smkpelindung.weebly.com · web viewcontoh: raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. anak...

123
SPM 2017 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS (PERCUBAAN BM SPM 2017 JOHOR SET 1) Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor (iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin (iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (vi) Tirani karya Ben Sabariah (vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman (a) Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya termasuk novel. Huraikan dua latar masyarakat dalam sebuah novel yang anda kaji. [7 markah] (b) Berpandukan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan nilai kerjasama dalam setiap novel tersebut? [8 markah] Halaman 1

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SPM 2017 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 JOHOR SET 1)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii)Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii)Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(iv)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(vi)Tirani karya Ben Sabariah

(vii)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(viii)Silir Daksina karya Nizar Parman

(a)

Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya termasuk novel.

Huraikan dua latar masyarakat dalam sebuah novel yang anda kaji.

[7 markah]

(b)

Berpandukan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan nilai kerjasama dalam setiap novel tersebut?

[8 markah]

JOHOR SET 1 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Di Sebalik Dinara

Silir Daksina

· Masyarakat yang penyayang

Peristiwa: Walaupun Farisha merupakan anak angkat, Azraai tetap menyayanginya seperti adik kandung. Azraai memasang ‘retinal scanner’ di pintu masuk rumah Farisha untuk memastikan keselamatan Farisha terjamin.

· Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup

Peristiwa: Farisha tabah menerima hakikat bahawa Karl, seorang saintis terkenal yang terlantar sakit dan sedang nazak itu ialah bapa kandungnya dan Medina ialah ibu kandungnya yang pernah cuba membunuhnya semasa dia kecil.

· Masyarakat yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas

Peristiwa: Dr. Haris bertanggungjawab merawat Karl. Dr. Haris menjerit mengingatkan Dr. Maxi agar segera menghentikan sesi komunikasi bawah sedar kerana Karl sedang nazak.

· Masyarakat yang bekerjasama dalam memajukan syarikat

Peristiwa: Farisha dan Rosman saling bekerjasama membangunkan syarikat perkongsian mereka, iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Syarikat Soft Lab.

· Masyarakat yang penyayang

Peristiwa: Cikgu Amirulnizam amat menyayangi dan merindui anaknya yang jauh terpisah di Terengganu. Oleh sebab Aiman sebaya dengan Ai Ling, Cikgu Amirulnizam menyayangi dan melayani Ai Ling seperti anaknya sendiri.

· Masyarakat yang tabah dalam menghadapi cabaran hidup

Peristiwa: Haiqal Hakimi tabah menghadapi konflik dengan ibunya yang tidak membenarkan Haiqal menjejaki sejarah hidup arwah ayahnya, Cikgu Abdullah di Batu Pahat. Haiqal tetap dengan keputusannya meskipun terpaksa bertengkar dengan uminya, Rafiqah.

· Masyarakat yang bertanggungjawab menyara keluarga

Peristiwa: Tauke Ong bertanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga sehingga anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tauke Ong bekerja kuat sebagai penoreh getah pada waktu pagi. Pada waktu petang pula, dia meraih pisang untuk dijual di pekan.

· Masyarakat yang bekerjasama dalam menjalankan sesuatu program

Peristiwa: Tauke Ong dan penduduk Kampung Seri Purnama bekerjasama menjayakan majlis persembahan tarian zapin untuk dipersembahkan kepada Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi. Bermula daripada mesyuarat, membuat persiapan tempat dan menyediakan jamuan, semuanya dilakukan bersama-sama dengan sepakat.

JOHOR SET 1 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Di Sebalik Dinara

Silir Daksina

· Peristiwa: Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar bekerjasama untuk menyelamatkan Dinara. Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram menjejaki Farisha untuk menggodam sistem Dinara.

Nilai kerjasama dalam menjayakan sesuatu pekerjaan.

· Peristiwa: Farisha dan Rosman bekerjasama memajukan syarikat mereka iaitu Secured Shell Sdn. Bhd.

Nilai kerjasama dalam memajukan sesebuah syarikat

· Peristiwa: Karl bekerjasama dengan Medina bagi mencipta prototaip yang dikenali sebagai Alia.

Nilai kerjasama dalam suatu pasukan

· Peristiwa: Shida bekerjasama dengan Farisha untuk menyemak undang-undang dan peraturan Soft Lab.

Nilai kerjasama dalam melaksanakan kajian atau penyelidikan

· Peristiwa: Azraai bekerjasama dengan Rosman untuk menjejaki Farisha yang telah diculik oleh Medina.

Nilai kerjasama dalam usaha menyelamatkan nyawa

· Peristiwa: penduduk kampung Seri Purnama yang terdiri dan para penduduk bekerjasama membuat persediaan untuk menyambut kehadiran YB Samsuri dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri.

Nilai kerjasama dalam menjayakan aktiviti atau program yang dirancang.

· Peristiwa: Haiqal bersama dengan penduduk kampung berusaha untuk menghidupkan tarian zapin Jincat.

Nilai kerjasama dalam memelihara warisan budaya

· Peristiwa: Golongan wanita yang bekerjasama menyediakan makanan untuk jamuan semasa majlis perasmian zapin di Kampung Seri Purnama.

Nilai kerjasama dalam masyarakat kampung

· Peristiwa: Tauke Ong dan anaknya See Hwa bekerjasama dengan penduduk kampung yang terdiri daripada orang Melayu bagi menghidupkan tarian zapin.

Nilai kerjasama dalam masyarakat pelbagai kaum

· Peristiwa: Golongan pemuda di Kampung Seri Purnama bekerjasama menyusun kerusi sebagai persiapan majlis untuk menerima kehadiran YB.

Nilai kerjasama yang erat dalam kalangan golongan muda

(PERCUBAAN BM SPM 2017 JOHOR SET 2)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii)Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii)Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(iv)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(vi)Tirani karya Ben Sabariah

(vii)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(viii)Silir Daksina karya Nizar Parman

(a)

Latar tempat merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah novel.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai kegigihan dalam kedua-dua novel tersebut.

[8 markah]

JOHOR SET 2 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Di Sebalik Dinara

Silir Daksina

· Bilik kerja Farisha di Soft Lab

Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, yang juga boleh digunakan sebagai ‘touch screen’.

Atau

Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis yang hebat bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.

· Lapangan Terbang Senai

Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga mengganggu orang lain.

· Monorel – Stesen kereta api ke Puchong

Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan wanita itu.

· Rumah agam Karl di Puchong

Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.

Atau

Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan Soft Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan jururawat.

· Rumah Azraai

Farisha mengunjungi abangnya, Azraai untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Pada malam itu dia mengetahui rahsia penyakit abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat.

· Warung Wak Min

Haiqal memperkenalkan diri sebagai anak Abdullah Kayan kepada Wak Min. Wak Min meminta Haiqal makan roti canai dahulu sementara menunggu Tauke Ong.Tauke Ong sampai di warung Wak Min lalu mendekati Haiqal dan berjanji akan membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

· Balai Raya Kampung Seri Purnama.

Haiqal pergi ke balai raya tersebut sambil ditemani oleh See Hwa dan Lazim. Haiqal seakan-akan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat di situ adalah hasil penulisan ayahnya. Sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ, Haiqal tertarik melihat sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.

· Kamar tidur Haiqal.

Umi bercerita perihal sebenar ayah kandungnya. Ayah kandung Haikal bernama Abdullah bin Kayan berada jauh daripadanya. Haiqal yang masih kecil ketika itu tidak berkata apa-apa kerana enggan menyakiti perasaan Uminya. Namun dia berhasrat untuk menjejaki kehidupan ayahnya suatu hari nanti.

· Kampung Seri Purnama iaitu kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat.

Haiqal berkenalan dengan Tauke Ong dan anaknya, Ong See Hwa. Daripada mereka,Haiqal lebih mengenali dan mengetahui perwatakan arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan.

