowe dan
Muncey (2009), juga menyatakan perbandingan BIM dengan kaedah tradisional
iaitu menggunakan lukisan dua dimensi dan spesifikasi. Manakala, BIM mempunyai
limpahan maklumat elektronik yang membolehkan maklumat tersebut disalurkan
atau dipindah dengan cepat dan efisien.
Maka, ConsensusDOCS kontrak dihasilkan dengan campur tangan kerajaan
dan 24 badan terkemuka yang mewakili majikan, kontraktor, subkontraktor, dan
perekabentuk. Pada 30 Jun 2008, ConsensusDOCS membuat persetujuan dokumen
baru dengan BIM, iaitu ConsensusDOCS 301 BIM addendum (BIM addendum).
Pada masa yang sama, American Institute of Architects (AIA) juga membuat
persetujuan dokumen baru dengan BIM iaitu AIA E202 (2008). BIM addendum
menjelaskan mengenai dokumen, konsep, proses seperti model, rekabentuk model,
model siap, model pembinaan, pengurusan maklumat, dan plan perlaksanaan BIM
(BEP). BIM addendum juga melalui perbincangan yang melibatkan risiko dengan
BIM. Risiko yang terlibat ini ialah addendum menyatakan setiap pihak mesti
bertanggungjawab terhadap sebarang penghasilan model melalui penyediaan idea
atau input terhadap model itu sendiri atau pihak yang mengakses model tersebut
(Lowe dan Muncey, 2009). BIM addendum menyentuh mengenai isu lisen dan
hakcipta berkaitan dengan sumbangan kontraktor dan subkontraktor serta
perlanggaran hakcipta antara pihak dan pihak ketiga (Su-Ling, 2013).
51
2.6 Kesimpulan
Natijahnya, pengaplikasian BIM terhadap projek pembinaan sangat perlu dan
harus ditingkatkan demi untuk kemaslahatan industri pembinaan khususnya di
Malaysia. Namun demikian, terdapat perubahan kontrak dalam pelaksanaan yang
menggunakan teknologi digital untuk mneghasilkan model yang boleh diakses oleh
semua pihak yang terlibat untuk sesuatu projek. Hubungan kontraktual antara ahli
projek itulah yang berbeza dengan kontrak tardisional yang selalu digunakan dalam
projek pembinaan. Cumanya, dengan wujudnya teknologi baru iaitu BIM, kontrak
yang digunakan berbeza kerana cara kerjanya juga berbeza.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Penyelidikan atau kajian adalah sebagai satu kegiatan pengumpulan,
pengolahan dan analisis data yang dilakukan secara sistematik dan cekap untuk
memecahkan sesuatu persoalan. Dengan itu, tujuan menjalankan kajian ialah untuk
memperoleh jawapan melalui penggunaan suatu langkah ilmiah yang sistematik dan
saintifik (J. Supranto, 1986). Justeru, untuk sebarang kajian memerlukan kepada
metodologi sebagai cara mendapatkan dapatan.
Bab ini mewakili kaedah kajian yang digunakan untuk topik kajian ini.
Tujuannya ialah untuk mengenalpasti kefahaman pihak kontraktor terhadap
kepentingan kontrak yang mengaplikasikan BIM.
53
3.2 Proses Kajian
Untuk mencapai objektif kajian, ia dikukuhkan dengan kaedah yang
sistematik. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif.. Rajah 3.1 menunjukkan
enam langkah kaedah untuk menjawab objektif kajian:-
Rajah 3.1Proses kajian
(Sumber : Creswell, 2008)
Mengenalpasti masalah kajian awal
Meneliti kajian literatur
Menentukan tujuan kajian
Analisis dan mentafsir data
Mengumpul dapatan kajian
Penilaian dan laporan kajian
54
3.3 Kajian Data
Kajian ini fokus untuk mengenalpasti:-
i.Kefahaman kontraktor terhadap perubahan Borang Kontrak Setara apabila BIM
dilaksanakan.
Kajian data diperolehi melalui kontraktor Gred 7 di negeri Johor.
Kategori
Jumlah
Kejuruteraan Awam & Bangunan
446
Rajah 3.2 : Senarai Populasi Kontraktor Gred 7 di Negeri Johor
(Sumber: CIDB, 2016)
Populasi Sampel
500 217
550 226
Rajah 3.3 Saiz Sampel daripada Bilangan Populasi
(Sumber: Krejcie dan Morgan, 1970)
55
3.4 Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian yang dijalankan perlulah dikenalpasti dengan teliti supaya
dapat menjawab objektif kajian dengan tepat dan mencapai objektif kajian dijalankan
untuk mencari jawapan kepada suatu persoalan. Menurut Sabitha (2005), rekabentuk
kajian merupakan satu pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci
bagaimana sesuatu proses penyelidikan itu akan dilakukan serta panduan dalam
membantu pengkaji mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan
persampelan, pengukuran dan analisis data.
Dalam melaksanakan kajian ini, kaedah yang dilaksanakan ialah kaedah
kuantitatif. Menurut Cresswell (2008), kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan
yang memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus,
mengecilkan skop soalan, dan mengumpul data.
3.5 Kaedah Pengumpulan Data
Pemilihan kaedah dalam pengumpulan data sangat penting dan ia
menentukan kejayaan dalam sesuatu kajian yang dilakukan. Dalam kajian ini
terdapat dua data yang menjadi sumber kepada maklumat kepada kajian.
56
3.5.1 Data Primer
Data primer ialah data yang diperolehi daripada penelitian secara langsung,
asli atau pertama. Data primer ialah melalui soalan soal selidik.
3.5.1.1 Borang Soal Selidik
Soalan diedarkan untuk sebilangan sampel daripada jumlah populasi
sebanyak 446 bilangan kontraktor di Negeri Johor yang terdiri daripada kategori
kejuruteraan awam dan bangunan. Edaran borang soal selidik kepada responden
menggunakan tiga (3) cara iaitu melalui email, pos dan serahan tangan. Skop kajian
ini untuk diedarkan borang soal selidik diberikan kepada kontraktor Gred 7 di
kawasan Johor sahaja.
3.5.1.1.1 Pecahan Pembahagian Borang Soal Selidik Mengikut Kaedah
i) Email
ii) Pos
iii) Serahan tangan
Soalan soal selidik mengandungi tiga (3) bahagian iaitu:-
Bahagian A : Latarbelakang Responden
Bahagian ini bertanyakan soalan umum berkaitan latar belakang responden
seperti nama syarikat, jawatan responden, pengalaman kerja dan lain-lain.
Bahagian B: Pengetahuan Responden Berkenaan BIM
57
Bahagian ini memfokuskan kepada mengkaji pengetahuan responden iaitu
kontraktor terhadap BIM itu sendiri dan tahap pengetahuan mereka mengenai BIM
serta lain-lain sebelum diteruskan dengan soalan Bahagian seterusnya.
Bahagian C: Tahap Kesedaran Kontraktor Terhadap Perubahan Borang Kontrak
Setara (PAM 2006, JKR 203A & CIDB) Bagi Projek yang Mengaplikasikan BIM
Bahagian ini mempunyai dua (2) bentuk soalan. Pertama, soalan berbentuk
tahap pengetahuan responden iaitu samada rendah, sederhana dan tinggi terhadap
isu-isu BIM yang mengandungi 10 soalan kesemuanya. Manakala, bentuk soalan
kedua ialah berbentuk skala likert yang juga mempunyai hubungan dengan soalan
yang berbentuk pertama iaitu mengkaji tahap kepentingan isu-isu tersebut mengikut
pengetahuan responden.
Bahagian D: Cadangan & Komen Mengenai Perubahan Terhadap Borang Kontrak
Setara Bagi Projek yang Mengaplikasikan BIM
Bahagian ini hanya mempunyai empat (4) soalan dan soalan ini akan jelas
menunjukkan dan memberi jawapan kepada objektif kajian.
3.5.2 Data Skunder
Data skunder ialah data yang diperolehi daripada penelitian secara tidak
langsung dan sumber yang sedia ada. Contoh data skunder ialah bahan-bahan
bercetak dan dokumentasi seperti artikel, jurnal, dan buku, statistik kerajaan dan
sebagainya.
58
3.5.2.1 Kajian Literatur
Menurut Amani Dahaman (2011), kajian literatur merupakan ulasan
maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku, prosedur dan penyelidikan-
penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan terbaru. Kajian literature ialah
pengumpulan maklumat tentang permasalahan yang sedang dikaji.
Kajian literatur dilakukan untuk memberi pemahaman dan gambaran kepada
kajian sebelum melangkah lebih jauh. Kajian literature menjadi rujukan dan panduan
dalam melakukan kajian ini.
Menurut D.N. & Beile, P. (2005), objektif kajian literatur adalah
membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji, menemui
pembolehubah yang relevan dengan tajuk penyelidikan yang baru dan
menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang
berasingan dan mendapat perspektif baru dalam topik yang sama.
