visi menjadi sekolah pendidikan khas cemerlang pada...
TRANSCRIPT
kuad Futsal telah memenangi tempat ketiga dalam Karnival Permainan Pendidikan Khas daerah Batu Pahat pada 17 Julai 2009
lalu. Pemain futsal terdiri daripada Mohamad Norazman, Mohamad Norzaman,
Mohamad Najmudin, Mohamad Arif, Mohamad Firdaus dan Yap Xin Hong, manakala pegawai pasu-kan adalah En Suhaimi b Sagi dan
En Faizal b Abdullah. (abk_)
encegah lebih baik daripada mengubati. Klinik Kesihatan Pesta,
Batu Pahat telah mengadakan siri penerangan berkaitan pen-yakit Selesema Babi - Influ-
enza A (H1N1) di SKPKBP pada 10 Julai lalu. Selain sesi penerangan & soal jawab, mereka turut memberi poster kepada pihak sekolah. (abk_)
FUTSAL - SKPKBP ke-3
H1N1 - Pejabat Kesihatan Daerah beri penerangan
Pada bulan Julai, SKPKBP telah di-
datangi oleh banyak pihak dengan tujuan lawatan atau berme-
syuarat. Antaranya ialah; Lawatan oleh Pn Rozainum bt
Ahmad, Timbalan Pengarah (Prog. Pend. Khas) & Tn. Hj. Mohamad Umbaik b Ismail, Ketua Sektor Program Khas pada hari Jumaat, 17 Julai 2009.
Tn Hj Abdul Rahman, Ketua Unit Pendidikan Khas JPNJ serta En Khairi b Bahari Pega-wai Khas Pend Khas PPD Batu Phat turut hadir ke SKPKBP pada hari tersebut.
Sebelum itu,pada 15 Julai, beberapa pegawai dari KPM juga sempat singgah membuat kunjungan hormat melawat SKPKBP. Beliau ialah En Re-zuoi Abdullah, SUB Bahagian Audit Sekolah, KPM. Tetamu lain ialah Pn Nurayuni bt Zinzuraini, Siti Faizura bt Idris dan Pn Ashrafilah bt Ahmad masing-masing dari Bahagian Akaun dan Bahagian Pend Khas.
Semua Pegawai Khas Pendidi-kan Khas turut hadir dalam mesyuarat yang diadakan di SKPKBP pada 21 julai 2009
Sidang Redaksi 2
Dari Meja Guru Besar
2
Amali Solat 2
Guru Kontrak 2
Diari Guru 2
Uji Minda 3
Lensa SKPKBP 3&4
Info Speed 4
MENARIK DI DALAM:
OGOS 2009
Tahun 2, Bilangan 17
MENCANTING BATIK - GURU & MURID BERBAKAT akat murid, PPM dan guru dalam mencanting batik dapat dilihat dalam program anjuran Panitia Seni, Panitia Sains dan unit RIMUP
pada 7 Julai lalu. Dalam program tersebut, pengusaha dan pencanting batik yang telah mempunyai pengalaman luas dalam seni membuat batik telah dijemput bagi mengadakan demon-strasi dan tunjuk ajar. (abk_)
LAGI GAMBAR DI HALAMAN 3
VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun 2010
MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik
LAWATAN PELAJAR UTHM - turut disertai seorang pensyarah
eramai 20 pelajar UTHM yang baru beberapa minggu mendaf-tar diri dalam program sarjana telah mengadakan lawatan sambil belajar ke SKPKBP pada 24 Julai lalu. Kehadiran mereka bertu-
juan melihat secara dekat perjalanan proses P&P kepada murid dan se-kolah amnya. (abk_)
alam memberi pendidikan yang seimbang, tuntutan ibadat seperti kewajipan solat turut diberi pene-
kanan kepada murid-murid pendidikan khas. Program dibimbing oleh Ustazah Aniyati bt Misran. (abk_)
AMALI SOLAT - memperteguh peribadi murid
Halaman 2 Buletin Speed Ogos 2009
SIDANG REDAKSI : Buletin Speed OGOS 2009 SK Pendidikan Khas Batu Pahat PENGERUSI NAIB PENGERUSI EDITOR PENGARANG JURUFOTO CETAKAN / EDARAN
En Ateh Bin Salim Guru Besar
Pn Hjh Arni bt Md Noor GPK HEM
Aizam @ Azlan bin Kadiron ( [email protected] )
Pn Norhafizah bt Nordin Cik Rosnita bt Saffee
Pn Rodhiha bt Ma’arof
En Kevin Mak Wai Kim En Mohammad Saffri bin Hamali
En Munif b Hj Basir
PENERBIT: Pusat Sumber SK PKBP, Jln Lim Yew Leong, PS 30, 83007 Batu Pahat, Johor D Ta’zim. Tel: 07– 4341139 Fax: 07– 4342139 E-mel : [email protected]
Sebarang pertanyaan atau sumbangan artikel boleh dialamatkan ke alamat di atas.
