victoria institution tel:
TRANSCRIPT
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Tarikh : 27 Jun 2017
Melalui, Pengetua, Victoria Institution, Jalan Hang Tuah, 55200 Kuala Lumpur Tuan/Puan Jemputan Ke Program Kempori 108 Tahun Pengakap Kuala Lumpur 2017 & Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri 2017
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan Pengakap Victoria Institution (Bukit Bintang 01 & 02) dengan kerjasama Pasukan Kelana ‘C’ (Laut) Ibu Pejabat Negeri WP Kuala Lumpur akan mengadakan Program Kempori 108 Tahun Pengakap Kuala Lumpur 2017 & Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri 2017.
2. Untuk makluman tuan/puan, acara ini dianjurkan sempena ulang tahun ke-108 tahun kepengakapan di Victoria Institution dan 110 Tahun Pengakap Dunia.
3. Butir-butir ringkas acara berkenaan adalah seperti berikut: • Tempat : Victoria Institution, Kuala Lumpur • Tarikh : 4, 5 dan 6 Ogos 2017 • Tema : “Scouting Heritage” • Yuran Penyertaan : RM70 (termasuk sijil penyertaan, lencana rasmi, skaf rasmi,
buku panduan, aktiviti kempori, pertandingan & Campfire)
4. Dengan sukacitanya, kami berharap pasukan Pengakap sekolah tuan/puan dapat menyertai program ini dengan menghantar sebuah kontinjen (10 orang peserta) atau lebih. Kehadiran dan sokongan pihak tuan/puan amat dihargai. Sila rujuk kepada maklumat yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penolong Penyelaras Program ini, En. Zairin Adam Abdul Aziz (017-2954262). Sila menyatakan kehadiran anda (RSVP) dengan menghantar maklum balas kepada Setiausaha Program, En Kenageswaran Magantran (016-9476494) atau e-mail kepada [email protected] sebelum 1 Ogos 2017.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas, Zairin Adam Abdul Aziz Penolong Penyelaras Program merangkap Penolong Pemimpin Kumpulan Pengakap 01 Bukit Bintang
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Tarikh : 27 Jun 2017
Melalui, Pengetua,
Victoria Institution,
Jalan Hang Tuah,
55200 Kuala Lumpur
Tuan/Puan Jemputan Ke Program “Victoria Institution Scouts 108th Year Anniversary Campfire 2017” Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan Pengakap Victoria Institution (Bukit Bintang 01 & 02) akan mengadakan program “Victoria Institution Scouts 108th Year Anniversary Campfire 2017”.
2. Butir-butir ringkas acara berkenaan adalah seperti berikut:
• Tempat : Quadrangle Victoria Institution, Kuala Lumpur
• Tarikh : 5 Ogos 2017 (6.30 petang – 11.00 malam)
• Tema : “The Awakening”
• Yuran Penyertaan : RM15 (termasuk lencana rasmi, “campfire song book” dan
makanan ringan)
3. Untuk makluman tuan/puan, acara ini dianjurkan sempena ulang tahun ke-108 tahun kepengakapan
di Victoria Institution dan 110 Tahun Pengakap Dunia. Dengan sukacitanya, kami berharap pasukan
Pengakap sekolah tuan/puan dapat menyertai program ini. Kehadiran dan sokongan pihak tuan/puan amat
dihargai. Sila menyatakan kehadiran anda (RSVP) dengan menghantar maklum balas kepada Setiausaha
Program, En Kenageswaran Magantran (016-9476494) atau e-mail kepada [email protected]
sebelum 30 Julai 2017.
5. Sebarang pertanyaan boleh hubungi, Penyelaras Pendaftaran Program, En Ashley William (012-
6031783) dan En. Imran Hakim (011-12481368). Juga boleh melayari facebook:
www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/ untuk maklumat terkini. Bersama surat ini dikepilkan aturcara
dan borang pendaftaran untuk rujukan tuan/puan. Kedatangan dan sokongan anda amatlah dihargai dan
didahului dengan jutaan terima kasih.
Yang Menjalankan Tugas,
M. Kenageswaran
Ketua Kumpulan Pengakap Bukit Bintang 01
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Merangkap Setiausaha Program
Aturcara Program
1830 hours – Registration & Exhibition
1950 hours – Arrival of VIP
2000 hours – Opening Act performed by the Boy Scouts
2020 hours – Speech from the VIP, Scout Master and Troop Leader
2035 hours – Boy Scouts’ Performance & Dance
2110 hours – Intermission and Light Refreshments are served
2130 hours – Band performance & Senior Scouts’ Act
2210 hours – Campfire Games and Campfire Songs
2240 hours – Special Performance from invited guest
2300 hours – Installation of new COH and Photograph Session
2320 hours – Last Post and Dismiss
Borang Pendaftaran
Nama Kumpulan/Sekolah : ______________________________________
Bilangan Peserta : ______________________________________
Bil. Nama Penuh No Kad Pengenalan No. Telefon
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Kempori 108 Tahun Pengakap Kuala Lumpur 2017 & Pertandingan
Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri Kali Pertama sempena 108
Tahun Pengakap Victoria Institution #108KLS
4hb OGOS HINGGA 6hb OGOS 2017
VICTORIA INSTITUTION, JALAN HANG TUAH, 55200 KUALA LUMPUR
Anjuran bersama:
Kumpulan Pengakap Bukit Bintang Pertama & Kedua
(First KL & Second KL Scouts)
Pasukan Kelana ‘C’ (Laut) Ibu Pejabat Negeri WP Kuala Lumpur
(KL Charlie Rovers)
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Maklumat untuk Peserta
Butiran Program
Matlamat
Kempori 108 Tahun Pengakap Kuala Lumpur 2017 & Pertandingan Kemahiran
Pengakap Peringkat Negeri Kali Pertama sempena 108 Tahun Pengakap Victoria
Institution diadakan untuk menghimpunkan ahli Pengakap dari Negeri WP Kuala
Lumpur dan seluruh Malaysia untuk mewujudkan satu rangkaian persaudaraan dan
persahabatan dalam Pengakap bukan sahaja di peringkat negeri malah di peringkat
kebangsaan. Program ini juga bermatlamat untuk mengukuhkan keupayaan
golongan muda untuk menghadapi cabaran dunia pada masa hadapan melalui
pendedahan persaingan yang sihat dan pembelajaran kemahiran pengakap yang
menekankan pembangunan sahsiah diri dan keyakinan ahli Pengakap. Selain itu,
program ini adalah salah satu langkah untuk memberi pendedahan kepada generasi
muda tentang warisan kepengakapan dan sejarah Pengakap di Kuala Lumpur dan
Malaysia.