3.6 Kaedah Menganalisis Data
Keadah menganalisis data dijalankan setelah pengumpulan data selesai
dilakukan. Analisis ialah proses penyusunan data agar dapat ditafsirkan. Statistik
deskriptif merupakan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data kuantitatif
59
yang diperoleh daripada borang soal selidik yang kemudian menggunakan perisian
SPSS 23.0. Menurut Syed (1992), analisis data merupakan satu teknik yang dibuat
secara objektif, sistematik dan kuantitatif.
Dalam kajian ini, analisis menggunakan statistik deskriptif bagi menjelaskan
taburan kekerapan, peratusan dan nilai min untuk menganalisis data berdasarkan
kepada objektif kajian.
3.6.1 Statistik Deskriptif
Menurut Naouman (2011), statistik deskriptif adalah kaedah penerangan data
kuantitatif dalam bentuk angka. Kaedah analisis kekerapan akan digunakan untuk
menganalisis data yang diperolehi daripada borang soal selidik.
i. Kaedah Analisis Kekerapan
Menurut Salkind (2003), analisis kekerapan yang dipilih responden
menggunakan formula seperti di bawah.
60
Contoh analisis kekerapan adalah seperti yang ditunjukkan jadual berikut:-
Jadual 3.1: Pengukuran analisis kekerapan
No. Pengalaman
Bekerja
Bilangan Peratusan (%)
1. 1 - 3 Tahun 12 40
2. 3 - 6 Tahun 7 23
3. 6 – 10 Tahun 6 20
4. 10 – 15 Tahun 3 10
5. 15 Tahun ke atas 2 7
Jumlah 30 100
Contoh pengiraan peratusan kekerapan bagi 1-3 tahun pengalaman bekerja
adalah seperti berikut:-
Jumlah Jawapan Responden X 100%
Jumlah Keseluruhan Responden
61
Berdasarkan nilai peratusan yang diperolehi, data akan dianalisis dalam
bentuk graf bar atau carta untuk memudahkan data lebih difahami dan dibaca untuk
menunjukkan terdapat perbezaan yang berlaku antara satu sama lain.
ii. Kaedah Analisis Min Skor
Kaedah Analisis Min Skor dipilih untuk menganalisis soalan berbentuk skala
Likert yang berskala 1 hingga 5. Min bagi satu set skor dihitung dengan menambah
semua skor dan dibahagikan hasilnya dengan bilangan skor tersebut (Ahmad, 2004).
Nilai Skala Penerangan
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Tak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju
∑
Dimana,
= Min Sampel
∑ = Jumlah skor-skor X
= Jumlah bilangan skor-skor
62
Jadual 3.2: Peringkat skala likert bagi kefahaman kontraktor
Tahap Kefahaman Frekuensi skala likert Min
1 2 3 4 5 Total
Kefahaman
kontraktor terhadap
borang kontrak dari
segi hubungan pihak
yang terlibat
1 3 11 9 6 30 3.53
Nilai Min =
( ) ( ) ( ) ( ) ( )
Nilai min = 3.53
Data akan dianalisis dan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap
tinggi, sederhana dan rendah (Cohen et al, 2007). Pengiraan seperti berikut:
Sela kelas = Skor Maksimum-Skor minimum
Bilangan Selang
= 5-1/3
= 1.33
63
Tahap Kefahaman Nilai Min Skor
Rendah 1.00 - 2.33
Sederhana 2.34 - 3.66
Tinggi 3.67 - 5.00
(Sumber : Cohen et al, 2007)
3.7 Rumusan
Metodologi kajian sangat penting dalam perjalanan proses kajian. Ia
menentukan cara dapatan sesuatu kajian diperolehi. Kaedah kajian ditentukan
berdasarkan objektif kajian yang dijalankan. Kajian ini dilakukan menggunakan
kaedah kuantitatif dan instrumen yang digunakan ialah melalui soalan soal selidik.
Rekabentuk kajian pula ialah bagaimana dapatan kajian itu diperolehi dan
diterjemahkan serta membuat kesimpulan kepada dapatan yang diperolehi.
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab 4 merupakan analisis penyelidikan daripada data yang telah dikumpul.
Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan hasil dapatan data yang diperolehi
berdasarkan respon yang diterima daripada responden yang dipilih. Responden yang
terlibat dalam penyelidikan ini merupakan kontraktor Gred 7 yang berdaftar dengan
Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB). Analisis yang dilakukan
berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu mengenalpasti tahap
kesedaran pihak kontraktor terhadap perubahan Borang Kontrak Setara di dalam
projek yang mengaplikasikan BIM.
65
4.2 Maklumbalas yang Diterima
Sebanyak 217 set borang soal selidik telah diedarkan secara pos, kiriman e-
mel dan serahan tangan kepada responden bagi mencapai objektif kajian. Bilangan
yang respon terhadap soalan soal selidik yang diedarkan hanyalah 30 set soalan
daripada responden kontraktor gred 7 di negeri Johor.
Jadual 4.1Maklumbalas Responden
Kaedah
Penghantaran
Borang yang
Telah Dihantar
Borang yang Telah
Dikembalikan
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Pos 50 100 1 2
Kiriman E-Mel 117 100 5 4
Serahan Tangan 50 100 24 48
Jumlah 217 100 30 14
4.3 Latar Belakang Responden
Soalan bahagian A ini merupakan soalan umum untuk mengetahui
latarbelakang responden seperti nama & alamat syarikat, no telefon, jawatan dan
pengalaman kerja. Responden yang terlibat bagi mencapai objektif kajian adalah
kontraktor gred tujuh (G7) yang beroperasi dinegeri Johor.
66
Jadual 4.2 :Pengalaman Kerja
Rajah 4.1Pengalaman Kerja Responden
Berdasarkan Rajah 4.1 diatas menunjukkan responden yang mempunyai
pengalaman kerja di antara1-3 tahun paling tinggi iaitu dengan kekerapan 10 orang
bersamaan 33.3 peratus. Manakala, pengalaman kerja bagi responden yang berkerja
10 tahun ke atas adalah paling rendah iaitu 5 orang bersamaan 16.7 peratus.
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
1-3 Tahun 10 33.3 33.3
4-6 Tahun 7 23.3 56.7
7-9 Tahun 8 26.7 83.3
10 Tahun ke atas 5 16.7 100.0
Jumlah 30 100.0
67
Kesimpulannya, menunjukkan sebahagian besar responden mempunyai
pengalaman kurang daripada 4 tahun. Ini menunjukkan bahawa responden yang
mempunyai pengalaman kerja kurang dari 4 tahun ialah generasi muda. Oleh itu,
kemungkinan responden mempunyai pengetahuan mengenai teknologi baru dalam
industri pembinaan iaitu BIM.
4.4 Mengenalpasti Tahap Kesedaran Pihak Kontraktor Terhadap
Perubahan Borang Kontrak Setara Bagi Projek Yang Mengaplikasikan
BIM
Analisis dibawah menjawab objektif kajian samada responden mempunyai
kesedaran terhadap BIM atau sebaliknya.
4.4.1 Pindaan Terhadap Peruntukan Sedia Ada Borang Kontrak Setara
Berdasarkan pendapat responden mengenai keperluan pindaan terhadap
peruntukan Borang Kontrak sedia ada menunjukkan 80 peratus bersamaan 24 orang
setuju, manakala hanya 20 peratus bersamaan 6 orang yang tidak setuju. Ini
menunjukkan responden mempunyai kesedaran berlakunya perubahan terhadap
Borang Kontrak sedia ada berdasarkan analisis soalan sebelumnya iaitu perlu
ditambah dokumen sokongan terhadap Borang Kontrak sedia ada apabila BIM
dilaksanakan.
68
Jadual 4.3 :Adakah perlunya pindaan terhadap peruntukan Borang Kontrak Setara
sedia ada
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Ya 24 80.0 80.0
Tidak 6 20.0 100.0
Jumlah 30 100.0
Rajah 4.2 Pendapat Responden Mengenai Pindaan Terhadap Peruntukan Sedia Ada
Borang Kontrak Setara
Berdasarkan analisis kepada soalan diatas, menunjukkan kontraktor
mempunyai kesedaran terhadap perubahan borang kontrak apabila BIM
dilaksanakan. Ini dapat dikuatkan lagi dengan analisis soalan-soalan seterusnya
sebagai sokongan untuk menjawab objektif kajian.
69
4.5 Bahagian Soalan Sokongan Kepada Objektif Kajian
Soalan bahagian ini ialah untuk mengenalpasti pengetahuan responden secara
umum terlebih dahulu mengenai BIM. Sekiranya responden mempunyai pengetahuan
terhadap BIM secara amnya, maka, ia mempunyai potensi responden mempunyai
kesedaran terhadap objektif kajian iaitu perubahan borang kontrak setara apabila
BIM dilaksanakan. Oleh itu, soalan-soalan berikut diwujudkan sebagai sokongan
terhadap objektif kajian.
