wan tugasan

23
Aktiviti 1 Matlamat dalam erti kata adalah sesuatu perkara yang disasarkan untuk mencapai sesuatu.. Selalunya, ia akan melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh.Di dalam kehidupan semua orang mempunyai matlamat hidup masing-masing. Apakah matlamat hidup dan sejauhmanakah matlamat itu tercapai? Matlamat terbahagi kepada dua iaitu jangka pendek dan jangka panjang merupakan suatu hasil daripada tindakan yang dilakukan. Tetapi pada saya mempunyai matlamat jangka panjang sahaja belum tentu kita akan dapat merealisasikannya. Apa yang saya hendak menyatakan di sini setiap individu perlu juga mempunyai matlamat jangka pendek iaitu merupakan tindakan serta keperluan yang harus dilaksanakan setiap hari.Contohnya saya ingin lulus cemerlang dalam jurusan yang saya ambil iaitu ijazah sarjana muda pengurusan (kepujian). Matlamat jangka pendek merupakan tindakan yang saya perlu ambil setiap hari demi untuk memenuhi matlamat jangka panjang saya iaitu ke arah kecemerlangan. Menetapkan satu matlamat di akhir pengajian adalah sesuatu yang baik kerana ianya merupakan satu destinasi dalam penentuan arah kejayaan. Kenapa matlamat penting bagi saya kerana matlamat ini terlalu umum dan tidak mungkin tercapai sekiranya saya tidak berusaha untuk memperolehinya. Setiap usaha memerlukan perancangan samaada harian atau mingguan dan ianya merupakan satu keperluan bagi saya dan setiap orang.Ianya merupakan satu susunan kerja yang perlu saya lakukan dan mencapainya setiap minggu secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit ke arah kejayaan. Contohnya saya mahu menghabiskan ulangkaji pelajaran open distance

Upload: man-wan

Post on 05-Aug-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wan tugasan

Aktiviti 1

Matlamat dalam erti kata adalah sesuatu perkara yang disasarkan untuk mencapai sesuatu..

Selalunya, ia akan melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh.Di

dalam kehidupan semua orang mempunyai matlamat hidup masing-masing. Apakah matlamat

hidup dan sejauhmanakah matlamat itu tercapai? Matlamat terbahagi kepada dua iaitu jangka

pendek dan jangka panjang merupakan suatu hasil daripada tindakan yang dilakukan. Tetapi

pada saya mempunyai matlamat jangka panjang sahaja belum tentu kita akan dapat

merealisasikannya. Apa yang saya hendak menyatakan di sini setiap individu perlu juga

mempunyai matlamat jangka pendek iaitu merupakan tindakan serta keperluan yang harus

dilaksanakan setiap hari.Contohnya saya ingin lulus cemerlang dalam jurusan yang saya

ambil iaitu ijazah sarjana muda pengurusan (kepujian).

Matlamat jangka pendek merupakan tindakan yang saya perlu ambil setiap hari demi untuk

memenuhi matlamat jangka panjang saya iaitu ke arah kecemerlangan. Menetapkan satu

matlamat di akhir pengajian adalah sesuatu yang baik kerana ianya merupakan satu destinasi

dalam penentuan arah kejayaan. Kenapa matlamat penting bagi saya kerana matlamat ini

terlalu umum dan tidak mungkin tercapai sekiranya saya tidak berusaha untuk

memperolehinya. Setiap usaha memerlukan perancangan samaada harian atau mingguan dan

ianya merupakan satu keperluan bagi saya dan setiap orang.Ianya merupakan satu susunan

kerja yang perlu saya lakukan dan mencapainya setiap minggu secara beransur-ansur, sedikit

demi sedikit ke arah kejayaan. Contohnya saya mahu menghabiskan ulangkaji pelajaran open

distance sebulan sebelum tibanya peperiksaan akhir. Pelajaran itu mempunyai 10 tajuk dan anda

kini mempunyai enam bulan sahaja untuk menghabiskannya (iaitu sehingga sebulan sebelum

peperiksaan. Ini bermakna perlu menghabiskan 4 tajuk open distance setiap bulan, atau lebih

kurang satu tajuk setiap minggu. Sekiranya anda merancang untuk belajar sebanyak empat kali

seminggu, gunakan tiga sesi yang pertama untuk menghabiskan satu-satu tajuk dan gunakan sesi

keempat untuk mengimbas semula tajuk tersebut dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan

dengannya. Di dalam aspek pembelajaran saya akan mencatat perkara-perkara yang saya

masih tidak faham dan menetapkan satu target masa untuk menyelesaikannya. Matlamat

membantu saya mendapatkan pertolongan. Apabila mempunyai matlamat saya mula mengatur

perancangan. Apabila saya bertindak melengkapkan perancangan, saya mula menyedari dan

mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan

pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa tutor atau membuat perbincangan dengan rakan

setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak

Page 2: Wan tugasan

fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan

yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk

menghadapi peperiksaan. Dengan adanya konsep e-Pembelajaran yang dibantu oleh Sistem

Pengurusan Pembelajaran (LMS) merupakan antara faktor yang banyak membantu saya

sebagai penuntut OUM, yang sudah semestinya dihambat waktu untuk menghadiri kelas.

