untitled 1

Upload: salimselesa82

Post on 07-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

research

TRANSCRIPT

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 PengenalanBab ini membincangkan tentang dapatan kajian yang diperolehi daripada penganalisisan data yang telah dilaksanakan ke atas responden kajian yang terdiri daripada murid sekolah menengah di daerah Pasir Gudang. Pengkaji telah membuat semakan ke atas borang soal selidik yang dikembalikan bagi memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Ini bertujuan bagi mendapatkan data yang tepat daripada responden. Pengkaji dapat mengumpulkan sebanyak 380 set soal selidik yang lengkap diisi untuk dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 21. Data yang diperolehi dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :i) Analisis Deskriptif Maklumat Latar Belakang Respondenii) Analisis Deskriptif Persepsi Terhadap Amalan Keselamatan

4.2 Analisis Deskriptif Latar Belakang Responden

Maklumat peribadi responden terdiri daripada empat perkara iaitu bangsa, jantina, tahap pendidikan atau tingkatan dan agama. Data bagi empat perkara tersebut seterusnya akan dianalisis dalam bentuk deskriptif dan dinyatakan dalam bentuk kekerapan dan peratusan.

4.2.1 Taburan Responden Mengikut BangsaBerdasarkan Jadual 4.1, jumlah keseluruhan responden adalah seramai 380 orang yang terdiri daripada 226 orang responden adalah berbangsa Melayu iaitu sebanyak 59.5% diikuti responden berbangsa Cina seramai 98 orang yang membawa peratus sebanyak 25.8% dan responden berbangsa India seramai 52 orang iaitu sebanyak 13.7%. Seramai 4 orang responden yang menjawab soal selidik adalah berbangsa Iban yang hanya membawa nilai peratus sebanyak 1.1% .Jadual 4.1 Analisis Taburan Responden mengikut BangsaBANGSAKEKERAPANPERATUS (%)

Melayu22659.5

Cina9825.8

India5213.7

Lain (Iban)41.1

JUMLAH380100

4.2.2 Taburan Responden Mengikut JantinaJadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut jantina . Analisis data yang diperolehi menunjukkan jumlah responden yang menjawab soal selidik terdiri daripada 208 orang responden lelaki iaitu sebanyak 54.7 % manakala 45.3% adalah responden perempuan iaitu seramai 172 orang. Jadual 4.2 Analisis Taburan Responden mengikut JantinaJANTINAKEKERAPANPERATUS (%)

Lelaki20854.7

Perempuan17245.3

JUMLAH380100

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan/TingkatanAnalisis tahap pendidikan atau tingkatan responden ditunjukkan dalam Jadual 4.3. Bilangan responden Tingkatan 1 adalah seramai 62 orang iaitu mewakili 16.3 %, responden, Tingkatan 2 seramai 72 orang iaitu 18.9%, dan responden Tingkatan 3 adalah seramai 246 orang iaitu 64.7 % dari keseluruhan responden.Jadual 4.3 Analisis Taburan Responden mengikut Tahap Pendidikan/TingkatanTAHAP PENDIDIKANKEKERAPANPERATUS (%)

Tingkatan 16216.3

Tingkatan 27218.9

Tingkatan 324664.7

JUMLAH380100

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama

Dapatan kajian menunjukkan 59.5 % iaitu 226 orang responden beragama Islam, 21.6 % iaitu 82 orang responden beragama Buddha, 4.7 % beragama Kristian iaitu seramai 18 orang. Manakala responden yang menganuti Lain-lain agama seramai 54 orang iaitu 14.2 % dari keseluruhan responden.Jadual 4.4 Analisis Taburan Responden mengikut AgamaAGAMAKEKERAPANPERATUS (%)

Islam22659.5

Buddha8221.6

Kristian184.7

Lain-lain5414.2

JUMLAH380100

4.3 Analisis Deskriptif Persepsi Terhadap Amalan KeselamatanPersepsi pelajar terhadap amalan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup semasa melakukan kerja amali diukur melalui lima aspek iaitu Personaliti dan Sikap Pelajar, Peranan Guru, Kefahaman dan Pengetahuan Pelajar, Persekitaran Bengkel dan aspek Kemudahan Peralatan. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan 50 item dalam bentuk penyataan yang mengukur 5 aspek yang dikaji.