Peserta
Pengakap Kanak-Kanak : berumur 12 dan ke bawah pada 4hb Ogos 2017
Pengakap Muda & Remaja: berumur antara 13 dan 18 pada 4hb Ogos 2017
Pengakap Kelana : berumur antara 18 dan 25 pada 4hb Ogos 2017
Pemimpin Pengakap : berumur 18 dan ke atas pada 4hb Ogos 2017
*Setiap kumpulan yang mengambil bahagian dalam program perlu menghantar
sekurang-kurangnya 1 patrol (10 ahli pengakap muda atau pengakap remaja atau
kedua-dua sekali) untuk menyertai pertandingan kemahiran pengakap.
Lokasi
Victoria Institution terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur. Ia adalah
sebuah sekolah menengah kluster untuk lelaki dan merupakan antara sekolah-
sekolah yang tertua di Malaysia. Lokasi yang strategik dan mudah diakses dengan
pengangkutan awam ini, berhampiran dengan dua Stesen LRT / Monorel iaitu Stesen
LRT Pasar Seni dan LRT Hang Tuah / Stesen Monorail. Sekolah ini juga terletak di
sebelah Stadium Merdeka, Stadium Negara dan berdekatan dengan Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia, Rumah B-P.
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Bahasa Komunikasi
Bahasa Komunikasi untuk kempori ini ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Kod Pakaian
Pakaian untuk aktiviti-aktiviti termasuk uniform lengkap Pengakap untuk Majlis
Perasmian dan Majlis Penutup, serta majlis rasmi yang lain. Bagi meningkatkan imej
Pengakap, anda juga diminta untuk memakai uniform lengkap semasa lawatan
program di luar tapak kempori. Pakaian kasual yang sesuai boleh dipakai untuk sesi
lain. Uniform lengkap haruslah dipakai semasa pertandingan kemahiran pengakap
berlangsung kecuali untuk pertandingan renang.
Ketibaan dan Kepulangan
Peserta dijangka tiba pada 4hb Ogos 2017, Jumaat dan dibenarkan untuk pulang pada
6hb Ogos 2017, Ahad selepas tamat Majlis Penutup.
Penginapan, Makanan dan Peralatan
Para peserta perlu membawa peralatan perkhemahan sendiri seperti khemah,
sleeping bag, flysheet, bendera kumpulan dan sebagainya. Para peserta akan
ditempatkan ke dalam tapak perkehemahan masing-masing di padang sekolah.
Makanan sepanjang camporee tidak akan disediakan. Para peserta disarankan untuk
membawa makanan sendiri dari rumah. Jikan mahu penyediaan makanan, pihak
sekolah boleh berhubung dengan pihak kami (RM20 untuk makanan tengah hari &
makan malam 2 hari)
Cuaca yang agak panas dan lembap memerlukan peserta untuk membawa pakaian
yang cukup agar sentiasa kelihatan bersih dan segar. Sila bawa alat-alat tulis sendiri
bagi kegunaan sepanjang program. Selain itu, peralatan seperti kamera dan video
kamera juga boleh dibawa. Bawa juga sedikit cenderahati untuk bertukaran dengan
para peserta dari kontinjen lain, terutamanya lencana-lencana.
Perbelanjaan peribadi dan tambahan peserta, seperti perbelanjaan penginapan,
makanan atau pengangkutan, bagi kontinjen yang tiba awal sebelum acara bermula
atau lewat berlepas selepas acara tamat tidak ditanggung oleh pihak penganjur.
Pihak penganjur juga tidak akan menyediakan pengangkutan ke lokasi kempori.