Melalui LMS, saya dan tenaga pengajar akan berinteraksi antara satu sama lain di dalam

kuliah atau tutorial yang dijalankan secara maya melalui internet.Pendekatan ini, yang

meliputi perbincangan melalui ruangan sembang, forum dan e-mel, kedengaran kurang

formal tetapi kelas maya ini sentiasa diawasi oleh fasilitator atau tutor yang menjadi

perantara.Malah dalam peraturan yang ditetapkan oleh LMS, setiap pertanyaan atau isu yang

diajukan penuntut perlu diberikan maklum balas oleh perantara dalam masa 24 jam bagi

menjamin sistem pembelajaran ini sentiasa efektif dan efisien.

Selain itu, penggunaan alat pembelajaran seperti perpustakaan digital juga memudahkan saya

mendapatkan bahan rujukan seperti e-jurnal dalam bidang pengajian yang diambil. Dengan

ini saya dapat menyelesaikan satu-satu tugasan yang diberikan kepada saya. Bagi saya

memenuhi matlamat jangka pendek adalah jalan ke arah mencapai matlamat jangka panjang.

Sesungguhnya seorang yang mempunyai matlamat jangka pendek yang jelas serta berusaha

mencapainya adalah lebih baik daripada seorang yang mempunyai matlamat jangka panjang

tetapi tidak berusaha untuk membuat perancangan dan tindakan untuk mencapainya.

Matlamat jangka pendek adalah merupakan jambatan emas ke arah memenuhi matlamat

jangka panjang. Manakala matlamat jangka panjang tidak akan tercapai sekirannya ianya

tidak disusuli dengan tindakan.

Matlamat juga dapat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila mempunyai

matlamat maka saya merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab

sekiranya terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda

menggadai masa depan sendiri. Contoh mata pelajaran Open distance tidak mungkin dapat

dihabiskan hanya sekiranya meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian saya

sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi

terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya.Matlamat membantu anda membuat

keputusan. Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan

diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya

terlalu kecil. Ianya boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap

hari. Malah saya sendiri tidak yakin bahawa jadual adalah penyebab kejayaan seseorang.

Page 3: Wan tugasan

Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka, misalnya saya mahu

belajar tetapi ister minta jaga anak, anak minta pergi kedai. Sebentar lagi ialah waktu untuk buat

kerja ulangkaji tapi di TV pula ada perlawanan akhir bola sepak. Semuanya ini antara penyebab

kenapa sukar mengikut jadual belajar saya. Tetapi dengan adanya matlamat pada bila-bila masa

boleh mengubah perancangan harian saya asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan

jangka panjang . Saya boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi perlu ganti semula

dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk

perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya.

Bagi seorang pelajar pengurusan masa amat penting kerana mempunyai banyak kegiatan

ataupun aktiviti luar.Kegiatan-kegiatan ini mungkin akan dijalankan pada masa yang

sama.Oleh itu, saya harus tahu bagaimana menguruskan masa supaya boleh membahagikan

tugas dengan baik dan tidak membazirkan masa tanpa disedari.Dengan pengurusan masa ,

saya dapat membahagikan masa kerja tanpa menjejaskan pelajaran .

Saya perlu menguruskan masa dengan baik .Masa yang diberikan selama 24 jam sehari itu

digunakan bukan sahaja untuk menyelesaikan tugas-tugas malah saya dapat menyertai

kegiatan luar dirancangkan terlebih dahulu. Hasilnya, saya boleh mencapai prestasi yang

baik dalam bidang akademik dan pekerjaaan dengan cemerlang. Saya juga harus ingat

bahawa membahagikan masa untuk bersama keluarga, sahabat dan juga melakukan rekreasi

bersama sahabat juga penting.

Komunikasi dan perhubungan antara saya dengan anggota keluarga terutama sekali dengan

isteri dan anak-anak wajib diteruskan setiap masa tanpa halangan.Mereka boleh berkongsi

kehidupan setiap hari dengan mengadakan perbualan tanpa merasa segan dan berahsia. Oleh

itu adalah wajib bagi saya menyediakan masa untuk bersama keluarga setiap hari dalam

merancang pengurusan masa. Masa berhibur,bersukan dan bersantai bersama-sama kerluarga

adalah satu daripada kegiatan hidup yang mesti dirancangkan dalam pengurusan masa.Oleh

itu semasa mengadakan rekreasi bagi merehat badan dan menenangkan fikiran,adalah baik

jika anggota keluarga disertakan dalam pengurusan masa. Matlamat merupakan pengukur

kejayaan. Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli

dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil

yang diraih setiap hari. Apakah kayu pengukurnya untuk memastikan yang setiap hari anda berjaya?

Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang

telah dirancang. Sekiranya telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang

dirancang bolehlah dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari, tanpa sedari mendaki puncak

Page 4: Wan tugasan

kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna. Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat tidak

terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan

mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang begitu bersemangat dan bersungguh-

sungguh untuk merealisasikan.

Selain itu ,saya perlu menilai sejauhmana matlamat saya diukur. Menurut Maxwwell Maltz,

di dalam tubuh manusia terdapat satu sistem atau mekanisma dalaman yang berfungsi

memandu kita mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Untuk mekanisma tersebut

berfungsi, ia perlu kepada satu sasaran untuk ia capai. Oleh itu, saya perlu menetapkan satu

matlamat spesifik yang boleh dicapai.

Tanpa matlamat hidup yang berkesan, mungkin saya tidak akan mencapai matlamat yang

ditetapkan. Apabila saya tidak melihat kepentingan menetapkan matlamat, saya hilang

semangat untuk berusaha mencapainya. Keyakinan diri juga diperlukan bagi memastikan

saya terus bersemangat.

Halangan saya yang paling besar apabila saya mahu mencapai matlamat adalah perasaan

takut mencuba.Ianya menghalang potensi dan bakat yang anda miliki. Saya harus menerima

kenyataan bahawa hidup ini penuh dengan halangan dan orang yang berjaya adalah mereka

yang berdepan dengan halangan-halangan hidup.

Apa yang dikatakan matlamat hidup yang berkesan? Satu matlamat yang berkesan boleh

dikenalpasti dengan menggunakan akronim ‘SMART’.

‘S’ - Spesifik. Matlamat yang spesifik ada kayu ukur yang boleh diukur. Contohnya, “Saya

akan mendapat 4A dalam Peperiksaan Akhir pada tahun 2014”.

‘M’ – Measurable (boleh diukur). Contohnya bilangan A boleh diukur dan ditentukan

pencapaian saya.

‘A’ - Attainable (boleh dicapai).Contohnya dengan jadual terperinci dan bahan-bahan

rujukan serta sistem yang disediakan oleh pihak OUM. Matlamat yang jelas mampu

merealisasikan apa yang saya hendak capai.

‘R’ - Realistik.Matlamat yang tetapkan bertepatan dengan keupayaan dan kemahiran saya.

Ini kerana kegagalan mencapai matlamat yang tidak realistik akan hanya menyebabkan saya

berasa hampa dengan diri sendiri. Namun, matlamat mestilah mencabar kerana kajian telah

menunjukkan bahawa matlamat yang mencabar akan menghasilkan prestasi yang lebih

Page 5: Wan tugasan

tinggi.Contohnya mampu menghabiskan pengajian dalam masa singkat daripada masa yang

ditetapkan dari empat tahun ke tiga tahun.Mesti belajar sekurang-sekurang lima jam dan

perlu ambil subjek sekurang empat atau lima.Kurang aktiviti luar.

‘T’ - Time-bounded (punyai batasan waktu). Apabila sesuatu matlamat tiada batasan waktu,

ia akan hanya melengahkan daripada mencapainya. Penetapan suatu jangka waktu akan

menjadi motivasi kepada anda untuk mencapainya dalam jangka waktu yang

ditetapkan.Sebagai contoh, Saya mahu lulus cemerlang dalam empat tahun.Ini bermakna

pada tahun 2018.

Page 6: Wan tugasan

Jadual Aktiviti Pembelajaran(Hari / Mingguan)