JOHOR SET 2 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Di Sebalik Dinara

Silir Daksina

· Peristiwa:Farisha gigih menimba ilmu dalam bidang perkomputeran. Farisha sanggup membeli tiket yang berharga RM2,500 untuk dia dan Rosman bagi menghadiri simposium di Hotel Renaissance yang dirasmikan oleh Philips Yong, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa.

Nilai kegigihan menimba ilmu pengetahuan

· Peristiwa: Farisha gigih mengusahakan perniagaannya bersama-sama rakan kongsi, Rosman. Mereka sanggup menerima projek-projek kecil untuk memastikan Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. terus maju

Nilai kegigihan memajukan bidang perniagaan.

· Peristiwa: Aqram dan Dr Maxi berusaha menjejaki Farisha untuk menyelamatkan sistem Dinara seperti yang diamanahkan oleh Karl.

Nilai kegigihan menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda.

· Peristiwa: Karl telah mempersiapkan Farisha sejak kecil untuk membantunya menyelamatkan Dinra daripada dimusnahkan.

Nilai kegigihan mempertahankan hasil kajian

· Peristiwa:Aqram menjejaki Farisha selama sebulan bermula mencari Farisha di syarikat tempat lama Farisha bekerja. Dia juga menjejaki Farisha menerusi alamat e-mel, facebook dan nombor telefon tetapi semuanya telah dipadam. Akhirnya Aqram berjaya menjejaki Farisha menerusi tempahan tiket kapal terbang.

Kegigihan menjejaki seseorang yang sangat dikehendaki

· Peristiwa: Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam semua pekerja masih sibuk menyiapkan tugasan masing-masing di Soft Lab.

Kegigihan menyiapkan tugasan

· Peristiwa: Haiqal gigih menjejaki kehidupan arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan di Kampung Seri Purnama. Haiqal sanggup pergi Batu Pahat seorang diri walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke kampung halaman ayahnya semata-mata uttuk mengenali arwah ayahnya dengan lebih mendalam.

Nilai kegigihan mencari latar belakang keluarga

· Peristiwa: Haiqal gigih belajar tarian zapin daripada Pak Cik Bakar dan Lazim. Mereka sering berlatih di Balai Raya Seri Purnama. Akhirnya, Haiqal berjaya membuat persembahan tarian zapin dengan jayanya secara berpasangan dengan Ong See Hwa.

Nilai kegigihan mempelajari kemahiran menari

· Peristiwa: Tauke Ong gigih bekerja sebagai penoreh getah pada waktu pagi. Dia juga membeli hasil penduduk kampung seperti kelapa dan pisang pada waktu petang untuk dijual di bandar.

Nilai kegigihan mencari rezeki.

· Peristiwa: Abdullah Kayan gigih menghasilkan beberapa karya sastera seperti novel kanak-kanak. Beliau juga berusaha gigih untuk menghidupkan tarian zapin di Kampung Seri Purnama.

Nilai kegigihan memperjuangkan seni bahasa dan budaya.

· Peristiwa: Ai Ling berlatih mendeklamasi sejak pada setiap petang di rumah Cikgu Amirunizam, Ai Ling gigih berlatih dan akhirnya dia berjaya memenangi pertandingan mendeklamasi sajak di sekolahnya.

Nilai kegigihan berlatih untuk berjaya.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 JOHOR SET 3)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii)Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii)Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(iv)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(vi)Tirani karya Ben Sabariah

(vii)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(viii)Silir Daksina karya Nizar Parman

(a)

Pelbagai peristiwa berlaku dalam latar tempat yang sama.

Jelaskan dua peristiwa yang berlaku di satu latar tempat yang sama dalam sebuah novel.

[7 markah]

(b)

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang tidak wajar dicontohi.

[8 markah]

JOHOR SET 3 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Di Sebalik Dinara

Silir Daksina

· Bilik kerja Farisha di Soft Lab

Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai ‘touch screen’.

Dan

Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis yang hebat bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.

· Rumah agam Karl di Puchong

Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.

Dan

Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan Soft Lab. Karl terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan jururawat.

· Hotel Renaissance

Farisha telah datang ke Hotel Renaissance kerana dia hendak menyertai ucapan pembukaan yang akan disampaikan oleh Philips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Malangnya Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya hologram beliau yang muncul di pentas sahaja. Akhirnya Rosman sempat tiba di dewan itu.

Dan

Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab dan ingin menawarkan projek kepada syarikat Farisha. Ketika berbual-bual dengan Farisha, Aqram menekankan Penetrator di tangannya untuk melemahkan ‘Wall’ minda Farisha. Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya berkilat di depan matanya. Aqram hanya sempat membaca sedikit ingatan Farisha sahaja.

· Balai Raya Kampung Seri Purnama

Cikgu Amirulnizam memerhatikan rakan-rakannya dan anak muda belajar dan berlatih menari zapin . Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim iaitu Ai Ling yang turut serta dalam aktiviti itu. Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim.

Dan

Kehadiran YB Shamsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut meriah. Semasa Ai Ling membuat persembahan , Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan anaknya, Aiman berada di pentas ituYB Samsuri berjumpa Amirulnizam dan mengucapkan tahniah serta berharap Kg Seri Purnama menjadi perkampungan sastera.

· Rumah Abdullah Kayan @ CikguAmirulnizam

Cikgu Amirulnizam sedang menulis manuskrip dan berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama membacanya. Ai Ling bertanyakan kesihatan Cikgu Amirulnizam apabila melihat wajah cikgu Zam yang pucat. Namun cikgu Zam hanya memberi alasan bahawa dia penat bukannya sakit.

Dan

Tauke Lim, Ai Ching dan Ai Ling datang ke rumah Cikgu Amirulnizam untuk memintanya menumpangkan anak-anaknya ke sekolah dan membelikan bateri kereta.

Dan

Ai Ling datang ke rumah Cikgu Amirulnizam bersama-sama Ai Ching. Ai ling berlatih mendeklamasi sajak dengan Cikgu Amirulnizam pada setiap petang.

JOHOR SET 3 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Di Sebalik Dinara

Silir Daksina

· Peristiwa: Karl terlalu taksub dengan sains sehingga sanggup menanam pelbagai implan dalam diri Farisha yang hanya merupakan seorang bayi untuk menjadikan Farisha seorang genius.

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana tindakan ini kejam dan bertentangan dengan agama

· Peristiwa: Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak mempedulikan orang yang ada di sekeliling sehingga membuatkan Farisha berasa jengkel.

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana sikap mementingkan diri yang mungkin boleh mengundang pergaduhan.

· Peristiwa: Farisha ialah anak yang lahir hasil daripada hubungan sulit antara Karl dan Medina.

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana perbuatan zina ini amat dilarang oleh agama Islam.

· Peristiwa: Medina berdendam terhadap Karl kerana Karl pernah mensabotajnya. Medina berusaha mencari dan menculik Farisha agar usaha Karl untuk menyelamatkan Sistem Dinara dengan bantuan Farisha gagal.

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana perasaan dendam ibarat api yang membakar sifat baik dalam diri Medina sehingga sanggup menghancurkan hidup orang lain.

· Peristiwa: Karl yang pada asalnya beragama Islam telah berubah menjadi seorang ateis dan meninggalkan wasiat kepada Azraai agar mayatnya dibakar.

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana murtad merupakan dosa besar.

· Peristiwa: Umi tidak membenarkan Haiqal melawat ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat malahan uminya mengugut bahawa dia tidak memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Batu Pahat.

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana sikap seorang ibu yang memutuskan hubungan seorang anak dengan ayahnya.

· Peristiwa: Haiqal bertengkar dengan uminya apabila uminya tidak membenarkan dia ke kampung arwah ayahnya.

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana tindakan menderhaka terhadap ibu ialah dosa besar.

