universiti teknologi malaysia - fp.utm.my€¦ · setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PENGETAHUAN BAKAL GURU SAINS TENTANG
PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMAL
SESSI PENGAJIAN : 2008/2009
SAYA : NORMI ZULFA BT MOHD ISHA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universisti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universisti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT
TERHAD TIDAK TERHAD
(mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO.1 MESS PEGAWAI, MEOR IBRAHIM B KAMARUDDIN JABATAN PERTANIAN SEBERANG Nama Penyelia PERAK, 36000 TELUK INTAN, PERAK Tarikh : 29 APRIL 2009 Tarikh : 29 APRIL 2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ”
Tandatangan : __________________________________
Nama Penyelia : EN MEOR IBRAHIM B KAMARUDDIN
Tarikh : 29 APRIL 2009
PENGETAHUAN BAKAL GURU SAINS TENTANG PERATURAN DAN
KESELAMATAN MAKMAL
NORMI ZULFA BT MOHD ISHA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2009
ii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”
Tandatangan : ____________________________
Nama Penulis : NORMI ZULFA BT MOHD ISHA
Tarikh : 29 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Tuhanku
Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan pada-Mu
Ku syukuri atas setiap anugerah-Mu yang tidak ternilai
Hanya kepada-Mu aku berserah dan memohon pertolongan
Teristimewa buat abah dan ibu yang disayangi
Mohd Isha Bin Mohd Ariffin dan Normah Bt Maatan
Kasih sayangmu adalah segala-galanya bagiku
Doa dan restumu mengiringi setiap detik perjalanan hidupku
Tiap langkah kuingati pengorbananmu
Kakak dan adik-adik yang dikasihi
Normi Zulaika, Normi Zarifah dan Normi Zafirah
Semoga beroleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat
Para pensyarah yang dihormati
Terima kasih atas ilmu yang diberikan
Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan
Sahabat-sahabat yang diingati
Pahit manis yang kita harungi bersama akan kusemat di hati selamanya
Semoga kejayaan milik kita bersama
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat
junjungan Rasulullah SAW. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini
dapat disiapkan hingga ke noktah terakhir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia
Projek Sarjana Muda (PSM) yang dihormati, En. Meor Ibrahim Bin Kamaruddin atas
segala bimbingan, tunjuk ajar, semangat dan sumbangan idea yang cukup bernas
sepanjang menyiapkan laporan PSM ini.
Jutaan terima kasih juga ditujukan buat para pensyarah di Fakulti Pendidikan,
UTM, Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM dan rakan-rakan seperjuangan yang telah
banyak membantu dan memberikan sokongan sepanjang tempoh menyempurnakan kajian
ini.
Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang
diberikan, diberkati oleh Allah SWT. Mudah-mudahan hasil kajian ini memberi
manfaat kepada semua pembaca.
v
ABSTRAK
Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung
di dalam makmal sains. Pengetahuan guru tentang peraturan dan langkah keselamatan
di dalam makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Oleh itu, kajian ini
bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan bakal guru Sains Universiti Teknologi
Malaysia tentang peraturan dan keselamatan makmal. Tiga aspek utama yang dikaji
ialah peraturan am, teknik penggunaan peralatan dan cara pengendalian bahan kimia
di dalam makmal sains. Kajian yang dijalankan berbentuk diskriptif iaitu
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebanyak 44 orang pelajar tahun
3 dan 4 Kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains diambil sebagai sampel
kajian. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical
Packages For Social Science Version 16.0 (SPSS V16.0 for Windows) berdasarkan
kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan bakal
guru sains secara keseluruhan tentang peraturan dan keselamatan makmal adalah
tinggi (min 3.87). Beberapa cadangan kajian juga dikemukakan pada akhir kajian ini.