4.5.1 Pengetahuan Responden Mengenai BIM
Berdasarkan Rajah 4.3 dibawah menunjukkan majoriti 83.3 peratus
bersamaan 25 orang kontraktor mengetahui apakah itu Building Information
Modelling (BIM) dan hanya 16.7 peratus bersamaan 5 orang kontraktor yang tidak
mengetahuinya. Ini menunjukkan kaitan antara pengalaman kerja dan tahap
pengetahuan am mengenai BIM. Majoriti responden yang mempunyai pengalaman
kerja kurang dari 4 tahun ialah terdiri daripada generasi muda yang mempunyai
pengetahuan terhadap BIM.
70
Jadual 4.4: Building Information Modelling
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Ya
Tidak
Jumlah
25 83.3 83.3
5 16.7 100.0
30 100.0
Rajah 4.3Pengetahuan Mengenai BIM
71
4.5.2 Tahap Pengetahuan Terhadap BIM
Analisis Rajah 4.4 dibawah mempunyai kaitan dengan soalan sebelumnya
iaitu majoriti responden mempunyai pengetahuan mengenai BIM, namun apakah
tahap pengetahuan tersebut samada rendah, sederhana, tinggi atau langsung tiada
mempunyai pengetahuan terhadap BIM itu sendiri.
Berdasakan Rajah 4.4 dibawah menunjukkan peratusan tertinggi responden
mempunyai tahap pengetahuan iaitu yang sederhana mengenai BIM ialah 56.7
peratus bersamaan 17 orang. Manakala, tahap pengetahuan yang tinggi ialah
peratusan terendah iaitu 3.3 bersamaan 1 orang. Responden yang tidak mempunyai
pengetahuan langsung mengenai BIM ialah 16.7 peratus bersamaan 5 orang. Ini
menunjukkan kontraktor mempunyai tahap pengetahuan terhadap BIM secara
umumnya walaupun hanya minoriti sahaja yang tidak mempunyai pengetahuan
langsung mengenai BIM.
Jadual 4.5Tahap Pengetahuan BIM
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Tinggi 1 3.3 3.3
Sederhana 17 56.7 60.0
Rendah 7 23.3 83.3
Tidak 5 16.7 100.0
Jumlah 30 100.0
72
Rajah 4.4Tahap Pengetahuan Responden Terhadap BIM
4.5.3 Kehadiran ke Seminar atau Bengkel Berkenaan BIM
Berdasarkan analisis kehadiran seminar atau bengkel BIM, menunjukkan
kehadiran responden ke seminar atau bengkel berkenaan BIM hanyalah 16.7 peratus
bersamaan 5 orang, manakala 83.3 peratus bersamaan 25 orang tidak pernah
menghadirinya. Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan
terhadap BIM tetapi pengetahuan mengenai BIM diperolehi melalui saluran lain iaitu
pembacaan, kajian atau sebagainya kerana Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) sepanjang tahun 2016 telah melancarkan seminar untuk
meningkatkan lagi kefahaman dan minat penggiat industri pembinaan Malaysia
terhadap BIM demi memacu teknologi kearah pembinaan mampan. Malah, sejak
2013 kerajaan sudah mula mempromosikan penggunaan BIM dalam industri
73
pembinaan seperti kerajaan mengadakan seminar, konferen dan sebagainya untuk
meningkatkan minat penggiat industri terhadap pengaplikasiannya (CREAM, 2014).
Jadual 4.6: Kehadiran Seminar atau Bengkel BIM
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Ya 5 16.7 16.7
Tidak 25 83.3 100.0
Jumlah 30 100.0
Rajah 4.5Kehadiran Responden ke Seminar atau Bengkel berkenaan BIM
74
4.5.4 Pengaplikasian BIM untuk Projek Responden
Analisis soalan yang berkaitan penggunaan BIM bagi projek responden
menunjukkan dapatan yang positif dimana 30 peratus responden mengaplikasikan
BIM untuk projek mereka, walaupun peratusan yang besar iaitu 70 peratus
menunjukkan responden tidak mengaplikasikannya.
Jadual 4.7Pengaplikasian BIM untuk Projek
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Ya 9 30.0 30.0
Tidak 21 70.0 100.0
Jumlah 30 100.0
Rajah 4.6Pengaplikasian BIM
75
4.5.5 Jenis Kategori Projek yang Mengaplikasikan BIM
Berdasarkan Rajah 4.7, menunjukkan jenis projek yang mengaplikasikan
BIM ialah untuk projek kerja-kerja bangunan sebanyak 30 peratus dan selebihnya
tidak mengaplikasikannya.
Jadual 4.8 : Jenis Projek yang Mengaplikasikan BIM
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Kerja-kerja Bangunan 9 30.0 30.0
Tiada 21 70.0 100.0
Jumlah 30 100.0
Rajah 4.7Jenis Projek yang Mengaplikasikan BIM
76
4.5.6 Perolehan untuk Projek yang Mengaplikasikan BIM
Berdasarkan Rajah 4.8, menunjukkan kaedah perolehan tertinggi ialah reka &
bina sebanyak 16.7 peratus, manakala kaedah prolehan terendah ialah kaedah
tradisional iaitu 3.3 peratus. Ini menunjukkan bahawa kaedah perolehan reka & bina
mendapat perhatian dalam kalangan kontraktor kerana faktor integrasi yang lebih
mudah dan cepat serta menghasilkan penyelarasan dan komunikasi yang lebih
berkesan (JKR, 2007). Ini dapat dikaitkan dengan pengaplikasian BIM untuk projek
pembinaan kerana faktor yang sama iaitu meningkatkan keberkesanan komunikasi
antara ahli yang terlibat dalam industri dan mempercepatkan keputusan rekabentuk
(Cho et al.,2011).
Jadual 4.9 Kaedah Perolehan yang Digunakan yang Menggunakan BIM
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Tradisional 1 3.3 3.3
Reka&Bina 5 16.7 20.0
Kontrak Pengurusan 3 10.0 30.0
Tiada 21 70.0 100.0
Jumlah 30 100.0
77
Rajah 4.8 Kaedah Perolehan yang Digunakan untuk Projek yang Menggunakan
BIM
4.5.7 Jenis Borang Kontrak Setara yang Menggunakan BIM
Berdasarkan Rajah 4.9 dibawah menunjukkan Borang Kontrak Setara PAM
yang digunakan bagi projek yang mengaplikasikan BIM menggunakan kaedah Reka
& Bina ialah sebanyak 10 peratus, manakala kaedah Tradisional sebanyak 3.3
peratus. Sebanyak 86.7 peratus responden yang tidak mengaplikasikan BIM dan
menggunakan selain Borang Kontrak Setara sedia ada.
78
Jadual 4.10 :Jenis Borang Kontrak Setara yang Mengaplikasikan BIM
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Tradisional- PAM 1 3.3 3.3
Reka&Bina-
PAM 3 10.0 13.3
Tiada 26 86.7 100.0
Jumlah 30 100.0
Rajah 4.9Jenis Borang Kontrak Setara bagi Projek yang Mengaplikasikan BIM
79
4.5.8 Format Borang Kontrak Setara yang Digunakan
Format Borang Kontrak Setara yang digunakan untuk projek yang
mengaplikasikan BIM ialah ditunjukkan pada Rajah 4.9 dibawah iaitu sebanyak 13.3
peratus responden yang menggunakan Borang Kontrak sedia ada ditambah dengan
dokumen sokongan. Manakala, 3.3 peratus menunjukkan responden menggunakan
borang kontrak khusus BIM dan Borang Kontrak yang didraf sendiri. 80 peratus lagi
ialah responden yang tidak melaksanakan BIM untuk projek mereka. Ini
menunjukkan Borang Kontrak sedia ada memadai untuk projek yang
mengaplikasikan BIM tetapi untuk elemen yang tidak terdapat dalam Borang
Kontrak perlu ditambah sebagai dokumen tambahan. Menurut Koko (2012), kontrak
yang ada sekarang perlu dibuat penambahan ke atasnya atau mewujudkan satu
kontrak yang khusus untuk BIM.
Jadual 4.11 :Format Borang Kontrak Setara
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Borang Kontrak Khusus
BIM 1 3.3 3.3
Borang Kontrak sedia ada
(PAM, JKR & CIDB)
ditambah dokumen
sokongan
4 13.3 16.7
Borang Kontrak yang
Didraf Sendiri (Bespoke) 1 3.3 20.0
Tiada 24 80.0 100.0
Jumlah 30 100.0
80
Rajah 4.10Format Borang Kontrak Setara yang Digunakan untuk Projek yang
Mengaplikasikan BIM
4.6 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Undang-undang yang
Timbul Apabila BIM Dilaksanakan
4.6.1 Hak Harta Intelek
Rajah 4.11 dibawah menunjukkan responden mempunyai tahap pengetahuan
yang tinggi mengenai isu ini iaitu 53.3 peratus, dan 20 peratus mewakili tahap
pengetahuan yang rendah. Ini menunjukkan, responden mempunyai pengetahuan
yang baik terhadap isu hak harta intelek apabila BIM dilaksanakan.
