universiti teknologi malaysia...menceburi bidang jahitan. seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PERSEPSI PELAJAR LELAKI TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN DATO’ ZULKIFLI MUHAMMAD SLIM RIVER, PERAK TERHADAP MATA PELAJARAN JAHITAN DI SEKOLAH
SESI PENGAJIAN: 2005-2006
Saya SITI ASIAH BINTI MOHD ARIF (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:
33 KG PASIR, TUAN HAJI MOHSIN BIN UZIR SLIM VILLAGE, Nama Penyelia 35800 SLIM RIVER, PERAK. Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PERSEPSI PELAJAR LELAKI TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ZULKIFLI MUHAMMAD SLIM RIVER, PERAK
TERHADAP MATA PELAJARAN JAHITAN DI SEKOLAH
SITI ASIAH BINTI MOHD ARIF
Laporan Projek Sarjana Muda Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
Saya akui bahawa karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………...........................
Nama Pelajar : SITI ASIAH BINTI MOHD ARIF
Tarikh : …………………...........................
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : …………………...........................
Nama Penyelia : TUAN HAJI MOHSIN BIN UZIR
Tarikh : …………………...........................
iv
DEDIKASI UNTUK
Suami tercinta
NOOR RAHIM BIN DAUD
Segala pengorbanan, pengertian dan kasih sayangmu
tidak sekali-kali akan aku persiakan
Ayahanda Bonda yang dikasihi
MOHD ARIF @ MOHD ARIF SHAH BIN KAHAR
HAMIAH BINTI LOPE
Mertua yang dihormati
DAUD BIN TASIR
LATIPAH BINTI ALIAS
Doa restu kalian memberi aku kekuatan untuk mengharungi onak duri kehidupan
di sepanjang hidup ini
Cahaya mata hatiku
NUR YASMIN FATIHA
LUQMANUL HAKIM
Tiada harta yang melimpah ruah yang akan ibu tinggalkan selain dari memberi kalian ilmu
pengetahuan untuk menjadi bekalan mengharungi kehidupan di dunia yang penuh pancaroba ini
Rakan-rakan seperjuangan & tenaga pengajar
Terima kasih di atas segala bantuan yang dihulurkan, semoga Allah membalasnyanya jua
v
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan
hidayah-Nya, saya dapat menyiapkan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan
kepada penyelia saya Tuan Haji Mohsin Bin Uzir di atas bimbingan, tunjuk ajar serta
teguran yang membina sepanjang tempoh penyelidikan projek ini.
Rakaman penghargaan juga kepada pihak-pihak yang terlibat di atas kerjasama
yang diberikan iaitu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia di Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui Unit
Perhubungan, Pendaftaran & Pendidikan Swasta, Pengetua serta Kakitangan Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pensyarah Universiti Teknologi
Malaysia yang telah banyak berbakti dan mencurahkan ilmu pengetahuan sebagai
bekalan saya di masa hadapan. Akhirnya jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga Allah S.W.T
membalas jasa baik yang telah disumbangkan.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar lelaki terhadap mata
pelajaran jahitan di sekolah. Dalam konteks kajian ini, hanya empat aspek yang dikaji
iaitu tentang keupayaan diri dalam menguasai mata pelajaran jahitan, faktor kerjaya,
dorongan ibu bapa serta keluarga, dan faktor persekitaran mempengaruhi mereka
menceburi bidang jahitan. Seramai 75 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dari SMK Dato’
Zulkifli Muhammad Slim River, Perak telah terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah soal selidik yang berbentuk soalan
objektif. Ia mengandungi 20 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan
alat kajian adalah α=0.91. Analisis statik deskriptif telah digunakan dalam menganalisis
data. Secara keseluruhannya menunjukkan persepsi pelajar lelaki tingkatan 4 di SMK
Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak terhadap mata pelajaran jahitan di sekolah
adalah sederhana.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is to observe the perception of male students
towards subject of sewing in school. There are four aspects in the research methods
about self-ability in majoring the subject, profession factor, the support of family and
relatives, and the influence from surrounding in order to involved in the sewing field. 75
form 4 male students of SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak were
involved in the research. Questionnaire in a form of objective questions used as a
research tool. The questionnaire consists of 20 items. The trustworthy value for the
research tool is α=0.91. Descriptive statistic analysis used to analyse data. In
conclusion, the perception of form 4 male students of SMK Dato’ Zulkifli Muhammad
Slim River, Perak towards the subject of sewing is moderate.
