wajah diri pantun melayu
TRANSCRIPT
WAJAH DIRI PANTUN MELAYU Sebuah Artikel yang disumbangkan pada 12/18/2008 11:16:16 AM http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=170&ID=3920
PANTUN MELAYU: MENELUSURI WAJAH DIRINYA
Oleh: Azmi Rahman
Pengenalan
Satu daripada genre puisi yang popular dalam tradisi lisan orang Melayu ialah pantun Melayu. Malahan tradisi berpantun masih hidup subur dan dikembangkan melalui sayembara mengarang pantun dan pesta berbalas pantun yang dianjurkan sama ada di peringkat sekolah, institusi pendidikan tinggi, negeri, nasional atau antarabangsa . Ada pula pantun Melayu baru yang mengungkapkan tema dan isu semasa diterbitkan, misalnya 808 Pantun Baru (Khadijah Hashim, 1997), dan 1001 Pantun Baru (Khadijah Hashim, 1999). Pantun-pantun yang diungkapkan kini ada yang bertujuan untuk bersuka-sukaan sahaja tanpa memikirkan aspek keindahannya dan ada yang mengambil kira kedua-dua aspek tersebut. Namun begitu, makalah ini akan mendekati wajah diri pantun; makna pantun, asal penciptaan pantun, ciri umum, dan jenis pantun Melayu. Pengetahuan tentang wajah diri pantun Melayu akan membantu peminat, pengkaji dan pencipta menyelami wajah diri luaran dan dalaman pantun.
Makna Pantun
Dalam kesusasteraan Melayu, pantun, syair, seloka, gurindam dan sajak dikelompokkan dalam genre puisi. Kata puisi itu pula berasal daripada bahasa Belanda iaitu poezie. Ia bererti bentuk pantun dan syair, serta pancaran perasaan dan fikiran (Harun Aminurrashid, 1968, hal. 1). Manakala Za’ba dalam Ilmu Mengarang Melayu (1965, hal. 218) pernah menulis bahawa puisi itu juga disebut ’karangan berangkap’.
“Dalam Bahasa Melayu adalah beberapa macam Karangan Berangkap itu dinamakan pantun, syair, bait, gurindam, dan seloka iaitu mengikut masing-masing sifatnya dan jalan rangkapnya. Di antara lima itu pantun dan syair itulah yang lebih mashyur dan selalu dibuat orang”
R. J. Wilkinson dan R. O. Winstedt, dalam Pantun Melayu (1961, hal. 111) pula menegaskan pantun kuat hubungannya dengan hati nurani dan fikiran orang Melayu. Melalui pantun kita dapat mengenali peribadi orang Melayu. Mereka menyatakan bahawa:
“Orang asing yang belum mengenal pantun, boleh dikatakan orang itu belum mengenal rohani dan jalan fikiran orang Melayu yang sebenar.”
Kata pantun terdapat dalam berbagai-bagai bahasa di Nusantara, misalnya, “tuntun” (bahasa Pampanga), “tonton” (bahasa Tagalog, Filipina), “tuntun”, “atuntun”, “matuntun” (bahasa Jawa Kuno) dan “pantun” (bahasa Toba) di Sumatera (Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985, hal. vi). R. Brandstetter, ahli bahasa Swiss berpendapat bahawa akar kata pantun ialah “tun”.
“tuntun” bererti teratur.
“tonton” bererti bercakap secara teratur.
“tuntun”, “atuntun”, “matuntun” bererti benang, teratur, memimpin.
“pantun” bererti kesopanan, kehormatan.
Makna kata pantun yang diberikan ini semuanya menjurus kepada “satu yang teratur sama ada ucapan, pimpinan, didikan, atau kesopanan” (Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985, hal. vi). Jika diteliti, sifat pantun memang rapi susunannya dengan memancarkan ketelitian pencipta yang mencipta pantun Melayu.
Dalam bahasa sastera lama, kata pantun membawa erti:
a. seperti atau umpama
b. peribahasa
c. bentuk puisi lama (pantun)
Misalnya
a. Kami sepantun anak tiram,
Kasihan ombak maka mandi;
(sepantun bererti seumpama atau seperti)
b. Seperti kata sepantun Melayu,
Dititik belah, dipalu belah,
Tembikar juga akan sudahnya.
c. Maka Hang Jebat dan Hang Kasturi pun berpantun demikian bunyinya:
Hang Jebat Hang Kasturi,
Budak-budak Raja Melaka;
Jika hendak jangan dicuri,
Mari kita bertentang mata.
Omardin Haji Asha’ari (1961, hal. 3) pula menyimpulkan bahawa pantun ialah karangan berangkap. Dan karangan itu pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu sampiran dan maksud. Pantun-pantun berikut menjelaskan penyataan tersebut.
a) Sebab dulang kayu serpih,
b) Mengata orang awak yang lebih.
a) Tak tumbuh tak melata,
b) Tak sungguh orang tak kata.
a) Sudah gaharu cendana pula,
b) Sudah tahu bertanya pula.
Baris (a) dalam pantun dua kerat di atas disebut sampiran atau pembayang. Maksud pula terlihat dalam baris (b) setiap pantun di atas.
a) Sorong papan, tarik papan,
b) Papan kemudi dalam perahu;
c) Suruh makan saya makan,
d) Suruh mengaji saya tak tahu.
a) Yang kurik kundi,
b) Yang merah saga;
c) Yang baik budi,
d) Yang indah Bahasa.
a) Nasi lemak buah bidara,
b) Sayang selasih saya lurutkan;
c) Buang emak buang saudara,
d) Sebab kasih saya turutkan.
Baris a dan b bagi setiap pantun empat kerat di atas, dinamakan sampiran atau pembayang Manakala baris c dan d pula dinamakan maksud pantun. Pada dasarnya pantun terbina oleh empat baris sestanza. Setiap baris pula umumnya mempunyai empat kata dengan rima hujung barisnya dikesan abab. Kadangkala terdapat pantun yang mempunyai rima dalaman.
“The most striking characteristic of the pantun, however, is the relationship between the first and the second complete. By its sound and / or its significance. Symbolic or ortherwise the first complete alludes to the second pair of lines in which the posts meaning is clearly revealed. It is largely this relationship between the two halves of the stanza which has stimulated the interest of researchers and translator” (A. Teeuw, 1965).
Dalam kata pengantar, Shair Ken Tambuhan, A, Teeuw (1966 : viiii), menyatakan bahawa “hanya ada dua jenis puisi Melayu yang umum diketahui dan digemari dalam seluruh dunia Melayu, iaitu pantun dan syair”.Pantun ialah puisi rakyat yang terbina dalam sebuah untaian yang ringkas, biasanya empat baris, memberi kesatuan bentuk dan makna yang bulat. Sifatnya yang terpenting ialah hubungan istimewa antara bait pertama dan bait kedua; bait pertama umumnya tidak mustahak kerana ertinya yang nyatakan, tetapi harus difahami. Sebagai pembayangan bait yang kedua, baik kerana bunyinya, mahupun kerana ertinya, perlambangan dan lain-lain.Dengan kata lain pantun bersifat sindiran. Pantun tercipta untuk semua golongan tanpa mengira batas usia kanak-kanak, orang muda, dan orang tua (dewasa).
