universiti teknologi malaysia borang ......tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN DUA BAGI TOPIK
NOMBOR NEGATIF
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya: NURHIDAYAH BINTI UZIR (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: NO.2056, JLN. E5/12, TMN EHSAN, KEPONG, 52100 KUALA LUMPUR
PN. MARLINA BINTI ALI
Nama Penyelia
Tarikh: 23 APRIL 2008
Tarikh: 23 APRIL 2008
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disetasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM)
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan :
Nama Penyelia :PUAN MARLINA BINTI ALI
Tarikh :23 APRIL 2008
i
TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN DUA DALAM TOPIK
NOMBOR NEGATIF
NURHIDAYAH BINTI UZIR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis :NURHIDAYAH BINTI UZIR
Tarikh :10 April 2008
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat ayahanda dan bonda,
Uzir Bin Busu
Norpipah Binti Sariman
Ninda yang tercinta,
Sariman Bin Moin
Naimah Binti Paijo
Adinda yang tersayang,
Mohd Fairuz Bin Uzir
Keluarga dan rakan-rakan yang dikasihi
Pengorbanan dan jasa kalian terlalu banyak
sehingga aku menjadi insan yang berjaya
Akan ku kenang buat selama-lamanya...
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani,
Segala pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam,
Rahmat sejahtera ke atas Nabi pesuruh-Nya yang penyudahan dan ke atas keluarga
para sahabat yang menjaga suruhan dan tegahan-Nya.
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat
saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini mengikut perangkaan yang telah
ditetapkan.
Jutaan terima kasih ditujukan khas kepada Pn. Marlina Binti Ali selaku Penyelia
Projek Sarjana Muda ini di atas segala tunjuk ajar, panduan dan kerjasama beliau yang
tidak jemu-jemu selama ini. Berkat dedikasi, komitmen dan kesungguhan beliau, segala
kesulitan yang ditempuhi dapat diatasi dengan jayanya.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor di atas kebenaran untuk menjalankan kajian di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat. Tidak ketinggalan ribuan terima
kasih diucapkan kepada pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat di atas kerjasama yang telah diberikan semasa
menjalankan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa, keluarga, dan rakan-rakan yang banyak
memberi dorongan dan galakan kepada saya sepanjang saya menyiapkan Laporan Projek
Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap kefahaman pelajar
tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat bagi tajuk nombor
negatif. Seramai 150 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri 91 orang pelajar
lelaki dan 59 orang pelajar perempuan yang terdiri dari pelbagai bangsa. Kesemua
pelajar yang terlibat dalam kajian ini berusia 14 tahun. Alat kajian yang digunakan
dalam kajian ini adalah soal selidik iaitu Ujian Diagnostik Nombor Negatif (UDiNN).
Statistik deskriptif seperti min, sisihan lazim dan peratusan serta statistik inferensi
seperti korelasi Pearson r digunakan dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan alat kajian
ini ialah α = .91. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman pelajar
tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat bagi topik nombor
negatif adalah sederhana. Menerusi analisis korelasi Pearson r menunjukkan bagi pelajar
tingkatan dua, semakin tinggi tahap pencapaian tingkatan satu maka semakin tinggi
tahap kefahaman mereka terhadap topik nombor negatif pada nilai koefisien .713.
Keputusan juga menunjukkan bahawa bentuk kesilapan lazim yang sering dilakukan
pelajar terhadap topik nombor negatif ialah kesilapan konsep, kesilapan penyusunan /
kecuaian, kesilapan kemahiran dan kesilapan pengertian.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the level of understanding of Negative
Number among Form Two students at Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu
Pahat. The sample consists of 150 students (91 male; 59 female) who were 14 years.
Ujian Diagnostik Nombor Negatif (UDiNN) is used as the instrument for this study.
