€¦ · web view- hubungan antara pasaran barangan dan pasaran wang - perubahan di pasaran wang...

16
EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara - Pengenalan - Wang Dan Fungsi Wang - Teori Permintaan Wang Keynes - Penerbitan Keluk Permintaan Wang Keynes Secara Rajah - Pemegangan Wang Optimum - Penawaran Wang - Wang Dan Ekonomi - Penawaran Wang Di Malaysia 1

Upload: others

Post on 24-Feb-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

EPPD1023: MakroekonomiKuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

- Pengenalan- Wang Dan Fungsi Wang- Teori Permintaan Wang Keynes- Penerbitan Keluk Permintaan Wang Keynes Secara Rajah- Pemegangan Wang Optimum- Penawaran Wang- Wang Dan Ekonomi- Penawaran Wang Di Malaysia

Pengenalan

1

Page 2: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

- Topik ini membincang mengenai wang secara asas dan kedudukannya dalam ekonomi secara teori dan praktis berdasarkan model ekonomi Keynesian. Teori permintaan dan penawaran wang, mekanisme transmisi serta teori kadar bunga Keynesian turut diperkenalkan.

Wang Dan Fungsi Wang- Definisi Wang

- Istilah wang bermaksud sesuatu yang diterima umum sebagai alat pertukaran atau pembayaran kepada barang dan perkhidmatan serta pembayaran hutang. Wang diperkenalkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam sistem ekonomi barter. Ciri wang yang baik mestilah diterima umum, nilai yang stabil, bentuk yang seragam, penawaran terhad, mudah dipecahkan kepada unit kecil, tahan lama dan tidak mudah mengalami perubahan, serta mudah dibawa dan disimpan.

- Fungsi Wang- alat pertukaran, - alat pengukur nilai, - alat penyimpan nilai - alat bayaran tertunda (atau sebagai alat pembayaran hutang).

Teori Permintaan Wang - Penentuan permintaan wang amat dipengaruhi dua ciri penting wang, iaitu kecairan

dan pulangan yang rendah. Memandangkan wang merupakan aset yang paling cair, orang ramai memilih untuk memegang wang, terutamanya untuk tujuan urus niaga atau melakukan transaksi. Selain kecairan, permintaan wang juga dipengaruhi pendapatan, kadar bunga dan tingkat harga. Teori permintaan wang yang utama boleh dibahagikan kepada dua, iaitu teori permintaan wang Klasik dan teori permintaan wang Keynes.

Teori Permintaan Wang Klasik- Secara umum, teori Klasik menunjukkan hubungan langsung antara stok/bekalan

wang dengan tingkat harga melalui analisis permintaan agregat dan penawaran agregat (AD-AS).

Teori Permintaan Wang Keynes

- Teori Keynes beranggapan bahawa wujud hubungan tidak langsung dan mengandaikan wang berperanan sebagai alat pertukaran dan penyimpan nilai. Terdapat tiga motif permintaan wang.- Permintaan Wang Untuk Tujuan Urus Niaga Dan Awasan

- Permintaan wang untuk tujuan urus niaga bermakna orang ramai memegang (memiliki) wang untuk membeli barang dan perkhidmatan. Permintaan wang untuk tujuan awasan diperlukan bagi memenuhi keperluan kecemasan atau keperluan yang tidak dirancang.

2

Page 3: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

- Fungsi permintaan wang untuk tujuan urus niaga dan awasan ditulis seperti berikut:

- Hubungan antara kuantiti permintaan wang untuk urus niaga dan awasan dan tingkat pendapatan negara (Y) adalah secara positif, yang bermaksud, semakin tinggi Y, maka semakin banyak permintaan wang untuk tujuan urus niaga dan awasan oleh orang ramai.

- Permintaan wang untuk tujuan urus niaga dan awasan tidak dipengaruhi oleh kadar bunga. Keluk permintaan wang untuk urus niaga dan awasan adalah tegak lurus selari dengan paksi kadar bunga (tidak anjal sempurna).

3

Page 4: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

- Permintaan Wang Untuk Tujuan Spekulasi- Permintaan wang spekulasi (Mds) ialah permintaan wang yang

bertujuan untuk mendapatkan keuntungan (laba modal dan pulangan) yang disebabkan oleh jangkaan perubahan kadar bunga atau harga bon pada masa depan. Keynes mendefinisikan permintaan wang untuk spekulasi sebagai pilihan pemegangan aset kewangan oleh individu, iaitu berbentuk wang tunai dan sekuriti hutang seperti bon1. Wang tunai tidak memberikan sebarang pulangan, sebaliknya bon memberikan pulangan dalam bentuk laba bunga.

- Permintaan wang untuk spekulasi bergantung kepada tingkat kadar bunga. Semakin tinggi kadar bunga, semakin rendah permintaan wang untuk spekulasi. Ini berlaku kerana apabila kadar bunga tinggi yang bererti harga bon rendah, orang ramai akan membeli bon kerana menjangkakan harga bon pada masa depan akan meningkat. Dengan itu, orang ramai akan memperoleh keuntungan dalam bentuk laba modal dan pulangan. Pembelian bon akan menyebabkan baki wang untuk tujuan spekulasi berkurangan (menjadi sedikit). Justeru, permintaan wang untuk spekulasi akan jatuh.

