sumberpendidikan.com · web view3. tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu a, b, c...
TRANSCRIPT
SULIT 1249/1
SMK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)JALAN P18, PRESINT 18
SEJARAH
KERTAS 1
Satu jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
SULIT 2 1249/1
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan
1. Secara umumnya, apakah aspek yang membezakan pandangan sarjana Barat dan
sarjana Islam tentang konsep tamadun?
A. Pembangunan rohaniah
B. Pembangunan lahiriah
C. Pertambahan penduduk
D. Peningkatan ekonomi
2. Andaikan anda seorang pembesar pada zaman pemerintahan Raja-raja Dinasti
Chou dalam tamadun Hwang Ho.
Apakah yang anda lakukan untuk membuktikan kesetiaan anda kepada raja?
I Melindungi raja
II Menyerahkan ufti
III Menyerang pasukan raja
IV Memberi bantuan tentera
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
3. Rajah 1 menunjukkan prinsip undang-undang dalam tamadun China.
Rajah 1
Bagaimanakah legalisme dilaksanakan?
A. Hakim dibayar gaji tinggi
B. Rakyat di bawah penguasaan tentera
C. Raja mesti memiliki kuasa yang utuh
D. Juri dilantik dalam kalangan pembesarSMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
FALSAFAH LEGALISME
Undang-undang yang tegas
Penguatkuasaan harus dipelihara
Tiada perasaan belas kasihan
SULIT 3 1249/1
4. Sresthin merupakan sebuah pertubuhan perdagangan di India.
Antara matlamat penubuhannya ialah
A. memperjuangkan had masa bekerja
B. mempertahankan hak majikan
C. menjamin kesetiaan pekerja
D. mengawal kualiti barangan
5. Bagaimanakah kerajaan Funan berkembang daripada kerajaan agraria kepada
kerajaan maritim?
A. Pertahanan yang kuat
B. Persaingan antara kerajaan
C. Perubahan dasar pertanian
D. Kedudukan pelabuhan yang strategik
6. Gambar 1 menunjukkan candi Angkor Wat di Kemboja.
Gambar 1
Mengapakah kerajaan Angkor membina candi tersebut?
A. Lambang penguasaan seluruh alam semesta
B. Memperkukuh sistem pertahanan negara
C. Pusat kegiatan perdagangan
D. Pusat pentadbiran negara
7. Apakah kesan amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahilliah?
A. Memperkukuh perpaduan antara suku
B. Memantapkan sistem pentadbiran
C. Mewujudkan semangat assabiah
D. Memulakan persaingan kuasa
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
SULIT 4 1249/1
8. Jadual 1 berkaitan peristiwa yang dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Tarikh Peristiwa
6 Ogos 610 Masehi
(17 Ramadhan)
Wahyu pertama kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
Jadual 1
Peristiwa di atas menunjukkan
A. agama Islam tersebar
B. kemunculan kerajaan Islam
C. penentangan Arab Quraisy terhadap Islam
D. era baru dalam tamadun masyarakat Arab Jahiliah
9. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penghijrahan Nabi Muhammad
s.a.w. ke Madinah?
I. Struktur pentadbiran diketuai oleh khalifah
II. Menyatupadukan penduduk Madinah
III. Wujudnya gelaran Ansar dan Muhajirin
IV. Terbinanya bangunan yang lengkap dengan infrastruktur
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
10. Jadual 2 berkaitan dengan peperangan yang berlaku antara orang Islam dengan
pihak Quraisy Makkah.
Tahun Peristiwa
627 Masihi Perang Khandak
Jadual 2
Apakah strategi Nabi Muhammad s.a.w. dalam peperangan tersebut?
A. Perang gerila
B. Menggali parit
C. Serang hendap
D. Membina tembok
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
SULIT 5 1249/1
11. Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan untuk memajukan sistem
pertahanan negara Islam Madinah?
A. Menubuhkan angkatan tentera laut
B. Membina markas tentera
C. Melantik panglima tentera sebagai gabenor
D. Mewujudkan pasukan tentera tetap
12. Kerajaaan Bani Umaiyah telah mewujudkan sistem hijabah.
Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?
