universiti teknologi malaysia - fp.utm.my€¦v abstrak kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti...
TRANSCRIPT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR BAGI TAJUK ASID DAN BES MENGIKUT
ARAS MAKROSKOPIK, MIKROSKOPIK DAN PERSIMBOLAN
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya NOOR ANISZAH BT BAIJAN
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANDATANGAN PENYELIA)
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: NO 73, JLN HIDAYAH, KG TENGAH RENGGAM, 86300 RENGGAM, KLUANG,JOHOR Tarikh: 22-02-2011 Tarikh: 22-02-2011
PROF MADYA AZIZ BIN NORDIN (Nama Penyelia)
Disahkan Oleh,
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia.
Tandatangan : ……………………………………….......................
Nama Penyelia : PROF MADYA AZIZ BIN NORDIN
22-02-2011
Tarikh : ……………………………………….......................
PENGESAHAN PENYELIA
i
TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR BAGI TAJUK ASID DAN BES
MENGIKUT ARAS MAKROSKOPIK, MIKROSKOPIK DAN
PERSIMBOLAN
NOOR ANISZAH BINTI BAIJAN
Disertasi ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan ( Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ..........................................................
Nama Penulis: NOOR ANISZAH BINTI BAIJAN
Tarikh: 22 FEBRUARI 2011
iii
Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana mengizinkan saya
menyempurnakan kajian ini. Ucapan terima kasih teristimewa buat
suami tersayang,
Mohd Shahri bin Razali
Yang telah banyak memberi dorongan dan nasihat sepanjang pengajian
di samping iringan doa dan pengorbanan yang tiada putusnya
Buat Ibu dan Ayah yang dikasihi,
Pn Sainam bt Denan dan En Baijan b Kandar
Adik- adik yang banyak membantu,
Aina, fazilah…
serta semua ahli keluarga,
terakhir sekali buat rakan-rakan
sekalung ucapan terima kasih kerana sentiasa memberi perangsang dan
semangat…
semoga sentiasa diberkati olehnya..
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan izinNYA saya dapat
menyempurnakan tesis ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad S.A.W Keluarga dan para sahabatNYA.
Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia
disertasi Profesor Madya Aziz bin Nordin yang tidak jemu-jemu member bimbingan
dan tunjuk ajar serta nasihat yang berguna. Justeru, ucapan terima kasih saya
ucapkan kepada PM Dr Seth b Sulaiman, PM Dr Yusof bin Arshad dan Dr Fatin Alia
di atas pandangan yang diberikan dalam usaha untuk memperbaiki kajian ini.
Setinggi terima kasih juga kepada rakan seperjuangan, pensyarah-pensyarah
yang pernah memberi tunjuk ajar sepanjang saya berada di UTM ini. Tidak lupa
juga kepada para pelajar daripada empat buah sekolah, SMK Taman Universiti,
SMK Seri Skudai, SMK Taman Universiti 2 dan SMK Desa Skudai yang memberi
kerjasama untuk menjayakan kajian ini. Semoga ALLAH akan member sebaik-
baiknya ganjaran dan balasan di atas sumbangan yang diberi
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman pelajar terhadap tajuk asid dan bes menerusi aras makroskopik, aras mikroskopik dan aras persimbolan. Seramai 240 responden daripada empat buah sekolah menengah kebangsaan di sekitar Taman Universiti dan Skudai telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik dalam kajian ini mengandungi 20 soalan yang berbentuk soalan terbuka. Soal selidik yang telah dijawab oleh responden ditanda dan dikodkan sebelum dimasukkan ke dalam SPSS untuk mendapatkan nilai min, peratusan dan kekerapan. Hasil analisis kajian ini mendapati pelajar lebih menguasai aras makroskopik dengan nilai min 5.23 daripada 12 diikuti aras persimbolan dengan nilai min 3.13 daripada 10 dan aras mikroskopik merupakan aras paling lemah dikuasai oleh pelajar dengan nilai min 1.93 daripada 9. Bagi mengatasi masalah ini, satu modul pengajaran Kimia telah dibina sebagai panduan kepada para guru dan pelajar. Modul ini memberi penekanan khusus pada aras mikroskopik kerana dapatan kajian mendapati aras ini paling lemah dikuasai oleh pelajar. Dengan adanya modul ini diharapkan agar pelajar dapat memahami dengan lebih baik tajuk asid dan bes pada aras mikroskopik.