· Peristiwa: Ketika Haiqal, Pak Cik Bakar dan beberapa orang kampung berlatih tarian zapin di balai raya, tiada anak muda yang menyaksikan latihan itu. Mereka lebih gemar bersidai di tepi jalan atau duduk di atas motosikal.

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana seni budaya yang menjadi warisan bangsa akan pupus dan dilupakan.

· Peristiwa: Cikgu Amirulnizam merahsiakan penyakit yang dihidapinya daripada semua orang termasuk orang yang rapat dengannya seperti Tauke Lim, Ai Ling dan Pak Cik Bakar.

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana akan mengecewakan banyak pihak dan menyebabkan mereka berasa menyesal kerana tidak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan orang yang disayangi.

· Peristiwa: Tauke Ong yang terpaksa merantau dari Ipoh ke Batu Pahat, Johor kerana semua tanah mendiang bapanya habis digadaikan oleh abangnya kerana hutang kepada ‘tai long’. Abangnya suka bermain judi.

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana budaya berjudi meninggalkan banyak kesan negatif bukan sahaja kepada diri malah keluarga turut menghadapi masalah.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PENANG SET 1)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii)Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii)Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(iv)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)Tirani karya Beb Sabariah

(vi)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu bt Mohd Yusop

(vii)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib

(viii)Silir Daksina karya Nizar Parman

(a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tema dan contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya.

[8 markah]

PENANG SET 1 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

· Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti persekolahan di kampung datuknya.

· Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya. Lili berusaha sedaya upaya menempuh dugaan dengan semangat yang kental.

· Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang mempertahankan pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda.

· Lili tabah menghadapi karenah datuknya yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.

· Lili tabah menghadapi karenah ibunya yang menyuruh Lili menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.

· Peristiwa Lili pernah ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk pulang ke Kuala Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini.

· Peristiwa Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun seorang diri menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang mula dipupuk dalam diri Lili.

· Tema Novel Songket Berbenang Emas ialah ketabahan/kecekalan seorang gadis remaja menghadapi cabaran hidup.

· Dahlia tabah menghadapi karenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.

· Dahlia tabah menjaga adik-adiknya yang masih kecil kerana bapanya, Embong dirawat di hospital akibat dipatuk ular tedung dan dia terpaksa berulang-alik ke hospital melawat bapanya.

· Dahlia tabah menghadapi desakan neneknya, Nek Kiah yang bercadang hendak menjual tanah yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya atas alasan tidak mampu membayar wang yang diminta oleh neneknya.

· Dahlia tabah menghadapi pandangan negatif Aton dan Nek Kiah terhadap keluarganya kerana ibunya Saleha kurang siuman dan dirawat di Hospital Permai.

· Kecekalan Dahlia juga dapat dilihat melalui sikapnya yang gigih belajar demi mencapai kejayaan. Sungguhpun belajar di tempat yang kurang selesa iaitu di pusat pemindahan banjir namun dia gigih belajar sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim, Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading.

PENANG SET 1 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

· Watak utama dalam novel ini ialah Lili.

· Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.

· Konflik kepincangan rumahtangga Che Jah disebabkan sikap panas baran suaminya. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah tangganya kepada pihak polis supaya suaminya Seman dapat diheret ke muka pengadilan.

· Konflik antara penduduk kampung tentang pemasangan kubah. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili dan Danel berusaha memberi pelbagai cadangan kepada penduduk kampung untuk berbincang dan bermesyuarat tentang masalah yang dihadapi itu kemudian membuat keputusan agar kubah tersebut dipasang pada bumbung masjid baharu yang bakal dibina di kampung itu.

· Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia

· Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah. Cara penyelesaiannya Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur oleh Nek Kiah

· Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital. Cara penyelesaiannya Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah.

· Konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil perempuan murahan kerana ada beberapa orang lelaki yang melawat rumahnya. Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia atas kematian anaknya. Cara penyelesaiannya, Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan Tuhan.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PENANG SET 2)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii)Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii)Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(iv)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)Tirani karya Beb Sabariah

(vi)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(vii)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib

(viii)Silir Daksina karya Nizar Parman

(a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tema novel tersebut.

[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan konflik yang terdapat dalam novel tersebut dan cara watak utama menyelesaikannya.

[8 markah]

PENANG SET 2 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

· Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti persekolahan di kampung datuknya.

· Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya. Lili berusaha sedaya upaya menempuh dugaan dengan semangat yang kental.

· Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang mempertahankan pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda.

· Lili tabah menghadapi karenah datuknya yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.

· Lili tabah menghadapi karenah ibunya yang menyuruh Lili menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.

· Peristiwa Lili pernah ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk pulang ke Kuala Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini.

· Peristiwa Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun seorang diri menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang mula dipupuk dalam diri Lili.

· Tema Novel Songket Berbenang Emas ialah ketabahan/kecekalan seorang gadis remaja menghadapi cabaran hidup.

· Dahlia tabah menghadapi karenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.

· Dahlia tabah menjaga adik-adiknya yang masih kecil kerana bapanya, Embong dirawat di hospital akibat dipatuk ular tedung dan dia terpaksa berulang-alik ke hospital melawat bapanya.

· Dahlia tabah menghadapi desakan neneknya, Nek Kiah yang bercadang hendak menjual tanah yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya atas alasan tidak mampu membayar wang yang diminta oleh neneknya.

· Dahlia tabah menghadapi pandangan negatif Aton dan Nek Kiah terhadap keluarganya kerana ibunya Saleha kurang siuman dan dirawat di Hospital Permai.

· Kecekalan Dahlia juga dapat dilihat melalui sikapnya yang gigih belajar demi mencapai kejayaan. Sungguhpun belajar di tempat yang kurang selesa iaitu di pusat pemindahan banjir namun dia gigih belajar sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim, Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading.

PENANG SET 2 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

· Watak utama dalam novel ini ialah Lili.

· Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.

· Konflik kepincangan rumahtangga Che Jah disebabkan sikap panas baran suaminya. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah tangganya kepada pihak polis supaya suaminya Seman dapat diheret ke muka pengadilan.

· Konflik antara penduduk kampung tentang pemasangan kubah. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili dan Danel berusaha memberi pelbagai cadangan kepada penduduk kampung untuk berbincang dan bermesyuarat tentang masalah yang dihadapi itu kemudian membuat keputusan agar kubah tersebut dipasang pada bumbung masjid baharu yang bakal dibina di kampung itu.

· Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia

· Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah. Cara penyelesaiannya Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur oleh Nek Kiah

· Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital. Cara penyelesaiannya Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah.

· Konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil perempuan murahan kerana ada beberapa orang lelaki yang melawat rumahnya. Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia atas kematian anaknya. Cara penyelesaiannya, Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan Tuhan.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PENANG SET 3)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii)Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii)Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(iv)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)Tirani karya Beb Sabariah

(vi)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(vii)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib

(viii)Silir Daksina karya Nizar Parman

(a)

Tema merupakan persoalan pokok yang menunjangi penceritaan dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan tema novel tersebut beserta dua bukti yang menyokong tema tersebut.

[7 markah]

(b)

Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara menyelesaikannya.

[8 markah]

PENANG SET 3 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

· Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti persekolahan di kampung datuknya.

· Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya. Lili berusaha sedaya upaya menempuh dugaan dengan semangat yang kental.

· Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang mempertahankan pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda.

· Lili tabah menghadapi karenah datuknya yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.

· Lili tabah menghadapi karenah ibunya yang menyuruh Lili menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.

· Peristiwa Lili pernah ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk pulang ke Kuala Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini.

· Peristiwa Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun seorang diri menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang mula dipupuk dalam diri Lili.

· Tema Novel Songket Berbenang Emas ialah ketabahan/kecekalan seorang gadis remaja menghadapi cabaran hidup.