A. Khalifah sebagai ketua pemerintah
B. Gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah
C. Pemeriksaan untuk menemui khalifah
D. Pegawai utama dilantik untuk mengumpul rekod
13. Jadual 3 merujuk kepada jawatan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka.
Jawatan X
Menentukan kemajuan perdagangan
Berurusan dengan pedagang
Jadual 3
Apakah jawatan tersebut?
A. Temenggung
B. Syahbandar
C. Laksamana
D. Bendahara
14. Antara nilai-nilai murni dalam ekonomi yang dituntut dalam Islam ialah
I. menggalakkan amalan riba
II. tidak mengambil untung
III. rajin bekerja
IV. berjimat cermat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
SULIT 6 1249/1
15. Undang-undang berikut dilaksanakan dalam kerajaan Melayu sebelum
kedatangan penjajah Barat.
Hukum Kanun Melaka
Undang-Undang Perak
Undang-Undang Pahang
Apakah kepentingan undang-undang tersebut?
A. Menyekat perluasan pengaruh kerajaan luar
B. Menentukan corak pemerintahan kerajaan
C. Menetapkan sempadan antara negeri
D. Mengeratkan hubungan diplomatik
16. Rajah 2 di bawah menerangkan tentang kaedah pendidikan dalam masyarakat
Melayu tradisional.
Rajah 2
Apakah X?
A. Menerusi cerita-cerita lisan
B. Menghadap guru
C. Pengajaran al-Quran
D. Sistem pengajian pondok
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
PENDIDIKAN TIDAK FORMAL
Pergaulan sosial
Pembelajaran pantang-larang
X
SULIT 7 1249/1
17. Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani oleh Sepanyol dan Portugal pada tahun
1494.
Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap kedua-dua buah negara?
A. Perkongsian tanah jajahan di timur
B. Keruntuhan institusi beraja
C. Pembahagian kawasan pengaruh
D. Pembayaran pampasan perang
18. Rajah 3 merujuk kepada perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain.
Rajah 3
Bagaimanakah kerajaan Britain mengatasi masalah tersebut?
A. Hasil dijadikan stok penimbal
B. Harga pasaran barangan dikurangkan
C. Barangan diagihkan kepada masyarakat tempatan
D. Produk diperdagangkan di peringkat antarabangsa
19. Jadual 4 menunjukkan nilai eksport getah Tanah Melayu antara tahun 1930-1932.
Tahun Nilai (Pound Sterling)
1930
1931
1932
28 208 000
13 806 000
9 077 000
Jadual 4
Mengapakah nilai eksport getah Tanah Melayu mengalami kemerosotan dalam
tempoh tersebut?
A. Wabak penyakit menyerang tanaman
B. Persaingan dengan pemodal asing
C. Zaman kemelesetan ekonomi dunia
D. Penumpuan kepada sektor perlombongan
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
Revolusi Perindustrian
Pengeluaran berlebihan
SULIT 8 1249/1
20. Jadual 5 menunjukkan pertambahan bilangan kemasukan imigran Cina di Tanah
Melayu.
Bil. Imigran Cina
1891 1901
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 163000 228000
Negeri-Negeri Selat 300000 282000
Jadual 5
Apakah kesan daripada pertambahan tersebut?
I. Kewujudan masyarakat majmuk
II. Perkembangan perlombongan bijih timah
III. Pertambahan keperluan bahan mentah
IV. Peningkatan perusahaan getah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
21. Slogan berikut digunakan oleh penjajah Barat di Timur.
Beban orang putih
Tugas mentamadunkan manusia
Pernyataan manakah berkaitan dengan slogan tersebut?
A. Melaksanakan dasar imperialisme
B. Mengatasi masalah kepadatan penduduk
C. Memajukan ekonomi penduduk tempatan
D. Masyarakat Timur memerlukan bantuan Barat
22. Jadual 6 merujuk kepada dasar pendidikan Belanda di Indonesia.
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
SULIT 9 1249/1
Sistem pendidikan di Indonesia awal abad ke-19
Bandar Anak golongan priyayi
Kampung Anak orang kebanyakan
Jadual 6
Mengapakah kerajaan Belanda bersikap pilih kasih dalam menyediakan
kemudahan pendidikan di Indonesia?