4.3.1 Analisis Aspek Persepsi Pelajar terhadap Amalan KeselamatanJadual 4.5 Nilai Min bagi Setiap Aspek Persepsi PelajarBILASPEK PERSEPSINILAI MINTAHAP

1Personaliti dan Sikap Pelajar3.65SEDERHANA

2Peranan Guru3.10SEDERHANA

3Kefahaman dan Pengetahuan Pelajar3.68TINGGI

4Persekitaran Bengkel3.68TINGGI

5Kemudahan Peralatan3.69TINGGI

Jadual 4.5 menunjukkan nilai min bagi setiap aspek persepsi pelajar terhadap amalan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup semasa melakukan kerja-kerja amali. Dapatan analisis menunjukkan aspek Kefahaman dan Pengetahuan Pelajar dan aspek Persekitaran Bengkel mempunyai nilai min yang sama iaitu 3.68. Aspek Kemudahan Peralatan pula menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu 3.69. Ketiga-tiga aspek tersebut mempunyai nilai min pada tahap yang Tinggi. Manakala aspek Personaliti dan Sikap Pelajar mempunyai nilai min pada tahap Sederhana iaitu 3.65 sementara aspek Peranan Guru pula juga mempunyai nilai min pada tahap yang Sederhana iaitu 3.10.

4.3.2 Analisis Item4.3.2.1 Analisis Item Aspek Personaliti dan Sikap Pelajar

Jadual 4.9 menunjukkan taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai bagi aspek Personaliti dan Sikap Pelajar.Analisis data item 1 menunjukkan seramai 192 responden atau 50.5 % Setuju dan 114 responden atau 30.0 % Sangat Setuju. Manakala seramai 53 responden dengan wajaran 13.9 % Kurang Setuju, 10 responden atau 2.6 % Tidak Setuju dan 11 orang responden iaitu 2.9 % Sangat Tidak Setuju dengan penyataan Kelalaian dan kecuaian. Item 6 pula menjelaskan seramai 117 responden atau 30.8% Setuju, 73 responden atau 19.2% Sangat Setuju, 90 reponden atau 23.7% Kurang Setuju, 46 responden iaitu 12.1% Tidak Setuju dan seramai 54 orang responden dengan wajaran 14.2% Sangat Tidak Setuju dengan penyataan Bermain-main ketika melakukan kerja amali di bengkel.

Penyataan Sikap menunjuk-nunjuk iaitu item 11 yang merupakan item ketiga mengukur aspek personaliti dan sikap pelajar dalam analisis data menunjukkan seramai 129 responden iaitu 33.9% Setuju dan 106 responden atau 27.9% Sangat Setuju. Manakala 78 responden atau 20.5% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 36 responden atau 9.5% Tidak Setuju dan 31 responden atau 8.2% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Bagi item 16, Tidak mengikut arahan guru pula majoriti responden iaitu seramai 139 orang atau 36.6% menjawab Setuju dengan penyataan, 80 orang responden atau 21.1% menjawab Sangat Setuju, manakala 78 orang responden atau 20.5% menjawab Kurang Setuju, 52 orang responden iaitu 13.7% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 31 orang atau 8.2%.

Seterusnya, analisis item 21 penyataan Kurang minat ketika melakukan kerja amali menunjukkan sebanyak 34.5% responden menjawab Setuju iaitu seramai 131 orang dan 68 orang menjawab Sangat Setuju iaitu 17.9 %. Seramai 109 orang responden menjawab Kurang Setuju dengan wajaran 28.7%, 35 orang atau 9.2% menjawab Tidak Setuju dan 37 orang responden atau 9.7% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Bagi analisis data item 26, Tanggungjawab bersama terhadap keselamatan seramai 123 orang responden iaitu 32.4% menjawab Sangat Setuju dan 168 responden atau 44.2% menjawab Setuju. Manakala 50 responden atau 13.2% menjawab Kurang Setuju dengan penyataan ini. 26 responden atau 6.8% menjawab Tidak Setuju dan 13 responden atau 3.4% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut.

Penyataan bagi item 31 Menasihati rakan yang melanggar peraturan dalam analisis data menunjukkan seramai 157 responden iaitu 41.3% Setuju dan 83 responden atau 21.8% menjawab Sangat Setuju. Manakala 86 responden atau 22.6% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 32 responden atau 8.4% Tidak Setuju dan 22 responden atau 5.8% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Analisis bagi item 36, Barang perhiasan dilarang merupakan item kelapan atau item terakhir yang mengukur aspek personaliti dan sikap pelajar pula menunjukkan seramai 142 orang atau 37.4% menjawab Setuju, 118 orang responden atau 31.1% menjawab Sangat Setuju, manakala 64 orang responden atau 16.8% menjawab Kurang Setuju, 33 orang responden iaitu 8.7% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 23 orang atau 6.1%.

