wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · web viewpengenalan...
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu
sinonim dalam kehidupan harian masyarakat orang Asli. Malahan kemajuan dan pembangunan
yang dikecepai oleh negara pada hari ini tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus
mengamal dan meneruskan amalan kepercayaan dan tradisi yang diwariskan oleh nenek
moyang sejak dahulukala. Tidak menolak kepada kemajuan dan pembangunan tetapi selari
dengan wawasan dan aspirasi negara kita untuk menjadi sebuah negara moden, mereka juga
tidak ketinggalan. Walau bagaimanapun, masyarakat orang Asli masih tetap teguh memelihara
dan kental mempertahankan warisan nenek moyang. Bagi masyarakat tersebut, roh dan
semangat dijadikan sebagai asas kepercayaan mereka.
Masyarakat kita umumnya mengetahui dan menyedari akan kewujudan komuniti
tersebut tetapi tidak mendapat gambaran yang jelas berhubung dengan kehidupan dan budaya
orang Asli ini. Seni persembahan tradisi yang merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan
teater tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan perubatan. Persembahan berbentuk
ritual yang melibatkan tarian, teater, memuja semangat dan roh misalnya dipercayai
mempengaruhi kehidupan sesuatu suku kaum bagi memenuhi pelbagai tujuan. Di semenanjung
Malaysia, tarian yang begitu popular dalam masyarakat orang Asli adalah “ tarian sewang “
Tarian sewang merupakan satu tradisi masyarakat orang asli daripada nenek
moyang sehinggalah zaman sekarang. Tarian ini diikuti dengan lagu suku kaum itu sendiri.
Tarian sewang bagi masyarakat orang Asli dipersembahkan untuk acara-acara tertentu.
Antaranya ialah untuk kesyukuran selepas menuai atau membuka tanah baru dan sebagai
tanda tempoh berkabung.Selain itu, tarian sewang juga dilakukan bagi tujuan mengiringi
perubatan tradisional. Secara umumnya tarian sewang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis
mengikut keperluan sesuatu upacara seperti Sewang Chenchem, Gamok,Panoh, Penhei,
Manjar, Pungei, Tanggei, danSelombang.
SEWANG
Maksud sewang yang sebenarnya memang sentiasa diperdebatkan oleh para
pengkaji. Terdapat pengkaji yang menyatakan bahawa sewang ialah salah satu upacara
pengubatan tradisional yang melibatkan kegiatan kedukunan dalam konteks institusi
kepercayaan yang sacral. Sewang dikaitkan dengan ritual dukun memanggil kehadiran makhluk
halus yang baik untuk membantunya melawan makhluk halus jahat yang telah mencetuskan
gangguan penyakit terhadap pesakit.Namun demikian, sewang ialah satu jenis ‘seni permainan’
(main sewang) yang dihasilkan oleh komuniti-komuniti Orang Asli di Malaysia yang telah
dikenali umum.
Seni permainan ini sebagai satu keseluruhan, merupkana satu himunan
kegiatan dan proses estetika Orang Asli yang melibatkan penyediaan alat muzik buluh tabuh
(yang diperbuat daripada buluh pelbagai saiz, yang juga dipanggil kong-kong atau cat tong oleh
komuniti lain), kerja-kerja pembinaan dan penghasilan balai permainan, pembinaan sanggar
(tempat persinggahan roh nenek moyang), pembuatan kostum (yang diperbuat daripada kulit
kayu dan anyaman mengkuang), anyaman dendan (daripada daun kelapa), penyediaan
makanan dan minuman dan sebagainya. Sebagai satu ekspresi kesenian dan estetika orang
Asli, sewang melibatkan nyanyian, tarian dan pemaparan simbol-simbol identiti harian )raga
rotan, beliung, sumpitan dan sebagainya) mereka sewaktu menari.
Pendeknya, dalam keseluruhan tahap penyediaan dan kelangsungan permainan
sewang ini, sebahagian besar daripada anggota komuniti yang berkenaan turut terlibat.
Walaupun pada waktu permainan berlangsung, terdapat kumpulan orang yang bergiat sebagai
pemain dan kumpulan lain yang menjadi penonton, namun pada hakikatnya, mereka yang
kelihatan duduk sebagai penonton itu adalah ‘pemain’ pada tahap persediaan sewang tersebut.