Data was analyses using descriptive statistic like means, standard deviation, percentage,
and also inference statistic like Pearson Correlation. The reliability value of this research
is α = .91. The result shows that, the level of understanding of Negative Number among
Form Two students at Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat is
moderate. From Pearson Correlation, the result shows that the value of coefficient at
.713. The results also show that the typical error had been done by students are concepts’
error, careless, algorithm’ error, and definition’ error.
vii
KANDUNGAN BAB
PERKARA
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
MUKA SURAT
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xii
xiii
xiv
viii
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah
1.1.1 Penguasaan Bahasa Inggeris Yang
Lemah
1.1.2 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Yang Tidak Sesuai
1.1.3 Sikap Pelajar Yang Tidak Minat
Akan Matematik
1.1.4 Kekeliruan Pada Simbol Matematik
1.2 Pernyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Kerangka Konsep
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar
1.6.2 Kepentingan Kepada Guru
1.6.3 Kepentingan Kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia
1.7 Skop Kajian
1.8 Takrifan
1.9 Rumusan Bab
2
3
4
5
5
6
7
7
8
9
9
9
10
10
11
11
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 13
2.1 Sejarah Nombor Negatif 13
2.2 Tajuk Nombor Negatif Dalam Kurikulum
Matematik Di Malaysia
17
ix
2.3 Model / Permainan Nombor Negatif 18
2.3.1 Model Kepingan Bingo
2.3.2 Kaedah Visualisasi Dengan Cara
Membina Jadual
2.3.3 Permainan Bola Sepak
2.4 Definisi Kefahaman
2.5 Model Psikologi Pembelajaran Matematik
2.5.1 Kefahaman Instrumental
2.5.2 Kefahaman Relasional
2.6 Kesilapan Matematik
2.7 Faktor Kesukaran Dalam Pembelajaran
Dan Pengajaran Matematik
2.7.1 Aspek Pedagogi
2.7.2 Aspek Kognitif
2.8 Tahap kefahaman pelajar terhadap nombor
negatif
2.9 Bentuk kesilapan lazim yang dilakukan
oleh pelajar dalam nombor negatif
18
22
24
25
27
27
27
28
30
30
32
33
35
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan 37
3.1 Reka Bentuk Kajian 37
3.2 Sampel Kajian 38
3.3 Alat Kajian 38
3.3.1 Kajian Rintis 38
3.3.1.1 Pengesahan 38
3.3.1.2 Kebolehpercayaan 39
3.3.2 Bahagian A (Maklumat Pelajar) 39
x
3.3.3 Bahagian B (Soal Selidik) 40
3.4 Tatacara Kajian 40
3.5 Analisis Data 42
3.6 Andaian 45
3.7 Batasan Kajian 46
3.8 Rumusan
46
BAB 4
KEPUTUSAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan
4.1 Analisis Data
4.1.1 Taburan Responden Mengikut
Jantina
4.1.2 Taburan Responden Mengikut
Bangsa
4.1.3 Taburan Responden Mengikut
Pencapaian Matematik Tingkatan
Satu
4.1.4 Tahap Kefahaman Pelajar
Tingkatan Dua Terhadap Nombor
Negatif
4.1.5 Pertalian Antara Pencapaian
Matematik Tingkatan Satu Dengan
Tahap Kefahaman Pelajar
Tingkatan Dua Bagi Topik Nombor
Negatif
4.1.6 Bentuk Kesilapan Lazim Bagi
Topik Nombor Negatif
4.1.6.1 Penambahan Nombor Negatif
4.1.6.2 Penolakan Nombor Negatif
47
47
48
48
49
49
50
51
52
61
xi
BAB 5
4.2 Rumusan Bab
KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.0 Pendahuluan
5.1 Ringkasan Kajian
5.2 Kesimpulan Kajian
5.3 Perbincangan
5.3.1 Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan
Dua Terhadap Nombor Negatif
5.3.2 Pertalian Antara Pencapaian
Matematik Tingkatan Satu Dengan
Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan
Dua Bagi Topik Nombor Negatif
5.3.3 Bentuk Kesilapan Lazim Bagi Topik
Nombor Negatif
5.4 Cadangan
5.4.1 Cadangan kepada Pelajar
5.4.2 Cadangan kepada Guru
5.4.2 Cadangan Kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia
5.5 Cadangan Kajian Masa Depan
RUJUKAN
LAMPIRAN
73
74
74
75
76
76
81
82
84
84
85
87
88
93
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL
2.1
3.1
3.2
3.3
3.4
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
TAJUK
Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan Satu, Dua
dan Tiga (nombor negatif)
Pembahagian item
Julat Markat Peratusan Mengikut Pencapaian
Kekuatan Korelasi Pearson, r
Kaedah Statistik Kajian
Taburan responden Mengikut Jantina
Taburan responden Mengikut Bangsa
Taburan responden Mengikut Pencapaian Matematik
Tingkatan satu
Tahap kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Nombor
Negatif
Korelasi Pearson Bagi Pencapaian Matematik Ting Satu
Dengan Tahap kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Terhadap
Nombor Negatif
Bentuk Kesilapan Lazim Bagi Topik Nombor Negatif
Peratusan jawapan betul dan salah bagi penambahan nombor
negatif.