A. Memecahbelahkan perpaduan rakyat
B. Menyekat rakyat mendapat pekerjaan
C. Menghalang perkembangan sekolah agana
D. Menghapuskan amalan tradisi penduduk tempatan
23. Akhbar berikut digunakan Kaum Muda sebagai wadah perjuangan mereka di Tanah
Melayu pada tahun 1930-an.
Al-Imam
Neracha
Saudara
Apakah isu yang dimuatkan oleh Kaum Muda dalam akhbar tersebut?
A. Penghapusan amalan perhambaan
B. Menggalakkan pendidikan Inggeris
C. Penubuhan syarikat kerjasama
D. Penjanaan agama Islam untuk kemajuan
24. Dialog 1 berikut mungkin berlaku dalam sesi pengajaran Sejarah.
Cikgu Rohani : Tema novel Melur Kuala Lumpur yang dihasilkan pada
tahun 1930-an berbeza dengan novel-novel sezamannya.
Norliza : Bolehkah cikgu terangkan perbezaannya?
Dialog 1
Apakah perbezaan tema novel tersebut?
A. Penentangan penjajahan
B. Perpaduan guru
C. Kebebasan wanita
D. Semangat perjuangan pemuda
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
SULIT 10 1249/1
25. Gambar 2 merujuk kepada tokoh yang mengamalkan konsep realpolitik serta
politik darah dan besi semasa memerintah Jerman pada abad ke-19.
Gambar
Mengapakah beliau mengamalkan konsep tersebut?
A. Melicinkan pentadbiran
B. Menyatukan negara
C. Menghapuskan sistem diktaktor
D. Menggubal perlembagaan bertulis
26. Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih yang diamalkan di
Negeri Sembilan.
Perbilangan tersebut dapat dikaitkan dengan
A. menyambut kelahiran
B. protokol istana
C. pemilihan pemimpin
D. adat perkahwinan
27. Rajah 4 menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu.
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku berlembaga
Anak buah berbuapak
SULIT 11 1249/1
Rajah 4
Apakah tujuan British memperkenalkan pentadbiran di atas?
A. Memajukan penduduk tempatan
B. Menyeragamkan pentadbiran
C. Menghapuskan sempadan negeri
D. Memperkukuh pemerintahan beraja
28. Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung dalam
piagam di atas?
A. Dasar liberalisasi
B. Amalan realpolitik
C. Amalan monarki
D. Dasar dekolonisasi
29. Apakah kepentingan pembentukan sistem di atas?
A. Memperoleh kerakyatan yang sama
B. Memelihara hak penduduk peribumi
C. Mendapatkan sokongan padu penjajah
D. Melatih pemimpin dalam pentadbiran
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
Sebelum Perang
Dunia Kedua
Negeri-Negeri Selat
Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu
Negeri-Negeri
Melayu Tidak
Bersekutu
Piagam Atlantik 1945
Sistem Ahli – Januari 1951 hingga Jun 1955
Selepas Perang Dunia Malayan Union
SULIT 12 1249/1
30. Gambar 3 menunjukkan Tunku Abdul Rahman sedang diarak di Bandar Hilir,
Melaka pada 20 Februari 1956.
Gambar 3
Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada rakyat Tanah Melayu?
A. Kempen pilihan raya umum
B. Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
C. Pembentukan Persekutuan Malaysia
D. Kunjungan pemimpin negara
31. Jadual 7 berkaitan cadangan ke arah pembentukan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman
Tokoh Tunku Abdul Rahman
Tarikh 27 Mei 1961
Idea Penggabungan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei
Jadual 7
Mengapakah Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea penggabungan tersebut?