vi
ABSRTACT
This research was conducted to determine students’ understanding of acid and bases
at macroscopic level, microscopic level and symbolic level. A total of 240 students
from four different secondary schools in Taman Universiti and Skudai participated in
this research. Open – ended questionnaire was used in this research which contains
20 questions. The answered questionnaires were then checked and coded before
analyzed using SPSS software to obtain the mean, percentage and frequencies. The
finding shows that students capable to understand macroscopic level with mean
value 5.23 out of 12, followed by symbolic level with mean 3.13 out of 12 and the
lowest level was microscopic level with the mean value 1.93 out of 9. To solve the
problem, a learning module was prepared as a guideline for teachers and as a
reference for students. The module was focus on microscopic level because this level
is the lowest level from other level. Hopefully, this module enables students to
understand acid and bases easily.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Aras makroskopik, mikroskopik dan persimbolan
dalam pendidikan kimia 3
1.3 Latar Belakang masalah 6
1.4 Pernyataan Masalah 8
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Persoalan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
viii
1.8 Kerangka Kajian 11
1.9 Kepentingan Kajian 13
1.10 Definisi Operasional 14
1.11 Kesimpulan 16
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Perkembangan Kajian 17
2.3 Pengertian aras makroskopik, aras mikroskopik dan
aras persimbolan dalam pendidikan kimia 18
2.4 Perkaitan aras makroskopik, mikroskopik dan
Persimbolan dalam pengajaran kimia 20
2.5 Kajian berkenaan dengan asid dan bes 22
2.6 Kesimpulan 27
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 29
3.3 Tempat Kajian 29
3.4 Pemboleh ubah kajian 30
3.5 Populasi Dan Sampel 30
3.6 Alat Kajian 31
3.7 Kajian Rintis 34
3.8 Analisis Data 35
3.9 Kesimpulan 36
4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN
4.1 Pendahuluan 37
4.2 Analisis Deskriptif bagi Nilai Min untuk
Aras Makroskopik, Aras Mikroskopik dan
Aras Persimbolan 38
ix
4.3 Tahap Penilaian Min berdasarkan Peratusan
bagi Kesemua aras. 39
4.4 Tahap Penilaian Min berdasarkan Peratusan bagi
Aras Makroskopik 40
4.5 Tahap Penilaian Min berdasarkan Peratusan bagi
Aras Mikroskopik 42
4.6 Tahap Penilaian Min berdasarkan Peratusan bagi
Aras Persimbolan 45
4.7 Perbincangan Salah Faham Pelajar daripada
Hasil Kajian 47
4.8 Kesimpulan 59
5 CADANGAN MODUL PEMBELAJARAN KIMIA
5.1 Pendahuluan 60
5.2 Rasional Pembinaan Modul Pembelajaran Kimia 61
5.3 Pembinaan Modul Pengajaran 62
5.3.1 Pengenalan Pembelajaran Masteri 62
5.3.2 Konsep Pembelajaran Masteri 64 5
5.4 Modul Pembelajaran Kimia dan contoh
Modul Pengajaran Kimia 71
5.5 Kesimpulan 93
6 CADANGAN LANJUTAN
6.1 Pendahuluan 94
6.2 Cadangan Kajian Lanjutan 95
6.3 Penutup 96
RUJUKAN 97
x
LAMPIRAN 106
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.1 Kriteria dalam Tajuk asid bes 34
3.2 Pembahagian Soalan mengikut skop 36
4.1 Tahap Penilaian Min berdasarkan peratusan 40
4.2 Nilai Min dan Peratusan untuk kesemua aras 41
4.3 Nilai Min berdasarkan Peratusan Markah bagi
semua aras 41
4.4 Nilai Min berdasarkan Peratusan Markah
bagi aras makroskopik 42
4.5 Nilai Min berdasarkan Peratusan bagi aras mikroskopik 43
4.6 Nilai Min berdasarkan Peratusan bagi aras Persimbolan 44
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
1.9 Kerangka kajian 12
5.1 Langkah-langkah dalam Model Pembelajaran Masteri 72
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sains merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh
semua pelajar di Malaysia. Pendidikan sains secara formal mula diterapkan seawal
tahun satu di setiap sekolah di negara ini. Pendidikan sains bertujuan untuk memberi
penerangan mengenai fenomena yang berlaku di persekitaran manusia. Ia juga dapat
menghuraikan punca-punca berlakunya sesuatu kejadian secara sistematik dan boleh
diuji semula melalui eksperimen. Hal ini menyebabkan ianya menjadi tarikan yang
kuat dalam kalangan saintis untuk mengujinya (Shahrir,1987).