Oleh itu dalam keseluruhan proses permainan sewang, membahagikan anggota komuniti itu
sebagai pemain dan penonton secara ekslusif adalah kurang tepat. Bergantung kepada
keadaan, kumpulan dewasa dalam komuniti Orang Asli, boleh menjadi pemain dan penonton
secara silih berganti.
Pada satu waktu tertentu, setiap anggota komuniti berkenaan pernah menjadi
pemain sewang, sama ada sebagi penyanyi, penari, pemain musik, penganyam dendan,
pembina balai sewang, Pembina sanggar, penyedia unggun api dan sebagainya. Pembinaan
sanggar dan penyediaan unggun api sebelum permainan bermula boleh dikatakan menaikkan
semangat darjat seni sewang ini ke tahap yang kudus atau sacral. Ini ialah kerana sanggar dan
unggun api ,menjadi alat yang mengundang roh nenek moyang untuk turut ‘turun’ bermain.
Permainan sewang boleh berubah menjadi ‘persembahan’ sewang jika segala
nyanyian, tarian, tiupan serunai bamboo dan hentakan buluh tabuh dipersembahkan kepada
penonton asing, terutamanya di tempat yang asing, jauh daripada perkampungan komuniti yang
berkenaan. Sering kali juga komuniti Orang Asli terttntu diundang dan dibayar oelh agensi-
agensi kerajaan untuk ‘mempersembahkan’ sewang mereka kepada khalayak bukan Orang Asli
ataupun kepada kumpulan pelancong. Dalam konteks ini, sewang telah menjadi satu bentuk
‘seni persembahan’ yang pada umumnya telah ketiadaan komponennya yang tulen dan kudus.
Kekosongan seni persembahan ini terjadi kerana sewang tidak dimainkan dengan melibatkan
sebahagian besar anggota kominiti Orang Asli yang berkenaan.
Selain itu, dalam persembahan tersebut, roh nenek moyang tidak dijemput
datang. Malah, sanggar yang menjadi tempat persinggahan roh juga tidak dibina di tempat
persembahan. Oleh itu, roh nenek moyang tidak menjadi pemain dan penonton dalam
persembahan ini. Dengan itu, seni persemabahan sewang untuk tontonan khalayak luar
komuniti ini ternyata ketiadaan ansur sacral dan ketulenannya.
DAPATAN KAJIAN
Tarian sewang merupakan satu tradisi kepada masyarakat Orang Asli sejak
zaman berzaman. Secara umumnya sewang dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut
keperluan sesuatu upacara. Tarian sewang diadakan untuk tujuan perubatan, membuka
pantang kematian, keramaian seperti menyambut tetamu dan meraikan perkahwinan, membuka
ladang, mengawal makhluk-makhluk halus dan sebagainya.Keunikan tarian tradisi ini adalah
dengan hiasan berciri alam semulajadi serta muzik tradisional yang tidak di miliki oleh kaum
lain.
Tarian ini ditarikan oleh 10 orang atau lebih penari lelaki dan perempuanyang
akan diketuai oleh seorang lelaki yang berusia yang bertindak sebagai penyanyi utama. Penari
yang lain akan mengulangi baris nyanyian penyanyi utama dan bergerak sambil
menghentakkan kaki ke lantai. Semasa menari, mereka akan diiringi alat muzik tradisional yang
dinamakan Buluh Cetong yang dihentak di atas kayu beluti oleh lima wanita di belakang. Lagu-
lagu yang didendangkan mengikut suku kaum itu sendiri. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 18
suku kaum Orang Asli termasuklah Kaum Semai di Kampung Batu 7 dan Kampung Batu 14 di
Perak yang kami lawati.
Sewang adalah upacara menurun untuk mendapatkan ilham. Senikata lagu
sewang diperolehi oleh Tok Halaq melalui mimpi. Upacara ini dilakukan pada malam hari dan
berjalan selama 3 hingga 7 hari berturut-turut bergantung kepada makanan yang ada. Mereka
menari dengan cara bergerak sekeliling penetas secara berpusing. Terdapat dua jenis sewang
iaitu Sewang Pantang dan Sewang Umum. Setiap sewang memakan masa selama 15 minit
yang dijalankan oleh 'Juru Sewang'. Juru sewang akan berdendang hingga tidak sedarkan diri
(pengsan). Mereka akan dipulihkan oleh Tok Halaq.
Tok Halaq
Tok Halaq juga dikenali sebagai tukang karut dalam budaya masyarakat Melayu.
Gelaran ini diwarisi secara turun-temurun. Ini bermakna, anak akan mewarisi bapa
sebagai Tok Halaq selepas bapanya meninggal dunia dan begitulah seterusnya.
