universiti teknologi mara.docx

5
Bagi Pendapat Anda, Bagaimana BAM Dapat Melahirkan Pelapis/ Pengganti Datuk Lee Chong Wei? Badminton Association of Malaysia (BAM) atau dikenali sebagai Persatuan Badminton Malaysia adalah batu badan kerajaan yang menjaga tentang sukan badminton di Malaysia. Persatuan ini di tubuhkan pada 1964. Bagi pendapat saya terdapat banyak cara yang dapat dilakukan oleh BAM dalam melahirkan pelapis negara yang setanding dengan Datuk Lee Chong Wei dan mampu menggantikan beliau. Antara cara- caranya ialah : 1

Upload: zana-aza-seiyuu

Post on 28-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.docx

Bagi Pendapat Anda, Bagaimana BAM Dapat Melahirkan Pelapis/ Pengganti Datuk Lee Chong Wei?

Badminton Association of Malaysia (BAM) atau dikenali sebagai Persatuan Badminton Malaysia adalah batu badan kerajaan yang menjaga tentang sukan badminton di Malaysia. Persatuan ini di tubuhkan pada 1964.

Bagi pendapat saya terdapat banyak cara yang dapat dilakukan oleh BAM dalam melahirkan pelapis negara yang setanding dengan Datuk Lee Chong Wei dan mampu menggantikan beliau. Antara cara-caranya ialah :

1

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.docx

Memberi ganjaran atau sumbangan kepada para atlet badminton negara.

BAM hendaklah memberikan sumbangan kepada para atlet dalam menunjukkan penghargaan kepada mereka. Sumbangan hendaklah diberikan kepada para atlet yang telah mewakili negara dalam pertandingan antarabangsa samada mereka menang atau kalah dalam kejuaraan tersebut. Manakala hadiah pula dianugerahkan kepada pemain yang menang dalam kejuaraan. Sumbangan dan hadiah dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan yang intensif mampu menaikkan semangat para atlet untuk berusaha mencapai kejayaan dalam pertandingan yang mereka wakili.

Memberi jaminan masa depan kepada para atlet.

Sumber kewangan para atlet negara bergantung kepada setiap perlawanan yang mereka bertanding atau menangi. Kebanyakan atlet badminton negara tidak dapat memberi sepenuh perhatian mereka kepada kejuaraan apabila memikirkan masa depan mereka kerana tiada jaminan kewangan pada hari mereka bersara. BAM perlulah memberi jaminan masa depan kepada para atlet yang telah bersara supaya semangat mereka dapat ditingkatkan dan mereka mampu memberi sepenuh perhatian mereka kepada perlawanan.

Melengkapi kemudahan sukan untuk para atlet.

BAM perlu memberikan segala kemudahan dan keperluan sukan kepada para atlet dalam melahirkan pelapis negara yang lebih baik. Pembinaan gelanggang badminton yang disediakan khas untuk para atlet dapat memberi mereka peluang untuk berlatih tanpa gangguan. Kemudahan lain seperti peralatan sukan juga dapat memberi mereka keselesaan dalam menceburi bidang sukan ini. Ini juga dapat mengurangkan kecederaan yang mungkin akan dialami oleh para atlet.

2

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.docx

Melantik jurulatih yang berwibawa.

BAM perlu melantik jurulatih yang berpengalaman dalam mengendalikan ahli sukan badminton negara. Jurulatih yang berpengalaman mampu memberikan tunjuk ajar kepada atlet negara berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Mereka juga mampu melihat kekuatan dan mengatasi kelemahan pelapis negara ini. Mereka juga berupaya merangka latihan yang sesuai dengan kebolehan atlet negara dan ini dapat membantu atlet negara menonjolkan kekuatan mereka yang sebenar. Hubungan jurulatih dan atlet negara dapat dilihat antara gandingan Datuk Misbun Sidek dan Datuk Lee Chong Wei yang banyak memenangi kejuaraan yang beliau sertai.

Memberi pendedahan kepada atlet baru

BAM haruslah memberi peluang kepada para atlet dalam menimba pengalaman dengan menghantar mereka untuk mewakili negara dalam sukan antarabangsa. Penyertaan mereka dalam kejuaraan antarabangsa amat penting dalam menyesuaikan diri para atlet dalam keadaan yang tertekan agar mereka bersedia untuk menunjukkan persembahan yang mantap. Dengan pertandingan ini juga persaingan yang berlaku menyebabkan para atlet seday akan kelemahan mereka dan lebih focus dalam meningkatkan kualiti diri mereka. Semangat berdaya saing dengan pemain luar negara dapat disemai dalam diri para atlet dan ini dapat membantu mereka untuk bertanding sehabis baik yang mungkin dalam kejuaraan yang mereka sertai.

3

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.docx

Memperbaiki program pembangunan atlet

Program yang diaturkan untuk pemain negara perlulah diselitkan dengan unsur patriotism agar mereka berasa bangga mewakili negara dan ini dapat menaikkan semangat mereka dalam menyertai kejuaraan dan pertandingan. Program pembangunan atlet juga perlulah memberi peluang kepada para atlet dalam mencapai had mereka dalam kekuatan badan dan kecerdasan minda. Program pembangunan atlet juga perlu mempunyai unsur kerohanian agar mereka tidak berputus asa dalam segala apa yang mereka lakukan. Program pembangunan atlet yang baik mampu dijadikan sebagai persediaan kepada para atlet dalam menyertai pertandingan dalam dan luar negara.

4