81
Jadual 4.12 :Hak Harta Intelek
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Rendah 6 20.0 20.0
Sederhana 8 26.7 46.7
Tinggi 16 53.3 100.0
Jumlah 30 100.0
Rajah 4.11Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Hak Harta Intelek
82
4.6.2 Peruntukan Risiko
Berdasarkan Rajah 4.12 dibawah, menunjukkan peratusan tertinggi ialah 50
peratus iaitu responden mempunyai pengetahuan yang sederhana mengenai isu ini.
Manakala, 16.7 peratus merupakan peratusan terendah responden terhadap isu ini. Ini
menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang sederhana terhadap isu ini
apabila BIM dilaksanakan.
Jadual 4.13: Peruntukan Risiko
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Rendah 5 16.7 16.7
Sederhana 15 50.0 66.7
Tinggi 10 33.3 100.0
Jumlah 30 100.0
Rajah 4.12Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Peruntukan Risiko
83
4.6.3 Liabiliti Rekabentuk Profesional
Mengenai isu ini, Rajah 4.13 menunjukkan responden mempunyai
pengetahuan yang tinggi dengan peratusan yang tertinggi iaitu 50 peratus, manakala
6.7 peratus responden mempunyai tahap pengetahuan yang rendah terhadap isu
liabiliti rekabentuk professional.
Jadual 4.14Liabiliti Rekabentuk Profesional
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Rendah 2 6.7 6.7
Sederhana 13 43.3 50.0
Tinggi 15 50.0 100.0
Jumlah 30 100.0
Rajah 4.13Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Liabiliti Rekabentuk
Profesional
84
4.6.4 Kesalingfungsian (Interoperability)
Berdasarkan Rajah 4.14 dibawah, menunjukkan responden mempunyai tahap
pengetahuan yang sederhana mewakili 53.3 peratus, manakala, 20 peratus diwakili
oleh tahap pengetahuan yang tinggi sebagai peratusan yang terendah. Ini
menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang sederhana terhadap
keserasian perisian BIM yang terhad untuk menerangkan proses pemindahan data
antara pihak.
Jadual 4.15: Kesalingfungsian
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Rendah 8 26.7 26.7
Sederhana 16 53.3 80.0
Tinggi 6 20.0 100.0
Jumlah 30 100.0
85
Rajah 4.14: Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Kesalingfungsian
4.6.5 Pampasan BIM
Berdasarkan Rajah 4.15 dibawah, menunjukkan responden mempunyai tahap
pengetahuan yang sederhana iaitu sebanyak 60 peratus, manakala, 13.3 peratus
responden yang mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Ini menunjukkan
responden mempunyai pengetahuan yang sederhana terhadap isu pelbagai pihak
mendapat pampasan yang adil atas risiko kesilapan rekabentuk BIM.
86
Jadual 4.16: Pampasan BIM
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Rendah 4 13.3 13.3
Sederhana 18 60.0 73.3
Tinggi 8 26.7 100.0
Total 30 100.0
Rajah 4.15Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Pampasan BIM
87
4.6.6 Keselamatan Data
Berdasarkan Rajah 4.16 dibawah, analisis menunjukkan 43.3 peratus
responden mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana dan tinggi. Manakala,
selebihnya responden mempunyai tahap pengetahuan yang rendah iaitu 13.3 peratus.
Ini meunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang baik mengenai
penggunaan BIM telah berlaku paralihan kepada e-komunikasi dan mencetus
kebimbangan mengenai tahap perlindungan dan keselamatan data projek.
Jadual 4.17: Keselamatan Data
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Rendah 4 13.3 13.3
Sederhana 13 43.3 56.7
Tinggi 13 43.3 100.0
Jumlah 30 100.0
Rajah 4.16Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Keselamatan Data
88
4.6.7 Protokol Proses ICT
Rajah 4.17 dibawah menunjukkan, 70 peratus responden mempunyai tahap
pengetahuan yang sederhana dan 10 peratus responden mempunyai tahap
pengetahuan yang tinggi mengenai isu ini. Ini menunjukkan responden mempunyai
pengetahuan yang sederhana terhadap penggunaan BIM telah merubah proses
pengurusan dan struktur komuniksi yang jelas untuk mengesahkan perubahan projek.
Jadual 4.18Protokol Proses ICT
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Rendah 6 20.0 20.0
Sederhana 21 70.0 90.0
Tinggi 3 10.0 100.0
Jumlah 30 100.0
Rajah 4.17Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Protokol Proses ICT
89
4.6.8 Perundangan dan Kehakiman
Berdasarkan Rajah 4.18 dibawah, menunjukkan responden mempunyai 60
peratus tahap pengetahuan yang sederhana. Manakala, 20 peratus mempunyai tahap
pengetahuan yang rendah dan tinggi. Ini menunjukkan responden mempunyai tahap
pengetahuan yang sederhana terhadap isu perundangan mengenai penubuhan satu
Akta khusus untuk BIM dimana kontrak perlu membenarkan e-kontrak dan e-
komunikasi yang akan memastikan projek berlaku dalam persekitaran yang digital.
Jadual 4.19: Perundangan & Kehakiman
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Rendah 6 20.0 20.0
Sederhana 18 60.0 80.0
Tinggi 6 20.0 100.0
Jumlah 30 100.0
90
4.6.9 Agensi Sektor Awam
Berdasarkan Rajah 4.19 dibawah, menunjukkan responden mempunyai tahap
pengetahuan yang sederhana sebanyak 60 peratus dan 16.7 peratus responden
mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Agensi-agensi awam tidak bersedia
untuk memproses model digital dan memerlukan pelan hardcopy untuk kelulusan
yang mungkin terdapat percanggahan di antara model digital, pelan dan urutan
sebenar kerja-kerja. Ini menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang
sederhana mengenai isu ini.
Jadual 4.20: Agensi Sektor Awam
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Rendah 5 16.7 16.7
Sederhana 18 60.0 76.7
Tinggi 7 23.3 100.0
Jumlah 30 100.0
91
4.6.10 Syarat-syarat Kontrak
Berdasarkan Rajah 4.20 dibawah, menunjukkan responden mempunyai tahap
pengetahuan yang sederhana sebanyak 63.3 peratus, manakala peratusan terendah
ialah responden yang mempunyai tahap pengetahuan rendah iaitu 13.3 peratus.
Responden mempunyai pengetahuan yang sederhana terhadap perubahan kepada
syarat-syarat kontrak supaya jelas siapa yang boleh membuat perubahan dan
meluluskan maklumat digital serta pelbagai langkah punitif dimasukkan sebagai
akibat pihak yang berkepentingan tidak mematuhi obligasi kontrak.
Jadual 4.21: Syarat-syarat Kontrak
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Rendah 4 13.3 13.3
Sederhana 19 63.3 76.7
Tinggi 7 23.3 100.0
Jumlah 30 100.0
92
4.7 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Kepentingan Peruntukan-
peruntukan Apabila BIM Dilaksanakan
Bahagian soalan ini menunjukkan tahap kepentingan peruntukan-
peruntukanBIM berdasarkan pengetahuan responden. Analisis dibawah menunjukkan
nilai min skor bagi setiap peruntukan BIM.
Jadual 4.22: Pengetahuan Responden Mengenai Peruntukan-peruntukan yang
Dipinda Apabila BIM Dilaksanakan
Kedudukan
Sejauh Manakah Pengetahuan
Responden Mengenai
Kepentingan Peruntukan-
peruntukan BIM
Min
Skor
Tahap Kesedaran
Responden
Mengenai
Kepentingan
Peruntukan BIM
1 Keselamatan Data 4.10 Tinggi
2 Peruntukan Risiko 4.03 Tinggi
2 Liabiliti Rekabentuk Profesional 4.03 Tinggi
3 Hak Harta Intelek 4.00 Tinggi
4 Syarat-syarat Kontrak 3.97 Tinggi
5 Pampasan BIM 3.90 Tinggi
6 Agensi Sektor Awam 3.87 Tinggi
7 Kesalingfungsian 3.80 Tinggi
8 Perundangan & Kehakiman 3.73 Tinggi
9 Protokol Proses ICT 3.70 Tinggi
Jadual 4.22 di atas menunjukkan pengetahuan responden mengenai tahap
kepentingan peruntukan-peruntukan tersebut yang akan dipinda apabila BIM
dilaksanakan. Jadual di atas memperlihatkan, secara keseluruhannya kontraktor
93
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap peruntukan yang akan berubah
apabila BIM dilaksanakan dengan min skor tertinggi ialah 4.10, manakala yang
terendah ialah 3.70.
Min skor tertinggi 4.10 diwakili oleh peruntukan keselamatan data. Apabila
BIM dilaksaanakan, peruntukan mengenai perlindungan dan keselamatan data
projek perlu diletakkan dalam Borang Kontrak Setara. Sebagai contoh, memastikan
data dilindungi daripada rasuah, kerugian dan manipulasi, memperincikan sekatan ke
atas perkongsian data dan akses memerlukan tahap insurans untuk melindungi
kerugian kewangan yang mungkin berkaitan dengan keselamatan data (Sweet dan
Schneler et al., 2013).