viii
KANDUNGAN
Bab Perkara Muka Surat
Pengesahan Status Tesis
Halaman Judul
Halaman Perakuan
Pengesahan Penyelia
Halaman Dedikasi
Halaman Penghargaan
Halaman Abstrak
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Lampiran
i
ii
iii
iv
v
vi – vii
viii – xi
xii – xiii
xiv
Bab 1 Pendahuluan
1.0
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
Pengenalan
Latar Belakang Masalah
Pernyataan Masalah
Tujuan Kajian
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Kepentingan Kajian
Skop dan Batasan Kajian
Terminologi Yang Digunakan Dalam Kajian
Penutup
1 – 3
3 – 8
9
9
10
10 – 11
11 – 12
13 - 14
14 – 17
17 – 18
ix
Bab 2 Sorotan Penulisan
2.0
2.1
2.2
Pengenalan
Sejarah Perkembangan Kemahiran Hidup
Kajian Berkaitan Faktor Pelajar Lelaki Memasuki
Bidang Jahitan
19 – 22
22 – 23
2.2.1
2.2.2
2.2.3
2.2.4
Faktor Keupayaan Diri
Faktor Peluang Kerjaya
Faktor Pengaruh Keluarga
Faktor Persekitaran
23 - 25
25 – 26
26 – 28
28 – 30
2.3 Penutup 31
Bab 3 Metodologi Kajian
3.0
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9
Pengenalan
Reka Bentuk Kajian
Populasi Kajian
Sampel Kajian
Instrumen Kajian
Prosedur Kajian
Analisis Data
Kesahan Soal Selidik
Kajian Rintis
Penutup
32
33
33 – 34
34
34 – 36
37 – 38
38 – 40
40
40 – 41
41
Bab 4 Analisis Data
4.0
4.1
Pengenalan
Bahagian A: Analisis Deskriptif Latar Belakang
Responden
42 – 43
4.1.1
4.1.2
4.1.3
Taburan Responden Mengikut Minat
Taburan Responden Mengikut Bangsa
Taburan Pekerjaan Ibu Bapa Atau Penjaga
Responden
43
43 – 44
44
x
4.1.4
4.1.5
Taburan Pendapatan Ibu Bapa Atau
Penjaga Responden
Taburan Keputusan Peperiksaan PMR
Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Responden
44 – 45
45
4.2 Analisis Deskriptif Bagi Bahagian B
4.2.1
4.2.2
42.3
4.2.4
Analisis Deskriptif Persepsi Pelajar Lelaki
Terhadap Keupayaan Diri Dalam
Menguasai Mata Pelajaran Jahitan Di
Sekolah
Analisis Deskriptif Faktor Peluang Kerjaya
Mempengaruhi Pelajar Lelaki Menceburi
Bidang Jahitan
Analisis Deskriptif Faktor Dorongan Ibu
Bapa Dan Keluarga Mempengaruhi Pelajar
Lelaki Menceburi Bidang Jahitan
Analisis Deskriptif Faktor Persekitaran
Mempengaruhi Pelajar Lelaki Menceburi
Bidang Jahitan
48 – 50
50 – 52
52 – 54
54 – 56
4.3 Peratusan Dan Min Keseluruhan Aspek Yang
Dikaji
57 – 58
Bab 5 Perbincangan, Rumusan Dan Cadangan
5.0
5.1
5.2
Pengenalan
Perbincangan Latar Belakang Responden
(Bahagian A)
Perbincangan Hasil Dapatan Kajian (Bahagian B)
59
60
5.2.1
5.2.2
Persepsi Pelajar Lelaki Terhadap
Keupayaan Diri Dalam Mata Pelajaran
Jahitan Di Sekolah
Faktor Peluang Kerjaya Mempengaruhi
60 – 63
63 – 64
xi
5.2.3
5.2.4
Pelajar Lelaki Menceburi Bidang Jahitan
Faktor Dorongan Ibu Bapa Dan Keluarga
Mempengaruhi Pelajar Lelaki Menceburi
Bidang Jahitan
Faktor Persekitaran Mempengaruhi Pelajar
Lelaki Menceburi Bidang Jahitan
65
66 – 67
67 – 69
5.3
5.4
5.5
5.6
Rumusan
Cadangan
Cadangan Kajian Lanjutan
Penutup
69 – 70
70 – 72