Beliau perlu tahu segala pantang-larang yang berkaitan dengan sewang. Sewang tidak
mempunyai lagunya yang khusus. Menurut informan, semasa bersewang, lagu yang
akan dinyanyikan oleh Tok Halaq akan datang dengan tiba-tiba seperti beliau dirasuk
oleh suatu kuasa ghaib. Beliau juga mengatakan bahawa lagu sewang kadang-kadang
datang daripada mimpi.
Pawang
Pawang dan Tok Halaq adalah orang yang berbeza. Pawang mempunyai pangkat yang
lebih tinggi berbanding Tok Halaq.
Tugas pawang ialah meghalau roh dan mengubat penyakit.
RENTAK TARIAN
i) Genachi (lemah gemalai)
Bebas sesuka hati
Mengikut rentak alam sekitar seperti mengikut tiupan dan belaian angin.
ii) Dalam bentuk bulatan
Penari akan menari dalam bentuk bulatan
iii) Tempoh tarian
8 malam hingga 5 pagi (dilakukan selama 4 hingga 7 malam)
‘SEMANGAT’ TARIAN
-Sewang yang berupa perubatan akan terdapat semangat-semangat ghaib yang akan
mengirinya. Antara semangat-semangat tersebut ialah guruh, harimau, ribut, dan bunian.
-Bagi tujuan perubatan, semangat tertentu akan menyertai tarian bergantung kepada jenis sakit
yang dihadapi.
-Senikata yang diucapkan juga bergantung pada jenis penyakit kerana liriknya datang dengan
sendiri semasa membuat persembahan selain daripada melalui mimpi.
SEWANG SEBAGAI SUATU PERSEMBAHAN
-Tarian ini selalu dipersembahkan dalam persembahan yang selalunya ditonton oleh pelancong
asing.
-Menjadi salah satu tarikan masyarakat di Malaysia
-Turut dipersembahkan semasa upacara menuai padi yang selalunya dilakukan pada bulan
Disember. Sewang dipersembahkan bagi meminta ‘semangat’ padi agar memberikan rezeki
yang lebih banyak di masa akan datang.
PENARI SEWANG
- Tarian ini ditarikan oleh 10 orang atau lebih penari lelaki dan perempuan.
-Jumlah penarinya tidak terhad, semakin ramai penari, semakin bagus.
- Penari akan mengulangi baris nyanyian Tok Halaq dan bergerak sambil menghentakkan kaki
ke lantai dan menghayungkan tangan.
PAKAIAN
1) Penari tidak mempunyai pakaian khas dan mereka bebas memakai apa sahaja.
2) Selalunya, penari-penari akan memakai hiasan yang dibuat daripada daun kelapa.
3) Hiasan dari ‘daun kuar’ juga akan digunakan bagi mengelakkan dari berlakunya histeria.
4) Hanya Tok Halaq yang mempunyai pakaian khusus iaitu perlu memakai
kain merah
baju kulit
mengkuang
Kerawang (diletak atas kepala yang dibuat kulit gaharu)
Dandang beluru dianyam daripada daun kelapa (dipakai di pinggang)
PERALATAN TARIAN
Daun kelapa yang dianyam akan dihias di sekeliling ruang tarian.
Daun kelapa dan bunga seperti bunga tahi ayam juga dijadikan aksesori dimana ia akan
dililit di kepada, badan dan pinggang semua ahli-ahli sewang.
Muka ahli sewang dihiasi dengan warna merah dari biji buah Kesumbar dan bintik putih
dari kapur.
Tok Halaq(Tukang karut) dan penari sewang akan memegang segenggam daun-daun
hutan yang dipanggil “kijau”. Biasanya terdiri daripada daun-daun herba dan akar-akar
yang mempunyai bau harum.
Daun mengkuang digunakan oleh pawang untuk menghalau roh.
ALAT MUZIK/ TARIAN
Gitar Kayu
Dimainkan oleh kaum Jah Hut
Kategori kordofon
Enam tali pemetik dan bahagian badannya tiga segi
Keranting
Dimainkan oleh kaum semelai Badan diperbuat daripada buluh yang beruas panjang dan tali
pemetiknya diperbuat daripada 3 tali yang dijalikan bagi hasilkan bunyi
yang berbeza.
