watak hikayat malim deman

8
Dari deretan watak yang menjayakan hikayat ini sudah tentu paling penting atau watak utamanya Tuanku Malim Deman yang bergerak di sekitar segala cerita. Di sekeliling watak utama ini pula ada watak-watak penting Nenek Kebayan, Puteri Bongsu, Si Kembang Cina, Puteri Terus Mata, Raja Mambang Molek, Tuanku Gombang Malim Dewa dan Puteri Lindungan Bulan (bonda Tuanku Malim Deman), keramat wali Allah, serta anjing perburuan yang bernama Si Kumbang. Watak Nenek Kebayan amat penting sebagai pembantu menyampaikan hajat Tuanku Malim Deman. Tanpa Nenek Kebayan, Malim Deman tidak dapat menemui Puteri Bongsu, malah di peringkat kemudiannya tidak mengesan Puteri Bongsu yang telah merajuk dan kembali ke kayangan. Watak Puteri Bongsu juga merupakan watak heroin kepada Tuanku Malim Deman. Watak Tuan Puteri Bongsu amat penting sebagai fokus atau pusat pencarian serta kebahagiaan Tuanku Malim Deman. Begitu juga kemudiannya diwujudkan pula Tuanku Malim Dewana. Manakala watak Si Kembang Cina juga memainkan peranan yang penting sebagai penghulu sekalian inang, pengasuh Tuanku Malim Deman, serta penjaga yang mengambil tahu serba-serbi tentang anak raja Bandar Muar itu. Dalam pencarian Puteri Bongsu, watak Puteri Terus Mata juga penting kerana memiliki buraq iaitu kenderaan yang dipinjamkan kepada Tuanku Malim Deman untuk terbang ke negeri kayangan bagi mendapatkan kembali Puteri Bongsu. Sesudah itu, Puteri Terus Mata telah berkahwin dengan Malim Deman sebagai isteri kedua. Untuk watak antagonis, Raja Mambang Molek memainkan peranan yang penting juga dalam misi Tuanku Malim Deman untuk mendapatkan isterinya kembali, Puteri Bongsu. Raja Mambang Molek ini juga terkenal dengan kehebatannya dan kehandalannya tetapi akhirnya tewas juga di tangan Malim Deman. Kehadirannya watak Tuanku Gombang Malim Dewa amat penting yang menjadi titik tolak kepada perubahan Tuanku Malim Deman yang menjadi penyebab kepada kesedihan yang menimpa Tuanku Malim Deman sehingga baginda lalai menjalankan tugas sebagai raja, suami dan bakal ayah yang bertanggungjawab. Yang dimaksudkan ialah peristiwa kemangkatan Gombang Malim Dewa berturut-turut dengan permaisurinya sebulan setelah Tuanku Malim Deman ditabalkan sebagai raja memerintah negeri Muar. Watak keramat wali Allah sebagai watak yang memberi ilham dan petunjuk terhadap perjalanan yang bakal dilalui oleh wira. Tanpa mimpi bertemu wali Allah ini, perjalanan tidak bermula dan seterusnya kejelitaan Puteri Bongsu tidak dapat digambarkan dengan jelas dan watak terakhir penting iaitu Si Kumbang (anjing perburuan) penting sebagai pengiring paling setia, dapat mengambil batil (yang di dalamnya terletak cincin Tuan Puteri bersama sehelai rambut) yang dihanyutkan arus di tengah sungai. Watak ini dimatikan sejurus sebelum baginda sampai ke teratak Nenek Kebayan.

Upload: keh9999

Post on 14-Apr-2018

478 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Watak Hikayat Malim Deman

7/27/2019 Watak Hikayat Malim Deman

http://slidepdf.com/reader/full/watak-hikayat-malim-deman 1/8

Dari deretan watak yang menjayakan hikayat ini sudah tentu paling penting atau watak

utamanya Tuanku Malim Deman yang bergerak di sekitar segala cerita. Di sekeliling watak

utama ini pula ada watak-watak penting Nenek Kebayan, Puteri Bongsu, Si Kembang Cina,

Puteri Terus Mata, Raja Mambang Molek, Tuanku Gombang Malim Dewa dan Puteri Lindungan

Bulan (bonda Tuanku Malim Deman), keramat wali Allah, serta anjing perburuan yang bernama

Si Kumbang.

