ifolio.ukm.my · web viewantara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami...
TRANSCRIPT
HHHC9301 – PENGURUSAN MAKLUMAT DAN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
SET 14
NAMA PEMANTAU: PROF. MADYA DR. DAYANG FREDALINA BT. BASRI
NAMA NO.MATRIK
1) ILYIA FARHANA BINTI IBRAHIM A144609
2) NABILAH BINTI ISMAIL A144628
3) NOR ZAWANI BINTI HASAN A144620
4) NUR ALIYA BINTI MOHD JONED A144621
PENDAHULUAN
Program : Perkhemahan Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM 2013/2014
Tarikh : 2 – 4 November 2013
Tempat : Impian Country Resort, Hulu Langat,Selangor
Bilangan Peserta : 130 orang
Pada 2 hingga 4 November 2013, kami telah menyertai Perkhemahan Tahunan Bulan
Sabit Merah Malaysia Cabang UKM 2013/2014 bertempat di Impian Country Resort, Hulu
Langat, Selangor. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kem tersebut. Kami
telah mempelajari pelbagai ilmu baru yang dapat dipraktikkan sepanjang hayat.
Antara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah
pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai
balutan, ikatan, dan angkutan serta praktikal KBBOM.
1) Pengenalan KBBOM
Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan KBBOM mengikut sukatan pelajaran
KBBOM. Terdapat pelbagai sesi dalam slot ini iaitu:
Sesi 1: pengenalan kepada bantuan bencana dan operasi menyelamat
Sesi 2: pelan persediaan bencana dan bantuan kerajaan
Sesi 3: pelan persediaan bantuan bencana BSMM
Sesi 4: bantuan antarabangsa
Sesi 5: peraturan operasi bencana
Sesi 6: bekalan-bekalan bantuan
Sesi 7: komunikasi perhubungan awam & maklumat
Sesi 8: pentadbiran pusat bantuan
Sesi 9: masakan kelompok dan pemberian makanan
Sesi 10: kira-kira dan kewangan
Sesi 11: latihan praktikal
Sebelum aktiviti praktikal, kami telah diberikan pendedahan mengenai operasi
menyelamatkan mangsa. Kami diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut peranan iaitu
‘first responder’, ‘first aider’ dan logistik. Kami diberikan penerangan yang jelas mengenai
tugas dan peranan setiap kumpulan. Penceramah jemputan juga menceritakan pengalaman
sebenar beliau ketika operasi menyelamat mangsa runtuhan bangunan. Daripada perkongsian
beliau, kami mendapat gambaran mengenai situasi sebenar yang bakal kami hadapi ketika
sesi praktikal pada malam tersebut.
Daripada ceramah yang begitu jelas dan bermanfaat ini, kami yakin dapat
mempraktikkan segala ilmu yang kami perolehi dalam kehidupan seharian kami pada masa
akan datang. Sesungguhnya, ilmu ini tidak mungkin kami timba di dalam kelas.
Sewaktu sesi teori penerangan mengenai KBBOM,pemilihan ketua dan penolong ketua dijalankan bagi setiap unit bagi memastikan kelancaran operasi menyelamatkan mangsa sewaktu bencana.
2) Ceramah balutan, ikatan, dan angkutan
Sejak pagi lagi pada 3 November 2013, kami telah mendengar ceramah mengenai
asas-asas pertolongan cemas, cara-cara ikatan tali bagi mengangkut mangsa apabila berlaku
kecemasan, dan juga cara-cara mengangkut mangsa dari sebuah kawasan ke kawasan yang
lain dalam ceramah kawat usungan. Ceramah pada pagi tersebut diberikan oleh tiga orang
penceramah yang berbeza yang cukup berpengalaman luas dalam Bulan Sabit Merah
Malaysia.
Ceramah mengenai asas-asas pertolongan cemas merangkumi jenis-jenis
kecemasan seperti luka, patah, pitam dan sebagainya. Ceramah ini juga menekankan tentang
perkara dan rawatan yang perlu dijalankan seandainya mangsa benar-benar memerlukan
rawatan kecemasan sementara menunggu kedatangan paramedik mahupun ambulans ke
tempat kejadian.
