vpw nmn mm prws mmmmmp ummeprints.uthm.edu.my/id/eprint/855/1/24_pages_from... · 2011-04-29 ·...
TRANSCRIPT
r>r MAI f A f M i .'•.: f-;. fcf.ji r./ t: {5 f . f j V p w r h fc-S/5- if
nmn mm prwsp mmmmm umm CPKf 1 ) Df K I H T T H D
M O W ) f-'AIJ.Al Bii>8 i S M A i i .
l .l] i I nlVjy] jA! ' ] 1 T n ^ f i P P Tt!?v t i ^ l V s M y ( 1 M j \ V i , I ' lU l i iU I j i l j{ i l \V»VV;r i I H.'vK?». }l V V.'i\I>?
KOLEJ UNIVERSITI T E K N O L O G I TUN HUSSEIN O N N
B O R A N G P E N G E S A H A N STATUS TESIS*
JUDUL : PENGHASILAN D A N KAJIAN TENTANG M O D U L P E M B E L A J A R A N PRINSIP K E J U R U T E R A A N ELEKTRIK
(PKE1) P I KUiTTHO.
S E S I P E N G A J I A N 2003 / 2004
Say a MOHP. FAIZAL BIN ISMAIL ( 780202-03-5261). ( H U R U F B E S A R )
mengakui membenarkan tesis ( PSM / Saijana / Duklui Falsafiih ) * ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1.Tesis ini adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila landakan ( V )
• SULIT (Mengandungi maklumat yang berdaijah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 )
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS )
Alamat Tetap: K G Paloh Rambai, 16450 Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.
Tarikh 25 FEBRUARI 2004
( TANDATANGAN PENYELIA)
TUAN HJ M O H P YUSOP AB HADI
Nama Penyelia
Tarikh : 25 FEBRUARI 2004
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafali dan Saijana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara keija kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Saijana Muda (PSM).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Saijana
Tarikh 25 Februari 2004
PENGHASILAN DAN KAJIAN TENTANG MODUL PEMBELAJARAN PRINSIP
KEJURUTERAAN ELEKTRIK (PKE1) DI KUiTTHO.
MOHD. FAIZAL BIN ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Saijana
Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
FEBRUARI 2004
akui karya ini adalah hasil keija saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".
Tandatangan :
Nama Penulis : Mohd Faizal bin Ismail.
Tarikh : 25 Februari 2004.
...
Xlll
Istimewa buat,
Ibu dan keluarga tersayang serf a sahabat handai yang
telah bembantu serta memberi dorongan untuk terus
mengejar kejayaan. Tidak dilupakan jug a ku kirimkan do a untuk
ayah diatas kejayaan ini
Xlll
PENGHARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.a.w. kerana dengan limpah dan
kurnianya telah memberi saya kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan kajian saya
yang bertajuk 'Penghasilan dan Kajian Tentang Modul Pembelajaran Prinsip
Kejuruteraan Elektrik (PKE1) di KUiTTHO.
Di sini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat sepanjang
melaksanakan projek ini, terutamanya kepada pembimbing saya Tn. Hj. Mohd Yusop bin
Ab. Hadi di atas segala tunjuk ajar, komen, dorongan yang diberikan dan kesabaran
melayan karenah penulis sepanjang menyiapkan kajian ini.
Terima kasih ini juga ditujukan kepada En. Mohd. Azlan Ab. Shukor selaku
penyelaras mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik dan Puan Anita Azmi sebagai
pensyarah bagi mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik serta para pelajar yang
terlibat secara langsung dalam kajian ini.
Akhir kata semoga tesis ini dapat memberi manfaat pada masa akan datang dan
sebagai galakan kepada rakan-rakan dalam memberi idea untuk menambahkan lagi
maklumat yang berkaitan dengan perkembangan dalam bidang pendidikan yang semakin
mencabar ini.
V
ABSTRAK
Kaedah pengajaran dan pembelajaran masa kini memerlukan bahan pembelajaran
yang konkrit sebagai pemangkin bagi menjayakannya. Modul pembelajaran merupakan
salah satu kaedah yang sering digunakan dalam sistem pendidikan di negara kita. Kajian
ini dilakukan adalah untuk menghasilkan dan mengkaji modul pembelajaran Prinsip
Kejuruteraan Elektrik (PKE1) di KUiTTHO. Tujuan Kajian ini adalah untuk meninjau
sama ada modul pembelajaran PKE1 yang dihasilkan dapat meningkatkan pencapaian
pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik dalam topik
Hukum Kirchoff, litar siri dan litar selari di KUiTTHO. Pengumpulan data dibuat dengan
menggunakan set soal selidik. Data dianalisa menggunakan Statistical Packages for
Social Science (SPSS) 11.5 for Windows berdasarkan kaedah statistik deskriptif dan
pengujian-t. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa modul
pembelajaran PKE1 dapat membantu proses pembelajaran pelajar serta meningkatkan
pencapaian pelajar di KUiTTHO.