Min skor kedua tertinggi 4.03 menunjukkan kesedaran kontraktor terhadap
isu peruntukan risiko dan liabiliti rekabentuk profesional dalam Borang Kontrak
Setara perlu diseragamkan secara adil dan munasabah apabila ingin melaksanakan
BIM secara keseluruhannya.
Min skor ketiga tertinggi 4.00 ialah responden mempunyai kesedaran
terhadap kepentingan isu hak harta intelek. Menurut Burges (2014) lagi, penggunaan
BIM yang melibatkan model bersepadu yang boleh diakses dan mungkin digunakan
oleh semua ahli pasukan projek berpotensi untuk menimbulkan kebimbangan seperti
pemilikan hakcipta mengenai model bersepadu secara keseluruhan dan bahagian-
bahagian komponennya. Menurut Rosenberg (2007), untuk mengelakkan
percanggahan pendapat mengenai isu-isu hak cipta, penyelesaian terbaik adalah
untuk ditetapkan dalam dokumen kontrak hak dan tanggungjawab pemilikan.
94
Min skor seterusnya ialah 3.97, syarat- syarat kontrak. Responden sedar
untuk membolehkan pelaksanaan BIM dalam suasana yang kondusif, beberapa
perubahan yang perlu kepada syarat-syarat kontrak, kepentingannya yang memberi
tumpuan kepada jenis hubungan kontrak, serahan pemodelan, kerjasama dalam e-
alam sekitar dan langkah-langkah punitif yang sesuai untuk ketaklaksanaan.Kontrak
itu perlu jelas menyuarakan serahan pemodelan. Status e-kontrak perlu menyediakan
butiran siapa yang boleh membuat perubahan dan meluluskan maklumat digital.
Min skor 3.90 iaitu pampasan BIM. Kontraktor sedar keupayaan pihak untuk
menuntut semula kos yang berkaitan dengan teknologi BIM seperti pembelian
perisian, perkakasan dan latihan (Manderson et al. 2015) sepatutnya mendapat
pampasan (Arensman dan Ozbek, 2012). Ia juga mengenalpasti keperluan pelbagai
pihak mendapat pampasan yang adil atas usaha tambahan dan risiko yang telah
diperkenalkan BIM ke dalam proses rekabentuk (Manderson et al. 2015).
Seterusnya, min skor 3.87 ialah peruntukan agensi sektor awam. Kontraktor
sedar kawalan perundangan biasanya memerlukan penyerahan dokumen projek
untuk pelbagai Agensi Awam untuk diluluskan. Ramai daripada agensi-agensi ini
tidak bersedia untuk memproses model digital, oleh itu pelan hardcopy untuk
semakan dan kelulusan diperlukan. Agensi menggunakan dokumen yang dicop
sebagai rujukan untuk pemeriksaan pematuhan semasa pembinaan dan mungkin
terdapat percanggahan di antara model digital, pelan dan urutan sebenar kerja-kerja
(Allen dan Helms et al., 2006).
Min skor 3.80 iaitu kesalingfungsian. Penting untuk mencapai
kesalingfungsian yang menerangkan proses untuk pemindahan data antara pihak
95
berkepentingan projek dan memberikan tanggungjawab untuk mengurus, memantau
dan mengaudit proses (Jensen dan Johannesson et al., 2013).
Min skor 3.73 perundangan dan kehakiman.Kontrak perlu membenarkan e-
kontrak dan e-komunikasi yang akan memastikan projek berlaku dalam persekitaran
yang digital.
Terakhirnya, min skor 3.70 proses protokol ICT. Ini termasuk struktur
komunikasi yang jelas untuk mengesahkan keperluan dan perubahan projek (Beach
dan Rana et al., 2013).
4.8 Seksyen Soalan Bahagian Umum Mengenai Pendapat Responden
Bahagian soalan ini ialah untuk mengetahui secara umum pendapat
responden mengenai halangan BIM tidak diaplikasikan serta sekali lagi
mengukuhkan pendapat dan pengetahuan responden terhadap kesedaran perubahan
borang kontrak setara apabila BIM dilaksanakan. Ia sebagai jawapan sokongan
kepada objektif kajian.
96
4.8.1 Faktor BIM tidak Diaplikasikan dalam Kalangan Kontraktor
Berdasarkan Rajah 4.21 dibawah, menunjukkan faktor yang menyebabkan
kontraktor tidak mengaplikasikan BIM ialah kerana kurang pendedahan mengenai
BIM sebanyak 93.3 peratus responden bersetuju. Manakala, 6.7 peratus disebabkan
kos yang mahal. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
sepanjang tahun 2016 telah melancarkan seminar untuk meningkatkan lagi
kefahaman dan minat penggiat industri pembinaan Malaysia terhadap BIM demi
memacu teknologi kearah pembinaan mampan. Malah, sejak 2013 kerajaan sudah
mula mempromosikan penggunaan BIM dalam industri pembinaan seperti kerajaan
mengadakan seminar, konferen dan sebagainya untuk meningkatkan minat penggiat
industri terhadap pengaplikasiannya (CREAM, 2014). Kontraktor sendiri perlu
mengambil inisiatif untuk sentiasa sedar akan perubahan yang berlaku dalam industri
pembinaan supaya tidak ketinggalan.
Jadual 4.23Faktor yang Menyebabkan Kontraktor Tidak Mengaplikasikan BIM
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Kos yang Mahal 2 6.7 6.7
Kurang Pendedahan
mengenai BIM 28 93.3 100.0
Jumlah 30 100.0
97
Rajah 4.21 Faktor yang Menyebabkan Kontraktor Tidak Mengaplikasikan BIM
4.8.2 Adakah Penggiat Industri di Malaysia Mempunyai Kesedaran Terhadap
Perubahan Borang Kontrak Setara Apabila BIM Dilaksanakan
Berdasarkan Rajah 4.22 dibawah, menunjukkan kontraktor mempunyai
kesedaran terhadap perubahan Borang Kontrak Setara sedia ada iaitu sebanyak 63.3
peratus dan 36.7 peratus tidak. Ini dapat dikaitkan dengan analisis soalan sebelumnya
iaitu kontraktor berpendapat berlaku pindaan terhadap peruntukan Borang Kontrak
sedia ada apabila BIM dilaksanakan dengan peratusan sebanyak 63.3. Ini
menunjukkan responden mempunyai kesedaran terhadap perubahan itu.
98
Jadual 4.24Kesedaran Kontraktor Terhadap Perubahan Borang Kontrak Setara Sedia
Ada Apabila BIM Dilaksanakan
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Ya 19 63.3 63.3
Tidak 11 36.7 100.0
Jumlah 30 100.0
Rajah 4.22Kesedaran Kontraktor Terhadap Perubahan yang akan Berlaku Terhadap
Borang Kontrak Setara Sekiranya BIM Dilaksanakan
99
4.8.3 Pemilihan Kontraktor Terhadap Kaedah Tradisional atau BIM
Berdasarkan Rajah 4.23 dibawah, menunjukkan 83.3 peratus responden yang
memilih BIM berbanding hanya 16.7 peratus responden yang tidak bersetuju dengan
BIM. Ini menunjukkan bahawa, BIM ialah teknologi yang memudahkan koordinasi
antara semua pihak bagi menyiapkan projek pembinaan dengan lancar.
Jadual 4.25Pemilihan Kontraktor Terhadap Kaedah BIM
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Ya 25 83.3 83.3
Tidak 5 16.7 100.0
Jumlah 30 100.0
Rajah 4.23Jawapan Kontraktor terhadap Pemilihan Kaedah Tradisional atau BIM
100
4.8.4 Pandangan KontraktorSamada BIM Perlu Diwujudkan Borang Kontrak
Khusus atau Sekadar Dokumen Tanbahan
Analisis dibawah menunjukkan 50 peratus tiada jawapan daripada responden.
Namun, 36.7 peratus responden bersetuju perlunya Borang Kontrak yang khusus
untuk BIM. Manakala, 6.7 peratus yang mengatakan tidak perlu tetapi hanya
memerlukan dokumen tambahan 3.3 peratus. Ini menunjukkan responden
mempunyai pandangan bahawa perlu wujudnya Borang Kontrak khusus apabila BIM
dilaksanakan secara menyeluruh.
Jadual 4.26Adakah Perlu Diwujudkan Borang Kontrak Setara yang Khusus atau
Dokumen Tambahan
Kekerapan Peratus Peratus Terkumpul
Perlu Borang Kontrak
yang Khusus 11 36.7 36.7
Dokumen Tambahan 1 3.3 40.0
Tidak Pasti 1 3.3 43.3
Tiada Jawapan 15 50.0 93.3
Tidak 2 6.7 100.0
Jumlah 30 100.0
101
Rajah 4.24 Pandangan Kontraktor Samada BIM Perlu Diwujudkan Borang Kontrak
atau Tidak
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini merupakan bab terakhir kajian ini dan di dalam bab ini ringkasan dan
kesimpulan keseluruhan kajian akan dibuat. Keputusan dan hasil kajian akan
dikumpulkan di dalam bab ini melalui ringkasan yang akan dibuat dengan merujuk
kepada objektif utama kajian ini Seterusnya, beberapa cadangan penyelidikan akan
datang dan lanjutan bagi tajuk penyelidikan yang sama akan dikemukakan, had
kajian serta permasalahan yang dihadapi semasa proses melaksanakan penyelidikan
ini juga akan dibincangkan.