Bil Jenis aktivitiJangka masa sehari/

semingguCatatan

1. Menghadiri kelas

2. Membuat latihan

3. Menyemak dan membaiki nota

4. Membuat nota sendiri / ringkas

5. Menyiapkan tugasan

6. Membaca pelajaran lepas

7. Latihan menjawab soalan

8. Membaca contoh jawapan

9. Pergi perpustakaan

10. Belajar berkumpulan

11.Perbincangan dengan penuntut

secara online

12. Kelas tambahan

13. Mengulang kaji

14.Berbincang dengan pensyarah

secara online

15. Menjawab contoh soalan lepas

16. Lain-lain

JUMLAH BESAR

Jadual waktu mingguan

Page 7: Wan tugasan

Bil Jenis aktivitiJangka masa sehari/

seminggucatatan

A Aktiviti individu

1. Tidur / berehat

2. Makan / minum

3. Beribadah

4. Mengunjungi kawan

5. Reakreasi

6. Membaca bacaan ringan

7. Menonton tv

8. Bersukan / beriadah

9. Kokurikulum

10. Membaca

11. Membuat kerja sekolah

12. Mengulang kaji

13. Pergi perpustakan

B Aktiviti bersama keluarga

14. Membantu keluarga

15. Bermesra bersama ahli keluarga

C Aktiviti bersama rakan

16. Pergi gym

D Hobi

17. Bermain bolasepak

E Aktiviti kemasyarakat

18. Gotong-royong

JUMLAH BESAR

Page 8: Wan tugasan

AKTIVITI 2

PENGENALAN

My Virtual Learning Environment (MyVLE) merupakan persekitaran pembelajaran maya berasaskan platformweb e-pembelajaran dalam talian di oum.Dengan myvle , oum dapat mengurus,menyampaikan kandungan kursus dan menjejak interaksi antara pensyarah dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar di dalam talian serta memuat naik kandungan kursus ,item penilaian dan bahan kursus yang lain . Terdapat forum perbincangan dalam talian yang membolehkan kerjasama pembelajaran ditalian

E-learning di negara kita lebih terarah kepada pembelajaran secara jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya hanya ditawarkan diperingkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama Universiti-universiti luar negara. Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL ( Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh). Menerusi usahasama dengan syarikat tempatan Mahirnet Sdn. Bhd., UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bacelor Komunikasi secara maya.

Walaupun yurannya kelihatan agak tinggi berbanding dengan program ijazah saluran biasa namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya, ia dianggap berbaloi, dengan jadual kuliah yang fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati dari Internet serta perkuliahan secara on-line. Dengan tidak disedari, ianya dapat menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi mereka yang berkerja sepenuh masa serta tempat tinggal yang jauh daripada universiti. Dalam ertikata yang lain, melalui pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar.

Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan

pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar

tanpa mengira jarakjauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan.

Oleh kerana e-pembelajaran ini adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai

saluran (Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), atau teknologi portal yang menggabungkan

system data dengan system maklumat yang lain (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan

teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan menarik

kerana menurut Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaanya mengandungi teks,

animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan untuk

perbincangan menerusi talian dan bantuan profersional isi pelajaran secara dalam talian.E-

pembelajaran ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan

maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya

web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem

jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000).

Page 9: Wan tugasan

Dalam hal ini, pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan

Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, tutor dan pelajar tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan.Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar mengikut kehendak guru yang berkenaan.Rujukan:-

Page 10: Wan tugasan

Proses pembelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Definisi “e-learning”, “online learning”, “web-base Learning” atau “distance learning” ini sering kali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Ia juga sering kali di salah tafsirkan dalam iklan-iklan yang mempromosi pendidikan. Pemahaman yang jelas tentang konsep dan pendekatan yang digunakan pada istilah-istilah berkenaan adalah pentin

Di dalam artikel ini ia membincangkan tentang perbezaan setiap maksud perkataan “e-learning”, “online learning”, “web-base Learning” dan “distance learning”, dari segi konteks penggunaannya, membuat tinjauan semula maksud yang sering digunakan dan mencadangkan beberapa definisi yang sesuai dalam setiap penggunaan perkataan atau ayat tersebut.

METODOLOGI

Page 11: Wan tugasan

Dari segi istilah teknikal ia boleh diterjemahkan dengan pelbagai cara. Contohnya konsep “e-learning” dan “web-based learning” biasanya dikaitkan dengan proses pembelajaran dalam kaedah penggunaan “e-mail” dan laman web. Beberapa konsep yang sering digunakan dalam penulisan teknikal akan merujuk dengan teliti dan melihat penggunaannya dengan lebih meluas serta telah diterima umum. Definisi ‘distance learning’ atau pembelajaran jarak jauh telah dikemukakan oleh Keegan (1986) dan Garrison & Shale (1987). Manakala Khan (2001) dan Hall (1997) membuat perhubungan di antara “web-based learning” dengan teknologi “web browser” yang sering kali dikaitkan dengan penggunaan internet dan intranet.

Terdapat juga dalam penulisan teknikal, menggunakan maksud yang berlainan daripada kebiasaan yang digunakan. Seperti di dalam sesetengah penulisan menggunakan perkataan “e-learning” yang membawa maksud sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudah cara. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini.

Bagi penulis artikel ini, mereka akan memberi pengertian kepada istilah-istilah berkenaan melibatkan dua kaedah yang akan saling melengkapi. Ia akan berdasarkan maksud setiap perkataan dan maksud yang berkaitan dengan konsep ayat yang dibentuk. Seperti untuk “online learning”, penulis akan meneliti maksud perkataan “online” itu sendiri dan perkataan “learning” serta maksud lain yang berkaitan seperti "online documentation”, "online service”, dan "online help”. Sebagai tambahan mereka akan merujuk pakar dalam penulisan tentang penggunaan sebenar bagi kaedah dan cadangan definisi yang akan di buat. Dua sumber ini akan digabungkan untuk melihat perbezaan dan pertindihan di antara konsep-konsep tersebut. 