· Dahlia tabah menghadapi karenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.

· Dahlia tabah menjaga adik-adiknya yang masih kecil kerana bapanya, Embong dirawat di hospital akibat dipatuk ular tedung dan dia terpaksa berulang-alik ke hospital melawat bapanya.

· Dahlia tabah menghadapi desakan neneknya, Nek Kiah yang bercadang hendak menjual tanah yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya atas alasan tidak mampu membayar wang yang diminta oleh neneknya.

· Dahlia tabah menghadapi pandangan negatif Aton dan Nek Kiah terhadap keluarganya kerana ibunya Saleha kurang siuman dan dirawat di Hospital Permai.

· Kecekalan Dahlia juga dapat dilihat melalui sikapnya yang gigih belajar demi mencapai kejayaan. Sungguhpun belajar di tempat yang kurang selesa iaitu di pusat pemindahan banjir namun dia gigih belajar sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim, Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading.

PENANG SET 3 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

· Watak utama dalam novel ini ialah Lili.

· Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.

· Konflik kepincangan rumahtangga Che Jah disebabkan sikap panas baran suaminya. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah tangganya kepada pihak polis supaya suaminya Seman dapat diheret ke muka pengadilan.

· Konflik antara penduduk kampung tentang pemasangan kubah. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili dan Danel berusaha memberi pelbagai cadangan kepada penduduk kampung untuk berbincang dan bermesyuarat tentang masalah yang dihadapi itu kemudian membuat keputusan agar kubah tersebut dipasang pada bumbung masjid baharu yang bakal dibina di kampung itu.

· Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia

· Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah. Cara penyelesaiannya Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur oleh Nek Kiah

· Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital. Cara penyelesaiannya Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah.

· Konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil perempuan murahan kerana ada beberapa orang lelaki yang melawat rumahnya. Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia atas kematian anaknya. Cara penyelesaiannya, Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan Tuhan.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PERAK)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(ii)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib

(a)

Persoalan ketabahan merupakan salah satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan ketabahan dalam sebuah novel yang anda kaji.

[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari.

[8 markah]

PERAK 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

- Peristiwa Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.

- Peristiwa Lili tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.

Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan persoalan ketabahan menghadapi kerenah orang tua.

- Peristiwa Lili tabah berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.

Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan persoalan ketabahan menghadapi cabaran ketika diculik.

- Peristiwa Dahlia tabah menghadapi kerenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.

- Peristiwa Dahlia tabah menghadapi kerenah Aton yang menghina Dahlia semasa Azhari menghantarnya pulang ke rumah.

Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan persoalan ketabahan menghadapi kerenah ibu dan orang sekeliling

- Peristiwa Dahlia tabah mengulang kaji pelajaran di balai raya semasa kampung mereka dilanda banjir.

Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan persoalan ketabahan dalam menuntut ilmu.

PERAK 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

· Sikap masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial

Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

· Sikap masyarakat yang terlibat dalam masalah perjudian

Sebagai contohnya, Seman, suami Che Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

· Sikap masyarakat yang bercanggah pendapat

Sebagai contohnya, penduduk kampung yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina masjid yang baru.

· Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab

Sebagai contohnya, suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

· Sikap masyarakat yang suka memandang serong terhadap kekurangan orang lain

Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang memerlukan bantuan untuk berubah.

· Sikap masyarakat yang berprasangka buruk terhadap orang lain

Sebagai contohnya, Aton dan Nek Kiah berprasangka buruk terhadap keluarga Dahlia. Nek Kiah suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Atonsuka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.

· Sikap masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial

Sebagai contohnya, Abu Bakar suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.

· Sikap masyarakat yang suka menghina orang lain

Sebagai contohnya, Mak Aton yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.

· Sikap masyarakat yang mempunyai hasad dengki

Sebagai contohnya, Dahlia, Abu Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan telur yang sudah busuk. Telur itu berisi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua batang paku yang dijumpai mereka dibawah rumah. Bungkusan itu ditanam oleh seseorang yang dengki akan mereka.

· Sikap masyarakat yang memandang serong terhadap kemiskinan orang lain

Sebagai contohnya, Nek Kiah tidak suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana hidup dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam kehidupan.

· Sikap masyarakat yang tidak mahu menerima ketentuan takdir

Sebagai contohnya, Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 KEDAH)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii)Di Sebalik Dinara oleh Dayang Noor

(iii)Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(iv)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)Tirani karya Beb Sabariah

(vi)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(vii)Bima sakti Menari karya Sri Rahayu Mohd

(viii)Silir Daksina karya Nizar Parman

(a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b)

Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.

[8 markah]

KEDAH 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

- Kampung sentosa

Tempat Lili menghabiskan masa cuti persekolahannya selama dua minggu.

- Rumah datuk / Haji Abdual Rahman

Danel dan ayahnya William Ng datang ke rumah datuk untuk berubat.

Tempat Datuk bercerita tentang kemujaraban akar kayu kepada Lili.

- Surau Kampung Sentosa

Tempat berlakunya kekecohan kerana isu pembinaan masjid dan kubah surau serta sikap penduduk kampong yang berpuak-puak.

- Balai Raya

Tempat penduduk kampong berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampong oleh orang yang tidak dikenali.

Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau.

- Kedai Runcit Letchumi

Tempat nenek membawa Lili berbelanja

Tempat Lili bertemu dengan Geetha kali kedua

Tempat Geetha bercerita tentang Datuk kepada Lili.

- Rumah Che Jah

Haziq dan Rafiq dipukul oleh ayahnya Seman

Lili dibawa oleh Abang Rashid untuk melawat Hazip dan Raziq yang dipukul oleh Seman.

- Pondok Usang

Tempat Lili dikurung ketika diculik oleh Haziq dan Raziq

- Padang bola jaring

Dahlia berlatih bola jarring bersama dengan rakanya, Siti Wangi.

- Kantin sekolah

Tempat Azahari menunggu Dahlia untuk bertemu dengannya.

- SMK Tun Ismail

Tempat Azahari dan Dahlia belajar, sewaktu Dahlia tingkatan 1 dan Azahari tingkatan 5.

- SM Temenggung Ibrahim

Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan 6 dan dia tinggal di asrama sekolah ini.

- Bilik kerjaya

Tempat cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita

Tempat Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam.

- Kebun getah

Tempat Saleha menorah getah dan bersembunyi.

- Hospital Batu Bahat (Wad 6)

Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan awal.

- Hospital Batu Bahat (Wad 4)

Tempat embong dirawat setelah dipatuk ular

- Hospital Permai Johor Bahru

Tempat Saleha dirawat

Tempat Azahari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.

- Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir

Tempat Embong bekerja sebagai pengait kelapa sawit

Tempat Embong dibelit oleh ular sawa

- SK Jelotong

Tempat Said dan Melati bersekolah

- Rumah Aton

Tempat Dahlia disindir oleh Aton. Aton mengatakan Dahlia punya kematian Said.

- Balai Raya kampong Haji Rais

Penduduk kampong bergotong-royong semasa majlis sambutan maulidur rasul

Tempat pemindahahn mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.

KEDAH 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

· Peristiwa Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamizah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Sebab: Seseorang yang berada dalam kesusahan perlu dibantu agar dapat meringankan beban mereka.

· Peristiwa Lili berasa sangat bahagia sewaktu melihat ibu berbual-bual mesra dengan datuk semasa ibu pulang ke kampung untuk menjemput Lili pulang ke Kuala Lumpur.

Sebab: Seseorang anak perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan iby bapanya walaupun sudah berkeluarga dan memiliki kerjaya yang baik.

· Peristiwa Rafik dan Haziq akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian.

Sebab: Pelajaran amat penting dalam kehidupan.

· Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila suaminya Seman Berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.