72
72
Bibliografi 73 – 78
Lampiran 79 - 98
xii
SENARAI JADUAL
No Jadual Tajuk Muka Surat
3.1 Bilangan Pelajar Lelaki Tingkatan 4 SMK Dato’
Zulkifli Muhammad Slim River, Perak Pada Tahun
2006
34
3.2 Skor 5 Peringkat Mengikut Skala Likert 36
3.3 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 36
3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min. 38
3.5 Skala Likert dan Skor 39
3.6 Skor Pemeringkatan Skala Likert 39
3.7 Skala Tiga Mata Dan Skor 39
3.8 Skor Min 40
4.1 Taburan Responden Mengikut Minat 43
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 44
4.3 Taburan Pekerjaaan Ibu Bapa Atau Penjaga
Responden
44
4.4 Taburan Pendapatan Ibu Bapa Atau Penjaga
Responden
45
4.5 Taburan Keputusan Peperiksaan PMR Bagi Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Responden
45
4.6 Taburan Peratusan Persepsi Pelajar Lelaki Terhadap
Keupayaan Diri Dalam Menguasai Mata Pelajaran
Jahitan Di Sekolah
48
4.7 Taburan Peratusan Faktor Peluang Kerjaya
Mempengaruhi Pelajar Lelaki Menceburi Bidang
Jahitan
50
xiii
4.8 Taburan Peratusan Faktor Dorongan Ibu Bapa Dan
Keluarga Mempengaruhi Pelajar Lelaki Menceburi
Bidang Jahitan
53
4.9 Taburan Peratusan Faktor Persekitaran Mempengaruhi
Pelajar Lelaki Menceburi Bidang Jahitan
54
4.10 Taburan Peratusan Dan Min Keseluruhan Aspek Yang
Dikaji
57
xiv
SENARAI LAMPIRAN
Bil Perkara No Lampiran
1. Penentuan Saiz Sampel Krejcie Dan Morgan (1970) 1
2. Soal Selidik 2
3. Realibility Coefficiens Untuk Kajian Rintis 3
4. Realibility Coefficiens Untuk Kajian Sebenar 4
5. Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah,
Maktab Perguruan Negeri Dan Bahagian-Bahagian Di
Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
5
6. Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah-
Sekolah Dalam Negeri Perak
6
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Semenjak mencapai kemerdekaan 48 tahun yang lalu, Malaysia kini telah
berkembang dengan pesat daripada segi ekonomi, sosial, kebudayaan dan
pendidikan. Negara kini sedang dalam proses untuk merealisasikan hasrat menjadi
sebuah negara perindustrian dan seterusnya menjadi sebuah negara maju menjelang
2020. Di antara unsur-unsur penting yang perlu ada bagi merealisasikan Wawasan
2020 ialah sumber tenaga manusia yang berkemahiran tinggi dalam bidang sains dan
teknologi yang mencukupi.
Dalam ucapan pelancaran Wawasan 2020 YAB Perdana Menteri Malaysia
pada masa itu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad (Petikan Ucapan Bekas Perdana
Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Muhammad dalam Pelancaran Wawasan 2020
pada 3 April 2000). menyatakan “Daripada pengalaman ekonomi yang menakjubkan
selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua negara yang dulunya terbatas
sumber alamnya, maka amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi
sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya.