DEFINISI

Secara ringkasnya definisi “e-learning” yang dikemukakan oleh penulis biasanya dikaitkan dengan aktiviti yang melibat penggunaan komputer dan rangkaian yang interaktif.“Web-based learning” pula dikaitkan dengan pembelajaran berasaskan “Web browser” termasuklah bahan lain yang telah dipakejkan pada CD-ROM atau media lain. Bagi “online learning” biasanya bahan pembelajaran yang boleh diakses terus melaluikomputer sama ada daripada internet atau pun yang telah dimasukkan pada program di komputer. “Distance learning” melibatkan interaksi jarak jauh di antara pelajar dengan tenaga pengajar menggunakan bidang penyiaran seperti tayangan video secara langsung.

Setiap konsep yang telah dinyatakan, perkara utamanya adalah menerangkan tentang cara aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilakukan. Penggunaan secara insentif sesuatu bentuk keadaan adalah perlu bagi menerangkan sifat sesuatu aktiviti pembelajaran dan pengajaran itu. Penggunaan yang tidak menyeluruh tentang sesuatu perkara itu tidak mencukupi untuk mengiktiraf sebagai salah satu konsep pembelajaran di atas. Contohnya seorang pensyarah meminta pelajar “e-mail” tugasannya setelah memberi kuliah di dalam kelas, tidak cukup untuk kita katakan ia sebagai suatu “distance learning”.

PERBINCANGAN DALAM ARTIKEL

Menurut penulis, definisi “e-learning” datang daripada konsep penggunaan “e-mail”. “E-mail” merujuk

Page 12: Wan tugasan

kepada aktiviti penghantaran “mail” melalui komputer dan rangkaian. Dalam keadaan yang sama “e-learning” adalah aktiviti pembelajaran yang melibatkan penggunaan komputer dan rangkaian.“Web-based learning” melibatkan aktiviti penggunaan laman web dan proses pembelajaran serta bahan disampaikan dalam format Web. Ia boleh disamakan dengan penggunaan buku dalam keadaan sebenar di dalam kelas sama ada buku tersebut adalah novel, laporan atau buku teks. Penulis berpendapat perkara ini tidak boleh disamakan dengan memuat turun bahan daripada sesuatu laman web kerana isi kandungan laman web tersebut tidak digunakan bagi tujuan pembelajaran. Sesetengah “web-based learning” menawarkan penggunaan “CD-ROM” sebagai alternatif mengakses bahan menerusi aplikasi web secara “offline”. Ia biasa digunakan bagi institusi pengajian yang menghadapi masalah dengan talian internet.

“Online learning” biasanya dikaitkan dengan konsep “online help”, “online documentation”, dan “online services” yang menyediakan suasana pembelajaran pada persekitaran komputer. Sering kali “online learning” merujuk kepada bahan pembelajaran yang boleh diakses terus daripada aplikasi teras seperti “online help”. Penggunaan rangkaian tidak semestinya diperlukan dan konsep “online learning” adalah sebelum pembangunan laman web itu sendiri dan juga sebelum bahan pembelajaran dimuatkan pada rangkaian mahu pun di internet.

Konsep “distance learning” adalah antara kaedah paling awal digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia tidak semestinya menggunakan rangkaian atau pun komputer. Ia melibatkan interaksi jarak jauh di antara sekumpulan pelajar dengan tenaga pengajar dengan menggunakan kaedah penyiaran secara langsung menerusi televisyen atau pun disebut sidang video. Dalam konteks penggunaan internet pula “distance learning” ia boleh termasuk di dalam perbualan secara “online” (chatting) dan perbincangan menerusi “e-mail”. Walau bagaimanapun, penulis berpendapat “web-based learning”, tidak boleh dianggap sebagai “distance learning” meskipun tenaga pengajar membekalkan bahan dari jauh menerusi internet kepada pelajarnya. Begitu juga dengan penghantaran bahan pembelajaran melalui pos ataupun kapal, ia masih lagi tidak boleh dianggap sebagai “distance learning”.