Peratusan jawapan betul dan salah bagi penolakan nombor
negatif.
MUKA SURAT
18
41
44
45
45
49
49
50
51
51
52
53
63
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
1.1
2.1
2.2
2.3
3.1
TAJUK
Kerangka Konsep
Bola
Kad
Padang Bola Sepak
Tatacara Kajian
MUKA SURAT
8
25
25
25
41
xiv
SENARAI SINGKATAN
% - Peratus
ABM - Alat Bantu Mengajar
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UDiNN - Ujian Diagnostik Nombor Negatif
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia
B Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pelajaran Johor
C Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan UTM
D
E
F
Soal Selidik
Pengesahan Soal Selidik
Jadual Saiz Sampel Untuk Kajian
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Dalam mengorak langkah ke dalam zaman ledakan informasi teknologi, bidang
Sains dan Teknologi telah menjadi satu elemen pelengkap yang amat utama dalam
memastikan pembangunan masyarakat dalam sesebuah negara. Justeru itu, kerajaan
telah mewujudkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk melahirkan warganegara yang seimbang
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS) berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988).
Bagi mencapai hasrat tersebut, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) juga menyarankan penekanan terhadap peningkatan daya intelek yang
bersesuaian dengan Konsep Matematik. Kefahaman Konsep Matematik adalah amat
penting dalam proses pembelajaran. Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan
memberikan gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Penekanan yang
disarankan itu adalah dalam memberi pendidikan kita tidak mahu pelajar hanya boleh
menghafal pengetahuan (rote learning) tetapi kita mahu mereka dapat mengeluarkan
idea-idea dan fikiran yang jelas, objektif, kreatif, munasabah dan dapat memberi
pandangan yang terbuka dalam sebarang situasi (Teh Pick Ching, 1989).
2
Namun begitu, dapat dilihat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang
mementingkan konsep hafalan masih menjadi kaedah pengajaran pilihan kebanyakan
guru masa kini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisi ini hanya menekankan
hafalan dan latih tubi tanpa disertai dengan kefahaman akan menyebabkan pelajar sukar
untuk menguasai konsep Matematik. Menurut Hanafi (2004), tanpa mengetahui konsep,
semua pembelajaran akan menjadi pembelajaran hafalan dan bukan lagi pembelajaran
bermakna.
Hal ini menyebabkan pelajar lemah dalam memahami konsep asas Matematik
dan akan menghadapi masalah apabila menyelesaikan masalah Matematik kerana sering
melakukan salah konsep (Sa’diah, 2000). Salah konsep yang diterapkan dari peringkat
awal ini akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Ini kerana, kemahiran dalam
penguasaan dan pemahaman konsep dalam subjek Matematik menjadi asas kepada
kemahiran menguasai tajuk itu seterusnya. Ini turut di sokong oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia di mana berdasarkan analisis yang
dibuat, prestasi SPM 1993 bagi mata pelajaran Matematik menunjukkan bahawa masih
terdapat segolongan besar pelajar yang belum dapat menguasai konsep dan kemahiran
asas Matematik. Ini ternyata dapat dilihat dalam jawapan yang diberikan di mana soalan
yang boleh dikategorikan sebagai mudah, tetapi tidak dapat dijawab oleh pelajar.
Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat bahawa satu kajian harus
dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman pelajar sekolah menengah dalam
mata pelajaran matematik
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Penguasaan serta kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep asas dalam
matematik adalah amat penting. Ini kerana, Matematik sering berkait antara satu konsep
dengan konsep sebelumnya. Kesilapan yang dilakukan oleh pelajar terhasil daripada
pemahaman konsep yang salah. Justeru itu, pemerhatian yang serius perlu diberikan bagi
meningkatkan kefahaman pelajar tehadap konsep-konsep asas tersebut.