Xlll
ABSTRACT
Nowadays teaching and learning method required some concrete learning
materials in order to establish the process. One of the methods used widely in our
educational system is the learning module. This research is to develop and study the
PKE1 learning module at KUiTTHO. Yet, the purpose of this study is to observe whether
the module could increase or upgrade the students achievement, whose take the Electrical
Engineering Principle subject in Kirchoff law, serial circuit and parallel circuit at
KUiTTHO. A set of questionnaire was used to collect the data. The questionnaire data
then, was analyzed with SPSS 11.5 for windows, using the descriptive statistical and T-
test. The results of the study showed that the PKE1 learning module supported the
learning process of the student and upgraded their achievement at KUiTTHO.
Xlll
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAIJADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Objektif Kajian 4
1.6 Hipotesis Kajian 5
1.7 Kerangka Teori 6
1.8 Kepentingan Kajian 7
1.9 Skop Kajian 7
1.10 Batasan Kajian 8
1.11 Defmisi Istilah 9
Vlll
BAB n SOROTAN PENXJLISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Modul 12
2.3 Ciri-ciri Sebuah Modul 13
2.4 Kegunaan Modul 17
2.5 Tujuan Pembelajaran Bermodul 17
2.6 Kebaikan Pembelajaran Bermodul 18
2.7 Ciri-ciri Modul Pembelajaran dan Pengajaran 20
2.8 Kepentingan Modul Dalam Mata Pelajaran Teknikal 20
2.9 Model ADDIE 22
BAB m METODOLOGI
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk kajian 23
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 24
3.4 Instrumentasi 24
3.4.1 Pengujian (Experimental) 25
3.4.2 Soal Selidik 25
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 30
3.6 Kerangka Operasi 31
3.7 Prosedur Kajian 32
3.8 Analisis Data 32
3.9 Andaian 33
3.10 Batasan Kajian 33
BAB IV REKA BENTUK PRODUK
4.1 Pengenalan 34
4.2 Struktur Modul 35
4.3 Komponen Modul 36
4.3.1 Reka Bentuk Input 38
4.3.2 Reka Bentuk Aktiviti dan Maklum Balas 3 8
4.3.3 Penilaian Kendiri 42
BAB V HASIL DAP AT AN DAN KEPUTUSAN
5.1 Pengenalan 43
5.2 Bilangan Responden 43
5.3 Maklumat Diri Responden 44
5.3.1 Jantina Responden 44
5.3.2 Bangsa 44
5.3.3 Tahun Pengajian 45
5.4 Penilaian Modul Pembelajaran Prinsip Kejuruteraan
Elektrik 45
5.4.1 Penilaian Modul PKE1 Dapat Membantu Proses
Pembelajaran Mata Pelajaran Prinsip Kejuteraan
Elektrik 46
5.4.2 Penilaian Isi Kandungan Modul PKE1 48
5.4.3 Penilaian Mengenai Format Modul PKE1 50
5.4.4 Ujian-t 51
5.4.5 Maklum Balas 53
BAB VI PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
6.1 Pendahuluan 56
6.2 Perbincangan Dapatan Kajian 56
6.2.1 Maklumat Diri Responden 57
6.2.2 Penilaian Modul PKE1 58
6.2.2.1 Dapat Membantu Proses Pembelajaran 58
6.2.2.2 Isi Kandungan Modul PKE1 60
6.2.2.3 Format Modul PKE1 61
6.2.2.4 Pra Ujian dan Pos Ujian 61
6.3 Rumusan 63
6.4 Cadangan 64
BIBLIOGRAFI 65
LAMP IRAN 69
Xlll
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.1 Skala Likert 26
3.2 Penerangan Borang Soal SelidikPKE1 27
3.3 Spesifikasi Skala Likert 33
5.1 Bilangan Responden Berdasarkan Jantina 44
5.2 Bilangan Responden Mengikut Bangsa 44
5.3 Bilangan Responden Mengikut Tahun Pengajian 45
5.4 Penilaian Modul PKE1 Dapat Membantu Proses
Pembelajaran Mata Pelajaran Prinsip Kejuruteraan
Elektrik 46
5.5 Penilaian Isi Kandungan Modul PKE1 48
5.6 Penilaian Mengenai Format Modul PKE1 50
5.7 Analisis Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra
Dan Ujian Pos 51
5.8 Maklum Balas Responden Berkenaan PKE1 53
Xlll
SENARAIRAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Teori Kajian 6
2.1 Model Pembinaan Modul PKE1 22
3.1 Kronologi Kajian Ke atas Responden 31
4.1 Reka Bentuk Modul 35
4.2 Struktur dan Komponen Modul 36
4.3 Kitaran Pembelajaran Dalam Modul PKE1 38
4.4 Contoh Untuk Teks Sahaja 39
4.5 Contoh Untuk Kombinasi Teks dan Rajah 40
4.6 Contoh Untuk Kombinasi Teks, Rajah dan Formula 41
4.7 Peranan Penilaian Kendiri Dalam Pembelajaran