Jadual 4.9 Taburan Frekuensi, Peratusan Min dan Sisihan Piawai Aspek Personaliti dan Sikap PelajarNo. ItemPernyataanSTSTSKSSSSSisihan PiawaiMin

F

(%)F

(%)F

(%)F

(%)F

(%)

1Kecuaian 11

(2.9)10

(2.6)53

(13.9)192

(50.5)114

(30.0)0.8984.02

6Bermain-main54

(14.2)46

(12.1)90

(23.7)117

(30.8)73

(19.2)1.2993.29

11Sikap menunjuk-nunjuk31

(8.2)36

(9.5)78

(20.5)129

(33.9)106

(27.9)1.2133.64

16Tidak mengikut arahan guru.31

(8.2)52

(13.7)78

(20.5)139

(36.6)80

(21.1)1.1993.49

21Kurang minat melakukan kerja amali37

(9.7)35

(9.2)109

(28.7)131

(34.5)68

(17.9)1.1723.42

26Tanggungjawab bersama terhadap keselamatan13

(3.4)26

(6.8)50

(13.2)168

(44.2)123

(32.4)1.0883.95

31Menasihati rakan yang melanggar peraturan22

(5.8)32

(8.4)86

(22.6)157

(41.3)83

(21.8)1.0883.65

36Barang perhiasan dilarang23

(6.1)33

(8.7)64

(16.8)142

(37.4)118

(31.1)1.1533.79

PURATA3.65

4.3.2.2 Analisis Item Aspek Peranan GuruJadual 4.10 menunjukkan taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai bagi aspek Peranan Guru.Analisis data item 2 menunjukkan seramai 61 responden atau 16.1 % Setuju dan 30 responden atau 7.9 % Sangat Setuju. Manakala seramai 123 responden dengan wajaran 32.4 % Kurang Setuju, 99 responden atau 26.1 % menjawab Tidak Setuju dan 67 orang responden iaitu 17.6 % Sangat Tidak Setuju dengan penyataan Guru kurang memberi arahan awal. Item 7 pula menjelaskan seramai 75 responden atau 19.7% Setuju, 30 responden atau 7.9% Sangat Setuju, 91 reponden atau 23.9% Kurang Setuju, 75 responden iaitu 19.7% Tidak Setuju dan seramai 109 orang responden dengan wajaran 28.7% Sangat Tidak Setuju dengan penyataan Guru kurang membimbing dan mengawasi pelajar.Penyataan Guru tidak dapat mengawal kelas dengan baik iaitu item 12 yang merupakan item ketiga mengukur aspek peranan guru dalam analisis data menunjukkan seramai 99 responden iaitu 26.1% Setuju dan 33 responden atau 8.7% Sangat Setuju. Manakala 84 responden atau 22.1% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 98 responden atau 25.8% Tidak Setuju dan 66 responden atau 17.4% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Bagi item 17, Guru kurang memberi penekanan pentingnya amalan keselamatan pula seramai 83 orang atau 21.8% menjawab Setuju dengan penyataan, 70 orang responden atau 18.4% menjawab Sangat Setuju, manakala 89 orang responden atau 23.4% menjawab Kurang Setuju, 74 orang responden iaitu 19.5% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 64 orang atau 16.8%.

Seterusnya, analisis item 22 penyataan Guru memberi arahan yang tidak jelas menunjukkan sebanyak 35.5% responden menjawab Setuju iaitu seramai 135 orang dan 39 orang menjawab Sangat Setuju iaitu 10.3 %. Seramai 108 orang responden menjawab Kurang Setuju dengan wajaran 28.4%, 46 orang atau 12.1% menjawab Tidak Setuju dan 52 orang responden atau 13.7% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Bagi analisis data item 27, Guru tidak prihatin terhadap keselamatan pelajar seramai 47 orang responden iaitu 12.4% menjawab Sangat Setuju dan 107 responden atau 28.2% menjawab Setuju. Manakala 80 responden atau 21.1% menjawab Kurang Setuju dengan penyataan ini. 71 responden atau 18.7% menjawab Tidak Setuju dan 75 responden atau 19.7% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut.

Penyataan bagi item 32 Guru kurang yakin semasa demontrasi kerja amali dalam analisis data menunjukkan seramai 112 responden iaitu 29.5% Setuju dan 38 responden atau 10.0% menjawab Sangat Setuju. Manakala 104 responden atau 27.4% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 76 responden atau 20.0% Tidak Setuju dan 50 responden atau 13.2% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Analisis bagi item 37, Guru bersedia dengan secukupnya merupakan item kelapan yang mengukur aspek peranan guru pula menunjukkan seramai 146 orang atau 38.4% menjawab Setuju, 135 orang responden atau 35.5% menjawab Sangat Setuju, manakala 60 orang responden atau 15.8% menjawab Kurang Setuju, 27 orang responden iaitu 7.1% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 12 orang atau 3.2%. Item terakhir yang mengukur aspek peranan guru ialah item 48 Guru banyak menggunakan rujukan lain seramai 146 orang atau 38.4% menjawab Setuju, 99 orang responden atau 26.1% menjawab Sangat Setuju, manakala 70 orang responden atau 18.4% menjawab Kurang Setuju, 42 orang responden iaitu 11.1% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 23 orang atau 6.1%.