4

Page 5: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

5

Page 6: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

Penerbitan Keluk Permintaan Wang Keynes Secara Rajah

- Perubahan Permintaan Wang- Perubahan pendapatan

6

Page 7: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

- Perubahan kadar bunga

- Perangkap Kecairan Keynes- Dalam konteks permintaan wang untuk spekulasi, perangkap kecairan

bermakna keluk permintaan wang ini berbentuk anjal sempurna, hampir selari dengan paksi-x. Ini disebabkan oleh kadar bunga semasa sangat rendah, orang ramai menganggap bahawa kadar bunga akan meningkat pada masa depan. Dalam keadaan ini, orang ramai memilih (lebih gemar) untuk memegang wang berbanding bon kerana pulangan daripada bon rendah (disebabkan kadar bunga sangat rendah) yang menyebabkan permintaan wang spekulasi meningkat. Kejatuhan kadar bunga yang sedikit akan menyebabkan peningkatan permintaan wang spekulasi yang sangat banyak. Justeru, permintaan wang spekulasi dikatakan sangat anjal (sangat sensitif) kepada kadar bunga yang menyebabkan keluk permintaan wang (Md) menjadi sangat landai.

7

Page 8: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

Pemegangan Wang Optimum- Pemegangan wang optimum merujuk kepada kombinasi peme-gangan wang dan bon

yang menghasilkan keuntungan bersih yang paling tinggi pada kadar bunga tertentu.

Penawaran Wang

8

Page 9: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

- Penawaran wang ialah jumlah wang yang dibenarkan beredar dalam pasaran. Penawaran wang di sesebuah negara juga dikenali sebagai bekalan atau stok wang. Ia ditentukan dan dikawal oleh bank pusat (yang mewakili kerajaan) menerusi dasar monetari. Sebahagian besar daripada jumlah penawaran wang ditentukan oleh Bank Pusat, manakala sebahagian yang lain dihasilkan melalui penciptaan kredit oleh sistem perbankan seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Wang Dan Ekonomi- Interaksi antara permintaan wang dengan penawaran wang di pasaran wang

mempengaruhi ekonomi sesebuah negara.- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang

- Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya. Interaksi dan keseimbangan yang dicapai dalam pasaran barangan dan pasaran wang perlu dianalisis secara bersama (serentak) bagi menentukan tingkat pendapatan agregat dan kadar bunga yang sebenar.

- Hubungan atau saling kaitan antara pasaran barangan dengan pasaran wang boleh dijelaskan menerusi keadaan berikut;

- kadar bunga dan perbelanjaan pelaburan (pasaran barangan)

9

Page 10: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

pendapatan dan permintaan wang (pasaran wang).

- Perbelanjaan kerajaan (pasaran barangan)

pendapatan dan permintaan wang (pasaran wang).

- Penawaran dan permintaan wang (pasaran wang), kadar bunga, perbelanjaan pelaburan dan pendapatan (pasaran barangan)

- Teori Kadar Bunga Keynesian Dalam Pasaran Wang

10

Page 11: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

- Penentuan keseimbangan kadar bunga

- Perubahan keseimbangan kadar bunga

11

Page 12: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

- penawaran wang

- Kaitan Antara Permintaan Wang Spekulasi, Pasaran Dana Boleh Pinjam Dan Bon- Permintaan wang spekulasi berhubung rapat dengan permintaan

terhadap bon kerana dipengaruhi kadar bunga bon (laba bunga). Dalam konteks analisis permintaan wang spekulasi yang dipelajari, terdapat dua pihak dalam pasaran dana boleh pinjam (loanable funds), iaitu sektor isi rumah yang diandaikan mempunyai lebihan dana (excess funds) dan menawarkan dana boleh pinjam (supply of loanable funds), manakala sektor kerajaan dan swasta meminta dana tersebut (demand of loanble funds). Secara praktik, bon diterbitkan oleh sektor kerajaan dan swasta bertujuan mendapatkan dana untukmembiayai sesuatu projek atau perniagaan. Orang ramai yang menawarkan dana dikenali sebagai pelabur yang akan membeli bon yang diterbitkan oleh kerajaan atau swasta.

- Mekanisme Transmisi Keynes

12

Page 13: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

- Analisis mengenai perubahan bekalan wang dan kesannya kepada aktiviti ekonomi dapat ditunjukkan secara lebih jelas melalui mekanisme transmisi Keynes.

- Permintaan wang

13

Page 14: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

- Permintaan wang boleh berubah disebabkan oleh perubahan pendapatan, permintaan wang urus niaga secara autonomus dan permintaan wang spekulasi secara autonomus. Andaikan bahawa berlaku peningkatan pendapatan yang menyebabkan peningkatan permintaan wang. Apabila permintaan wang meningkat, dengan andaian penawaran wang tidak berubah, kadar bunga cenderung meningkat. Ini menyebabkan terdapat lebihan permintaan wang (tunai) yang mana orang ramai memilih untuk memegang wang tunai berbanding bon. Kesannya, permintaan terhadap bon (pembelian bon) akan berkurangan dan menyebabkan kejatuhan harga bon. Keadaan ini seterusnya meningkatkan kadar bunga. Peningkatan kadar bunga bermakna pulangan bon semakin bertambah.

Penawaran Wang Di Malaysia- Peranan Bank Negara Malaysia- Kategori Dan Komponen Wang

- Bekalan Wang

14

Page 15: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

- Sistem Pembayaran

15

Page 16: €¦ · Web view- Hubungan Antara Pasaran Barangan Dan Pasaran Wang - Perubahan di pasaran wang (permintaan dan penawaran wang) akan mempengaruhi pasaran barangan, dan sebaliknya

- Dasar Monetari

16