Tenaga atau kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam.
Rakyat adalah sumber kita yang utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990an
dan seterusnya Malaysia mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap
pembangunan sumber yang amat berharga itu”.
Melalui pernyataan di atas jelaslah bahawa hanya melalui kebolehan,
kemahiran dan daya usaha rakyat yang tinggi sahaja sesebuah negara boleh menjadi
2
sebuah negara maju. Oleh pembangunan sumber manusia yang berkemahiran, cekap
dan berpengetahuan ia menjadi ageanda penting bagi menyediakan sumber tenaga
kerja yang berkemahiran. Bagi merealisasikan impian kerajaan, usaha penerapan
nilai-nilai ini telah dimulakan dari peringkat sekolah melalui mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu yang dipelajari dari peringkat sekolah rendah, sekolah
menengah dan seterusnya ke IPTA atau IPTS.
Pada peringkat ini pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas
mengikut sukatan pelajaran Kemahiran Hidup yang telah diberikan seperti bidang
Elektrik dan Elektronik, Kerja Kayu dan Logam, Automotif, Perdagangan, Masakan,
Perkebunan dan Jahitan. Kesemua bidang ini perlu diikuti oleh setiap pelajar yang
memasuki sekolah menengah dari tingkatan satu hinggalah ke tingkatan tiga melalui
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti
bidang kemahiran ini selepas peperiksaan PMR mereka digalakkan meneruskannya
dengan memilih sekolah aliran teknik dan vokasional atau di sekolah harian biasa
yang menawarkan subjek MPV.
Melalui kemahiran-kemahiran yang diterapkan ini, salah satunya telah
menjadi penyumbang sumber pendapatan negara iaitu dari Industri Tekstil dan
Pakaian. Ianya merupakan industri kedua terpenting sebagai pendapatan dari eksport
negara dengan tenaga pekerja lebih dari 120 000 orang iaitu 10% dari sektor
pembuatan. Tekstil dan pakaian akan terus diperlukan oleh pengguna serata dunia.
Dengan itu industri ini mempunyai potensi yang luas untuk berkembang dengan
adanya tenaga pekerja yang mencukupi (http://www.polijb.edu.my).
Berdasarkan pernyataan di atas dapat dilihat betapa pentingnya kemahiran
dalam bidang jahitan dipelajari dan diikuti dengan baik. Ini kerana bidang rekaan
fesyen mula mendapat perhatian masyarakat pada masa kini. Hal ini terbukti apabila
beberapa nama milik anak Malaysia khasnya golongan lelaki mula terukir di persada
fesyen antarabangsa seperti Zang Toi, Rizalman Ibrahim dan Bernard Chandran.
Persepsi masyarakat kini menggambarkan kehidupan pereka fesyen sentiasa
dilimpahi ‘glamour’ kerana mereka berpeluang berdampingan dengan golongan yang
sering mendapat perhatian masyarakat (Dewan Siswa, Sept 2005).
3
Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar digalakkan mencontohi mereka yang
telah berjaya supaya dapat menyumbangkan idea dengan baik dan mempunyai
semangat besar disamping membuang perasaan takut untuk mengeluarkan idea
terutamanya idea-idea yang kreatif. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Muhammad pernah menyatakan “The greatest asset of any nation is the creativity of
its people” iaitu asset paling berharga kepada mana-mana negara ialah kreativiti
penduduknya (Petikan daripada Majalah Suara Negeri, Bil 2/2005).
Saintis terkemuka Albert Einstein pula pernah berkata, “great spirits have
always encountered violent opposition from mediocre minds” iaitu semangat-
semangat yang agung sentiasa menghadapi tentangan hebat daripada fikiran-fikiran
yang mediocre atau fikiran-fikiran yang biasa (Petikan Daripada Majalah Suara
Negeri, Bil 2/2005).
Oleh itu semua orang harus membebaskan diri daripada belenggu fikiran
yang biasa dan berfikirlah di luar daripada kebiasaan agar idea baru yang lahir akan
dapat dimanfaatkan sekaligus membawa kemajuan kepada bangsa dan negara.