Sejarah pendidikan sains di Malaysia bermula pada tahun 1931 di mana pada
ketika itu, pendidikan sains menggunakan Kurikulum Asas di negeri Melayu
bersekutu. Sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1941, pelaksanaan program tersebut
tergendala kerana berlakunya Perang Dunia ke-2. Sebaik saja tamat perangan dunia
ke-2, pendidikan sains masih lagi tidak diteruskan sehinggalah tahun 1956 di mana
pada tahun tersebut, Penyata Razak diperkenalkan. Kandungan dalam Penyata
Razak menyatakan mata pelajaran sains wajib diikuti oleh semua pelajar bermula
dari sekolah rendah sehingga peringkat menengah atas (Abu Hassan, 2001).
Pembaharuan kurikulum sains peringkat sekolah di Malaysia yang berlaku secara
besar-besaran dan bersistem mula digerakkan pada tahun 1960-an. Pada ketika itu,
Sains Moden diperkenalkan bagi menggantikan Sains Tradisional. Perubahan ini
mula dilaksanakan pada tahun 1975 (Abu Hassan, 2001). Sains Tradisional mula
menekankan kepada fakta sains, hukum dan teori serta aplikasi teknologi
(Klopfer,1971). Kurikulum Sains moden diadaptasi daripada Kurikulum Sains
Nuffield di Scotland. Kurikulum ini memberi penekanan kepada sifat, struktur dan
kesatuan ilmu sains dan proses inkuiri saintifik.
Bermula tahun 1980-an, satu lagi sistem pendidikan diperkenalkan bagi
menyelaraskan pendidikan yang ada di negara ini. KBSR merupakan singkatan
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diperkenalkan pada tahun 1987
manakala KBSM yang merupakan singkatan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah mula dilaksanakan sepenuhnya pada 1989. KBSM diperkenalkan dan
dilaksanakan untuk melahirkan generasi yang berpengetahuan serta berkemahiran
disamping mempunyai sikap tanggungjawab dan pekerti mulia (Abu Hassan, 2001).
Kurikulum yang digubal memberi penekanan kepada perkembangan diri
seseorang individu secara seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Bagi kurikulum sains yang terkandung dalam KBSM, pelajar
didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran asas dalam sains ke arah
pembentukan satu masyarakat yang celik sains dan teknologi. Bagi mencapai
matlamat ini, para pelajar turut didedahkan dengan pengalaman dan pembelajaran
secara menyeluruh. Program Sains KBSM menawarkan mata pelajaran teras seperti
sains dan mata pelajaran elektif seperti kimia, fizik, biologi dan sains tambahan
(Meor Ibrahim, 2001). Sains teras dipelajari seawal sekolah rendah sehingga pelajar
tamat tingkatan tiga manakala mata pelajaran elektif diambil ketika pelajar dalam
tingkatan empat dan tingkatan lima.