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Yuran Penyertaan
Pakej Yuran Penyertaan bagi program ini:
Availibiliti Pakej:
Pakej Harga untuk
seorang (RM)
Yuran merangkumi perkara-perkara berikut:
A 70 Set Kempori, Pertandingan, Karnival dan Campfire
B 50 Set Kempori, Karnival dan Campfire sahaja
C 15 Set Campfire sahaja
D 15 Set Karnival (Pelawat) sahaja
E 30 Set Karnival dan Campfire sahaja
Pakej A B C D E
Pengakap (Peserta) / / / /
Pemimpin Pengakap / / / /
Pengakap Kelana / / / /
Pengakap Kanak-Kanak / /
Bukan Pengakap/Pelawat / / /
Set Kempori
- Sijil Penyertaan
- Lencana Rasmi Program
- Lencana Rasmi Kempori
- Skaf Rasmi Program
- Lanyard
Set Pertandingan
- Sijil Penyertaan Pertandingan
- Sijil Pencapaian (jika menang)
- Yuran Penyertaan Pertandingan
Set Campfire
- Lencana Rasmi Campfire
- Buku Lagu Campfire
- Makanan Ringan
Set Karnival
- Lencana Rasmi Program
- Skaf Rasmi Program
- Lanyard
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Perinician Program
1) Aturcara Program
i) Tarikh
4hb Ogos 2017, Jumaat – 6hb Ogos 2017, Ahad (3 Hari, 2 Malam)
ii) Jadual
iii) Aturcara
Jumaat, 4hb Ogos 2017
1430 hours – Ketibaan Peserta dan Pendaftaran
1600 hours – Menaikkan Khemah
1700 hours – Aktiviti Bebas (FTA)
1930 hours – Makan Malam & Solat Maghrib
2030 hours – Pertandingan Kawad Kaki
0000 hours – Tidur
Sabtu, 5hb Ogos 2017
0600 hours – Bangun, Bersihkan Diri & Solat Subuh
0730 hours – Sarapan Pagi
0800 hours – Pertandingan Model Projek Perintis
1000 hours – Aktiviti Bebas (FTA)
Karnival Pengakap Kuala Lumpur 2017 bermula
1300 hours – Makan Tengah Hari & Solat Zohor
1400 hours – Pertandingan Masakan Rimba
1700 hours – Aktiviti Bebas (FTA)
1930 hours - Makan Malam & Solat Maghrib
Pendaftaran Campfire
2000 hours – Victoria Institution Scouts 108th Anniversary Campfire 2017:
“The Awakening”
0000 hours – Tidur
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Ahad, 6hb Ogos 2017
0600 hours – Bangun, Bersihkan Diri & Solat Subuh
0730 hours – Sarapan Pagi
0800 hours – Pertandingan Renang & Pertandingan Komunikasi
1100 hours – Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah
1400 hours – Sayonara!
2) Konsep
Warisan Kebudayaan: Ahli-ahli Pengakap yang mempunyai latar belakang
budaya dan asal-usul yang berbeza bersama-sama berkongsi pengalaman
kepengakapan masing-masing sambil memupuk perpaduan antara satu sama
lain bagi meraikan 108 Tahun Pengakap di Kuala Lumpur dan 110 Tahun
Pengakap Dunia.
Tenaga: Tenaga yang ahli-ahli Pengakap dari seluruh negeri dan negara akan
membawa kepada kempori dan kedinamikan pergerakan Pengakap di Malaysia
akan membantu mengukuhkan misi dan visinya.
Inovasi: Memperolehi pengalaman baru di kempori sebegini serta
mempelajari tentang budaya dan tradisi kepengakapan dapat memupuk
kemahiran befikir secara kritikal yang akan membawa kebaikan kepada
seseorang individu.
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Kegiatan dan Aktiviti Riadah yang akan ditawarkan
1. Aktiviti Kempori
i) Karnival Pengakap Kuala Lumpur 2017
- Karnival ini akan berlangsung pada 5hb Ogos 2017, Sabtu dari 10 pagi hingga
6.30 petang. Ia terbuka kepada semua ahli pengakap.
ii) Pameran Informasi
- Organisasi bukan kerajaan, badan beruniform dan agensi kerajaan akan
dijemput untuk membuka pameran informasi sepanjang program berlangsung.
iii) Pertandingan Kemahiran Pengakap
- Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri kali Pertama
2017 akan berlangsung dari petang 4hb Ogos 2017, Jumaat hingga pagi 6hb
Ogos 2017. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan ahli
pengakap untuk menghadapi cabaran hari esok melalui pendedahan
pertandingan kemahiran pengakap yang sihat dan produktif.
Pertandingan-pertandingan yang akan diadakan:
i) Pertandingan Masakan Rimba
ii) Pertandingan Komunikasi
iii) Pertandingan Model Projek Perintis
iv) Pertandingan Kawad Kaki
v) Pertandingan Renang (Kategori Lelaki & Perempuan)
Piala-Piala Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri 2017
- Johan Keseluruhan Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri 2017
- Naib Johan Keseluruhan Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri
2017
- Tempat Ketiga Keseluruhan Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat
Negeri 2017
- Piala Pengakap Terbaik (Lelaki)
- Piala Pengakap Terbaik (Perempuan)
Piala-Piala Pertandingan:
1. Masakan Rimba (Backwoods Cooking) : Johan
Naib Johan
2. Komunikasi (Communication) : Johan
Naib Johan
3. Model Projek Perintis (Pioneering Project) : Johan
Naib Johan
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
4. Kawad Kaki (Foot Drills) : Johan
Naib Johan
5. Renang (Swimming) : Johan
Naib Johan
* Piala Johan Keseluruhan hanya terbuka kepada pasukan yang menyertai lebih daripada
tiga acara pertandingan. Pertandingan Renang diasingkan kepada kategori lelaki dan
kategori perempuan.
iv) Campfire Night (Malam Unggun Api)
- Victoria Institution Scouts 108th Anniversary Campfire 2017: “The Awakening”
akan diadakan pada malam 5hb Ogos 2017, Sabtu dari pukul 7 petang hingga
11 malam. Malam Unggun Api ini diadakan sempena 108 Tahun Kepengakapan
di Victoria Institution dan 110 Tahun Pengakap Dunia. Tema “The Awakening”
dipilih kerana kepengakapan di Victoria Institution telah kembali aktif dan
penganjuran campfire sebegini merupakan salah satu langkah untuk
menghidupkan semula tradisi lama dan memupuk semangat kepengakapan
antara ahli pengakap baru.