103
5.2 Rumusan Hasil Kajian
5.2.1 Mengenalpasti Tahap Kesedaran Pihak Kontraktor terhadap Perubahan
Borang Kontrak Setara di Dalam Projek yang Mengaplikasikan BIM
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesedaran pihak
kontraktor terhadap perubahan Borang Kontrak Setara di dalam projek yang
mengaplikasikan BIM. Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada
kakitangan-kakitangan kontraktor Gred 7 yang terdiri daripada Pengurus Projek,
Jurukur Bahan di tapak, Jurutera Tapak dan Penyelia Tapak. Borang soal selidik
yang dikemukakan mempunyai soalan-soalan untuk mengenalpasti kesedaran mereka
terhadap perubahan itu apabila BIM diaplikasikan.
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kontraktor di Malaysia
mempunyai kesedaran terhadap perubahan peruntukan terhadap Borang Kontrak
Setara sedia ada seperti PAM 2006, JKR 203A dan CIDB 2000 apabila BIM
dilaksanakan. Namun, terdapat juga minoriti kontraktor yang tiada pengetahuan
mengenai BIM itu sendiri. Majoriti kontraktor berpendapat bahawa kontraktor
kurang mendapat pendedahan mengenai BIM. Hal ini, menunjukkan kontraktor
mempunyai kesedaran terhadap perubahan itu namun kurangnya pendedahan
menyebabkan industri belum mengaplikasikan BIM untuk projek mereka. Pihak
kontraktor sendiri perlu memainkan peranan untuk lebih aktif mencari maklumat,
membaca mengenai perubahan yang berlaku dalam industri pembinaan dan pihak
kerajaan atau CIDB perlu lebih bergiat aktif mempromosikan kebaikan
pengaplikasikan BIM.
104
5.3 Masalah yang Dihadapi
Semasa menjalankan penyelidikan ini, penyelidik berhadapan dengan
beberapa masalah seperti memerlukan lebih banyak pembacaan dan pemahaman
mengenai isu atau topik yang dikaji serta kesukaran untuk mendapatkan data-data
untuk kajian literatur. Selain itu, penyelidik mengalami masalah mendapatkan
responden yang menjadi skop penyelidikan serta keterbatasan waktu mereka untuk
menjawab soalan soal selidik yang diserahkan.
Terdapat juga kesukaran dalam menterjemahkan daripada bahasa Inggeris
kepada bahasa Malaysia terutamanya melibatkan bahasa kontrak BIM khususnya
kerana kebanyakan dan majoritinya jurnal-jurnal dan buku-buku rujukan dalam
bahasa Inggeris.
5.4 Cadangan dan Penyelidikan Lanjutan
Setelah melakukan kajian ini, penyelidik merasakan bahawa satu kajian
lanjutan mengenai tajuk ini boleh dijalankan. Ini adalah kerana penyelidik
merasakan penggiat industri pembinaan khushnya kontraktor masih ramai yang
kurang memahami isi kandungan Borang Kontrak Setara itu sendiri yang digunakan.
Oleh itu, penyelidik mencadangkan objektifnya ialah faktor-faktor menyebabkan
kontraktor kurang memahami isi kandungan kontrak dan kesan kepada proses
pembinaan. Tajuk yang mungkin sesuai ialah tahap pengetahuan kontraktor terhadap
105
isi kandungan dan makna syarat-syarat yang terkandung dalam Borang Kontrak
Setara.
106
RUJUKAN
Aaron Manderson, Marcus Jefferies and Graham Brewer (2015). Construction
Economics and Building. Building Information Modelling and Standardised
Construction Contracts: a Content Analysis of the GC21 Contract, University
of Newcastle, Australia.
Abdul Aziz Hussin, Format Seragam Bagi Kontrak Pembinaan, USM, Pulau Pinang,
http://www.hbp.usm.my/aziz/ArtikelFORMATSERAGAM.htm (diakses pada
21 November 2016).
AGC (Associated General Contractors) (2006) The Contractors’ Guide to BIM.
Associated General Contractors of America, Arlington, VA, USA.
Ahmad Latiffi, A., Mohd, S., Kasim, N., Fathi, S. M., (2013) Building Information
Modelling (BIM) application in the Malaysian construction industry,
International Journal of Construction Engineering and Management 2(4A),
1-6.
AIA (American Institute of Architects) (2010) Document E203: Integrated Project
Delivery and Building Information Modelling: A New Breed of Contract. AIA,
Washington, USA.
Allen, G. and Helms, M., (2006). Linking strategic paractices and organizational
performance to Porter‟s generic strategies. Business Process Management
Journal, 12(4), pp.433-54.
Doi:http://dx.doi.org/10.1108/14637150610678069
107
Arensman, D. B., and Ozbek, M. E. (2012). “Building information modelling and
potential legal issues.” International Journal Construction Education
Research, 8(2), 146-156.
Ashriq Fahmy Ahmad, 2015, „BIM atasi masalah sector pembinaan’, Utusan Online.
Diakses pada 20 September 2016 daripada https://www.utusan.com.my/sains-
teknologi/teknologi/bim-atasi-masalah-sektor-pembinaan-1.161503.
Ashcraft, H.W. (2008). Building information modelling: Framework for
collaboration. The Construction Lawyer 28 (3), 1-14.
Azhan (2016), „Apakah maksud building information modelling (BIM)‟,
http://www.azhan.co/apakah-maksud-building-information-modelling-bim
(Diakses pada 14 November 2016).
Azizi Zulkefli (2011) Kepentingan Harta Intelek dan Hak Cipta dalam Bisness
http://www.majalahniaga.com/kepentingan-harta-intelek-dan-hak-cipta-
dalam-bisnes.html (Diakses pada 1 Mac 2017).
Bailey, I. and Bell, M., (2011). Construction law in Australia. 3rd
ed. Sydeny:
Thomson Reuters (Professional) Australia Ltd.
BSI (2013) PAS 1192-2: 2013. Specification for the information management for the
capital/delivery phase of construction projects using building information
modelling. BSI, London, UK.
Building Smart Malaysia, 2015: http://mybuildingsmart.org.my/index.php/2015-01-
04-07-24-47/9-bim-in-malaysia.
108
Burges Salmon LLP (2014) Intellectual Property in Construction Projects: why is it
important? http://www.lexology.com/library/detail.aspx?g=8cbb5dd6-e104-
438f-b467-9cddb864c5b8 (Diakses pada 1/3/2017).
Cabinet Office (2011) Government Construction Strategy. The Stationery Office,
London, UK.
Chen C., Jiang C. and Li, H. (2013). „Modifications to the FIDIC Silver book in a
buyer‟s context: A case study of the Haiphong Power Plant II project‟,
Applied Mechanics and Materials, 357, 2498-2504.
Cheung S dan Pang K (2013) Anatomy of construction disputes. Journal of
Construction Engineering and Management 139(1): 15-23.
Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) (2014) Issues and Challenges
in Implementing Building Information Modelling (BIM) for SME’s in The
Construction Industry, Construction Research Institute of Malaysia.
Creswell, J. W. (2008). Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and
Qualitative Research. Pearson: Education
Derek Clements- Croome (2013) Intelligent Buildings: An Introduction. Routledge.
Ding L, Zhou Y dan Akinci B (2014) Building information modelling (BIM)
application framework: the process of expanding from 3D to computable Nd.
Automation in Construction 46: 82-93.
109
Eastman C, Teicholz P, Sacks R dan Liston K (2011) BIM Handbook: A Guide to
Building Information Modelling for Owners, Manager, Designer, Engineers,
and Contractors, 2nd
edn. John Wiley & Sons, Hoboken, NJ, USA.
Enegbuma, W.I. dan Ali, K.N Hypothesis Analysis of Building Information
Modeling Penetration in Malaysia Construction Industry.
http://www.conference.net.au/cibwbc13/papers/cibwbc2013_submission_224
.pdf. 2013 (diakses pada 11 Disember 2016).
Ezad (2010) Sistem Perolehan (https://www.scribd.com/document/26261431/Bab-3-
Sistem-Perolehan (Diakses pada 27 Februari 2017).
Greenwood D dan Wu S (2012). Establishing the association between collaborative
working and construction project performance based on client and contractor
perceptions. Construction Management and Economics 30(4): 299-308.
Gregory R. Andre (2011). Building Information Modeling (BIM): Special Contract
Issues.
Hartmann, T . & Fischer, M. (2007). „ Applications of BIM and Hurdles for
Widespread Adoption of BIM.‟ The 2007 AISCACCL eConstruction
Roundtable Event Report, New Orleans, LA.
