untuk mencipta google form gunakan yang … kaji selidik yang ringkas untuk dijawab dalam masa...

13
Bersedia untuk mengorak langkah? Berniaga Secara Online Menjalankan Perniagaan Trak Makanan Format Rancangan Perniagaan 18 20 23 27 MEMULAKAN PERNIAGAAN

Upload: nguyenhuong

Post on 18-May-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Gunakan GOOGLE FORM untuk mencipta SOALAN KAJI SELIDIK yang ringkas untuk

dijawab dalam masa kurang daripada 5 MINIT dengan 8 LANGKAH YANG MUDAH

01 Daftar masuk akaun Google gmail anda

Klik butang merah “Create” di sebelah sudut kiri atas, dan pilih “Form”. 02

Klik pada “Choose response destination” untuk menetapkan lokasi baru penerimaan maklumat maklumbalas

kaji selidik anda nanti (dokumen ini akan dicipta di dalam Google Drive anda), atau anda boleh memilih untuk

meletakkan maklumbalas tersebut di mana-mana dokumen sedia ada di dalam Google Drive anda.

04

Masukkan soalan pertama anda dengan menaipnya di ruangan “Question Title”. Anda boleh menambahkan ayat di ruangan

“Help Text” bagi membantu responden memahami kehendak soalan (Contoh: Jawapan adalah kurang daripada 50 patah perkataan).

Kemudian, pilih “Question Type”. Untuk jenis soalan aneka pilihan, anda perlu meletakkan pilihan “Add ‘Other’”. Anda boleh meletakkan

syarat untuk menjawab semua soalan dengan menandakan kotak bertulis “required” di sebelah kanan butang “Done”.

06

Pilih tajuk dan tema untuk kaji selidik anda. Anda boleh memilih beberapa templat kaji selidik yang piawai (standard) atau boleh memilih rekabentuk templat yang sedia ada.

03

Buangkan tanda pada kotak “Required Sign In” di bahagian “Form Settings” untuk membolehkan akses kepada borang kaji selidik tersebut.05

Setelah borang kaji selidik anda siap dan mengubah tetapan berkaitan, klik “Send Form” di bahagian sudut kiri bawah. Anda kini boleh memilih kaedah menghantar borang kaji selidik samaada dengan berkongsi pautan, mengintegrasi borang di laman web atau menghantar emel kepada individu yang berkaitan dengan menambah alamat emel mereka di ruangan yang disediakan.

08

Tambah soalan aneka pilihan di borang kaji selidik anda dengan menggunakan butang “Add Item” dan pilih jenis soalan yang hendak ditambah.07

Bersedia untuk mengorak langkah?

Berniaga Secara Online

Menjalankan Perniagaan Trak Makanan

Format Rancangan Perniagaan

18

20

23

27

MEMULAKANPERNIAGAAN

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan18

MEMULAKAN PERNIAGAANAnda telah merekabentuk dan menganalisa model perniagaan yang bakal dijalankan, untuk dijadikan sebagai asas kepada rancangan perniagaan anda. Secara umumnya, rancangan perniagaan adalah versi yang lebih terperinci kepada model perniagaan anda. Ia terdiri daripada maklumat organisasi, model operasi, analisa kewangan, maklumat industri perniagaan, langkah perlaksanaan dan analisa risiko. Rancangan perniagaan adalah penting bagi permulaan perniagaan. Anda disarankan untuk meneliti rancangan perniagaan anda bersama-sama dengan pihak lain seperti kaunselor perniagaan, rakan kongsi atau kenalan.

BERSEDIA MENGORAK LANGKAH?

Secara asasnya, rancangan perniagaan dibina berdasarkan kepada teori 4Ws dan 1H (Who, What, Why, Where & How) (Siapa, Apa, Kenapa, Di Mana dan Bagaimana) dan teori 7Ps (Product, Price, Place, Promotion, People, Process & Physical) (Produk, Harga, Lokasi, Promosi, Orang, Proses dan Fisik). Kaedah mengenalpasti peluang yang ada berdasarkan teori-teori ini akan membantu anda bermula dari tempat yang betul.

1. Pernyataan Misi dan/atau Visi yang anda mahu cipta. Soalan-soalan yang boleh digunakan untuk membantu melengkapkan Misi dan Visi adalah seperti berikut: • Siapakahpelanggananda?• Apakahjenisperniagaananda?• Apakahyangandajual(Produk/Servis)?• Apakahperancanganuntukmengembangkanperniagaananda?• Apakahkelebihanutamaperniagaananda?