Sebab: Seseorang yang melakukan kesalahan perlu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

· Peristiwa Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia dan bersikap pilih kasih akhirnya insaf selepas dia dijaga dengan baik oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek Kiah sakit.

Sebab: Ahli keluarga tidak perlu mempunyai sikap pilih kasih terhadap anak cucu.

· Peristiwa Penduduk Kampung Haji Rais telah bermuafakat dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan makan.

Sebab: Permuafakatan amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

· Peristiwa Masyarakat kampung telah Berjaya memungut sumbangan sebanyak RM500.00 dan sumbangan peribadi RM300 daripada Tauku Lim kepada Dahlia untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun

Sebab: Kepentingan budaya tolong menolong dalam kehidupan bermasyarakat

· Peristiwa Dahlia terpilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan selama empat tahun di Jepun.

Sebab: Ketabahan dan kegighan menempuh pelbagai cabaran membuahkan memperoleh kejayaan.

· Peristiwa Azhari menghadiahi sehelai songket berbenang kepada Dahlia sebagai merainya kejayaan melanjutkan pelajaran dan symbol bahawa mereka orang Melayu.

Sebab: Kepentingan menjaga mempertahankan budaya Melayu.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 KELANTAN)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(ii)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(a)

Dalam setiap novel terdapat pelbagai peristiwa yang boleh diteladani oleh pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca.

[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kejujuran bagi setiap novel tersebut.

[8 markah]

KELANTAN 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Pantai Kasih

Bimasakti Menari

· Peristiwa: Raiha dan Uwang belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doctor.

Teladan: Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu agar cita-cita kita tercapai.

· Peristiwa: Raiha merawat Unong Siron yang mengalami sakit di sendi tulang pinggulnya dan melakukan pembedahan kali keenam dengan penuh bertanggungjawab.

Teladan: Kita mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah.

· Peristiwa: Dr. Raiha bertegas tidak mahu menggugurkan kandungannya walaupun telah dipaksa oleh suaminya.

Teladan: Kita mesti menjaga dan mengasuh anak dengan baik kerana anak merupakan anugerah Allah.

· Peristiwa: Muhamad Taufik telah pergi ke stesen minyak Petronas untuk menemui lelaki yang tidak dikenali seorang diri dan akhirnya dia telah diculik.

Teladan: Kita perlu berhati-hati dan berwaspada sepanjang masa untuk menjaga keselamatan diri

· Peristiwa: Nurul Hafsa kecewa kerana hanya dapat melihat enam ekor kelip-kelip di sungai Kampung Kuantan.

Teladan: Kita perlu menjaga alam sekita agar tidak berlaku kemusnahan habitat haiwan.

· Peristiwa: Pn. Wickham telah berkirim salam dengan Tan Sri Muhaimin dan memasak untuk mereka bertiga sebelum pulang mengikut rombongannya walaupun telah bercerai dengan Tan Sri Muhaimin.

Teladan: Kita perlu menjaga hubungan kekeluargaan agar bertambah erat

KELANTAN 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Pantai Kasih

Bimasakti Menari

· Persoalan kejujuran dalam memberikan nasihat

Bapa Dr. Raiha pernah menasihati Raiha agar tidak memilih kerjaya sebagai doctor bedah keran kerjaya itu hanya sesuai untuk orang lelaki sahaja. Bapanya juga tidak pernah bersetuju dia berkahwin dengan Dr. Sadiz kerana sikapnya yang angkuh dan lebih tua daripadanya.

· Persoalan kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab

Dr. Raiha menjalankan tugasnya sebagai seorang doctor dengan jujur. Atas arhan Dr. Uwang, Dr. Raiha terpaksa menjalankan pembedahan tulang pinggul Unong Siron Kali keenam. Beliau tetap menjalankan tanggungjawabnya dengan jujur dan sabar demi memulihkan penyakit yang ditanggung oleh Unong Siron.

· Persoalan kejujuran seorang ibu untuk memulihkan kesihatan anaknya

Ibu Unong Siron telah menghabiskan wang pampasan kemalangan ke atas Unong Siron untuk merawat dan menyembuhkan penyakit anaknya.

· Persoalan kejujuran mengakui kesalahan yang pernah dilakukan

Felicia Landosi telah meminta maaf daripada Dr. Raiha kerana pernah bersubahat atas kematian rahayu. Dia rasa bersalah dan telah menyesal atas perbuatannya.

· Persoalan kejujuran anak muda untuk melestarikan alam sekitar

Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik telah berusaha untuk mengembalikan langit gelap Kualau Selangor agar dapat mengembalikan bintang-bintang di langit Kuala Selangor dengan mengadakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor serta mencadangkan penggunaan lampu-lampu full cuf off. Mereka juga mahu memastikan habitat kelip-kelip di Kampung Kuantan tidak musnah. Muhammad Taufik telah memagar sungai kawasan habitat tersebut agar tidak dimasuki oleh pelancong. Mereka melakukan usaha ini secara jujur demi melestarikan alam sekitar.

· Persoalan kejujuran seorang wanita untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar kepada anak-anak

Pn. Maryam Wickham merupakan seorang aktivits alam sekitar yang sangay gigih sehingga sanggup membawa rombongan seramai 25 orang kanak-kanak dari Jepun untuk melihat bintang-bintang di Kuala Selangor. Beliau sentiasa memberikan sokongan kepada Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar.

· Persoalan kejujuran dalam menjalankan tugas

Nurul Hafsa yang bertugas sebagai seorang pegawai sains di Balai Cerap sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor telah menjelaskan kepada rombongan kanak-kanak dari Jepun yang tidak dapat mencerap bintang di Balai Cerap akibat cahaya di langit yang sangat terang. Beliau berjanji akan berusaha untuk memulihkan langit di Kuala Selangor supaya kembali gelap.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 SARAWAK)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(iii)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(iv)Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(v)Tirani karya Beb Sabariah

(vi)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib

(vii)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(a)

Watak sampingan ialah watak pembantu yang membantu watak utama membangunkan sesebuah cerita.

Huraikan dua perwatakan bagi satu watak sampingan dalam sebuah novel yang anda pelajari.

[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

[8 markah]

SARAWAK 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Silir Daksina

Di Sebalik Dinara

· Abdullah bin Kayan/ Amirulnizam / Cikgu Zam

· Pencinta sastera dan budaya

· Amat menyayangi anaknya Aiman/ Haiqal

· Halus jiwanya tetapi kuat dan tabah

· Mempunyai keinginan yang kuat dan luar biasa terhadap kebudayaan yang ada di kampungnya.

· Bersikap pemalu

· Berpengaruh di Kampung Seri Purnama

· Mempunyai ketokohan dalam bidang kesusasteraan dan diiktiraf oleh kerajaan negeri

· Sangat teliti dalam membuat keputusan

· Tidak bersikap tergesa-gesa

· Penari zapin

· Ong Swee Hwa / Ai Ling

· Anak kepada Tauke Ong / Tauke Lim

· Memiliki rambut lembut, lurus dan keperang-perangan

· Fasih berbahasa Melayu dan tiada kedengaran pelat Cina ketika bercakap

· Pandai mendeklamasikan puisi dan pernah memenangi pertandingan deklamasi sajak sewaktu di sekolah rendah

· Rajin menyiapkan kerja sekolah

· Gadis yang pendiam

· Mempunyai perwatakan menarik dan ayu

· Suka akan masakan yang pedas-pedas

· Bersikap amanah.

· Tauke Ong / Tauke Lim

· Ayah kepada Ai Ling / Swee Hwa dan Ai Ching

· Rajin menorah getah, meraih pisang dan pinang untuk dijual di pecan

· Jujur dan baik hati

· Tahu membalas budi orang lain

· Suka akan seni budaya tarian zapin

· Bertanggungjawab terhadap anak-anaknya

· Menepati masa

· Pandai bergaul dengan masyarakat Melayu

· Ratna

· Kawan baik kepada Haiqal.