Jadual 4.10 Taburan Frekuensi, Peratusan Min dan Sisihan Piawai Aspek Peranan GuruNo. ItemPernyataanSTSTSKSSSSSisihan PiawaiMin

F

(%)F

(%)F

(%)F

(%)F

(%)

2Kurang memberi arahan awal67

(17.6)99

(26.1)123

(32.4)61

(16.1)30

(7.9)1.1662.71

7Kurang membimbing dan mengawasi pelajar109

(28.7)75

(19.7)91

(23.9)75

(19.7)30

(7.9)1.3002.58

12Tidak dapat mengawal kelas dengan baik66

(17.4)98

(25.8)84

(22.1)99

(26.1)33

(8.7)1.2392.83

17Kurang penekanan amalan keselamatan64

(16.8)74

(19.5)89

(23.4)83

(21.8)70

(18.4)1.3513.06

22Arahan yang tidak jelas52

(13.7)46

(12.1)108

(28.4)135

(35.5)39

(10.3)1.1883.17

27Tidak prihatin terhadap keselamatan pelajar75

(19.7)71

(18.7)80

(21.1)107

(28.2)47

(12.4)1.3252.95

32Kurang yakin semasa demontrasi kerja amali50

(13.2)76

(20.0)104

(27.4)112

(29.5)38

(10.0)1.1933.03

37Bersedia dengan secukupnya12

(3.2)27

(7.1)60

(15.8)146

(38.4)135

(35.5)1.0413.96

48Banyak menggunakan rujukan lain23

(6.1)42

(11.1)70

(18.4)146

(38.4)99

(26.1)1.1533.67

PURATA3.10

4.3.2.3 Analisis Item Aspek Kefahaman dan Pengetahuan PelajarJadual 4.11 menunjukkan taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai bagi aspek Kefahaman dan Pengetahuan Pelajar.Analisis data item 3 menunjukkan seramai 149 responden atau 39.2 % Setuju dan 38 responden atau 10.0 % Sangat Setuju. Manakala seramai 108 responden dengan wajaran 28.4 % Kurang Setuju, 56 responden atau 14.7 % Tidak Setuju dan 29 orang responden iaitu 7.6 % Sangat Tidak Setuju dengan penyataan Pernah menjalani latihan menghadapi kecemasan. Item 8 pula menjelaskan seramai 135 responden atau 35.5% Setuju, 70 responden atau 18.4% Sangat Setuju, 71 reponden atau 18.7% Kurang Setuju, 46 responden iaitu 12.1% Tidak Setuju dan seramai 58 orang responden dengan wajaran 15.3% Sangat Tidak Setuju dengan penyataan Pernah mengikuti ceramah keselamatan. Bagi item 13, Terdapat poster dan cogankata amalan keselamatan di bengkel pula majoriti responden iaitu seramai 163 orang atau 42.9% menjawab Setuju, 105 orang responden atau 27.6% menjawab Sangat Setuju, manakala 69 orang responden atau 18.2% menjawab Kurang Setuju, 23 orang responden iaitu 6.1% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 20 orang atau 5.3%. Penyataan Mengetahui dan mematuhi peraturan bengkel adalah penting iaitu item 18, analisis data menunjukkan seramai 125 responden iaitu 32.9% Setuju dan 157 responden atau 41.3% Sangat Setuju. Manakala 64 responden atau 16.8% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 28 responden atau 7.4% Tidak Setuju dan 6 responden atau 1.6% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut.

Seterusnya, analisis item 23 penyataan Menduduki ujian keselamatan bagi meningkatkan pengetahuan menunjukkan sebanyak 33.2% responden menjawab Setuju iaitu seramai 126 orang dan 62 orang menjawab Sangat Setuju iaitu 16.3 %. Seramai 94 orang responden menjawab Kurang Setuju dengan wajaran 24.7%, 53 orang atau 13.9% menjawab Tidak Setuju dan 45 orang responden atau 11.8% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Bagi analisis data item 28, Tanda-tanda arah keselamatan membantu pelajar seramai 91 orang responden iaitu 23.9% menjawab Sangat Setuju dan 170 responden atau 44.7% menjawab Setuju. Manakala 71 responden atau 18.7% menjawab Kurang Setuju dengan penyataan ini. 24 responden atau 6.3% menjawab Tidak Setuju dan 24 responden atau 6.3% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut.