Asal Penciptaan Pantun Melayu
Suatu karya tradisi masyarakat itu seharusnya mempunyai penciptaan. Begitu jugalah dengan pantun Melayu. Dalam membongkar dan mengesan persoalan ini, para sarjana Barat dan Melayu telah mengemukakan pendapat masing-masing. Misalnya, Van Ophuijsen berpendapat bahawa orang Mandailing di Sumatera, Indonesia yang menggunakan daun-daun sebagai lambang (simbol) untuk menyatakan perasaan hati. Pendapat Van Ophuijsen ini ditolak oleh Wilkinson (dalam Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985, hal. vi).
Wilkinson dan Wintedt (1961) berpendapat bahawa kelahiran pantun adalah daripada kebiasaan masyarakat Melayu menggunakan bahasa berirama atau bersajak. Tradisi atau kebiasaan itu berkembang secara lisan, sebelum dipindah kepada bentuk pantun sedia ada. Wilkinson melahirkan pendapatnya berdasarkan masyarakat yang umum. Beliau tidak merujuk kepada mana-mana masyarakat Melayu seperti yang disuarakan oleh Van Ophuijsen dan R. Hoessein Djadjaningrat (1933/34, hal. 16).
Mengikut Za’ba, pantun tercipta berdasarkan sesuatu peristiwa seharian, misalnya peristiwa pertemuan dua sahabat karib di tepi ladang atau sawah. Kebetulan rumput di sawah lebih tinggi daripada padi.
Pertanyaan : Dari mana hendak ke mana?
Jawapan : Hendak melihat sawah. Rumput lebih tinggi daripada padi.
Maka terciptalah pantun:
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi;
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.
Ciri-ciri Pantun Melayu
Masyarakat Melayu di Nusantara memiliki banyak warisan kebudayaan dan sastera yang menjadi kebanggaan zaman berzaman. Meskipun begitu, para sarjana kesusasteraan Melayu klasik berpendapat bahawa pantun menjadi kepunyaan dan hasil ciptaan asli orang Melayu. Kajian oleh Harun Mat Piah (1981) dengan melihat perbandingan pendapat sarjana-sarjana Barat, misalnya Winstedt, A. Teeuw dan Overbeck menyimpulkan bahawa tiada unsur dan aktiviti penyaduran dalam pantun Melayu. Genre sastera Melayu klasik/ tradisional selain pantun, misalnya syair, mantera, dan gurindam terdapat unsur-unsur saduran.
Ciri-ciri umum yang dimiliki oleh pantun Melayu itu cukup unik dan membezakannya daripada genre sastera yang lain. Ciri-ciri tersendiri pantun yang dimaksudkan ialah:
(a) Memiliki rangkap-rangkap yang berasingan.
(b) Setiap rangkap terdiri daripada baris-baris atau kerat-kerat, misalnya pantun dua kerat, pantun empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat, enam belas kerat dan pantun berkait (Lihat contoh dalam Lampiran B).
(c) Jumlah suku kata dalam setiap baris antara lapan hingga sepuluh.
(d) Setiap rangkap ada bahagian pembayang (sampiran) dan bahagian maksud..
(e) Skima rima hujung baris a, b, a, b.
(f) Setiap rangkap pantun memiliki kesatuan fikiran yang lengkap dan sempurna.
(g) Pantun memiliki lambang atau simbol yang sesuai dengan norma dan nilai (tatasusila) masyarakat setempat.
(h) Terdapat hubungan makna antara pembayang atau sampiran dengan bahagian maksud pantun. (Mohd. Yusof Md.Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985, hal. viii).
Berhubung dengan ciri terakhir itu, timbul polemik di kalangan sarjana atau pengkaji pantun. Persoalan ini pernah ditimbulkan oleh Van Ophuijsen (1984, hal. 9-10) dalam satu pidatonya tentang pantun Melayu. Pantun berikut dijadikan contoh perbincangan.
Belayar ke Pulau Bekal,
Bawa siraut dua tiga;
Kalau kail panjang sejengkal,
Jangan laut hendak diduga.
Sepintas lalu apabila pantun di atas dibaca, kita akan terasa begitu ganjil. Maksud pantun itu cukup jelas dan mudah difahami oleh pendengar atau pembaca. Tetapi persoalannya, apakah kaitannya antara sampiran dengan maksud pantun itu? Ternyata sampiran tidak
mempunyai kaitan makna dengan maksud. Pembayang atau sampiran dicipta hanya sekadar untuk menyesuaikannya dengan maksud pantun itu.
Manakala Pijnappel (dipetik dalam Harun Mat Piah, 1989, hal. 138) pula cuba mencari perhubungan antara sampiran dengan maksud pantun. Pada pandangannya, bahagian sampiran pantun seolah-olah kiasan, lukisan atau gambaran sesuatu yang dinyatakan oleh bahagian maksud. Contoh pantun yang diberikan olehnya ialah:
Telur itik dari Sanggora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.
Pijnappel mentafsirkan pengertian pantun itu begini: Sanggora merupakan sebuah kerajaan yang terletak di Siam. Telur itik itu dinyatakan berasal daripada Sanggora. Kemudian dinyatakan pula ialah (p) Pandan terletak terlalu berdekatan sehingga boleh dilangkahi/diseberangi. Jika difahami demikian, ternyatalah bahawa peristiwa pembunuhan itu terjadi di Singapura. Tetapi kuburnya terletak jauh dari tempat dia dibunuh iaitu di Langkawi. Isi pantun ini merujuk kepada peristiwa pembunuhan Jana Khatib dalam cetera 10, Sejarah Melayu (Shellabear, 1983). Dalam teks tersebut diceritakan bahawa Seri Maharaja murka apabila Jana Khatib yang memiliki ilmu tinggi; dengan melihat pokok pinang terbelah dua pokok itu. Jana Khatib diperintah supaya dibunuh. Darahnya menitik di Singapura, kemudian dia ghaib dan dikatakan jasadnya disemadikan di Langkawi. Jika diteliti dari segi kedudukan geografi, Pulau Langkawi terletak di utara Semenanjung Malaysia (di Kedah), manakala Singapura pula terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Manakala Sanggora dan Pandan itu letaknya juga terletak berjauhan.
Dalam hal ini, memang timbul kerumitan untuk mencari perhubungan antara sampiran dengan maksud pantun itu. Justeru kerumitan itulah, Van Ophuijsen (1984, hal. 10) pernah menyuarakan pendapatnya.
“Pada hemat saya mencari perhubungan kedua bagian pantun itu tiadalah akan faedahnya. Barangkali terdapat dengan beberapa daya upaya kita boleh mencari perhubungan kedua-dua bahagian yang termakan oleh akal tetapi perhubungan itu tiadalah sengaja membuatnya”.