2. Penerangan tentang syarikat dan produk atau servis anda.

3. Penerangan tentang keunikan produk atau servis yang ditawarkan.

Komponen dalam Rancangan Perniagaan:Panduan Langkah Demi Langkah

Membentuk Perniagaan yang berjaya

Berfikir dan menulis tentang Rancangan Perniagaan ialah langkah pertama untuk membentuk perniagaan yang berjaya. Rancangan Perniagaan anda mestilah berfungsi dan memenuhi keperluan semasa perniagaan. Ini kerana Rancangan Perniagaan yang baik akan bermanfaat sebagai bahan rujukan perniagaan pada masa akan datang.

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 19

4. Analisa Pasaran berkaitan jenis pasaran yang bakal diceburi, maklumat pesaing, posisi perniagaan dan bahagian pasaran yang boleh dicapai.

5. Penerangan tentang pasukan organisasi pengurusan, termasuk pengalaman individu dan kejayaan yang pernah dicapai.

6. Bagaimana anda merancang untuk memasarkan produk atau servis anda?

PROMOSI

Promosi ialah aktiviti yang berkesan untuk memastikan jenama anda dikenali oleh kumpulan sasaran. Anda boleh bermula menggunakan kaedah pemasaran atas talian, sebagai contoh FB Fan Page, di mana anda menyiarkan (post) maklumat syarikat, produk dan servis anda. Ini kerana, kebanyakan pemasaran atas talian adalah percuma dan anda boleh memberi maklum balas kepada pertanyaan pelanggan dengan lebih pantas. Pengiklanan boleh memberi kesan besar kepada perniagaan dan mengukuhkan jenama anda.

7. Analisa syarikat anda dari segi kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman untuk memastikan bahawa perniagaan anda adalah realistik dan telah mengenalpasti peluang dan cabaran.

8. MenyediakanPenyata Aliran Tunai untuk mengenalpasti keperluan semasa dan masa hadapan kewangan anda. Penyata Aliran Tunai juga membantu anda melihat impak aliran tunai kepada perkembangan syarikat.

9. Unjuran Kewangan: Keperluan pembiayaan, penyata imbangan, ramalan jualan, nisbah perniagaan dan analisa modal-pulangan.

10. Ringkasan / kesimpulan yang merangkumkan semua maklumat (bahagian ini juga boleh dijadikan sebagai Ringkasan Eksekutif dan diletakkan di bahagian hadapan dokumen Rancangan Perniagaan).

MENETAPKAN HARGA JUALAN:

Kira jumlah kos sebelum menetapkan harga jualan sesuatu barangan. Jika kos pengilangan sebatang pen ialah RM1.50, dan anda menetapkan kadar keuntungan sebanyak 80% daripada jumlah kos,pen tersebut boleh dijual dengan harga RM2.70 (RM1.50 + 80% - tidak termasuk GST). Jika jumlah kos pengeluaran adalah rendah, anda boleh menggunakan kaedah harga skimming iaitu dengan menetapkan harga produk atau servis yang lebih tinggi pada permulaan dan kemudian menurunkan harga tersebut dalam satu tempoh masa tertentu.

Benjamin Franklin, seorang pengasasAmerika Syarikat

berkata:

“Jika anda gagal untuk merancang, Anda merancang

untuk gagal!”

“Jika anda gagal untuk merancang, Anda merancang

untuk gagal!”

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan20

KEPENTINGAN MENYEDIAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Untuk melihat dan menganalisa idea atau projek perniagaan dengan lebih terperinci

Membuat anggaran keperluan sumber-sumber perniagaan secara bersistematik dan teratur

Memberikan maklumbalas terhadap masalah yang mungkin timbul semasa pelaksanaan projek dan langkah-langkah penyelesaian

Berfungsi untuk mengenalpasti keberkesanan sesuatu projek yang dirancang dan dicadangkan

Memastikan kesesuaian projek yang akan dijalankan untuk tujuan pelaburan atau pembiayaan

BERNIAGA SECARA ONLINEMemulakan perniagaan secara atas talian (online) adalah sama seperti memulakan kedai runcit yang sebenar. Rancangan dan aspek undang-undang untuk perniagaan di atas talian ini adalah sama. Walaupun anda tidak perlu untuk mencari lokasi, perancangan yang kukuh dan laman web yang baik amat diperlukan sebelum mula menjual produk atau servis anda.