Penyataan bagi item 33 Peka terhadap amalan keselamatan bengkel dalam analisis data menunjukkan seramai 150 responden iaitu 39.5% Setuju dan 97 responden atau 25.5% menjawab Sangat Setuju. Manakala 98 responden atau 25.8% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 20 responden atau 5.3% Tidak Setuju dan 15 responden atau 3.9% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Analisis bagi item 38, Pentingnya mengamalkan keselamatan merupakan item kesembilan yang mengukur aspek kefahaman dan pengetahuan pelajar pula menunjukkan seramai 136 orang atau 35.8% menjawab Setuju, 152 orang responden atau 40.0% menjawab Sangat Setuju, manakala 56 orang responden atau 14.7% menjawab Kurang Setuju, 22 orang responden iaitu 5.8% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 14 orang atau 3.7%.Bagi item 42, Peraturan bengkel ada dipamerkan pula majoriti responden iaitu seramai 157 orang atau 41.3% menjawab Setuju, 106 orang responden atau 27.9% menjawab Sangat Setuju, manakala 61 orang responden atau 16.1% menjawab Kurang Setuju, 36 orang responden iaitu 9.5% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 20 orang atau 5.3%. Penyataan pelajar sentiasa dibimbing oleh guru iaitu item 43, analisis data menunjukkan seramai 149 responden iaitu 28.7% Setuju dan 109 responden atau 28.7% Sangat Setuju. Manakala 72 responden atau 18.9% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 34 responden atau 8.9% Tidak Setuju dan 16 responden atau 4.2% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut.Jadual 4.11 Taburan Frekuensi, Peratusan Min dan Sisihan Piawai Aspek Kefahaman dan Pengetahuan PelajarNo. ItemPernyataanSTSTSKSSSSSisihan PiawaiMin

F

(%)F

(%)F

(%)F

(%)F

(%)

3Menjalani latihan menghadapi kecemasan29

(7.6)56

(14.7)108

(28.4)149

(39.2)38

(10.0)1.0783.29

8Mengikuti ceramah keselamatan58

(15.3)46

(12.1)71

(18.7)135

(35.5)70

(18.4)1.3193.30

13Terdapat poster dan cogankata amalan keselamatan di bengkel20

(5.3)23

(6.1)69

(18.2)163

(42.9)105

(27.6)1.0693.82

18Mengetahui dan mematuhi peraturan bengkel adalah penting6

(1.6)28

(7.4)64

(16.8)125

(32.9)157

(41.3)1.0094.05

23Menduduki ujian keselamatan bagi meningkatkan pengetahuan45

(11.8)53

(13.9)94

(24.7)126

(33.2)62

(16.3)1.2343.28

28Tanda-tanda arah keselamatan membantu pelajar24

(6.3)24

(6.3)71

(18.7)170

(44.7)91

(23.9)1.0873.74

33Peka terhadap amalan keselamatan bengkel15

(3.9)20

(5.3)98

(25.8)150

(39.5)97

(25.5)1.0153.77

38Pentingnya mengamalkan keselamatan14

(3.7)22

(5.8)56

(14.7)136

(35.8)152

(40.0)1.0664.03

42Peraturan bengkel ada dipamerkan20

(5.3)36

(9.5)61

(16.1)157

(41.3)106

(27.9)1.1153.77

43pelajar sentiasa dibimbing oleh guru16

(4.2)34

(8.9)72

(18.9)149

(39.2)109

(28.7)1.0833.79

PURATA3.68

4.3.2.4 Analisis Item Aspek Persekitaran BengkelJadual 4.12 menunjukkan taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai bagi aspek Persekitaran Bengkel.Analisis data item 4 menunjukkan seramai 140 responden atau 36.8% Setuju dan 172 responden atau 45.3% Sangat Setuju. Manakala seramai 47 responden dengan wajaran 12.4% Kurang Setuju, 13 responden atau 3.4% Tidak Setuju dan 8 orang responden iaitu 2.1% Sangat Tidak Setuju dengan penyataan Pintu dan tingkap sentiasa terbuka semasa amali. Item 9 pula menjelaskan seramai 118 responden atau 31.1% Setuju, 70 responden atau 18.4% Sangat Setuju, 104 responden atau 27.4% Kurang Setuju, 64 responden iaitu 16.8% Tidak Setuju dan seramai 24 orang responden dengan wajaran 6.3% Sangat Tidak Setuju dengan penyataan Bengkel bebas daripada habuk, asap / wap beracun. Seterusnya, penyataan item 14 iaitu Lampu yang ada di bengkel cukup terang menjelaskan seramai 156 responden atau 41.1% Setuju, 109 responden atau 28.7% Sangat Setuju, 64 responden atau 16.8% Kurang Setuju, 38 responden iaitu 10.0% Tidak Setuju dan seramai 13 orang responden dengan wajaran 3.4% mewakili penyataan tersebut.