Watak Nenek Kebayan amat penting sebagai pembantu menyampaikan hajat Tuanku

Malim Deman. Tanpa Nenek Kebayan, Malim Deman tidak dapat menemui Puteri Bongsu,

malah di peringkat kemudiannya tidak mengesan Puteri Bongsu yang telah merajuk dan

kembali ke kayangan. Watak Puteri Bongsu juga merupakan watak heroin kepada Tuanku

Malim Deman. Watak Tuan Puteri Bongsu amat penting sebagai fokus atau pusat pencarian

serta kebahagiaan Tuanku Malim Deman. Begitu juga kemudiannya diwujudkan pula Tuanku

Malim Dewana. Manakala watak Si Kembang Cina juga memainkan peranan yang penting

sebagai penghulu sekalian inang, pengasuh Tuanku Malim Deman, serta penjaga yang

mengambil tahu serba-serbi tentang anak raja Bandar Muar itu.

Dalam pencarian Puteri Bongsu, watak Puteri Terus Mata juga penting kerana memiliki

buraq iaitu kenderaan yang dipinjamkan kepada Tuanku Malim Deman untuk terbang ke negeri

kayangan bagi mendapatkan kembali Puteri Bongsu. Sesudah itu, Puteri Terus Mata telah

berkahwin dengan Malim Deman sebagai isteri kedua. Untuk watak antagonis, Raja Mambang

Molek memainkan peranan yang penting juga dalam misi Tuanku Malim Deman untuk

mendapatkan isterinya kembali, Puteri Bongsu. Raja Mambang Molek ini juga terkenal dengan

kehebatannya dan kehandalannya tetapi akhirnya tewas juga di tangan Malim Deman.

Kehadirannya watak Tuanku Gombang Malim Dewa amat penting yang menjadi titik

tolak kepada perubahan Tuanku Malim Deman yang menjadi penyebab kepada kesedihan yang

menimpa Tuanku Malim Deman sehingga baginda lalai menjalankan tugas sebagai raja, suami

dan bakal ayah yang bertanggungjawab. Yang dimaksudkan ialah peristiwa kemangkatan

Gombang Malim Dewa berturut-turut dengan permaisurinya sebulan setelah Tuanku Malim

Deman ditabalkan sebagai raja memerintah negeri Muar.

Watak keramat wali Allah sebagai watak yang memberi ilham dan petunjuk terhadap

perjalanan yang bakal dilalui oleh wira. Tanpa mimpi bertemu wali Allah ini, perjalanan tidak

bermula dan seterusnya kejelitaan Puteri Bongsu tidak dapat digambarkan dengan jelas dan

watak terakhir penting iaitu Si Kumbang (anjing perburuan) penting sebagai pengiring paling

setia, dapat mengambil batil (yang di dalamnya terletak cincin Tuan Puteri bersama sehelai

rambut) yang dihanyutkan arus di tengah sungai. Watak ini dimatikan sejurus sebelum baginda

sampai ke teratak Nenek Kebayan.

Page 2: Watak Hikayat Malim Deman

7/27/2019 Watak Hikayat Malim Deman

http://slidepdf.com/reader/full/watak-hikayat-malim-deman 2/8

Watak-watak sampingan sebagai pelengkap plot cerita atau sebagai pembantu Tuanku

Malim Deman iaitu Bujang Selamat, Raja Kayangan, Si Raja Jin dan 6 orang Puteri Kayangan.

Hikayat Malim Deman mewakili gambaran-gambaran perwatakan yang lazim

ditampilkan oleh cerita-cerita penglipur lara. Pertama, perwatakan sebuah cerita penglipur lara

terbina dari interaksi golongan istana yang secara perlahan dan sedikit dibawa turun hingga

kepada Nenek Kebayan dan Awang Selamat. Perwatakannya juga diangkat kepada makhluk-

makhluk ghaib, jin dan dewa-dewa yang sukar dihayati oleh golongan kebiasaan.