Bermodul 42
Xlll
SENARAI LAMP!RAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal selidik
B Analisis Kebolehpercayaan
C Analisis Data
D Analisis ujian-t
E Ujian dan Skima
F Surat Pengesahan
G Borang Soal selidik (Tinjauan Awal)
H Analisis Data (Tinjauan Awal)
i Modul Pembelajaran PKE1
MUKA SURAT
69
77
79
89
90
94
97
102
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan beberapa bahan dan kaedah
yang konkrit sebagai pemangkin bagi menjayakannya. Salah satu bahan yang sangat
popular digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah modul. Modul
dibangunkan sebagai alat bahan bantu mengajar oleh guru dan sebagai bahan rujukan
kepada para pelajar. Penghasilan modul merupakan salah satu bahan yang sangat
penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah disokong oleh Tinzmann
M.B, et.al (1990).
Rex Meyer, G (1988), berpendapat bahawa modul pembelajaran dapat
mengukuhkan lagi pemahaman tentang sesuatu perkara yang dipelajari, lebih-lebih
lagi bagi mata pelajaran yang berbentuk teknikal. Menurut Yusup Hashim (1998),
salah satu kelebihan modul pembelajaran ialah ia boleh digunakan oleh pelajar yang
terpisah daripada guru. Oleh itu ciri-ciri yang terdapat dalam bahan modul
pembelajaran membolehkan ianya dipelajari mengikut taraf kebolehan murid secara
individu (Koh Boh Boon, 1984 & Perry T.L, 2000 ).
2
1.2 Latar Belakang Masalah
Prinsip Kejuruteraan Elektrik (PKE) merupakan mata pelajaran yang di
tawarkan kepada semua pelajar aliran kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn (KUiTTHO) dan diwajibkan untuk semua pelajar aliran kejuruteraan di
KUiTTHO.
Mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik adalah mata pelajaran yang baru
diperkenalkan di KUiTTHO pada Semester II Sesi 2002/2003. Ia adalah bertujuan
untuk menggantikan mata pelajaran Teknologi Elektrik yang sebelum ini hanya
ditawarkan kepada pelajar jurusan elektrik sahaja.
Oleh kerana mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik ini baru
diperkenalkan di KUiTTHO, ia telah menarik minat pengkaji untuk mengkaji tiga
perkara berikut :-
1. Permasalahan pelajar dalam mempelajari mata pelaj aran Prinsip
Kejuruteraan Elektrik.
2. Sumber rujukan yang sering digunakan oleh pelaj ar dalam mempelaj ari
mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik.
3. Kandungan nota mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik.
Daripada tinjauan awal hasil temu bual antara pengkaji dengan dua orang
pensyarah yang mengajar mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik di KUiTTHO,
didapati pelajar tidak dapat memahami dengan jelas konsep asas mata pelajaran
mengenai tajuk 'Analisis Rangkaian Litar Elektrik'. Keadaan ini menyebabkan
mereka tidak dapat mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dalam asas analisis
rangkaian elektrik dengan pelajaran yang bam diajar oleh pensyarah.
3
Daripada tinjauan awal hasil soal selidik yang telah dijalankan terhadap 60
pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik di KUiTTHO,
didapati :-
1. Rujukan utama pelajar bagi mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan
Elektrik di KUiTTHO ialah nota pensyarah.
2. Tidak banyak contoh-contoh penyelesaian masalah dalam nota
pensyarah yang boleh dirujuk oleh pelajar.
3. Langkah penyelesaian dalam nota yang diberikan oleh pensyarah tidak
mengikut turutan langkah-langkah sepatutnya.
Menurut Lembaga Pengkajian dan Pengembangan Pendidikan (2002), keadaan
ini akan menyebabkan para pelajar kurang berminat dan bermotivasi untuk
memberikan penumpuan sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan, pengkaji telah
menghasilkan modul pembelajaran PKE1 untuk mengatasi masalah yang dihadapi
oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik di
KUiTTHO. Di samping itu juga pengkaji ingin mengkaji sejauh manakah penerimaan
pelajar terhadap modul pembelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik (PKE1) di
KUiTTHO?