vi
ABSTRACT
Laboratory activities are central to the teaching of science. Adherence to laboratory
safety rules is very important to ensure smooth teaching and learning process, besides
avoiding any untoward accidents. The objective of this research is to determine the
level of knowledge of student teachers from UTM in the safety of laboratory. Three
main aspects of the safety were investigated: The general rules, The techniques on
using apparatus and The techniques of handling chemicals. A set of questionnaire was
used to collect data. 44 Year Three and Four Bachelor of Science and Science
Education students were involved as the sample of this research. The data obtain was
processed by using Statistical Packages for Social Science Version 16.0 software
(SPSS V16.0 for windows), and presented as frequencies, percentages and means. The
result of this research showed that the teachers’ knowledge about the rules and safety
of the laboratory was high (mean 3.87). Some suggestions were given at the end of
this research.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS
AKUAN PENYELIA
MUKA DEPAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Skop Kajian 9
1.9 Daftar Istilah 10
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Kepentingan Amali dalam Matapelajaran
Sains
12
2.3 Kepentingan Mengutamakan Keselamatan Makmal 14
2.4 Peraturan makmal Sains 15
2.5 Kaedah Penyimpanan Bahan Kimia dan
Radas
17
2.6 Bahan-bahan Kimia Berbahaya di dalam
Makmal
18
2.7 Teknik Pertolongan Cemas 19
2.8 Kajian Tahap Pengetahuan Tentang Peraturan dan
Keselamatan Makmal
19
2.9 Penutup
20
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 22
3.1 Rekabentuk Kajian 22
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 23
3.3 Instrumen Kajian 23
3.4 Prosedur Kajian 25
3.5 Kajian Rintis 26
3.6 Analisis Data 27
3.7 Penutup 28
4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 29
4.2 Analisis Bahagian A (Latar Belakang
Responden)
4.2.1 Responden Mengikut Jantina
4.2.2 Responden Mengikut Aliran SPM
4.2.3 Responden Mengikut Umur
29
30
30
31
4.3 Analisis Bahagian B dan Perbincangan
4.3.1 Analisis Tahap Pengetahuan Secara
Keseluruhan
4.3.2 Analisis Aspek Peraturan Am Di
Dalam Makmal
4.3.3 Analisis Aspek Teknik Pengendalian
Peralatan Di Dalam Makmal Sains
4.3.4 Analisis Tahap Pengendalian Bahan
Kimia Di Dalam Makmal Sains
31
32
33
35
38
4.4 Penutup 40
5 KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN
KAJIAN LANJUTAN
5.1 Pengenalan 41
5.2 Kesimpulan 41
5.3 Implikasi Kajian 43
5.4 Cadangan Tindakan 45
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 46
5.6 Penutup 48
RUJUKAN
49
LAMPIRAN 54
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan Responden Mengikut Kursus
23
3.2 Kategori Item Berdasarkan Bentuk Penyataan
25
3.3 Skala Likert 5 Mata
25
3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min
28
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
30
4.2 Taburan Responden Mengikut Aliran Semasa SPM
30
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur
31
4.4 Taburan Min Tiga Aspek Yang Dikaji
32
4.5 Taburan Min Bagi Aspek Peraturan Am Di Dalam Makmal
33
4.6 Taburan Min Bagi Aspek Teknik Pengendalian Peralatan Di Dalam Makmal
36
4.7 Taburan Min Bagi Aspek Cara Mengendalikan Bahan Kimia Di Dalam Makmal Sains
38
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Analisis Kebolehpercayaan
C Pengesahan Status Tesis
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Salah satu cabaran yang perlu ditangani bagi merealisasikan Wawasan 2020
menyentuh secara khusus kepentingan sains dan teknologi iaitu mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh serta menjadi
penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi di masa hadapan. Bagi mencapai
cabaran ini, negara perlu menyediakan rakyat yang kreatif dan berketrampilan dalam
sains dan teknologi
Penekanan terhadap mata pelajaran sains dan teknologi diterap secara khusus
dalam pendidikan di sekolah pada masa kini. Ini menjadi cabaran kepada para guru
bagi mewujudkan masyarakat saintifik yang dapat menyumbang kepada tamadun sains
dan teknologi. Sebagai pelaksana kurikulum pendidikan sains, para pendidik perlu
memikul tanggungjawab bersama bagi melatih bakal-bakal saintis atau mensainskan
masyarakat supaya ianya seiring dengan wawasan negara.
2
Mereka yang terlibat dalam sektor sains sudah tentu tidak dapat berpisah
daripada melakukan kerja-kerja amali di dalam makmal. Ini kerana makmal adalah
tempat di mana segala teori dipraktikkan serta menguji dan mencipta segala produk
baru berasaskan sains.
Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah
berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang
mengikuti aliran sastera mahupun aliran sains menggunakan makmal sains sekurang-
kurangnya 80 minit setiap minggu.
Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal
sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi
memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu
pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains
adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains
serta mengelakkan berlakunya sebarang kecelakaan.
Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan
baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan semasa bekerja di
dalam makmal. Seperti yang kita sedia maklum, di dalam makmal sains terdapat
banyak bahan kimia yang berbahaya dan peralatan makmal yang boleh menyebabkan
kecederaan sekiranya tidak digunakan dengan betul.