Kedua, ada pembahagian perwatakan kepada dua kelompok iaitu di golongan wira dan

golongan yang ditentangnya. Hikayat Malim Deman memperlihatkan kelompok-kelompok ini

seperti yang diwakili oleh Tuanku Malim Deman sendiri bersama-sama watak-watak lain seperti

Puteri Bongsu, Nenek Kebayan, Si Raja Jin, Puteri Terus Mata, Awang Selamat dan Si

Kembang Cina; manakala di pihak yang lain pula Raja Mambang Molek, Medan Si Tangkal Ali.

Ketiga, khusus tentang gambaran yang diberikan kepada watak wiranya, terlalu ideal

dan dapat mencapai segala hayat di hati hanya setelah melewati sedikit rintangan atau

halangan. Kita lihat gambaran yang diberikan kepada Tuanku Malim Deman, baginda tidak

pernah tewas dalam apa jua cabaran termasuk pergaduhan dengan Mambang Molek. Baginda

 juga diberikan gambaran paras rupa yang teramat kacak contohnya ketika baginda dimandikan,

penglipur lara bercerita:

Sekali digosoknya,

Tiga empat panau tercelik,

Hilanglah cahaya matahari,

Timbullah cahaya Malim Deman.

Begitu juga dengan kecantikan tubuh badannya; kemudian disebutkan juga tingkahlakunya yang tiada cacat cela, amat patuh terhadap kedua ayah bondanya. Tuanku MalimDeman juga tidak pernah merasa hampa dalam hidupnya. Baginda hendakkan isteri cantik

boleh didapatkan, hendakkan kereta buraq, ada yang sudi meminjamkan, hendakkan petuamemikat dan pertolongan, ada Nenek Kebayan, kerja-kerja berat, ada Awang Selamat dan SiKembang Cina, rakyat pula dikerah pada bila-bila masa jua tiada bantahan. Pendek kata, apasaja yang diinginkan oleh baginda, yang masih dalam jangkauan akal, pasti didapatinya dantiadalah menjadi suatu masalah kepada seorang wira cerita penglipur lara.

Page 3: Watak Hikayat Malim Deman

7/27/2019 Watak Hikayat Malim Deman

http://slidepdf.com/reader/full/watak-hikayat-malim-deman 3/8

Latar Hikayat Malim Deman

Latar yang diperlihatkan oleh hikayat ini mengandungi tiga pembahagian yang biasa

dilakukan iaitu latar masa, latar tempat dan latar masyarakat (latar budaya). Sebagai sebuah

cerita tradisi yang asalnya adalah lisan, tanpa tahu pencipta asalnya, hanya sebagai warisan

dari satu generasi kepada generasi kemudiannya, latar masa tidak pernah diberi perhatian

serius

Kita hanya dapat membuat beberapa andaian dari keseluruhan ceritanya saja.

Contohnya kita amat faham bahawa cerita ini telah “diislamkan” setelah kemasukan Islam ke

rantau sebelah sini. Kita dapati nama-nama jin Islam, perkataan-perkataan Arab di awal dan di

akhir cerita, begitu juga dengan gelaran raja yang telah „diarabkan‟. Bukti-bukti itu cukup kuat

memperkatakan bahawa cerita ini membawa latar masa selepas kedatangan Islam. Jikalau

bukti pengislaman telah dilakukan sebelum itu lagi, kemungkinan „pengislaman‟ yang dilakukanke atasnya ternyata tidak dapat ditolak.

Pencerita juga hanya menyebutkan (pada permulaan ceritanya) “Inilah warita orang

dahulukala, entahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yang hilir, angin yang lalu dan

burung yang terbang”. Tidak disebutkan sesuatu yang khusus mengenai masa. Latar tempat

pula sering beralih-alih, mengikuti kembara wiranya, Tuanku Malim Deman. Hikayat ini

menampilkan latar tempat seperti di istana, di hulu sebuah negeri, di hutan, di sungai, dan di

istana puteri jin, dan juga pembaca dibawa terbang yang terlalu sukar untuk kita bayangkan

bagaimana keadaannya.