Hurtado, K. and O‟Connor, P., (2008). Contract issues in the use of building
information modelling. International Construction Law Review (online)
(Accessed 28 March 2011).
110
Jabatan Kerja Raya (JKR) 2011, „Teks Ucapan YBM- Majlis SST RMK 11 JKR‟
(diakses pada 21 November 2016)
(http://www.kkr.gov.my/public/Teks%20Ucapan%20YBM%20-
%20Majlis%20SST%20RMK%2011%20JKR.pdf).
Jensen, P.A. and Johannesson, E.I., (2013). Building information modelling in
Denmark and Iceland. Engineering, Construction and Architectural
Management, 20(1), pp.99-110. Doi:
http://dx.doi.org/10.1108/09699981311288709.
Joyce R dan Houghton D (2014) Building information modelling and the law.
Proceedings of the Institution of Civil Engineers-Management, Procurement
and Law 167(MP3) : 114-116, http://dx.doi.org/10.1680/mpal.14.00012.
Juan Rodriguez (2016) What is a Construction Contract Agreement
https://www.thebalance.com/contract-agreements-844530 (diakses pada 14
Disember 2016).
Kementerian Kerja Raya (2007) Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka
& Bina : muka surat 2, http://www.sprm.gov.my/images%20/Prosedur-JKR-
Reka-Dan-Bina.pdf (diakses pada 4/5/2017).
Kementerian Kerja Raya (2015) Penggunaan BIM Mentransformasi Industri
Pembinaan. http://www.kkr.gov.my/ms/node/35468 (diakses pada
14/11/2016).
Koko Udom (2012). BIM: Mapping out the legal issues.
111
KPMG (2013) Ready for the next big wave? In Global Construction Survey201.
KPMG, USA.
http://www.kpmg.com/GI/en/IssuesAndInsights/ArticlesPublications/Docume
nts/global-construction-survey-2013.pdf (Diakses pada 10/12/2014).
Kumaraswamy M (1997) Conflicts, claims and disputes in construction.
Engineering, Construction and Architectural Management 4(2): 95-111.
Linda, 2015 (http://www.ejcdc.org/fair-fairright-basic-principles-risk-allocation-
construction-documents-part-1-kevin-obeirne-chair-ejcdc/. (Diakses pada
20/2/2017).
Love P, Davis P, Ellis J dan Cheung S (2010) Dispute causation: identification of
pathogenic influences in construction. Engineering, Construction and
Architectural Management 17(4): 404-423.
Lowe, R. H., and Muncey, J. M. (2009). “The consensusDOCS 301 BIM
addendum.” Construction Lawyer, 29(1), 1-9.
McAdam, B., (2010). Building information modelling: the UK legal context.
International Journal of Law in the Built Environment, 2(3), pp.246-59. Doi:
http://dx.doi.org/10.1108/17561451011087337
McGraw Hill (2014a) The Business Value of BIM for Construction in Major Global
Markets: How Contractors around the world are Driving Innovation with
Building Information Modelling. Bedford, MA, USA, SmartMarket Report.
Mohd Sheffie Abu Bakar (1987) Metodologi penyelidikan. Bangi, Penerbit UKM.
112
National Institute of Building Sciences (2007) National Building Information
Modelling Standar. Version 1-Part 1: Overview, Principles, and
Methodologies. Washington, DC, USA.
Nawi, MNM, Nifa, FAA and Ahmed, V (2014) A rewiew of traditional project
procurement towards integrated practice. “American-Eurasian Journal of
Sustainable Agriculture”, 8(2), 65-70.
Nazib Faizal (2010) Advantages and Disadvantages of Using Standard Forms in
Construction. https://kumahauing.wordpress.com/2010/10/13/advantages-and
disadvantages-of-using-of-standard-forms-in-construction/ (diakses pada 19
Disember 2016).
NBS (2013b) National Construction Contracts and Law Survey 2013. RIBA,
Newcastle Upon Tyne, UK.
Oelsner, B. (2003). Glossary of Intellectual Property Terms.
http://usinfo.state.gov/products/pubs/intelprp/glossary.htm (Diakses pada 1
Mac 2017).
Olatunji OA (2012) The Impact of Building Information Modelling on Estimating
Practice: Analysis of Perspectives from Four Organizational Business
Models. PhD dissertation, University of Newcastle, Australia.
Penttila H (2006) Describing the changes in architectural information technology to
understand design complexity and free-form architectural expression. Journal
of Information Technology in Construction 11: 395-408.
113
Pinsent Masons (2013) Intellectual property rights in the CIC‟s BIM Protocol
https://www.out-law.com/topics/construction-advisory--
disputes/construction-procurement/intellectual-property-rights-in-building-
the-cics-bim-protocol/ (Diakses pada 2 Mac 2017).
Rezgui, Y., Beach, T. and Rana, O., (2013). A governance approach for BIM
management across lifecyle and supply chains using mixed-modes of
information delivery. Journal of Civil Engineering and Management, 19(2),
pp. 239-58. Doi: http://dx.doi.org/10.3846/13923730.2012.760480.
Rodelio Junjun Taucan, 2014, „Teknologi BIM jimatkan kos pembinaan‟, Utusan
Online. Diakses pada 6 November 2016 daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140923/dn_20/Teknologi
-BIM-jimatkan-kos-pembinaan.
Rogers J, Chong HY, Preece C (2015) Adoption of building information modelling
technology (BIM) perspective from Malaysian engineering consulting
services firms. Engineering Construction Architecture Management
22(4):424-445.
Richard H. Lowe dan Jason M. Muncey, 2009, Contract form and drafting/building
information modelling. Journal of ConsensusDOCS 301 BIM Addendu: 17.
Sebastian, R., (2010). Breaking through business and legal barriers of open
collaborative processes based on building information modelling (BIM).
In:18th
CIB World Building Congress-W113 Law and Dispute Resolution .
Salford. United Kingdom. 13 May 2010: CIB W113 Law and Dispute
Resolution.
114
Shnookal, T. and Charrett, D. (2010). „Standard form contracting; the role for FIDIC
contracts domestically and internationally‟, Proceedings of the society of
construction law conference Australia, Perth.
Sofyan Rizal Ishak, 2015, „Lebih Produktif‟‟, Harian Metro. Diakses pada 6
November 2016 daripada http://www.hmetro.com.my/node/38379?m=1.
Succar B (2009) Building information modelling framework: a research and delivery
foundation for industry stakeholders. Automation in Construction 18(3): 357-
375.
Sweet, J. (1989). „Standard construction contracts: Some advice to construction
lawyers‟, South Carolina Law Rewiew, 40 (4), 823-845.
Sweet, J. and Schneier, M., (2013). Legal aspects of architecture, engineering and
the construction process. 9th
ed. Stamford: Cengage Learning.
Young, N. W., Jones, S. A., Bernstein, H. M., & Gudgel, J. E. (2009). “The Business
Value of BIM: Getting Building Information Modeling to the Bottom Line.”
McGraw-Hill Construction SmartMarket Report, New York, NY.
115
LAMPIRAN
Borang soal selidik
116
JABATAN UKUR BAHAN
FAKULTI ALAM BINA
SOALAN SOAL SELIDIK
TAHAP KESEDARAN KONTRAKTORTERHADAP PERUBAHAN BORANG
KONTRAK SETARA DI DALAM PELAKSANAAN BUILDING INFORMATION
MODELLING (BIM)
Abstrak:
Building Information Modelling (BIM) dilihat sebagai solusi kepada masalah yang
dihadapi oleh industri pembinaan. Salah satu halangan kerap dikaitkan dengan
pelaksanaan BIM adalah risiko perundangan. Kajian ini mengfokuskan mengenai
isu-isu yang timbul apabila BIM dilaksanakan dan kesannya kepada borang kontrak
yang sedia ada iaitu PAM 2006, JKR 203A dan CIDB 2000.
Objektif:
1. Mengenalpasti tahap kesedaran pihak kontraktor terhadap perubahan Borang
Kontrak Setara (Standard Form) di dalam projek yang mengaplikasikan BIM.
Soalan soal selidik ini adalah untuk mengumpul data berkaitan dengan kajian seperti
di atas. Semua maklumat adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk tujuan
penyelidikan. Kerjasama daripada pihak anda amatlah dihargai.
Terima Kasih.
Disediakan Oleh:
Nurul Huda Binti Mat Daud (B14BE0046)
4SBEC (Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan)
Email : [email protected] (014-5137407)
117
(Sumber: CREAM 2012)
118
BAHAGIAN A : LATARBELAKANG RESPONDEN
1. Nama Responden : ________________________
2. Nama & Alamat Syarikat : ________________________
________________________
________________________
3. No. Telefon : ________________________
4. Jawatan : ________________________
5. Pengalaman Kerja : 1-3 Tahun
4-6 Tahun
7-9 Tahun
10 Tahun ke atas
6. Cop Syarikat :
119
BAHAGIAN B : PENGETAHUAN RESPONDEN BERKENAAN BIM
1.Adakah anda tahu apa itu Building Information Modelling (BIM)?