1.1 Latar Belakang Masalah
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup mula diperkenalkan pada tahun 1989 yang
dikenali sebagai Kemahiran Hidup Program Peralihan (KHPP) ianya
menggabungkan antara Mata Pelajaran Elektif dan Kurikulum Lama Sekolah
Menengah (KLSM) yang terdiri pada masa itu ialah Sains Rumah Tangga (SRT),
Seni Perusahaan, Sains Pertanian dan Perdagangan. Ini termasuk juga mata pelajaran
pertukangan seperti Kerja Kayu, Kerja Logam serta Elektrik dan Elektronik. Pelajar-
pelajar yang mengambil KHPP ini akan mengambil peperiksaan PMR sebagai
menentukan tahap pencapaian mereka. Penggabungan ini bertujuan untuk
membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas (http://www.moe.gov.my).
Perlaksanaan program KHPP ini dirintiskan kepada pelajar-pelajar tingkatan
1 di sekolah yang dipilih. Pada tahun 1989 juga, Mata Pelajaran Kemahiran
4
Manipulatif telah dilancarkan pula ke 100 buah sekolah rendah yang terpilih. Sekitar
tahun 1991 Program ini diperkenalkan pula kepada 1000 buah sekolah rendah yang
lain kerana program ini berjaya menarik minat hampir ke semua pelajar-pelajar
sekolah (http://www.moe.gov.my).
Pada tahun 1991 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dimulakan di
Tingkatan 1 sepenuhnya di seluruh negara. Ianya telah diteruskan kepada Tingkatan
2 dan 3 tahun berikutnya sebagai kesinambungan. Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah yang lain pula pada tahun
1992. Pada tahun 1993 Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua
sekolah rendah di seluruh negara. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran
Manipulatif telah meneruskannya di Tahun 5 dan 6 di sekolah rendah tersebut.
(http(http://www.moe.gov.my).
Mata Pelajaran KHB yang dilaksanakan dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu Teras dan Elektif. Bahagian Teras mengandungi pelajaran Kemahiran
Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan, Pengurusan Diri, Kekeluargaan dan
Rekacipta. Kemahiran Manipulatif pula merangkumi Kerja Kayu dan Logam,
Elektrik dan Elektronik, Automotif, dan Kerja Paip Asas. Manakala Elektif terdiri
daripada Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) – Pilihan I, Ekonomi Rumah
Tangga (ERT) – Pilihan II dan Sains Pertanian (SPN) – Pilihan III. Penawaran
pelbagai jenis kemahiran ini bertujuan membolehkan pelajar mengendalikan
kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan perindustrian yang kompleks
serta sentiasa berubah-ubah (Sukatan Pelajaran Tahun 2000).
Antara kemahiran-kemahiran awal yang diterapkan kepada pelajar ialah
seperti dalam bidang pertukangan, perpaipan, pendawaian, permotoran, perdagangan,
masakan dan jahitan. Kemahiran-kemahiran ini diterapkan bagi membekalkan
pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan bagi memastikan mereka bersedia dengan
pelbagai situasi walau di mana jua mereka berada.
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup ini perlu diambil oleh semua pelajar lelaki
dan perempuan Tingkatan 1, 2, dan 3. Bahagian Teras akan dipelajari oleh semua
pelajar manakala bahagian Elektif akan diberi pilihan kepada pelajar. Pelajar-pelajar
5
akan memilih elektif masing-masing berdasarkan kecenderungan dan minat mereka
dalam sesuatu bidang tersebut. Mereka bebas memilih elektif masing-masing tanpa
menghadkan kepada sesuatu elektif. Contohnya elektif ERT tidak hanya terbuka
kepada pelajar perempuan sahaja tetapi dibenarkan juga kepada pelajar lelaki.