I. Mengembangkan ekonomi
II. Mengukuhkan institusi kesultanan
III. Menyediakan kemudahan sosial
IV. Menamatkan penjajahan British
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
SULIT 13 1249/1
Parti Rakyat Brunei
Barisan Sosialis Singapura
Parti Bersatu Rakyat Sarawak
32. Apakah persamaan yang terdapat antara ketiga-ketiga pertubuhan di atas?
A. Menentang pembentukan Persekutuan Malaysia
B. Pemimpin dipenjarakan oleh British
C. Dipengaruhi oleh fahaman sosialis
D. Bersifat radikal
33. Jadual 8 menerangkan peristiwa penentangan Indonesia terhadap gagasan Malaysia.
Tarikh 20 Januari 1963
Peristiwa Konfrontasi Indonesia
terhadap Malaysia
Kempen Ganyang Malaysia
Jadual 8
Mengapakah Indonesia bertindak demikian?
A. Terpengaruh dengan dakyah komunis
B. Tidak dijemput untuk berunding
C. Terpedaya dengan penjajah Belanda
D. Tindakan perluasan wilayah terhalang
34. Gambar 4 menunjukkan komponen Parlimen negara kita.
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT X
SULIT 14 1249/1
Gambar 4
Apakah X ?
A. Jemaah Menteri
B. Majlis Raja-raja
C. Yang Dipertua Negeri
D. Yang di-Pertuan Agong
35. Antara rakyat Malaysia berikut, yang manakah layak mengundi secara pos?
I. Encik Zulkefli yang sedang melancong ke Turki
II. Puan Aini yang mendapat rawatan barah di Singapura
III. Puan Noraidah yang sedang melanjutkan pelajaran di Australia
IV. Kapten Zarrawi yang sedang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
36. Encik Mohsin telah diisytiharkan muflis di mahkamah.
Mengikut sistem pilihan raya di Malaysia beliau tidak layak untuk
A. menyertai parti politik
B. menjadi calon pilihan raya
C. mendaftar sebagai pengundi
D. menjalankan kempen pilihan raya
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
Dewan Negara Dewan Rakyat
SULIT 15 1249/1
Rajah 5
37. X dalam rajah 5 di atas merujuk kepada
A. Jawatankuasa Kabinet
B. Majlis Gerakan Negara
C. Majlis Angkatan Tentera
D. Jawatankuasa Antara Kerajaan
38. Rajah 6 yang berikut merujuk kepada cabaran kelapan Wawasan 2020.
Apakah langkah yang perlu diambil bagi menghadapi cabaran di atas?
A. Kekayaan negara dikongsi
B. Pelaburan asing ditingkatkan
C. Membangunkan modal insan
D. Memantapkan jati diri rakyat
39. Apakah sumbangan Malaysia untuk menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika
Selatan?
A. Menyekat bantuan kemanusiaan
B. Menamatkan perlindungan politik
C. Menggugurkan keahliannya dalam Komanwel
D. Mengesyorkan penglibatan tentera Komanwel
40. Jadual 9 menunjukkan perubahan dasar luar Malaysia.
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
X Ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei
1969 Mengembalikan keharmonian kaum Pentadbiran selama 21 bulan
Cabaran kelapan Wawasan 2020
Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
SULIT 16 1249/1
Dasar Luar Malaysia
Sebelum 1971 Pro-Barat
Selepas 1971 Berkecuali
Jadual 9
A. Suasana yang aman di Vietnam
B. Bantuan pertahanan dari Komanwel
C. Pengaruh British di Timur berkurangan
D. Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu ditandatangani
Disediakan oleh : Disemak oleh:
................................................ ........................................................(NORAIDAH BINTI MISPARI) (BADRIAH BINTI MD. ZIN) Ketua Panitia Sejarah SMKPP 18(1)
Disahkan oleh :
...........................................................
SOALAN TAMAT
SEJARAH KERTAS 1
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT
SULIT 17 1249/1
JAWAPAN SET 1
NO JAWAPAN NO JAWAPAN NO JAWAPAN NO JAWAPAN
1 A 11 A 21 A 31 B
2 B 12 C 22 A 32 A
3 C 13 B 23 D 33 A
4 D 14 D 24 C 34 D
5 D 15 B 25 B 35 D
6 A 16 A 26 C 36 B
7 C 17 C 27 B 37 B
8 D 18 D 28 D 38 A
9 C 19 C 29 D 39 C
10 B 20 A 30 B 40 C
SMK PUTRAJAYA P18(1) SULIT