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 21

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Menjual Produk Secara Online di Malaysia

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

Sediakan Rancangan Perniagaan Yang Ringkas Sebelum Memulakan Perniagaan

Sediakan Rancangan Perniagaan anda berdasarkan kepada “Komponen dalam Rancangan Perniagaan: Panduan Langkah Demi Langkah”, seperti yang telah dibincangkan di permulaan bab ini.

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

Mendaftarkan Perniagaan

Untuk memulakan perniagaan online yang sah di sisi undang-undang di Malaysia, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mendaftar perniagaan anda dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

Semua peniaga atas talian yang menjalankan perniagaan melalui pasaran atau e-dagang wajib mendaftar dengan pihak SSM sebelum Disember 2017. SSM akan memberikan tempoh masa selama 30 hari untuk peniaga mendaftarkan perniagaan mereka selepas perniagaan di platform e-dagang memperoleh keuntungan. Peniaga yang gagal untuk mendaftarkan perniagaan mereka akan disingkirkan daripada platform atas talian tersebut. Tindakan juga akan diambil di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ke atas peniaga yang tidak mendaftar dan jika disabitkan bersalah akan dipenjara selama 2 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

YBhg. Datuk Zahrah Abd Wahab FennerKetua Pegawai Eksekutif SSM29 Mei 2017

Tiga kaedah yang terkini adalah seperti berikut:

(A) (A) Menjual di pasaran atas talian seperti Lazada, 11Street dan Shopee

Menentukan kaedah untuk memulakan perniagaan atas talian

• Pasaranatastalianiniadalahtempatdimanapenjualbolehmemasarkan barang jualan atau perkhidmatan mereka

• Andatidakperlumenciptalamanwebe-dagangtersendiridan melakukan kerja pemasaran.

• Kaedahiniadalahyangterbaikuntukmerekayangmempunyai bajet yang terhad.

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan22

(B) Cipta laman web e-dagang tersendiri untuk produk anda• Andabolehmenciptalamanwebe-dagangtersendiridengantambahan

kos yang mahal sekiranya anda tidak mempunyai kapasiti untuk membangunkannya sendiri.

• Andajugaperlumelaburkanwanguntukmempromosijenamaanda.

(C) Cipta akaun media sosial di Instagram atau Facebook untuk menjual produk anda• Jikaandakekuranganbajetdantidakmampuuntukmembinalaman

web e-dagang anda sendiri atau tidak berminat untuk menjualnya di marketplaces, anda boleh menggunakan media sosial untuk berniaga.

• Sebanyak33%daripadarakyatMalaysiamembelimelaluimediasosial.Ini bermakna anda masih lagi boleh menjana pendapatan dengan cara menjual melalui Facebook atau Instagram tanpa perlu mempunyai laman web e-dagang tersendiri.

• Prosespenjualanmelaluimediasosialinidikenalisebagaiperdagangansosial.

10 kesalahan besar apabila memulakan perniagaan atas talian:

1Menunggu terlalu lama untuk melancarkan produk / servis

10 Langsung tidak bermula

2Menyelesaikan masalah yang tidak penting

3Tidak dengar kehendak pelanggan

4Tidak ada kelainan yang ketara dengan perniagaan lain

5Memilih topik yang anda tidak kisah

9Keliru antara

“blog” dengan “perniagaan”

8 Melakukan berseorangan

7Menghabiskan masa dengan berfikir dan

tidak bertindak

6 Memulakan dengan jangkaan yang salah

Sumber: https://fizzle.co/sparkline/top-10-mistakes-in-starting-an-online-business

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 23

FOOD TRUCK

Fast FoodDelicious

Menjalankan PerniagaanTrak Makanan

Menjalankan PerniagaanTrak Makanan

Bagaimana Menjalankan Perniagaan Trak Makanan Di MalaysiaTahukah anda bahawa perniagaan trak makanan bukan lagi sebuah konsep perniagaan yang baharu di Malaysia? Sebagai contoh, perniagaan sate secara tradisinya, dijual dari satu tempat ke satu tempat yang lain menggunakan motorsikal dan menu disediakan secara spontan di hadapan pelanggan. Hari ini, konsep penyediaan makanan bergerak adalah satu suasana yang baru yang lebih baik dan dilengkapi pelbagai ciri menarik seperti kenderaan yang diubah-suai, peralatan dengan menu dan tema yang pelbagai untuk ditawarkan kepada pelanggan. Walaubagaimanapun, untuk memasuki pasaran ini, usahawan perlu mengambilkira undang-undang dan peraturan perniagaan yang berkaitan serta kos yang terlibat sebelum memulakan pelaburan dalam perniagaan kulinari bergerak ini.