4
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan pernyataan masalah yang dinyatakan di atas, pengkaji telah
tetapkan kepada empat (4) persoalan iaitu :-
1. Sejauh manakah penggunaan modul Prinsip Kejuruteraan Elektrik
(PKE 1) yang dihasilkan dapat membantu proses pembelajaran di
KUiTTHO?
2. Sejauh manakah isi kandungan modul PKE1 dikuasai sepenuhnya oleh
pelajar?
3. Apakah modul PKE 1 menggunakan format yang bersesuaian dengan
kehendak pelajar?
4. Apakah terdapat peningkatan markah dalam ujian pra dan ujian pos
setelah menggunakan modul PKE1?
1.5 Objektif Kajian
1.5.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian ini ialah untuk menghasilkan modul pembelajaran
Prinsip Kejuruteraan Elektrik (PKE1) yang merangkumi topik Hukum kirchoff, litar
siri dan litar selari.
5
1.5.2 Objektif Kliusus
Pengkaji telah mengkelaskan tiga (3) objektif kliusus untuk kajian ini, iaitu :
1. Menyediakan modul pembelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik
(PKE 1), yang dapat membantu proses pembelajaran pelajar.
2. Menyediakan modul pembelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik
(PKE 1) yang mengandungi isi mata pelajaran Hukum Kirchoff, litar
siri dan litar selari yang mudah dipelajari.
3. Menyediakan modul pembelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik
(PKE 1) yang menggunakan format yang bersesuaian dengan
kehendak pelajar.
1.6 Hipotesis Kajian
1) H0 - Hipotesis Null.
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara min markah ujian pra
dengan markah ujian pos.
2) Ha - Hipotesis Altematif.
Terdapat perbezaan yang signifikan di antara min markah ujian pra dengan
markah ujian pos.
1.7 Kerangka Teori
Rajah 1.1 adalah kerangka teori yang yang telah diubah suai mengikut
kesesuaian kajian oleh pengkaji berdasarkankan proses pembelajaran yang
dirumuskan oleh Thomas (1998 ), yang dinamakan "reflective heuristics". Melalui
proses ini modul PKE 1 dihasilkan dan dinilai untuk membantu proses pembelajaran
pelajar di KUiTTHO, isi kandungan modul PKE 1 mudah difahami dan format modul
PKE 1 bersesuaian dengan kehendak pelajar.
Modul pembelajaran PKE 1
Y MP ISI FR
Hasil daripada tinjauan awal, pengkaji dapati bahawa pelajar tidak dapat memahamai dengan jelas konsep asas mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik mengenai Analisis rangkaian litar elektrik.
Dalam menangani masalah ini pengkaji telah membina satu modul pembelajaran PKE1, ia adalah bertepatan dengan pendapat Rex Meyer, G (1988), bahawa modul pembelajaran dapat mengukuhkan pemahaman tentang sesuatu perkara yang dipelajari. Ee Ah Meng (1998) berpendapat bahawa modul adalah panduan bercetak yang dibentuk untuk memimpin tingkah laku seseorang pelajar dalam mempelajari satu-satu topik atau mata pelajaran.
Pensyarah Prinsip Kejuruteraan Elektrik
Pelajar yang mengambil subjek Prinsip Kejuruteraan Elektrik.
Petunjuk :
MP - Membantu proses pembelajaran. ISI - Isi kandungan FR - Format.
Rajah 1.1 : Kerangka teori kajian.
7
1.8 Kepentingan Kajian
Pengkaji ingin membina sebuah modul pembelajaran yang sistematik dan
berkualiti bagi mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik di KUiTTHO. Pengkaji
berharap agar penghasilan modul ini dapat membantu proses pembelajaran pelajar
serta meningkatkan kecemerlangan dalam mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan
Elektrik.
1.9 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar Jabatan Elektrik Fakulti
Kejuruteraan yang mengambil mata pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik. Pengkaji
hanya menekan dua skop kajian :-
i) Membangunkan sebuah Modul Pembelajaran bagi mata
pelajaran Prinsip Kejuruteraan Elektrik berkenaan topik ke
empat 'Asas Rangkaian Elektrik', mengenai Hukum Kirchoff,
Litar Elektrik Sambungan Siri dan Sambungan Selari.
ii) Mengkaji keberkesanan modul dalam membantu proses
pembelajaran pelajar, isi kandungan modul PKE1 dikuasai
sepenuhnya oleh pelajar dan format yang digunakan
bersesuaian dengan kehendak pelajar.