v) Aktiviti Bebas (Free Time Activity, FTA)
- Terdapat pelbagai aktiviti bebas yang para peserta boleh menikmati semasa
masa lapang mereka. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah aktiviti
berpangkalan, aktiviti air, pertukaran lencana, bengkel radio amatur, aktiviti
memanah, program pertukaran budaya dan banyak lagi.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempori ini, sila hubungi: -
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS,
Victoria Institution,
Jalan Hang Tuah,
55200 WP Kuala Lumpur
Email: [email protected]
Facebook: www.facebook.com/FirstKLScoutGroup
Atau berhubung terus dengan Secretariat Program dan Jabatan Pendaftaran Program seperti
berikut :-
1. En. Zairin Adam Abdul Aziz +60 17-295 4262 / [email protected]
2. En. Kenageswaran Magantran +60 16-947 6494 / [email protected]
3. En. Ashley William +60 12-603 1783 / [email protected]
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri Kali Pertama 2017
(1st Kuala Lumpur Scouting Skills Competition)
PERATURAN-PERATURAN AM PERTANDINGAN
1. Semua pertandingan dibuka peluang penyertaan kepada SEMUA ahli pengakap.
2. Penyertaan pertandingan tiada kategori lelaki atau perempuan. Hanya pertandingan renang terdapat
kategori lelaki dan perempuan.
3. Peserta mesti berumur antara 13 tahun hingga 18 tahun.
4. Setiap kumpulan pengakap akan menghantar wakil bagi setiap pertandingan.
5. Semua pasukan pertandingan mesti mengikut giliran yang dicabut undi oleh ketua pasukan masing-
masing.
6. Semua pasukan pertandingan mesti melaporkan diri bersama kad pengenalan masing-masing 15 minit
sebelum pertandingan atau masa yang ditetapkan. Jika tidak, pihak penganjur boleh membatalkan
kelayakan.
7. Semua peserta mesti berpakaian seragam lengkap yang ditetapkan dan kemas semasa pertandingan
kecuali untuk pertandingan renang (pakaian renang yang sesuai).
8. Jika peserta tercedera semasa pertandingan, maka peserta tersebut berhak tarik diri atau meneruskan
pertandingan. Ketua kontinjen atau pemimpin peserta tersebut akan bertanggungjawab.
9. Peserta yang mengambil bahagian dalam semua pertandingan mesti memenuhi syarat dan peraturan
yang ditetapkan oleh pihak penganjur dari masa ke semasa.
10. Setiap pasukan mesti melaporkan diri pada masa yang ditetapkan. Pasukan yang lewat tidak akan
dilayani.
11. Pihak penganjur akan menjemput pengadil berkelayakan dan bertauliah seperti anggota tentera,
tukang masak, jurutera, pemegang lesen A radio amatur, jurubahasa isyarat, jurulatih renang dan
pemimpin pengakap bertauliah untuk permarkahan setiap pertandingan. Peserta boleh bertanya
soalan yang berkaitan terhadap pengadil dalam sesi taklimat sebelum dan selepas pertandingan tetapi
bilangan soalan dan masa adalah terhad.
12. Keputusan pengadil adalah muktamad.
13. Jika didapati sesiapa melanggar peraturan yang ditetapkan, pihak penganjur berhak untuk
membatalkan kelayakan pasukan pertandingan.
14. Pihak penganjur berhak mengubah peraturan yang sedia ada bila-bila masa dan diumumkan di atas
papan kenyataan urusetia atau memaklumkan kepada peserta bila-bila masa.
15. Rakaman video semasa pertandingan berlangsung dibenarkan.
16. Jika salah satu pertandingan tidak mempunyai peserta / kumpulan yang mencukupi kuota
pertandingan, pertandingan tersebut akan dibatalkan, dan tidak akan ada “pemenang tanpa
bertanding”.
17. Kuota penyertaan pasukan untuk pertandingan berlangsung adalah 4 buah pasukan dalam setiap
pertandingan.
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
1. Pertandingan Simpulan & Ikatan (Knots & Lashing)
Tarikh : 6 Ogos 2017
Masa Lapor diri : 0745
Masa Pertandingan : 0800 hingga 0900
Tempat Pertandingan : Pavillion Victoria Institution
Pakaian : Uniform lengkap
Bilangan Peserta : 2 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan
Jenis simpulan merangkumi skim latihan Pengakap iaitu Lencana Keahlian; Lencana Kemajuan –
Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya; Lencana Tertinggi – Lencana Kemahiran
sahaja.
20 jenis simpulan perlu dipersembahkan dan diberitahu semasa pertandingan.
Peserta perlu buat 20 jenis simpulan yang ditetapkan di tali berpanjang 7m. Pihak penganjur akan
bekalkan tali tersebut.
Peserta perlu tuliskan kegunaan 20 jenis simpulan itu di atas kertas yang diedarkan.
Masa pertandingan adalah 1 jam dan peserta boleh menghantar hasil kerja selepas siap.
Markah bonus akan diberi sekiranya siap dalam masa singkat seperti berikut:
➢ 20 minit - 10 markah
➢ 30 minit - 7 markah
➢ 40 minit - 4 markah
➢ 45 minit - 1 markah
➢ 46 minit-60 minit - TIADA MARKAH BONUS
Peserta pertandingan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan kecuali mendapat
kebenaran daripada pengurus pertandingan ini.
Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin/jurulatih pengakap yang berpengalaman dan bertauliah.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Ketepatan Simpulan : 60%
Ketepatan Kegunaan ditulis : 30%
Kekemasan : 10%
________________________________
Jumlah : 100%
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Lampiran
Skop Pertandingan Simpulan & Ikatan
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
2. Pertandingan Masakan Rimba (Backwoodsman Cooking)
Tarikh : 5 Ogos 2017
Masa Lapor diri : 1345
Masa Pertandingan : 1400 hingga 1700
Tempat Pertandingan : Blok Baru Victoria Institution
Pakaian : Uniform lengkap
Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan
Masakan yang perlu siap dalam masa 3 jam adalah berikut:
(i) Nasi dalam buluh (ii) Telur (iii) Roti Lilit (iv) Ikan Keli Panggang
Pihak penganjur akan membekalkan 200 gram beras, 2 biji telur, 1 ikan keli dan 200 gram tepung
gandum.
Buluh untuk memasak nasi ataupun bahan memasak perlu disediakan oleh peserta.
Beras perlu dimasak dalam buluh; ikan perlu dimasak cara panggang; cara memasak telur adalah
bebas; Roti lilit diwajibkan. Semua bahan mentah yang dibekalkan perlu dihabiskan masak.
Hanya gula, garam dan majerin/mentega dibenarkan sebagai bahan perisa dan perlu disimpan
dalam bekas plastik sahaja. Setiap pasukan bertanding dalam kawasan 2.5m x 2.5m.
Pihak penganjur akan membekalkan kayu api atau buluh sebagai bahan api. Semua bahan api
dan umpan semulajadi seperti daun kering, rumput kering, serat tempurung dan sebagainya perlu
disediakan oleh peserta.
Minyak tanah, kertas dan bahan bukan semulajadi dilarangkan.
Walau bagaimanapun peserta digalakkan membawa kayu api atau pun buluh sendiri.
Bilangan mancis adalah terhad kepada 3 batang dan dibekalkan oleh pihak penganjur.
Markah 10% daripada markah keseluruhan akan ditolak sekiranya minta 1 mancis tambahan.
Meja disediakan oleh pihak penganjur dan semua masakan hendaklah dihidangkan di atas meja.
Hiasan atas meja hidangan adalah bebas tetapi mestilah berunsur semulajadi.
Alatan memasak disediakan oleh peserta seperti parang, pisau, gergaji, buluh, batu dan 2 baldi
air. Alat sudu, garpu, mangkuk dan sebagainya yang digunakan untuk mengendali makanan perlu
diperbuat daripada alat semulajadi seperti buluh atau tempurung. Alatan selain daripada itu
dilarangkan (Aluminiumn foil dan bekas besi dilarangkan). Menu hidangan adalah wajib dan mesti
diperbuat daripada bahan semulajadi (Kain dan kertas dilarang, tetapi hanya pen marker
dibenarkan)
Pengadil adalah terdiri daripada tukang masak dan pemimpin pengakap yang bertauliah dan
berpengalaman.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Kemasakan : 30%
Rasa Makanan : 30%
Persembahan hasil masakan : 10%
Kebersihan : 10%
Penggunaan alatan semulajadi : 20%
______________________________________
Jumlah : 100%
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
3. Pertandingan Komunikasi (Communication Challenge)
Tarikh : 6 Ogos 2017
Masa Lapor diri : 0745
Masa Pertandingan : 0800 hingga 1000
Tempat Pertandingan : Blok Baru Victoria Institution
Pakaian : Uniform lengkap
Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan
Peserta tidak dibenarkan berkomunikasi selain daripada cara-cara yang dinyatakan.
Peserta tidak dibenarkan berhubung dengan orang lain sehingga tamat pertandingan.
Penggunaan telefon bimbit dilarangkan.
Bendera “Semaphore” dan peralatan “Morse-code” (Lamp) akan disediakan oleh pihak penganjur.
Terdapat 4 stesen dalam pertandingan isyarat pengakap.
Stesen 1 ~ Isyarat Bendera “Semaphore”
Stesen 2 ~ Menerima isyarat bendera & memberi isyarat tangan ke stesen 3.
Stesen 3 ~ Menerima isyarat tangan & memberi isyarat ke stesen 4 dengan menggunakan Lamp
(Lampu) “Morse-code”.
Stesen 4 ~ Mentafsirkan lampu “Morse-code” yang dihantar dari Stesen 3 dan tuliskan isyarat
dalam kertas yang dibekalkan.
Kelayakan minimum untuk pengiraan kepantasan ialah sekurang-kurangnya separuh bilangan
daripada huruf-huruf yang diterima di stesen 4 adalah betul. Sekiranya huruf yang diterima di
stesen 4 tidak mencapai betul separuh bilangan daripada huruf diberi, markah kepantasan tidak
akan diberi.