Assalamua’laikum & Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam keluaran kali ini. H1N1 merupakan isu kesihatan peringkat global pada masa ini. SKPKBP mengambil langkah proaktif, apabila penerangan dan peringatan kepada murid sentiasa diutamakan. Terima kasih di atas penerangan yang diberikan oleh pihak Pejabat Kesihatan Batu Pahat di atas isu ini. Buletin kali ini memuatkan berita kejayaan murid dalam pertandingan futsal, aktiviti mencanting batik dan lain-lain. Ruangan Uji Minda diperkenalkan bagi memantapkan lagi pengisian buletin ini khususnya untuk murid. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi usaha kita. Sekian, Selamat Membaca...! Pengerusi
Tarikh Nama Nama Kursus, Bengkel, Taklimat dan Lain-Lain
2 Jul Pn Hjh Arni bt Md Noor Pemurnian Instrumen Penempatan Murid Pend Khas 2009
4 - 5 Jul Cik Balqish bt Selamat Pameran Pendidikan Batu Pahat anjuran A&A Events & Advertising
8 - 10 Jul En.Ateh Bin Salim Fasilitator Kursus Penkatalogan BBM bagi JU Pemulihan Khas Zon Selatan
10 Jul Cik Balqish bt Selamat Taklimat Program Go Hari Sekolah Terpilih UPSR 2009
10 Jul En Mohd Salleh b Aman En Suhaimi b Sagi
Taklimat Khas Karnival Permainan Pend Khas Batu Pahat
14 Jul En Aizam Azlan b Kadiron Bengkel Verifikasi EMIS on-line bulan Jun 2009 15 Jul Pn Aniyati bt Misran Mesyuarat Ikhtifal J-QAF 2009
23 Jul Pn Aniyati bt Misran Taklimat Pengumpulan Data & Keperluan Perjawatan Guru-guru Pend Islam Daerah BP
2 - 3 Jul En Hamidi b Selamat Taklimat Pendaftaran UPSR 2010 secara atas talian (SPPAT) Daerah Batu Pahat
1 - 3 Jul En.Ateh Bin Salim Fasilitator Kursus Penkatalogan BBM bagi JU Pemulihan Khas Zon Tengah
7 - 10 Jul En Abd Rahman b Mohd Said Bengkel Speech Camp 2009—Pendedahan 2
20 - 21 Jul En Munif b Hj Basir Bertugas di PPD (Urusetia Pengukuran Pakaian Seragam)
20 Jul En Ateh b Salim Cik Rosnita bt Saffee
Mesy Guru Pemulihan Khas Zon Penggaram
13 - 14 Jul En Abd Rahman b Mohd Said Garis Panduan RPI murid pend Khas 2009
21 Jul En Ateh b Salim Mesy Perlantikan GSTT Menengah
22 - 24 Jul En Suhaimi b Sagi Cik Yeo Pek Kian
Mesyuarat Pemetaan Kurikulum bagi mata pelajaran Pend Khas
23 Jul Pn Hjh Arni bt Md Noor Kursus School Based English Languange Training (SBELT)
22 Jul En Ateh b Salim Cik Rosnita bt Saffee
Lawatan ke kelas penanda aras SK Kangkar Pulai 2, Kulai.