1.1.1 Penguasaan Bahasa Inggeris Yang Lemah
Mulai tahun 2003, semua sekolah rendah dan menengah, Tahun Satu serta
Tingkatan Enam Bawah diperkenalkan kurikulum baru iaitu pelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris. Reformasi KBSR dan KBSM ini akan diteruskan
hingga tahun 2007 dan 2008 masing-masing apabila semua murid sekolah kebangsaan
akan menjawab soalan-soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris buat pertama
kali dalam UPSR atau SPM. Manakala pelajar-pelajar STPM akan menjawab soalan-
soalan Sains dan Matematik mulai tahun 2004. Hal ini memberi impak yang sangat
besar kepada para pelajar.
Menurut Mok (2004), kajian yang telah dijalankan oleh Menteri Pendidikan pada
bulan Mei 2003, purata pencapaian pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu dalam
Sains dan Matematik ialah 59.2% dan 58.2% masing-masing. Walaupun keputusannya
menggalakkan tetapi sebenarnya ia berada pada tahap sederhana. Ini disokong oleh
Farahasnida (2004) di mana melalui kajian beliau, kesan pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris terhadap pencapaian pelajar masih berada pada tahap
yang sederhana. Menurut Aziz (2003) pula, pelajar-pelajar sekolah luar bandar
menghadapi masalah pembelajaran Matematik adalah amat sukar diikuti. Hal ini
disebabkan kurangnya keupayaan pelajar untuk memahami permasalahan Matematik
4
tersebut dan penggunaan bahasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
Kelemahan pelajar menguasai Bahasa Inggeris menjadi titik tolak terhadap
ketidakfahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Masalah-
masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan
pemahaman istilah Matematik dalam Bahasa Inggeris serta dalam menstruktur ayat. Ini
menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris. Menurut Mok lagi, belajar dua bahasa serentak akan membawa
kekeliruan serta membebankan usaha murid sehingga membawa kesan negatif terhadap
pelajaran. Penguasaan mengira bertambah rumit apabila bahasa pengantar ditukar
kepada Bahasa Inggeris.
1.1.2 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Tidak Sesuai
Kefahaman pelajar terhadap konsep Matematik banyak dipengaruhi oleh cara
penyampaian dan kaedah pengajaran guru (Laporan Jemaah Nazir, 1988). Velayudham
(1985) menyatakan bahawa kesukaran pelajar untuk memahami Matematik disebabkan
pengajaran yang terlalu menekankan untuk mendapatkan jawapan dan bukan
menekankan kaedah atau cara Matematik itu diajar. Pengajaran guru yang terlalu
menekankan sukatan dan penyampaian yang terlalu cepat menyebabkan pelajar sukar
memahami apa yang diajar. Kesannya, pelajar bosan untuk mempelajari Matematik.
Selain itu, pembelajaran Matematik masih lagi diajar secara tradisional. Trivett
(1970), mengklafikasikan proses pembelajaran tradisional Matematik dalam bilik darjah
sebagai surface-level discovery. Proses-proses pengajaran yang dijalankan oleh guru
adalah seperti penerangan dan pemberian contoh, pertunjukan langkah-langkah
penyelesaian yang berkaitan dann diakhiri dengan pelajar membuat latihan. Corak
pembelajaran ini akan melahirkan pelajar yang bersifat pasif kerana proses pembelajaran
merupakan tindakan mendengar penerangan guru dan diikuti dengan latihan untuk
5
penguasaan konsep yang dipelajari (McKnight et al, 1987). Mengikut Thomas (1991),
pelajar memainkan peranan yang pasif dalam proses pembelajaran bercorak latih tubi
kerana mereka diminta melakukan latihan secara berulang-ulang. Situasi ini akan
melahirkan golongan pelajar yang mengingati konsep matematik tanpa
mempertimbangkan kefahaman yang bermakna.
Menurut Nor Azian (2002), didapati bahawa guru tidak melakukan persediaan
yang rapi lagi mencukupi untuk membolehkan konsep-konsep Matematik disampaikan
dan difahami dengan lancar. Guru didapati menggunakan buku teks yang sedia ada tanpa
mengubahsuainya serta tidak mngambilkira tahap kemampuan pelajar. Penggunaan alat
bantu mengajar (ABM) adalah terhad dan kadangkala tidak sesuai. Hal ini turut
disokong oleh Chin (1999), di mana hasil dapatan kajian beliau menunjukkan hampir
tiada ABM digunakan dalam P&P nombor negatif. Jika ada pun, hanya garis nombor
yang dilukis di papan hitam untuk menolong guru menyampaikan konsep serta
kemahiran mengira nombor negatif. Selain itu, konsep nombor negatif juga biasanya
diterangkan kepada pelajar melalui idea hutang-bayar sahaja. Ini menunjukkan guru
tidak bersungguh-sungguh mengajar dan akibatnya pelajar bosan serta tercetuslah
kesalahan konsep di kalangan pelajar.