Selain itu, faktor lain yang menyebabkan setiap makmal sains di sekolah perlu
diurus dan diselenggara dengan baik adalah bagi mengelakkan pembaziran dan
memudahkan pencarian bahan kimia dan peralatan yang diperlukan untuk pengajaran.
Ini adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam setiap yang dilakukan, perkara yang perlu diutamakan adalah
keselamatan dan sentiasa mengelak daripada berlakunya kemalangan. Tidak ada
perkara yang lebih penting daripada keselamatan dan mengelakkan berlakunya
kemalangan di rumah, sekolah, kolej, universiti, kilang, lebuhraya, dan tempat
rekreasi (Hein et al., 1986). Oleh itu keselamatan di makmal juga perlu dititikberatkan
kerana risiko berlakunya kemalangan di makmal juga adalah tinggi.
Kemalangan akan mengakibatkan kehilangan harta dan nyawa atau setidak-
tidaknya akan menyebabkan kesakitan. Dengan itu, keselamatan di dalam makmal
perlu diberi perhatian apabila menjalankan kerja-kerja di dalam makmal.
Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri ke 4 pernah menyuarakan
tentang keselamatan dan kesihatan semasa bekerja. Menurut beliau keselamatan dan
kesihatan adalah elemen penting dalam membentuk masyarakat yang penyayang dan
prihatin. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk membentuk negara maju masyarakat
perlulah dididik supaya peka dengan keperluan keselamatan dan kesihatan.
Jadi keselamatan di dalam makmal yang keadaan kerjanya boleh
mendatangkan pelbagai bahaya juga tidak dapat dikecualikan. Perhatian yang
sepenuhnya perlu diberikan terhadap keselamatan di dalam makmal bagi menjamin
keselamatan nyawa dan harta benda.
Satu buku panduan pengurusan dan keselamatan makmal sekolah telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Buku ini
bertujuan membantu guru matapelajaran sains dan pihak pentadbir untuk memastikan
bahawa pelajar di bawah jagaanya dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam
makmal sains dengan selamat.
4
Jadi, amalan dan kesedaran tentang keselamatan makmal perlu dipupuk di
dalam diri setiap pengguna makmal. Keselamatan di dalam makmal hanya akan
terjamin sekiranya semua pengguna makmal sedar dan menjalankan tanggungjawab
mereka dengan sempurna. Dengan itu setiap pengguna makmal khasnya guru-guru
perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan tentang kepentingan
keselamatan dan mengamalkan budaya kerja yang teratur, berdisiplin dan selamat.
Selain itu, budaya kerja secara bekerjasama perlu diwujudkan bagi menjamin
keselamatan diri, orang lain dan harta benda di dalam makmal.
Menurut ahli-ahli sains, kerja-kerja amali yang dilakukan di makmal adalah
bertujuan untuk menguji kebenaran teori yang dipelajari di dalam kelas di samping
memberi peluang kepada para pelajar untuk memperkembangkan kemahiran
manipulatif mereka.
Selain itu kerja-kerja amali juga bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar
menyelesaikan masalah dalam pelajaran melalui penyiasatan. Di mana, aktiviti
penyiasatan ini akan memperkembangkan kemahiran berfikir dan kemahiran sainstifik
dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Semasa menjalankan aktiviti penyiasatan di dalam makmal sains, beberapa
perkara perlu diberi perhatian. Guru dan pelajar tidak boleh semata-mata masuk ke
dalam makmal dengan hanya mengetahui konsep-konsep asas sains sahaja. Mereka
perlu memastikan tempat melakukan aktiviti penyiasatan tersebut berada dalam
keadaan selamat bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Terdapat banyak kejadian kemalangan di makmal telah dilaporkan sejak tahun
1988 lagi. Antaranya kemalangan yang telah dilaporkan adalah kejadian letupan
saluran gas di makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat (Utusan
Malaysia, 2004), pemanasan merkuri oksida yang menyebabkan merkuri masuk ke
5
dalam badan seorang pelajar di Connecticut High School, dua orang pelajar
mengalami kecederaan yang serius kerana memasukkan potassium dikromat ke dalam
sebuah bekas yang mengandungi soda, dan kematian seorang ahli teknikal akibat
terdedah kepada asid hidroflurik pada tahun 1995 (Watson, 2000).
