waj (1)

Upload: jean-chan-zhi-yun

Post on 09-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kjhjkhkjhjk

TRANSCRIPT

TANG YUAN

Tang Yuan dihidangkan semasa perayaan Dongzhi dalam kalagan masyarakat Cina. Tang Yuan () melambangkan persatuan dan keharmonian sesebuah keluarga. Tang () membawa maksud sup manakala Yuan membawa maksud bulat yang melambangkan kesempurnaan. Tang Yuan kadang disebut tuan yuan () yang ertinya adalah reuni keluarga.

RESEPI UNTUK MEMBUAT TANG YUAN :

Bahan bahan : Tepung pulut Air Pandan Gula

Cara membuatnya :

1. Tuangkan tepung pulut ke dalam mangkuk dan tambahkan air perlahan-lahan sampai campuran menjadi tekstur adonan. 2. Uleni adonan selama sekitar 5 minit. 3. Gulung adonan menjadi bola-bola kecil. 4. Merebus Tang Yuan dalam air mendidih dan apabila onde sudah mengapung bererti sudah matang dan angkat.5. Buatkan Kuah Gula dengan campuran pandan 6. Masukkan bebola yang sudah direbus tadi ke kuah yang sudah dicampur gula dan siap dihidangkan.

ASAL-USUL TANG YUAN

Perayaan Masyarakat Cina - Dongzhi (Solstis Musim Sejuk)

Perayaan Dongzhi sebenarnya sudah ada sejak dinasti Zhou. Tapi kerana pada masa Zhou memiliki sistem kalender yang berbeza, pada masa tersebut, Dongzhi dianggap tahun baru. Kemudian pada masa dinasti Han, di mana sistem kalender berubah lagi, barulah Dongzhi dirayakan secara meriah dan dengan cara yang berbeza pada masa dinasti Zhou. Dong () bererti musim dingin, zhi () bererti paling atau sangat. Pakar kaji bintang Cina pada abad ke-2 SM telah membahagikan satu tahun kepada 24 sesi solar (solar term) berdasarkan perubahan cuaca di Cina. Setiap sesi solar mengambil masa 2 minggu dan solstis musim sejuk (Dongzhi) merupakan sesi solar yang ke-22. Dongzhi biasanya jatuh pada 21 23 haribulan Disember dan masa hari siangnya adalah paling pendek sekali pada tahun itu. Mulai hari itu, pancaran matahari akan beralih dari hemisfera selatan menuju ke equator dan masa hari siang semakin bertambah. Jika Dongzhi sudah sampai, tahun baru akan sampai dalam masa 81 hari lagi.

Sebab-Sebab Meraikan DongzhiTerdapat 2 sebab mengapa orang Cina meraikan Dongzhi. Yang pertama, selepas bekerja keras untuk satu tahun, petani perlu ada satu perayaan untuk berehat dan menikmati hasil penuaian mereka. Yang kedua, cuaca selepas Dongzhi akan menjadi sangat sejuk dan sesetengah orang-orang tua yang kurang sihat mungkin tidak dapat berjumpa lagi pada musim bunga tahun depan. Oleh itu, semua ahli keluarga yang berada di luar akan balik ke kampung halaman untuk meraikan Dongzhi dengan keluarga.

Perayaan DongzhiPada hari tersebut, seisi keluarga akan memakai baju yang baru dan menyembah nenek moyang pada sebelah pagi. Selepas penyembahan, sekeluarga akan duduk dalam satu meja bulat yang besar untuk makan tengahari. Selepas itu, semua orang akan duduk bersama sambil minum teh sambil berbual-bual. Pada keesokan hari, ahli-ahli keluarga yang belajar, bekerja dan berniaga akan meninggalkan kampung mereka untuk meneruskan perjuangan mereka. Nenek moyang penduduk bangsa Cina di Malaysia kebanyakan berasal dari wilayah-wilayah selatan Cina. Oleh itu, Tang Yuan dibuat dan dimakan pada hari Dongzhi oleh orang Cina di Malaysia. Orang Hokkian sangat mementingkan perayaan Dongzhi dan mereka membuat Tang Yuan pada malam menjelang Dongzhi. Selepas makan tang yuan, orang Hokkian menganggap usia mereka sudah bertambah satu tahun. Mengikut adat Hokkian, kanak-kanak perlu makan bilangan tang yuan yang mengikut bilangan umur masing-masing. Jika tidak, mereka tidak dapat tambah satu tahun.Keluarga-keluarga Cina di Malaysia akan menyembah nenek moyang mereka dengan Tang Yuan dan makanan yang pelbagaian pada hari itu. Kemudiannya, seisi keluarga makan malam bersama-sama.

PenutupTang Yuan yang berbentuk bulat mewakili keharmonian dan kebahagian sesebuah keluarga. Ia merupakan simbol kesempurnaan dan doa selamat kepada orang-orang tua keluarga cina.

CHUN-JUAN

Spring roll atau dalam bahasa Cina disebut Chun Juan merupakan makanan yang biasa ditemukan di Asia Timur dan Asia Tenggara. Chun Juan juga disebut dalam Mandarin bo-bing atau dalam Hokkian disebut po-pia. Chun Juan mempunyai berbagai pilihan isian, seperti udang, sayur, atau bawang putih. Chun Juan biasa dinikmati saat festival musim bunga dalam kalangan masyarakat Cina.

RESEPI UNTUK MEMBUAT CHUN JUAN:

1. Ambil selembar kulit Chun Juan.2. Isi dengan adonan isian secukupnya, padatkan supaya bentuk Chun Juan padat dan cantik. 3. Lipat kulit Chun Juan. Lipat bahagian bawah sampai menutupi isian, ipat bahagian kanan dan kiri kulit kemudian digulung. 4. Rekatkan gulungan kulit Chun Juan tersebut.5. Untuk merekatkan kulit Chun Juan, biasa menggunakan telur putih yang belum masak.6. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas sampai berwarna kekuningan.7. Angkat dan tiriskan.

ASAL-USUL CHUN JUAN

Pada zaman Song di abad 10-13M, ada seorang siswa yang tekun berlajar untuk mempersiapkan ujian negeri. Pada waktu siang dan malam siswa tersebut mengunci dirinya di bilik untuk belajar. Isterinya perlu mengetuk pintu untuk menghantar makanan kepadanya. Namun, siswa tersebut tidak mempunyai selera untuk makan. Dia selalu hanya makan kuih sambil menulis catatannya. Lama-kelamaan, dia menjadi pucat dan lemah. Ini telah mencemaskan isterinya. Suatu hari, isterinya membuat adonan tepung beras. dan membuat satu lapisan kulit tepung beras yang disebut dalam Mandarin bo-bing atau dalam Hokkian-nya po-pia, untuk membungkus lauk pauk sayuran dan daging yang sangat disukai oleh suaminya, sehingga menjadi lebih sihat dan lebih bersemangat untuk belajar. Makanan ringan ini kemudiannya dijadikan makanan musim bunga, dan semakin popular di kawasan bandar dan luar bandar.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

TANG YUAN

CHUN-JUAN