1. Asas Untuk Memulakan PerniagaanSepertimana perniagaan lain, modal perniagaan adalah aspek paling asas kerana ia menentukan saiz dan kapasiti perniagaan tersebut. Walaubagaimanapun, persiapan perniagaan trak makanan tidak seperti persiapan sebuah perniagaan kedai runcit atau kafe. Kosnya lebih murah dan lebih cepat untuk dimulakan. Anda hanya memerlukan sebuah kenderaan dan mengenalpasti lokasi yang terbaik untuk menjalankan perniagaan ini. Dianggarkan bahawa purata jumlah modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ini adalah di antara RM15,000 - RM20,000. Jika dibandingkan dengan kedai makan, anda tidak perlu memikirkan tentang kos yang tinggi untuk menyediakan tempat seperti pembelian kedai, sewaan dan pengubahsuaian. Kos pemulaan yang rendah juga amat mudah kerana anda boleh mengunakan wang simpanan sendiri atau meminjam daripada ahli keluarga atau kenalan. Kaedah alternatif yang lain untuk mendapatkan biayaan ini juga adalah melalui pinjaman bank atau program kewangan yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan. Purata pecahan kos untuk memulakan perniagaan trak makanan adalah seperti berikut:

Perkara

Pendaftaran dengan SSM (Wajib)

Pendaftaran dengan Bank (Wajib)

Good Driving License (GDL) (Wajib)

Permit Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan

Kos

RM100

RM200

RM500

RM500/tahun

Jadual 1: Pecahan kos untuk memulakan perniagaan trak makanan

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan24

2. Trak MakananTerdapat beberapa jenis kenderaan yang boleh diubahsuai untuk dijadikan trak makanan seperti lori, bas, van, kereta, trak dan motorsikal.

a. Kenderaan Trak Kenalpasti saiz, jenis dan kapasiti kenderaan tersebut dengan bajet dan jenis

perniagaan anda. Jenis kenderaan berbeza mempunyai kualiti dan kos yang berbeza.

b. Merekabentuk Trak Rancang untuk merekabentuk

trak mengikut keperluan perniagaan anda, sebagai contoh ruangan untuk meletakkan peti sejuk, dapur dan peralatan lain, serta ruangan yang mencukupi untuk penyediaan makanan, kaunter hidangan dan sebagainya.

Anda boleh memilih jenis badan trak sama ada besi atau fiber. Badan trak jenis fiber adalah disarankan kerana lebih tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan. Pemilik trak makanan hendaklah memantau kerja-kerja pengubahsuaian trak untuk memastikan rekabentuk adalah mengikut spesifikasi yang telah dicadangkan.

Perkara

Modal Pusingan

Deposit Trak Makanan (10% daripada jumlah harga RM55,000) - minimum

Ansuran Trak

Papan tanda dan banner

Stiker Trak Makanan (asas)

Peralatan (Dapur, gas, peti sejuk dll)

Suntikan Imunisasi Typhoid (Wajib)

Kursus Penyediaan Makanan (Wajib)

Penyediaan Bahan Makanan Mentah

Penyelengaraan

Kos

RM3,000 (minimum)

RM5,500

RM600/bulan

RM300

RM500

RM4,000

RM40 – RM80

RM100 – RM200

RM4,000 - RM8,000/bulan

RM300

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 25

c. Rekabentuk Dalaman dan Luaran Trak Rekabentuk bahagian dalaman trak bergantung kepada bajet yang anda ada.