Di dalam KBSM, mata pelajaran sains wajib di ambil oleh semua pelajar sama
ada pelajar aliran sains atau pun tidak. Pelajar-pelajar ini akan terlibat dengan banyak
aktiviti-aktiviti di dalam makmal sains. Ini kerana kebanyakan proses pengajaran dan
pembelajaran sains melibatkan banyak akiviti amali dan demonstrasi oleh guru dan
pelajar. Ini bermaksud para pelajar dan guru akan terdedah secara langsung kepada
risiko kemalangan semasa berada di makmal sains sekolah. Antara risiko yang
mungkin dihadapi oleh guru dan para pelajar melibatkan penggunaan bahan kimia
beracun, bahan mudah terbakar, bahan kimia mengakis, penggunaan radas kaca dan
sebagainya.
Kemalangan di dalam makmal akan berlaku sekiranya guru dan para pelajar
tidak mengambil berat terhadap keselamatan di dalam makmal, kurang pengetahuan
tentang kemahiran mengendalikan radas, mengubah kaedah eksperimen sesuka hati
dan sebagainya.
Menurut Poh Swee Hiang (1999a), langkah yang baik untuk mengurangkan
kadar kemalangan industri adalah dengan memberi pendedahan awal kepada penuntut-
penuntut di bangku sekolah mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan semasa
bekerja. Ini bermakna pendidikan di sekolah merupakan langkah awal yang sangat
penting dalam usaha untuk mengurangkan kemalangan di makmal sains dan di tempat
kerja kelak.
Peraturan dan langkah-langkah keselamatan di makmal ini haruslah diingatkan
oleh guru kepada para pelajar dari masa ke semasa. Guru-guru juga harus memastikan
para pelajar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan di makmal sains bagi mengelakkan
6
berlakunya kejadian kemalangan yang tidak diingini.
Selain itu, guru dan para pelajar perlu tahu serba sedikit tentang prosedur
sekiranya berlaku kecemasan dan cara memberi pertolongan cemas. Guru dan para
pelajar juga seharusnya tahu bahawa semasa berlaku kecemasan mereka tidak
seharusnya gugup dan sentiasa bertenang bagi mengelakkan kejadian yang lebih rumit
berlaku.
Dengan berbekalkan pengetahuan tentang peraturan akeselamatan di dalam
makmal dan langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi, guru akan dapat
mengelakkan dirinya dan para pelajar daripada mengalami kemalangan semasa berada
di makmal sains.
Kemalangan yang berlaku di makmal sains biasanya disebabkan kecuaian dan
kejadian yang di luar jangkaan. Oleh itu, aspek pengurusan dan keselamatan makmal
hendaklah diberi perhatian oleh pihak pentadbir makmal sains dan pihak sekolah
sendiri. Ini kerana, jika kita melihat semula kejadian kemalangan yang pernah berlaku
di makmal sains kebanyakkanya adalah disebabkan pengurusan dan keselamatan
makmal yang tidak terurus dan ketidaksedaran tentang tanggungjawab oleh pengguna
makmal sendiri. Justeru satu kajian harus dijalankan bagi memastikan semua bakal
guru sains tahu tentang peraturan dan keselamatan makmal sains.
1.3 Penyataan Masalah
Aktiviti penyiasatan yang dilakukan di makmal sains mendedahkan para
pelajar dan guru kepada risiko yang tinggi untuk menghadapi kemalangan. Guru sains
yang tidak berpengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal akan menjadi
7
salah satu penyebab berlakunya kemalangan di dalam makmal sains. Oleh hal yang
demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan bakal guru sains
tentang peraturan dan keselamatan di makmal sains.
1.4 Objektif
Objektif kajian ini dijalankan adalah :
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai peraturan
am di dalam makmal sains sekolah.
2. Mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai teknik
penggunaan peralatan di dalam makmal sains sekolah.
3. Mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai cara
pengendalian bahan kimia di dalam makmal sains sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif-objektif seperti di atas, kajian ini dijalankan untuk
memberikan jawapan bagi persoalan-persoalan berikut:
1 . Apakah tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai peraturan am di
dalam makmal sains sekolah?
2 . Apakah tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai teknik penggunaan
peralatan di dalam makmal sains sekolah?
3. Apakah tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai cara pengendalian
bahan kimia di dalam makmal sains sekolah?
8
1.6 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini diharap dapat memberi faedah kepada pihak-pihak yang
berkenaan. Di antara pihak tersebut adalah para pelajar Program Pendidikan Sains,
para pensyarah, pihak Fakulti Pendidikan serta pihak Universiti Teknologi Malaysia.
