ifolio.ukm.my · web viewapa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat...
TRANSCRIPT
HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYATSet 27
PENSYARAH: EN. MUHAMAD ASHRAF BIN AZMAN
Semester 1 Sesi 2014/2015
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Nama : NAJIHAH BINTI AHAMAD PEKRY
No Matrik : A 145674
No Telefon : 017-5680609
Program Pengajian : GENETIK
1.0 PENGENALAN
“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi
sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”. Begitulah
sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang
digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang
pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia,
masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.
Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat
dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai
kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala
pencemaran atau sesuatu yang mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang
lain.
Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak
langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana
bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan-
bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah yang
menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau
kebajikan awam atau kepada binatang, hidupan-hidupan liar, akuatik atau tumbuh-
tumbuhan.
Masalah pencemaran seperti pencemaran air, tanah, udara, bunyi dan cahaya
sentiasa menghantui pemikiran manusia. Tetapi segelintir masyarakat hanya
memejam sebelah mata. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil
berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup generasi
yang akan datang.
2.0 ISI KANDUNGAN
2.1 PENCEMARAN UDARA
Apakah maksud pencemaran udara? Pencemaran udara merupakan satu
keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim atau bahan biologi
yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau
organism hidup lain dan merosakkan alam sekitar. Pencemaran udara boleh
diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran
udara sekunder. Pencemaran udara primer ialah penghasilan sulfur monoksida dan
karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Pencemaran
sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung
dengan wap-wap di udara. Topik ini membincangkan tentang faktor-faktor
pencemaran udara, kesannya kepada alam sekitar dan kehidupan di bumi serta
langkah-langkah yang efektif untuk menangani pencemaran ini.
Terdapat punca-punca yang menyebabkan pencemaran udara. Punca pertama
ialah disebabkan oleh aktiviti perindustrian. Perkembangan dalam bidang ini
menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan
organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan
pencemar yang berbeza. Kilang-kilang seperti kilang nukleur melepaskan gas-gas
yang amat bahaya. Walaupun kilang nukleur mendatangkan banyak kebaikan, tetapi
juga mendatangkan keburukan. Seterusnya, antara punca lain ialah pelepasan gas-gas
daripada kenderaan motor. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan
bermotor seperti kereta, lori dan bas. Setiap pergerakan kenderaan motor
menggunakan tenaga yang banyak. Kenderaan motor membakar bahan api fosil untuk
pergerakan yang menghasilkan asap-asap yang dapat mencemarkan udara. Kenderaan
berdaftar digunakan dalam Malaysia semakin meningkat, ini juga bermaksud
pencemara udara semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Selain daripada itu,punca lain juga ialah pembakaran terbuka. Tidak dinafikan
pembakaran terbuka juga mampu menjadi penyumbang kepada pencemaran udara
yang semakin kritikal pada masa kini. Sebagai contoh terdapat pihak tertentu
membakar hutan untuk dijadikan projek penanam semula. Ini sebagai zahirnya adalah
baik pada pandangan mata kasar manusia. Tetapi hakikatnya, ini adalah satu aktiviti
yang mampu menjadi punca pada pencemaran udara dengan membakar hutan dengan
tidak terkawal.
Pada pendapat saya, pembakaran terbuka bukan sahaja dimaksudkan sebagai
masyarakat membakar sesuatu secara berleluasa tetapi ia juga boleh dimaksudkan
sebagai pembakaran yang dilakukan tanpa melakukan perancangan terlebih dahulu.
Bagi saya, tidak salah untuk membakar hutan untuk membuat bangunan baharu di
tempat tersebut. Tetapi, kita seharusnya bijak merancang pembakaran itu secara
sistematik supaya dapat mengelakkan pencemaran udara berlaku.
Punca-punca pencemaran udara ini telah membawa kesan yang sangat buruk
kepada kehidupan di bumi terutamanya. Antara kesan negatif pencemaran udara pada
masa kini ialah memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di
dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis
(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna) dan perubahan pertumbuhan. Barli,
kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan
dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang bayam dan kentang
juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada
penduduk di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh. Haiwan-haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah
memusnahkan tempat tinggal mereka. Maka, haiwan-haiwan terbunuh dan spesis-
spesis yang terancam juga akan menghadapi kepupusan. Sebagai contoh, gajah,
harimau, kuda, singa dan sebagainya.