1.1.3 Sikap Pelajar Yang Tidak Minat Akan Matematik
Sikap atau minat memainkan peranan yang penting kerana ia boleh
mengakibatkan pencetusan tindak balas positif atau negatif seseorang terhadap
seseorang individu, sesuatu pekara atau sesuatu keadaan (Gagne & Briggs, 1974).
Menurut Baharudin (2002), pelajar yang tidak mempunyai minat terhadap Matematik
kebanyakannya memperolehi markah yang rendah dalam ujian dan peperiksaan.
Lemah Matematik adalah berpunca daripada diri pelajar itu sendiri yang tidak
suka akan Matematik serta tidak mahu menerima mata pelajaran Matematik dengan
terbuka. Ideologi pelajar yang tidak menyiapkan kerja dengan inisiatif sendiri telah
6
membuktikan sikap negatif mereka terhadap mata pelajaran Matematik khususnya.
Selain itu, menurut Nor Azian (2002), sikap pelajar yang tidak mempunyai keyakinan
asas yang kukuh dalam konsep dan kemahiran menyelesaikan masalah serta keengganan
untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang bercirikan Matematik menunjukkan bahawa diri
mereka terlalu bencikan Matematik.
1.1.3 Kekeliruan Pada Simbol Matematik
Matematik bukan sahaja dianggap abstrak malah pelajar menganggapnya
membebankan dan mengelirukan. Pelajar merasakan mempelajari simbol-simbol,
konsep dan istilah-istilah dalam Matematik sebagai pembelajaran bahasa asing (Handrik,
Radatz, 1979). Menurut Fong (1984), Matematik banyak melibatkan penggunaan
lambang-lambang atau simbol-simbol. Ini menimbulkan masalah bagi pelajar untuk
memahami konsep sebenar yang ingin disampaikan dalam penulisan Matematik
tersebut. Menurut Liew dan Muhammad Saridan (1989), sesetengah tatanda Matematik
juga menimbulkan kesukaran intrinsik kepada pelajar.
Menurut Sharifah Norul Akmar (1997), di antara operasi penambahan dan
operasi penolakan, operasi penolakan yang membabitkan integer adalah lebih banyak
menimbulkan kekeliruan dan seterusnya salah tafsir. Ini disebabkan simbol pada nombor
negatif adalah sama dengan simbol operasi tolak. Hal ini turut disokong oleh Aze
(1989), di mana pelajar tidak mempunyai sebarang masalah menggunakan operasi tolak
ke atas nombor sebelum sifar. Tetapi apabila menyelesaikan masalah melibatkan operasi
tolak ke atas nombor negatif, didapati pelajar tersebut menghadapi masalah.
7
1.2 Pernyataan Masalah
Merujuk kepada huraian permasalahan yang dikemukakan di bahagian latar
belakang masalah, penyelidik ingin mengkaji sejauh mana tahap kefahaman di kalangan
pelajar tingkatan dua bagi topik nombor negatif.
1.3 Objektif Kajian
Bagi menjawab pernyataan masalah di atas, penyelidik telah membentuk
beberapa objektif kajian :
1.3.1 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar tingkatan dua bagi topik nombor negatif.
1.3.2 Mengenalpasti pertalian antara Pencapaian Matematik Tingkatan Satu dengan
Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Nombor Negatif.
1.3.3 Mengenalpasti bentuk kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam topik
nombor negatif.
1.4 Persoalan Kajian
Bagi menghuraikan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah
dibentuk :
1.4.1 Apakah tahap kefahaman pelajar tingkatan dua bagi topik nombor negatif?
1.4.2 Adakah terdapat pertalian antara Pencapaian Matematik Tingkatan Satu dengan
Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Nombor Negatif?
1.4.3 Apakah bentuk kesilapan lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam topik nombor
negatif?