Hasil kajian ini akan menggambarkan tahap pengetahuan bakal guru sains tentang
peraturan dan keselamatan di dalam makmal sains.
Dapatan kajian ini akan membantu bakal guru-guru sains bagi mempersiapkan
diri mereka dengan pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal sebelum
mengajar di sekolah. Selain itu, bakal-bakal guru sains dapat menilai tahap
pengetahuan mereka tentang peraturan dan keselamatan makmal. Ini adalah penting
bagi memastikan tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal
mereka selaras dengan hasrat kurikulum matapelajaran sains yang diselaraskan oleh
Pusat Pembangunan Kurikulum.
Selain daripada itu, para pensyarah dapat menggunakan hasil dapatan kajian ini
bagi melengkap silibus pengajaran mereka. Para pensyarah akan dapat menyediakan
kaedah pengajaran baru bagi matapelajaran Pendidikan Amali Sains dan Pengurusan
dan Keselamatan Makmal yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan.
Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak Fakulti Pendidikan dalam
menyemak kembali kurikulum berkaitan pengurusan, peraturan dan keselamatan
makmal yang dipelajari oleh pelajar di fakulti tersebut. Semakan ini meliputi aspek
perubahan cara pengendalian kelas dan jumlah kredit yang diambil. Ini bagi
memastikan para guru yang dilahirkan daripada Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia telah dilengkapi dengan pengetahuan tentang peraturan dan
keselamatan makmal.
9
1.7 Batasan Kajian
Di dalam kajian ini penyelidik hanya membataskan kajian kepada perkara-
perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas dan di luar kemampuan
penyelidik untuk melaksanakannya. Batasan kajian merangkumi perkara berikut :
1. Kesahihan kajian bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan
responden dalam menjawab soal selidik yang diberikan.
2. Respondan yang dipilih hanya terhad kepada pelajar tahun akhir
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia sahaja.
1.8 Skop Kajian
Di dalam kajian ini, tahap pengetahuan bakal guru sains dalam tiga aspek
diukur. Aspek-aspek tersebut adalah:
1. Tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai peraturan am di
dalam makmal sains sekolah.
2. Tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai teknik penggunaan
peralatan di dalam makmal sains sekolah.
3. Tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai cara pengendalian
bahan kimia di dalam makmal sains sekolah.
Data yang dikumpul adalah dalam bentuk kuantitatif. Responden kajian terdiri
daripada para pelajar dari kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains (SPN).
Kajian ini dilaksanakan di sekitar Fakulti Pendidikan.
10
1.9 Daftar Istilah
Beberapa takrifan yang digunakan dalam kajian ini oleh adalah untuk
menerangkan maksud khusus berkaitan kajian ini.
1.9.1 Keselamatan
Keselamatan bermaksud satu keadaan yang terhasil daripada perubahan
tingkah laku manusia atau persekitaran fizikal untuk mengurangkan kemungkinan
bahaya yang seterusnya akan mengurangkan kemalangan (Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005).
1.9.2 Keselamatan Makmal
Menurut Kamaruzzaman(1997) keselamatan makmal bererti tempat kita
menjalankan tugas dan kerja harian di dalam makmal hendaklah sentiasa terpelihara,
diawasi dan terhindar daripada bencana.
1.9.3 Pengetahuan
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) pengetahuan bermakna
perihal mengetahui sesuatu. Dalam kajian ini pengetahuan bermaksud pengetahuan
bakal guru sains tentang peraturan dan keselamatan makmal.
11
1.9.4 Makmal Sains
Makmal sains adalah kawasan yang dikhaskan untuk melakukan kerja-kerja
yang melibatkan amali dan ujikaji. Makmal mestilah bersih, ceria, tersusun rapi,
mempunyai peralatan yang lengkap dan selamat.
1.9.5 Bakal Guru Sains
Bakal guru sains di dalam kajian ini merujuk kepada pelajar tahun 3 dan 4
kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains. Pelajar-pelajar ini telahpun
menamatkan latihan mengajar dan telah selesai mengikuti Kursus Pendidikan Amali
Sains dan Kursus Pengurusan dan Keselamatan Makmal.
1.10 Penutup
Aspek keselamatan di dalam makmal adalah satu perkara yang perlu diambil
perhatian oleh semua guru. Untuk memastikan keadaan di makmal sentiasa selamat
dan terhindar daripada bahaya setiap guru sains seharusnya mempunyai pengetahuan
yang luas tentang peraturan dan keselamatan makmal.