Penyataan Dinding, pintu dan tingkap berwarna terang iaitu item 19 yang merupakan item keempat mengukur aspek persekitaran bengkel dalam analisis data menunjukkan seramai 155 responden iaitu 40.8% Setuju dan 75 responden atau 19.7% Sangat Setuju. Manakala 85 responden atau 22.4% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 46 responden atau 12.1% Tidak Setuju dan 19 responden atau 5.0% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Bagi item 24, Lorong laluan memudahkan pergerakan pelajar pula majoriti responden iaitu seramai 185 orang atau 48.7% menjawab Setuju dengan penyataan, 61 orang responden atau 16.1% menjawab Sangat Setuju, manakala 83 orang responden atau 21,8% menjawab Kurang Setuju, 29 orang responden iaitu 7.6% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 22 orang atau 5.8%.

Seterusnya, analisis item 29 penyataan Meja kerja disusun dengan teratur menunjukkan sebanyak 35.3% responden menjawab Setuju iaitu seramai 134 orang dan 116 orang menjawab Sangat Setuju iaitu 30.5 %. Seramai 72 orang responden menjawab Kurang Setuju dengan wajaran 18.9%, 40 orang atau 10.5% menjawab Tidak Setuju dan 18 orang responden atau 4.7% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Bagi analisis data item 34, Persekitaran dalam bengkel luas, teratur, dan selesa seramai 84 orang responden iaitu 22.1% menjawab Sangat Setuju dan 161 responden atau 42.4% menjawab Setuju. Manakala 84 responden atau 22.1% menjawab Kurang Setuju dengan penyataan ini. 40 responden atau 10.5% menjawab Tidak Setuju dan 11 responden atau 2.9% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut.

Penyataan bagi item 40 Keadaan lantai di dalam bengkel sentiasa bersih dalam analisis data menunjukkan seramai 157 responden iaitu 41.3% Setuju dan 91 responden atau 23.9% menjawab Sangat Setuju. Manakala 87 responden atau 22.9% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 33 responden atau 8.7% Tidak Setuju dan 12 responden atau 3.2% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Analisis bagi item 46, Tempat bahaya di dalam bengkel dicat warna cerah merupakan item kesembilan atau item terakhir yang mengukur aspek persekitaran bengkel pula menunjukkan seramai 138 orang atau 36.3% menjawab Setuju, 53 orang responden atau 13.9% menjawab Sangat Setuju, manakala 115 orang responden atau 30.3% menjawab Kurang Setuju, 38 orang responden iaitu 10.0% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 36 orang atau 9.5%.

Jadual 4.12 Taburan Frekuensi, Peratusan Min dan Sisihan Piawai Aspek Persekitaran Bengkel

4.3.2.5 Analisis Item Aspek Kemudahan PeralatanJadual 4.13 menunjukkan taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai bagi aspek Kemudahan Peralatan.Analisis data item 5 menunjukkan seramai 156 responden atau 41.1% Setuju dan 93 responden atau 24.5% Sangat Setuju. Manakala seramai 83 responden dengan wajaran 21.8% Kurang Setuju, 22 responden atau 5.8% Tidak Setuju dan 26 orang responden iaitu 6.8% Sangat Tidak Setuju dengan penyataan Tempat alat pemadam api dan peti pertolongan cemas. Item 10 pula menjelaskan seramai 164 responden atau 43.2% Setuju, 121 responden atau 31.8% Sangat Setuju, 64 reponden atau 16.8% Kurang Setuju, 16 responden iaitu 4.2% Tidak Setuju dan seramai 15 orang responden dengan wajaran 3.9% Sangat Tidak Setuju dengan penyataan Bahan mudah terbakar mempunyai label dan disimpan ditempat khas.

Penyataan Alatan tangan disimpan dan diletak ditempat khas iaitu item 15 yang merupakan item ketiga mengukur aspek kemudahan peralatan dalam analisis data menunjukkan seramai 135 responden iaitu 35.5% Setuju dan 126 responden atau 33.2% Sangat Setuju. Manakala 76 responden atau 20.0% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 32 responden atau 8.4% Tidak Setuju dan 11 responden atau 2.9% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Bagi item 20, Peralatan bengkel lengkap dan tidak bermasalah pula majoriti responden iaitu seramai 139 orang atau 36.6% menjawab Setuju dengan penyataan, 82 orang responden atau 21.6% menjawab Sangat Setuju, manakala 105 orang responden atau 27.6% menjawab Kurang Setuju, 31 orang responden iaitu 8.2% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 23 orang atau 6.1%.

