urutan prenium

8
Minyak Kelapa Dara - Tanamera Minyak kelapa dara adalah minyak terbaik di dunia yang berkhasiat memulihkan dan memberi perlindungan dari berbagai penyakit. Minyak kelapa dara kaya dengan asid laurik, satu struktur molekul rantaian asid lemak sederhana yang unik, berciri anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang sama boleh didapati dalam susu ibu sebab itulah bayi yang diberi susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih tinggi berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan minum 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara setiap hari. Minyak kelapa dara mempunyai banyak manfaat, untuk penjagaan kulit dan rambut, untuk mengawal tahap kolesterol, meningkatkan tahap imun, membaiki sistem penghadaman dan metabolisma, mengurangkan risiko sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser, penjagaan gigi dan untuk kekuatan tulang. Manfaat ini semua disebabkan oleh kandungan asid laurik, asid kaprik dan asid kaprilik yang terdapat dalam minyak kelapa. Paling penting, bagi bakal-bakal ibu, minyak kelapa dara telah digunakan sejak beratus tahun sebagai penawar semulajadi untuk persediaan memudahkan proses bersalin. Penggunaan minyak kelapa dara amat disarankan bagi ibu-ibu mengandung untuk disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan

Upload: cikgu-fiqah-berry-glamz

Post on 18-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jj

TRANSCRIPT

Minyak Kelapa Dara - Tanamera

Minyak kelapa dara adalah minyak terbaik di dunia yang berkhasiat memulihkan dan memberi perlindungan dari berbagai penyakit. Minyak kelapa dara kaya dengan asid laurik, satu struktur molekul rantaian asid lemak sederhana yang unik, berciri anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang sama boleh didapati dalam susu ibu sebab itulah bayi yang diberi susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih tinggi berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan minum 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara setiap hari.

Minyak kelapa dara mempunyai banyak manfaat, untuk penjagaan kulit dan rambut, untuk mengawal tahap kolesterol, meningkatkan tahap imun, membaiki sistem penghadaman dan metabolisma, mengurangkan risiko sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser, penjagaan gigi dan untuk kekuatan tulang. Manfaat ini semua disebabkan oleh kandungan asid laurik, asid kaprik dan asid kaprilik yang terdapat dalam minyak kelapa.

Paling penting, bagi bakal-bakal ibu, minyak kelapa dara telah digunakan sejak beratus tahun sebagai penawar semulajadi untuk persediaan memudahkan proses bersalin. Penggunaan minyak kelapa dara amat disarankan bagi ibu-ibu mengandung untuk disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. Langkah-langkah ini untuk membantu memudahkan proses melahirkan tanpa sebarang pengoyakkan faraj. Minyak kelapa dara juga boleh diguna untuk elak rekahan kulit dan elak sembelit. Kesannya memang menakjubkan!

Minyak Kelapa Dara TANAMERA berkualiti tinggi kerana diproses cara tekanan. Kami sarankan bakal ibu mula guna minyak kelapa dari minggu ke30 kehamilan.

Berbagai Kegunaan:Penggunaan semasa Mengandung: Untuk elak rekahan kulit Untuk mudahkan proses bersalin tanpa pengoyakkan faraj Untuk elak sembelitPenggunaan selepas bersalin:

Untuk pudarkan rekahan kulit Untuk melembab dan mencegah kekeringan pada puting dada Untuk elak sembelit Untuk urut bayi dan elak ruam lampin

Apa itu Perineum ?

Perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur

Urutan Perineum(sumber majalah PaMa):

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Teknik urutan perineum

1. Sapukan jari dengan minyak.2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk U.5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.

Apakah Urutan Perineum???-Urutan perineum adalah urutan pada bahagian perineum wanita (kawasan antara lubang vagina dan dubur) yang bertujuan untuk mengenyalkan bahagian tersebut dan mengelakkan dari berlaku koyakan atau mengurangkan jahitan sewaktu bersalin dengan menggunakan minyak yang selamat digunakan seperti Minyak Kelapa Dara.

Bila Masa untuk Buat Urutan Perineum??- Urutan perineum boleh dilakukan seawal kandungan berusia 34 minggu ke atas.

Siapa yang Boleh Buat Urutan Perineum??- Boleh lakukan secara sendiri atau oleh pasangan anda. Mengikut keselesaan bakal ibu

Bagaimana Cara Urutan Perineum??- Masa terbaik utk urutan perineum adalah selepas mandi, kerana lepas mandi.. kulit masih lembab dan selesa utk urutan.

-Keperluan: Minyak Kelapa Dara dan tangan yang telah dicuci bersih.. serta kuku yang pendek

-Posisi:Atas katil..bersandar pada dindingAtau atas kerusi dalam bilik airAtas mangkuk tandasAtas sofa(yang penting kedudukan selamat..selesa dan tidak diganggu)

-Teknik Urutan

1. Sapukan jari anda dengan minyak kelapa dara.2. Letakkan Satu Jari atau Dua Jari (dalam gambar-satu ibu jari) ke bahagian dalam dinding dan jari selebih nya ke bawah punggung3. Urut kawasan diantara lubang vagina dengan lubang dubur serta dalam dinding..mengikut arah yang ditunjukkan pada gambar.4. Lakukan berulang kali selama lebih kurang 5 minit setiap kali urutan. Urutan boley dilakukan sehari sekali.5. Selepas urutan lakukan kemutan pada vagina (seperti menahan kencing atau angin). Tahan selama 10-30 saat dan relaks.. Ulang 5-10 kali selepas urutan.

Urutan akan menjadikan kulit dibahagian perineum lebih elastik dan memudahkan proses bersalin..

Jangan lakukan urutan perineum sekiranya anda mempunyai masalah jangkitan atau penyakit pada vagina dan mengalami kesakitan sewaktu melakukannya.