Untuk lebih jelas, perhatikan pantun-pantun berikut:
Jenderal majlis mati di Bali,
Berkubur di tanah lapang;
Apa diharap kepada kami,
Emas tiada bangsa pun kurang.
Satu, dua, tiga, enam,
Enam dan satu jadi tujuh;
Buah delima yang ditanam,
Buah berangan yang tumbuh.
Dalam pantun di atas yang jelas ialah hubungan bunyi atau rima sahaja. Hubungan semantik bukan semuanya ada pada pantun. Hooykaas menyatakan “Mungkin ada pantun yang tak ada hubungan antara kedua pasangannya tapi hubungan ini pasti ada pantun yang baik”.
Penjenisan Pantun
Dalam Kumpulan Pantun Melayu (Zainal Abidin Bakar, 1983, hal. 23-31), dinyatakan secara mudah bahawa pantun dapat dibahagikan kepada tiga jenis jika dilihat dari sudut audien/ khalayak, sudut bentuk, dan sudut tema (persoalan).
Dari sudut khalayak
Khalayak pantun adalah mengikut peringkat usia. Tiga jenis khalayak yang dimaksudkan ialah:
a. Kanak-kanak
b. Orang muda
c. Orang tua
Contoh pantun bagi penjenisan berkenaan adalah:
a. Anak rusa Nani,
Baharu kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.
b. Kapal belayar dari Jedah,
Hendak menuju ke negeri China;
Siang malam berhati gundah,
Hendak memetik setangkai bunga.
c. Ke hulu memotong pagar,
Jangan terpotong batang durian;
Cari guru tempat belajar,
Supaya jangan sesat kemudian.
Dari sudut bentuk
Dari sudut bentuk, pantun terbahagi kepada lapan bentuk iaitu;
a. Pantun empat baris (dikenali juga pantun kwatrain).
b. Pantun enam baris.
c. Pantun dua baris (dikenali juga pantun kilat).
d. Pantun lapan baris.
e. Pantun sepuluh baris.
f. Pantun dua belas baris.
g. Pantun empat belas baris, dan
h. Pantun enam belas baris.
Secara mudah, pantun terbahagi kepada 4 bentuk iaitu;
a. Pantun dua baris
b. Pantun empat baris
c. Pantun lebih dari empat baris
d. Pantun berkait
Dari segi bentuk , Za’ba (1965, hal. 211-213) berpendapat bahawa pada peringkat awal penciptaan pantun, tercipta jenis pantun dua baris sahaja. Hal ini mugkin disebabkan oleh jenis yang juga disebut pantun kilat mudah dicipta dan cepat diterima oleh khalayak pada zaman dahulu. Kemudian baharulah perubahan waktu yang menjadikan pantun-pantun itu dibina oleh banyak baris yang lebih kompleks sifatnya. Perubahan pemikiran dan budaya masyarakat pada waktu itu kuat mencorakwarnakan isi dan bentuk pantun.
Untuk membuktikan yang kemungkinan bentuk pantun terawal hanya terdiri dari dua baris, kemudian pantun itu berkembang menjadi empat baris, kita perhatikan contoh pantun berikut:
Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.
Dalam bentuk empat keratnya begini:
Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap;
Belum tumbuh gigi,
Sudah pandai baca kitab.
Pada pendapat saya, bukan semua pantun terutamanya pantun empat kerat asalnya terbina oleh dua baris atau pantun dua kerat. Contoh pantun yang dikemukakan oleh Za’ba didapati boleh berkembang dan dibina sama ada menjadi pantun dua kerat atau empat kerat.
Dari Sudut Tema
Dari sudut tema dalam pantun Melayu, ia terbahagi kepada
Manakala Harun Aminurrashid dalam bukunya Kajian Puisi Melayu (1968, hal. 13) membahagikan pantun kepada lima (5) jenis:
1. Pantun untuk kanak-kanak.
2. Pantun untuk orang muda.
3. Pantun untuk orang tua
4. Pantun untuk berjenaka.
5. Pantun untuk teka-teki.
Wajah Diri Pantun yang Baik dan Cantik
Mendekati dan menyelami wajah diri pantun Melayu, menemukan kita dengan pelbagai wajah dirinya; dari segi bentuk, bahasa tersurat dan tersirat, yang baik dan cantik, serta yang bertahan sepanjang zaman. Berdasarkan penelitian, terhadap pantun Melayu dalam pelbagai koleksi yang diterbitkan, terkesan di minda wajah diri pantun yang unik dan tersendiri. Wajah diri pantun yang terhasil menyerlahkan jati diri dan peribadi/ minda Melayu. Meskipun pantun terbina dalam dunia bentuknya yang kecil, namun pemikirannya besar dan bernilai, misalnya pemikiran budi dan bahasa Melayu.
Sebelum mendekati dan menyelami wajah diri pantun Melayu, kita hendaklah memahami dunia pantun terlebih dahulu, misalnya makna pantun, asal usulnya, ciri-ciri pantun, jenis-jenis pantun dan unsur binaan dalaman pantun Melayu. Pada pandangan saya, pantun Melayu yang baik dan cantik seharusnya mempunyai lapan ciri seperti yang dikemukakan dalam makalah ini. Jika pantun dipersembahkan dalam bentuk tulisan, akan lebih jelas dari segi bentuk fizikal dan bentuk dalamannya. Namun begitu, jika pantun dipersembahkan dalam bentuk lisan, audien (pendengar) akan lebih berhati-hati menangkap makna, dan memahami terutamanya aspek penggunaan bahasa tersurat dan tersirat yang digunakan oleh pemantun. Seharusnya pemantun memahami setiap simbol/ lambang atau citra yang digunakan sama ada di bahagian sampiran dan maksud.
Dalam dunia pantun Melayu, setiap penggunaan simbol dan citra
atau imej, jika diteliti ada makna tersurat, dan lebih jauh dari itu ialah makna tersirat yang tersembunyi di sebalik kata-kata. Pencipta pantun Melayu tradisional bukan sekadar mencipta tetapi mereka ingin melontarkan fikir rasa dan berkongsi idea dan pengalaman. Dunia pantun adalah dunia Melayu yang hampir dengan reality kehidupan Melayu. Perkara lain yang perlu diberi tumpuan ialah kesatuan fikiran antara baris pembayang dan baris maksud. Sekali imbas, dunia pembayang dan dunia maksud nampak terpisah tetapi dalam dunia yang kecil, kedua-dua dunia ini bersatu. Pantun yang berwajah beginilah yang dikatakan yang baik dan cantik. Selain itu, pemantun dengan kebijaksanaannya memerdukan pantun dengan unsur bunyi pada skima rima baris awal, tengah dan hujung baris.