RUMUSAN ARTIKEL

Meskipun “e-learning”, “online learning”, “web-base Learning” dan “distance learning”, mempunyai perkaitan antara satu sama lain, namun masih terdapat perbezaan yang ketara sebagaimana yang telah dinyatakan oleh penulis di dalam artikel ini. Kegagalan dalam mengenal pasti perbezaan di antara konsep yang telah diperbincangkan oleh penulis, mungkin akan menyebabkan salah faham dalam pembangunan jenis pembelajaran, komunikasi di antara kelompok ataupun komuniti pendidikan serta kesilapan dalam memberi makna oleh penulis-penulis teknikal. Merujuk kepada setiap konsep yang telah diperbincangkan, bukan sekadar dapat memberikan maklumat yang tepat tentang sesuatu jenis konsep pembelajaran, ia juga akan memberi tindakan yang betul dalam menyediakan penerangan tentang cabaran, potensi dan nilai bagi konsep pembelajaran “e-learning”, “online learning”, “web-base learning” dan “distance learning”. Rujukan:-http://sifoobestari.blogspot.com/2009/08/ulasan-artikel-e-learning.html

Kebaikan e-pembelajaran di sekolah:- Kebaikan e-pembelajaran dalam bidang pendidikan

Posted on 14 Mac, 2009 by admin

Page 13: Wan tugasan

Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan.Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar mengikut kehendak guru yang berkenaan.Rujukan:- http://mazlan66.wordpress.com/2009/03/14/kebaikan-e-pembelajaran-dalam-bidang-pendidikan/

Kebaikan E-pembelajaran di sekolah:-

 E-Pembelajaran terdiri daripada semua bentuk pembelajaran secara elektronik yang disokong dengan pengajaran dan pembelajaran. Ianya wajar diistilahkan sebagai peranti pembelajaran. Pada dasarnya E-Pembelajaran merupakan rangkaian maklumat yang boleh dipindahkan terus kepada seseorang melalui talian internet, audiovideo, TV satelit  dan CD-ROM.  Aplikasi dan proses E-Pembelajaran termasuk juga pembelajaran berasaskan Web. Pembelajaran berasaskan komputer pula dibina secara maya dan fungsi digital.  E-Pembelajaran juga boleh merujuk kepada laman web pendidikan di negara kita contohnya Edu Web TV. Ianya menawarkan pakej pembelajaran, lembaran kerja dan latihan interaktif untuk murid-murid sekolah.  Antara kelebihan  E-Pembelajaran ialah ianya boleh dipelajari di mana-mana sahaja. Murid-murid boleh menyertai kelas dari mana-mana tempat di dunia, asalkan ia mempunyai sambungan komputer di internet. 

   Pelajar boleh melayari pembelajaran mereka pada bila-bila masa siang atau malam dan mempunyai akses berterusan untuk mengikuti kelas. Namun begitu banyak kelemahan E-Pembelajaran yang harus ditangani agar ia dapat diperluaskan di sekolah-sekolah negara kita. Kebanyakan guru belum bersedia menggunakan kaedah E-Pembelajaran dan masih mengajar menggunakan kaedah ceramah serta belum mahir menggunakan kemudahan seperti video

Page 14: Wan tugasan

dan komputer. Oleh itu kepakaran harus dipertingkatkan dengan menyediakan kursus-kursus berkaitan di kalangan guru. Selain itu ia memerlukan masa dan kos yang tinggi terutama melibatkan perkakasan dan perisian di samping terdapat beberapa buah sekolah mempunyai kemudahan yang terhad. Pelajar terpaksa mengikut giliran untuk mengikuti pembelajaran yang berkonsepkan E-Pembelajaran menyebabkan mereka ketinggalan dan terpaksa untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya melalui kaedah pembelajaran yang sama. 

     

Karangan terbaik berdasarkan E-Pembelajaran

Dalam usaha kerajaan memartabatkan sistem pendidikan agar bertaraf dunia, sistem pengajaran dan pembelajaran secara maya telah diperkenalkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Bincangkan kelebihan-kelebihan pendidikan maya dan usaha-usaha untuk menggalakkan penggunaan pendidikan maya.

Pepatah ada mengatakan ‘zaman beralih, musim bertukar’,sememangnya tidak dapat dinafikan lagi pendidikan konvensional kini telah bertukar wajah. Sistem pendidikan maya telah diperkenalkan di negara kita atas usaha kerajaan untuk memartabatkan lagi sistem pendidikan kita agar bertaraf dunia. Sistem ini bertujuan untuk melonjakkan taraf pendidikan rakyat Malaysia agar setanding dengan sistem pendidikan di negara-negara maju dan juga untuk meningkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran agar boleh diaplikasikasikan di seluruh dunia. Pendidikan maya merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan penggunaan Teknologi dan Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan maya dapat ditakrifkan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah. Jika kita menerobosi secara terperinci tentang sisitem pendidikan maya ini, banyak kelebihan yang bakal kita dapati.Dalam hal ini, pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi masa para pelajar.Dalam nada yang serupa, menerusi sistem pendidikan maya, para pelajar dapat menggunakan E-buku yang boleh dimuat turun secara langsung dari alam maya. E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak. Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi suatu wahana dengan pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai seorang pelajar, internet juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, internet juga dianggap sebagai perpustakaan maya yang menyimpan khazanah ilmu pengetahuan. Maklumat yang diperoleh lebih cepat, mudah dan dapat menjimatkan masa.Di samping itu, para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Sebagai contoh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) membolehkan para pensyarah mengendalikan telesidang yang menggabungkan audio, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan canggih dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Page 15: Wan tugasan