· Seorang yang berminat dalam bidang perniagaan – Ratna telah mengambil alih pengurusan gerai makan daripada ibunya.

· Seorang yang suka mengusik – selalu mengusik Haiqal yang suka berkhayal.

· Seorang pendengar yang setia – sentiasa sudi mendengar masalah yang dihadapi oleh Haiqal.

· Seorang yang baik hati – sanggup menghantar Haiqal ke stesen bas semasa Haiqal ingin pulang ke kampung.

· Umi / Ibu Haiqal

· Seorang usahawan yang berjaya – mempunyai kedai batik di pasar Payang.

· Seorang yang penyayang – sangat sayangkan Haiqal sehingga tidak membenarkan ayah kandung Haiqal bertemu dengannya.

· Seorang yang pemarah dan pendenam – dia melarang Haiqal untuk pulang ke kampung ayah kandungnya.

· Aqram / Akeem

· Adik kandung Karl semasa kecil

· Merupakan kanak-kanak cacat dan terencat akal

· Merupakan manusia cyborg

· Sudah berusia 60 tahun yang telah dicipta semula oleh Karl sehingga kelihatan berusia 30 tahun

· Mempunyai sikap belas kasihan apabila merayu kepada Dr. Maxi agar membetulkan ingatan Shida. Aqram juga meminta Alia memadamkan ingatan Karl daripada minda Shida kerana tidak mahu Shida menderita.

· Seorang yang bijak menggunakan kesempatan semasa mencuri cawan minuman Farisha ketika Farisha tidur di dalam pesawat untuk memperoleh DNA Farisha.

· Seorang yang patuh akan setiap arahan Dr. Maxi apabila dia ditugaskan untuk mengawal Farisha.

· Aqran bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh Dr. Maxi kepadanya.

· Shida

· Kawan baik / serumah dengan Farisha

· Seorang yang prihatin kerana sangat mengambil berat akan perkembangan dan kesihatan Farisha.

· Shida tekun dalam melaksanakan kerjanya. Hasil ketekunan mengkaji data-data di Soft Lab, dia berjaya menyelongkar rahsia Dinara dan mendapati bahawa nama Medina tidak tercatat dalam senarai kumpulan yang membangunkan Dinara walaupun projek itu usaha Medina bersama Karl.

· Shida baik hati kerana sanggup menghantar Farisha ke stesen monorel apabila Farisha meminta bantuan daripadanya.

· Dr. Maxi

· Penyelidik yang mengetuai projek untuk membangunkan Sistem Dinara di Soft Lab.

· Tegas, kejam dan bijak.

· Rosman

· Rakan sekerja Farisha di Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd serta mengendalikan kerja syarikat di Senawang.

· Menepati janji, bersikap terburu-buru dan bijak.

· Karl

· Ayah Farisha, abang Aqram, suami Alia dan kekasih Medina. Dia pernah memenangi Anugerah Inovasi peringkat Kebangsaan. Karl menghidapi penyakit kanser dan berumur dalam lingkungan 60 tahun.

· Bijak, kejam dan bersikap individualistic.

· Azraai

· Abang angkat Farisha dang mengalami masalah jantung.

· Penyayang, bertanggungjawab dan berani.

· Alia

· Nama asalnya ialah Rusmina iaitu isteri Karl dan kakak ipar Aqram serta diubah menjadi manusia cyborg oleh Karl.

· Cemburu dan kejam

· Medina / Marilyn / Mummy

· Ibu Farisha dan kekasih Karl

· Pendendam tetapi penyayang

SARAWAK 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Silir Daksina

Di Sebalik Dinara

· Masyarakat peniaga – Tauke Lim menjalankan perniagaan dengan meraih pisang dan pinang di kampung lalu menjualnya di pekan.

· Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa – Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian zapin bagi memperkasakan seni warisan Melayu.

· Masyarakat yang berpendidikan – See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam. Haiqal juga meninggalkan kampung Seri Purnama lalu sambung belajar di menara gading.

· Masyarakat yang berbilang kaum – Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim, Tauke Lim dan See Hwa tinggal di Kampung Seri Purnama.

· Masyarakat penyayang – Contohnya Cikgu Zam amat menyayangi dan merindui anaknya Haiqal yang tinggal berjauhan setelah bercerai dengan isterinya. Cikgu Zam meluahkan perasaan sayang akan anaknya pada manuskrip.

· Latar masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga. Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang interkom yang bersambung antara apartment Farisha dengan rumah Azraai.

· Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak peduli orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.

· Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri. Marilyn @ Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam dunia penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih hebat daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia hampir menjadi gila.

· Masyarakat yang celik ICT. Farisha, Mariyln@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam komputer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di rumahnya dan apartment Farisha.

· Masyarakat yang memegang amanah dan janji. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan amanah Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan Dinara.

· Masyarakat yang bijak. Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar penerangan ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan kelemahan Dinara. Walaupun belum memulakan penggodaman, Farisha telah nampak banyak kelemahan Dinara. Oleh kerana kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk menyelamatkan Dinara.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PAHANG)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii)Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii)Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(iv)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)Tirani karya Beb Sabariah

(vi)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib

(vii)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(viii)Silir Daksina karya Nizar Parman

(a)

Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Berdasarkan dua peristiwa sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang boleh dikaitkan dengan kerjasama antara watak utama dan watak sampingan.

[8 markah]

PAHANG 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Bimasakti Menari

Pantai Kasih

· Peristiwa 1: Sikap Tan Sri Muhaimin dan Pn Maryam Wickham Abdullah yang mementingkan kerjaya masing-masing dan keras hati menyebabkan meraka terpisah dengan anak tunggal mereka Muhamad Taufik merindui kasih sayang mereka.

Sebab: Ibu bapa perlu menjaga rumah tangga dan anak agar tidak terabai.

· Peristiwa 2: Dato Johan Arlington Majid berdendam dengan Tan Sri Muhaimin yang berjaya memiliki Maryam Wichkam. Selain itu, dia akan kehilangan tender pemasangan lampu di Kuala Selangor

Sebab: Seseorang itu tidak boleh membiarkan perasaan dendamnya membelenggu kehidupannya. Kita mestilah reda dengan ketentuan Ilahi/ dengan mengambil sikap berlapang dada.

· Peristiwa 1: Doktor Raiha prihatin dengan nasib Unong Siron. Baginya kali ke-6 tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi pembedahan tersebut dilakukan oleh doctor pakar.

Sebab: Kita janganlah mementingkan keuntungan atas kesusahan orang lain.

· Peristiwa 2: Dr Sadiz bertindak membakar kereta mewahnya kerana marah akan isterinya yang menghalang niatnya untuk menghantar Rahayu ke asrama

Sebab: Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu tindakan. Selain itu, kita hendaklah mampu mengawal marah yang akan merugikan diri sendiri.

PAHANG 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Bimasakti Menari

Pantai Kasih

· Kerjasama antara Nurul Hafsa dengan Mohamad Taufik

Nurul Hafsa dan Muhamad Taufik bekerjasama untuk menyediakan laporan tentang kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk dibentangkan di hadapan Menteri Besar Selangor. Mereka mengambil masa selama seminggu untuk mengemas kini dan memantapkan bahan pembentangan mereka

Atau;

Selain itu, kerjasama antara Nurul Hafsa dengan ayahnya Hj Basir yang menghantar anaknya itu ke jeti menyusuri Sungai Kuantan / Sungai Rahsia bagi menjejaki kelip-kelip

· Kerjasama antara Dr Raiha dengan Dr Alex Ng

Dr Raiha bekerjasama dengan Dr Alex Ng untuk menjalankan pembedahan penggantian sendi tulang pada pergelangan tangan dan lutut Dr. Uwang kerana terlibat dalam kemalangan.