Dua kumpulan akan bermula menghantar isyarat pada masa yang sama, satu kumpulan akan
bermula dari Stesen 1 dan berakhir di Stesen 4 manakala satu lagi kumpulan akan bermula dari
Stesen 4 dan berakhir di Stesen 1. (bergantung kepada cabut undi)
Pengadil adalah terdiri daripada pemegang lesen A radio amatur, jurubahasa isyarat dan pemimpin
pengakap yang berpengalaman dan bertauliah.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati melanggar
peraturan.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Kejituan isyarat yang diterima : 50 %
Kepantasan selesai proses menghantar isyarat : 50 %
_____________________________________________
Jumlah : 100%
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Lampiran
Isyarat Tangan

Isyarat “Morse-Code”
Isyarat Bendera “Semaphore”
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
4. Pertandingan Model Projek Perintis (Pioneering Project Model)
Tarikh : 6 Ogos 2017
Masa Lapor diri : 0745
Masa Pertandingan : 0800 hingga 1100
Tempat Pertandingan : Dewan Warisan Victoria Institution
Pakaian : Uniform lengkap
Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan
Peserta akan diberi masa 3 jam untuk menyiapkan model projek perintis tersebut:
a) Satu Menara b) Satu Jambatan.
Setiap model gadjet mesti diperbuat daripada lidi sate yang berdiameter antara 2mm ~ 3mm. Skala
untuk model projek perintis ialah 2cm:1m
Hanya benang putih sahaja boleh digunakan untuk membuat model ini. Paku, gam dan segala
bahan pelekat dilarang sekali.
Lidi sate boleh siap potong tetapi ikatan perlu dibuat semasa pertandingan.
Segala alatan dan bahan keperluan dalam pertandingan disediakan oleh peserta sendiri. (kecuali
bahan larangan)
Jika terdapat sebarang peralatan larangan, pihak penganjur akan dirampas dan dipulangkan
selepas pertandingan.
Teknik pembinaan seperti trestle, bracing, lantai, selusur, perekaan dari segi pengukuhan, tangga
dan sesuai guna adalah digalakkan.
Markah kelogikan diberi berdasarkan skala dan nilai realiti model projek perintis yang dihasilkan.
Semua peserta mesti berhenti kerja setelah masa tamat. Pengadil boleh membatalkan peryertaan
sekiranya melanggar peraturan ini.
Peserta pertandingan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan kecuali mendapat
kebenaran daripada pengurus pertandingan ini.
Jika peserta didapati melanggar peraturan tertentu, penalti markah dan masa boleh dikenakan.
Pengadil adalah terdiri daripada jurutera struktur dan pemimpin/jurulatih pengakap yang
berpengalaman dan bertauliah.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Kreativiti : 20%
Kelogikan : 20%
Teknik Pembinaan : 20%
Suai guna & kekukuhan : 30%
Kekemasan : 10%
________________________________ Jumlah : 100%
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
5. Pertandingan Kawad Kaki (Foot Drills)
Tarikh : 4 Ogos 2017
Masa Lapor diri : 2015
Masa Pertandingan : 2030 hingga 2330
Tempat Pertandingan : Quadrangle Victoria Institution
Pakaian : Uniform lengkap
Bilangan Peserta : 10 orang dalam satu pasukan termasuk Komander
Peraturan-peraturan Pertandingan
Setiap pasukan hanya 10 orang peserta sahaja. (termasuk komander) Peserta diwajibkan pakai uniform lengkap bersama sarung tangan putih semasa pertandingan. Komander hanya memberi hukuman sahaja dan tidak boleh terlibat dalam persembahan kawad
asas. Sukatan, bahasa hukum dan persembahan untuk kawad asas perlu mengikut format yang
ditetapkan oleh pihak pengajur. Turutan 1 hingga 30 dalam sukatan kawad kaki perlu diikut dan
tidak boleh ubah turutan semasa persembahan. Begitu juga bahasa hukuman mesti ikut sukatan
yang diberi. Kawad asas adalah berpandu kepada Pasukan Latihan Pengakap Negara PPM. Untuk persembahan corak adalah bebas. Markah dan masa pertandingan akan dikira selepas komander memberi hukuman. Masa pertandingan yang diberi untuk setiap pasukan tidak melebihi 8 minit. Bunyi loceng pertama
akan dibunyikan pada minit ke-6, bunyi loceng kedua akan dibunyikan pada minit ke-7 dan bunyi
loceng ketiga akan dibunyikan pada minit ke-8. Selepas bunyi loceng ketiga, persembahan kawad kaki asas dan corak perlu dihentikan dan lapor
diri. 25 pergerakan kawad kaki asas akan diberi markah kepada setiap anggota pasukan kawad kaki
(tidak termasuk komander). Setiap pasukan perlu siap 25 pergerakan kawad kaki asas sebelum membuat persembahan corak. Markah pakaian seragam akan diberi untuk setiap peserta dalam pasukan kawad kaki. Markah persembahan corak diberi kepada anggota pasukan kawad kaki (tidak termasuk
komander). Pengadil adalah terdiri daripada anggota tentera dan pemimpin pengakap yang berpengalaman
dan berkelayakan. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan. Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Kawad kaki asas : 50%
Keseragaman : 20%
Pakaian : 10%
Bahasa hukuman : 10%
Persembahan Corak : 10%
_________________________
Jumlah :100%
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Pelan Pertandingn Kawad Kaki (Foot Drills)
Sukatan Kawad Kaki
Markah kawad kaki asas akan diberi untuk pergerakan bertanda *
Bahasa hukuman adalah bertanda “Bolded”
1. Komander masuk gelanggang.
2. Dalam 3 barisan (Dari kiri, cepat jalan!)
3. *Berhenti!
4. *Akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing!
5. *Buka barisan, gerak!
6. *Kekanan lurus!
7. *Pandang depan!
8. Komander lapor!
9. *Tutup barisan, gerak!
10. *Senang diri!
11. *Rehatkan diri!