Selain itu, ceramah mengenai ikatan tali pula memberi para peserta peluang untuk
mengenali dan mempelajari pelbagai jenis ikatan yang mampu diaplikasikan sewaktu
kecemasan. Ikatan-ikatan ini amat penting dalam pertolongan cemas kerana ikatan-ikatan ini
sangat diperlukan ketika ingin mengangkut mangsa yang tidak mampu bergerak, terutamanya
ketika mangsa dan unit pertolongan cemas berada di tempat yang sukar untuk dicapai seperti
di dalam hutan, di tebing bukit dan sebagainya.
Selain itu, ceramah mengenai ikatan tali pula memberi para peserta peluang untuk
mengenali dan mempelajari pelbagai jenis ikatan yang mampu diaplikasikan sewaktu
kecemasan. Ikatan-ikatan ini amat penting dalam pertolongan cemas kerana ikatan-ikatan ini
sangat diperlukan ketika ingin mengangkut mangsa yang tidak mampu bergerak, terutamanya
ketika mangsa dan unit pertolongan cemas berada di tempat yang sukar untuk dicapai seperti
di dalam hutan, di tebing bukit dan sebagainya. Kami akhirnya berjaya mengurus maklumat
yang kami peroleh sewaktu sesi teori bagi mempraktikkan maklumat tersebut sewaktu sesi
praktikal pada waktu malam, iaitu dalam aktiviti KBBOM.
Penceramah menunjukkan
demonstrasi ikatan yang digunakan
untuk menyelamatkan mangsa lemas
Kami berlatih membuat ikatan
seperti yang diajar oleh jurulatih
Kami berlatih melakukan balutan telapak tangan dengan bantuan rakan-rakan yang
lain
Kami telah berlatih untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat sebagai persiapan pertolongan cemas
Kami membuat latihan angkutan mangsa bencana
Kami bersama-sama
berlatih mengangkut
mangsa untuk
diletakkan di
stretcher.
Kemudian, kami didedahkan pula dengan cara-cara mengangkut mangsa daripada
sesuatu tempat yang jauh ke pusat kawalan sewaktu bencana berlaku dengan menggunakan
kain dan alat pengusung (stretcher), melalui ceramah kawat usungan. Alat-alat pengangkutan
seperti ini memerlukan kecekapan para petugas pertolongan cemas semasa
mengendalikannya kerana jika tersalah cara ikatan, mahupun cara memegang pengusung,
mangsa boleh terjatuh daripada pengusung dan mampu mengakibatkan kecederaan yang lebih
serius kepada mangsa.Maklumat mengenai cara mengangkut mangsa ini tetap diurus dengan
kemas dan teratur bagi memastikan kesempurnaan prosedur dalam mengangkut mangsa agar
keselamatan mangsa terjamin. Maklumat ini amat berguna dalam sepanjang hayat kami
terutamanya sewaktu bencana dan kecemasan.
Jurulatih menunjukkan
cara mengangkut mangsa
dengan kaedah angkutan
bomba (fireman’s lift)
Kami diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana mengusung mangsa dalam
situasi yang terdapat halangan.
Kesimpulannya, sebagai ahli BSMM, kami mendapati ilmu yang diperoleh daripada ceramah
ini dapat dipraktikkan ketika situasi kecemasan sepanjang hayat kami.
3) Praktikal KBBOM
Aktiviti ini memberikan kami pendedahan awal tentang cara-cara menghadapi bencana
alam sebenar. Selaku ahli BSMM, sememangnya menjadi kewajipan kami untuk menjalani
sesi praktikal ini kerana bagi memastikan keberkesanan pengurusan maklumat yang kami
peroleh sewaktu sesi teori bersama jurulatih. Tambahan pula, ilmu dan pengalaman yang
didapati hasil daripada praktikal ini dapat membantu kami untuk berkhidmat kepada
masyarakat kelak seandainya terdapat apa-apa bencana yang berlaku di dalam negara. Dalam
aktiviti ini, kami telah diagihkan
kepada 4 unit iaitu unit pemantau,
unit bantu mula, unit penyelamat dan
unit kebajikan.