Rumusan
Makalah ini telah menjelaskan tentang makna pantun, asal usul pantun, jenis dan bentuk pantun, ciri-ciri pantun Melayu , dan yang baik dan cantik bagi pantun Melayu. Berdasarkan subtopik yang dibicarakan dapatlah dirumuskan bahawa pantun merupakan genre puisi Melayu tradisional yang unik dan tersendiri dari aspek bentuk fizikal dan dalamannya yang tiada terjelma pada genre puisi sastera dunia lain. Fungsi pantun Melayu tetap utuh sebagai wahana modal moral, hiburan, menyerlahkan kreativiti
dan kini dipertandingkan di peringkat sekolah, negeri, nasional dan internasional.
RUJUKAN
Annas Haji Ahmad. (1965). Sastera Melayu baru dan lama. Pulau Pinang: Saudara Sinaran Berhad.
Harun Aminurrashid. (1968). Kajian puisi Melayu. Singapura: Pustaka Melayu.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah. (1981). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan Persuratan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khadijah Hashim. (1997). 808 pantun baru. Shah Alam: ’K’ Publishing Sdn. Bhd.
Khadijah Hashim. (1999). 1001 pantun baru. Shah Alam: ’K’ Publishing Sdn. Bhd.
Liaw Yock Fang. (1978). Sejarah kesusasteraan Melayu klasik. Singapura: Pustaka Nasional.
Mohd. Yusof Md. Nor. (1985). Rampaisari puisi warisan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Overbeck, H. (1922). The Malay pantun. JSBRAS, LXV, hal. 28.
Omardin Haji Asha’ari. (1961). Kajian pantun Melayu. Singapura: Malaya Publishing House Limited.
R. Hoessein Djadjaningrat. (1933/34). Arti pantun Melayu yang gaib. Kuala Lumpur: (t.p).
Shellabear, W.G. (1983). Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Teeuw, A. (1966). Shair Ken Tambuhan. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Za’ba. (1965). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wilkinson, R..J. dan Winstedt, R.O. (1961). Pantun Melayu. Singapura: Malaya Publishing House Ltd.
Zainal Abidin Bakar. peny. (1983). Kumpulan pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Za’ba. (1964). Kalung bunga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
LAMPIRAN A
Za’ba (1964, hal.73-173), membahagikan pantun kepada lapan puluh tiga pokok persoalan (tema), iaitu:
1. Mari Kita Berpantun
2. Pantun Anak-anak (kanak-kanak)
3. Pantun Teka-teki
4. Pantun Nasib anak
5. Berbalas pantun
6. Kesukaan Berpantun
7. Lagu Dondang Sayang
8. Asalnya Cinta Pemuda
9. Mula Berpandang
10. Belayar Malam
11. Beting di Kuala
12. Meragukan Harap
13. Syarat Yang Mustahil
14. Sungguh Sayang
15. Kalah Menyerah
16. Bulan Jatuh ke Riba
17. Panduan Kasih
18. Sama Setia
19. Apa guna
20. Tak Tercapai
21. Hilang Tak dapat Diganti
22. Kasih Mencuri
23. Cumbuan Kasih
24. Simpan kasih
25. Berpisah
26. Rindu
27. Berkelahi dan Berdamai
28. Pertemuan dan Penceraian
29. Terkenang Kekasih
30. Kenangan
31. Budi
32. Mesti Di Tengah-tengah
33. Satu Dalam Banyak
34. Mata Keranjang
35. Surat Memikat Kekasih
36. Cinta Tak Berbalas
37. Menghibur Hati
38. Memuja Semangat Kekasih
39. Lain Dihajat Lain Yang dapat
40. Sudah Berputik Balik Berbunga
41. Bermadu
42. Biar Putih Tulang
43. Suami Yang Zalim
44. Buah Kepayang (isteri orang curang)
45. Mungkir Janji
46. Berubah Hati
47. Dosa
48. Kasih Tak Jadi
49. Kasih Jualan
50. Kasih Sedekah
51. Bahaya Bermain Muda
52. Memelihara Bunga
53. Membawa Hati
54. Berhiba-hiba Untung Yang Sudah
55. Tak Lupa
56. Sakit Cinta
57. Menanti
58. Sama Sejodoh
59. Menyesal
60. Tamak
61. Hawa Besar
62. Tipu
63. Tak Mengenang
64. Tertawa Ramai
65. Kerana Miskin
66. Nasib
67. Nasib Dagang
68. Ibu Tiri
69. Buaya Di Air Tenang
70. Sudah Kena Rosakkan
71. Sabar dan Maaf
72. Jangan Gopoh
73. Melawak-lawak
74. Aneh dan Pelik
75. Politik
76. Memilih Tempat Bermain
77. Jadi Tetamu
78. Cantik Pada Saya
79. Mati Kena Puji
80. Meninggalka Nama
81. Berbagai Nasihat
82. Sedikit Menungan Hidup
83. Selamat Tinggal
LAMPIRAN B
a. Pantun Enam Kerat
Buah selasih di atas batang,
Sudah dipetik jangan dibawa,
Jangan dibawa ke dalam perahu;
Mencurah kasih tempat tak sayang,
Orang ketawa kita ketawa,
Orang benci kita tak tahu.
(Mohd. Yusof Md. Nor, 1985, hal. 23)
b. Pantun Lapan Kerat
Sejak berbunga daun pandan,
Banyaklah tikus di permatang,
Anak buaya datang pula,
Daun selasih tambah banyak:
Sejak semula dagang berjalan,
Tidak putus dirundung malang,
Banyak bahaya yang menimpa,
Namun kasih berpaling tidak.
(Mohd. Yusof Md. Nor, 1985, hal. 25)
c. Pantun Sepuluh Kerat
Turun hujan hari dah petang,
Bunga mawar tumbuhnya subur,
Ditiup angin habis tunduk,
Dipetik jangan dicabutkan,
Tanaman puteri dari Jawa;
Telah habis rokok sebatang,
Telah punah sirih sekapur,
Pasar sudah tempat duduk,
Penatlah sahaya menantikan,
Buah hati tak muncul jua.
(Mohd. Yusof Md. Nor, 1985, hal. 26)
d. Pantun Dua Belas Kerat
Anak jintayu dari hulu,
Disambar ombak Laut China,
Dibawa terbang ke perahu,
Hinggap melahap di landasan,
Turun minum ke muara,
Anak ikan berkeliaran;
Kamilah tahu dari dahulu,
Adik jauhari bijaksana,
Membuhul tidak membeku,
Mengulas tidak mengesan,
Meratap langit dengan bicara,
Bumi tidak berketirisan.
(Mohd. Yusof Md. Nor, 1985, hal. 27)
e. Pantun Berkait
Pangkal berbelit di pohon jarak,
Jarak nan tumbuh di tepi serambi;
Jangan dibuat yang dilarang syarak,
Itulah perbuatan yang dibenci Nabi.
Jarak nan tumbuh di tepi serambi,
Pohon kerekot bunganya sama;
Itulah perbuatan yang dibenci Nabi,
Petua diikut segala ulama.
Pohon kerekot bunganya sama,
Buahnya boleh dibuat colok;
Petua diikut segala ulama,
Jangan dibawa berolok-olok.