Semasa proses pembelajaran Kemahiran Hidup ini dijalankan, terdapat juga
beberapa permasalahan yang biasa terjadi seperti wujudnya perbezaan jantina semasa
melakukan hampir kesemua kerja amali. Golongan pelajar lelaki akan
memperkecilkan keupayaan pelajar perempuan semasa proses amali Kemahiran
Manipulatif. Begitu juga sebaliknya kepada pelajar lelaki yang mengikuti amali
yang berunsurkan Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Sukar untuk mengubah
pandangan pelajar ini kerana di minda mereka telah tertanam bahawa mata pelajaran
jahitan hanya sesuai untuk pelajar perempuan sahaja. Kenyataan ini dapat
digambarkan dari Dusek & Flaherty (dalam Marsh, 1989) menyatakan terdapat
perbezaan dari segi konsep kendiri antara lelaki dan perempuan bergantung kepada
keadaan atau perkara tertentu. Mereka mendapati orang lelaki mempunyai konsep
kendiri yang lebih tinggi berbanding perempuan terhadap perkara-perkara yang
melibatkan aktiviti lasak, pencapaian matlamat, dan aspek kepimpinan. Sebaliknya
perempuan mempunyai konsep kendiri yang lebih rendah dalam aspek pembentukan
personaliti, minat dan kebolehan sosial.
Menurut Farah Damin (2002) dalam kajiannya, fenomena ini berlanjutan
sehinggalah kepada beberapa peringkat. Sebagai contohnya pelajar lelaki tidak
berminat dengan kemahiran dalam bidang jahitan. Mereka menganggap ianya lebih
bersifat kewanitaan dan lazimnya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan jahit
menjahit banyak dilakukan oleh kaum wanita. Misalnya kerja-kerja membaiki
pakaian yang rosak seperti butang tertanggal, koyak dan sebagainya kurang
mendapat perhatian daripada pihak lelaki. Mereka mungkin merasakan ianya adalah
tugas yang remeh dan demikian lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang
rosak ke kedai atau pun mendapatkan pakaian yang baru sahaja. Sedangkan pada
hakikatnya pada masa kini terdapat ramai pereka fesyen yang terkenal terdiri
daripada golongan lelaki.
6
Hal ini terbukti dengan adanya Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia
2004 (MIFA) yang diadakan sempena Minggu Fesyen Asia Kuala Lumpur
(KLAFW) yang berlangsung dari 22 hingga 28 November 2004. Ianya merupakan
anugerah fesyen paling berprestij dan ditunggu-tunggu oleh pereka-pereka fesyen di
negara ini. Hampir kesemua pemenang bagi pertandingan ini datangnya daripada
golongan lelaki. Berikut adalah pemenang anugerah MIFA tersebut (Kosmo, 26
November 2004):
Pereka Terbaik
Rizalman Ibrahim
Daniel Cho
Eric Choong
Khoon Hooi
Melinda Looi
Michael Ong
Radzuan Radzwill
Bernard Chandran
Tom Abang saufi
Villiam Ooi
Pereka-pereka fesyen terkenal melihat MIFA sebagai pengiktirafan kepada
hasil kerja mereka dan membuka peluang kepada mereka untuk melangkah ke arena
antarabangsa. Tidak dapat dinafikan anugerah MIFA ini diidamkan oleh setiap
pereka untuk meluaskan pasaran mereka (Kosmo, 26 November 2004).
Hampir kesemua pereka fesyen lelaki yang popular sama ada di dalam atau
luar negara mempunyai pendidikan khas dalam bidang jahitan. Mereka bermula dari
bawah iaitu dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat tertinggi. Contoh seperti
Justin Oh yang berjaya menghasilkan label sendirinya iaitu ‘Justin Oh’ sebagai
jenama rekaan fesyennya di Clerkenwell Green, London telah memperolehi ijazah
dari Central St. Martin College of Fashion juga The Royal College of Art pada tahun
1995. Beliau juga pernah bekerja dengan pereka terkenal dunia, Yohji Yamamoto di
Tokyo sebelum memulakan perniagaannya sendiri pada tahun 1996 dengan bantuan
New Generation (Mahani Awang, Stailo, Kosmo).