Kreb/ Kereb
Gambarmenunjukkancaraalatinidigunakan
Kategorikordofon
Dibuatdaripadabuluh
2 utastali yang berlainanukuran
Talidiperbuatdaripadaakardanrotan
Talipanjang (jantan)
Talipendek (betina)
Dimainkanolehkaumwanitapadawaktupetanguntukhiburandanjugasewa
ng. Alunanmuzik yang menyerupaibunyialamsemulajadi.
CentongBuluh
Kategorialatidiofon
Dimainkanolehkaumwanitadalamupacarasewang
Duabuluh yang berlainansaiz
Centungdiketukpadasatukayubesar
Kaumwanita yang menggunakanperalataninisemasatariansewang
Gambarmenunjukkancentongbuluhdigunakanketikatariansewang
Seruling/Penyong/scoi
Kategorialataerofon
Dimaindenganmenggunakanmulut
Dimainkanolehkaumlelakisahaja.
PensolatauSerulingHidung
Kategorialataerofon
Dimainkanolehkaumsenoi
Dimainmenggunakanhidungdimanasipemainakanmenyumbatkansebela
hhidungnyadengandaunataupunsecebiskain,manakala yang
lagisebelahnyadigunakanuntukmeniuppensol.
Gambar menunjukkan alat ini digunakan
PANTANG LARANG
1) Tok Halaq yang bertanggungjawab menjalankan upacara tarian sewang tidak
boleh makan makanan yang pedas dan juga yang dianggap berbisa seperti ikan
keli dan ikan berduri selama 7 hari selepas upacara sewang. Dipercayai jika
halaq melanggar pantang ini, penyakit yang diubati tersebut akan kembali.
2) Selain itu sepanjang sewang dijalankan, penonton tidak dibenarkan berbuat
bising contohnya gelak ketawa, menangis (kanak-kanak).
3) Kena ikut pawang tidak boleh ketuk alat muzik sesuka hati kerana satu ketukan
itu tujuh gunung boleh mendengar iaitu penjaga gunung (makhluk halus/ roh)
4) Tarian sewang ini tidak boleh main-main
5) Tujuan tarian sewang adalah untuk membuat persembahan kepada roh pada
asalnya.
6) Sebelum membuat persembahan sewang perlu meminta izin daripada orang tua.
7) Setiap pergerakan yang dilakukan mempunyai makna, oleh itu pergerakan tidak
boleh dibuat sesuka hati (pergerakan berkait dengan alam semulajadi).
KEPERCAYAAN
Kerawang (dipakai oleh Tok Halaq di kepala) dianggap memberikan tiga tanda iaitu:
Merah - darah
Hitam - kotor
Putih - sudah siap berubat
SEWANG UNTUK PERUBATAN
Secara umumnya, tujuan sewang diadakan adalah untuk tujuan perubatan.
Sebagai contoh, sewang gamok sering digunakan untuk tujuan perubatan akibat terkena racun
seperti racun pokok ipoh atau akibat terkena santau. Manakala penyakit yang berkaitan
semangat seperti kena rasuk, hilang ingatan, hlang semangat dan sebagainya, jenis sewang
yang lain boleh digunakan berdasarkan punca penyakit itu terjadi.Dalam sesuatu upacara
sewang perubatan pula, beberapa kelengkapan dan peralatan diperlukan untuk memastikan
sesebuah perubatan itu berkesan.
Kelengkapan ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :
a) Balai Sewang
b) Alat-alat bunyian
c) Pemain alat bunyian, penari, dan penyanyi
d) Halaq dan/atau Shaman (Perantara dan Perawat)
e) Peralatan Perubatan
i. Tumbuh-tumbuhan
ii. Jampi (lagu sewang)
iii. Lain-lain kelengkapan
a) Balai Sewang
Sewang untuk tujuan perubatan biasanya dilakukan di sebuah balai yang khas digunakan untuk
tujuan bersewang. Balai ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang mudah diperolehi
seperti buluh yang digunakan untuk membuat lantai, daun bertam dibuat atap dan batang pokok
serta dahan sebagai tiang serta gelegar. Balai sewang dibina kira-kira 3 kaki tinggi dan tali rotan
digunakan untuk mengikat tiap-tiap kayu ini kerana pembinaanya tidak menggunakan paku
b) Alat-alat Bunyian
Mengiringi lagu atau ‘nong’ ialah alat-alat bunyian asas iaitu centong buluh atau ‘awen go’h’ dan
gendang atau ‘bataq’. Kadang kala gong turut digunakan
c) Pemain alat bunyian, Penyanyi dan Penari
Semasa pesakit dirawat, penglibatan ahli-ahli masyarakat yang lain amat diperlukan. Ketiadaan
salah satu elemen sama ada bunyian, penari atau penyanyi akan menggagalkan proses
perubatan. Selain itu, beberapa kata kunci juga diulang beberapa kali bagi menarik perhatian
‘semangat’. Ia adalah bertujuan untuk mempercepatkan penyembuhan si pesakit melalui
semangat-semangat yang berjaya dipujuk.