…
(Mohd
1.0 PENGENALAN
Sejarah telah membuktikan betapa sesungguhnya corak hidup masyarakat dan bangsa
Melayu pada zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa.
Za’ba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965: 219), mengatakan bahawa
penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu.
Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Ianya
bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau Cina. Ini bermakna, pantun
merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul
berbanding puisi yang lain (Harun Mat Piah, 1989: 122).
Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam tumbuhan,
haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering
berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di
bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989: 115) menjelaskan bahawa
penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol daripada alam perlu diketahui untuk
memahami maksud pantun. Lantaran itulah pantun dikaitkan dengan alam semulajadi
sebagai perbandingan dan perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan
nasihat.
Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu
(Jamilah Hj. Ahmad, 1993: 114). Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema
tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat, agama,
adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin diketengahkan, disisipkan
dengan latar alam. Oleh sebab alam itu indah, maka unsur-unsur alam diaplikasikan di
dalam setiap rangkap pantun yang disampaikan atau dicipta. Segala pengalaman hidup,
pandangan hidup dan falsafah yang ingin dikemukakan di dalam pantun menggunakan latar
alam sebagai pembayang. Unsur-unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan
keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam semulajadi.
2.0 DEFINISI PANTUN
Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan
daripada penggunaannya yang paling meluas. Puisi ini juga yang paling mendapat perhatian
para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar. Pantun juga
merupakan puisi melayu yang tidak diragui sifat keasliannya. Dalam bahasa
Jawa, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan.
Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir
dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya
merupakan sastera lisan dan sekarang telah dapat dijumpai pantun yang bertulis hasil
nukilan atau karya seseorang.
Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek
dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika
dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek.
Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam
pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua,
berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud
sama ada secara konkrit atau abstrak.
Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh
hampirseluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah
membawakepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik. (Harun Mat Piah, 1989:63),
seperti pantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup
masyarakat, pantun teka- teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat dan
pendidikan, pantun agama dan kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun
naratif atau cerita dan sebagainya.
3.0 FUNGSI PANTUN DALAM MASYARAKAT MELAYU
3.1 Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih
Seseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang
yangmenerima budi baktinya. Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat
emas dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati. Namun
begitu, oleh sebab terlalu menerima budi, seseorang itu seharusnya tidak termakan budi
sehingga ia berjiwa hamba, terikat kepada orang yang telah banyak menabur budi, terlalu
mudah tidak tahu berkata tidak dan tidak tahu batas dan sempadan. Berikut merupakan dua
contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih :
1) Pisang emas di bawa belajar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Berdasarkan pada pantun di atas, dapat dilihat secara luas tentang nilai budi yang
berlaku terhadap masyarakat kita pada zaman dahulu kala. Hutang emas walaupun banyak
dan melimpah ruah dapat juga dijelaskan walaupun secara beransur-ansur sehinggalah
jumlah hutang itu mengecil dan selesai dibayar. Keadaan ini berbeza dengan budi, hutang
budi seseorang manusia tidak dapat dinilai dengan emas atau intan berlian hatta permata
sekalipun. Kesudahannya, hutang budi tidak dapat dibayar sehingga kita meninggal dunia
sekali pun.
Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan tenaga dan
bahasa yang lemah lembut itu juga dianggap sebagai budi yang tidak ada nilai komersilnya.
Budi yang dizahirkan ini akan dikenang oleh orang yang menerimanya. Misalnya
sekiranya kita menyelamatkan nyawa seseorang daripada menimpa kecelakaan atau
kemalangan terutama yang melibatkan nyawa, maka budi kita akan diingati selamanya
selagi hayat dikandung badan. Nilai keluhuran budi itu lebih memberi kesan kepada
penerimanya sekiranya kita mengambil contoh pemberian sedekah, bantuan berbentuk
wang tunai atau kerja buat, cederahati kenang-kenangan kepada orang-orang miskin atau
mereka yang memerlukan dalam meringankan beban kerja atau kos sara hidup yang perlu
ditanggung dalam meniti kehidupan di dunia ini disebabkan faktor kesempitan hidup,
masalah kesihatan dan tidak berpendidikan.
2) Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat betapa perlunya seseorang itu berbudi
kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat pada zaman dahulu kala amat
mementingkan nilai budi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat zaman dahulu kala
amat menganggungkan budi kerana sekiranya seseorang pemuda ingin berkahwin dengan
seorang pemudi, perkara pertama yang akan dilihat oleh ibu bapa pemudi itu ialah bakal
menantunya berbudi atau tidak, begitu juga sebaliknya ibu bapa pemuda yang memasuk
meminang untuk anak mereka akan menilai dahulu sama ada bakal menantunya berbudi
atau tidak. Sekiranya didapati tidak berbudi secara langsung ikatan yang terjalin akan
terbatal.
Kesimpulanya, pantun budi sudah digunakan oleh masyarakat dahulu sejak turun-
temurundalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat Melayu zaman dahulu
memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya. Selain itu juga,
kebanyakan perbuatan seharian dibuat dengan pantun dengan tujuan menzahirkan
penghargaan dan ucapan terima kasih, memberi nasihat dalam adat berkahwin dan lain-lain
lagi. Hal ini demikian kerana pantun menjadi wadah dan wahana yang digunakan untuk
menyampaikan dan menjelaskan sesuatu yang penting kepada masyarakat dan mudah
difahami oleh masyarakat tradisional Melayu.
3.2 Tujuan adat istiadat
Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa
ini.Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara
fungsipantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat
tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat
komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Berikut disertakan dua contoh pantun adat dan
huraiannya :
3) Ikan berenang di dalam lubuk,
Ikan belida dadanya panjang;
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sireh pulang ke gagang.
Berdasarkan pantun di atas, ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari
ini. Pantun ini dipertahankan dan menjadi kebanggaan orang Melayu. Pantun ini
menceritakan tentang sudah menjadi lumrah atau menjadi kebiasaannya pinang akan
pulang ke gagang begitu juga dengan manusia akan memilih pasangan hidupnya apabila
sudah sampai serunya. Setiap lelaki akan mencari seorang perempuan untuk menjadi
pasangan hidupnya. Pada kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk
merisik perempuan yang ingin dikahwininya itu. Di dalam pantun adat ini, seorang lelaki
akan bertindak sebagai ketua yakni selalunya bapa kepada anak lelaki dan rombongannya
ke rumah pihak perempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan
menyatakan tujuan mereka berkenaan hasrat pemuda yang ingin mengahwini gadis itu.
4) Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.
Pantun di atas pula menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun tersebut
menerangkan bahawa jika seseorang itu terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau
haruslah mengikut adat, iaitu meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat seoarang
yang beradat. Dalam konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat
Melayu untuk membolehkan pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing. Dalam
masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masa itulah ibu bapa
kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinan yang akan
dilangsungkan, belanja perkahwinan dan sebagainya. Adat meminang juga sangat penting
untuk memberitahu bahawa gadis tersebut sudah ’berpunya’.Sebelum adat meminang
dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu perempuantersebut untuk
memastikan perempuan tersebut bukan milik orang lain.
Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat
sesebuahmasyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu
sangat berpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta
ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat
adalah merujuk kepada peraturan kehidupan masyarakat tersebut. Dalam hal ini, dapat
dirumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsimenyampaikan mesej semata-mata,
tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuahmasyarakat itu bagaimana ia berlaku
dan berkesudahan.
3.3 Meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan.
Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan
masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada
dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan
disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan
perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.
Berdasarkan pantun kasih sayang, nasihat yang cuba disampaikan oleh pengkarya
ialah mengenai kasih sayang. Kasih sayang merupakan satu perasaan cinta, kasih dan
sayang kepada seseorang. Erti kata kasih sayang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhan dan manusia dengan
alam. Perasaan sayang selalunya akan disampaikan melalui pantun oleh masyarakat
tradisional dalam menyampaikan hasrat mereka. Hal ini telah memperlihatkan bahawa
masyarakat tradisional sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan terutamanya
dalam berkasih sayang. Perasaan kasih sayang merupakan hukum alam yang tidak dapat
dihalang oleh manusia daripada terus belaku kerana ianya sudah ditakdirkan oleh Ilahi.
Berikut merupakan dua contoh pantun kasih sayang dan penerangannya :
5) Bunga melur di atas titi,
Mari dibungkus di dalam kertas;
Dalam telur lagi dinanti,
Inikan pula sudah menetas.
Pada rangkap pertama pantun kasih sayang di atas memaparkan mengenai ajaran
tentangkesetiaan iaitu kepatuhan dan ketaatan seseorang dalam melakukan
sesebuah perhubungan seperti dalam persahabatan, percintaan, dan
sebagainya. Kesetiaan dalam perhubungan perlulah berpegang teguh kepada janji bagi
memastikan perhubungan dapat berjalan dengan penuh keikhlasan, kesetiaan dan
kejujuran. Rangkap pertama cuba menceritakan mengenai kesetiaan seorang jejaka
menunggu kekasihnya tanpa mengira waktu. Dalam perhubungan, kesetiaan perlu wujud
bagi memupuk nilai kasih sayang antara insan. Secara tidak langsung dapat mendisiplinkan
diri serta mematangkan seseorang dalam melakukan perhubungan. Seandainya ajaran ini
tidak diamalkan nescaya sesebuah hubungan itu tidak akan dapat bertahan lama malah
masyarakat juga akan turut berpecah belah kerana konsep kesetiaan dan ketaatan tidak
dilaksanakan dalam perhubungan.
6) Lama sudah tidak ke ladang,
Padi sudah dililit kangkung;
Selama tuan tidak kupandang,
Putus hati pengarang jantung.
Rangkap kedua pula mengutarakan ajaran mengenai keprihatinan iaitu masyarakat
mestilahmempunyai sifat timbang rasa dalam perhubungan. Sifat ini hanya boleh dimiliki
oleh mereka yang meletakkan dirinya di tempat orang yang hendak diambil
perhatian. Ajaran ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang bercinta. Di samping itu, dapat
menguntungkan seseorang dan mengukuhkan lagi perhubungan agar aman dan
harmoni. Sikap keprihatinan ini ama jelas pada rangkap terakhir ketika si gadis tidak
memandang lelaki lain selain daripada kekasihnya. Keprihatinan ini wajar diikuti oleh
masyarakat agar dapat mewujudkan satu perhubungan yang kukuh seterusnya dapat
memupuk sikap keprihatinan terhadap keluaraga, kekasih mahupun masyarakat. Sekiranya
sikap keprihatinan tidak diamalkan dalam perhubungan maka ianya tidak akan bertahan
dengan lama kerana wujud sikap pentingkan diri sendiri. Oleh sebab itu, sikap ini sangat
penting dalam perhubungan dan seharusnya dilaksanakan oleh masyarakat setempat
dinihari.
Kesimpulannya, pantun kasih sayang menggambarkan identiti kehidupan
masyarakat Melayu.Pantun ini juga amat memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya
hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Pengaruh
pantun merangkumi aspek daya fikir, beradat, berbahasa dan juga menggambarkan
kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat kini perlu sedar itu mereka
mesti mempertahankan pantun kasih sayang agar boleh bertahan hingga ke generasi akan
datang dan tidak ditelan perubahan zaman.
3.4 Untuk sindiran dan tempelak
Mengapakah orang Melayu tidak suka berterus terang? Menurut Fatimah Busu, (1922:22)
kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu
telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Selalu ada pengertian-
pengertian yang lain di sebalik rangkai kata-rangkai kata yang dituturkan. Dalam membuat
teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap
rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir- menyindir juga memainkan peranan ketika
menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan
indah. Berikut merupakan dua contoh pantun kias ibarat dan penerangannya :
7) Pondok robek makan api,
Anak Cina main teropong;
Katak bertingkir besar hati,
Dapat dunia bawah tempurung.
Dalam pantun tersebut, karikatur katak memberi satu kiasan terhadap sifat manusia
yang tiada pegangan atau pendirian. Manusia sebegini tidak akan berusaha untuk
memajukan diri sendiri tetapi hanya menerima takdir yang telah ditetapkan kepadanya
dengan rasa gembira. Sudah pasti kehidupan bawah tempurungnya itu tidak akan
membawanya ke mana-mana kerana sifat ingin mengetahui dan ingin maju tidak ada
padanya. Dalam kiasan ini, ada pelajaran iaitu pendengar mengambil sesuatu episod yang
diceritakan sebagai situasi yang dapat dipelajari dan cuba mengandaikan atau
mengaplikasikan dirinya dengan situasi tersebut. Ibarat dan kias menjadi jambatan untuk
makna atau maksud sosial dan moral sastera.
8) Ayam dikepuk dipanggil pulang,
Kain tercarik tersangkut duri;
Usah ditepuk air di dulang,
Kelak terpercik muka sendiri.
Pantun tersebut membawa peringatan yang amat berguna kepada kita supaya tidak
memburuk-burukkan saudara atau orang yang rapat dengan kita. Umpama menepuk air di
dalam dulang, perbuatan mengumpat, mengata saudara mara atau sahabat handai akan
mengundang keburukan kepada diri sendiri kelak. Segala kekurangan yang dimiliki oleh
saudara mara atau sahabat handai hendaklah disembunyikan tanpa pengetahuan orang
luar.
Sebagai kesimpulan, penggunaan kias ibarat ini sudah pasti menjadi perhiasan bagi
mencantikkan bahasa kerana bahasa kiasan banyak menggambarkan keindahan alam dan
pemilihan lambang atau simbol itu pula begitu cantik. Apa yang lebih penting ialah
penggunaan kias ibarat berperanan menjadi pelindung sesuatu perkara yang tidak ingin
dinyatakan secara terang-terangan. Dengan adanya bahasa kiasan, perasaan malu atau
takut kerana tidak manis didengar orang dapatlah disembunyikan.