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang
melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorokarbon (CFC) yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman
udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan sinaran matahari
mudah memasuki lapisan bumi dengan mudah. Pendedahan secara terus kepada
cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada
manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan
berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan
menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid
yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida
dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-
oksida nitrogen (NO2) dilepaskan ke udara dan bertindak balas dengan wap air yang
terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini
terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat-tempat lain dan
membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan
menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke
dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak
subur.
Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh
seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan
oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi
punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk
bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida
yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat ,
persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama
kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi
menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya
kejadian alam yang tidak normal. Sebagai contoh, kejadian tsunami yang berlaku di
Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran
hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan
juga menjejaskan kualiti udara.
Oleh yang demikian, langkah-langkah drastik harus dilakukan untuk
mengurangkan berlakunya pencemara udara ataupun untuk mengelakkan pencemaran
udara dari terus berlaku. Sebagai masyarakat perihatin, kita mestilah bekerjasama
untuk mengelakkan pencemaran udara menjadi lebih teruk daripada yang sekarang.
Banyak cara yang dapat mengatasi pencemaran udara. Langkah pertama ialah
kita perlu mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri. Kebanyakan pencemaran
udara berlaku adalah daripada sikap manusia yang mengutamakan kepentingan
sendiri. Pemilik kilang membebaskan gas-gas beracun ke udara kerana ingin
mendapatkan keuntungan yang lebih dan tidak mahu membazirkan duit untuk
menapiskan gas-gas tersebut. Oleh itu, kita perlu mengubahkan cara berfikir dan sikap
kita sendiri dengan menyedari pencemaran udara akan mendatangkan banyak kesan-
kesan negatif yang merosakkan alam.
Langkah kedua ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen
tentang pencemaran udara. Tujuan kempen diadakan ialah menyedarikan masyarakt
tentang kepentingan memeliharan dan menjaga alam sekitar. Di samping itu,
masyarakat akan didedahkan tentang kesan-kesan, punca-punca dan langkah-langkah
mengatasi alam sekitar. Kempen ini harus diadakan sepanjang tahun supayakan
masyarakat tidak akan lupa menjaga alam sekitar. Kempen ini boleh diakan di
sekolah, dewan perumahan atau perpustakaan awam. Poster juga boleh ditampal di
tempat-tempat yng dapat dilihat oleh orang ramai.
Langkah ketiga ialah kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang
berkenaan. Maksud kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkenaan ialah
pihak yang melakukan pencemaran udara akan dikenakan tindakan dari segi undang-
undang. Kilang-kilang yang melepaskan asap-sap yang mencemarkan udara akan
disaman. Jika kilang tersebut terus melakukan kegiatan tersebut. Lesen perniagaan
akan diantung. Orang ramai juga tidak boleh melakukan aktiviti pembakaran dengan
sesuka hati. Tujuan adalah meminimumkan pencemaran udara ke tahap yang lebih
rendah.
Berikut merupakan undang-undang di bawah akta Kualiti Alam Sekeliling,
1974 ( Pindaan 1996 ), Peraturan-peraturan untuk mengawal pencemaran air telah pun
dikuatkuasakan iaitu pertamanya peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Premis
Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah)1977- P.U(A)342/77 adalah untuk
mengawal pelepasan effluen dari kilang kelapa sawit. Kedua, peraturan-peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978-P.U
(A)338 / 78 adalah untuk mengawal pelepasan effluen dari kilang getah. Ketiga,
peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan dan Effluen-effluen
Perindustrian) 1979 - P.U (A) 12 / 79 - untuk mengawal pelepasan kumbahan dan
effluen dari industri-industri (selain dari kilang getah dan kelapa sawit).
2.2 PENCEMARAN AIR
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong
kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti
harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya.
Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab
sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air
didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-
sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang
melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan
kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan
kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti
burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
Antara punca pencemaran air berlaku adalah sikap segelintir pengusaha kilang
yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga
mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak
memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke
dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air
sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa
radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut
mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran
tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran
laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3
yang membawa 61, 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya
pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.