d) Halaq dan/atau Shaman (Perantara dan Perawat)
Halaq berperanan penting dalam memastikan sesebuah proses perubatan itu berjaya atau
tidak. Dalam hal ini Tok Halaq bertindak sebagai perantara dan sesudah semangat yang tepat
berjaya dipujuk, ia akan menjelaskan kepada Shaman tindakan-tindakan yang harus
dilakukan.Semasa membuat diagnosis penyakit pula, Tok Halaq akan bergantung kepada
petunjuk daripada semangat yang punca kepada penyakit berkenaan kecuali penyakit-penyakit
yang telah diketahui puncanya seperti termakan racun.
e) Peralatan perubatan.
Kebiasaannya, untuk menjalankan rawatan, beberapa jenis bahan diperlukan. Antara alatan
utama yang digunakan ialah beberapa jenis tumbuhan hutan yang dipercayai mampu manarik
semangat datang semasa upacara sewang dijalankan. Selain itu, alatan-alatan lain yang
digunakan ialah:
i. Tumbuh-tumbuhan
Penggunaan daun kelapa dan batang ubi dianggap mempunyai pengaruh yang kuat dan
bertindak seabagai ‘umpan’ untuk ‘memujuk’ semangatagar datang. ‘Tamu’ pula berperanan
sebagai pusat atau tumpuan utama semangat dari rimba. Ia juga sebagai pewangi penaik
semangat dan menjadi tempat semangat berkumpul dan memberi bantuan kepada Tok Halaq
supaya dapat menyampaikan lagu dengan lebih baik dan lancar.
ii. Jampi atau Lagu sewang (‘Nong’)
Lagu sewang dibezakan mengikut tujuan sewang dimainkan. Walau bagaimanapun, lagu
sewang dipercayai diterima daripada semangat itu sendiri.
iii. Lain-lain kelengkapan
Sewang perubatan turut menggunakan bahan-bahan sampingan untuk menambah tarikan
kepada semangat yang dituju. Antara lain ialah ‘og cengcog’ atau air akar hutan, ‘selak kuar’
atau daun palas yang telah diracik halus, kemenyan hutandan lain-lain.
KAEDAH RAWATAN
Pesakit dibawa ke balai sewang dan dibaringkan berhampiran dengan ‘tamu’.
Seterusnya, para penari akan menari mengelilingi pesakit. Hubungan Tok Halaq dengan
semangat atau ‘makhluk halus’ dapat dikesan melalui jumlah lagu yang dinyanyikan. Sekiranya
beliau menyanyikan 5 buah lagu, ini bermakna beliau mempunyai hubungan dengan 5 ‘makhluk
halus’. Manakala setiap makhluk halus yang mendatangi balai sewang dijamu dengan pelbagai
jenis ramuan bunga (madu) dan minuman air akar kayu. Tok Halaq akan memakan jamuan
tersebut namun, dipercayai yang memakan jamuan tersebut sebenarnya semangat yang
datang itu.
Dalam masa yang sama kemenyan hutan akan dibakar untuk melihat dan
mengesan punca-punca penyakit. Selain itu, dipercayai juga sekiranya penyakit pesakit berkait
dengan hilang semangat, makhluk halus akan membawa balik semangat berkenaan kepada
tuannya semula. Makhluk halus akan bergembira dan berasa senang hati untuk membantu
mengubati penyakit apabila mendengar bunyi centong buluh dan suara wanita yang mengiringi
nyanyian Tok Halaq. Apatah lagi apabila dijamu dengan bahan-bahan berjamu seperti air akar
dan madu bunga gunung.