Kebanyakan pelajar lelaki tidak memandang serius betapa pentingnya
kemahiran dalam bidang jahitan ini. Mereka tidak mengambil iktibar dari kejayaan
pereka-pereka fesyen lelaki yang kebanyakkannya telah mencapai kejayaan yang
membanggakan. Sebaliknya mereka malu untuk mempelajarinya. Kemungkinan
7
pengaruh rakan, keluarga dan persekitaran mendorong mereka melupakan hasrat
mengikuti bidang jahitan ini dengan lebih mendalam. Walau pun pada hakikatnya
ada di antara mereka berminat dengan bidang ini.
Sesetengah pelajar lelaki pula mengganggap melakukan kerja amali dalam
bidang jahitan amat membosankan kerana perlunya kesabaran yang tinggi dan kerja
yang lebih teliti bagi menghasilkan sesuatu projek yang baik. Sedangkan pada
hakikatnya mereka tidak suka dengan perkara yang remeh-temeh ini. Masalah ini
disebabkan kerana kemahiran bidang jahitan ini tertumpu khas kepada kemahiran
menjalankan kerja buat sendiri dan perlu diselesaikan segera. Faktor-faktor inilah
yang selalu menyumbangkan kepada tidak berminatnya pelajar lelaki terhadap
bidang jahitan. Dengan itu persepsi dan minat pelajar lelaki terhadap bidang jahitan
perlu dinilai dan ditinjau.
Bagi pelajar lelaki yang berminat mendalami bidang jahitan ini perkara
penting yang perlu ada ialah bakat. Elemen ini amat penting sekali. Namun, bakat
sahaja tidak memadai. Bakat perlu diasah supaya lebih yakin dan menyerlah. Perlu
juga ada minat yang mendalam. Sabar, kerana terlalu banyak dugaan yang perlu
diharungi. Selain itu jangan cepat lupa diri atau merasakan diri kita terlalu bagus.
Setiap teguran atau pandangan harus diterima dengan hati yang terbuka (Shabri Saad,
Dewan Siswa, September 2005).
Oleh yang demikian dalam menentukan tahap pencapaian dalam sesuatu
pembelajaran, penglibatan tenaga pengajar bagi memotivasikan pengajaran amat
diperlukan umpamanya dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran. Sikap tenaga
pengajar, rakan dan faktor persekitaran boleh mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar lelaki dalam bidang jahitan. Proses ini tidak dapat berjalan
dengan lancar serta berkesan tanpa kecekapan tenaga pengajar dan pencapaian yang
berjaya pula akan menambahkan minat yang akan berterusan sepanjang hayat.
Oleh itu penghasilan prestasi yang baik dalam amali khasnya bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup Teras dalam bidang jahitan bagi pelajar lelaki dapat
dimanfaatkan. Kejayaan pelajar lelaki dalam bidang jahitan bergantung kepada
8
penerimaan mereka serta ketekunan, semangat, usaha gigih serta disiplin diri yang
akan merealisasikan keperluan ini.
Kita perlu ada daya tahan diri yang kuat kerana banyak ranjau yang perlu
ditempuhi. Seeloknya kita bermula dari bawah kerana itu merupakan ‘guru’ yang
sejati. Tidak semua manusia dikurniakan kelebihan ini. Manfaatkan bakat yang
dimiliki sebaik mungkin (Shabri Saad, Dewan Siswa, September 2005).
Kebiasaannya, perkara asing selalu menakutkan tetapi anda tidak akan
berpengalaman jika tidak mencubanya. Jika anda ingin mempunyai kehidupan
bermakna, anda mesti mengambil risiko. Ia tidak mempunyai jalan yang lain.
Percubaan itu memberi peluang kejayaan kehidupan. Jika tidak mencuba, kekalahan
sudah pasti berpihak. Anda memberi peluang kepada diri anda dengan mencuba.
