web view) merupakan alat elektronik yang digunakan untuk menguji penyambungan kabel dengan dangan...
TRANSCRIPT
Sijil Modular Kebangsaan (SMK) RK.SMK1/LnP04.03/HR.B4Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)
HELAIAN RUJUKAN(SIJIL PEMBANGUNAN RANGKAIAN)
Crimping Tool
Crimping tool adalah alat yang direka untuk membuat kelim atau penyambungan kabel
UTP ke pemyambung kabel rangkaian (RJ-45) atau kabel telefon (RJ-11). Setelah
kabel UTP dimasukkan ke dalam penyambung kabel (connector ) mengikut warna yang
betul, connector akan dimasukkan ke dalam crimping tool mengikut bahagian yang
sesuai. Crimping tool perlu di tekan dengan kuat bagi memastikan penyambungan
benar-benar kukuh.
Muka: 01 Drp: 05
B4
Sijil Modular Kebangsaan (SMK) RK.SMK1/LnP04.03/HR.B4Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)
HELAIAN RUJUKAN(SIJIL PEMBANGUNAN RANGKAIAN)
Cable Tester
Penguji kabel (cable tester) merupakan alat elektronik yang digunakan untuk menguji
penyambungan kabel dengan dangan cara mengesahkan sambungan elektrik di dalam
kabel. Terdapat bayak jenis cable tester. Cable tester yang biasa digunakan, hasil
pengujiannya akan dipaparkan dengan nyalaan lampu LED. Jika nyala menunjukkan
warna hijau/kuning, menunujukkan bahawa kabel bersambung dengan baik. Manakala
jika nyalaan menunjukkan warna merah, penyambungan itu bermasalah.
Muka: 02 Drp: 05
B
Sijil Modular Kebangsaan (SMK) RK.SMK1/LnP04.03/HR.B4Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)
HELAIAN RUJUKAN(SIJIL PEMBANGUNAN RANGKAIAN)
Punchdown Tool
Punchdown tool merupakan alatan tangan yang digunakan untuk menamatkan
penyambungan kabel UTP pada tempat-tempat seperti modular jack dan punch panel.
Apabila punchdown tool ditekan, ia akan menyebabkan kabel yang berlebihan terpotong
dan kabel UTP pada bahagian berkaitan akan sedikit terkoyak untuk menghasilkan
penyambungan.
Muka: 03 Drp: 05
B
Sijil Modular Kebangsaan (SMK) RK.SMK1/LnP04.03/HR.B4Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)
HELAIAN RUJUKAN(SIJIL PEMBANGUNAN RANGKAIAN)
Pemutar Skru
Pemutar skru merupakan alatan tangan yang diperbuat daripada keluli keras. Saiznya
ditentukan oleh panjang batangnya dan lebar hujung matanya. Pemutar skru digunakan
untuk memasang dan menanggalkan skru. Terdapat dua jenis pemutar skru
iaitu pemutar skru mata rata dan pemutar skru mata philips. Pemutar skru mata rata
digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya
berbentuk alur. Manakala pemutar skru philips digunakan untuk mamasang atau
mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk palang.
Muka: 04 Drp: 05
B
Sijil Modular Kebangsaan (SMK) RK.SMK1/LnP04.03/HR.B4Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)
HELAIAN RUJUKAN(SIJIL PEMBANGUNAN RANGKAIAN)
Drill
Merupakan mesin yang mempunyai mata pemotong pada bahagian hujungnya. Ia
digunakan untuk menggerudi lubang pada saluran. Lubang ini adalah untuk
menyambung antara konduit dan saluran.
Muka: 05 Drp: 05
B