PANTANG LARANG SEMASA BERSEWANG
Semasa sewang berlangsung beberapa pantang harus dipatuhi, jika tidak
dipatuhi, penyakit akan gagal diubati. Antara pantang yang perlu dipatuhi ialah orang yang tiada
kaitan dengan upacara ini tidak dibenarkan menyertai dan berada di balai sewang kecuali
dengan kebenaran Tok Halaq sendiri. Ini kerana orang luar yang tidak berkaitan dipercayai
boleh menghalang semangat menghampiri balai dan menghalang semangat daripada
memasuki tubuh Tok Halaq.Selainitu, sewang mesti dilakukan di dalam gelap atau dalam
cahaya yang samar-samar, bergantung kepada seriusnya sesuatu penyakit itu. Ini adalah
bertujuan untuk memudahkan semangat mendatangi Tok Halaq kerana suasana gelap
dipercayai menjadi dunia ‘makhluk halus’.
Sewaktu sewang dijalankan, suasana persekitaran mestilah tenang dan sunyi
dan hanya bunyi muzik sewang sahaja dibenarkan. Bunyi bising seperti bunya perbualan atau
bunyi binatang juga tidak dibenarkan kerana dipercayai menghalang semangat untuk datang ke
kawasan tersebut. Selain itu, sebarang pergerakan di bawah balai sewang ( di atas tanah) juga
tidak kerana dipercayai pada masa tersebut banyak semangat-semangat berkeliaran
termasuklah semangat jahat
PANTANG LARANG BAGI PESAKIT
Semasa berpantang, pesakit hendaklah dijauhkan dari bunyi bising dan hendaklah
sentiasa berkeadaan tenang. Pesakit juga perlu mengelak menghidu bau-bau yang
pedih seperti bau lada, bawang dan minyak.
Pesakit tidak boleh dikejutkan dengan bunyi kuat seperti letupan kerana dipercayai
akibat dari sentakkan tersebut semangat pesakit semakin lemah.
Pesakit tidak boleh mandi bersabun, tidak dibenarkan berjalan di bawah panas matahari
pada waktu tengah hari.
Keluarga pesakit tidak dibenarkan menebang pokok pisang atau pisang masak malah
dalam keadaan yang lebih ekstrim, seluruh penduduk kampung dilarang berbuat
demikian.
Tempoh berpantang bagi pesakit seseorang pesakit bergantung kepada keseriusan
penyakit yang dihidapi tetapi lazimnya antara 7 – 10 hari.
ADAT MENUTUP PANTANG (‘CERTAS/CERENTAS’)
Apabila tempoh berpantang sudah tamat dan pesakit telah beransur pulih, upacara menutup
pantang perlu diadakan. Antara upacara tersebuat ialah seperti:
Pesakit hendaklah dibawa ke rumah Tok Halaq dengan membawa bersama beberap
bahan yang diminta Tok Halaq.
Sebaik-baiknya acara ini dilakukan pada waktu pagi, sebelum matahari naik.
Semasa hendak memberikan ‘hadiah’ kepada Tok Halaq, perkataan yang perlu disebut
ialah “ini hadiah yang Tok Halaq tolong itu hari” dan hendaklah mengelak malah dilarang
sama sekali menggunakan perkataan “ini cerentas (hadiah penutup pantang)”.
PENUTUP
Kesimpulannya, melalui kajian ini jelaslah dapat dilihat bahawakehidupan harian
masyarakat orang asli banyak dipengaruhi oleh sistem kepercayaan mereka terhadap
semangat alam sekeliling. Mereka sentiasa dibayangi oleh perkara mistik dan fahaman
animisme. Malah mereka juga mewarisi alam mistik yang kaya dengan pantang-larang.
Manakala tarian sewang pula adalah satu tarian yang sangat unik. Lirik lagu yang dicipta untuk
persembahan tidak boleh sewenang-wenangnya dicipta oleh sebarang orang. Hanya orang-
orang tertentusahaja yang boleh mencipta lagu-lagu yang akan dipersembahkan.Jika dilihat dari
aspek luarannya, lagu yang dinyanyikan tidak menampakkan apa-apa makna kecuali pada
mereka yang terlibat secara langsung dalam tarian tersebut. Walau bagaimanapun, setelah
pengkaji sendiri melibatkan diri dalam tarian ini, baharulah dapat dirasakan bahawa melalui lirik,
muzik dan hentakkan kaki ketika menari terdapat nilai seni yang amat berharga dan unik dalam
tarian sewang ini.
BIBLIOGRAFI
adatbudayapermata.blogspot.com/
blog.jmm.gov.my/.../pameran-orang-asli-kepercayaan
en.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli
http://tariansewangpayalebar.blogspot.com/
www.hbn.gov.my/index.php/component/.../331.htm
www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-orang-asli-