(Ms. Selaine Lim. Up Hill Management Services, Mingguan Wanita, Ogos 2005)
1.2 Pernyataan Masalah
Amali jahitan merupakan satu fenomena baru bagi pelajar lelaki yang mana
sebelum ini bidang jahitan majoritinya dipelopori oleh kaum perempuan.
Sehubungan dengan itu, apabila mereka diwajibkan mengambil mata pelajaran KHB
semasa di peringkat menengah rendah, salah satu subjek terasnya ialah Pengurusan
Diri secara tidak langsung melibatkan diri mereka dalam bidang jahitan. Sukatan
pelajarannya bermula dari asas hinggalah menghasilkan satu projek yang ringkas
seperti menghasilkan jahitan butang dan kelim.
Tanggapan kebanyakan pelajar lelaki terhadap bidang ini juga amat
mengecewakan kerana mereka lebih menganggap ianya hanya sesuai untuk pelajar
perempuan sahaja kerana proses melakukan amali remeh dan perlukan penelitian
serta kesabaran yang tinggi dan apabila mereka melibatkan diri secara terus dalam
bidang ini ramai akan beranggapan mereka termasuk di dalam golongan yang
lembut. Selain dari itu pengaruh rakan serta keluarga juga menyumbangkan kepada
dorongan mereka untuk menghindari bidang jahitan walaupun sebenarnya mereka
9
juga berminat. Persoalannya ialah adakah mata pelajaran jahitan ini dapat menarik
minat pelajar lelaki mempelajarinya?
Sejajar dengan itu maka kajian ini adalah untuk mengkaji tentang persepsi
pelajar lelaki terhadap mata pelajaran jahitan dan faktor-faktor yang mendorong
minat mereka dalam bidang tersebut. Dalam hal ini minat merupakan perkara asas
yang perlu ada bagi pelajar lelaki dalam mempengaruhi pencapaian yang maksimum.
1.3 Tujuan Kajian
Tujuan pengkaji melaksanakan kajian ini ialah untuk membuat tinjauan
terhadap persepsi pelajar lelaki tingkatan 4 di Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River,
Perak terhadap mata pelajaran jahitan di sekolah harian biasa.
1.4 Objektif Kajian
Dalam mengkaji masalah ini, beberapa objektif kajian telah dikenalpasti bagi
mengetahui beberapa permasalahan yang timbul di kalangan pelajar lelaki dalam
melaksanakan amali jahitan semasa mengikuti kelas jahitan mata pelajaran teras
KHB.
Objektif khususnya ialah:
1. Meninjau persepsi pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Dato’ Zulkifli Muhammad
Slim River, Perak terhadap mata pelajaran jahitan di sekolah.
2. Meninjau persepsi pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Dato’ Zulkifli Muhammad
Slim River, Perak terhadap keupayaan diri dalam menguasai bidang jahitan
yang telah dipelajari di sekolah.
10
3. Meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lelaki tingkatan 4 SMK
Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak menceburi bidang jahitan di
sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini penyelidik akan mengemukakan lima aspek persoalan
yang berkaitan untuk dijawab oleh responden. Antara aspek-aspek persoalan
tersebut ialah:
1. Apakah persepsi pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Dato’ Zulkifli Muhammad
Slim River, Perak terhadap keupayaan diri dalam menguasai bidang jahitan
yang telah dipelajari di sekolah.
2. Adakah faktor peluang kerjaya yang mempengaruhi pelajar lelaki tingkatan 4
SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak menceburi bidang
jahitan.
3. Adakah faktor keluarga yang mempengaruhi pelajar lelaki tingkatan 4 SMK
Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak menceburi bidang jahitan.
4. Adakah faktor persekitaran yang mempengaruhi pelajar lelaki tingkatan 4
SMK Dato’ Zulkifli Muhammad Slim River, Perak menceburi bidang jahitan
1.6 Kepentingan Kajian
Melalui kajian ini diharapkan ianya dapat memberikan serba sedikit
gambaran tentang permasalahan yang dihadapi oleh pelajar lelaki dalam mata
pelajaran jahitan di sekolah. Oleh itu pengkaji berharap agar dapatan ini dapat