Malahan, konsep universiti terbuka seperti Universiti Tun Abdul Razak dapat dirancakkan lagi kewujudannya tanpa pelajar perlu bersua muka dengan pensyarah seperti masa ini. Dalam hal ini, golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang hayat yang digalakkan oleh kerajaan. Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini kerana pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Hal ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos perbelanjaan dan penginapan para pelajar.Demi melonjakkan lagi sistem pendidikan di negara kita, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menggalakkan pendidikan maya dalam kalangan masyarakat. Antara usaha yang telah di lakukan ialah menaik taraf sekolah dan institut pengajian tinggi. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan (PIPP) yang bertujuan untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat.Menerusi teras yang keenam Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan tidak kira sama ada sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Sebagai contoh, menerusi PIPP, sebanyak 60 buah sekolah telah dinaik taraf sebagai sekolah kluster.Skolah Kluster dapat disignifikasikan sebagai satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti kecemerlangannya dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Penggunaan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan perlu diikuti oleh semua pelajar sekolah kluster. Misalnya, beberapa sekolah kluster telah mengambil beberapa langkah untuk mempraktikkan pendidikan maya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti menghantar tugasan melalui e-mel dan juga melakukan pembentangan melalui pengunaan komputer. Para pelajar juga digalakkan untuk menguasai perisian komputer seperti Microsoft Words, Microsoft Power Point dan sebagainya. Di samping itu, banyak universiti telah diiktiraf sebagai Universiti penyelidikan seperti Universiti Malaya dan juga Unversiti Sains Malaysia untuk melonjakkan lagi sistem pendidikan di negara kita.Kesimpulannya, sememangnya pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan kepada seluruh lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa bentuk pengaajaran dan pembelajaran yang baharu membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik. Pelaksanaan sistem pendidikan maya di negara kita dapat meluaskan lagi horizon minda para pelajar. Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan maya dilaksnakan secara menyeluruh. Walaupun usia telah meningkat ilmu pengetahuan tetap dapat dikuasai. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan pepatah ‘ sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang’. Selain itu pelbagai pihak tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah berganding bahu bersama kerajaan untuk membangunkan lagi sistem pendidikan di negara kita agar ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara maju yang lain. Rujukan:- http://cikgujana.blogspot.com/2009/06/soalan-dalam-usaha-kerajaan.html

Antara dapatan yang boleh digunakan pelajar dan cuba cari lagi maklumat jika perlu. 

1 Kursus pengenalan dalam kemahiran pembelajaran untuk pelajar terbuka dan      jarak jauh.Kursus ini wajib kepada setiap pelajar baru di semester pertama.Ianya merupakan kemampuan kursus untuk membantu pelajar membina kemahiran asas teknologi seperti

Page 16: Wan tugasan

menggunakan myLMS universiti dan mencipta persembahan elektronik yang berkesan menggunakan mokrosoft powerpoint.Kursus ini juga meliputi gaya pembelajaran,pengurusan masa dan pengurusan tekanan serta literasi maklumat terutamanya menggunakan koleksi perpustakaan digital universiti.

3.2 Memuatnaik tajuk kerja kursus secara dalam talian.Setiap pelajar juga diwajibkan mendapatkan soalan kerja kursus  daripada myLMS universiti sebagaimana diarahkan sejak semester pertama lagi.Adalah lebih baik sekiranya pelajar terus mendaftar masuk ke myLMS sejak hari pertama lagi,ini dapat memudahkan mereka membuka dan menyerahkan setiap kerja kursus yang perlu mereka hantar.Sebagai penghargaan kepada kejayaan forum dalam talian ,pelajar telah mencadangkan supaya OUM menaikkan markah  penglibatan aktif dalam talian daripada 5 peratus kepada 10 peratus (daripada markah kursus).Ini dilakukan oleh pelajar dalam satu kolokium perbincangan dalam talian  antara pelajar,pensyarah dan fakulti(bertindak sebagai orang tengah).Mereka merasakan bahawa forum perbincangan ini telah menjadi sebahagian besar daripada  masa,usaha dan yang paling penting sebagai suatu pengalaman baru dalam pembelajaran mereka.(Wilson,Lugwig-Hardman,Thornam & Dunlop Thornam & Dunlop 2004).Kolaborasi secara talian  menyediakan peluang kepada ahli untuk belajar sesame ahli serta menyumbang kepada pembelajaran ahli yang lain.