23 Jul En Hamidi b Selamat Lawatan ke sekolah penanda aras SK Bandar Baru Uda, JB
29 Jul En Ateh b Salim Taklimat Sehari penurunan BRP ke GB sekolah-sekolah khas & PTJ Negeri Johor
7 Jul Cik Yeo Pek Kian Program Derma Darah Hari Guru 2009
28 Jul En Ateh b Salim Taklimat urusan pemangkuan Guru Cemerlang
25 Jul En Ateh b Salim Penceramah Pengurusan Pend Pemulihan
24 Jul En Hamidi b Selamat Mesy Aplikasi Kemasukan markah kerja kursus UPSR & PMR 2009 Derah Batu Pahat 24 Jul Pn Hjh Arni b Mohd Noor Bengkel Language Art
27 - 29 Jul Cik Junaidah bt Jusop Cik Norzaliza bt M Arif
Bengkel Penurunan Garis Panduan bagi BRP ke sekolah PTJ
27 Jul Pn Rodhiha bt Ma’rof Taklimat Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut & Influenza A (H1N!) untuk prasekolah
28 Jul Pn Rohana bt Zawawi Pengumpulan Data UPPM3 Tahun 6 2009 daerah batu Pahat
(Susunan: Cik Rosnita)
Ada 5 S yang mampu menarik kejayaan dan kekuatan di dalam kehidupan kita. 5 S tersebut bukan sahaja mampu memberikan kejayaan di dalam hidup kita di dunia bahkan kejayaan di akhirat yang kekal abadi. Apakah 5 S tersebut? S yang pertama ialah Solat. S yang kedua ialah Selawat ke atas Nabi s.a.w. S yang ketiga ialah Sedekah. S yang keempat ialah sangkaan yang baik kepada Allah. S yang kelima ialah senyum. Semoga kita dapat menjadikan 5 S ini sebagai amalan yang berterusan di dalam kehidupan kita agar kejayaan-kejayaan yang kita impikan dapat ditarik ke dalam hidup kita. Kejayaan yang terbaik dan kekal adalah kejayaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang dikasihi. Moga kita tergolong di dalam golongan tersebut, Amin…
(Sumber:- Blog Ustaz Fauzi)
SKPKBP terima seorang GURU KONTRAK
Bermula 2 Julai 2009, SKPKBP telah menerima penempatan seorang guru kontrak. Be-liau ialah Pn Noor Rahizah bt Abdul Rahman.
Halaman 3 Tahun 2, Bilangan 17
Bersama Cikgu Norhafizah
h s f d j d l e m b u u
f u l a r k q t h r t s
c k t h r h s g b n m i b u r u n g y k t k m n
s w r c n y u l l j f g
u g w i d n i d u b c a
h a c f l i p a s m m q
s u x r p k j t l o t m
k r g h a r i m a u x v
lipas
lembu
harimau
burung ular singa
kucing
© skpkbp/abk design 09
(Bahagian 17)
KANAK-KANAK CACAT PERTUTURAN
ertuturan merupakan suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan perasaan atau rasa hati. Tanpanya kita akan kehilangan
daya komunikasi yang paling penting untuk ber-interaksi bersama keluarga, rakan-rakan dan alam sekeliling. Pertuturan melibatkan perpaduan bunyi dengan perkataan, mencantum perkataan kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna. Oleh itu, ia dapat didefinisikan sebagai symbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal yang bertujuan untuk pertukaran idea, (Kirk, 1972). Pertuturan yang normal membolehkan pertukaran bahasa melalui mulut, berlafaz dengan baik, mempunyai kualiti yang semulajadi, normal, pada rentak dan kadar yang baik dan bebas dari cebekan muka. Ia juga memerlukan perbendaharaan kata yang lengkap, sesuai mengikut umur dan pertu-turan diterima secara logik dan teratur. (Kirk dan Gallagher, 1979).
Bertutur bukannya semudah yang disangkakan kerana setiap pertuturan akan memerlukan 40 bunyi pertuturan yang berbeza. Biasanya, setiap lima saat pertu-turan, sebanyak lima suku kata yang akan dikeluarkan. Pendengar perlu menterjemah suku kata, mengenali bunyi yang dikeluar-kan dalam bentuk perkataan dan menterje-mah semula perkataan kepada pemikiran. Semasa bertutur, seseorang individu itu akan menarik nafas dengan lebih mendalam dan menggunakan 12 set otot secara lang-sung dan lima otot lagi secara tidak lang-sung. Dia juga perlu mendapat udara yang cukup dalam paru-paru untuk membentuk isipadu suara yang dikeluarkan dalam ben-tuk bunyi. Bunyi dikeluarkan melalui penga-walan dan pengeluaran udara dari paru-paru secara perlahan-perlahan.
Kecacatan pertuturan difahamkan sebagai pertuturan yang menunjukkan ketidaksempurnaan sama ada dari segi bunyi, penguasaan bahasa mengi-kut umur atau gangguan semasa bertutur (Kirk, 1972). Kecacatan pertuturan boleh dibahagi kepada tujuh jenis:-
Gangguan artikulasi Gangguan bunyi Gagap Kecacatan pertuturan yang berkai-
tan dengan sumbing Kecacatan pertuturan oleh kelumpu-
han otak Kecacatan yang berkaitan dengan
pendengaran yang tidak sempurna Kecacatan yang berkaitan dengan
kerencatan perkembangan pertu-turan akademik.
(bersambung)
(Susunan: Pn Rodhiha )
(Susunan: Pn Rodhiha )