Bagi menyampaikan ilmu sains teras mahupun sains elektif secara efektif,
pelbagai pendekatan, kaedah dan konsep pengajaran harus dirancang oleh para guru.
Hal ini kerana kajian di peringkat antarabangsa menunjukkan prestasi sains pelajar
Malaysia jauh lebih rendah berbanding dengan negara-negara seperti United
Kindom, United State dan Singapura (KPM, 1995). Menurut laporan Lembaga
Peperiksaan Malaysia pada tahun 1996, kelemahan pelajar Malaysia yang paling
ketara dalam mata pelajaran sains adalah soalan yang memerlukan kemahiran intelek
yang tinggi. Menurut Bou (1992), ramai pelajar yang berpendapat sains merupakkan
mata pelajaran yang sukar difahami. Kajian mendapati kesukaran pelajar dalam
mata pelajaran sains adalah disebabkan pelajar tidak memahami konsep sains dan
pendekatan pengajaran yang kurang berkesan.
Menurut Chan (1998), kebanyakan guru di Malaysia menggunakan
pendekatan tradisional dalam pengajaran. Dalam mata pelajaran sains, pendekatan
tradisional sangat tidak digalakkan kerana tidak membantu pelajar memahami
pengajaran malah pendekatan ini boleh menyebabkan berlakunya salah konsep
dalam pengajaran kimia. Tambahan lagi, kebanyakan BBM (bahan bantu mengajar)
yang disediakan di sekolah-sekolah hanya menjurus kepada penerangan melalui aras
makroskopik. Pelajar hanya berpeluang mendekati aras mikroskopik melalui
eksperimen. Namun begitu, tanpa penerangan dari guru atau bahan bantu mengajar
yang bersesuaian, pelajar tidak dapat memahami fenomena sains dari aras
mikroskopik. Oleh yang demikian, satu modul pengajaran kimia yang dapat
membantu pelajar menguasai kimia menerusai kesemua aras akan dibina bagi
menangani isu ini.
1.2 Aras Makroskopik, Mikroskopik dan Persimbolan dalam Pengajaran
Kimia
Kimia adalah satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara
makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan dan penghasilan serta
penggunaan bahan. Mata pelajaran Kimia merupakan satu mata pelajaran elektif
yang dijalankan dalam tempoh dua tahun untuk pelajar tingkatan empat dan lima
dengan tujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.
Satu daripada matlamat penting pembelajaran sains ialah penguasaan pelajar
terhadap konsep dan prinsip utama dalam sains seperti ikatan, struktur, kereaktifan,
keseimbangan, keasidan dan sebagainya (Johari et al. 2007). Walau bagaimanapun,
ianya amat sukar untuk dikuasai di kalangan pelajar kerana ia melibatkan
penyiasatan terhadap fenomena yang kompleks, abstrak dan tidak dapat dikaji secara
langsung (Gable, 1998; Krajcik, 1991; Nakhleh, 1992). Dalam memahami konsep
ini, ia melibatkan kemampuan untuk bergerak secara lancar pada tiga aras yang
berkait (Jonstone, 1993; Gable, 1999, Treagust dan Chittleborought, 2001) iaitu aras
makroskopik, aras mikroskopik dan aras persimbolan. Menurut Johari et al. (2007),
aras makroskopik merujuk kepada pengalaman terhadap pemerhatian persekitaran
sama ada di makmal atau kehidupan seharian seperti perubahan warna, pembentukan
mendakan, perubahan nyalaan api dalam tindak balas kimia. Aras makroskopik
boleh diklasifikasikan sebagai peringkat konkrit kerana pelajar dapat melihat sesuatu
perubahan atau fenomena sains daripada mata kasar. Sebagai contoh, daripada
pemerhatian, pelajar mendapati Plumbum Bromida dalam keadaan pepejal tidak
dapat menyalakan mentol manakala Plumbum Bromida dalam keadaan leburan boleh
menyalakan mentol. Pada aras makroskopik pelajar akan didedahkan dengan
pemerhatian-pemerhatian hasil daripada ujikaji yang dilakukan.