Pastikan rekabentuk mengambilkira ciri keselamatan dan ianya praktikal untuk digunakan. Bahagian grafik yang dicat pada badan trak mestilah mengandungi unsur untuk mempromosi produk anda. Anda boleh menggunakan pelekat, pembalut atau pen marker untuk dekorasi selagi ia menepati lingkungan kos dan perniagaan anda supaya kelihatan kreatif, mudah dan cantik.

d. Bekalan Kuasa (Generator) Anda disarankan untuk menggunakan gas memasak untuk memasak di atas trak

berbanding menggunakan generator. Namun, untuk penggunaan jangka masa yang lama, generator adalah lebih sesuai digunakan. Kebiasaannya generator digunakan untuk menyalurkan tenaga elektrik bagi kegunaan lampu, mesin, peti sejuk, mesin pembancuh kopi, mesin menggoreng dan ketuhar.

e. Kelulusan Pihak Berkuasa Kelulusan daripada JPJ and PUSPAKOM adalah penting untuk menjalankan

perniagaan trak makanan ini. Proses ini akan mengambil masa di antara 3-4 bulan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa. Selain itu juga, anda perlu mendapatkan lesen / permit daripada pihak berkuasa tempatan di kawasan yang anda berhasrat untuk berniaga kelak.

3. MenuJenis makanan yang ditawarkan bukan sahaja mampu menjadi tarikan kepada pelanggan, malahan ia juga akan menentukan rekabentuk trak makanan serta peralatan yang diperlukan. Anda juga disarankan untuk tidak menjual produk yang sama dengan pemilik trak makanan yang berniaga berhampiran anda bagi mengurangkan persaingan.

a. Persepsi dan pilihan pelanggan Pelanggan akan memilih menu yang ditawarkan

berdasarkan beberapa faktor seperti berikut: i. Rasa makanan ii. Hargaiii. Kuantitiiv. Tempoh masa penyediaan makananv. Publisitivi. Keunikan

4. Bahan MentahTerdapat dua kategori bahan mentah iaitu bahan mentah kering dan bahan mentah basah. Bagi keperluan perniagaan, anda perlu memastikan kos bahan mentah dan tempoh kesegaran bahan tersebut. Anda bukan sahaja perlu memastikan kesegaran produk makanan yang bakal dijual, malahan perlu mengambilkira keadaan kualiti produk makanan supaya tidak melebihi tarikh luput.

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan26

Selain daripada bahan mentah, perkakasan seperti sudu, garfu, bekas makanan, penyedut minuman, cawan, tisu dan plastik juga perlu diambilkira. Simpan segala perkakasan ini di kawasan yang mempunyai pengudaraan baik bagi mengelakkan pendedahan kepada serangga perosak.

5. Tenaga KerjaTrak makanan kebiasaannya dikendalikan oleh 3 orang operator – untuk menerima pesanan dan pembayaran, penyediaan makanan dan pembungkusan. Anda perlu memastikan bahawa anda dan pekerja tahu dan faham tentang keselamatan dan kebersihan dalam penyediaan makanan dengan menghadiri kursus dan latihan yang bersesuaian bagi keperluan ini. Anda juga hendaklah memastikan suntikan imunisasi telah diambil (Hepatitis and thyphoid) bagi setiap pekerja yang terlibat dalam penyediaan makanan.

Hidup di masa hadapan dan bina sesuatu yang menarik. Walaupun ia berbunyi agak janggal, ini adalah resepi terbaik. Paul Graham,salah seorang pengasas Y Combinator, sebuah inkubator perniagaan yang popular dan telah membiayai lebih daripada 450 syarikat termasuk Dropbox, Airbnb, dan Reddit

6. Cap Dagangan Cap dagangan adalah penting keranan ianya hak ekslusif dan bukti perundangan pemiliknya. Usahawan mempunyai hak ekslusif untuk menggunakan cap tanda dagangan sendiri untuk perniagaan mereka, dan boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah Undang-Undang Cap Dagangan ke atas usahawan lain yang menggunakannya tanpa kebenaran.

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 27

FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN

Format 1: Sumber: http://cyberuse.com/one-page-business-plan-template.html

Rancangan Perniagaan1 Muka Surat

Nama: Pemilik:

Masalah Pelanggan

Sasaran Pasaran

Kedudukan atau Tumpuan

Kelebihan Daya Saing

Cara Penyelesaian

Aliran Pendapatan Strategi Harga Jualan

3 Pesaing Utama1.2.3.

Nota

Kenapa?

*Kenapa anda lakukan?

Bagaimana?

*Bagaimana anda lakukan?

Apa?

*Apa yang anda lakukan?

Marketing Consultant & EntrepreneurCopyright 2014 by Joey Gedgaud

JoeyGedgaud.com

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan28

Format 2: Sumber: https://zapier.com/blog/how-to-start-your-own-business/

Rancangan Perniagaan 1 Muka Surat

Idea Anda

Perniagaan Anda

Apa yang akan anda jual?