3.5 Menyampaikan mesej berunsur keagamaan
Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada
Allah. Pantun agama menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati,
dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan
perkara yang disuruh oleh Allah danmeninggal segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini
memberitahu umat Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan
sama ada baik atau buruk. Berikut merupakan dua contoh pantun agama dan
penerangannya :
9) Redup bulan nampak nak hujan.
Pasang pelita sampai berjelaga;
Hidup mati di tangan tuhan,
Tiada siapa dapat menduga.
Rangkap pantun di atas menjelaskan maksud redup bulan nampak nak hujan
ialah sesuatu perkara yang hendak berlaku mesti ada petandanya. Contohnya, bulan yang
redup menandakan hujan akan turun. Baris kedua pula, pasang pelita sampai berjelaga
bermakna hidup manusia ada peraturannya hidup dan mati manusia tidak dapat diduga
kerana segalanya hanya Allah yang menentukan. Setiap manusia tidak tahu ajalnya bila
akan tiba dan Allah sahaja yang mengetahuinya serta Allah yang telah menentukan takdir
untuk setiap manusia sejak azali lagi. Selain itu, Allah mengkehendaki apa yang Dia
kehendaki iaitu akan terjadi sesuatu itu atas kemahuannya.Contohnya, bayi yang baru lahir
dalam tempoh sehari boleh mati dengan kehendak-Nya tidak lebih atau kurang walaupun
sesaat.
10) Sayang-sayang buah kepayang,
Buah kepayang hendak dimakan;
Manusia hanya mampu merancang,
Kuasa Allah yang menentukan.
Rangkap kedua pantun agama menceritakan mengenai sayang-sayang buah
kepayang iaitu maksudnya walaupun manusia cuba merancang atau menentukan sesuatu
seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah yang menentukan segalanya.
Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti manusia yang mahu makan buah
kepayang tetapi hanya Allah yang berhak atas manusia yang diciptanya. Manusia boleh
merancang berbagai perkara dan berharap akan terlaksana seperti mana yang dirancang
walaupun mengetahui yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T. kuasa Allah tiada
siapa hanyalah hambanya.
Kesimpulannya, pantun agama merupakan sebuah pantun yang berunsurkan nilai
keagamaan. Dalam pantun agama terselit unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang
berguna bagi dijadikan panduan kepada seluruh genap masyarakat. Pantun agama dapat
membentuk serta membina nilai-nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya
terkandung makna-makna tersirat dan dapat dijadikan pedoman. Tidak dapat
dinafikan pantun agama memang terdapat pengajaran yang berguna kerana melalui
pantun tersebut sekali gus dapat mendidik dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama
ada ilmu duniawi atau ukhrawi.
4.0 KESIMPULAN
Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakat
Melayu. Pantun ialah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua di dalam budaya
Melayu. Pantun berbeza berbanding dengan syair. gurindam, seloka, rubai, ghazal dan
sebagainya kerana mempunyai kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat,
pembayang niat, bunga istiadat, pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang
yang merantau. Karya klasik Melayu ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Di
sebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan
kajian yang mendalam untuk memahami maksud di sebaliknya. Sebagai generasi baru, kita
hendaklah sentiasa melakukan kajian tersebut agar nilai-nilai yang terdapat dalam karya
klasik Melayu tidak pupus di telan zaman.
Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana telah dijadikan
sebagai alat berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan,
pemujaan dan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seseorang
dalam sesuatu keadaan, upacara atau majlis rasmi atau hal-hal yang tidak rasmi. Selain itu,
pantun juga dianggap sebagai alat hiburan, alat pendidikan dan alat menguji ketajaman akal
dan kehalusan perasaan serta sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat.
Pantun juga menjadi medium untuk menyampaikan mesej-mesej atau pesanan berbentuk
keagamaan. Di samping itu juga, pantun berpontensi menjadi sindiran atau tempelak yang
ditujukan kepada seseorang dengan niat untuk mendidik dan membetulkan jati diri atau
sahsiah individu atau mereka yang berkenaan supaya mereka mampu memperbaiki diri dan
berubah ke arah yang lebih baik.
Justeru, marilah kita bersama-sama mengembang dan menyuburkan pusaka lama
ini agar kesusasteraan Melayu bangsa kita akan bertambah maju dan kekal umpama tak
lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Pantun merupakan puisi yang begitu diminati oleh
orang-orang Melayu hinggalah ke dewasa ini. Dengan mempelajari pantun Melayu, kita
dapat mengenali masyarakat Melayu yang melahirkan pantun. Kita dapat mengenali
masyarakat Melayu melalui pantun dan kita akan mengenali pantun melalui kenalnya kita
dengan masyarakat Melayu kerana kedua-dua ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat
dan akrab. Inilah peninggalan pusaka nenek moyang mewariskan kepada kita dari pujangga
tak bernama, khazanah yang memperkayakan perbendaharaan sastera kita.
RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid, Rosli Saludin, Zakaria Perngis. (2005). Mutiara Sastera
Melayu Tradisional. Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Annas Haji Ahmad. (1998). Sastera Melayu Lama dan Baru. Selangor : Masa Enterprise.
Awang Sariyan. (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Selangor : Synergymate Sdn. Bhd.
Hashim Hj. Musa. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu. Kuala Lumpur :
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan
Fungsi . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman
Kaeh dan Jamilah Hj. Ahmad. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tenas Effendy. (2007). Khazanah Pantun Melayu Riau. Kuala Lumpur : Dawama
Sdn.Bhd.
Zainal Abidin Ahmad. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pus
Oleh: Qamarul Arifin Abdullah
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu
tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat
dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh
Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad(Za’ba), Wilkinson, Winsteadt
dan Van Ophuijsen.
Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan
keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara
hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat,
agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita.
Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan,
berpasangan, dan berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema
rima a/b /a/b yang terdiri daripada dua komponen, iaitu pembayang atau sampiran
dan maksud. Setiap serangkap dapat menyelesaikan keseluruhan idea.
Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap
barisnya mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan
pernafasan normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun
mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali
pantun berkait), dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna. Contohnya:
Pantun merupakan puisi tradisional Melayu yang paling popular. Hal ini disebabkan oleh sifatnya yang asli. Keaslian yang dimaksudkan adalah kerana pantun hanya dijumpai pada bangsa Melayu Nusantara sahaja. Menurut Za’ba 1965:219), pantun adalah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal orang Melayu sebenar. Sejak orang Melayu belum tahu menulis surat lagi, mereka telah pun pandai berpantun dan kerap berbalas pantun sesama mereka. Menurut Harun Mat Piah, et al (2000:112) pula, pantun yang telah pun diterima umum merupakan puisi asli ciptaan orang Melayu iaitu bukan saduran atau penyesuaian daripada puisi-puisi Jawa, India, Cina dan sebagainya.
