btm7ukm2015.files.wordpress.com · web view14 prinsip pembelajaran multimedia 1. prinsip...
TRANSCRIPT
![Page 1: btm7ukm2015.files.wordpress.com · Web view14 Prinsip Pembelajaran Multimedia 1. Prinsip Multimedia: Pembelajaran lebih berkesan apabila teks dan imej digandingkan bersama berbanding](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022051321/5ac348077f8b9a333d8bee2c/html5/thumbnails/1.jpg)
Pembelajaran lebih berkesanapabila mesej multimedia direka bentuk secara konsistensejajar dengan cara minda manusia memproses maklumat
14 Prinsip Pembelajaran Multimedia
1. Prinsip Multimedia:Pembelajaran lebih berkesan apabila teks dan imej digandingkan bersama berbanding paparan teks sahaja atau gambar sahaja.
Baik Buruk
2. Prinsip Modaliti:Pembelajaran lebih berkesan apabila teks/imej atau imej berlabel disampaikan secara penceritaan berbanding paparan teks/imej atau teks berlabel di atas skrin sahaja.
Baik Buruk
![Page 2: btm7ukm2015.files.wordpress.com · Web view14 Prinsip Pembelajaran Multimedia 1. Prinsip Multimedia: Pembelajaran lebih berkesan apabila teks dan imej digandingkan bersama berbanding](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022051321/5ac348077f8b9a333d8bee2c/html5/thumbnails/2.jpg)
3. Prinsip Melampau:Pembelajaran lebih berkesan apabila imej atau imej berlabel disampaikan secara penceritaan berbanding cara membaca teks panjang yang dipaparkan di atas skrin.
Baik Buruk
4. Prinsip Padanan Ruang:Pembelajaran lebih berkesan apabila imej/animasi dengan teks dipadankan secara berdekatan berbanding cara padanan yang jauh dari aspek jarak atau waktu pada skrin.
Baik Buruk
5. Prinsip Padanan Masa:Pembelajaran lebih berkesan apabila imej/animasi dipadankan dengan penceritaan serentak berbandingan secara berturutan.
Baik Buruk
![Page 3: btm7ukm2015.files.wordpress.com · Web view14 Prinsip Pembelajaran Multimedia 1. Prinsip Multimedia: Pembelajaran lebih berkesan apabila teks dan imej digandingkan bersama berbanding](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022051321/5ac348077f8b9a333d8bee2c/html5/thumbnails/3.jpg)
6. Prinsip Kesepaduan:Pembelajaran lebih berkesan apabila penceritaan, bunyi, imej, dan video yang tidak relevan disisih berbanding secara bercampur-aduk.
Baik Buruk
7. Prinsip Interaktiviti:Pembelajaran lebih berkesan apabila audien diberi peluang mengawal berbanding ketiadaan peluang mengawal kadar penyampaian persembahan.
8. Prinsip Pemberian Isyarat:Pembelajaran lebih berkesan apabila presentasi disematkan dengan teks/suara yang memberi isyarat berbanding presentasi yang tidak memberi isyarat tentang organisasi persembahan tersebut.
Baik Buruk
No Signals
9. Prinsip Pembahagian:Pembelajaran lebih berkesan apabila presentasi multimedia dibahagi-bahagikan mengikut kesesuaian berbanding presentasi yang tidak mengikut kesesuaian kadar pembelajaran audien.
Baik Buruk
No Control
![Page 4: btm7ukm2015.files.wordpress.com · Web view14 Prinsip Pembelajaran Multimedia 1. Prinsip Multimedia: Pembelajaran lebih berkesan apabila teks dan imej digandingkan bersama berbanding](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022051321/5ac348077f8b9a333d8bee2c/html5/thumbnails/4.jpg)
10. Prinsip pra-latihan:Pembelajaran lebih berkesan apabila pra-latihan diberikan kepada audien berbanding ketiadaan pra-latihan untuk audien memahami komponen presentasi (istilah dan ciri-ciri konsep utama).
Baik Buruk
No pre-training
11. Prinsip Personalisasi:Pembelajaran lebih berkesan apabila teks disampaikan dalam gaya perbualan berbanding penyampaian dalam gaya formal.
12. Prinsip Suara:
Pembelajaran lebih berkesan apabila teks disampaikan dengan suara manusia beraksen standard berbanding suara mesin atau suara manusia beraksen asing.
13. Prinsip Imej:Pembelajaran tidak semestinya lebih berkesan malah mungkin tidak disenangi jika presentasi multimedia disertakan dengan imej penyampai di skrin yang sama.
Baik Buruk
No narrator
14. Prinsip Perbezaan Individu:Unsur reka bentuk dalam presentasi multimedia lebih berkesan untuk audien berpengetahuan rendah berbanding audien berpengetahuan tinggi tentang hubungan teks,imej, animasi atau bunyi dalam presentasi multimedia