Aras mikroskopik pula merujuk kepada dunia zarah yang seni (atom, ion
dan molekul) yang menjadi asas pemahaman kimia untuk memperihalkan aras
makroskopik seperti pergerakan dan tindak balas zarah-zarah dalam tindak balas
kimia. Kajian lepas mendapati pelajar amat tidak dapat menguasai aras
mikroskopik dan menghadapi banyak salah konsep sains (Garnet et al., 1995;
Nakhleh, 1992) kerana aras mikroskopik hanya boleh didekati melalui penggunaan
model konkrit, analogi dan grafik (Gabel 1986; Johnstone, 1991). Aras
mikroskopik melibatkan konsep, teori dan prinsip yang memerlukan penerangan
tentang apa yang dapat diperhatikan pada peringkat makroskopik. Sebagai contoh,
daripada pemerhatian dalam ujikaji kekonduksian plumbum bromida dalam
keadaan pepejal dan leburan, pelajar akan diterangkan mengapa plumbum bromida
dalam keadaan pepejal, tidak memberi nyalaan kepada mentol manakala dalam
keadaan leburan, memberi nyalaan. Penerangan daripada guru haruslah dari segi
susunan atom, pergerakan ion-ion positif ke arah katod dan ion-ion negatif menuju
ke anod dalam litar elektrik. Guru juga perlu menvisualkan penerangan tersebut
dalam satu rajah ringkas yang mengandungi ion-ion positif dan ion–ion negatif
yang bebas bergerak. Ini akan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah
mengapa kedua-dua hasil pemerhatian berbeza.
Aras persimbolan menggambarkan identiti zarah seperti persamaan kimia dan
persamaan matematik bagi menerangkan keseimbangan. Menurut Taber (2009)
dalam jurnal “Learning at the Symbolic Level”, aras persimbolan adalah aras
pengantaraan antara aras makroskopik dan aras mikroskopik. Aras persimbolan
merupakan pengulangan kepada aras makroskopik dan aras mikroskopik.
Berdasarkan penjelasan aras makroskopik dan mikroskopik dalam ujikaji
kekonduksian plumbum bromida dalam keadaan pepejal dan larutan, satu persamaan
ion dapat dibina mewakili aras persimbolan
(PbBr2 Pb2+ + 2Br-)
Salah satu masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam subjek sains adalah
mereka tidak mempunyai imaginasi yang tinggi untuk proses-proses yang berlaku
dalam sains itu sendiri. Buku teks serta buku rujukan tidak dapat menunjukkan
proses-proses sains dalam aras mikroskopik dengan jelas dan berkesan. Jadi ini
menyukarkan para pelajar untuk memahami subjek sains kerana di dalam subjek
sains ini terdapat banyak proses yang berlaku. Disebabkan kegagalan mereka untuk
memahami proses-proses yang abstrak ini merupakan kegagalan utama bagi mereka
untuk menguasai subjek sains. Di sini para guru amat memerlukan bantuan
penggunaan BBM (bahan bantu mengajar) dalam proses pengajarann mereka. Ini
adalah kerana ia dapat membantu untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar
menerangkan proses yang abstrak.
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah satu alternatif dalam usaha membantu pelajar memahami isi pengajaran yang
disampaikan oleh guru. Guru seharusnya kreatif untuk menarik minat pelajar ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Menurut Mok Soon Sang (1996)
penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah penting kerana dapat membantu kerana guru menyampaikan pengajaran
dengan mudah, cepat serta menarik. Namun begitu, Bahan Bantu Mengajar yang
digunakan haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam pengajaran kimia, selain bahan-bahan multimedia, modul pengajaran juga
boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Namun begitu, guru harus bijak
memilih modul yang bersesuaian agar objektif pengajaran dapat dicapai pada akhir
waktu pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Latar Belakang Masalah
Matlamat kurikulum Kimia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kimia dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan
nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan
harian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000 a). Kurikulum yang direcanakan akan
dapat direalisasikan seandainya guru-guru yang menyampaikan ilmu Kimia
menggunakan pendekatan yang berkesan kepada para pelajar. Kajian mendapati,
kebanyakan guru sains menggunakan pendekatan tradisional ketika proses
pengajaran dan pembelajaran (Chan, 1998).