· Kerjasama antara Dr Raiha dengan ibu Unong Siron

Mereka berjaya menghalang seorang pemuda yang menyeludup masuk ke bilik bedah Pusat Rawatan Pantai Kasih dan seterusnya membawa pemuda tersebut keluar dari PRPK.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 TERENGGANU)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(ii)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b)

Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel.

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa paling menarik yang terdapat dalam setiap novel tersebut dan kemudian jelaskan sebab anda berpendapat demikian.

[8 markah]

TERENGGANU 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Pantai Kasih

Bimasakti Menari

· Nilai Tanggungjawab

· Doktor Raiha berusaha untuk memastikan setiap operasi pembedahan yang dilakukannya akan memuaskan hati semua pihak yang terlibat.

· Doktor Raiha memeriksa Unong Siron setelah menjalani pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan gadis itu memuaskan.

· Nilai Keprihatinan

· Doktor Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doctor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-calang.

· Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan Felicia Londosi kerana bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan tahun baharu di rumah Doktor Uwang.

· Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri.

· Nilai kasih saying

· Doktor Raiha membesarkan Rahayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya, Rahayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk kanak-kanak sindrom Down.

· Ibu Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK supaya dia mendapat rawatan yang terbaik dan sentiasa berada di sisi Unong Siron sepanjang mendapat rawatan di situ.

· Nilai kerjasama / tolong-menolong

· Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan pembedahan kecemasan terhadap Doktor Uwang yang kritikal setelah terlibat dalam kemalangan.

· Doktor Raiha, Ibu Unong siron dan staf lain di PRPK bekerjasama menyelamatkan Felicia Landosi daripada terus ditawan oleh doctor palsu.

· Nilai Tanggungjawab

· Budiman sentiasa menyokong usaha adiknya, Nurul Hafsa mengatasi pencemaran cahaya di Kuala Selangor dan sentiasa menemani Nurul Hafsa mencerap kehadiran kelip-kelip bersama-sama Muhamad Taufik di Kampung Kuantan.

· Kasih saying / Penyayang

· Nurul Hafsa bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik dan sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya. Muhammad Taufik saying akan Nurul Hafsa dan ingin menyuntinnya sebagai isteri.

· Nilai Hormat-menghormati

· Dato’ Haji Mustofa al-Hanidi masih melayan Dato’ Johann walaupun masih bertubi-tubi mendesaknya dengan pelbagai pertanyaan tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.

· Muhammad Taufik tetap menghormati Nurul Hafsa sebagai tetamunya walaupun Nurul Hafsa kelihatan marah terhadapnya kerana mengepung sebahagian sungai di Kampung Kuantan.

· Nilai Kerjasama

· Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman bekerjasama untuk menyediakan laporan tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk dibentangkan di hadapan Menteri Besar. Mereka mengambil masa selama seminggu untuk mengemas kini dan memantapkan bahan pembentangan mereka.

· Seorang penduduk telah membuat aduan di Balai Polis Bestari Jaya tentang terdapatnya aktiviti bukan perladangan di lading kelapa sawit yang terletak jauh di kawasn pedalaman Bestari Jaya. Maklumat itu membantu pihak polis menumpaskan penjenayah yang mencedera dan menculik Muhammad Taufik.

· Nilai setia kawan

· Nurul Hafsa dan Budiman mengambil alih tugas Muhammad Taufik mencerap populasi kelip-kelip ketika Muhammad Taufik dirawat di hospital. Mereka juga mencari Muhammad Taufik di dalam semak setelah pemuda tersebut diserang oleh penjahat-penjahat yang diupah oleh Dato’ Johann Arlington-Majid.

· Nilai Keprihatinan

· Budiman dan Nurul Hafsa segera mendapatkan Muhammad Taufik sebaik-baik sahaja menerima panggilan daripada Muhammad Taufik selepas dia mengalami kemalangan.

· Nurul Hafsa memberitahu ayahnya bahawa dia akan membina sebuah stor untuk ayahnya menyimpan peralatan berkebun agar tidak berlaku kecurian.

· Nilai Simpati

· Nurul Hafsa simpati akan Muhammad Taufik yang berikhtiar untuk menyatukan ibu dan bapanya semula dengan menjadi anak yang patuh.

TERENGGANU 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Pantai Kasih

Bimasakti Menari

· Peristiwa Doktor Raiha mempertikaikan sebab Unong Siron mengalami komplikasi selepas setiap kali pembedahan dilakukan terhadapnya sehingga Doktor Uwang yang melakukan pembedahan tersebut berasa tercabar.

Peristiwa ini dianggap menarik kerana seorang murid berani mempertikaikan kewibawaan mentornya. Pembaca ingin tahu punca Unong Siron mengalami komplikasi yang sama walaupun telah menjalani pembedahan di tempat yang sama sebanyak lima kali oleh Doktor Uwang, seorang pakar bedah terkenal.

· Peristiwa Doktor Raiha melarikan anaknya Rahayu sehari sebelum anak itu ingin dihantar ke pusat rawatan pemulihan untuk anak-anak sindrom down oleh suaminya.

Peristiwa ini dianggap menarik kerana memperlihatkan perasaan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Doktor Raiha tetap ingin menjaga anaknya itu walaupun anak itu cacat kerana menghidap sindrom down.

· Peristiwa Sister Felicia Landosi menemui Doktor Raiha untuk memberitahu punca sebenar kematian Ayu. Felicia memohon maaf kerana dia juga terlibat dalam tragedy kematian Ayu, anak tunggal Doktor Raiha.

Peristiwa ini dianggap menarik kerana DoKtor Raiha akhirnya mengetahui punca sebenar kematian ayu. Sister Felicia yang bersikap keras hati telah mengakui kesalahan diri dan sanggup berubah demi membina kehidupan baharu.

· Peristiwa Nurul Hafsa berjanji akan memulihkan kembali Kuala Selangor sebagai tempat pencerap bintang amatur dan professional walaupun Puan Wickham mengatakan janji tersebut amat sukar dikotakan.

Peristiwa ini menarik kerana memperlihatkan keazaman dna keyakinan seorang pekerja terhadap tugasnya. Pembaca ingin tahu cara Nurul Hafsa berusaha memulihkan kembali Kuala Selangor sebagai pusat pencerapan bintang amatur dan professional.

· Peristiwa Muhammad Taufik bersetuju mengikut arahan penculik supaya pergi ke stesen PETRONAS pada pukul 8.30 pagi, hari Jumaat.

Peristiwa ini dianggap menarik kerana memperlihatkan sikap bertanggungjawab dan prihatin seorang rakan terhadap rakan yang dalam kesusahan. Sebagai seorang rakan, Muhammad Taufik rela berkorban nyawa demi menyelamatkan rakannya, Nurul Hafsa yang sedang dijadikan tebusan oleh penculik. Pembaca juga ingin tahu nasib yang akan menimpa Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa.

· Peristiwa Muhammad Taufik melamar Nurul Hafsa sebaik sahaja berakhirnya majlis kesyukuran unutk meraikan pernikahan Tan Sri Muhaimin dengan bekas isterinya, Puan Maryam Wickham di Masjid Jamik Sultan Ibrahim, Kuala Selangor

Peristiwa ini menarik kerana kedua-dua watak penting ini menyedari keistimewaan dan sikap saling memerlukan antara satu sama lain. Penyatuan mereka akan membuka berpeluang yang lebih luas dalam usaha melestarikan alam sekitar kerana mereka mempunyai minat yang sama.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 MELAKA)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii)Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii)Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(iv)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib

(vi)Tirani karya Beb Sabariah

(vii)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(viii)Silir Daksina karya Nizar Parman

(a)

Novel yang baik dapat memberikan banyak manfaat kepada pembaca.

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua kebaikan yang anda peroleh.

[7 markah]

(b)

Unsur saspen dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel.

Jelaskan unsur saspen yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.