3.3 Mewujudkan profil pelajar,rekod kewangan dan laporan akademik secara dalam talian.Untuk memastikan pelajar sentiasa berada dalam talian,pelajar juga digalakan untuk melihat dan mengemaskini maklumat diri serta  memperoleh maklumat berkenaan pembayaran yuran penggajian  dan juga prestasi akademik secara dalam talian.Ini akan membantu mereka mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari  dalam kelas tutorial.

3.4 Memperkenalkan sistem pengurusan pembelajaran yang baik,boleh dipercayaai dan mesra pelajar. Selain itu,myLMS OUM juga telah menjadi kebanggaan universiti ini kerana ia telah dikenali sebagai salah satu sistem mesra pelajar yang memenuhi keperluan pelajar.Tambahan pula pensyarah dan pengelola memperlengkapkan lagi myLMS untuk menyokong fungsi akademik dan hubungan pelanggan.Oleh itu, ia juga dapat membantu pelajar untuk memeriksa keputusan,mengumumkan dan mencari apa jua maklumat yang penting untuk mereka.

3.5 Memastikan pensyarah OUM berada dalam talian untuk membantu  dan memantau forum perbincangan.Untuk memastikan pensyarah memberikan  inisiatif kepada peranan aktif  mereka  dalam membantu dan memantau perbincangan pelajar secara talian.Oleh yang demikian,pensyarah akan memantau penglibatan pelajar dan bayaran berdasarkan keberkesanan penglibatan pelajar itu sendiri.Dimana pesyarah hanya sebagai pemudahcara.

3.6 Memastikan kebolehcapaian internet pada setiap masaOUM juga perlu memastikan kecapaian internet kepada pelajarnya pada setiap masa.Ini akan membantu pelajar supaya merasa yakin bahawa mereka tidak akan menghadapi masalah untuk mengakses maklumat daripada universiti tidak kira masa.

3.7 Mewujudkan pasukan teknikal yang berkebolehan

Page 17: Wan tugasan

Perkara paling penting ialah mengururskan infrastruktur dan infostruktur OUM.Pelbagai pasukan teknikal diwujudkan untuk memastikan semua sistem  berfungsi setiap masa sepanjang hari,mesra pelanggan dan mengandungi maklumat yang berguna dan terkini.Dengan itu,ia akan membantu pelajar mendapatkan maklumat terkini ysng diperlukan dengan mudah,cepat dan tepat.

RUMUSAN

Pembelajaran pelbagai direka dan diilustrasi penggunaannya dalam sosio-teknikal,pendekatan berdasarkan corak yang menitik beratkan proses pendidikan  dengan penggunaan teknologi pembelajaran.Pendekatannya mencakupi tatabahasa umum,pengkelasan benda hidup secara saintifik dan tempat memperolehi maklumat sebagai asas untuk meningkatkan komunikasi dan  perkongsian di kalangan perantis dan penyelidik serta pelajar.OUM kini dihat sebagai penanda aras oleh institusi lain melaui jumlah pengunjung dari serata dunia.Saya percaya bahawa pembelajaran pelbagai di OUM akan berterusan menyumbang sebagai satu produk baru dan penyelesaian  yang diperkenalkan melalui ledakan kepesatan teknologi.Imej dan prestij OUM telah dikenali menerusi kejayaan model pedadogi pendidikan pelbagai.Oleh itu,e-pembelajaran telah memastikan kesinambungan penyampaian maklumat dari bahan kursus di kalangan pelajarnya.Kesemua aktiviti ini memberi kepercayaan kepada visi OUM untuk menjadi ketua dan peneraju dalam ODL.Dengan memberi tumpuan kepada  keperluan dan memenuhi jangkaan pelajarnya.Saya yakin OUM akan berada di barisan hadapan dalam merealisasikan ‘pendidikan berkualiti’ sebagai pengerak utama dalam pembangunan modal insane di Negara ini.

SENARAI RUJUKAN

Razmah Man & Yusup Hashim,2000,Potensi dan cabaran dalam pembelajaran maya dan

elektronik,Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia.

Prof.Madya Dr.Baharuddin Aris,Prof.Madya. Mohammad Bilal Ali,Noran Md.Nor,Mohd

Nihra Hanizuan Mohamad Said,Noor Azean Nor Atan,Mamimegalai Subramaniam&Zaleha

Abdullah,2003,Pendidikan Jarak Jauh dan Maya dalam Pengajaran.

Journal of educational Technology system,issue;volume 34,number 1/2005-2006.pages 33-

Page 18: Wan tugasan

35.

Blended learning:Rethinking Education Delivery For Development,Devon

Duhanney,Department of Secondary Education,State University of New York(SUNY) New

Paltz.