Kenapa orang perlu membeli produk anda?(Apakah keperluan atau masalah yang perlu diselesaikan oleh perniagaan anda? Faedah unik produk /perkhidmatan yang anda tawarkan?)

Siapakah rujukan utama bagi kejayaan syarikat anda? (Rakan perniagaan, rangkaian perniagaan tempatan, pembekal dan lain-lain)

Adakah anda memerlukan nama syarikat dan nama produk? (Sekiranya ya, apakah nama tersebut)

Adakah anda memerlukan dokumen perundangan untuk difailkan?(Contohnya menjalankan perniagaan bersama negeri, PLT sekiranya anda ingin menubuhkan Perkongsian liabiliti terhad)

Perkara berkaitan kewangan

Kunci kepada perniagaan anda:Pelanggan anda

Kejayaan

Berapakah harga yang akan anda kenakan?

Berapakah duit yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan (termasuk perbelanjaan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan)

Siapakah yang akan membeli apa yanganda jual?

Bagaimana untuk anda dapatkan dan pasarkan kepada mereka?

Bagaimanakah untuk anda menanggung kos permulaan dan perbelanjaan sehingga perniagaan anda mendapat keuntungan?

Bila akan anda tetapkan bahawa syarikat anda Berjaya? (Berdasarkan pencapaian jumlah pelanggan? Pendapatan tahunan? Lain-lain?)

Dibawakan kepada anda oleh Zapier: https://zapier.com. Belajar cara untuk memulakan bisnes anda sendiri di https://zapier.com/blog/how-to-start-ypur-own-business/

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 29

Anda Sudah Memiliki Idea PerniagaanAnda Sudah Memiliki Idea PerniagaanBerikut adalah 30 soalan penting yang perlu dijawab bagi memastikan idea anda adalah berbaloi untuk memulakan perniagaan.

1. Adakah anda akan menggunakan produk anda sendiri?2. Bolehkah anda mengenalpasti sekurang-kurangnya 10 orang yang sanggup

membeli produk anda?3. Apa yang anda suka? Adakah ia berbeza dengan idea perniagaan anda?4. Bagaimanakah tahap kesukaran masalah yang ingin anda selesaikan?5. Adakah sasaran pasaran anda cukup besar untuk mewujudkan perniagaan

yang sebenar?6. Apakah model pendapatan anda dan sejauh mana ia realistik?7. Bagaimana pengasas boleh menjalankan idea tersebut?8. Bagaimana pengasas boleh mengenalpasti apa yang perlu mereka lakukan,

selain daripada perkara yang sedia ada?9. Bagaimana pelanggan menangani masalah hari ini?10. Apakah trend terkini yang membolehkan penyelesaian anda mampu

dilaksanakan?11. Apakah versi ringkas tentang idea ini?12. Berapa cepat idea ini akan boleh menembusi pasaran?13. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk anda menyiapkan prototaip

pertama daripada idea perniagaan anda?14. Apakah yang membuatkan produk anda berbeza dengan yang lain?15. Berapa banyak wang yang diperlukan untuk membina prototaip pertama?16. Pelanggan hanya akan membeli produk yang ringkas. Sila jelaskan produk

anda dalam satu ayat.17. Adakah anda mempunyai kelebihan dari segi persaingan?18. Adakah anda bersungguh-sungguh tentang idea tersebut dan mendedikasikan

masa selama 1-2 tahun untuknya?19. Adakah anda mudah mendapat akses kepada 2-3 individu berprofil tinggi

yang boleh membantu anda membawa ke arah kejayaan dalam pasaran?20. Adakah anda boleh meyakinkan 1-2 individu hebat untuk bekerja dengan

anda sekarang?21. Berapa lama masa diambil untuk penghasilan berskala besar?22. Bagaimana idea ini menjadikan dunia lebih baik?23. Bagaimana idea ini menjadi kreatif, inovatif dan unik?24. Apakah peluang dan risiko yang anda hadapi?25. Bagaimana dengan paten?26. Apakah matlamat jangka panjang yang anda telah tetapkan?27. Bagaimana industri ini berkembang (pertumbuhan pasaran)?28. Apakah faktor utama kunci kejayaan?29. Kenapa seseorang perlu memberikan anda duit?30. Bagaimana perniagaan anda akan terus hidup dan berkembang dalam

tempoh lima tahun yang akan datang?

??