[8 markah]

MELAKA 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Pantai Kasih

Bimasakti Menari

· Erti ketabahan: Tabah menghadapi kematian anak perempuannya.

Contoh: Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.

· Kerajinan.

Contoh: kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu. Sikap kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi

· Bertanggungjawab.

Contoh: Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.

· Ketaatan terhadap agama.

Contoh: Haji Yassir dengan anak-anaknya iaitu Budiman dan Nurul Hafsa menunaikan solat zuhur secara berjemaah.

· Bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Contoh: Selain itu juga sikap bertanggungjawab ini dapat diperlihatkan apabila Haji Yassir yang prihatin akan masalah pembiakan nyamuk aedes menutup tempayan yang digunakan untuk menadah air dengan plastik.

· Kejujuran.

Contoh: Nurul Hafsa jujur mengakui kegagalan mencerap keseluruhan buruj Orion kepada kumpulan kanak-kanak dari Hiroshima, Jepun. Hal ini berpunca daripada pencemaran cahaya.

MELAKA 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Pantai Kasih

Bimasakti Menari

Suspen punca kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Raiha apabila Felicia telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha. Selain itu juga, teknik suspen turut digunakan apabila nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega apabila Raiha Berjaya memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan bantuan pemuda itu di hospital yang lain.

Apabila sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 SBP)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(ii)Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(iii)Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iv)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib

(vi)Tirani karya Beb Sabariah

(vii)Silir Daksina karya Nizar Parman

(viii)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(a)

Latar tempat menjadi aspek penting dalam sesebuah novel.

Huraikan dua latar tempat dalam sebuah novel yang anda pelajari.

[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kebijaksanaan bagi setiap novel tersebut.

[8 markah]

SBP 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Di Sebalik Dinara

Pantai Kasih

· Lapangan Terbang Senai Di Johor

Farisha bertemu dengan Aqram buat kali yang pertama

· Syarikat Soft Lab

Aqram membawa Farisha melihat persekitaran Soft Lab bagi memudahkan Farisha sepanjang menjalankan tugasnya di Soft Lab.

· Apartmen Farisha

Farisha menunggu Rosman yang belum tiba kerana telah terlewat daripada masa yang telah dijanjikan.

· Pusat Rawatan Pantai Kasih

Dr Raiham Dr Mohammad an Felicia bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih

· Farmasi

Felicia sering menyeludup masuk ke farmasi untuk meminum ubat batuk bagi mengurangkan tekanan yang dihadapinya.

· Pusat hiburan

Dr. Uwang pergi ke pusat hiburan untuk menghilangkan tekanan yang dihadapinya.

· Rumah Dr. Uwang

Dr. Sadiz dan Felicia menghadiri majlis sempena sambutan tahun baharu di rumah Dr. Uwang.

Tirani

Songket Berbenang Emas

· Pergunungan Matang, Kuching di Sarawak

Rumah inap desa yang dinamakan Chalet Tajau Emas yang diasaskan oleh bapa Waheeda, haji Fadhil terletak di Pergunungan Matang.

· Silicon Medical Centre (SMC) di Singapura

Waheeda mengambil keputusan melakukan pembedahan plastic di Silicon Medical Centre.

· Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di Kajang

Waheeda mendapatkan rawatan di Pusrawi akibat tekanan perasaan yang dialaminya selepas bercerai dengan Zahid.

· Chalet Aya-Sajinah

Pusat peranginan di Cameron Highland yang dimajukan oleh Waheeda selepas ditukarkan namanya daripada Iwana Iwani. Di sini juga Waheeda bertemu semula dengan Zahid selepas 20 tahun berpisah.

· SMK Temenggong Ibrahim di Batu Pahat, Johor

Dahlia belajar di SMK Temenggong Ibrahim. Di sini Zahari meluahkan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan dengan Dahlia.

· Bilik Kerjaya, SMK Temenggong Ibrahim

Cikgu Hisyam dan Dahlia berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh Dahlia berhubung dengan keputusan Dahlia untuk keluar dari asrama

· Hospital Permai

Saleha menerima rawatan di Hospital Permai kerana dianggap gila oleh penduduk kampung.

· Hospital Batu Pahat

Embong menerima rawatan di sini kerana dipatuk ular.

Silir Daksina

Bimasakti Menari

· Kampung Seri Purnama di Johor

Haiqal pergi ke Kampung Seri Purnama untuk melihat kampong arwah bapanya dan mencari rahsia di sebalik manuskrip lama yang diterimanya.

· Kedai batik Umi di Pasar Payang, Kuala Terengganu

Haiqal akan bertemu dengan Ratna selepas menjaga kedai batik umi di Pasar Payang.

· Warung Mak Min

Haiqal akan bertemu dengan Tauke Ong buat pertama kali di warung Mak Min.

· Balai Cerap Salahuddin

Nurul Hafsa bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Salahuddin. Pelawat dapat menyaksikan juzuk-juzuk kosmos dari platform yang disediakan di Balai Cerap Salahuddin.

· Kampung Kuantan

Nurul Hafsa pergi ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip

· Majlis Daerah Kuala Selangor

Nurul Hafsa menghantar laporannya tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor

· Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Kuala Selangor

Kenduri kesyukuran untuk meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dengan bekas isterinya diadakan di Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

SBP 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas

· Persoalan kebijaksanaan dalam menegakkan syair Islam

Dalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.

· Persoalan kebijaksaan menuntut ilmu pengetahuan

Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

· Persoalan golongan muda yang terjebak masalah dadah

Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.

· Persoalan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa

Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga menganggap kampung terlalu jumud. Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.

· Persoalan kebijaksanaan dalam pelajaran.

Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.

· Persoalan kebijaksaan bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya

Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.

· Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain

Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya

· Persoalan kebijaksanaan mencari ilmu bagi mengubah taraf hidup

Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh. Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.

Leftenan Adnann

Tirani

· Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting.

Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.

· Persoalan kebijaksanaan seorang ketua keluarga.

Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Leftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok.

· Persoalan kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah.

Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Dr. Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)

· Kebijaksaan dalam menegakkan kebenaran

Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

· Persoalan kebijaksanaan menggunakan taktik dalam peperangan.

Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.

· Kebijaksanaan dalam urusan kewangan perniagaan aset perniagaan beliau.

Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau

Bimasakti Menari

Pantai Kasih

· Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah.

Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat langit tidak menjadi gelap pada waktu malam.

· Kebijaksanaan dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar

Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara

· Kebijaksanaan menyelsaikan jenayah penculikan.

Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi tersebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil.

· Persoalan kebijaksanaan dalam pelajaran

Kebijaksanaan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha bijak dalam pelajarannya untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.

· Persoalan kebijaksanaan dalam menentukan kehidupannya.

Hal ini demikian diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.

· Persoalan kebijaksanaan dalam mengejar cita-cita

Perkara ini diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.

Pantai Kaish

· Kebijaksanaan dalam pelajaran.

Haiqal berjaya melanjutkan pelajaran di universiti selepas tamat tingkatan 6.

· Kebijaksanaan dalam memelihara sastera dan budaya yang kian dilupakan oleh generasi hari ini.

Haiqal bijak menangani cabaran tarian zapin semakin dilupakan dalam kalangan anak-anak muda Kampung Seri Purnama sebaliknya mereka lebih gemar berkumpul sesama mereka dan menaiki motosikal masing-masing.

· Kebijaksanaan masyarakat dalam mengamalkan kerjasama dalam melakukan aktiviti.

Contoh: Haiqal juga bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin D’Purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan ayahnya; Abdullah bin Kayan.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 MRSM)

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii)Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii)Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

(iv)Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)Tirani karya Beb Sabariah

(vi)Silir Daksina karya Nizar Parman

(vii)Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib

(viii)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua konflik antara watak yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b)

Satu daripada nilai yang terdapat dalam kedua-dua novel yang anda kaj