Seterusnya, analisis item 25 penyataan Alatan tangan tersusun kemas dipanel alatan menunjukkan sebanyak 40.3% responden menjawab Setuju iaitu seramai 153 orang dan 106 orang menjawab Sangat Setuju iaitu 27.9 %. Seramai 75 orang responden menjawab Kurang Setuju dengan wajaran 19.7%, 30 orang atau 7.9% menjawab Tidak Setuju dan 16 orang responden atau 4.2% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Bagi analisis data item 30, Setiap mesin mempunyai penghadang keselamatan seramai 75 orang responden iaitu 19.7% menjawab Sangat Setuju dan 163 responden atau 42.9% menjawab Setuju. Manakala 86 responden atau 22.6% menjawab Kurang Setuju dengan penyataan ini. 35 responden atau 9.2% menjawab Tidak Setuju dan 21 responden atau 5.5% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut.Bagi item 35, Suis mesin adalah mudah dicapai dan selamat pula majoriti responden iaitu seramai 176 orang atau 46.3% menjawab Setuju, 86 orang responden atau 22.6% menjawab Sangat Setuju, manakala 66 orang responden atau 17.4% menjawab Kurang Setuju, 33 orang responden iaitu 8.7% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 19 orang atau 5.0%. Penyataan Mesin rosak dibaiki oleh guru / juruteknik iaitu item 39, analisis data menunjukkan seramai 171 responden iaitu 45.0% Setuju dan 69 responden atau 18.2% Sangat Setuju. Manakala 77 responden atau 20.3% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 34 responden atau 8.9% Tidak Setuju dan 29 responden atau 7.6% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut.

Seterusnya, analisis item 41 penyataan Mesin yang ada dibengkel mencukupi dengan pelajar menunjukkan sebanyak 37.9% responden menjawab Setuju iaitu seramai 144 orang dan 78 orang menjawab Sangat Setuju iaitu 20.5 %. Seramai 96 orang responden menjawab Kurang Setuju dengan wajaran 25.3%, 32 orang atau 8.4% menjawab Tidak Setuju dan 30 orang responden atau 7.9% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Bagi analisis data item 44, Penerangan diberikan oleh guru sebelum kerja amali seramai 115 orang responden iaitu 30.3% menjawab Sangat Setuju dan 150 responden atau 39.5% menjawab Setuju. Manakala 50 responden atau 13.2% menjawab Kurang Setuju dengan penyataan ini. 44 responden atau 11.6% menjawab Tidak Setuju dan 21 responden atau 5.5% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut.

Penyataan bagi item 45 Semua suis eletrik di bengkel mempunyai pelindung keselamatan dalam analisis data menunjukkan seramai 141 responden iaitu 37.1% Setuju dan 95 responden atau 25.0% menjawab Sangat Setuju. Manakala 101 responden atau 26.6% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 25 responden atau 6.6% Tidak Setuju dan 18 responden atau 4.7% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Analisis bagi item 47, Suis pemutus litar mudah dicapai semasa kerja amali pula menunjukkan seramai 151 orang atau 39.7% menjawab Setuju, 59 orang responden atau 15.5% menjawab Sangat Setuju, manakala 101 orang responden atau 26.6% menjawab Kurang Setuju, 41 orang responden iaitu 10.8% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 28 orang atau 7.4%.

Penyataan bagi item 49 Tiada pendawaian sementara dari punca eletrik dalam analisis data menunjukkan seramai 147 responden iaitu 38.7% Setuju dan 63 responden atau 16.6% menjawab Sangat Setuju. Manakala 108 responden atau 28.4% Kurang Setuju dengan penyataan ini. 33 responden atau 8.7% Tidak Setuju dan 29 responden atau 7.6% menjawab Sangat Tidak Setuju dengan penyataan tersebut. Analisis bagi item 50, Juruteknik akan membaiki kerosakan talian eletrik merupakan item terakhir yang mengukur aspek kemudahan peralatan pula menunjukkan seramai 164 orang atau 43.2% menjawab Setuju, 105 orang responden atau 27.6% menjawab Sangat Setuju, manakala 67 orang responden atau 17.6% menjawab Kurang Setuju, 27 orang responden iaitu 7.1% menjawab Tidak Setuju dan responden yang menjawab Sangat Tidak Setuju adalah seramai 17 orang atau 4.5%.Jadual 4.13 Taburan Frekuensi, Peratusan Min dan Sisihan Piawai Aspek Kemudahan PeralatanNo. ItemPernyataanSTSTSKSSSSSisihan PiawaiMin