Kajian mendapati dalam pengajaran dan pembelajaran Kimia, kebanyakan
guru memberi penekanan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran lebih daripada
menjalankan aktiviti pemerolehan Sains (Norasyikin, 2002). Guru juga kurang
memberi peluang kepada pelajar agar aktif dalam kelas. Pembelajaran berpusatkan
pelajar yang diwar-warkan oleh pihak kementerian satu ketika dahulu tidak dapat
dilaksanakan dengan jayanya lantaran kesibukan para guru untuk menghabiskan
sukatan mata pelajaran. Oleh yang demikian, sebagai natijahnya, pelajar bukan
sahaja gagal mencernakan ilmu kimia yang dipelajari malah gagal untuk mengaitkan
ilmu tersebut dengan fenomena yang berlaku dalam kehidupan pelajar. Ini selari
dengan dapatan kajian tahap kefahaman pelajar terhadap konsep asid-bes dan
aplikasinya dalam kehidupan harian yang mendapati tahap kefahaman dan
pengaplikasian konsep asid-bes dalam kehidupan harian dalam kalangan pelajar
masing-masing adalah sederhana dan lemah (Tan, 2007).
Pengajaran Sains berkonsepkan aras makroskopik, mikroskopik dan
persimbolan bukan sesuatu yang asing dalam dunia pendidikan negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat, Australia dan Singapura (Treagust & Gilbert, 2009).
Ketiga-tiga aras ini telah dipraktikkan untuk membantu pelajar menguasai suatu
topik pembelajaran dengan mudah dan berkesan oleh yang demikian, ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru dicadangkan untuk mengaitkan
ketiga-tiga aras ini kerana aras makroskopik, mikroskopik dan persimbolan
membantu pemahaman pelajar dan ianya juga saling bergantungan antara satu
dengan lain. Johnstone (2002) mencadangkan pengajaran kimia bermula dengan
aras makroskopik dan diikuti dengan aras persimbolan. Hal ini kerana menurut
beliau, dua aras ini boleh divisualisasikan atau boleh dikonkritkan dengan membina
model-model tertentu. Aras mikroskopik merupakan aras yang agak sukar difahami
kerana ianya berkaitan dengan struktur atom, pergerakan ion dan sebagainya di mana
pelajar tidak dapat melihat dengan mata kasar. Johnstone dan El-Bana (1986) sangat
mengalakkan pelajar mempelajari suatu konsep kimia yang baru dengan mengaitkan
konsep tersebut dengan aras makroskopik, mikroskopik dan persimbolan.
Menurut Norliza (2008) dalam sistem pendidikan di Malaysia, mata pelajaran
kimia adalah antara mata pelajaran yang digeruni oleh pelajar-pelajar kerana mereka
menganggap kimia mata pelajaran yang paling sukar untuk dikuasai. Hasil kajian
mendapati pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari sub tajuk-sub tajuk
tertentu (Norliza, 2008). Oleh yang demikian, satu kajian haruslah dilakukan untuk
melihat tahap pemahaman pelajar terhadap aras makroskopik, aras mikroskopik dan
aras persimbolan dalam tajuk asid bes. Topik asid bes dipilih kerana pemahaman
konsep asid bes akan mempengaruhi pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, ramai pelajar menghadapi masalah dalam mempelajari asid dan bes
(Garnet et al., 1995) menyebabkan tajuk ini sesuai untuk dikaji. Tajuk ini dianggap
sukar oleh pelajar kerana pelajar sering keliru dalam memberi pengertian pada asid,
bes dan alkali, skala pH, peranan air dalam pembentukan asid dan bes, proses
peneutralan dan penggunaan kemahiran matematik dalam peneutralan (Nakleh dan
Krajcik, 1993). Kajian di Perancis yang melibatkan 400 orang pelajar universiti tahun
pertama, menunjukkan pelajar lebih biasa dengan tajuk asid berbanding dengan tajuk
bes. Mereka mempunyai pengetahuan yang baik terhadap konsep dari segi takrifan atau
definisi bagi istilah-istilah Sains yang dikaji tetapi mereka lemah dalam membuat
tafsiran yang konkrit berdasarkan fenomena yang diperhatikan, seperti haba akan
dibebaskan semasa tindak balas antara suatu asid dengan bes.