12. *Baris, baris sedia!
13. *Bergerak ke kanan, bertiga-tiga, ke kanan pusing!
14. *Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke belakang pusing!
15. *Dari kanan, cepat jalan!
16. *Hormat, hormat ke hadapan....hormat!
17. *Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah! tukar langkah! tukar langkah!
18. *Kanan belok!
19. *Kanan belok!
20. *Kekanan hormat!
21. *Tukar langkah perlahan, perlahan jalan!
22. *Tukar langkah cepat, cepat jalan!
23. *Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke belakang pusing!
24. *Berhenti!
25. *Akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing!
26. *Hentak kaki, cepat!
27. *Berhenti!
28. Bermula persembahan corak dengan arahan Komander melalui isyarat bunyi wisel atau isyarat tangan
sahaja. (Persembahan corak digalakan tidak melebihi 2 minit dan keseluruhan persembahan mesti
tidak melebihi 8 minit.)
29. Komander lapor diri dan seterusnya memberi arahan untuk keluar gelanggang.
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
6. Pertandingan Orienteering dan Kompas (Orienteering and Compass)
Tarikh : 4 Ogos 2017
Masa Lapor diri : 1645
Masa Pertandingan : 1700 hingga 1900
Tempat Pertandingan : Padang Victoria Institution
Pakaian : Uniform lengkap
Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan
Sebelum pertandingan bermula, peserta akan diberi sehelai kertas yang mengandungi “bearing”
dan jarak jauh ke “checkpoint” yang seterusnya dan sebuah kompas. Peserta dibenarkan untuk membawa kompas sendiri dan digalakkan untuk membawa tongkat
bagi mengukur jarak. Penggunaan telefon bimbit dan GPS adalah dilarang sepanjang pertandingan berlangsung. Pada setiap checkpoint, peserta akan mendapat “clue” dan tugasan yang seterusnya. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menulis log perjalanan ringkas yang mengandungi; bearing
setiap checkpoint, jarak yang dilalui dan tugasan yang diberi semasa perjalanan, dan
menyerahkannya kepada pengadil setelah tamat pertandingan. Peserta akan dinilai berdasarkan kepantasan untuk menyiapkan tugasan dan perjalanan serta
log perjalanan. Markah bonus akan diberi sekiranya siap dalam masa singkat seperti berikut:
➢ 30 minit - 10 markah
➢ 45 minit - 7 markah
➢ 50 minit - 4 markah ➢ 1 jam - 1 markah
➢ 1 jam – 2 jam - TIADA MARKAH BONUS Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin pengakap yang berpengalaman dan bertauliah.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati melanggar
peraturan.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Kepantasan Selesai Perjalanan : 50%
Log Perjalanan : 30%
Ketepatan jawapan dalam tugasan yang diberi : 10%
Kerjasama pasukan : 10%
___________________________________________
Jumlah :100%
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
7. Pertandingan Renang (Swimming Competition)
Tarikh : 6 Ogos 2017
Masa Lapor diri : 0745
Masa Pertandingan : 0800 hingga 1100
Tempat Pertandingan : Kolam Renang Victoria Institution
Pakaian : Pakaian Renang yang sesuai
Bilangan Peserta : 2 orang dalam satu pasukan (1 Lelaki, 1 Perempuan)
Peraturan-peraturan Pertandingan
Peserta wajib memakai pakaian renang yang sesuai seperti “Speedos”, Goggles, Swimming Cap
dan sebagainya. (sila rujuk lampiran)
Hanya Ahli Pengakap yang boleh bertanding dalam pertandingan ini. Orang Luar atau “Wakil
Negeri/Daerah” yang bukan ahli pengakap dilarang menyamar sebagai peserta pertandingan.
Pemakaian seluar pendek atau seluar pantai dilarang sama sekali.
Acara Renang yang akan dipertandingkan adalah “Freestyle (Front Crawl) 50 Meters” bagi
kategori lelaki dan perempuan.
Acara lelaki dan perempuan dalah berasingan kategori dan tidak boleh dicampurkan.
Peserta akan ditempatkan ke dalam kumpulan seramai 4 peserta bagi acara saringan “Heats”.
4 peserta yang mencatat masa yang terpantas dalam acara saringan akan mara ke pusingan akhir.
Peserta tidak dibenarkan untuk berdiri di bahagian cetek kolam renang semasa acara berlangsung.
Panjang Kolam Renang Victoria Institution adalah 25 meter, Peserta perlu membuat 2 pusingan
(lap) untuk melengkapkan acara 50 meter tersebut.
Peserta dibenarkan untuk membuat tendangan “kick-back” pada dinding kolam setelah membuat
lap pertama, dan untuk bermula lap kedua.
Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan kecuali mendapat kebenaran
daripada pengurus pertandingan itu.
Pengadil adalh terdiri daripada jurulatih renang (bronze medallion holder) dan pemimpin pengakap
yang berpengalaman dan bertauliah.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara penilaian adalah tertakluk spenuhnya kepada masa kepantasan semasa acara berlangsung.