Ya Tidak
2. Jika Ya, apakah tahap pengetahuan tersebut?
Tinggi Sederhana Rendah
3. Pernahkah anda menghadiri seminar atau bengkel berkenaan BIM?
Ya Tidak
*Sila nyatakan, berapa kali _______
4. Adakah syarikat anda pernah mengaplikasikan BIM untuk sesuatu projek?
Ya Tidak
*Sekiranya Ya, teruskan menjawab. Jika Tidak, teruskan menjawab dengan
Soalan No 9.
5. Apakah jenis/kategori projek anda yang mengaplikasikan BIM?
Kerja-kerja Bangunan, nyatakan bilangan ______
Kerja-kerja Kejuruteraan Awam, nyatakan bilangan ____
Lain-lain, sila nyatakan _________________
6. Bolehkah anda terangkan kaedah perolehan yang digunakan dibawah
projek yang menggunakan BIM tersebut?
Tradisional
Reka & Bina (Design & Build)
Kontrak Pengurusan (Contract Management)
Lain-lain, sila nyatakan _________________
120
7. Apakah jenis Borang Kontrak Setara yang digunakan untuk projek yang
mengaplikasikan BIM tersebut berdasarkan perolehan yang dinyatakan?
a) Tradisional. Nyatakan Borang Kontrak _______________
b) Reka & Bina. Nyatakan Borang Kontrak ______________
c) Kontrak Pengurusan. Nyatakan Borang Kontrak ____________
d) Borang kontrak yang didraf sendiri ___________________
8. Apakah format Borang Kontrak Setara yang digunakan tersebut?
Borang kontrak khusus BIM
Borang Kontrak sedia ada (PAM, JKR & CIDB) ditambah dokumen
Borang kontrak yang didraf sendiri(bespoke)
9. Adakah anda berpendapat, dengan mengaplikasikan BIM di dalam projek,
perlunya ada pindaan terhadap peruntukan sedia ada di dalam Borang
Kontrak Setara PAM 2006, JKR 203A dan CIDB 2000?
Ya Tidak
121
BAHAGIAN C : TAHAP KESEDARAN KONTRAKTOR TERHADAP
PERUBAHAN BORANG KONTRAK SETARA (PAM 2006,
JKR 203A & CIDB 2000) BAGI PROJEK YANG
MENGAPLIKASIKAN BIM
Arahan:
Sila tandakan (√) pada tempat kosong berikut tahap pengetahuan anda terhadap isu
undang-undang yang timbul apabila BIM dilaksanakan.
PENGETAHUAN AM Rendah Sederhana Tinggi
1. Hak Harta Intelek (Intellectual Property Right) :
Penggunaan BIM yang melibatkan model bersepadu yang
boleh diakses dan mungkin digunakan oleh semua ahli
pasukan projek menimbulkan kebimbangan dari aspek
pemilikan hakcipta mengenai model bersepadu secara
keseluruhan dan bahagian-bahagian komponennya.
2. Peruntukan Risiko (Risk Allocation) :
Penggunaan BIM telah merubah hubungan kontrak pihak-
pihak yang terlibat dalam projek dengan ketara dan
perletakan risiko dan tanggungjawab pihak yang terlibat.
3. Liabiliti Rekabentuk Profesional (Design Profesional):
Penggunaan BIM telah merubah persekitaran kerjasama.
Secara tidak langsung, profesional ini menjadi
bertanggungan bagi sumbangan rekabentuk bukan
profesional, termasuk perubahan automatik oleh perisian.
4. Kesalingfungsian (Interoperability) :
Penggunaan BIM mempunyai keserasian perisian yang
terhad dan penting untuk mencapai kesalingfungsian yang
menerangkan proses untuk pemindahan data antara pihak
berkepentingan.
5. Pampasan BIM (BIM Compensation) :
Peningkatan penelitian terhadap model meningkatkan
pendedahan kepada liabiliti bagi kesilapan rekabentuk,
keperluan pelbagai pihak mendapat pampasan yang adil
122
atas risiko tersebut.
6. Keselamatan Data (Data Security) :
Penggunaan BIM telah berlaku peralihan kepada e-
komunikasi dan mencetus kebimbangan mengenai tahap
perlindungan dan keselamatan data projek.
7. Protokol Proses ICT (ICT Protocols Processes) :
Penggunaan BIM telah merubah proses pengurusan yang
menggariskan tanggungjawab dan protokol supaya proses
integrasi BIM diurus dengan cekap serta struktur
komunikasi yang jelas untuk mengesahkan perubahan
projek.
8. Perundangan dan Kehakiman (Legislation & Judicial
Precedence) :
Penubuhan satu Akta khusus untuk BIM dimana kontrak
perlu membenarkan e-kontrak dan e-komunikasi yang
akan memastikan projek berlaku dalam persekitaran yang
digital serta butiran maklumat projek yang akan
diarkibkan dalam format yang boleh diakses dengan
mudah perlu dipertimbangkan.
9. Agensi Sektor Awam (Public Sector Agency) :
Agensi-agensi awam tidak bersedia untuk memproses
model digital dan memerlukan pelan hardcopy untuk
kelulusan yang mungkin terdapat percanggahan di antara
model digital, pelan dan urutan sebenar kerja-kerja.
10. Syarat-syarat Kontrak (Conditions of Contract) :
Perubahan perlu kepada syarat-syarat kontrak supaya
jelas siapa yang boleh membuat perubahan dan
meluluskan maklumat digital serta pelbagai langkah
punitif dimasukkan sebagai akibat pihak yang
berkepentingan tidak mematuhi obligasi kontrak.
123
1. Pada pengetahuan anda, sekiranya Borang Kontrak Setara PAM 2006, JKR 203A
& CIDB 2000 dipinda untuk mengambilkira peruntukan BIM, apakah tahap
kepentingan peruntukan-peruntukan di bawah ini?
1 2 3 4 5
Sangat Tidak
Penting
Tidak Penting Tidak Pasti Penting Sangat Penting
PERUNTUKAN (apabila BIM
dilaksanakan)
1 2 3 4 5
1. Borang Kontrak Setara sedia ada perlu
mempunyai peruntukan yang mencukupi
terhadap pemilikan hakcipta dan Hak Harta
Intelek (Intellectual Property Right).
2. Peruntukan Risiko(Risk Allocation) dalam
Borang Kontrak Setara sedia ada sepatutnya
telah diagihkan secara saksama dan
munasabah.
3. Borang Kontrak Setara sedia ada sepatutnya
mempunyai peruntukan Insurans
tanggungrugi bagi Liabiliti Rekabentuk
Professional kerana perubahan persekitaran
kerjasama yang boleh mengakibatkan
perubahan automatik oleh perisian BIM.
4. Borang Kontrak Setara sedia ada tidak
mempunyai peruntukan mengenai isu
Kesalingfungsian (Interoperability).
5. Borang Kontrak sedia ada perlu mempunyai
klausa yang membincangkan mengenai
Pampasan BIM (BIM Compensation).
6. Peruntukan mengenai perlindungan dan
Keselamatan Data projek perlu ada dalam
Borang Kontrak Setara sedia ada.
124
7. Protokol Proses ICT (ICT Protocols
Processes)perlu dimasukkan kedalam Borang
Kontrak Setara sedia ada.
8. Isu Perundangan dan Kehakiman
(Legislation & Judicial
Precedence)sepatutnyatidak perlu
dimasukkan ke dalam Borang Kontrak Setara
sedia ada.
9. Borang Kontrak Setara sedia ada perlu
mewujudkan suatu klausa yang menangani isu
Agensi Sektor Awam (Public Sector
Agency).
10. Syarat-syarat Kontrak (Conditions of
Contract)dalam Borang Kontrak Setara sedia
ada sepatutnya berubah.
125
BAHAGIAN D : CADANGAN & KOMEN MENGENAI PERUBAHAN
TERHADAP BORANG KONTRAK SETARA BAGI
PROJEK YANG MENGAPLIKASIKAN BIM
1. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan kontraktor tidak
mengaplikasikan BIM untuk projek pembinaan?
Kos yang mahal
Modal insan yang tidak mahir
Kurang pendedahan mengenai BIM
Kurang berminat
Lain-lain ______________________
2. Pada pendapat anda, adakah penggiat industri di Malaysia khususnya kontraktor
mempunyai kesedaran terhadap perubahan Borang Kontrak Setara PAM 2006, JKR
203A & CIDB 2000 sekiranya BIM dilaksanakan?
Ya Tidak
3. Jika anda diberi pilihan samada menggunakan kaedah tradisional atau BIM,
adakah anda akan memilih BIM?
Ya Tidak
4. Pada pandangan anda, adakah perlu diwujudkan Borang Kontrak yang khusus
untuk BIM ataupun hanya cukup sekadar diletakkan dokumen tambahan kepada
Borang Kontrak Setara PAM 2006, JKR 203A & CIDB 2000?
______________________________
*Terima kasih di atas masa yang anda luangkan untuk menjawab borang soal selidik
ini.