1. Unit Pemantau (First
Responder)
Dalam praktikal KBBOM, unit pemantau merupakan unit pertama yang perlu
bergerak ke tapak bencana. Tugas unit pemantau adalah untuk memantau kawasan
bencana dan kami dikehendaki untuk mencari mangsa. Kemudian,kami akan
mengenal pasti jenis kecederaan yang dialami oleh mangsa dan meletakkan tag
berwarna . Tag tersebut terdiri daripada warna merah,kuning,hitam dan hijau. Setiap
warna mewakili tahap-tahap kecederaan yang dialami mangsa. Tujuan tag diberikan
kepada mangsa adalah untuk memudahkan kerja unit penyelamat dan unit bantu mula
memberikan rawatan kepada mangsa.
Unit pemantau menjumpai seorang mangsa dan memberikan rawatan
sebelum ketibaan unit lain
2. Unit Bantu Mula (First Aider)
Unit bantu mula atau lebih dikenali sebagai “First Aider” merupakan salah satu unit
yang terdapat dalam praktikal latihan bencana alam dan operasi menyelamat
(KBBOM). Tugas utama unit bantu mula adalah untuk memberi rawatan awal kepada
mangsa-mangsa bencana sebelum di hantar ke bilik rawatan. Rawatan awal diberikan
bertujuan untuk mengurangkan kecederaan dan kesakitan. Apabila tiba di tempat
kejadian, kami akan memberi rawatan awal kepada mangsa-mangsa bencana
menggunakan peralatan yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas. Jika peralatan
tidak mencukupi, kami akan menggunakan barang-barang yang terdapat di sekitar
tempat kejadian. Mangsa-mangsa yang mengalami tahap kecederaan yang lebih serius
diberikan keutamaan.
Pasukan bantu mula memberikan rawatan awal sebelum unit penyelamat tiba
untuk mengeluarkan mangsa dari tempat bencana
3. Unit penyelamat (Rescue team)
Tugas utama unit penyelamat adalah membawa mangsa ke pusat kawalan bencana
atau tempat yang lebih selamat. Unit ini memerlukan ahli yang ramai kerana mereka
perlu bekerjasama mengangkut mangsa-mangsa ke tempat yang jauh. Peralatan yang
mereka gunakan untuk mengangkut mangsa ialah stretcher.
4. Unit kebajikan
Bagi Unit Kebajikan, kami para peserta iaitu ahli-ahli BSMM sendiri
bertanggungjawab menjaga kebajikan anggota unit-unit yang lain seperti unit
peninjau,unit penyelamat dan unit rawatan pertolongan cemas. Sewaktu operasi
menyelamatkan mangsa bencana, anggota unit kebajikan bekerjasama dan saling
membantu bagi menyediakan makanan dan minuman yang mampu memberi tenaga
dan kerehatan kepada anggota unit peninjau,unit penyelamat dan unit rawatan
pertolongan cemas . Akhirnya,kami,anggota unit kebajikan telah berjaya
menyediakan roti,telur dan kacang pol sebagai santapan untuk diberikan kepada
anggota unit-unit yang lain setelah mereka selesai melaksanakan tugasan mereka
dalam operasi menyelamatkan mangsa bencana.
Sebagai kesimpulan, kami mendapati praktikal ini sangat berguna. Operasi ini
tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa pengurusan maklumat yang berkesan antara
semua pihak serta ilmu sepanjang hayat yang telah diberikan melalui tunjuk ajar oleh
jurulatih-jurulatih yang sangat berpengalaman.
Unit penyelamat mengusung mangsa keluar dari tempat bencana
Akhir kata, kami berasa amat bersyukur berpeluang untuk menghadiri kem ini
kerana kami telah menperoleh banyak maklumat bermanfaat dan pengetahuan yang
dapat kami gunakan sepanjang kehidupan kami terutamanya apabila menghadapi
situasi kecemasan.
Kami sebagai ahli BSMM bersedia mengurus maklumat yang
diterima secara teori dengan kemas agar dapat mempraktikkan ilmu sepanjang hayat yang kami perolehi sepanjang kem tahunan
ini dalam situasi kecemasan mahupun bencana yang sebenar.
NabilahWani