Punca pencemaran air yang lain juga ialah bahan buangan domestik. Bahan-
bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan
dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Pihak-pihak yang tidak bertanggung
jawab mengambil jalan mudah dengan menyalirkan bahan kumbahan ke dalam parit
dan sungai. Apabila sampah organik domestik ini mereput dan diuraikan oleh bakteria
dengan oksigen yang terlarut di dalam air maka, wujud keadaan kekurangan oksigen
dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.
Pembangunan industri perkilangan juga menjadi punca pencemaran air yang
utama. Kebanyakan kilang dibina di tebingan sungai untuk memudahkan bahan-bahan
buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair
kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat terlebih dahulu dan
mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.
Sektor pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan
hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke
dalam sungai-sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan
pemprosesan dibuang ke dalam sungai lalu menyebabkan air sungai teremar. Selain
itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak juga
mencemarkan sumber air sebab bahan-bahan tersebut menghalang penembusan
cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan air
dan hidupan akuatik.
Selain itu, industri perlombongan juga antara punca pencemaran air. Cari gali
petroleum di dasar laut dan pertumpahan minyak adalah antara bukti nyata.
Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menambah lagi
masalah pencemaran ini.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut
juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang
terhasil dari makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik
larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga
menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.
Ujian-ujian bom di laut juga antara faktor penyebab pencemaran air laut.
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang
tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya
yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi
kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah
saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air
mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan
minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan
tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan
ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah
mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan
mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah
menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila
fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air
akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan
menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
Media masa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk
meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen
kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian.
Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam
sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-
undang. Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah
mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang
melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh
dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,
iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih
daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan
tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua
kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air
sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
3.0 PENUTUP
Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan
keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit
untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam
sekitar terus dicemari, generasi akan datang akan kehausan signifikan alam sekitar
terhadap masyarakat di dunia.
Langkah untuk mengatasi pencemaran alam seterusnya ialah pihak kerajaan
perlu melaksanakan kempen dengan lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah yang
paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang pelbagai perkara.
Pelbagai media massa dapat digunakan untuk menjadi wadah penyampaian maklumat
melalui kempen. Contohnya, televisyen merupakan media yang paling dekat dengan
masyarakat. Pada umumnya setiap rumah di negara kita mempunyai set televisyen.
Oleh itu, televisyen wajar digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan maklumat
tentang langkah-langkah mengatasi pencemaran alam. Media-media lain seperti surat
khabar dan radio juga wajar digunakan sepenuhnya untuk menjadi wadah kempen
penjagaan alam sekitar. Selama ini kempen yang dilaksanakan tidak begitu berkesan.
Pihak yang terbabit hanya melaksanakan kempen tidak ubah seperti pahat dengan
penukul. Adakalanya kempen yang dilaksanakan bersifat aktiviti bermusim. Oleh
yang demikian, kempen yang lebih berkesan dan dijalankan dengan bersungguh-
sungguh dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan
alam sekitar yang jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-
masalah alam sekitar yang timbul kini. Namun penguatkuasaan sepenuhnya masih
tidak dapat dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada. Dalam hal
ini, kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan bukannya menggubal dan
meluluskan undang-undang alam sekitar yang baru.
Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam
meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata
menangani isu-isu alam sekitar yang timbul. Penyelesaian masalah alam sekitar secara
bukan perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu
dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan
terancang dapat dicapai dengan berkesan.
Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya
menuju ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ketiga
hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun masih banyak lagi tindakan yang
perlu dilakukan untuk mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan
dan kekangan yang timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua pihak dan
bukan kerajaan semata-mata. Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan
trend kehidupan orang ramai tanpa mengambil kira pembangunan alam sekitar, tetapi
apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga yang tinggi
untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma sahaja.
Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan
alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan
pembangunan terancang untuk semua.
4.0 RUJUKAN
1. Pencemaran udara dan air:
http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/alam-sekitar-pencemaran-darat-air-dan-udara
2. Pencemaran air:
http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-air.html
3. Pencemaran udara:
http://bmpengurusankumpulan15.blogspot.com/2010/08/pemcemaran-udara.html