F

(%)F

(%)F

(%)F

(%)F

(%)

5Tempat alat pemadam api dan peti pertolongan cemas26

(6.8)22

(5.8)83

(21.8)156

(41.1)93

(24.5)1.1083.71

10Bahan mudah terbakar mempunyai label dan disimpan ditempat khas15

(3.9)16

(4.2)64

(16.8)164

43.2121

(31.8)1.0053.95

15Alatan tangan disimpan dan diletak ditempat khas11

(2.9)32

(8.4)76

(20.0)135

(35.5)126

(33.2)1.0573.88

20Peralatan bengkel lengkap dan tidak bermasalah23

(6.1)31

(8.2)105

(27.6)139

(36.6)82

(21.6)1.0963.59

25Alatan tangan tersusun kemas dipanel alatan16

(4.2)30

(7.9)75

(19.7)153

(40.3)106

(27.9)1.0643.80

30Setiap mesin mempunyai penghadang keselamatan21

(5.5)35

(9.2)86

(22.6)163

(42.9)75

(19.7)1.0723.62

35Suis mesin adalah mudah dicapai dan selamat19

(5.0)33

(8.7)66

(17.4)176

(46.3)86

(22.6)1.0623.73

39Mesin rosak dibaiki oleh guru / juruteknik29

(7.6)34

(8.9)77

(20.3)171

(45.0)69

(18.2)1.1173.57

41Mesin yang ada dibengkel mencukupi dengan pelajar30

(7.9)32

(8.4)96

(25.3)144

(37.9)78

(20.5)1.1423.55

44Penerangan diberikan oleh guru sebelum kerja amali21

(5.5)44

(11.6)50

(13.2)150

(39.5)115

(30.3)1.1613.77

45Semua suis eletrik di bengkel mempunyai pelindung keselamatan18

(4.7)25

(6.6)101

(26.6)141

(37.1)95

(25.0)1.0603.71

47Suis pemutus litar mudah dicapai semasa kerja amali28

(7.4)41

(10.8)101

(26.6)151

(39.7)59

(15.5)1.1043.45

49Tiada pendawaian sementara dari punca eletrik29

(7.6)33

(8.7)108

(28.4)147

(38.7)63

(16.6)1.1033.48

50Juruteknik akan membaiki kerosakan talian eletrik17

(4.5)27

(7.1)67

(17.6)164

(43.2)105

(27.6)1.0673.83

PURATA3.69

4.4 Rumusan Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data secara deskriptif. Maklumat demografi responden seperti bangsa, jantina, tahap pendidikan/tingkatan dan agama diukur secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan dan peratusan. Setiap aspek persepsi yang diukur juga dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan min, tahap pengkelasan, kekerapan dan juga peratus. Oleh itu, dapatan kajian yang diperolehi ini akan dibincangkan secara terperinci dalam bab yang seterusnya.

No. Item

PernyataanSTSTSKSSSS

Sisihan Piawai

MinF

(%)F

(%)F

(%)F

(%)F

(%)4Pintu dan tingkap sentiasa terbuka semasa amali8

(2.1)13

(3.4)47

(12.4)140

(36.8)172

(45.3)0.9314.209Bengkel bebas daripada habuk, asap / wap beracun24

(6.3)64

(16.8)104

(27.4)118

(31.1)70

(18.4)1.1513.3814Lampu yang ada di bengkel cukup terang13

(3.4)38

(10.0)64

(16.8)156

(41.1)109

(28.7)1.0643.8219Dinding, pintu dan tingkap berwarna terang19

(5.0)46

(12.1)85

(22.4)155

(40.8)75

(19.7)1.0883.5824Lorong laluan memudahkan pergerakan pelajar22

(5.8)29

(7.6)83

(21.8)185

(48.7)61

(16.1)1.0303.6229Meja kerja disusun dengan teratur18

(4.7)40

(10.5)72

(18.9)134

(35.3)116

(30.5)1.1363.7634Persekitaran dalam bengkel luas, teratur, dan selesa11

(2.9)40

(10.5)84

(22.1)161

(42.4)84

(22.1)1.0193.7040Keadaan lantai di dalam bengkel sentiasa bersih12

(3.2)33

(8.7)87

(22.9)157

(41.3)91

(23.9)1.0183.7446T empat bahaya di dalam bengkel dicat warna cerah36

(9.5)38

(10.0)115

(30.3)138

(36.3)53

(13.9)1.1313.35PURATA3.68

INCLUDEPICTURE "file:///C:%5CUsers%5CLenovo%5CAppData%5CLocal%5CTemp%5Cmsohtmlclip1%5C01%5Cclip_image001.png" \d