Namun begitu, hal di atas dikaitkan pula dengan latar budaya dan masyarakatnya. Hal

ini amat banyak diberikan perhatian bahawa masyarakat yang di kayangan itu tidak memiliki

kebudayaan atau cara hidup yang berbeza dengan masyarakat manusia di bumi. Pencerita

memberikan gambaran itu bahawa masyarakat dewa-dewa dan mambang itu juga berkelamin,

bertunang, berkelahi, beradat-istiadat, berpegang kepada janji dan kata-kata, berhimpun seperti

manusia, malah menikmati hiburan seperti alat muzik (pertunjukan Malim Permainan) dan

melakukan kerja berdosa seperti menyabung ayam.

Di kayangan pula, kayangan juga ada watak pembantu berhati mulia seperti Nenek

Kebayan dan mereka menggunakan system beraja pada pemerintahan negeri. Penduduk-

penduduk kayangan juga digambarkan taat setia (tanpa soalan) terhadap raja mereka, sama

seperti yang diperlihatkan oleh masyarakat dunia yang ada di Bandar Muar, atau juga

masyarakat jin yang ada di sekitar istana Puteri Terus Mata di hulu Sungai Muar. Misalnya

Page 4: Watak Hikayat Malim Deman

7/27/2019 Watak Hikayat Malim Deman

http://slidepdf.com/reader/full/watak-hikayat-malim-deman 4/8

mereka dikerah menerbangkan istana atau mahligai tuan puteri itu ke Bandar Muar, sebagai

arahan Si Raja Jin setelah puteri itu diijabkabulkan dengan Tuanku Malim Deman.

Masyarakat manusia yang digambarkan dalam hikayat ini adalah terlalu tradisional

dengan segala bentuk hierarki dan protokolnya daripada raja, menteri, temenggung,

laksamana, orang kaya, hinggalah kepada Lasykar dan segala hina dina, semuanya

memberikan taat setia mereka kepada raja yang memerintah. Telah digambarkan, misalnya

bagi mereka yang datang apabila dipanggil:

Yang capik datang bertongkat,Yang buta datang berpimpin,Yang pekak leka bertanya,Yang kecil terambin lintang.

Tidak ada yang ingin ketinggalan dari mengadap rajanya. Begitu juga kalau sampai,semuanya menyembah.

Terangkat kadam jari sepuluh,

Kuncup bagai sulur bakung,

Jari seperti susunan sirih,

Berleher lembut berlidah fasih,

Menundukkan batu otak kepala.

 Akhir sekali, dapat juga disimpulkan bahawa masyarakat manusia di sekitar istana

Malim Deman itu amat gemar kepada pesta yang sering diadakan berbulan-bulan lamanya:

Sabung tak berhenti siang malam,

 Air didih menganak sungai,

Kerak nasi membusut jantan,

Terung berbuah di gelegar.

Betapa tidak ada sebarang masalah sosial, budaya atau ekonomi yang mereka hadapi.

Mereka adalah masyarakat impian yang tidak ada berpesta dan menghiburkan hati sesame

Page 5: Watak Hikayat Malim Deman

7/27/2019 Watak Hikayat Malim Deman

http://slidepdf.com/reader/full/watak-hikayat-malim-deman 5/8

sendiri. Adakah begitu realiti masyarakat Melayu dahulukala, tidak pula dapat dibuktikan. Yang

di atas itu hanyalah gambaran masyarakat istana dan persekitarannya saja yang ditampilkan.

Gaya Bahasa Hikayat Malim Deman

Terdapat penggunaan bahasa prosa disulami puisi. Ungkapan-ungkapan yang tertentu

dan berulang-ulang. Ungkapan ini dikenali sebagai bahasa berirama. Hal ini dapat diperhatikan

ketika tukang cerita. Contohnya

Santapnya santap beradat,Dua suap ketiga sudah,Keempat basuh tangan,Kelima kumur-kumur,

Keenam makan sirih,Kelak jatuh kerongkongan,Seri naik ke muka.

Dalam hikayat Malim Deman terdapat penggunaan permulaan cerita yang

bermula dengan kata “kononnya…”, pembuka dan penutup cerita yang klise (yang terlalu

biasa), pantun, gurindam dan bahasa berirama, dan perumpamaan.

Contoh gurindam:

“Awak tua bandar terbuka”  

Emas habis dagangan mudah,

Kerbau kambing sesak di pandang,

Itik angsa tenang kuala.