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Lampiran
Pakaian Renang yang Dibenarkan
Pakaian Renang yang Dilarang
_____________________________________________________________________________________
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
Piala-Piala Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri 2017
1. Johan Keseluruhan Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri 2017
2. Naib Johan Keseluruhan Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri 2017
3. Tempat Ketiga Keseluruhan Pertandingan Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri 2017
4. Piala Pengakap Terbaik (Lelaki)
5. Piala Pengakap Terbaik (Perempuan)
Piala-Piala Pertandingan:
1. Simpulan & Ikatan (Knots & Lashing) : Johan
Naib Johan
2. Masakan Rimba (Backwoods Cooking) : Johan
Naib Johan
3. Komunikasi (Communication) : Johan
Naib Johan
4. Model Projek Perintis (Pioneering Project) : Johan
Naib Johan
5. Kawad Kaki (Foot Drills) : Johan
Naib Johan
6. Orienteering dan Kompas : Johan
Naib Johan
7. Renang (Swimming) : Johan
Naib Johan
* Piala Johan Keseluruhan hanya terbuka kepada pasukan yang menyertai lebih daripada lima
acara pertandingan. Pertandingan Renang diasingkan kepada kategori lelaki dan kategori
perempuan.
_____________________________________________________________________________________
© HAKCIPTA PENGAKAP VICTORIA INSTITUTION 2017
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
BORANG PENDAFTARAN KEMPORI 108 TAHUN PENGAKAP KUALA LUMPUR 2017
1. Sila isikan borang ini dengan menggunakan dakwat HITAM/BIRU.
A. MAKLUMAT PESERTA
1. NAMA PENUH (SEPERTI DALAM MYKAD):
2. KEWARGANEGARAAN:
3. TARIKH LAHIR: 4. NO. KAD PENGENALAN:
5. JANTINA: [ ] LELAKI [ ] PEREMPUAN *Sila tanda (/) dalam kotak tersebut
6. BANGSA: 7. AGAMA:
8. ALAMAT KEDIAMAN:
9. NO. TELEFON: BIMBIT: RUMAH:
10. E-MAIL:
11. NAMA WARIS TERDEKAT YANG BOLEH DIHUBUNGI:
NO. TELEFON:
12. ADAKAH ANDA MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK, KECACATAN ATAU ALAHAN (ALLERGIC)?
JIKA YA, SILA NYATAKAN:
13. ADAKAH ANDA MENGAMBIL DIET MAKANAN SELAIN MAKANAN HALAL UNTUK ORANG
ISLAM? JIKA YA, SILA NYATAKAN:
B. PERAKUAN PESERTA
Adalah saya …………………………………………………………………, No. Kad Pengenalan: …………………………..
Dengan ini mengaku bahawa:
1. Segala maklumat yang diberikan pada bahagian A di atas adalah benar.
2. Sihat tubuh badan, mental dan emosi
3. Akan mematuhi Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
4. Akan mematuhi Peraturan Tetap Kempori serta syarat-syarat dan peraturan lain yang ditetapkan oleh penganjur.
5. Berjanji tidak akan menyembunyikan sebarang kesakitan, kesulitan, status kesihatan serta masalah yang
berkaitan dengan diri saya semasa menyertai program kempori.
TANDATANGAN: …………………………………. TARIKH: ……………………………….
_____________________________________________________________________________________
© HAKCIPTA PENGAKAP VICTORIA INSTITUTION 2017
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
BORANG PENYERTAAN KONTINJEN
Nama Kumpulan / Sekolah : ________________________________________________
Jumlah Peserta : ____________ Jumlah Yuran : RM _
Nama Ketua Kontinjen & No. Tel : ____________________________________
Nama Pemimpin / Guru Pengiring & No. Tel : ____________________________________
Bil. Nama Penuh (termasuk pemimpin/guru) Jantina No. K/P Umur No. Telefon
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
Dengan ini, saya _____________________________(No.K/P: _________________) sebagai
guru pengiring atau pemimpin kontinjen ini akan memastikan peserta mematuhi semua peraturan
program ini dan menjaga keselamatan serta bertanggungjawab mengikut peraturan yang
ditetapkan.
______________________________ ___________________________________ Tandatangan Guru Pengiring / Pemimpin Tandatangan Pengetua/Penganjur & Cop Rasmi
(Nama: ) (Nama: )
_____________________________________________________________________________________
© HAKCIPTA PENGAKAP VICTORIA INSTITUTION 2017
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
1. BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA
Nama Kumpulan / Sekolah: __________________________________________________
Jumlah Peserta: _____4_____
Nama Ketua Pasukan Pertandingan & No. Tel : ________________________________
Nama Pemipin / Guru Pengiring & No. Tel : ________________________________
Bil. Nama Penuh Jantina No. K/P Umur No. Telefon
1.
2.
3.
4.
Dengan ini, saya _____________________________(No.K/P: _________________) sebagai
guru pengiring atau pemimpin kontinjen ini akan memastikan peserta mematuhi semua peraturan
program ini dan menjaga keselamatan serta bertanggungjawab mengikut peraturan pertandingan
yang ditetapkan.
______________________________ Tandatangan Guru Pengiring / Pemimpin
(Nama: )
_____________________________________________________________________________________
© HAKCIPTA PENGAKAP VICTORIA INSTITUTION 2017
VICTORIA INSTITUTION SCOUTS VICTORIA INSTITUTION
JALAN HANG TUAH 55200 KUALA LUMPUR
Tel: +6017-2954262 / +6016-9476494 / +6013-3639541
Email: [email protected]
Website: https://www.facebook.com/FirstKLScoutGroup/
2. BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN KOMUNIKASI

3. BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN MODEL PROJEK PERINTIS

4. BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI
Nama Kumpulan / Sekolah: __________________________________________________
Jumlah Peserta: _____10_____

5. BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN RENANG
Nama Kumpulan / Sekolah: __________________________________________________
Jumlah Peserta: 2 (1 lelaki, 1 perempuan)