1.4 Penyataan Masalah
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa aras
makroskopik, mikroskopik dan persimbolan adalah tiga aras yang saling berkait
dalam membentuk pemahaman pelajar dalam pengajaran Kimia. Kegagalan pelajar
menguasai pembelajaran Kimia mengikut aras-aras ini boleh menyebabkan
berlakunya salah konsep dalam Kimia dan ini mengganggu pemahaman mereka
dalam mempelajari topik-topik berikutnya. Kepentingan ketiga-tiga aras ini dalam
pendidikan Kimia dapat dibuktikan menerusi kajian-kajian luar negara mengenai
kebaikan aras-aras ini. Aktiviti-aktiviti seperti membuat eksperimen, menjalankan
“hands on activities” dan sebagainya merupakan contoh pendekatan pengajaran
secara makroskopik di mana pelajar dapat melihat perubahan-perubahan fizikal
dalam satu fenomena sains. Bahan-bahan bantu mengajar seperti model-model
struktur atom dan perisian multimedia yang canggih telah digunakan di negara-
negara maju untuk membantu pelajar menguasai tajuk-tajuk dengan menggunakan
kesemua aras. Namun begitu, senario ini tidak berlaku di Malaysia. Hal ini kerana,
menurut Chan (1998), kebanyakan guru-guru di Malaysia menggunakan pendekatan
tradisional dalam pengajaran. Kaedah tradisional tidak sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran sains kerana tidak dapat menerangkan fenomena pada
aras mikroskopik. Sejajar dengan penjelasan di atas, satu kajian untuk mengukur
tahap pemahaman pelajar terhadap tajuk asid bes mengikut aras makroskopik,
mikroskopik dan persimbolan dijalankan untuk mencari jawapan kepada
permasalahan ini dan satu modul pembelajaran dibentuk berdasarkan dapatan kajian.
1.5 Objektif Kajian
Daripada penyataan masalah di atas, maka objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap pemahaman pelajar mengenai konsep asid dan bes
mengikut aras makroskopik, aras mikroskopik dan aras persimbolan.
2. Membina Modul Pembelajaran Kimia bagi tajuk asid dan bes bersesuaian
dengan dapatan kajian.
1.6 Persoalan Kajian
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menjawab beberapa persoalan kajian.
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap pemahaman pelajar mengenai konsep asid dan bes mengikut
aras makroskopik, aras mikroskopik dan aras persimbolan?
2. Apakah contoh Modul Pembelajaran Kimia bagi tajuk asid dan bes
bersesuaian dengan dapatan kajian ?
1.7 Batasan kajian
Kajian yang dijalankan ini terbatas kepada perkara-perkara berikut:
a. Lokasi kajian hanya tertumpu kepada sekolah menengah di sekitar
Skudai sahaja. Data yang diperoleh tidak boleh digeneralisasikan semua
sekolah menengah di Malaysia kerana maklumat yang diperoleh terbatas
kepada sekolah sekolah yang terlibat sahaja.
b. Responden hanya terdiri daripada pelajar tingkatan lima yang
mengambil mata pelajaran kimia. Tajuk yang diuji hanya tajuk asid dan bes
sahaja.
c. Kajian ini hanya mengukur tahap pemahaman pelajar terhadap konsep
asid dan bes mengikut aras makroskopik, aras mikroskopik dan aras
persimbolan.