BIBLIOGRAFI
Abdul Halim Ali. (2006). Mendekati puisi Melayu tradisional. Tanjung Malim.
Penerbitan Profesional Baharu
Mohd Yusof Md. Nor, Dr. Abd. Rahman Kaeh. (1985). Puisi Melayu tradisi. Petaling
Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd. Rosli Saludin. (2007). Puisi Melayu tradisional. Bukit Mertajam, Penang. Goal
Intelligent Publishing Sdn. Bhd.
Definisi Puisi – Pendeta Za’ba
“Puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk
melafazkan fikirannya yang cantik dengan bahasa yang indah
dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa.Sebagai
karangan berangkap,puisi itu disusun dengan bahagian yang
berkerat-kerat.Di antara sekerat dengan bahagian sekerat
biasanya berjodoh bunyi atau rentak atau isinya sertakebanyakannya memakai timbangan atau sukata
Noriah Mohamed. (2006). Sentuhan rasa dan fikir dalam puisi Melayu tradisional. Bangi.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Harun Mat Piah et al,. (2000). Puisi Melayu tradisional. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka
Latar Belakang Pantun:Pantun merupakan puisi Melayu Traditional yang terpenting. kelebihannya telah menarik minat pengkaji dari negara asing untuk datang mengkaji. Di antara pengkaji asing yang terpenting ialah Pijnappel, Van Ophusyen, R.J. Wilkilson, R.O. winsredt, H.c. Klinkert, Gaicomo Prampolini dan sebagainya. Sarjana tempatan yang mengkaji pantun pula ialah Za'ba, Husein Jayadiningrat, Harun Mat Piah. Mohd Rosli Saludin dan profesor-profesor universiti di Malaysia dahulu dan kini.
Pantun merupakan puisi Melayu Traditional yang paling popular jika didasarkan daripada penggunaannya yang paling meluas. Bukan itu sahaja, pantun ini merupakan puisi Melayu Traditional yang tidak diragukan sifat keasliannya. Tidak kedapatan bentuk sedemikian di dalam puisi-puisi bangsa secara asli, melainkan dari bangsa Melayu di kawasan Nusantara.
Definisi Pantun:Mengikut Brandsetter dan R.O Winstedt (1955), iaitu antara dua orang pengkaji yang banyak mengkaji secara komparatif antara bahasa-bahasa Polynesia-Austronesia, kata akar 'pantun' berasal daripada pelbagai kata akar daripada pelbagai bahasa. Dalam perkataan 'Pantun sunda' itu akarnya ialah 'tun' yang terdapat juga dalam bahasa Pampanga 'tuntun' yang bermakna teratur.
Dalam bahasa Tagalog, 'tonton' bermaksud mengucapkan sesuatu dengan susunan yang tertentu, dalam bahasa Jawa Kuno pula tuntun bermakna benang, atuntun, teratur, dan matuntun bererti memimpin. dalam bahasa Bisaya, pantun bermakna mendidik. Bahasa Toba mengatakan pantun adalah kesopanan atau kehormatan.
Dalam hubungan ini, kata akar tun sebagaimana yang terdapat dalam bahasa-bahasa di Nusantara adalah merujuk kepada sesuatu yang teratur, yang lurus, yang bersistematik dan yang tersusun, baik secara konkrit atau abstrak. Kalau maksud dari inti kata akar yang sedemikian, ternyata kepada kita bahawa perkataan atau istilah 'pantun' yang kita guna sekarang adalah satu bentuk atau cara yang cukup tersusun, teratur, bersistematik dalam usahanya melahirkan sesuatu maksud, pemikiran, idea dan gagasan.
Menurut Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek iaitu pertamanya berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pentun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Kedua-duanya berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
Dipetik daripada buku "Pemilihan Kata Dalam Pantun Melayu" - Amat Juhari Moain Mengikut Pendeta Za'ba (1965) pantun ialah nama karangan berangkap yang terbahagi dua, bahagian pertamanya menbayangkan maksud dengan isyarat bunyinya dengan bahagian yang pertama tadi. Seterusnya Za'ba mengatakan bahawa bahagian yang pertama pembayang maksud, iaitu boleh diumpamakan sebagai kulit pantun itu. Tujuannya hanyalah seolah-olah menyediakan orang untuk mendengar isi yang sebenar, itulah sebenarnya-benarnya isi pantun itu yang hendak dikatakan oleh yang berpantun. A.H Edrus (1960) pula mengatakan bahawa pantun ialah karangan berangkap yang betul-betul hak atau kepunyaan orang-orang Melayu. Ia membawa semangat Melayu dan berkaedah dengan kaedah Melayu jati bagi mengubah alun sesuatu perasaan "syair" yang sebenar menggambarkan fikiran-fikiran hiba, sayu, sedih, suka, gemar, sindir. giat, dan berjenis-jenis yang indah seperti berkasih sayang dan berpujuk lembut.
Dalam tulisan-tulisan lain yang terbit pada masa-masa yang kemudian khususnya dalam masa yang mutakhir ini diberikan takrif-takrif pantun dengan gaya bahasa yang baru. Antara yang tertera dalam dalam Kamus Dewan (1994) yang memberikan takrif pantun sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainya mengandungi maksudnya).
Kamus Besar Bahasa Indonesia (2002) pula mendefinisikan pantun sebagai bentuk puisi Indonesia (Melayu), tiap-tipa bait (kuplet) biasanya terdiri atas empat baris yang bersajak (a-b-a-b) tiap larik biasanya terdiri empat kata, baris pertama dan kedua biasanya untuk tumpuan (sampiran) saja dan baris ketiga dan keempat merupakan isi.
Bentuk dan Jenis-jenis Pantun
Pantun terdiri daripada beberapa jenis, iaitu:
Pantun Dua Baris atau Bait, Pantun Empat Baris, Pantun Enam Baris, Pantun Lapan Baris, Pantun Sepuluh Baris, Pantun Dua Belas Baris, Pantun Empat Belas Baris, Pantun Seloka, Pantun Berkait, Pantun yang Berbalas atau Berbalas Pantun, Pantun Rejang
http://cetusanidea.weebly.com/pantun.html
Definisi Pantun
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun mengandungi tiga pengertian. Maksud pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya.
Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran.
Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain
Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.
http://haszarifahismail.blogspot.com/2013/05/pengenalan.html
PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.
PANTUN merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan
biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.
Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu. Kedua, berdasarkan hunbungan makna antara pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
Menurut Za'ba pula, ialah kaedah rangkapan yang tertua dan asalnya kepunyaan masyarakat Melayu. Sebelum orang Melayu tahu tentang surat-menyurat, mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.
Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan : 813) atau sajak pendek. Setiap rangkap biasanya empat baris dan dua baris. Bagi pantun yang popular, bentuknya terdiri daripada empat baris iaitu, dua baris pembayang dan dua baris maksudhttp://cikgunazuandi.blogspot.com/