Merpati lindungan langit,

Rengkiang tujuh sejanjar,

Teman dengan sekerat kota”  

Contoh pantun:

“Tetak seranting buatkan kolek, 

Page 6: Watak Hikayat Malim Deman

7/27/2019 Watak Hikayat Malim Deman

http://slidepdf.com/reader/full/watak-hikayat-malim-deman 6/8

Buat pagar bunga di taman,

Tuanku putera yang kecil molek,

Putera Tuanku Malim Deman.

Contoh perumpamaan:

“Bagai pucuk dilancarkan, 

Bagai kumbang putus tali,

Pening kepala bagai dibaji,

Sakit hati bagai digunting”  

Menurut Sahlan Mohd. Saman (1984: 65), secara jelas, Hikayat Malim Deman telah

mengemukakan enam bentuk puisi Melayu tradisional.Bentuk-bentuk yang dimaksudkan itu

ialah gurindam, seloka, pantun, syair, nyanyian dan peribahasa.

Gurindam merupakan bentuk yang paling lumrah, digunakan oleh si penglipur lara pada

peristiwa atau tentang sesuatu yang khusus. Ada gurindam yang panjang melebihi sepuluh

baris, dan tidak kurang pula yang pendek mengandungi empat atau lima baris saja. Contoh

Gurindam tempat peraduan putera raja, khusus tentang sesuatu situasi atau peralatan.

 Anjung perak gemala gentih,

 Atap kaca dinding tila,

Kemuncak intan dengan pudi.

Gurindam juga berperanan menggambarkan sesuatu peristiwa seperti raja bersiram,

perkelahian wira dengan antagonisnya, rakyat hendak mengadap raja, hari hendak siang dan

sebagainya.

Seloka pula merupakan bentuk puisi tradisional yang paling sedikit dimanfaatkan.

Contohnya:

Makan tak kenyang,

Tidur tak lena,

Page 7: Watak Hikayat Malim Deman

7/27/2019 Watak Hikayat Malim Deman

http://slidepdf.com/reader/full/watak-hikayat-malim-deman 7/8

Mandi tak basah,

Berminyak tak licin.

Bentuk pantun pula adalah yang kedua digemari selepas gurindam. Paling lumrahterdapat pantun empat kerat; namun pencerita berwibawa juga membawakan pantun lapankerat seperti yang terlihat pada halaman pertama

Bukan teluk parang-parang,

 Anak ketam di dalam padi,

Telutuh dilepuh-lepuh,

Enayang di balik rumah,

Bukannya makhluk sebarang-barang,

Cucu Adam sepian nabi,

Turun di langit yang ketujuh,

Jadi khalifah pada Allah.

Di samping itu, syair juga dimanfaatkan pada tempat-tempat penceritaan yang tertentu.Misalnya, setelah kecurian baju layangnya, dengan penuh sedih Puteri Bongsu bersyair:

Sudah masih badan nan malang,

Tiadalah dapat beta nan pulang,

Kepak dan sayap disambar elang,

 Apakah kelak gerangan jemalang.

Suatu bentuk yang lain ialah nyanyian yang agak banyak diperturunkan pada sesuatuistiadat, seperti putera naik buian dan menidurkan Putera Malim Dewana; hanya yang tidakdiberikan ialah cara menyanyikannya. Terdapat dua nama yang mudah diingat ialah „Tetak 

Serating‟ dan „Dabui‟.

 Akhir sekali, bentuk yang jarang-jarang disedari kewujudannya sebagai puisi Melayutradisional ialah peribahasa. Peribahasa penuh keindahan, penuh imej, dan kadangkala penuhsimbolik. Penafsirannya menuntut kecerdasan, kepintaran, pengetahuan serta pengalaman.Hikayat Malim Deman sesekali memanfaatkan peribahasa untuk menyatakan sesuatu, misalnya

Setumbuk bagai gelang,

Page 8: Watak Hikayat Malim Deman

7/27/2019 Watak Hikayat Malim Deman

http://slidepdf.com/reader/full/watak-hikayat-malim-deman 8/8

Sejodoh bagai cincin,

Sakit hati bagai digunting,

Sakit kepala bagai dibaji.

Kelajuan atau kecepatan gerak sesuatu diumpamakan:

Bagai pucuk dilancarkan,

Bagai kumbang putus tali.